.................................................................................................................................................................
aku demam pade saat saat akhir dan genting ni. aku rase sangat marah dan frust dan kecewa sampai air mata pun boikot tanak jatuh mase tengah sedih. kenapelah aku tak belajar awal awal. aku rase seminggu sangat cukup untuk aku belajar express habiskan SEMUA bab dari form 1, tapi time ni lah badan aku nak buat lawak bodoh.
SELASA:
kat sekolah badan dah panas. walaupun puasa bertekad untuk tidak berbuka. makin pening. rase nak pengsan tapi nasib baik tak. incredible hulk je mampu kendong i yang kecil ni. bwek.
bayangkan aku puase tp sakit tekak gile pedih mata dah berpinar berdiri tak stabil pergh pergh. solat berjemaah time tu allah je la tau camne besarnye peranan rakan makmum kiri dan kanan yang buat aku terus berdiri.
dah siap rase nafas sendiri panas. tak tipu. memang tak boleh tak tido dan tak baring. mate tu nak tertutup je sebab kepala dah sakit sgt ni. badan sakit tayah ckplaa. aku pon tido sepanjang mase.
RABU:
tak gi sekolah. bangun tido bangun tido. sakit kepala, badan panas. mak aku pon risau sebab aku ni bukan biase demam. pelik gile la kalau aku demam. so maybe kena h1n1, aku kate. lalu kitorg pergi ke klinik.
tengok2 temperature badan 39.5 darjah celcius. holy moo. kementerian kesihatan ckp kalau suhu badan 38 je dah kena gi hospital kerajaan amek darah untuk h1n1. aku ni dah thp lebih drpd tu. long story short, doctor suruh aku dok rumah tiga hari, tanak jangkit kwn2 kalau ade virus. hish. sebab kwn2lah ni aku kena rugi tiga hari belajar habes semua bab kat sekolah, apelah dosaku. kalau jumaat still demam baru dtg klinik lagi.
aku rase aku memang kena h1n1. siap beli mask lagi. tayahla cerita detik menyedihkan aku amek langkah berjaga2 dan kuarantin diri kat bilik sorg2. sob sob.
aku time tu tak larat nak bukak mulut, so doa dlm hati. mintak jauhlah. aku paling takut kalau aku kena selsema babi ni, aku gi bawak kat mak aku. aku takpela, mude remaja, kuat lagi. nauzubillah la. nauzubillah. kalau aku dah kena pon, biarla mak aku tak kena. tapi mak aku tu immune system die lagi kuat drpd aku kot, so insyaallah takde pape.
aku kan paranoid.
KHAMIS:
panas dah kurang. ok alhamdulillah. beberapa lame kemudian, aku loya2. asal minum air je nak muntah, tp tak. kemudian aku memang takleh makan. ni drpd hari selasa ar. aku takde selera langsung. mulut rase bercecair pahit. takleh makan. nak muntah. sedih takleh makan.
tetiba aku rase sesak nafas. ni dah melampau. breathing difficulty namenya ni.
aku siap BERUTUS EMAIL DENGAN SEORANG PEREMPUAN MAT SALLEH NAME ERICA DUDUK KAT US. die pernah kene h1n1. and sumpah die baekk gile. aku cerita semua kat die, kerisauan melampau, bebelbebel, mintak tolong die. DIE LAYAN AKU. best gile. die byk cerita ape kena buat, fakta, menenangkan aku, macam macam la. thanks erica ;D
frankly aku rase aku akan survive w/p kena h1n1 betul2 pun (nauzubillah). tapi aku takut family aku kena. pastu aku akan sgt MALU kalau aku kena pastu satu sekolah tau. aib aib.
"amalina mane yang kau terserempak kat disko tu weh?"
"alaa, amalina h1n1 tu"
***dialog rekaan semata mata.
JUMAAT:
aku dah okay. cume masih tak boleh makan. dan aku dah PENAT MAKAN UBAT, PENAT FAHAM TAK. berpuluh2 pil aku telan satu hari, aku dah muakkk. biasenye aku suke je telan pil dua tiga sekali pon boleh, nak tunjuk hebat. tapi kali ni aku dah tak tahan. byk sgt ubat.
petang tadi gi klinik. doktor kate aku dah ok, alhamdulillah. asalkan tak demam berpanjangan, ok lah tu. cume aku angin je sebab dua hari makan bahulu je sebab tu jugak aku sesak nafas.
but we'll never know, as the symptom comes and goes but the threat is still there.
aku tak boleh cerita banyak sgt kat sini, nnt korg cuak, erica je tau segala galanya (kawan baru weyh, haha).
symptom H1N1 yang aku pernah ade dlm minggu ni tp dah baek;
demam panas gile, tekak sakit mengeluarkan cecair pahit, sakit sakit badan dan sendi, sakit kepala, sesak nafas, loya.
insyaallah aku takde pape dah. kalau ade pon maybe h1n1 ringan2 yg mcm RUPERT GRINT dpt tu je. aku google berjam jam pasal h1n1 ni, aku masih rase aku tak selamat sepenuhnye, terlalu awal untuk bersorak.
swine flu ni die mcm selsema biase, pretty much. cume die dikecohkan sebab swine flu ni virus baru, so die dah bermutasi and orang takut die jadi lagi teruk drpd selsema laen (sebenarnya berpuluh ribu jugak orang mati sbb selsema biase, tp tak jd headline). kire the doctors dont know what to expect la. and dorg jugak risau yang selsema babi 2009 ni jadi mcm 1918 something dulu, time tu 50 juta orang mati sebab selsema tu. tapi aku tak ckp flu ni tak bahaya. symptom die pulak bukan semua kite kena dlm satu mase. die laen2. dua hari lepas maybe korg demam panas, semalam korg loya dan cirit birit, harini korg selsema dan batuk pulak. lima hari pastu korg demam panas balik. u got what i mean. die dtg dan pergi.
marilah kite doa allah jauhkan bala ni dr kite. aku yang kena ringan tu pun aku dah cuak dan mule fikirkan worst case scenario yang akan jadi kat org tersayang because frankly, i care what happens to me less than i do for people i love. selfish, i know.
takziah kepada empat orang yang dah meninggal sebab penyakit ni. yang latest budak perempuan 20 tahun tu, doctor boleh tak sangke die ade h1n1, sgt ignorant. lepas meninggal baru nak cek. kalau tak diorg tak kesah sebab symptom die sikit je. tolongla, doctor2 sekalian. awak tu bermain ngn nyawa orang, bukan anak patung. aku tak boleh lah bab2 nyawa ni.
KERAJAAN pulak, PLEASE STOP SAYING ITS ALL UNDER CONTROL. I WANT TO MAKE IT AS SHORT AS POSSIBLE, WILL IT BE UNDER CONTROL IF YOUR LOVE ONES WERE THE ONES SICK WITH ALL THE SYMPTOMS AND WERE ADMITTED TO THE ICU?
speaking for people and speaking with u as one of the people are totally two different things.