Mar 12, 2023

Tuhan G*** sembah?

Kenapa kena solat lima kali setiap hari?, Tuhan gila sembah ke?

Alkisahnya, dalam sebuah kereta… terdengar suara…

“Ayah, apa significant solat dalam hidup?”

Tanya anak lelaki waktu drive pergi masjid.. saya tanya balik..

“kamu rasa?”

“Saya rasa Tuhan suruh solat sebagai penawar jiwa, dengan cara memusatkan dan menjernihkan fikiran, dengan melihat sudut pandang yang luas iaitu akhirat yang lebih besar, dan Tuhan yang Maha berkuasa…, yang mana, jika bukan Islam mereka buat Yoga atau meditasi dengan cara duduk bertenang, memejamkan mata, dan mengatur pernapasan perlahan-lahan dan teratur, lebih kurang 10 minit, itu baik untuk jiwa mereka, maka solatpun sama fungsinya tapi jauh lebih baik kepada jiwa manusia sebab kebaikkanya untuk dunia dan akhirat..”

“Ok jawapan kamu.., Cuma ayah nak tambah….

Saya parking kereta, Tarik handbrake, dan tunggu Bilal Azan…

Alkisahnya ada orang bukan islam pernah tanya, kenapa kena solat lima kali setiap hari?, Tuhan gila sembah ke? Aduhai, jika Tuhan gila sembah, tak perlu cipta manusia sebab Tuhan boleh buat Kun Fayakun jer semua makhluh sembah Dia, tapi solat ni ada significant khas untuk manusia, iaitu ada dua kebaikkan yang besar ada pada solat..

Pertama, ketaatan dalam solat yang untungkan manusia bersolat, dan kedua: ketaaatan diluar solat yang menguntungkan manusia lain yang berada berkedekatan orang yang solat…

Dua kali untung!

Mari rujuk Al quran untuk dalil yang pertama..

 “Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah lagi bakhil. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan, dia kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang”

Dari ayat ini, solat itu akan memberi kebaikkan kepada pelakunya yang mana sifat gelisah dan bakhil ini sangat merugikan diri, maka insyAllah, solat akan buatkan orang beriman menjadi manusia yang tenang yang mana sewaktu dapat ujian mereka bersabar, dan bila dapat nikmat mereka bersyukur,

Maka jika kita dapat bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat, dan dapat bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian, hasil dari mengerjakan solat, maka kita telah memiliki kerohanian yang sangat significant untuk menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang bahagia di dunia dan diakhirat!

Dalil kedua,

“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”

Maka kesan dari ketaatan dalam solat yang lahirkan insan bersyukur dan bersabar, maka pasti orang yang bersolat tidak akan menyusahkan orang lain, inilah significant solat kepada masyarakat.

Zaman Nabi ada sahabat mengadu dia solat tapi masih berbuat keji, maka Nabi suruh dia baiki solat… Kerana Solat yang sempurna pasti dapat mencegah perbuatan keji.

Untuk itu, setiap hari, lima waktu, kita kena nikmati solat yang penuh significant ini…

Mulakan dengan persiapan solat yang dibuat bersama perasaan bersyukur dan sabar.

Syukur kerana diberi peluang untuk solat awal waktu, berjemaaah, tempat azan di azankan.

Sabar sebab bila nak solat sunnah macam Nabi, iaitu awal waktu, berjemaaah,tempat azan di azankan, maka akan ada ujian dan halangan yang mana bila kita berjaya tempuh semua ujian dan halangan, hasilnya kita menjadi orang yang tenang, langsung tiada resah gelisah. Maka inilah nikmat hidup yang sejati, hati yang sentiasa tenang bagai sejadah terhampar di saf pertama masjid..

“Faham ayah, ok Bilal dah sampai tu, jom solat tahyatul Masjid”

“Jom”

Ps: Semoga kita semua dipilih oleh Allah untuk menjadi golongan yang terpaut pada Masjid sebab Nabi pesan, Apabila kamu melihat orang yang berulang alik ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah orang yang beriman, ohh, untung jika ada kejiranan korang yang selalu ke masjid kan?, dan lebih untung jika itu adalah LAKI kau! Woha!

Solat lagi?

“Solat lagi?”

Begitulah keluhan anak syurga saya tiap kali tiba waktu solat, baginya lima kali solat setiap hari terasa banyak dan bertanya kenapa kena solat banyak? Maklumlah, tiap kali waktu solat, saya kan tutup Wi-fi, anak lelaki semua pergi masjid, termasuk dia, anak perempuan, solat awal waktu, balik masjid karang, baru ayah ON balik Wi-fi.

(Rujuk gambar terbaru anak syurga saya, dah berkhatan, dan upah bersunat, nak mainan Bumblebee beli ikat Shopee, senyum sampai telinga sepanjang hari, Alhamdulillah)

Alkisahnya, si anak yang bertanya baru 10 tahun, Autisme boy yang belum faham tentang ketuhanan, solat pun pandang kiri kanan, maka saya tak ada idea nak jawab “kenapa solat kena banyak”untuk tahap pemikiran anak Ausime, sebelum ni, anak normal saya yang lain, empat orang waktu kecil ada bertanya KENAPA KENA SOLAT BANYAK KALI SETIAP HARI?, mudah saya menjawab..

“Anakku, Kita manusia ada dua keperluan, satu keperluan jasmani, dan satu keperluan rohani, yang mana keperluan jasmani adalah melalui makanan dari tanah, dan ada waktu untuk makan seperti Sarapan (breakfast), Kudapan (Brunch), Merarau(Lunch), Cicipan(Tea), Makan malam(Dinner) dan Gabi (Supper)..,

..Ada lima kali waktu makan, maka boleh tak? jika pada waktu pagi, sebelum pergi sekolah, kita terus makan semuanya serentak, kita sarapan, Lunch, dinner, sekaligus, boleh tak? Tentu tak boleh, kesihatan akan terjejas, perut kembong, sebab keperluan jasmani yang sihat perlu di layan ikut waktu yang tertentu baru jasmani kita kekal sihat sejahtera!..

... Maka untuk keperluan rohani, makanan jiwa adalah dari langit, maka sangat perlu pada waktu tertentu untuk bersolat demi bermunajat kepada Allah, buat hubungan dengan pencipa Roh, dan perlu pada waktu yang ditetapkan seperti Solah Subuh di awal pagi, Solat Zohor waktu tengah hari, Solat Asar di waktu Tea, solat magrib waktu dinner, dan solat isyak waktu Supper, lima kali sehari! ..

.. Semua ini kena ikut waktu kerana jiwa tanpa makanan rohani akan menderita, akan gelisah dan tidak tenang, banyak kes bunuh diri kerana rohani mengalami kemurungan, sungguh hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang dan solat itu makanan rohani yang memberi ketenangan jiwa”

Anak semua angguk setuju,

Bila dewasa sikit, saya cerita kisah orang nak pergi Umrah dua minggu, maka dia akan sibuk buat persiapan, pagi pergi beratur buat Passport, tengah hari pergi beli beg besar, petang beli baju jubah, magrib, baca buku bab Umrah, malam ulang kaji sambal kemas barang, sibuk sangat, seminggu dua nak pergi Umrah Nampak sibuknya mereka sebab nak pergi Umrah DUA MINGGU! Setiap hari ada bagi masa buat persiapan kecil…

Tapi bandingkan pula orang yang nak pergi haji 40 HARI, lagi sibuk, setahun sebelum pergi dah pergi kursus Haji, pagi pagi dah kerja kumpul duit, beli beg besar, beli barang, susun sampai ke malam, ulang kaji bab tawaf, tahalul, ehram, siang malam, sibuk sangat, seminggu dua nak pergi Haji lagi sibuk, bayar hutang, minta maaf, jumpa orang sana sini, buat kenduri kesyukuran, macam macamlah, sungguh Nampak sibuknya mereka sebab nak pergi HAJI 40 HARI!

Maka sama juga tentang solat lima kali, kita bagi masa lima kali setiap hari sebagai persiapan untuk pergi alam akhirat selama lamanya!

SELAMA LAMANYA kita nak pindah ke akhirat, maka kenalah buat persiapan meluaskan kubur dan syurga dengan lima minit solat sebanyak lima kali setiap hari, nak duduk sana selamanya kan?

Memang Nampak sibuklah bersolat lima kali sehari, Al Paham ke idop?

Anak semua faham kecuali anak syurga, dia masih tak boelh move on ayah tutup WI FI lima kali setiap hari.

“Ayah, kenapa solat banyak? Susahlah Iman nak main Internet?”

Baiklah, saya jawab macam ni, terus anak faham..

“Anakku Muhammad Imad, Ayah solat banyak sebab nak masuk syurga dan dalam syurga ada Wi-fi selama lamanta hingga kita boleh beli semua mainan kat Shopee percuma!”

Woha!

Mar 11, 2023

Pick up Line terpanjang?

Jika kita pandai Sains, faham fizik, maka kita mungkin tak berapa enjoy tengok filem Tamil babak berlawan atau filem Sains Fiksyen sebab nampak benar membohong nya…

Alkisahnya satu hari Puan bini nak bagi pick up line..

”Abang, semalam saya kira bintang dilangit, tapi hari ni tak cukup satu, tahu tak kenapa?”

“kenapa sayang?”

“Sebab satu lagi dah turun ke bumi, menjadi bintang hati saya”

“Tapi sayang, jika bintang yang awak lihat semalam tak ada hari ini, bermakna itu bukan bintang, itu adalah satelit, ataupun planet, kerana bintang akan sentiasa kekal di lokasinya, yang bergerak adalah planet dan satelit, planet biasanya bergerak dengan lintasan elips,dan  planet memang kelihatan seperti bintang jika dilihat dari bumi tapi tidak berkelip seperti bintang, kerana jaraknya lebih dekat dengan bumi”

Isteri gelak dengar jawapan serius saya…

Giliran saya pula bagi pick up line..

“Sayang, awak tahu apa persamaan awak dengan bintang?”

“Apa dia?”

“Seperti hukum fizik sains, bintang yang kekal dilokasinya buat kan orang sesat dijalanan tahu jalan pulang, bintang menjadi kompas Arab kiblat dan bintang menjadi kompas hidup agar tidak sesat begitulah awak yang selalu memimpin saya pulang ke bilik tidur”

“ini semua poyo!”

WOHA!

Mentega Terbang?

Telah sampai kepada saya adegan filem Mentega Terbang babak seorang ayah galakkan anak murtad jika rasa agama Islam tak benar…

Tapi yang peliknya ayahnya dah kaji semua agama dan pilih Islam, tapi galakkan anak murtad jika kajian anak nya nanti menemui agama lain lebih benar…

Munafik sungguh jika wujud seorang ayah yang macam tu, sebab seorang islam sejati akan selamatkan semua ahli keluarga dari api neraka…

Babak tu separuh tu sahaja, saya tak tahu hujung cerita jika ayahnya bertaubat? Atau hujung cerita Anaknya kaji Islam dan berdakwah pula pada ayahnya agar bertaubat… Ada ke?

Tapi Bab perbandingan agama bagusnya rujuklah pakar perbandingan agama yang telah kaji semua agama, contohnya Doktor Zakir Naik

Katanya, Kitab Al Quran adalah kitab paling common sense berbanding Bible, atau kepercayaan kelahiran semula..

Dr Zakir Naik siap buat debat dan open Mic boleh tengok kat YouTube!

Ok… Dr Zakir Naik orang Islam mungkin bias, tapi banyak kisah paderi masuk islam lepas kaji semua agama…

Boleh banding Kisah ulamak murtad vs paderi masuk Islam sangat berbeza jumlahnya!

Baru ni saya tengok dukumentari bab Faith, kata Professor of the Philosophy of Religion, University of Cambridge, Prof. Douglas Hedley bila ditanya mana lebih baik, Bible atau Al Quran?

Jawab Prof itu,

Al Quran!

Maka kami orang melayu islam mohon agar semua pihak jangan main main bab akidah, lebih lebih lagi dalam produk hiburan… siap galakkan anak murtad? Astarfirullah…

Murtad ni isu besar dalam Islam, bab Murtad hukumnya bunuh..

Saya sangat berharap agar tak ada ustaz ulamak akhir zaman cuba ubah tafsir Al quran atau tafsir hadis dengan fatwa normal baru, iaitu “orang murtad tak payah bunuh” dengan hujah kononnya  ayat Al quran tu ayat umum, hadith mungkin silap, zaman dah tak sesuai, tiru abu jahal, mencemar imej islam, bla bla bla..

Pada pamahaman saya, bila orang murtad, Allah telah putuskan tugas ini perlu di laksana oleh pemerintah yang adil, ini hukum islam, buat apa nak pertikaikan lagi, biarlah hukum bunuh pada orang murtad ini kekal, kerana ini perintah Allah, Nabi tak copy budaya abu jahal, sebab abu jahal seksa dahulu sebelum bunuh, tapi Nabi pujuk dan tangguhkan masa dengan beri peluang taubat, jika bertaubat, tak payah bunuh.

Jadi.. besarlah harapan saya, janganlah ada lepas ni ustaz politik yang nak raih undi bukan islam akan keluar fatwa, “orang murtad tak payah bunuh”

Maka saya percaya, jika fatwa baru ini muncul, orang kapir yang jahat akan ambik kesempatan pura pura masuk islam, tafsir al quran dan raih undi orang islam, bila dah menang, selamba murtad sebab tak de hukuman bunuh..,

tapi saya nampak betapa baiknya hukuman Allah ini, sehingga di seluruh dunia, orang kapir tak mampu nak politikkan islam dari segi agama, mereka sanggup bergabung, bagi derma, berdemotrasi sama sama, diam waktu azan, makan dalam talam guna tangan, tapi jika pura pura masuk islam, mereka tahu akibatnya, mati kena bunuh...

Jadi bayangkan jika hukum murtad dilepaskan begitu sahaja, saya rasa dah lama agama islam akan terkubur dan jadi alat mainan politic sebab orang kapir boleh masuk islam dengan niat kucar kacir dan keluar tanpa apa apa risiko,

Tapi dari zaman dahulu sampai sekarang, dengan hokum yang tegas ini, orang berniat jahat pada islam hanya mampu duduk pada ‘sempadan’, tak boleh pergi jauh.., dan cara mereka nak musnahkan islam adalah lagakan orang islam sama sendiri, itupun dah buat orang islam huru hara, aduhai…

jika murtad di benarkan, atau jika hukum murtad kena bunuh tak ada langsung dalam islam, saya rasa dah lama Parti ala ala Komunis akan pura pura masuk islam, dan akibatnya, arghh, korang pikirlah sendiri..,

Akhir kata, islam adalah agama yang benar, tiada U turn dalam agama ini, siapa yang ragu ragu jangan masuk, kerana Islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang,

Buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan agama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut wikipedia, islam adalah agama paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Jadi bro, isu murtad kena bunuh ni langsung takde isu bagi mereka yang nak masuk islam sebab hanya agama yang benar sahaja sanggup bagi hukuman bunuh pada orang murtad kerana kebenarannya, tak perlu saya ulas lebih lebih kot, cuma masalah bila mereka yang islam dari kecik, bila besar baru nak murtad, memang patut kena bagi kauseling (zaman saidina Umar, ada orang murtad yang kena kaunseling bertahun tahun, no problem, ikut pengaruh dia),

lagipun, sejarah dah buktikan, Hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah dari hidup menghinakan diri..

Akhir kata: mari kita fikirkan.. Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk agama islam yang larang zina, larang munum arak, dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?

Itulah Hidayat, yang Allah berikan kepada mereka yang mahu mencari kebenaran andai korang mahu mengerti. Hidayat ni mahal, dan Hidayat tak terkesan dengan hukuman Murtad!

Secara kesimpulannya, agama ni datang dari Tuhan, dan agama ni datang dalam betuk arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud pada Nabi Adam, bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi bagi syaitan, perintah sujud pada adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.

So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t mean God does not exist.

Woha!

Mar 3, 2023

Bengkel Menulis untuk Remaja?

 

Sempena masih cuti sekolah, dan ada anak anak yang sibuk main gajet, main tik tok, apa kata korang hantar mereka kursus menulis, siap percuma buku Hamka keretamayat.
Alkisahnya, kawan saya di UMP minta ajar anaknya menulis, saya cakap, alang alang begitu, kita buat kelas terus, buka pada parent yang berminat,
Alhamdulillah dan InsyaAllah 8 Mac 2023, (Hari rabu) saya akan buat kelas asas menulis dan adab serta ibadat dalam penulisan, bertempat di Universiti Malaysia Pahang, Pekan. 8.30 pagi sampai 4.30 petang.
Makan dan minum, sarapan, Lunch, kudapan, semua disediakan, terhad 18 orang sahaja, dan semua peserta akan dapat satu buku saya sebagai bahan belajar anak anak..
Yuran hanya RM60 sorang, anak remaja, 11 hingga 19 tahun, semua boleh sertai.
Semoga pahala melulis anak kita, terus mengalir kepada mayat parent dalam kubur.
Woha!