Jul 11, 2022

Untung buat dosa?

Ada orang sangka, mereka yang buat dosa dan bertubat untung sebab dah buat dosa? Adohai..

Syarat Taubat di terima adalah menyesal, orang bila dah beriman, buat dosa tak seronok, teringat dosa pun rasa sedih, maka jika rasa seronok dengan dosa maka sah sah Taubat tidak di terima, Iman entah ke mana? contoh adik berzina dengan sorang perempuan, lepas tu taubat, dan rasa untung sebab dah dapat “nikmat” berzina? Astarfirullahazim. Shok sendiri jer tu dik..

Sungguh salah sangkaan macam tu dik, sebab orang yang berzina bila dah bertaubat, akan rasa menyesal sebab membayangkan jika perempuan tu adik sendiri, atau anak sendiri, atau ibu sendiri..

Zaman nabi ada orang mengaku suka berzina, lalu Nabi Tanya, suka tak orang berzina dengan ibumu? Adikmu? Atau anakmu?

Maka diajawabnya tak suka, maka nabi bagitahu, orang yang kamu zinai itu adalah mungkin seorang ibu, seorang adik, seorang anak, lebih kurang begitu lah pesan Nabi,

Terus lelaki itu insaf dan bertaubat, sebab membayangkan perasaan diirnya sebagai anak jika ada orang berzina dengan emak dia, atau perasaan seorang ayah, jika anaknya dizinai oleh sesiapa sahaja, tentu hancur remuk perasaan insan yang mahu menjadi “manusia”, yang mana orang bertaubat jer hakikat menyesal,

Maka syarat taubat di terima adalah mengaku bersalah, dan menyesal.

Sungguh Hidup ini sangat singgat untuk menangguhkan Taubat, kerana mati itu datangnya tiba tiba..

****

Ya Allah ampunkanlah segala dosa yang telah kami lakukan.. yang kami tahu dan tak tahu, yang buat di tempat cerah atau buat di tempat yang gelap, yang suka dan tak suka, yang buat secara individu atau berjemaah, yang ringan atau yang berat, yang sikit ataupun banyak, yang berulang ataupun yang sekalian, yang bangga ataupun malu, yang teringat ataupun yang terlupa, yang kecil ataupun yang besar, sungguh, Ampunkanlah semua dosa kami ya Allah, kami mengaku bersalah Ya Allah, ampunkan lah kami, maafkanlah kami, jadikan kami dan keturunan kami termasuk orang yang menyesali dosa dengan bersungguh sungguh, dan bertaubat bersungguh sungguh, dan di terima taubatnya, Amin ya Rabiil Alamin.

Amin.

Masuk syurga bukan dengan Pahala?

Abang keretamayat, Kita masuk syurga dengan rahmat Allah bukan dengan pahala? Habis tu kenapa susah susah kejar pahala?

Jawapan…

Alkisahnya anak anak nak pergi bercuti, saya cakap, kena tolak duit raya, anak tanya berapa RM? Saya cakap RM300, hotel, makan sedap, dan bayar tiket.

Anak cakap, duit Raya ada sekitar RM200 sahaja, tak cukup lagi seratus? Macam mana?

Saya cakap buat kerja, ayah bagi upah..

Tolong basuh kereta, RM10

Mesin Rumput RM10

Lipat Tanjak RM30

Bungkus Buku RM10

Hantar adik ke sekolah, RM5

Macam macam lah kerja saya senaraikan, maka anak bertungkus lumus cari duit.. siap berkerja dengan pakcik pakcik dia..

Akhirnya sampai masa, ada yang cukup, ada yang tak cukup, saya ambil duit mereka semua, termasuk duit raya, lepas tu saya ajak mereka melancong, saya bayar semua harga hotel, makan sedap, tiket taman tema, hingga mereka sangka saya guna duit mereka, padahal semua saya simpan dalam Bank mereka… itulah RAHMAT untuk mereka, sebab saya suka keihlasan mereka cari duit, saya belanja mereka lebih dari duirt raya sebab saya redha dengan keihlasan mereka simpan duit, malahan duit raya mereka semua saya simpan dalam tabung haji masing masing untuk mereka guna bila dewasa.

Jadi si anak Nampak dia mampu melancong sebab duir raya mereka, padahal “RAHMAT” dari ayah yang suka dengan keihlasan mereka, Nampak tak?

Maka pergi melancong si anak bukan sebab duit raya dan simpanan peribadi, tapi asbab ayah redha dengan keikhlasan anak mencari duit..

Begitulah nak faham bab mahalnya syurga, tak mampu nak beli dengan pahala, tapi RAHMAT Allah akan bantu orang yang ikhlas dalam mencari pahala, untuk layak masuk syurga, Al faham ke idop?

Bayangkan jika anak yang tak faham konsep RAHMAT, lalu mencuri, menipu, asal duit bertambah, maka hilanglah RAHMAT untuk mereka.. usahkan nak ajak berjalan, silap silap kena masuk penjara sebab mencuri duit orang…

Maka untuk ke syurga, perlukan rahmat, dan untuk dapat rahmat, kena IKHLAS dalam buat pahala..

IKHLAS tu yang penting.., maka logiklah orang yang pahala banyak, maka ikhlasnya banyak, maka syurganya tinggi.

Malahan, memang ada hadis kisah orang yang kitab amalannya tebal, tapi masuk neraka sebab tak ikhlas.

Maka kerena itulah Nabi pesan, ikhlas ni akan gandakan pahala, dan untuk dapat ikhlas perlu kepada istiqamah dan mujahadah, yang akan mengundang RAHMAT Allah,

Mudahnya..

Bagi yang berpeluang buat pahala, ikhlaskan diri dalam ibadatm Rahmat akan datang..

Bagi yang berdosa, ikhlaskan diri bertaubat, Rahmat akan datang..

Bagi yang dapat nikmat, bersyukur akan mengundang Rahmat

Bagi yang di uji susah, bersabar akan mengundag Rahmat.

Maka marilah kita berlumba lumpa kumpulkan Pahala ikhlas! Sebab masuk syurga bukan dengan pahala semata mata, tapi pahala yang iklas, itulah yang mendatangkan RAHMAt!

Alkisahnya ada Riwayat hamba Allah yang bila Allah berfirman, Masukklah kamu ke dalam syurga dengan RAHMAT, dia pertikaikan, katanya nak masuk syurga dengan pahala, Maka Allah bagitahu, baiklah,waktu kamu meniti titian sirat, setiap halangan akan di tolak pahala, maka melintaslah hamba Allah ni titian sirat yang panjangnya beratus-ratus tahun, dan penuh dengan halangan, yang mana semua halangan di tepis dengan pahala hinggalah pahalanya habis, tapi perjalanannya baru separuh… dan halangan makin sukar!

Maka dia akan di campak ke dalam neraka sebab pahala dah “minus”, lalu dia minta ampun pada Allah kerana sombong dengan pahala, maka Allah yang Maha Pengasih, berikan Rahmatnya maka layaklah dia ke syurga.

Jadi bayangkan jika ada anak anak yang tak faham konsep redha si ayah, tak faham konsep Rahmat yang selari dengan ikhlas, nak guna duit raya sendiri kononnya, , lalu perasan duit dia banyak, maka bila ayah ajak berjalan, dia demand macam macam, padahal dia tak sedar, dah ‘minus’ duit raya dia waktu berjalan, tapi keredaan Ayahlah yang membantunya tidur lena di hotel, makan sedap di restoran, dan dapat bermain di taman tema tiket mahal,

Kemudian ada abangnya cakap, adik berjalan ni dengan Rahmat ayah, bukan duit raya adik? Terus si adik salah faham, jika begitu tak payahlah simpan duit, bermalas sahaja lah, ayah suruh simpan duit kita buat bodoh jer, nanti ayah ajak jalan jugak, padahal banyak dah kisah anak derhaka ni berakhir hidup merana…

Maka insaflah kita yang berstatus Hamba Allah, jangalah derhaka ayat ayatnya..

Firman Allah:

"Masuklah kamu kedalam syurga DENGAN SEBAB APA YANG telah kamu AMALKAN."( An-Nahl 32 )

" Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga sebagai tempat kediaman, DENGAN SEBAB apa yang telah mereka AMALKAN. ( As-Sajdah ayat 19 )

"Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu DISEBABKAN APA YANG telah kamu AMALKAN." ( Az-Zukhruf Ayat 72 )

Nampak tak? Banyak jer Firman Allah bagitahu masuk syurga sebab AMALAN KITA, tapi apa apapun kena ikhlas, baru Rahmat akan datang..

Jadi anak anak, ayahpun nak cakap, sebenarnya duit kamu tak cukup pun untuk belanja hotel, makan sedap, tiket bermain semua tu, Ayah tambah duit poket ayah sendiri sebab itulah “Rahmat”, iaitu kasih sayang sebab ayah suka USAHA kamu yang ikhlas.

Terus anak insaf serta merta di tempat kejadian.

Woha!

Jul 10, 2022

Menara Firaun 15km?

Kisah Menara Firaun 15 km….

Saya kaji sikit..

Binaan manusia tertinggi di dunia ada di negara Islam, Burj Khalifa.., belum cecah 1km.., Menara kedua tertinggi di dunia ada di Malaysia, Merdeka PNB118. Ehem ehem!

Gunung tertinggi di Malaysia, Kinabalu tingginya 4 km. Saya pernah naik dengan kawan seramai empat orang, sorang tak dapat naik, sebab tak cukup nafas..,

Alhamdulillah saya berjaya naik sampai puncak 4km, boleh rujuk video saya di Youtube.. bermakna nak bina bangunan tinggi, masalah oksigen macam geng daki Everet, 8km, kena pakai tong oksigen.

Alkisahnya Saya tengok semalam ramai yang mengajing ustaz tu, ada yang share Menara Mata dajjal dari Filem Lord of The rings, saya check, Menara Baradur itu baru cecah 1.5km. tak tinggi mana pun..

Ada yang share Menara Senat dalam filem Star Wars, saya check tingginya 2km.

Paling tinggi, orang cakap Manara Karin dalam kartun Dragonball sebagai binaan tertinggi dalam imiginasi manusia, saya check,

Menara Karin tu hanyalah 8km, sama tinggi gunung Everest.. (rujuk gambar)

Namun, di jepun sekarang ini, sedang rancang untuk bina di masa hadapan, bangunan tertinggi di dunia, Tokyo Tower of Babel dengan ketinggian 10 km (33,000 ft), sikit lagi nak cecah menara Firaun, 15km tu..

Nama Bangunan tu pun ambik dari kisah Raja angkuh melawan Tuhan, drama vicentzo pun guna nama ni untuk aktiviti jahat, adohai..

Alkisahnya, Penyelidik daripada Jepun pernah Mencuba untuk membina Piramid guna cara lama, iaitu menggunakan pahat dan batu-batunya di ikat dengan tali.... lalu diTarik dan ditolak ramai ramai

Piramid asal satu batu seberat 4 tan,, tapi pekerja nak tolak batu 4 tan, tak mampu, lepas tu mereka ubah spek, 1 tan sahaja, ubah tinggi, kepada 10 meter sahaja, waktu pahat pekerja tak mampu, last last pakai alat pemotong batu dari elektrik lepas tu nak pindah bongkah  batu dari sungai Nil 1 tan seksa yang amat, (zaman firaun 4 tan) last guna kren, sebab jika guna manual, serratus tahun baru siap..

Akhirnya projek ni gagal ikut spec nak guna teknolgy zaman dulu, binaan itu dimusnahkan sebab kos pekerja tinggi.

Namun, projek baru ni, Menara setinggi 10km, mereka dah calculate semua kos, dan teknlogi, dan tempoh, memang boleh buat, dan akan ambik masa 100 tahun untuk siap jika dimulakan.. kita tunggu dan lihat sahajalah jika umur panjang...

Ok balik bab ceramah ustaz yang kata Menara Firaun 15km,

Dalam sejarah mukjizat

Ada kisah Nabi Sulamain suruh jin alihkan istana sekelip mata, kisah Nabi membelah bulan, Kisah Nabi tahan matahari, kisah Nabi menampar malaikat maut, kisah belah laut, kisah Nabi zurkanain kalahkan Yakjud Makjud, macam macam kisah yang tak mampu di capai akal manusia.. tapi itulah kehebatan Mukjizat yang bersama dengan Kudrat Allah..

Rujuk lagi sejarah bila bercampur kisah mukjizat Nabi Musa dan Sihir Firaun, macam macam kisah israliyyat pula yang muncul, maka dalam bab merujuk kisah Israilliyat, selagi tak bertentangan dengan akidah, InsyaALlah boleh jer kita dengar dalam bab Taghrib,

Nabi pernbah bersabda:

“Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka”

(Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Namun ulamak menyatakan Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak.

Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya. Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.”

Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya..

Maka dalam berceramah, manusia selain Nabi tak terlepas dari kesilapan, takde manusia yang matsom macam Nabi, maka dengan segala kelemahan, manusia akan mudah ken tipu, maka saya kaji sikit bab Menara ni…

Menurut riwayat Israliyyat, Firaun ni susah hati sebab Nabi Musa bagi tahu ada Tuhan selain dia, maka bila ditanya pada Haman, dimana Tuhan Musa? Maka kata Haman, Tuhan Musa bertempat di langit, lalu Firaun arahkan Haman untuk bina Menara sampai langit untuk membunuh Tuhan Nabi Musa.

Oleh sebab Firaun request sampai langit, maka Haman Scam Firaun, dia tipu kononnya binaan dah sampai langit paling atas, tapi tak Nampak pun Tuhan, maknanya Tuhan Nabi Musa tak wujud, kata Haman.

Firaun tak puas hati, lalu dia nak lembing Tuhan Nabi Musa, maka Haman berpakat dengan geng Sihir silap mata, bagi lembing yang bila baling keluar darah, firaun pun naik atas Menara tu, dan lembing langit maka jatuhlah lembing Bersama darah, lalu Haman pun puji Firaun sebab dah Berjaya bunuh tuhan Nabi Musa.

Begitu jer Firaun kena tipu dengan Haman, sama jugak masa kecik kena tipu dengan bini dia Asiah, suruh bela Nabi Musa, padahal ahli shir dah ramal bayi lelaki Israel akan hancurkan dia, tapi Firaun sendiri yang besarkan Nabi Musa.

So bila Haman dan tipu Fiaraun, maka bangunan itu kekal dalam sejarah tinggi sampai langit, hingga ada ustaz ceramah, tinggi 10 batu, atau 15km..

Hmmmm…

Begitulah kita manusia, mudah kena tipu jika lalai.. maka jika ustaz dah tersalah berceramah, tolak lah part yang salah, yang elok bab lain, kita terima.

Di Malaysia ni banyak kes kena tipu, Wanita adalah golongan paling ramai menjadi mangsa penipuan berbanding lelaki dengan merekodkan 55 peratus hasil kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dua tahun lalu. Antara jenis penipuan yang ramai kena tipu adalah seperti pembelian dalam talian, Macau Scam, Parcel Scam, Love Scam, skim cepat kaya, dan tipu pinjaman tidak wujud.

Macam macam lah, saya pernah baca berita, Pakar Motovasi bertaraf DR terkenal, kena tipu waktu beli kereta mewah murah kononnya Kastam lelong, itu dr pakar motovasi, bayangkan jika SPM gagal berbangga di tik tok, berapa ramai kena tipu?

Penceramah ada juga selamba menipu ada DR untuk yakinkan pembeli scam air liur. Ramai mana yang tertipu labur duit dengar ceramah yang boleh jumpa di buku sahaja jika rajin membaca?

Bab politik lagilah ramai kena tipu dengan manifesto dan janji dalam ceramah poilitik serta sebagainya?

PTPTN mansuh? Tol mansuh? RM50 penuh barang? SST turunkan harga barang? Kereta terbang? Aduhhhh..

Tengok waktu geng politik wujudkan Tabung Harapan Malaysia?, ramai mana ustaz ustaz yang menyokong PH beratur bagi derma konon negara dah bankrap, adohai..

Mujur PH perintah 22 bulan jer…

So bab kena tipu ni, syaitan memang pandai ambik peluang, maka dah sedar, lekas-lekas bertaubat, Jadi.., pengajaran dari kisah Menara 15km ini.

Di Malaysia juga ada dua jenis manusia.

Pertama: Orang yang pernah kena tipu dengan parti politik

Kedua: Orang yang tak kena tipu dengan Parti politik, tapi dia kenal dengan orang yang kena tipu dengan parti politik.

Paling sedih, bab kena tipu dengan janji politik ni, bila melibatkan agamawan,

Semoga semua asatizah kita termasuk kita semua dapat belajar dari kesilapan masing masing dan kesilapan rakan seperjuangan.

Yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan.

Akhir kata,

Siapa komen “semua parti politik sama jer” akan di delete!

I warn you- Woha!

Sahabat dari Syurga?

Terharu terima komen dari Jemaah Haji yang baca FB saya dan mendoakan saya, terima kasih sangat sangat..

Untuk itu, Kepada Jemaah Haji yang sempat buka Facebook saya, maka saya ada tujuh pesanan untuk Tuan tuan dan Puan Puan Sekalian.

1. Sesungguhnya bila korang pergi Haji maka ketahuilah, bahawa korang dah tiba di tempat yang mana teramatlah sangat mustajab akan doanya, di sana, Taubat manusia pertama di terima, maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, bertaubatlah dengan bertalu-talu, dan jika teringat, sertailah nama saya dalam Taubatmu..

Sesungguhnya Taubat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

2. Sesungguhnya, Nabi Ibrahim a.s tidak di perintahkan untuk meninggalkan anak isteri begitu sahaja di Mekkah. Tapi di tinggalkan di tempat yang tiada orang, di tengah padang pasir, dan di tempat yang tiada air, Itupun setelah bertahun lamanya menunggu anak pertama lahir, namun dalam ketaatan kepada Allah, di tinggalkan juga sedang si anak masih menyusu.

Itupun bukan 40 hari, tapi bertahun tahun lamanya. Namun TAAT mengatasi segalanya. Setelah 10 tahun berlalu, kepulangan Nabi Ibrahim a.s di sambut gembira anak dan isteri., namun janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji.

Dan ujian TAAT telah bermula dan terus bemula. Ketahuilan, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, bukan sebarang manusia, manusia itu adalah anak dia, anak itu bukan ada adik beradik yang lain, anak tunggal dari ibunya, dan baginda taat melakukannya.

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Taatlah akan segala peritah Allah dengan bertalu-talu., Taatlah waktu solat jemaah, waktu haji dan Umrah.

Sesungguhnya Taat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

3. Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita tentang manusia-manusia yang Redha, lihat betapa redhanya isteri Nabi Ibrahim a.s dalam ujian mencari air., lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian di sembelih.. yang mana akhirnya muncullah peristiwa Safar dan Marwah, merejam syaitan, dan ibadah korban.

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan bertalu-talu...,

Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia, Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

4. Beribadat di Masjidil Haram di Mekkah bersamaan 100,000 kali ganda, bersolat di masjid Nabawi di Madinah bersamaan dengan 1000 kali ganda, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 kali ganda, maka jangan ponteng solat jemaah.

Sesungguhnya Solat Jemaah itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

5. Saidina Umar R.a ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab: “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarat, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah tentu aku tidak akan mengucupnya” Alhamdulillah jika korang dapat rezeki cium Hajaratul aswad, Nanti sampai depan Kubur Nabi, sudilah kiranya sampaikan salamku dengan melafaz namaku di hadapan Kubur Nabi SAW.

"Wahai Rasulullah, Hamka keretamayat kirim Asalamualaikum"

6. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji dengan akhlak terpuji, Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Berakhlaklah,

Sesungguhnya Ahlak itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

7. Bagi yang pergi Haji atau tidak pergi Haji, marilah kita buat ibadah korban.... marilah kita hayati kisha pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan azam niat untuk ke sana... InsyaAllah..

Sampai sini dulu pesan abang. Selit namaku dalam doamu jika teringat.

My name is Hamka keretamayat

Woha!

Jul 9, 2022

Bayi bercakap?

Kisah bayi yang bercakap di Zaman Firaun…

Alkisahnya, anak anak sedang asyik main TikTok, sampai kedai makan, semua telefon kena rampas, dan saya Tarik perhatian mereka dengan bercerita…

“Korang tahu tak zaman Firaun dulu ada bayi yang bercakap?”

Anak anak pun bulatkan mata sebab menarik tajuk cerita ni..

Saya pun cerita kisah bayi tukang sikat  anak perempuan Firaun yang bercakap waktu ibunya nak kena bakar oleh Firaun. Kejap ada orang datang ambik order, okey, semua order makanan kegemaran, spagehti carbonara, chicken chop, nasi lemak telor mata, nasi gorang kambing, nasi gorang patayya, air teh 0, tehh Tarik, milo…

“bayi itu pun mati ke ayah?”

Ya, mati! Tapi mati itu adalah gerbang syurga bagi orang beriman..

“macam mana tu ayah?”

Firaun murka sebab Masitah sembah Allah, dihidupkan api yang besar, dan di paksa terjun ke dalam api, Masitah ragu ragu sebab ada bayi dalam pelukkan, tapi bayi yang belum setahun tiba tiba bercakap, takpe mak, kita di jalan yang benar, lalu ibunya pun terjun, dan mati syahid, Nabi Muhammad SAW pernah tercium wanginya kubur Masitah..,

“ohhh, kiranya mati ni adalah portal ke syurga ke ayah?”

“Ya, portal ke syurga bagi orang yang beriman, maka janganlah takut mati, tapi takutlah tidak beriman..”

Habis kisah Masitah dan bayi bercakap, saya cerita kisah pemuda sebaya harry potter pergi belajar sihir atas arahan raja, kemudian dia mampu ubati pelbagai penyakit walaupun OKU buta, tetap mampu dia sembuhkan.

Satu hari ada raksasa menyerang sebuah kampung, lalu pemuda tu kalahkan guna seketul batu sahaja, bila di tanya sihir jampi mana yang digunakan?, maka pemuda tu bagitahu, dia tak guna sihir, dia guna doa dan yakin pada Allah, maka terbongkarlah rahsia pemuda ni senyap senyap belajar agama dengan sorang ustaz. Malahan sembuhkan penyakit orang ramai digunakan ilmu doa kepada Allah.

Raja murka lalu hukum bunuh pada ustaz dengan digergaji putus dua, tapi untuk pemuda tu Raja nak dia insaf dan Kembali kepada Sihir, maka disuruh pengawalnya pergi campakkan pemuda tu dari gunung yang tinggi, sambil naik gunung, ada juru istana nasihatkan pemuda tu Kembali kepangkal sihir.

Sampai atas gunung dan sebelum di tolak dari tebing, pemuda tu doa pada Allah, maka berlaku gempa bumi, gunung runtuh, semua pengawal istana mati, tinggal pemuda tu sorang jer hidup.

Tapi adakah pemuda tu lari? Tak! dia sorang sorang datang Kembali pada Raja lalu dakwah kepada Islam, pemuda ni tak takut mati, sebab mati ni adalah portal syurga bagi orang beriman.

Raja dah cuak, lalu perintahkan pengawal tangkap pemuda ni, kejap.. makanan dah sampai.. spagehti carbonara, chicken chop, nasi lemak telor mata, air teh 0, milo.., okey nasi gorang kambing, dan nasi gorang patayya belum siap, tehh Tarik belum siap, dan milo…kita tunggu dulu, ayah sambung cerita.. kat mana tadi?

Okey, raja perintahkan pemuda tu di humbang ke tengah laut, sebelum bunuh, nasihatkan pemuda  Kembali kepangkal sihir, maka pendek cerita, sampai tentang laut, pemuda ni doa, maka datang rebut petir, dan ombak tinggi yang merbahaya kepada bot bot kecil, lalu kapal pun karam, semua pegaiwa istana mati dan pemuda ni sorang jer selamat.

Tapi adakah pemuda tu lari? Tak! dia sorang sorang datang Kembali pada Raja lalu dakwah kepada Islam, pemuda ni tak takut mati, sebab mati ni adalah portal syurga bagi orang beriman, kan?

Raja kecewa dan tanya macam mana cara nak bunuh kamu?

Pemuda tu bagitahu, kau kumpulkan semua rakyat di padang luas, dan ikat aku di tengah padang, lalu panah aku dengan sebut nama Allah, itulah sahaja cara membunuhku.

Raja pun buat, panah pemuda tu guna nama Allah di hadapan semua rakyat, maka pemuda tu mati, dan terbukalah portal syurga untuk pemuda itu.

Tapi kematiannya tak sia sia, semua rakyat jelata yang tengok kejadian itu, masuk Islam, raja panik dan murka.

Lalu keluarkan arahan siapa tak murtad, akan dibunuh. Tapi rakyat tetap beriman. Maka raja hidupkan api yang besar, dan paksa rakyat terjun, maka wujudlah kisah macam Masitah dan bayinya yang belum setahun tiba tiba bercakap, takpe mak, kita di jalan yang benar, lalu ibunya pun terjun, dan mati syahid, api itu dipandang sebagai portal ke syurga sahaja bagi orang yang beriman.

“wow, hebatnya bayi tu boleh bercakap, ada lagi tak kisah bayi lain yang bercakap?”

“Ada lagi dua, Bayi anak Maryam, dan bayi anak zina”

“bayi anak zina bercakap? Macam mana tu?”

“Okey, makanan dah sampai, kita makan dulu!”

Ps: Rajinlah membaca kitab, dan rajinlah sembang dengan anak moral-moral dari kitab. Apa? sibuk sangat? Belum tumbuh gigi tak pandai baca kitab? korang Baca buku abang keretamayat pun okey-Woha!

Anak Autisme cakap apa hari ini?

Alkisahnya hujan lebat waktu memandu…

“Air membazir”

“Bukan, ini air hujan…”

“Membazir air”

Oh mungkin dia terbayang waktu dia tak tutup paip hujan lalu ayah sebut: membazir

“Tak membazir anakku, ini air hujan…”

“Tengok air banyak, membazir”

“Pokok dahaga, Allah siram hujan bagi pokok minum air”

“Ohhh begitu… terima kasih Allah”

Hujan semakin lebat, mata saya berkaca kaca sebab anak dari tak bercakap kini dah “sedap” berborak…

Hujan yang kini turun membasahi bumi bukan sahaja menghilangkan dahaga pepokok malahan ayah yang dahagakan perbualan bersama anak syurga, merasai nikmat cucurannya.

Anak syurga dan si ayah serentak berkata:

“Terima kasih Allah”

Woha!

Jul 8, 2022

Mimpi jumpa Nabi?

“Apa pendapat abang keretamayat bagi orang yang mendakwa mimpi jumpa Nabi?”

*****

Alkisahnya, abang pernah jumpa orang yang dakwa dia jumpa orang yang mimpi jumpa Nabi. Katanya..

Kawan dia, keluar berdakwah dan beriiktikaf di masjid, esok pagi tercium bau wangi dari salah sorang kawannya, maka ditanya, kenapa badan kamu berbau sangat wangi?, sungguh sangat wangi yang luar biasa?, maka kata kawannya, malam tadi saya mimpi bertemu Rasulullah, dan Rasul peluk saya. Terus kawan kepada kawan saya tu, peluk dia.

Jauh sangat sanad tu di ambil dari kawan kepada kawan kepada kawan.

Kisah lain, kawan kepada kawan cerita, ada kawannya yang sangat suka bertahajjud di masjid dan beriktikaf dari isyak sampai subuh lalu tertidur.. esoknya, kawan kepada kawan cerita:

“Malam tadi saya berimimpi bertemu Nabi lalu saya bertanya, apakah tanda ahli syurga di akhir zaman? Kata Nabi, tandanya adalah kepada orang islam yang berdakwah di siang hari, dan beriktikaf di malam hari”

Terus kawan kepada kawan tu insaf sebab dia belum pernah beriktikaf..

Ok sanad kawan kepada kawan jauh jugakkan?

Pengalaman saya sendiri, ada kawan yang bertaubat, dan solat qadha setiap hari, lepas solat zohor, dia solat lagi satu, lepas isyak, dia ganti solat, hari hari dia buat, hinggalah satu hari saya tengok lepas solat dia dah tak qadha, sayapun tanya:

“Dah habis ke ganti semua solat yang kamu tinggal?”

Jawabnya sambil menangis, “Aku mimpi jumpa Rasulullah SAW, Rasul bagitahu cukuplah ganti solat qadha, kamu dah terlebih ganti dan Allah sudah terima taubat kamu”

Begitulah sikit sebanyak pengalaman saya dengan kawan kawan yang mimpi bertemu Nabi, persoalannya, adakah benar mereka bertemu Nabi? Atau hanya jelmaan Syaitan yang mengaku Nabi?

Daripada Anas RA katanya: "Nabi SAW bersabda: 'Sesiapa melihatku di dalam mimpi maka bererti dia telah melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak akan dapat menjelma sepertiku.'" Riwayat al-Bukhari.

Maka beruntunglah mereka yang dapat mimpi bertemu Nabi, Cuma persoalannya.., oleh sebab kita tak pernah jumpa Nabi, maka mungkin kita jumpa dengan “mahkluk” yang mengaku Nabi… mereka tak mampu jelma jadi Nabi, tapi boleh mengaku Nabi.., kan?

Untuk itu kita kena belajar ilmu mengenal Nabi, Ada tiga cabang..

Pertama, kita kena kenal sunnah Pemikiran Nabi dari kanak kanak hingga tua, Apa Nabi paling suka? Apa Nabi paling benci? Apa nabi paling risau? Kenapa Nabi nak bakar rumah orang tak pergi solat berjemaah? Itu Sunnah Sarirah yang kita kena belajar dan hadam.., 

Kedua kita kena kenal Sunnah Perjalanan Nabi dari bangun tidur hingga tidur baik, apa Nabi buat sebelum ke tandas? Sebelum makan? Sebelum tidur, itu Sunnah Sirah, dan akhir sekali kena kenal penampilan Nabi dari hujung rambut hingga hujung kaki, Sunnah Surah..

Maka InsyaALlah jika kenal Nabi, usahkan dalam Mimpi yang belum pasti kita akan dapat jumpa Nani, nanti dalam kubur, yang memang pasti, ada Malaikat akan tanya, siapa lelaki ini yang diutuskan kepada mu? InsyaAllah kita boleh jawab, Inilah Nabi Muhammad SAW sebab kita dah “kenal” lama melalui sifat AMANAH, SIDIK, FATANAH, dan TABLIGH… yang kita godek dari Surah, sirah, dan Sariirah… InsyaAllah..

So kepada mereka yang mimpi jumpa Nabi sebenar, Tahniah!

Sampaikan salam saya jika korang dapat mimpi jumpa Nabi yer.. Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh.

Kepada yang jumpa mahkluk mengaku Nabi, hati hati takut syaitan memperdaya dengan pelbagai cara, maka lihatlah dalil dan Nas sebelum mengikut nasihat dari mimpi itu..

Alkisahnya penulis sendiri, pernah bermimpi bertemu dengan manusia yang mengaku dirinya Nabi Muhammad SAW.

Zaman tu saya sedang sedih dengan budaya kafir mengakfir PAS dan UMNO buatkan saya menjauhi Islam.. malas nak dengar ceramah mana mana sebab isinya politik taik.. tengok aksi ke dua dua penyokong, (kejadian di Terengganu zaman Amanat Haji Hadi), saya rasa macam Islam tak boleh diselamatkan…

Maka takdir Allah, Dalam mimpi saya duduk di tangga rumah bingung seorang diri, cuaca dah petang, dan datang manusia tua berserban hitam yang menutup wajahnya, Patutnya saya rasa seram, sebab tak kenal dan tak Nampak wajah, dia mengaku dirinya Nabi Muhammad SAW dan ajak saya dakwah rumah ke rumah, saya hanya ikut Nabi dari belakang, dan Nabi bercakap dengan jiran jiran,

dan akhirnya kami tiba di kubur kampung saya, waktu itu dah gelap, namun Kubur bercahaya meriah macam pasar malam, ada orang sedang di azab atas kubur, dan ada orang sedang menari, cemas saya tengok kejadian itu, terus saya terjaga, dan berpeluh peluh.. , (alamak, kenapa bulu roma saya meremang waktu tulis ni?)

Maka saya pun duduk di tangga rumah tunggu Gerakan islam yang datang jemput saya dakwah rumah ke rumah, tapi takde, yang datang pujuk undi ada, bagi bendera, kutuk sana, kutuk sini, adohai..

Hinggalah saya sambung belajar di New Castle Kelantan, satu hari ada orang yang datang bagi salam dan ajak saya dakwah rumah ke rumah, terus mimpi itu datang menjelma, dan sayapun terus ikut.

Maka bila ikut Jemaah dakwah, saya rasa lega sebab rupanya Islam masih boleh di selamatkan. Politik PAS Kamilah terpaling Islam saya tak terkesan sebab Islam sebenar jauh merentasi sempadan negara, menyatukan Ummat dengan kerisuan akhirat..

Tak lama kemudian, saya di bawa ke masjid Sri Petaling (tahun 1998) yang mana Solat subuh penuh macam solat jumaat, waktu rukuk, orang sebelah kiri kanan menitik air mata sedang bersolat, alamak, wujud lagi orang macam ni?

Lepas tu bila ustaz berceramah, langung takde nak kutuk sesiapa, nak kafirkan sesiapa, cerita tentang atas langit (wahyu) dan bawah bumi (kisah orang dah mati) sahaja, malahan para pendengar ceramah, beresak esak menangis macam esok dah nak mati- insaf bang.

Isi ceramah pulak selalu salahkan diri, dan kasihankan Ummat, dan bila ustaz bercerita kisah Nabi dan Sahabat, dalam bergenang air mata, kita seolah olah ternampak kehidupan penuh mujahadah orang terdahulu dalam mengembangkan agama.

Lepas dengar ceramah, pergi dewan makan, eh? Mana meja dan kerusi?, masing masing duduk bersila, makan dalam talam, peha kambing dalam talam, perghh, satu pengalaman baru, dan entah kenapa TehTarik di masjid itu adalah Teh Tarik paling sedap dalam dunia, (mereka guna susu kambing)

Kemudian pergi tidur dalam masjid, tapi kenapa pintu masjid tak kunci, karang masuk pencuri macam mana? Rupanya masjid tu tak de pintu, dan tak pernah tutup kerana masjid itu hidup 24 jam.

Apa tu masjid hidup 24 jam? Nun di depan mimbar masjid ada lampu kecil, untuk orang mengaji sepanjang malam, dan dilokasi lain yang gelap, ada orang sedang bertahajjud sepanjang malam,

Malam itu saya tak boleh tidur, sebab bunyi orang menangis teresak esak sangat menyeramkan, macam berada dalam penjara bersama orang yang nak kena gantung esok, dan ramainya yang menangis maka bunyinya seolah bunyi lebah sedang terbang.

Sayapun bangun, ambil wudhu, dan solat tahajjud, dan betul lah masjid yang ada suasana malaikat, angkat takbir sahaja, terus kita berhamburan air mata.

Tiga hari di masjid itu seolah berada di pintu masa, orang yang keluar masuk ke masjid seolah dari zaman sahabat, dengan pakaianya, celak di mata, senyuman di wajah, air mata di pipi, janggut yang basah, bau yang wangi, dan ada orang saya jumpa tidur atas pelepah tamar! saya cuba tidur atas tu, aduhh, tak boleh gerak, dan katanya, Nabi tidur atas pelepah tamar Hamka.. oh insaf.

Bila ada kesempatan berborak dengan orang yang nampak macam datang dari zaman 1400 tahun dahulu, rupanya mereka semua bukan perentas masa..

Mereka adalah orang yang hidup zaman ni, ada doctor, professor, jurutera, ustaz, driver kereta mayat, penyanyi, pelakon,  artis dan ramai lagi lah, terkejut tengok masih ada orang boleh enjoy hidup macam orang kafir tapi pilih cara hidup zaman Nabi, Hidayat milik Allah!

Alhamdulillah, semoga kita semua dipilih Allah untuk berjuang di jalan Allah… Amin..

Akhir kata, Semoga zaman kegemilangan Islam, solat subuh penuh macam solat Jumaat dapat di kembalikan ke semua masjid surau. Amin…

Yang tertidur mimpi jumpa Nabi ke, tak jumpa ke, pastikan bila terjaga di subuh hari, terus kita ikut Sunnah Nabi paling awal, iaitu solat subuh berjemaah.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Semoga Woha sampai syurga!

Link video gambar masjid: https://youtu.be/Q46vnvWhlUA

Lelaki Free hair?

“Abang Hamka, Kenapa orang melayu masih bertanjak, dan keris, bukanlah Islam itu serban dan pedang, itukan lebih sunnah?”

Alkisahnya, Nenek moyang kita, yang kaya dengan adat, yang sudah bertanjak dan berkeris, lalu datang Islam, terus pendakwah yang kenal sifat orang melayu suka bertolak ansur, lalu jadikan dakwah Islam dan adat bersatu.

Dahulu keris ada falsafah lingga dan yoni yang bermaksud kesuburan, dan kekuatan pada bilah keris. Namun selepas kedatangan Islam. Semua unsur kepercayaan lama digantikan dengan falsafah keislaman tanpa buang budaya asal.

Contohnya macam lok keris 5 melambangkan rukun Islam, lok keris 7 melambangkan pusingan tawaf, lok keris 13 melambangkan rukun solat, dan lok keris 17 pula melambangkan jumlah rakaat solat lima waktu sehari semalam…

Begitulah hikmahnya pendakwah zaman dulu, bukan sibuk bidaah dan sesatkan orang, sungguh dakwah cara islamkan budaya buatkan peta dunia kini, terlihat orang islam lebih ramai dalam kepulauan melayu.

Terus Melayu dan Islam bersebati, maka kita dapat lihat Dalam cara hidup kita ada budaya islam. Dalam Tanjak ada falsafah islam, dalam baju melayu ada falsafah islam, dalam pencak silat ada gerakan sebahyang, dalam menjamah makanan ada adat dan adab Islam, panjang nak cerita berliku liku macam lekuk luk keris.

Hingga cucu orang melayu yang nak murtad rasa sukar, kena naik turun mahkamah tukar IC, belum tentu dapat, islam dan melayu di kunci kuat macam pasak silat, yang mana nenek moyang jaga agama sampai anak cucu dapat kebaikkannya.

rujuk Zakir Naik pakar bandingkan agama, dan pakar bandingkan negara islam paling baik yang mana untuk dia mendapat suaka politik? tahu di mana? Dr Zakir Naik pilih menatap di Malaysia dengan hujah Malaysia ini adalah negara islam paling aman dan masjid banyak hidup serta amalan islam rakyat Malaysia mengikut Dr Zakir naik, sangat baik.

Sungguh saya bangga dengan nenek moyang saya orang melayu yang mampu tukar agama kuno kepada agama Islam yang paling common sense dan kita semua automatik menjadi malayu islam sedangkan dengar cerita, anak bangsa lain masih bermasalah dan terkial kial dalam bab ketuhanan sebab nenek moyang mereka tak nak tukar agama walau kebenaran depan mata..

“Wow, banyak yang saya belum tahu, maka abang Hamka, saya nak beli Tanjak satu, sebab saya tak nak Free Hair!

Perghhhh, dulu perempuan jer dituduh free hair, sekarang lelaki pun sama! Gender equality!

Woha!

Ps: Lelaki tidak haram free hair, tapi Orang perempuan haram Free hair, namun orang lelaki yang tutup kepala adalah sunnah

Now you Know.

Jul 7, 2022

Haramkan Panggung wayang?

Panggung wayang tak haram yang haram perbuatan...

Alkisahnya, Kita perlukan jutawan Islam yang berani buatkan perubahan kepada system berunsur maksiat.

Disney beli Starwars, beli Marvels, beli Pixars, lepas tu sebar agenda LGBT, adohai..

Twitter penuh maksiat?, penuh video lucah?, Elon Musk dah beli tak tahu apa nexy dia nak sebarkan..

Maka kita orang islam tak perlu berbalah pasaraya haram, pangung wayang haram, biskut haram semua, kita kena mulakan usaha masing masing dan memang kita perlukan jutawan Islam yang berani buatkan perubahan kepada system berunsur maksiat.

Tengok juara UFC Khabib yang jutawan lepas pencen, beli Gorilla Fighting Championship (GFC), dan tukar kepada EFC yang merupakan singkatan dari Eagle Fighting Championship.

Lepas tu Khabib nak hapuskan Ring Girl, iaitu Wanita seksi pegang sepanduk bagitahu Round game, kata Khabib.

“Ring Girl dan sukan MMA takde kena mengena langsung!”

Atau Bahasa tersiratnya, Haram tengok perempuan seksi.

Maka jika ada jutawan islam, selain terbitkan filem berunsur islamik, bagus beli terus panggung wayang dan buat undang undah patuh syariah, tiada filem waktu azan, ada surau, jual makanan islamik, jaga batas pergaulan, dan sebagainya…

Maka kena ramai jadi jutawanlah!

Disco haram? beli disco, tukar tarian lagha kepada zikir zihri! Sedakar menyebut contoh…

Maka abang doakan siapa siapa baca status ini menjadi kaya raya, hingga mampu mencegah maksiat dengan kekayaan!

Woha!

Ya Allah, jadikanlah kami orang islam bebas dari penyakit wahan dan kaya raya hingga mampu bayar zakat RM satu juta!

Amin.

Jul 6, 2022

Tanjak Tinggi dalam Wayang?

Ada orang share gambar ni sebab abang kereta mayat jual tanjak, diminta ulas sikit..

Abang pelik lah tengok kerusi panggung wayang ni sebab jika orang tu tak pakai Tanjak pun kepala sudah tutup layar?  Pawagam kat mana ni? Kelantan ke?

Biasa pawagam kerusi tak di susun rata, ada sudut dia yang mana kerusi belakang lebih tinggi dari kerusi depan, ini mungkin masalah kamera punya sudut sahaja nak api-api kan orang bertanjak.

Walau bagaimana pun jika benar ada pawagam kerusi sama tinggi depan belakang atau memang ada brother tinggi lampai duduk depan brother genit, maka abang mayat nak bagitahu  semua si pemakai Tanjak bahawa Tanjak ni ada seni merendahkan Tanjak yang mana waktu kita pergi ziarah orang meninggal dunia contohnya,.. Tanjak yang menjulang kenalah dilipat rendah.

Waktu solat juga tanjak yang menjulang kena dilipat rendah agar tak ganggu orang dalam saf, semua tu ada seni merendahkan Tanjak.

Korang tak tahu bukan?

Yalah, berapa ratus tahun kita di jajah? 

Bermula sejak 1511, kita di jajah Portugis selama lebih kurang seratus tahun, lepas tu Belanda pula jajah kiita dua ratus tahun, lepas tu British jajah kita tiga ratus tahun, habis di jarah hasil bumi kita, hinggalah Jepun datang jajah kita dua tahun, seksa yang amat, lepas tu Komunis jajah dua minggu, lagi terseksa, hinggalah Malaysia merdeka, maka Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra dengan pakaian Melayu lengkap Bertanjak!

Merdeka!

Namun oleh sebab lamanya di Jajah, Tanjak di kepala orang melayu seperti yang pernah di catat oleh Paul Wheatley sebelum tahun 1500 mengatakan “All man tie their hair (tanjak) in a knot and wrap round them skirt(sampin)..”

Tapi itulah… 500 tahun di jajah, maksud Tanjak pun orang melayu ramai tak tahu sebab ilmu ni hampir pupus..

Korang tahu apa maksud Tanjak?

Jawapannya adalah Tanjak bermkasud kita sedang merdeka memijak tanah melayu, rupanya Tanjak singkatan kepada Tanah yang di pijak, sebab tu ada Tanjak negeri masing masing, Tanjak Bugis pun ada.

Tapi dah lama dijajah, tanjak hilang dalam alam melayu di ganti songkok dan kopiah, (tak salah pun) namun tanjak hanya muncul waktu menjadi Raja sehari tanda merdeka. Atau dalam majlis silat sahaja.. Atau di kalangan Bangsawan istana sahaja..

Namun lepas dijajah PH 22 bulan, lepas asset negara di jarah, tabung haji isu, dan lain lain (malas nak tulis nanti ada yang sentap)

Maka alam melayu tiba tiba bergegar! Sebab UMNO dan PAS tiba tiba Bersatu, geng Songkok dan Kopiah Bersatu, tak kan Pak lebai nak pakai Songkok Umno? Tak kan JKK nak pakai kopiah Pas?

Akhirnya, saya yang sedang menjual Tanjak di PWTC hari PAS dan UMNO berpelukkan mencipta MUafakat Nasional..

Hari tu saya di serbu! Habis licin Tanjak saya jual!

Woha!

Ringkas cerita, Alhamdulillah, Tanjak telah kembali dipakai anak muda bebas macam zaman sebelum 1500 masihi…

Tahniah kepada semua anak melayu yang kembali bertanjak…

Hari raya baru ni, saya pergi mana mana, nampak ramai anak muda bertanjak, hensem bergaya..

Pergi restoran, tengok tukang masak pakai Tanjak waktu memasak, wow...

Buka TV, nampak artis artis ramai yang bertanjak tanda merdeka..

Malahan ada Khatib yang baca Khutbah dengan bertanyak? Kagum dari jauh..

Sungguh setiap bangsa ada destar masing masing, Khabib Jaguh UFC bangga dengan Topi Papakhanya, Arab dengan Serbannya, maka bangsa melayu destarnya adalah Tanjak tanda nenek moyang kita bangsa merdeka.

Jauh benar saya bercoletah..

Jadi balik kepada isu Tanjak menjulang dalam panggung wayang? Yang jika benar ada pawagam kerusi sama tinggi depan belakang atau memang ada brother tinggi lampai duduk depan brother genit, maka abang mayat nak bagitahu semua si pemakai Tanjak bahawa Tanjak ni ada seni merendahkan Tanjak yang mana waktu kita pergi ziarah orang meninggal dunia contohnya,.. Tanjak yang menjulang kenalah dilipat rendah...

Waktu solat juga tanjak yang menjulang kena dilipat rendah agar tak ganggu orang dalam saf, semua tu ada seni merendahkan Tanjak.

"Macam mana seni merendahkan Tanjak tu abang keretamayat?"

Korang tengok video ini, yang mana dua pendekar dengan tanjak Tok Beruas Vs Tanjak Gajah Gemulong  yang layarnya menjulang, tapi tiba waktu sembahyang mereka pun guna seni merendahkan Tanjak.

Indah kan seni bertanjak jika kita faham?

Link video Seni merendahkan Tanjak….

https://youtu.be/ONw5xwR_SBk

Jangan pernah malu bertanjak di tanah melayu

Woha!

Tengok Wayang Haram?

“Apa pendapat abang keretamayat dengan ustaz FB yang haramkan orang tengok wayang sebab tempat tu ada orang buat maksiat, walaupun filem tu baik”

Alkisahnya, Hidup ini pilihan….

Ada orang baca Yasin malam jumaat, Ustaz X cakap, Bidaah! Nabi tak buat, Nabi baca Al kahfi malam Jumaat, bukan Yassin! elok jangan baca terus dari buat amalan bidaah.

Tapi Ustaz A pula cakap, Alhamdulillah ada yang nak baca Yassin, jika mampu tambah baca Al Kahfi, jangan tak mengaji langsung..

Nampak tak bezanya?

Ada orang sambut hari lahir Nabi, Ustaz X cakap, Bidaah! Nabi tak buat, Abu Jahal jer yang sambut hari lahir Nabi, haram! Hari jadi Isteri saya pun saya tak sambut! Sebab tiada Riwayat Nabi sambut hari jadi isteri! Haram!

Ustaz A pula cakap, Alhamdulillah ada yang nak sambut hari lahir Nabi dengan isi majlis ilmu, jamuan makan, selawat, teruskan, , asal jangan isi dengan perkara haram, teruskan.. nak sambut hari isteripun pastikan dengan mengisi perbuatan yang halal, Alhamdulillah…

Nampak tak bezanya?

Masuk bab pawagam pun sama.., Ustaz X cakap, haram!! Nabi tak buat, Jika filem baik pun dalam wayang gelap, ada orang buat maksiat, haram!

Ustaz A pula cakap, Alhamdulillah ada filem yang baik, patriotic, tutup aurat, maka setiap kerusi yang kita duduk, kita dah mencegah maksiat di kerusi itu, teruskan buat filem yang baik, dan dakwah orang sebelah tengok filem, jangan buat wayang, Solat jangan lengahkah sebab wayang, jika mampu buat wayang macam di Terengganu, asingkan lelaki perempuan, dan pasang CCTV pada penonton agar tak buat maksiat, Alhamdulillah…

Nampak tak bezanya?

Alkisahnya di zaman Nabi ada sahabat yang semangat nak haramkan luar biasa,

Nabi bertanya kepada Sahabat itu: “apa nak buat jika kamu nampak orang kaya mengambil harta orang miskin?, jawab sahabat itu, akan di pancung dengan pedang serta merta, maka Nabi menasihatinya agar jangan guna pedang, bersabarlah dalam menghukum.. lebih kurang begitu nasihat Nabi..

Lalu Sahabat itu meminta jawatan menjadi Ketua jawatan tertentu. Jawab Nabi:

”Aku lihat engkau seorang yang lemah. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.”

Maka sahabat itu sampai ke akhir hayat tidak di beri jawatan, kerana Nabi melihat beliau seorang yang “lemah”

Maka apa pendapat saya kepada ustaz ustaz di FB yang mudah haramkan sini sana, yang tak berhikmah dalam berdakwah? maka saya pinjam kata kata Nabi dan pendekkan…

“wahai ustaz FB, Aku lihat engkau seorang yang lemah”

Okey, saya pendekkan lagi.

LE………. MAH!

Jul 5, 2022

Bertanjak tengok wayang?

Biarlah orang melayu nak tonton filem Silat Mat Kilau pakai Busana Pendekar.

Peminat filem ni macam macam…

Hari tu filem Star Wars Rise of Skywalker di Kuantan, saya nampak ada jer orang melayu pakai macam Jedi, macam Death Vader, pakai cosplay.. bawa pedang leser bersama kawan kawan, habis movie bincang spoiler sambil mengeteh.. biarlah..

Selagi tak buka aurat dan bawa mudarat, biarlah… inikan negara merdeka…

Di Barat filem Avangers, macam macam costum penonton pakai, filem Harry Potters pun sama, siap dengan cat dahi macam Harry potters.. biarlah..

Masa Batman Dark Rise, Ada yang pakai macam Joker datang tengok wayang, biarlah…

Negara kita cara kita, tak perlu nak banding kan orang cina tengok cerita kung fu Wong Fei Hong tak ada pun pakai macam Jet li?

Tak kan mereka nak botakkan kepala? Common sense jer pun..

Semangat menonton masing masing…, bila menonton bersama kawan, pakai baju yang bersemangat sikit lagi best.

Bagi Kera sumbang takde kawan yang ‘gila gila’ tak faham feel “berkawan” lain macam dia punya semangat.

Tak pernah tengok konsert rock metal? Semua pakai baju rock! Baru rock bro!

Tak pernah tengok bola ke? kita boleh tengok macam-macam stail penonton, ada yang lebih suka tengok kat rumah dalam tv, ada yang lebih suka tengok dekat kedai makan screen besar sambil menjerit sama kawan-kawan, ada yang just nak tahu keputusan, cukup tengok berita babak gol, atau ada yang just baca surat kabar, youtube dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling happening!, adalah mereka yang tengok bola dekat stadium sambil jerit-jerit, siap pakai jersi warna sama dengan pemain bola, dan ada yang siap conteng muka lagi lengkap dengan kain rentang, ha ha ha..

Bila di tanya, kenapa korang sanggup conteng muka, pakai jersi warna warni dan duduk kerusi hadapan sambil menjerit-jerit macam jurulatih?

Jawab mereka, tengok bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Ok, itu tengok bola kat stadium, ada kawan saya yang main bola secara seronok-seronok dekat padang kampong, tapi datang siap dengan jersi lengkap, bila lawan pertama sumbat gol, yang kalah kena bukak baju,

jadi mamat yang dah tahu kalah, dah kena bukak baju tapi masih datang main dengan pakai lengkap jersi walaupun hanya dia sorang jer pakai, dan bila ditanya, kenapa sanggup susah susah pakai baju bola sedangkan kita main suka-suka jer?.

Jawab mereka, main bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

itu cerita bab bola, jumpa balik kaki filem, dia tahu filem lambat laung akan keluar dekat TV, tapi tak nak, katanya tengok dekat wayang baru feel, sebelum spoiler dibocorkan di mana mana media, dia nak jadi orang pertama yang menonton dan tahu spoiler, malahan ramai yang pakai kostum sewaktu menonton filem, sanggup bayar tiket mahal pada tayangan perdana, mereka tak kisah, sebab tengok movie kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Al faham ke idop?

Bab solat misalnya, (ehem, ehem)

Kita boleh tengok macam-macam stail pesolat, ada yang solat kat rumah lengah-lengah, ada yang solat berjemaah dengan bini, ada yang solat hanya pakai kain pelikat, ada yang solat sekadar melepas kentut di tangga, dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling best, adalah mereka yang solat berjemaah di masjid, saf depan, datang awal, siap buat solat sunnat tahiyatul masjid dan pakai lengkap sunnah Nabi dengan siap bercelak, bersugi, berserban dan berjubah putih!

Bila di tanya, kenapa korang sanggup bercelak, berserban dan berjubah putih, datang awal, duduk saf depan, lalu bertasbih dan beriktikaf di masjid macam ustaz ulamak?

Jawab mereka, solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Saya ulang: solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Jadi ‘moral of the story is:’ Jika Solat korang tak best, Cuba check kenapa solat korang tak ada feel?,  sebab tak bersungguh untuk solat!.

Cuba korang buat macam peminat wayang hari pertama buat, eh silap?, cuba kita buat macam ustaz ulamak selalu buat, datang awal ke masjid, duduk saf depan, solat sunnat tahiyatul masjid, dan pakai pakaian sunnah siap berserban, bila solat rasa satu feel yang.., nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Saya sendiri dapat rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban, duduk saf depan, lepas solat sunnat duduk zikir, dengan niat iktiqaf sambil tunggu azan, bila time solat rasa sungguh best! dapat ‘feel’ yang feelnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Tapi kalau datang orang dah nak habis khutbah, duduk pulak saf belakang. Pakai pulak baju T shirt dan seluar jeans, kopiah pun tak pakai, lepas solat rasa macam gitu-gitu jer, kurang feelnya, (ni saya lah nih..korang tak, korang semua beriman dan bertakwa, tak dengar khutbah pun okey, dan solat masbukpun tapi masih kusyuk solat sehingga lupa alih kereta yang parking di tengah jalan block kereta orang-memang bangang!..)

Maka nasihat saya, sama samalah kita bersungguh dalam ibadat, orang pergi himpunan kuning pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju kuning nak gulingkan kerajaaan dulu-dulu, atau orang pergi tengok bola di stadium pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju jersi melambangkan semangat gila bola siap conteng muka? atau ada orang sanggup pakai kostum avangers waktu menonton filem Avangers, atau pakai busana pendekar waktu tonton Mat Kilau, maka apatah lagi untuk perkara yang lebih utama seperti solat?

Kalau boleh bawak uniform khas dalam beg siap dengan serban dan jubah serta kayu sugi (macam superhero dengan kostumnya: superman/spiderman/cicakman), yang mana bila dah nak azan terus tukar baju, zassss.., dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…

Untuk ini saya puji geng perempuan, masing masing Ada pakaian solat khas! lagi sepuluh minit nak azan mereka dah pergi siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum-senyum kat suami sambil angkat-angkat kening, sebab jika isteri solat awal waktu, dan suami solat berjemaah di masjid, InsyaAllah , bersatulah mereka di syurga.

Alhamdulillah…

Akhir kata, Jom solat berjemaah awal waktu tempat azan diazankan, siap pakai pakaian sunnah, Habis solat pula jom tonton filem Mat Kilau sambil bertanjak.

(Jika tanjak tinggi menjulang, tolong tengok orang belakang sama takut tak nampak, bolehlah riba tanjak tu, habis filem pakai balik no problem, tanjak ni ada seni merendah kan tanjak waktu solat-link abang share dekat komen nanti)

Takde tanjak? Abang boleh karangkan, InsyaAllah abang ada sanad Bab tanjak, nak beli pm tepi…

Pesan abang keretamayat… Jangan pernah malu solat awal waktu dan jangan pernah malu bertanjak di tanah melayu!

Woha!

Terima kasih sudi subscribe channel youtube Hamka Keretamayat untuk tahu lebih bab Tanjak

https://youtu.be/u5WfBrwRFRE

Filem Mat Kilau atau Nasi Dagang?

Alkisahnya, plan nak Tunggu anak anak balik asrama, ada tiga anak berjauhan, tapi anak anak Call, mereka semua dah tengok, cikgu belanja.

Terima kasih cikgu asrama, Maka saya pergi dengan wife sahaja…

Di jalanan, orang tegur cantik Tanjak? Beli kat mana? Saya cakap karang sendiri, terus orang tu paksa jual, sebab dia dah lama cari Tanjak cantik, saya pun mengalah, jual Tanjak, dan keluarkan kopiah.

Duit Tanjak lepas beli tiket wayang, Alhamdulillah..

Beberapa jam kemudian..

Habis filem Mat Kilau..,

Ulasan ringkas saya..

Filem ini ibarat Nasi dagang.., yang mana bayangkan satu hari kita teringin sangat nak makan nasi dagang original resepi, tapi takde yang jual, sebab nak buat original resepi sangat susah, tiba tiba ada kedai jual nasi dagang, orang beratur Panjang, ramai cakap sedap.

Maka saya pun beratur, dan makan.

Okey, sedap tu biasa, tapi boleh makan, dan kenyang, jika nak tambah beberapa perkara bagi sedap, memang kena tambah, tapi boleh makan, ada lah rasa nasi dagang tu walau tak sesedap yang kita impikan..

Dan saya berterima kasih kepada penjual nasi dagang sebab sudi masak, rasa okey, tengok ramai yang puji sedap sebab makan dalam keadaan lapar, memang sedap, maka boleh masak lagi tahun depan dengan kaji lebih sikit aromanya.

Maka balik makan nasi dagang, puas hati sebab perasaan tertanya tanya kenapa ramai sangat beratur makan? Terjawab sendiri bila kita dah rasa, ohh patutlah.., nasi dia ringan, kuah dia tak pekat, tak cair, ikan diapun potongan besar, tapi rempah tu ada kurang sikit, yang lain semua okey.

Begitulah ulasan ringkas saya kepada filem Mat Kilau, yang mana penonton dah lama “lapar” filem berunsur semangat silat melayu, tapi takde yang buat, tiba tiba Samsul Yusof bukak kedai, memang ramai orang beratur, dan makan sampai habis licin, makan pulak beramai ramai dengan keluarga dan kawan kawan, menambahkan lagi sedap menonton.

Rujuk gambar, keluar panggung wayang tiba tiba saya ternampak seorang penjajah berpakaian serba putih sedang bawa senapang berjalan di kedai kedai melayu, nak kutip cukai lah tu?, terus semangat Mat Kilau datang merasuk diri, saya serbu penjajah baju putih tu, terus saya rampas senjatanya, dan paksa dia belanja saya makan nasi dagang!

Woha!

LINK: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/pfbid08RosB3Zk1bJyCfVjM8GwTZTErtKKhe8q6HRYqpot82yrNtdVVkwaSoXvxzwAWJSql