Rabu, 27 Januari 2010

..doktor..sakit ni!!!!





selepas isu ALLAH milik siapa, 'significant' nya isu ini telah mereaksikan pelbagai tindakan dari beberapa pihak...

Pada 10 jan lalu, Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Katolik St Louis yang terletak bersebelahan sekolah Menengah Convent Taiping dilempar dengan bom api.

sebelum itu pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, diserang dengan bom api pada waktu tengah malam, mengakibatkan bahagian bangunan tiga tempat yang menempatkan gereja terbakar.

mungkin ada yang marah...bom dah keluar, guna pula babi untuk balas...

Kepala babi diletakkan di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.



Ini merupakan insiden yang panas selepas serangan yang telah membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'...




Macam telah dirancang...tidak lama kemudian satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi..

Insiden ini mengingatkan aku kejadian kepala babi masa PRKUM dulu...jadi xheran la kalau benda ni baru nak kecoh...yang ni baik lagi kat luar, tapi masa PRKUM siap kepala babi tu diatas bendera PAS dan diletakkan dalam surau...

ini memang sah berunsurkan kefahaman politik...hmm...tapi kes sekarang ni ada unsur politik ke??

hmmm...

ADUH!!!!!!! kat klinik lagi rupanya...aku tgh membelek artikel kalimah ALLAH...saja dikongsikan dlm blog..

Sakit giler gigi aku ni...masuk bilik rawatan, doktor ni membebel lak pasal enjin hilang..dia kata memang xlogik enjin sebesar kapal jet tu boleh hilang..dah tu pulak sarjan india disalahkan...pandai...doktor tu ckp pada pesakit berbangsa india supaya pulang ke india...

aku kehairanan...mugkin dia paham...sebab enjin itu sudah ilang, nanti MALAYSIA pula ilang dei!!!!

ADUH....aku jerit kesakitan pada doktor tu...nasebla dia kerana menggelakkan aku...

Selasa, 26 Januari 2010

semoga kau bahagia....

sungguh aku terkenang saat kami bersama....

sihatkah dirinya? sakitkah dirinya? dah makankah dirinya?

dahulu....

kami ke kampus sama2...makan sama2..tidur sama2...ke toilet?? no2...hehehe..

kami berjuang bersama2...ya...saat itu sungguh indah bila dikenang...terpaksa bermalam dipudu pada malam pilihanraya...terpaksa bergegas dari jengka selepas mendapat arahan perlu turun ke melaka pada malam tu juga...

kami lambat bertolak, sebab aku ditahan didalam bilik undi..dekat 30 minit..kecoh satu jengka..ustaz tuan turun mem'backup' aku...almaklum, aku pengundi luar..kena lak ada SB masa tu asyik nak tgkp gmbr jer...aku lekehkan title mahasiswa masa tu...dah teruja sgt nak bertugas di pondok panas...xkesah dah...(jgn tiru dikampus anda..hihihi)

sahabat....semoga kau bahagia....

jangan tutup mulut saya...!!!!

"Selagi saya masih diperlukan untuk menegakkan hak, jangan tutup mulut saya!"...janji seorang wakil rakyat dalam pengisian kami di markas 2 minggu yang lalu...penuh bersemangat dan bertenaga..memang mengasyikkan mendengar setiap butir bicaranya...

sapa yg tidak kenal YB Mumtaz...penuh karisma dan perwatakan mujahidah...

Minggu lepas pula, ceramah isu semasa oleh ustaz Ghani dan Ustaz Tuan Ibrahim.... memang hangat dan hebat...mantopppp....bnyk fakta yang aku dapat dari pendedahan ceramah mereka...ternyata..memang ternyata....

patutla mak aku cakap, kerajaan sekarang dah xder duit...sampaikan peruntukan makan budak berasrama pada hujung minggu pun xder...tapi peruntukan promosi makan kat britain bnyk lak...ish2..

kalau nak cter, memang banyak...hanya satu penyelesaian...


anda rasa apa?? hihihihi

Isnin, 4 Januari 2010

ALLAH hak siapa??

Kecoh berhimpunan dimerata negeri...ALLAHU AKBAR....

Saya bawakan pernyataan dari seorang peguam terkenal Mohd Fadzli Mohd Ramly...

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.

Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:

Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya.

Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.

Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.

Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima?

Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu.

Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?




Saya pinjam pula ilmu dari seorang pakar hadis...Ustaz Wan ji Wan Husin...

Allah SWT kata sesuatu itu halal, lalu dikatakan haram. Begitujuga sebaliknya, maka tindakan tersebut dikira sebagai syirik. Dalam kitab "Al-Ilmaniyyah, wahjan bi wajhin" karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi menamakan tindakan sebegini sebagai Syirik undang-undang.

Kesyirikan itu, bukan sekadar berlaku kepada mereka yang menukar hokum Allah, bahkan mereka yang menyokong orang yang menukar hukum juga dikira sebagai syirik. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, iaitu firman-Nya;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
"mereka (ahli Kitab) mengambil paderi-paderi mereka, tok guru-tok guru mereka syirik selain dari Allah"

(Surah At-taubah : 31)

Setelah membaca ayat ini, 'Adi bin Hatim (ada baca : Udai) telah datang berjumpa dengan nabi SAW. Ketika itu, Adi masih beragama nasrani. Dia datang dalam keadaan ditengkoknya tergantung salib yang diperbuat daripada perak.

Adi bertanya, "Wahai Muhammad, Ahli kitab tidak menyembah paderi dan tok guru-tok guru mereka"

Jawab nabi SAW;

بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم

Maksudnya;
"bahkan, tetapi mereka mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka mereka mengikutinya. Maka itu adalah ibadah yang mereka lakukan terhadap mereka (paderi dan tuan guru mereka)[1]"

Dalam isu kalimah "Allah", amat jelas lagi nyata tentang keizinan Al-Quran dalam menggunakannya. Lalu, apabila ada pihak yang menghalangkanya, bermakna mereka telah menyanggahi dengan keizinan Allah SWT menerusi Al-Quran itu sendiri.

HALANG KERANA SIYASAH SYARIYYAH?

Adapun ada pihak yang berhujjah dengan konsep siyasah syariiyyah dalam menghalangnya, maka ia adalah merupakan tindakan yang tersasar dari maksud perbahasan Siyasah Syariiyyah. Konsep siyasah Syariiyyah adalah, mentadbir sesuatu perkara dengan melihat segala kemaslahatan, tanpa melahirkan mudharat. Itulah deefinisi siyasah dalam kitab Turuq Hukmiyyah karangan Ibnu al-'Aqil[2].

Bermakna, Sesuatu perlaksanaan keputusan islam, hendaklah diperhatikan terlebih dahulu, apakah perlaksanaan tersebut boleh mendatangkan maslahah kepada islam, atau sebaliknya. Jika melahirkan kemudharatan, maka perlaksanaan itu ditangguhkan dahulu, disamping dilakukan beberapa tindakan yang akhirnya menjayakan usaha perlaksanaan sesuatu hokum islam itu sendiri.

Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan umar bin Abdul Aziz yang menyebut, "wahai Anakku, sesungguhnya Allah haramkan arak didalam Al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total, lalu ditolak oleh manusia secara total. Maka ia merupakan satu fitnah[3]"

Dalam perlaksanaan hudud di Malaysia, memang ia tidak dapat dilaksanakan lagi. Ia bersebab, ramai rakyat Malaysia yang tidak memahaminya. Justeru, usaha kearah memahamkan rakyat dengan hudud sehingga tidak melahirkan mudharat di saat perlaksanaannya merupakan satu kewajipan.

Makanya, dalam isu kalimah "Allah". Tindakan menafikan hak non muslim yang agama mereka membenarkan pengunaan kalimah "Allah", merupakan tindakan yang tersasar. Masakan agama mereka membenarkan, malahan Al-Quran sendiri mengizinkan penggunaan kalimah Allah ini. lalu, apabila non Muslim menuntut hak mereka, maka wajib diberikan hak tersebut.

Sabda Nabi SAW;

أَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
"berikanlah hak kepada setiap yang mempunyai haknya[4]"

Cumanya, dalam mengizinkan kalimah "Allah" ini kepada non Muslim, mungkin melahirkan kebimbangan. Kebimbangan tersebut, bukan alat yang membenarkan kita mengharamkan penggunaan kalimah Allah SWT kepada non Muslim. Tindakan mengharamkan perkara yang dibenarkan dalam Al-Quran merupakan syirik, seperti yang telah tersebut dalam surah At-taubah ayat 31.

Justeru, dalam menyelesaikan kebimbangan ini, kaedah menghalang bukan jalan penyelesaian menurut siyasah syariyyah. Tetapi, kaedah siyasah syariyyah yang tepat adalah dengan memberi kebenaran kepada non Muslim menggunakan kalimah Allah dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat, agar segala kebimbangan itu dapat diselesaikan dengan cara yang betul, tanpa menafikan keizinan Allah SWT."Allah For All * Islam For All"."Islam Adil untuk Semua"



Ini pula dari ulama' terkenal Ustaz Haron Din...

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan. >mStar


Bagaimana pula respon anda???

Ahad, 3 Januari 2010

Bila cinta bertasbih...



6.00 p.m- Menuju ke masjid as-syakirin lepas balik kerja….lebat betul manusia di klcc..aku mengerti kadatangan mereka..tapi ni baru rintikan manusia pada sebelah petang..belum lagi menjelang malam..kaki terus melangkah ke syakirin..

Bergema selawat dan beberapa rantaian lagu medley nasyid UNIC…uh, ada apa disini ya?? Aku teruskan melangkah ke dalam masjid dan iktikaf sebentar. Sementelah itu, mendengar rencana program yang diatur dari ajk masjid…

7.15 p.m- siap siaga untuk solat maghrib dan diikuti dengan bacaan yaasin.. santap sikit dan kemudia solat isyak…

9.00 p.m- forum perdana hal ehwal islam…acara yang disediakan oleh masjid pada tahun 2009 untuk menarik para pengunjung…namun, kakiku melangkah ke gerombolan anak2 muda…hehehe..muda la aku ni lagi…2010 dah 25 tahun…fuh…lagi 5 tahun 30…tidak….huhuhu.. aku teruskan penceritaan..

Aku mencari DPPWP..mungkin yg ni kot..aku ikuti sedikit briefing mereka…”misi FIDAK 2015”…..terkejut aku….ini bukan DPP…tapi apa salahnya join…Cuma agak kekok sedikit bila dikalangan mereka..dan aku agak ganjil diantara mereka…apa yg ganjil, aku pun xtahu…hihihi..

Kami diarahkan ke kwsn klcc….dan diberikan risalah…bergerak dlm kelompok..dan mesti ada senior dlm kumpulan tersebut…TASPOS…. Aku pun xtahu nama panjangnya apa tapi tanganku mengangkat bila ditanya siapa pernah join tahun lalu…aduh!! Reflex betul….nasib dia xsuh aku bercakap kat depan…

9.30 p.m-kami mula bergerak….pelbagai jenis kulit dan bahasa dikalangan ribuan manusia..aku lemas sebenarnya..tapi tuntutan aku gagahkan juga…aku melihat risalah yg diberi…menarik juga tapi lagi baik kalau ada dwi atau tri bahasa…xdela target org melayu sahaja…

Aku beranikan dgn kumpulanku ke kawasan utama tu…pelik!!! Mana orang melayu…xde pun…kurang..yang ade, org America, Libya, Africa, Tropika…eh, ada ke?? Tapi yang pasti kemana org melayu??? Hatiku detik mungkin dah bnyk yg insaf dan hanya memerhati bunga api dari rumah sahaja atau kotak tv…rasa syukur menerjah seketika….

Tapi disangka bunga api di tgh laman rupanya menyorok dibawah taman….memang org melatu xde di dataran klcc tu sebab mereka di bawah cengkerama bawah pokok2 dan taman2 bunga…aduh!!! Rasa syukurku terpaksa dotarik balik dgn istigfar…misi semakin berat…


Aku pun mula mencari mangsa…hahaha…sasaran pertamaku pasangan yg berada di bawah pokok besar…aku kurang gemar sekadar edar risalah sahaja..aku lebih suka bercakap dgn mereka..aku duduk sebelah pasangan tersebut..ayat pertama aku tanya…”Assalamualaikum, awak tahu x mana megan avenue?”…hahaha..dan seterusnya sehinggalah aku rasa perbualan kami berbau ceria…

Kemudian barula aku mulakan jarum dakwah…rata2 mereka faham bila ditanya…Cuma xkuat nak mengekang nafsu…aku hanya mampu bagi nasihat gula2 pada mereka..takut kalau terlebih bagi, jadi racun pulak…remaja perlukan pendekatan yg berbeza sekarang ni…


11.30 p.m-Kami diarahkan kembali ke masjid…aku mesej sahabat…rupanya DPP mula di dataran merdeka…masa ingin melangkah masuk ke masjid, Pasangan yg lain pula aku temui berdekatan masjid… aku lihat tiada yg dtg menegur atau mungkin sudah ditegur tapi tiada respon…argh, pergi jela….

Aku mulakan salam dan gunakan taktik yg sama…kenapa percakapan dia ni berbeza???aku mula ikut rentak percakapannya….org kampong rupanya….hahhahahaha…apalagi, aku belasah la cukup2 org kg aku…..yg lelaki minta izin utk solat isyak…begitu juga pasangannya….hahahaha… samada nak mengelak dari bebelanku atau terkesan dgn ceramahku… aku kurang pasti, tapi lelaki tu minta aku berjumpa dgnnya selepas dia habes solat……

12.00 a.m- Detik tahun baru bergema…langit bermandi warna percikan api…dalam hati, berapa riban habis ni utk bunga api sahaja??? Ish2….. aktiviti kami tetap diterukan selepas 30 minit…

2.00 a.m- Badanku amat letih…dan bermalam di masjid sahaja…esok pagi ada meeting di markas pusat…bertolak dari sini sahaja…

Mataku sukar utk pejam…entah mengapa..sahabat istmewaku ada masalah…aku mesej dia lewat malam tu…agar ditenangkan hatinya…aku paksa diriku untuk mati sementara untuk mengejar syarat qiamullail….

4.30 a.m- Bermula qiam…tahajud…dan diikuti dengan tasbih…entah mengapa 4 tasbihku amat berbeza….aku tidak tahu mengapa…ya sahabat, samada pembawaan imam itu atau dari keindahan tasbih itu sendiri..tanpa henti pipi basah oleh mataku…hmmm…membuatkan aku tidak sabar untuk menunggu hajat pula…

Doa imam terlalu menyentuh hatiku…sahabat sebelah aku teresak-esak…lagi kuat bila disentuh mengenai anak-anak soleh…aku berpendapat mungkin dia sudah bekeluarga…


Bila sampai sunat hajat, aku teruja…..aku ingin minta sesuatu dariNYA… Cuma tidak pasti samada hajat ini dibenarkan atau tidak dalam Islam… hmm..biarlah rahsia apa hajatku itu..yg pasti aku inginkan yg terbaik untuk semua insan yg aku sayang dan hormat……

p/s-tahun ini amat bermakna buatku...doakan aku sahabat....penghijrahan kita pada tahun ini muga2 mendatangkan kebaikan pada diri dan semua...