Alhamdulillah....
Masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit bingkisan. Tidaklah aku ingin memberitahu satu dunia apa yang aku rasa kerna blog ini pun pembacanya hanya sedikit. Blog ini pon tidaklah sehebat penulis dan nukilan lain yang amat aku kagumi.
Hari ni genap usia pernikahanku 6 bulan 11 hari. Alhamdulillah. Satu tempoh yang aku rasa cepat masa berlalu. Serasa baru sahaja dinikahi oleh seorang pemuda sederhana. Bertanya aku kepada diri sendiri, apakah aku sudah berjaya menjadi isteri? Menerjah difikiranku alangkah kasihan dirinya mendapatkan aku sebagai isterinya. Astagfirullah...seperti menidakkan qada ALLAH yg telah mengazalikan hubungan halalku dgn suamiku. Semoga ALLAH ampunkan dosaku. Dan semoga suamiku mengampunkan dosa2ku kepadanya selama usia pernikahan kami.
Banyak perubahan pada diriku selepas mengalami proses perkongsian berlainan jantina ini. Ya...banyak. Dan sering juga suami memujukku dgn kata2nya yang mendamaikan hatiku.
Jika jiwaku semakin sensitif, suami memujuk:
Sayangku
Dirimu merasakan semakin sensitif,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa terpujinya sensitivitimu,
Kecaknaan sifat orang beriman,
Itu lambang lembutnya perasaan,
Simbolik jiwamu yang penyayang,
Anugerah kewanitaan,
Yang menjadikanmu istimewa,
Sebagai isteri dan bakal ibu.
Jika jiwaku semakin kuat cemburu....dia berkata:
Sayangku,
Tika dirimu dilanda cemburu,
Tak mengapa,
Kerana Allah tahu,
Itu perasaan yang paling layak,
Daripada isteri yang besar cintanya,
Cemburumu bukan kekurangan,
Ia sifat orang beriman ,
Fitrah yang Allah berikan di dunia,
Dan bakal Allah hilangkan di syurga .
Jika jiwaku sedih, dia berkata:
Sayangku,
Jangan biarkan dirimu dalam lautan kesedihan
Bergembiralah bidadariku
Tidak mungkin diri ini melihat wajahmu kesedihan
Tidak mungkin diri ini membiarkan dirimu kesakitan
Tidak mungkin juga diri ini membiarkan dirimu disakiti oleh org lain
Bergembiralah wahai sayang
Berilah senyuman manismu menghiburkan segala kedukaan.
Jika jiwaku terasa sebagai beban buat suamiku, setegas dia berkata:
Sayangku
Hentikan segala tanggapanmu..sungguh dikau bukan bebanan buatku
Kau bidadari dunia yg menjadi amanah buatku
Andai kata beban sebesar gunung atau lebih dari itu
Akanku junjung dengan izin ALLAH untuk redha ALLAH buatmu yg tercinta
Sungguhku bersyukur memiliki insan sepertimu
Menjadi sayap kiriku untuk sepanjang hidupku..
Ya ALLAH, kurniakan kebaikan dan kerahmatan dalam rumah tanggaku. Jauhkanlah segala fitnah dunia. Titipkanlah kekuatan hati ini untuk menempuh segala rintangan dan dugaanMU.
Thabatkanlah cinta kami menuju cintaMU dan perjuangan agamaMU....ALLAHUAKBAR!
Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku ini padanya nun jauh disana. Semoga dirinya peroleh sedikit kurnia dariMU untuk kekuatan iman dan fizikalnya.
Amin..ya Rabbal Alamin...
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
3 hari yang lalu