Nov 17, 2022

Tazkirah dalam LRT?

LRT mengajar kami erti kehidupan…

Alkisahnya Perkhidmatan LRT di beberapa laluan KL telah ditutup, Semoga LRT dapat dibuka semula dengan segera…

Teringat satu video di YouTube, Seorang Atheist telah di tanya oleh orang Islam..

“Kamu tahu kenapa Tuhan hantar kita ke dunia? Kamu tahu dari mana kita datang?, dan ke mana kita selepas mati?”

Jawab si Atheist, saya tak pedulikan soalan kenapa saya di sini, atau ke mana saya selepas mati, saya hanya perlu menikmati kehidupan ini, makan sedap, bercinta, berparti, minum minum, berkawan.. enjoy tengok sini sana, itu sajer cukup lah. Tak perlu cari jawapan dari mana saya datang dan ke mana saya lepas pergi.. buang masa semua tu…

Logik juga jawapan si atheist bab jangan buang masa, maka berkatalah pendakwah Islam…

“Baiklah, bayangkan satu hari awak tertidur lama dirumah, dan apabila awak terjaga, awak berada dalam LRT yang sedang bergerak, bersama makanan yang enak, dan lokasi tepi tingkap bersama pemandangan yang tak pernah awak nampak, cantik.. soalan saya, apakah soalan pertama yang terlintas di fikiran kamu?”

“Saya akan bertanya, kenapa saya berada di sini?”

“Betul, kamu jawab dengan logic yang sangat betul, kenapa saya di sini?, saya kena culik ke? Apa akan berlaku di penghujung stesen LRT? hanya orang bodoh sahaja abaikan soalan terpenting yang makan sedap atas LRT, tengok pemandangan yang cantik tanpa bertanya soalan, kenapa saya di sini kan?

Bagus kan bila kita ada sifat ingin tahu?, Tapi malangnya untuk dunia dan hidup selepas mati, awak memilih jalan yang tidak normal, hanya nikmati hidup tanpa peduli apa berlaku selepas mati.. adakah awak tidak mahu berfikir?”

Mendengar hujah pendakwah Islam itu, terus pemuda Atheist itu berkata;

“Awak betul, awak nampaknya pandai berkata kata..”

Atheist itu pun berlalu dan semoga dia dapat hidayat menjawab dengan tepat akan tiga soalan, dari mana kita datang, kenapa saya di sini dan apakah yang berlaku pada saya selepas mati?

Korang pulak, ada jawapan tak? untuk tiga soalan ini?

Saya dah explain dalam LRT, rujuk video ini https://youtu.be/WdbwsfRl45E

Woha!

Suami dayus?

Suami dayus jika doktor lelaki yang sambut kelahiran? Alamak macam mana ni? Sekarang semua doktor lelaki, saya rasa dah nak beranak sekarang ni, malunya?

Begitulah jerit seorang wanita yang sedang kesakitan di dalam sebuah Hospital, lalu datang jururawat wanita memujuk..

“Sabar ustazah, Semuanya ini telah ditentukan oleh takdir dengan izin Allah... Sungguh Perancangan Allah itu adalah terbaik”

“Tak nak doktor lelaki… malu… dayus…”

“Sabar ustazah, saya dulu pun memang dah book siap-siap doktor wanita maklumlah saya jururawat hospital swasta ini tapi takdir menentukan saya sakit bersalin lebih awal dari yang dijangkakan.

Dalam keadaan cemas dan darurat itu, doktor bertugas yang ada ketika itu hanya doktor India lelaki saja. Doktor wanita yang saya dah booking hanya boleh sampai dalam tempoh 1 jam.

Maka demi nyawa anak, kelahiran saya disambut oleh doktor lelaki, dan sebagai jururawat, saya percaya tiada doktor yang sempat memikirkan nafsu syahwat waktu sambut mana mana kelahiran… kita merancang, Allah tentukan…

Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak sekarang dah besar masuk Tahfiz lagi... Semuanya adalah takdir ketentuan Illahi... Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan…”

“Tapi Nurse saya malu nak beranak depan doktor lelaki”

“Jangan malu, saya ada teman, tapi ada orang lebih teruk dari awak, tahun lepas ada sorang wanita ni terperangkap dalam lif bersama tiga doktor lelaki, dan dia beranak dalam lif, bayangkan nasib dia dan nasib awak”

“Nurse! Yang terperangkap dalam lif dan beranak depan semua doktor lelaki tahun lepas  tu saya jugak!”

Woha!

Ps; janganlah hukum dayus kepada suami yang tak mampu booking doktor wanita, kewangan setiap keluarga tak sama, tiada suami yang sengaja nak cari doktor lelaki, doakan agar semua suami diluar sana kaya dunia akhirat,dan doakan anak perempuan Islam ramai yang jadi doktor. Amin.

Tazkirah Gerhana Bulan?

Sempena Gerhana Bulan…, malam tadi surau buat solat gerhana, lepas solat semua Jemaah lepak luar surau tengok gerhana bulan..

Saya lepak dengan anak remaja lelaki, terus anak bertanya,

“Ayah ada cerita tak tentang Gerhana Bulan?”

Ada, anakku.., Pada zaman dahulu, ada dua budak lelaki di culik oleh tiga ahli sihir yang jahat, sebab kena culik? kerana budak budak tu, sorang dilahirkan waktu gerhana bulan, dan sorang lagi dilahirkan waktu gerhana matahari. Elok untuk ramuan terbaru ahli sihir..

Kemudian Ahli Sihir itu telah memasak ramuan menggunakan Serangga Belalang kunyit, lalu kedua dua budak itu membesar dengan rasukan Hantu belalang.

Tujuan Ahli Sihir itu membesarkan budak itu sebab Ahli sihir itu perlu minum darah raksasa belalang untuk kekal muda, tapi oleh sebab Rakasasa belalang dan uzur, maka Ahli sihir itu perlu mencari waris Raksasa belalang yang mana satu pertarungan perlu di aturkan antara Budak berkuasa gerhana bulan lawan budak berkuasa gerhana matahari apabila mereka cukup umur nanti..

Pendek cerita, Siapa yang Berjaya bunuh lawannya akan dilantik menjadi Raksasa Belalang juga dikenali sebagai Raja Abad.

Tapi nak jadikan cerita, budak berkuasa gerhana matahari Berjaya larikan diri, manakala budak berkuasa gerhana bulan telah dihilangkan ingatan.

Waktu lari, budak berkuasa gerhana bulan telah curi sebuah motor yang berbentuk belalang, nama motor itu adalah Belalang Tempur.

Budak itu kemudian diserang oleh tiga ahli sihir lalu kekuatan Hantu belalang muncul dan menjadilah budak itu Suria Perkasa Hitam jika di Malaysia, Kesatria Baja Hitam jika di Indonesia, dan.....?"

“Ayah, serius saya dengar cerita, sekali Kamen rider Black Sun vs Shadow Moon!”

Woha!

Ps: Bergaulah dengan anak remaja, sebab anak dahagakan perbualan yang indah dengan orang tua, terus teringat arwah Ayah saya zaman dulu cerita kisah Tentera Jepun, saya kini cerita Anime jepun dengan anak anak..., pun boleh?! he he

Nov 16, 2022

Nak mengundi parti mana?

Alkisahnya nak masuk tandas masjid, tengok selipar warna warni tak jumpa dah pasangannya?… maka pakailah mana mana yang rasa selesa…

Lepas tu keluar tandas masjid, tengok pulak warna warni bendera politik, tak tahu nak pilih yang mana….?

Jadi saya pilih untuk berfikir…..

Nampak lambang dacing biru tua teringat nanti di hari akhirat semua amalan akan di timbang…. sebesar zarah pun akan dinilai, maka angan berbohong dalam politik, sebab semua amalan akan di timbang…

Lepas tu nampak lambang bulan purnam hijau teringat hari akhirat ada wajah  yang bercahaya bagi ummat yang soleh… kesan dari air wudhu yang sempurna, jadi jika nak berpolitik seklaipun, tolong jangan sampai tinggal solat…

Kemudian Nampak lambang mata satu biru muda, terus teringat fitnah dajjal di akhir zaman, kena hati hati…

Tak lama lepas tu Nampak gambar gunung oren teringat kisah gunung pun tak mahu menerima amanah untuk menjadi  khalifah.. sebab terlalu berat hisabnya… tapi manusia berebut rebut langgar amanah, Nauzibillah...

Ada juga ternampak gambar bunga merah terus teringat pesan Nabi suruh berkawan dengan penjual bauan wangian…

Akhir sekali, Nampak gambar roket  teringat satu ceramah buznama…. Katanya, Allah tak hantar satu orang Nabi pun untuk ajar manusia naik roket ke bulan, tapi Allah telah hantar 124 ribu Nabi untuk ajar manusia tentang Iman… fikir fikirkanlah..

Semoga semua wakil rakyat yang menang bertanding nanti dapat pimpin kita selamat di akhirat, dan semua emej pada bendera politik menjadi modal untuk kita fikir tentang akhirat!

Woha!

Hadis Pilihan raya?

Bagaimana nak Memilih Pemimpin?

(bacaan yang bakal mengubah Negara)

Ok, selain pergi mengundi calon pilihan masing masing yang korang rasa paling terbaik, maka marilah kita rujuk satu kisah di zaman Nabi…

Alkisahnya, Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan, tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, terus kelihatan Nabi Muhammad s.a.w bergegas mengambil wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.

Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!, dan juga tanpa solat sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!? Apa berita paling penting ini?

Aisyah pun merapatkan telinga ke dinding, sebab nak dengar suara Nabi..

Dari atas mimbar, Nabi bersabda:

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI KEMUNGKARAN, jika tidak, Allah akan MELANTIK RAJA YANG ZALIM memerintah kamu, dan raja itu TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!”

Kemudian, baginda terus turun dari mimba…

Jadi rujuk Hadis ini, selain korang mengundi untuk ubah pemimpin, maka jangan lupa, kerja dakwah, semua orang islam kena buat, dalam berkempen, jangan lupa akhlak Nabi, jangan bergaduh, jangan caci mencaci, jangan menfitnah..

JIka tinggalakn kerja Dakwah, maka pemimpin yang zalim akan datang memerintah..., perang dunia ke dua baru seratus tahun berlalu, jangan sampai perang dunia ke tuga tercetus, Nauzubillah...

Dalam Al quran, apabila ada perintah amal Maaruf (ajak kepada kebaikkan) maka di belakang ayat itu ada perkataan “Nahi mungkar” (dan mencegah mungkar), tafsir Ibnu Abbas RA akan maksud amal makruf yang Nabi Muhammad SAW buat adalah, mentauhidkan Allah dan mengajak mereka kepada Sunnah, manakala maksud Nahi mungkar adalah, mencegah manusia dari syirik,

maka dalam menyempurnakan kerja ini, Allah tulis ayat Al quran menggunakan perkataan “dan”, (wau) bukan “atau (au), yang mana maksud ayat Al quran bila ada “dan” maka semua kena buat, amal makruf dan cegah mungkar sekali..

Semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang kelihatan ntak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Maka dalam berkempen, marilah ajak kepada kebaikkan, dan apakah kebaikkan terbesar?

Rujuk firman Allah:

"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." [Al-Ankabut 29:45]

Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka marilah kita ajak orang ramai kepada solat berjemaah di masjid, insyaAllah bila masjid penuh macam zaman Sahabat, kita akan mendapat pemimpin yang berkahlak Rasulullah SAW.

Maka dalam berpolitik, jangan lupa ajak manusia kepada memakmurkan masjid Allah, jadikan manifesto subuh penuh macam solat berjemaah, insyaAllah dari rakyat yang menjaga solat, akan muncul Imam terbaik! Dan pemimpin terbaik!

Sesungguhnya, Kuality Solat kitalah yang mampu mencegah maksiat kita, dan kualiti solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka..

Kerana itu Nabi sangat tekankan bab solat awal waktu, berjemaaah, tempat azan di azankan, dan saf pertama, semua itu kualiti solat yang mampu mengubah manusia, dan mengubah pemimpin!

Akhir pesan dari Nabi:

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran berada di SAF YANG PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi saf pertama kecuali dengan MENGUNDI, nescaya mereka MENGUNDI. (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, Jom mengundi setiap kali PRU lima tahun sekali, dan Jom “mengundi” setiap kali masuk waktu solat lima kali sehari.

Woha!

Islam Menang?

Islam menang semalam?!

Alkisahnya pagi itu saya menjerit:

“Islam menang!”

Terus jeritan saya di pagi hari membuatkan isteri bertanya:

“Abang dah kenapa?”

“Sayang…. Islam juara 10 berturut lawan Oliveira juara 11 berturut, Islam Makhachev vs Charles Oliveira! Islam menang!

Geng Oliverira jangka menang round 1 dengan KO sebab Oliveira pakar Striking dan grapling, sedangkan Islam yang konon hanya pakar Grapling, akan kalah round 1.

Geng Khabib dan Islam, ya! Khabib ni jurulatih Islam, lebih merendah diri, yang mana Round 1 nak kenal kelemahan musuh, round ke dua nak lemahkan musuh dan round ketiga baru kalahkan musuh.

Tapi ternyata round pertama Islam dah menguasai gelanggang, hingga pakar grapling dan striking Si Oliveira kelam kabut nak berdiri pun tak boleh.

Masuk round ke dua, Tumbukan Islam yang lebih berat dari Khabib, terus merebahkan Oliveira dan tanpa buang masa, terus guna arm-triangle choke, cekik leher guna lengan, maka tewaslah juara lightweight dan sejarah tercipta, legacy Khabib juara dunia masih menguasai sukan bela diri!

Baca komen ramai yang puji, walaupun penyokong kristian yang sokong Oliveira tetap respek dengan kejayaan Islam Makachev dan Khabib, hingga dalam komen ada yang sebut; hati hati jumpa orang Islam yang berjambang, tidak minum arak dan tidak bertatoo, sebab mereka sangat kuat!

Woha!

Kadang geli tengok pahlawan UFC yang tidak beragama Islam sibuk promosi arak, promosi tatoo, sombong dalam bercakap, peluk peluk perempuan.

Tapi bila lawan dengan geng Khabib, geng Islam Makachev, terbukti tanpa arak, tatoo, dan perempuan, tersungkur semua juara dunia.

Ok balik kepada sejarah Islam..

Tahukah anda Nabi Muhammad SAW adalah juara gusti yang tidak pernah dikalahkan.

Zaman itu ada juara gusti bernama Rukanah, tapi selamba Nabi datang berdakwah kepadanya sambil berkata:

“Bagaimana menurutmu,jika aku berjaya mengalahkanmu dalam gusti,apakah engkau akan beriman?”

Rukanah yang pantang dicabar terus menerkam Rasulullah lalu dijatuhkan mudah oleh Baginda siap duduk di atas dadanya.

Rukanah kebingungan lalu meminta Round ke dua, tadi mungkin dia silap sebab terburu buru.

Sekali lagi dia dijatuhkan mudah dan Nabi duduk dekat dengan bahagian hulu hatinya sehingga akhirnya dia meminta final round.

Masuk round ke tiga, Sekali lagi dia dijatuhkan dan ditumpaskan oleh Baginda dengan mudah.

Lalu Rasulullah SAW mempelawanya untuk masuk Islam,

Rukanah tak puas hati macam mana dia juara gusti tak terkalah boleh tewas dengan mudah oleh lelaki berumur 40 tahun?

“Apa bukti kau seorang Nabi?”

Tanya Rukanah lalu Nabi panggil Pokok yang tak jauh dari situ, terus pokok tu berjalan dengan akar dan mengucap dua kalimah syahadah

Aduhai, pendekar mana mampu cabut pokok tanpa guba kudrat pun? Terus Rukanah masuk Islam.

Dengar Rukanah masuk Islam, anak murid Rukanah yang paling handal datang cabar Nabi Muhammad SAW bergusti dengan menawarkan hadiah sebanyak 100 ekor kambing.

Perlawanan tiga round, dan Nabi berjaya tewaskan anak murid Rukanah dengan mudah. Nabi dapat 300 kambing hari tu dengan sukan gusti.

Maka berkatalah anak murid Rukanah,

“Wahai Muhammad, tidak ada seorangpun sebelummu yang dapat menghempaskan belakangku ke tanah,dan tidaklah aku sebelum ini merasa marah melainkan terhadapmu, tetapi ketika ini, saksikanlah, bahawa tiada Tuhan  yang layak disembah melainkan Alllah dan engkau adalah pesuruhnya!”

Rasulullah menerima pengislamannya dengan senang hati lalu memulangkan semula kambing-kambingnya.

Bertambahlah dua pendekar baru dalam Islam, alhamdulillah..

Kemudian, datang pula Abu Al-Aswad Al-Jumahiy,seorang ahli gusti Quraisy yang sangat terkenal dengan kegagahannya sehingga dikatakan apabila dia berdiri di atas sekeping kulit lembu dan kulit lembu itu ditarik oleh 10 orang, beliau tetap utuh berdiri sedangkan kulit lembu itu bahkan terkoyak!

Dia cabar Nabi jika kalah, akan masuk Islam, Lalu dia bangun dan menerpa ke arah Nabi  lalu dengan mudahnya dijatuhkan oleh Baginda.

Malu dengan kekalahannya, terus lari dan tak masuk Islam pun, aduhai..

Hidayah masih masing…

Akhir kata, balik kepada gusti hari ini..

Dengan kemenangan Khabib juara tak terkalah, 29 berturut dan kini Islam Makhacev juara 11 berturut, membuktikan bahawa dalam kalangan orang islam ada ilmu bela diri yang hebat.

Waktu sesi dialog dengan Conor pencabar terkuat Khabib, si Conor minum arak dan hina islam sebab tak minum arak, tapi Khabib bagitahu, arak tak boleh selamatkan kamu, Hanya Allah boleh selamatkan kamu. Tapi Conor berterusan menghina ayah Khabib, menghina  isteri khabib yang berpurdah disamakan dengan Tuala hotel. Menghina islam.

Maka pertarungan antara Khabib dan Conor adalah perlawanan paling besar dalam sejarah UFC, penonton teramai, dan waktu tu orang islam semua berdoa agar Conor kena belasah kau-kau dengan Khabib! Dia hina islam, ubah wajah dia!

Conor walaupun main kotor waktu bertarung, Tarik seluar, paut pagar, pukul tempat salah, dan pengadil berat sebalah, namun akhirnya tewas di tangan Khabib kena cekik round ke empat dan sejak itu kelihatan Conor telah berubah menjadi seorang yang kelihatan merendah diri dan telah meminta maaf.

Khabib terus di hormati kerana beliau teguh dengan ajaran agamanya, wartawan wanita nak bersalam, Khabib tolak lalu wartawan ini respek sebab baru tahu islam menghormati wanita.

Khabib yang dah kaya siap beli gelanggang gusti dan haramkan wanita seksi melintas bawa  kad pusingan macam dalam UFC.. kata Khabib dalam sukan ini.. tak perlu wanita seksi melintas..

Khabib juga sempat berpesan agar kita hormat ibu bapa, jaga solat, dan Khabib seorang yang selalu bersukur, meniti di bibirnya: ”Saya tak tahu kenapa Allah bagi banyak nikmat pada saya, syukur Alhamdulilah”

Tiap kali menang Khabib akan buat isyarat, bukan dari dia, tapi dari Allah! Lepas tu sujud syukur!

Bila wartawan tanya, komen permata "Allamdulillah"

Selalu baca komen di youtube, orang Kristian yang sokong Conor, tapi malu dengan akhlak Conor dan puji akhlak Islam yang di bawa Khabib!

Saya juga ada baca komen di Youtube, ada peminatnya di serata dunia, telah peluk islam kerana kagum dengan Khabib dan kagum dengan Islam.

Maka khabib dari sukan UFC ini telah sedikit sebanyak mengharumkan nama islam, atau membetulkan kembali pandangan serong orang kafir terhadap islam, bahawa islam itu menjaga maruah wanita, menghormati ibu bapa, merendah diri, membantu yang lemah, kuat waktu lawan, tapi lemah lembut bila berdamai.

Malam tadi walau Islam Makachev menang, tapi bila Khabib masuk gelanggang terus stadium bergegar suara peminat Khabib.. aduhai…

Teryanta Khabib sangat dirindui peminat, mujur ada anak didiknya si Islam Makachev, lepaslah rindu nak tengok UFC, ha-ha.

Khabib yang dah bersara, namun ada pesan pada sesiapa yang hina agama islam, pesan Khabib:

 “Alhamdulilah, I will change you face, Share me Location!”

Woha!

Nov 15, 2022

Bertemu ejen rahsia terbesar dalam dunia?

Alkisahnya, waktu balik dari Rumah mertua, tinggalkan isteri kat sana sebab dia nak ‘me time’ dengan ibunya di Pendalaman Pahang beberapa hari, waktu memandu jalan lama Maran-Jerantut, ada sorang hamba Allah berdiri tepi jalan hulurkan tangan isyarat nak tumpang.

Dari pakaian saya tengok orang beriman, sebab baju jubah putih, serban hitam, bercelak, dan bawa beg pakaian.

Saya pun berhentikan kereta, dan ajak Brother tu naik, nak tumpang ke Bandar Maran katanya, saya pun ajak dia naik kereta.

Dalam kereta mestilah borak kan? Maka bila dah lama berborak, rupanya terdedahlah akan beliau adalah ejen rahsia yang terbesar dalam dunia.

Katanya, dia ada ketua yang dia patuh setia, bukan di Malaysia, tapi sebuah Markas yang di rahsiakan di India, pengikutnya ada di seluruh dunia, pernah ketuanya buat perhimpunan di bangaladesh, jumlah yang datang lebih ramai dari Jemaah haji.

Katanya tiap kali dia pergi mana mana negara, ada ejen dah tunggu, dan bagi mereka tempat tinggal untuk jalankan misi di setiap negara.

Tak kisah negara Mana? Negara Kafir, Negara Islam, semua ejennya ada tunggu untuk bantu mereka jayakan misi yang telah di amanahkan.

Dalam carta organisasi ejen ini, ketua ada setiap peringat, dari peringkat dunia, negara, negeri, daerah, dan kampong.

“Kat kampong abang pun saya percaya ada ketua kami? Nak cari pergi surau, Kita orang panggil Amirsab”Katanya dengan penuh yakin,

Lepas tu dia cerita carta organisasi kumpulan mereka tak akan dapat cari di internet, sebab semua Jemaah dah hafal nama ketua, dan ketua ni berubah rubah ikut mesyuarat secara manual, pihak musuh jika nak cari maklumat, kena menyamar, tapi nanti kantoi dengan Lima Amal.

“Lima Amal? Apa tu?” Tanya saya buat buat tak tahu.

Katanya kumpulan mereka ada VISI, iaitu menjadikan semua masjid di seluruh dunia hidup 24 jam macam zaman Nabi Muhammad SAW.

Lepas tu mereka ada MISI, itulah lima amal yang mana orang menyamar kantoi jika tak tahu MISI lima Amal.

Dari mana dapat dana? Ada kerjaaan sponsor ke? Katanya Dana dari Allah, kumpulan mereka ada 12 NILAI TERAS, yang mana salah satunya tidak boleh minta derma, maka rezeki datang dengan cara yang tidak di sangka sangka, dia sendiri mengaku sudah pergi banyak negara berdakwah dengan rezeki yang sangat tidak di sangka sangka.

Macam mana nak jadi ahli?

Katanya terbuka pada semua orang islam asalkan ikhlas nak hidupkan Sunnah Nabi, tak perlu isi borang, tak perlu bayar yuran, hanya menyerah diri kepada Jemaah islam yang diketuai oleh seorang Amir di seluruh dunia…

Panjang cerita saya ringkaskan, Akhirnya kereta saya sampai Maran, dan dia turun nak pergi mesyuarat peringkat daerah katanya, sempat dia ajak saya jadi ejen hidupkan masjid, hidupkan Sunnah, hidupkan solat berjemaah, terbuka kepada semua manusia, katanya.

Saya kata, Azam InsyaAllah,

Semoga satu hari nanti, Bother tu jadi saksi akhirat, saya pernah bantu dia pergi Mesyurat ejen usaha atas Iman!

Woha!

Ps: Ada yang bertanya, jual tak kitab Taklim, jemaah tabligh tu? saya tak jual, tapi dekat shopee ada, tiga kitab ini saya galakkan baca seumur hidup, Link KItab Taklim, https://shp.ee/84kgvtm

Link Markas ejen itu di malaysia: https://youtu.be/Q46vnvWhlUA

Ahli Bait datang Malaysia?

"Assalamualaikum en HAMKA... cuma nak bertanya pendapat mengenai sesetengah golongan yang mengaku berjumpa dengan Ahlil Bait (keturunan Rasulullah) dan mendakwa golongan Ahli Bait ni akan membantu mereka diakhirat kelak. terima kasih"

*****

Waalaikumusalam…

Bab membantu kita di akhirat, rujuk hadis kisah Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:

“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda,

‘Mintalah sesuatu kepadaku.’

Aku menjawab,

‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’

Lalu, Nabi SAW bersabda,

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

(HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).

Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, kena banyak solat sunat, tambahan pada solat wajib, banyakan sujyd, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga. InsyaAllah..

Al faham ke idop?

Moral of the story: Ada kabel kuat tapi jika diri sendiri takde qualiti, tak payah lah berangan.

Woha!


Nov 14, 2022

Falsafah waktu Hujan?

“KALAU angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang daun-daun kering berguguran, kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan larang hujan turun ke bumi, Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu.”

Demikian kata pujangga sewaktu berpuisi dam hujan…

Memang Orang bercinta sangat beremosi dengan hujan.

Tengok cerita Hindustan, Shahrukh Khan dah beberapa ramai awek dia ajak menari dalam hujan (Dilwale,, Dil to pagahe, Kuch Kuch Hota Hei…

Okey, hari ni mendung macam nak hujan.. angin sesekali bertiup kuat, lantas daun daun seolah menari nari dalam jatuhan guguran disapa sang kencang, awan pula bergerak laju bersatu sama lain membentuk pemandangan unik yang kelabu.

Oh jika bini ada Bersama menikmati pemandangan cuaca sebelum hujan ni, tentu bertambah dramatik tika dan saat ini.

Tapi sayangnya bini tak ada di sisi, beliau pergi pasar belum pulang.

Jika ada, tentu saya peluk dia dalam cuaca angin yang menderu sebegini sambil menikmati kesunyian bersama kekasih.

Belum lekang ingatan pada bini, terus terdengar nada dering khas dari phone yang menandakan bini telefon.

Wah, kita fikir pasal dia, dia pun fikir pasal kita.

“Abang, cuaca macam nak hujan, tolong angkat kain jemuran!”

Beginilah realiti kisah laki bini sebenarnya..,

woha!

Baca buku dapat duit?


 

Baca buku dan dapat duit?

Alkisahnya, Alhamdulillah, Syukur kerana video ulasan buku yang saya baca di Perpustakaan Pahang, menang saguhati, kebetulan Perpustakaan tu dekat dengan Mc Donald, bolehlah tapau makanan untuk anak bini, terima kasih kerajaan Pahang yang Berjaya adakan Mc Donald di Kuantan.

Saya pun cerita pada anak anak, baca buku boleh dapat duit tau?

Anak Tanya bagaimana?

Saya cakap,hidup ini selain dari BERIBADAT dan BERKASIH SAYANG, cuba luangkan masa setiap hari untuk buat TIGA PERKARA penting!

Apa tiga(3) perkara tu?

1.Investment (Pelaburan-duit keluar)

2.Money Future (Pendapatan tertangguh-duit akan masuk)

3.Money Now. (Pendapatan sekarang-duit masuk)

Jangan Pilih satu atau dua, Hanya dengan buat ketiga tiga ini, maka korang akan jadi bisnesman, insyaAllah.

Keterangan:

1.Investment: adalah pelaburan yang kita buat sehingga terpaksa keluarkan duit. Contoh: Beli Buku. Pergi Kursus Menulis, Pergi belajar kemahiran baru dan lain lain pelaburan.

2.Money Future: pula adalah wang yang akan masuk di masa hadapan, tapi kita kena buat hari ini, seperti Baca Buku, Amalkan Imu dari Ceramah, Tulis Buku, pilih kawan baru, lepak dengan orang yang hebat dan lain lain.

3.Money Now: pula adalah wang masuk, seperti Jual Buku, jual tanjak, Di jemput berceramah, dapat hadiah dan lain lain.

Nampak tak?

Jika kawan ajak mengeteh, maka itu boleh jadi “Money Future” sebab kawan mungkin ada network yang bagus. Atau baca buku, mungkin dapat idea nak kembangkan bisnes.

Atau jika kita ajak kawan yang hebat mengeteh, maka itu menjadi “Investment”. Takpe kita belanja orang hebat mengeteh sebab nanti ilmunya lagi tak ternilai kita dapat dan akan menjadi “Money Future”, sama macam beli buku, modalnya mungkin RM30, tapi kita selamat dari kena tipu skim cepat kaya RM 100 ribu, Alhamdulilllah, pelaburan yang sangat bijak!

Dan andai kata waktu mengeteh tiba tiba kawan terus offer projek bagus, dah jadi “Money Now”, atau sedang baca buku, masuk pertadingan ulasan buku, dan dapat hadiah! Money Now!

Nampak tak?

So sekarang cuba korang fikir, apa korang buat sekarang?

Investment? Money Future? Money Now? Atau buang masa duduk dalam gua ada aircond sambil bercerita hal politik sokong sebelah pihak sahaja walaupun salah?

Nak mudah faham, saya beri contoh mudah:

Jika korang baca FB saya ni, banyak tip tip saya share, maka korang sedang buat “money Future”, duit tak habis, tapi ilmu bertambah, Alhamdulullah. Atau anda selamat dari jadi mangsa MLM, Scam, semua tu money Future!

Jika korang ada beli buku saya, atau pergi kursus yang saya jadi penceramah, atau belanja saya mengeteh, maka korang sedang buat “Investment”.

Nampak tak? Takpe duit habis sikit sebab ilmu semakin bertambah dan peluang untuk “money future” semakin cerah.

Atau waktu kita berjumpa bertentangan mata, tiba tiba ada “Money now”, mana tahu ada produk korang yang saya rasa nak beli, kan? Atau kita bekerja sama buat projek win win situation.

So apa saya nak bagitahu ni?

Saya jual buku dan Tanjak, dan boleh juga di jemput berceramah, sila follow saya di Facebook, Youtube, dan Tok tok.

Jangan cakap abang keretamayat tak payung

video 1

video 2

Woha

Ps: anak lepas saya cerita bab buku, terus order Shopee, The 48 Laws of Power by Robert Greene, Alhamdulillah anak dah minat membaca)

Update, dapat berita menang pula ulasan video ulasan buku Perpustakaan UMP Gambang, Alhamdulillah,


Bebas atau Sunyi?

Ada sesetengah orang yang sengaja tak nak berkahwin…

Izinkan saya bertanya..

Jika kita pulang ke rumah, tiada yang menanti, makan tiada yang dekati.. tidur tiada yang temankan, lewat bangun tiada yang kejutkan, Pergi tidak ada yang peduli, hilang tiada yang tahu.. Susah tiada yang risaukan.. Senang tiada yang raikan…

Apakah pendapat anda tentang situasi ini?

Kebebasan atau kesunyian?

Alkisahnya, Nabi Adam telah dapat semua “kebebasan” itu di syurga, namun tetap seorang yang bebas di syurga itu merasa sunyi, seolah ada sesuatu yang tidak selesai di Syurga ini.

Maka diciptakan Hawa, peneman Adam paling setia, maka bermulalah kisah cinta pertama di syurga, tiada lagi kesunyian, namun dalam keasyikkan melayari bahang asmara, kecuaian berlaku, mereka dikeluarkan dari syurga dan terpisah.

Sekali lagi, “kebebasan” itu datang, namun kesunyian ternyata lebih gelap dari kebebasan…, dan terbukti bahawa Nabi Adam tidak pernah putus asa dengan Tuhan, lantas bersama air mata Taubat, Nabi Adam Kembali mencari Hawa, lautan api sanggup di renangi, hujan api sanggup di redah! yang mana Siti Hawa juga tidak putus asa dengan Tuhan, turut mencari Adam, melintang patah, membujur lalu..

Nabi Adam dan Siti Hawa faham: Tiada Nasib yang berubah bagi mereka yang putus asa..

Sungguh Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya!

Akhirnya mereka bertemu, dan bercinta lagi…, Alhamdulillah..

Bak kata penyanyi Nasyid Inteam:

Adam Hawa bercinta di Syurga

Angkara iblis terpisah menderita

Kerana cinta mereka setia

Bertemu di dunia

Happy ending!

Woha!

(Update)

Ada sesetengah orang nak seks, nak berkahwin tapi tak nak anak..

Izinkan saya bertanya..

Jika kita berkahwin, lalu pulang ke rumah, tiada anak yang menanti, makan tiada anak yang dekati.. tidur tiada anak yang perlu di dodoikan. lewat bangun tiada anak yang kejutkan, Pergi tidak ada anak yang peduli, hilang tiada anak yang ambil tahu.. Susah tiada anak yang risaukan.. Senang tiada anak yang raikan…

Apakah pendapat anda tentang situasi ini?

Kebebasan atau kesunyian?

Alkisahnya, Dalam harapan baru Nabi Adam dan Siti Hawa yang semakin menua di dunia, mereka dikurnia anak kembar.

Episod cinta musim baru bermula, anak membesar dan lucu, keluarga sibuk dan meriah, tapi ujian datang lagi, ada anak yang baik, ada anak derhaka, ada anak cantik, ada anak hudoh, ada anak pemurah, ada anak dengki, hingga ada pertumpahan darah.

Ya, keganasan telah muncul dalam keluarga pertama Ummat manusia.

Maka perlukah anak Nabi adam, yang kecewa dengan perangai manusia lalu memilih jalan kesunyian sebagai erti“kebebasan”.

Tapi ternyata, hidup ini memang pentas ujian, anak cucu Nabi adam terus menerus mencipta bahagia sesama manusia di jalan yang penuh berliku..

Ini semua kerana ramai anak cucu Nabi adam yang faham: Tiada Nasib yang berubah bagi mereka yang putus asa..

Sungguh Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya!

Akhirnya kita semua bertemu, dan bercinta lagi…, Alhamdulillah..

Bak kata penyanyi Nasyid Inteam:

Pepohon cintaku kian merimbun

Semakin dicantas makin bertunas

Tidak mampu mendustai hatiku

Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta

Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa

Hidup ini tidak akan sempurna

Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga

Angkara iblis terpisah menderita

Kerana cinta mereka setia

Bertemu di dunia

Woha!

Ps: Jangan putus asa pada Allah, Saya doakan semua follower saya bertemu jodoh yang baik dan Woha sampai syurga, Amin.

Oct 9, 2022

Memanah Sunnah?

MEMANAH DAN SUNNAH

.

Nabi Muhammad SAW galakkan sahabat belajar memanah, maka insyaAllah belajar memanah adalah sunnah.

.

Ada orang pandang rendah sukan memanah sebab tak berpeluh sangat, Pilihan masing masing, namun ketahuilah, Memanah ni adalah senjata yang boleh membunuh, manakala belajar memanah adalah belajar mahirkan diri guna senjata membunuh dengan panahan paling tepat, maka jangan pandang rendah ilmu memanah.

.

Antara adab penting waktu belajar memanah, jangan kutuk kawan yang belum pandai memanah. Dan jika ada kawan pandai tapi tersasar jangan kutuk juga sebab belajar memanah adalah usaha, sasaran memanah adalah takdir.

.

InsyaAllah setiap pemanah dapat pahala bagi setiap panahan yang disertakan zikir.

.

Di akhir zaman ramai orang mengikuti aktiviti dan gaya hidup barat. maka Beruntunglah jika kita dapat mengikut aktiviti kehidupan Sunnah Rasulullah dalam sukan memanah

.

Setiap sasaran panah, adalah rezeki dari Allah, yang mana semua orang ada rezeki masing masing, jangan salahkan orang lain, alat, cuaca, dan lain lain dalam memanah.

.

Berlatih banyak akan tepatkan sasaran, namun yakinlah bahawa bukan kita yang memanah tepat. Semua atas izin Allah

.

Main panah insyaAllah dapat pahala sunnah, dengan niat yang betul kerana Allah.

.

Ada kawan cerita dia suka memanah dan berkuda, dalam mimpi jumpa Rasulullah terus borak Tips memanah dan berkuda katanya, semoga kita semua dapat mimpi jumpa Rasulullah dan dapat borak panjang, Amin…

.

 

Woha!

 

https://youtu.be/fyfctg2QHes

Berita dari ibu?

Kagum betul dengan kaum ibu….

Saya sedang baring nak tidur, tiba tiba terdengar perbualan isteri dan anak lelaki di dalam telefon,

Alkisahnya anak saya berada di asrama MRSM pantai timur, jadi malam minggu warden ada bagi handset maka dapatlah anak saya berborak dengan ibunya.

kemudian saya terdengar isteri saya pesan pada anak, esok bangun pagi-pagi tu basuh baju terus lepas subuh sebab Bonda dah tengok laporan cuaca petang esok hujan lebat!

anak lelaki jawab ya ya-ya

Saya dalam hati berbisik, dahsyat betul kaum ibu pantau anak, siap laporan cuaca pun diorang selidik sebelum bercakap dengan si anak.

Jap lagi habis laporan cuaca mesti laporan sukan!?

Sekali betul isteri saya pesan pada anak main tali skipping dalam dorm sebab hujan kan?

Woha!

Link tali skipping siap dengan kalori calculations https://shope.ee/AUIqAekktm

Mendidik anak sulung lelaki..?

Alkisahnya, Anak lelaki pakcik. Hari hari kena basuh pinggan. Lepas tu kena pergi dobi basuh baju. Sebab mesin basuh tak muat. Lepas tu balik kena jemur.

Rumput panjang kena mesin rumput. Tak lupa siram pokok bunga serta bagi makan kucing,

Bangun pagi kena kemas bilik, ruang tamu, dan dapur! Memang pandai buat kerja rumah, tak nak lah nanti anak lelaki pakcik menjadi suami yang menyusahkan isteri-isterinya nanti..

Pun begitu, Macam remaja yang lain, anak jantan pakcik ni, suka main game GTA, lepas tu bawak kereta laju laju dalam game GTA.. langar sana sini, curi kereta polis, adohai..

Pakcik tanya, apa faedah main game?

Dia jawab nanti senang nak ambik lesen kereta..

Aduh, menjawab pulak.

Tapi habis SPM dia pergi TEST lesen kereta, first time ambik, terus lulus, siap bagitahu,

“GTA sangat membantu”

Woha!

Sekarang pakcik dah ada driver, sebaik sahaja azan berkumandang, anak lelaki pakcik dah hidupkan kereta sambil tunggu pakcik bersiap.

Sampai surau, Anak pakcik jadi Imam.

Jika subuh, Sujud sajadahpun dia hafal, surah Al Insan pun dia hafal, siap buat sujud sejadah.

Lepas magrib, dia akan stay dekat surau ajar adiknya mengaji,

Bukan itu sahaja, Suruh ceramah dia pandai. Sebab selalu juga dia kut Jemaah Tabligh.

Alhamdulillah, sejak atas riba lagi ajar dia dnegar taklim, tadika dah pandai membaca, terus suruh di abaca Taklim, dan sekarang umur dia 20 tahun, masih lagi istiqamah baca taklim lepas isyak dalam 20 minit..

Semua nikmat adalah dari Allah..

Kadang terfikir jugak, Ada orang cakap kahwin awal ni tak best sebab tak bebas dengan arenah anak anak.

Baiklah, saya kahwin umur 25 tahun dan sekarang umur 45 tahun, anak lelaki saya dah ada jadi driver yang mana balik kampung saya boleh duduk belakang main Facebook dengan penuh kebebasan.

Woha!

Ke surau tiada imam? Dulu orang tolak saya? Sekarang anak saya yang buat.

Basuh baju, jemur baju, basuh kereta? Kemas rumah? Semua anak anak yang buat.

Hantar anak anak ke sekolah? ambik sekolah? semua anak yang buat.

Beli barang basah? barang kering, anak pantang suruh bawak kereta, laju jer dia drive,

Rupanya kahwin awal akan “bebas” awal. InsyaAllah.

Now you know.

Update:

Anak lelaki pakcik baru habis Matrix, dan sekarang dapat tawaran masuk Universiti, terus dia apply PTPTN, sebab katanya tak nak Pakcik bebankan dia tanggung belajar, biar dia belajar guna duit penjiman sendiri, nanti habis belajar, lekas lekas dia cari kerja sambil buat part time dan bayar semua hutang lalu bina asset sendiri,

Alhamdulillah.. terharu pakcik dengan penjelasan si anak..

Tak sia sia, semua anak pakcik telah kami bukakan akauan SSPN-I, maka apply pinjaman terus lulus -insyaAllah.

Pesan saya pada parent yang ada anak, dapat surat beranak terus buka akaun SSPN-i plus ni. Buka secara online sahaja. Kebaikkan dia, mudah anak buat pinjaman bila masuk Universiti nanti, tak perlulah kita kena jual tanah tiap kali anak masuk U macam zaman lepas merdeka dulu… kesian semua harta orang melayu habis terjual bila anak masuk U, mujur sekarang ada biasiswa serta PTPTN.. Alhamdulillah.

Jadi bagi buka SSPNI Plus yang mana tak perlu medikal check-up. Takaful pula serendah RM10 sahaja.

Biasanya takaful lain, perlu medikal check up jika ada sejarah sakit, obesiti dan meragukan. Lulus baru boleh ambil. Kalau tak lulus, memang tak dapat lah.

Jika kita (ibubapa) meninggal akibat kemalangan, RM40,000 akan dapat untuk satu akaun. Kalau 5 anak (5 akaun) kita simpan macam saya, InsyaAllah RM200k dah dapat untuk anak-anak kita belajar. Belum campur khairat kematian RM12,500 untuk lima akaun tu.

Tu rate untuk simpanan untuk pakej biasa, jika lagi banyak menyimpan, InsyaAllah pampasan kematian akibat kemalangan hingga SATU JUTA RINGGIT atau RM500K jika kematian biasa. jika 5 anak, boleh cecah 5 juta ringgit pampasan.

Sangat-sangat berbaloi kan?

Dan jangan lupa, simpanan SSPN-i Plus ni juga dapat pengecualian cukai sehingga RM15,000. Rujuk pegawai PTPTN (saya rekeman Abang Wak dari Temerloh, nanti saya share no phone beliau)

Mahu maklumat lebih lanjut, terus ke web rasmi mereka:

https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003344

Balik kepada kisah anak lelaki pakcik, kerja rumah, lessen kereta, jadi Imam, dan PTPTN, moral of the story:

InsyaAllah, Untunglah mana mana perempuan yang kahwin dengan anak lelaki pakcik sebab automatik korang akan dapat pak mertua paling Woha.

Sila kagum dari jauh!

Oct 8, 2022

Membakar KPOP

Kes ibu bapa bakar koleksi K-Pop anak remaja, saya besangka baik…

Kisahnya begini.. minggu lepas saya ada dijemput berceramah di sebuah sekolah tentang ilmu penulisan serta motivasi yang mana di awal kelas saya ada beri tugasan kepada pelajar untuk menulis apakah nota terakhir yang mereka akan tulis sekiranya hidup tinggal lagi tiga minit sahaja?

Apa para pelajar nak tulis?

Atau bayangkan jika awak atas kapal yang sedang tenggelam, dan awak dapat hantar mesej dalam botol, apa awak akan tulis?

Lepas siap tulis izinkan Saya baca Mesej terakhir awak di depan pentas Dan tolong jangan malu sebab awak semua dah tenggelam!

Woha!

Satu dewan gelak dan mereka pun menulis di atas kertas A4 akan pesanan ringkas terakhir.

Maka bila dah siap, sayapun baca beberapa nota pelajar seperti:

“Terima kasih mak kerana jaga saya dari sebesar tapak kaki kepada sebesar manusia”

“Saya sayang ayah 3000!”

“Sayang abah kerana banyak berkorban untuk saya”

“Buat kakak angkat ku yang selalu membantu diri ini, terima kasih kerana ajar saya erti kasih sayang”

Lepas saya baca beberapa mesej, saya bagitahu tahniah sebab awak dah siap tulis muka surat pertama buku awak hanya tambah PENGHARGAAN pada tajuknya!

Dan tampal nota ini kat meja makan agar bila mak ayah tanya, nota apa ni?

Jawab lah ini muka surat pertama buku saya!

Terus mak ayah korang insyaAllah akan kagum dari dekat dengan semangat nak menulis seawal usia remaja.

Tiba tiba ada pelajar gelak sebab Nota terakhir kawannya ada yang luar biasa mesejnya hingga tak sesuai langsung untuk dijadikan mukasurat pertama sebuah buku!

Sayapun baca,

“Kak long! ibu! tolong musnahkan segala koleksi saya dalam kotak bawah laci warna biru”

“Buat mama tersayang, kita dah tenggelam, ini password telefon saya xx12,tolong delete semua gambar saya dalam telefon ini”

“Kepada mami, tolong bakar dekstop tu, musnahkan semua agar tidak disiasat FBI”

“Mak, orang dah takde, tolong bakar semua koleksi KPop orang”

Satu dewan gelak bila saya baca mesej terakhir anak anak remaja, Adohai…

Itu kisah minggu lepas, hari ni bila baca kisah kejadian ibu bapa membakar koleksi K-Pop anak remaja, ini mungkin ada parent yang tersilap baca pesanan terakhir si anak yang menulis mesej terakhir seperti: ibu tolong musnahkan koleksi K-Pop saya?

Mungkin?

Sangka baik!

Maka jika kejadian itu berlaku saya minta maaf dan saya ucapkan SYABAS pada adik kerana terlihat sungguh sabar dan tabah menghadapi ujian ini, sungguh hidup ini keras dik..

Ribuan Tahniah juga kerana terlihat adik tidak membuat tindakan yang kurang waras kerana kita tahu di Korea adalah antara negara yang sangat tinggi kes bunuh diri termaksud di kalangan Artisnya, memang ramai artis Korea  yang bunuh diri jadi adik sila bertenang kerana kita orang Islam ada syurga menanti untuk orang yang sabar dalam menghadapi segala ujian hidup.

Sungguh koleksi K-Pop boleh dikumpul semula, yang penting kita doakan artis kesayangan kita diberi hidayat masuk Islam. Amin.

Salam sayang dari abangmu, big mouth atau juga dikenali Big Mouse!

Woha!

Link koleksi KPop https://shope.ee/8er41KuXRJ

Salahkah menegur cara perbandingan?

Salahkah menegur orang muda dengan bercerita kesusahan zaman dahulu agar mereka lebih bersyukur? Salahkan ajak orang kepada kesyukuran?

Alkisahnya semalam saya menegur orang muda yang tidak pandai selesaikan masalah waktu belajar di IPTA dengan bandingkan kisah saya belajar muda-muda dahulu yang mana kesusahan mereka kecil sahaja berbanding orang zaman dulu…

Lepas tu ada orang tegur saya.., katanya:

“Tuan Hamka kalau boleh takyahlah stereotaipkan kata budak sekarang dan, bandingkan kita dulu dulu.. sebab Kita tak pernah dalam kasut diorang, sama dengan diorang juga tak pernah dalam kasut kita.. boleh cerita hanya untuk pengajaran, bukan perbandingan.. downgrade orang muda tak menjadikan orangtua lebih hebat”

Baiklah, pertama tamanya, Terima kasih atas teguran, namun izinkan saya berbeza pendapat bab buat perbandingan orang dulu dan orang sekarang dalam membuka luas selebar pintu kesyukuran.

Teringat zaman huru hara Saidina Ali jadi khalifah, perang sesama Islam berlaku, ramai mengeluh kenapa zaman Ali ni teruk sangat tak macam zaman abu bakar?

Saidina Ali bagitahu, zaman aku teruk sebab rakyat ramai perangai macam kamu, sedangkan zaman abu bakar hebat sebab rakyat ramai macam aku.

Aduhhhhhh, pedih kan kena banding macam tu?

Jom Rujuk hadis, ada kisah sahabat Nabi yang bila dia buka baju, Saidina Umar tengok terus terkejut kerana terlalu teruk luka di belakang badannya.

Nama sahabat itu adalah khabab.. saya kadang bila beli roti kebab nampak daging berpusing pusing dibakar api teringat pada khabab bin Alarat.

Bercerita lah khabab kepada Umar akan kisahnya waktu masuk Islam telah diseksa dengan dibaringkan atas bara api hingga lemak-lemak di badan beliau memadamkan api.

Punya lah susah sahabat Zaman tu.. lepas tu khabab mengadu pada Nabi saw, bila Allah nak bantu saya? Nabi tak doa bagi Islam menang ke?

Nabi saw dengan emosi menjawab: bersabarlah, orang ZAMAN DULU lagi susah, ada yang digergaji kepalanya dan dibelah dua jasadnya kerana Islam, ada yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap bersama Iman dan Islam.

Terus Khabab insaf dengan kisah Nabi bandingkan kesusahan orang zaman dahulu..nampak tak?

Maka tidaklah salah kita menegur orang muda dengan menceritakan kesusahan kita zaman dulu macam Nabi tegur sahabat agar mereka bersyukur yang mana siapa bersyukur akan dapat dua perkara:

Pertama: orang bersyukur akan lebih mudah selesaikan masalah berbanding orang kufur nikmat,

Kedua: Janji Allah, siapa bersyukur pasti nikmat, bertambah!

Alhamdulillah… sungguh ingat mengingati itu memberi manfaat pada orang beriman, andai korang mahu berfikir..

Maka ini bukan kisah downgraded tapi upgraded, andai korang mahu bersyukur.

Woha!

Oct 7, 2022

Budak sekarang lembik?

Jika kata budak sekarang lembik, problem solving teruk, dituduhnya kita macam macam…

Alkisahnya terkenang zaman abang belajar IPTA 25 tahun dahulu, kes lebih kurang macam ni.

Abang ni panggilan kedua, 2nd Intake, memang tak dapat asrama langsung, minggu sual kenal pun tak merasa, maka tak tahu lah nak tidur mana bil belajar di perantauan yang tak sediakan asrama…

Hasil tanya sana sini, kakak abang bagitahu orang kampung suami dia ada belajar di sana nama sekian-sekian, alamat rumah sekian sekian.

Zaman dulu mana ada Handphone? Abang pun naik bas sorang diri, lepas tu naik teksi (guna duit kerja part time lepas SPM yer..)

Sampai sana, tanpa Waze atau Google Map, pandai pulak teksi tu jejak rumah sewa pelajar IPTA yang sekampung dengan suami kakak, Abang Zuki namanya.

Abang pun bagi tahu adik ipar orang kampung kau nak tumpang tidur sementara waktu sebelum dapat rumah sewa lain, boleh tak? (walaupun dalam hati tak selesanya dengan kawan rumah sewa yang senior. Tapi hidup kena survival.

Alhamdulillah, semua member Abang Zuki baik hati, maka mereka berikan abang tumpang tidur beralaskan kotak berbantalkan bag pakaian, berselimut kain pelikat.

Esoknya abang Zuki tunjuk pejabat IPTA maka abang pun uruskan daftar sorang sorang, mak ayah memang tak ikut sebab orang susah.. dan abang memang tak nak susahkan mak dan ayah. Apa apa hadap sendiri jer, orang lelaki kot.

Habis daftar, masuk dalam kelas orang dah belajar seminggu, abang pun tegur semua orang dan tanya kawan-kawan baru siapa ada kenal orang yang duduk rumah sewa tak cukup orang?

Maka dapatlah info ada pelajar kelas lain yang nak cari orang sewa, abang Maliki namanya, maka abang pun Berkawanlah dengan senior yang kursus lain, kelas lain, tapi tak apa asal dapat rumah sewa dua orang sebilik, Alhamdulillah..

Kemudian, Dah dapat rumah sewa abang pun berulang jalan kaki ke IPTA jarak dalam 3 km. Siap masuk kebun getah tegur penoreh…

Sambil belajar isi borang mintak biasiswa serta pinjaman, dua tiga bulan kemudian, dapat Pinjaman Yayasan Terengganu serta biasiswa JPA, terus abang beli motor RXZ second hand then the rest is history.

Moral of the story: Dimana ada kemahuan di situ ada jalan, di mana ada jalan, di situ ada simpang ke tanah perkuburan Islam.

Take note!

Akhir kata, Dah ada motor RXZ kira tahap hidup abang dah berjaya, contohilah abang keretamayat.

Woha!

Link motor RXZ https://shope.ee/5pWngDe81S

Tak faham orang perempuan?

Mak memasak di dapur… anak perempuan nak tolong tapi mak cakap tak apalah, sikit sajer ni.. pergilah rehat…

Anak pun masuk bilik lepas tu bila ayah tanya kenapa mak buat kerja sorang? si minah mana?

Mak cakap dekat ayah.. anak kita tu lurus.. bila kahwin nanti susah lah suami dia…

Mak cakap kuat, si anak dalam bilik bisik..

“Mak saya orang perempuan.. saya pun orang perempuan, dan saya pun tak faham orang perempuan!

Woha!

Ps: Buku untuk anak perempuan MENGETEH DI KUBUR AYAH  (Tazkirah untuk anak dari ayah dalam kubur)

https://shp.ee/73c3nxm

Bila ibu bapa berdiri?

Makan berjemaah…

Pesan pada anak lelaki.. jika terlihat ayah berdiri kat luar rumah, potong rumput ke, basuh kereta ke, tebas pokok ke, buat kerja apa apa sahaja lah, semua anak lelaki dilarang duduk! pergilah bantu ayah sampai kerja siap,

Pesan juga pada anak perempuan yang mana jika ibu dalam rumah berdiri masak ke, basuh pinggan ke, maka anak perempuan tidak boleh duduk, pergilah berdiri bersama ibu sampai siap semua kerja bonda.

Kemudian kita duduk makan sama-sama.

Alhamdulillah..

Pesanan mudahnya, jika ibu ayah sedang berdiri, anak anak "dilarang" duduk! Bantulah dudukkan ibu bapamu segera!

Woha!

Link dulang https://shope.ee/5fDLKdGvC5

Oct 6, 2022

Kuantan Tak best?

Ada orang cakap tak best duduk Kuantan sebab takde apa apa…

Izinkan saya berbeza pendapat..

Sepanjang pengalaman hidup yang dah merantau di semua negeri di Malaysia…

Dalam seluruh tempat di dunia ini, bagi saya.. Kuantanlah paling best!

Jangan baca ulasan ini, takut korang semua pindah sini, jem pulak nanti..

Alkisahnya, saya lahir di Terengganu dan anak nelayan, Kampung Chendering…

Pantai kampung saya cantik tapi tak panjang, tapi berpagi di Kuantan pantainya cantik dan panjang, seawal pagi boleh terus ke Pantai Kempadang, atau Pantai Cempaka, atau Pantai Anak Air, atau Pantai Sepat, atau Pantai TC, atau Pantai Pelindung..

Aduh, nama pantai dah berderet, bayangkan berjalan kaki sejauh dua tiga kilometer ditemani deruan ombak, sambil melihat matahari terbit.. perghhhh…

Apalah kota tanpa pantai? hingga ada hadis sebut tengok pantai dapat pahala, yang mana pantai ini sejak zaman Nabi adam tidak pernah berubah rupanya.. sejauh pandangan mata dapat di tumpahkan…

Ok, tak nak pantai sebab terlalu landai, di Kuantan ada banyak tempat hiking, seperti Bukit Pelindung, Bukit Sulai dan lain lain yang ada laluan hutan, boleh jumpa air terjun, perghhhh,

Apalah indahnya kota tanpa air terjun?, berapa banyak dah movie datang buat pengembaraan filem di tepi air Terjun Pandan, Puteri Gunung Ledang dah sampai sini tahu?!

Tak nak pantai? Tak nak air terjun, Tak nak hiking? Nak jogging di track ciptaan manusia, korang pergi Indera Mahkota, ada tasik cantik, atau Taman Gelora, atau Taman Pelindung, banyak gila tempat jogging view lawa area sini.

Malam-malam jika nak jogging santai, boleh mulakan di Benteng, parking depan McD lepas tu jalan sampai Menara Kuantan, naik jejantas, lepas tu redah terowong lukisan Art 3D, sampai Kuantan Pickers, terus ke Masjid Negeri, tawaf Car Boot Sale, dan Padang bola, terang benderang area situ waktu malam, meriah dengan orang, dan korang masih dapat bersenam.

Bulan puasa, padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewah…

Jauh sikit dari Kuantan, Lepas solat Subuh, boleh panjat Bukit Panorama tengok matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk lombong bijih timah dalam bukit, lepas tu boleh masuk Gua Charas, air terjun pelangi, eh? Ni makin jauh dari Kuantan, patah balik!

Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi nasi lemak di Restoran Zaman, atau nak nasi kerabu pergi Restoran Kemira sebelah Petronas Tanjung Lumpur, atau nak nasi minyak sedap pergi Tanjung Api. Nasi dagang depan Yayasan Pahang sangat sedap! Lempeng kelapa, keropok lekor kawasan Tanjung Lumpur jangan lupa.

Makan tengah hari jangan lupa Patin Mabiq, Jaman Tori atau Nasi kukus My Mama, ha ha ha

Nak makan ikan bakar?, Tanjung Lumpur syurganya, sotong udang celop tepong bersepah sana sini, Food Court area Kuantan pun meriah, Sudu, Kayangan, Tea Station, Jungle, Lepak Lu, macam macam lah,

Nak daging wagyu boleh jer cari kat Jalan Teluk Sisek, Lila Wadi pun sedap situ, Ghalit pun ada wagyu jugak, kambing Guan Zau pun ada area Tanjung Lumpur..

Sup gear box, nasi arab, shellout, semua bersepah area sini,,

Satar, keropok lekor, Opor, laksa, laksam, semua makanan mak nenek ada,

Dah kenyang makan, boleh ajak anak-anak lepak zoo sambil tengok Taman Dinasour terbesar di Malaysia.

Boleh juga merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi bagus, dari Pantai TC panjat batu batu besar terus sampai ke Pantai Pelindung yang terkenal dengan mee kari dan celup tepung.

Rasa nak mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak tengok Zoo Safari pun ada sini. (Update: Tutup sementara semenjak PKP)

Nak kolam dalam sikit, masuk jer kolam MPK, semua anak saya belajar berenang kat sini, bayar RM70, insyaallah mereka ajar sampai pandai!

Jauh sikit ada Pantai Chendor, Pantai Cherating, Pantai batu hitam Balok, kereta boleh parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang yang sejuk.. oh..

Nak jumpa superhero? Lepak TC malam malam, ada spiderman, batman, predator, kamen rider, dan ultraman yang selalu berkeliaran di pantai TC.

Nak Mall besar? Parking Kuantan City Mall dapat pergi East Coast Mall, belum cerita pasaraya TMG yang bersepah serta LYC yang buka 24 jam! Jam 3 pagi pun boleh shoping beli telur ikan, bayangkanlah…

Nak Car boot sale? Taman kerang, Taman Tas semua ada…

Kuantan juga gedung ilmu, ada kedai buku besar tepi pasaraya Giant, dan Library Kuantan adalah sangat mesra pengguna, siap ada Taman Sains percuma untuk anak anak, dan ada level penuh dengan komik untuk mereka yang suka membaca, tahniah Perpustakan Kuantan!

Nak baca Buku Hamka keretamayat percuma? Boleh datang Perpustakaan Kuantan!

Oh yer, Kuantan ada panggung wayang yer, geng Kelantan boleh turun sini jika satu hari nanti filem Tok Janggut viral.

Geng Tabligh? Jemput datang Markas Dakwah di Masjid Mat Kilau, memang wakaf dari Pendekar Mat Kilau, masjid hidup 24 jam InsyaAllah..

Kat kuantan juga banyak aktiviti seni, area Kuantan Pickers, Periuk Ali Rusia, Nasi kandar bawah hotel tu, banyak aktiviti seni, ada geng jual Tanjak Warisan, korang google Tanjak Kuantan, kawan saya lah tu ha ha

Kota Melaka ada Tower, KL ada KL Tower, Kuantan pun ada dik, geng paracut siap terjun dari atas menara Kuantan.

Tepi sungai Kuantan ada bot tunggu korang ajak meronda, di tebing sungai pula geng memancing sedang asyik memenuhkan tong ikan…

Akhir sekali, bandar Kuantan ni ingatkan saya pada Laila Majnun. Pernah suatu masa, Qais melalui sebuah kota. Tanpa disangka-sangka dia mengucup tembok kota tersebut. Orang lain yang melihat terkejut. Tindakannya dipersoal, kenapa kau cium semua bangunan di kota ini?

Jawab Qais,

“Laila tinggal di kota ini, maka semua bangunan di kota ini pernah melihat Laila, maka bukan bangunan ini yang aku kucup, tapi cinta hatiku Laila yang pernah melalui jalan di kota ini.”

Perghhh, maka menjawab kenapa saya suka Kuantan,

Kerana di Kuantanlah saya bertemu cinta hati saya, lalu di Kuantan ini, semua tembok dan bangunan menjadi saksi, sikit sajer lagi nak cium restoran McD.

Oh Kuantan terindah,.. ada pantai, ada bukit, ada air terjun, ada panggung wayang, ada masjid, ada syurga makanan, ada perpustakaan mesra pengguna, ada masjid Mat Kilau, ada banyak kawasan lepak, dan paling utama, ada kekasih saya sedang berkongsi udara sambil makan Kula Cakes!

Woha!

PASKAU?

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Isteri cakap nak tengok Mat Kilau berlakon lagi, habis tu saya nak tengok siapa?

Woha!

Alkisahnya, tengok PASKAL dulu enjoy, maka tengok PASKAU pula, secara keseluruhannya, Movie ni OK, boleh tonton seisi keluarga, bukan senang nak buat Movie pengembaraan atas udara.. dogfight semua bagai… usaha yang bagus, boleh sokong Movie macam ni..

Sikit nak kritik tambah baik…

Dalam babak pelarian, ada komando, doktor, wartawan, medik semua, tapi saya rasa jika ada watak sorang ustaz KAGAT dan tukang masak akan lebih meriah,

Sebab saya rasa perlu ada babak susahnya nak makan dan bijaknya tukang masak selesaikan masalah, satu lagi perlu ada babak solat darurat waktu geng komando rehat, nampak ada usaha berdoa bagai, ambik sorang jer berlakon jadi alim macam ustaz askar, mati awal pun takpe.

Satu lagi cadangan saya, jika babak last jet hero kena tembak ke, jatuh tengah laut lepas tu hero PASKAL dari filem dulu datang bantu, buat cross over universe sikit, mesti gempak!

Sikit lagi nak komen, Oleh sebab dah tengok PASKAL yang ada babak bertarung best guna long shoot antara dua komando, tapi dalam PASKAU ini, kamera bergerak-gerak sampai susah nak fokus, babak dalam terowong pun kamera goyang jugak, Adohai…

Tapi nak salahkan filem ni tak boleh juga, mungkin sebab kelemahan industri kita yang kekurangan pelakon aksi yang mampu buat aksi dalam kamera luas dan pegun, maka pelakon aksi kita perlu pada tambahan kesan khas termasuk kamera bergoyang.

Saya sendiri dah cuba buat video aksi bersilat anak OKU autisme saya, silat bisa sahaja tapi bila saya masuk effect kemera bergoyang hasilnya, wow, nampak sengit dan hebat!

Woha!

Link video anak syurga autisme bersilat kamera bergoyang!

Sini! https://youtu.be/TEiUoG-9AEA

Oct 5, 2022

Apakah antara kesalahan terbesar manusia..?

Al kisahnya, sorang lelaki bernama Rasyid nak pergi belajar agama dengan ustaz Alias, dah janji nak belajar hari sabtu, tapi sampai masjid, dia tengok ramai sangat orang ziarah ustaz, maka dia kata minggu depan lah, tak selesa ramai sangat orang…

Habis orang ziarah, ustaz Alias tanya, mana Rasyid? kata pembantu Ustaz, Rasyid nak datang minggu depan, maka berkatalah Ustaz Alias..

“Kesilapan terbesar manusia adalah sangka mereka ada banyak masa”

Tiga hari kemudian, dapat berita, Rasyid meninggal dunia…, Innalilah..

Maka moral dari kisah ini….

Sesungguhnya anatara KESILAPAN TERBESAR manusia adalah sangka mereka ada banyak masa..

Padahal masa akan habis dengan mengejut..

Semua tahu bahawa…

Masa ini percuma tapi harganya tak ternilai.

Masa tak boleh dipegang tapi boleh di gunakan

Masa tak boleh simpan, tapi boleh dimanfaatkan

Maka berubahlah…

Sesungguhnya….

Lima helai buku yang dibaca setiap hari, akan mengubah 24 jam kehidupan ke arah lebih baik. (masukkan Helaian Alquran Bersama dalam helaian itu yer)

Lima orang kawan rapat kita pula, akan mengubah perjalanan hidup kita sepanjang lima tahun ke depan.(Kawan positif akan berbau wangi, kawan toxid, akan berbau arang)

Lima hidangan makanan setiap hari akan mengubah takdir kesihatan kita hingga mampu mencecah lima puluh-an yang sihat. (Termasuk lima jenis senaman berbeza setiap minggu)

Lima waktu solat berjemaah tempat azan di azankan bagi lelaki atau awal waktu bagi perempuan akan mengubah nasib di akhirat,

Lima buku yang kita baca setiap tahun, akan mengubah hidup kita dalam lima tahun mendatang… (Nak baca buku abang keretamayat pun aci jugak-Woha!)

Renung renungkan.

Berkahwin dengan Autisme?

Kawan saya ada mengadu masalah yang sama, isterinya cantik, masak pandai, tapi bila tetamu datang, isteri banyak duduk dalam bilik, balik kampung isteri berkurung, jenis tak boleh lama duduk luar, bila borak dengan saudara mara akan banyak bercerita diri sendiri, malam tidur awal, tak minat tengok drama kat TV, suka buat kerja rumah, suka mengaji tapi bersosial tak pandai, jenis pemalu dan gelabah, apa nak buat? Rasa stress dan ingin bercerai….. aduhhhh..

Jawapan untuk ini, dalam islam ada ajar:

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

Maka pesanan saya, walau agak pedih untuk hadam, cuba dengar dulu…

Alkisahnya, bila isteri ada masalah bab sosial, bab bergaul, cuba check tanda tanda autism, sebab saya pernah dengar ceamah dari pakar autism, memberitahu ramai orang dewasa yang ada masalah bergaul, bila jumpa dengan doctor, rupanya mereka ada MILD Autisme yang tidak di diagnose waktu kecil.

Autsime adalah Sejenis Kekurangan upaya yang kekal bab cara berfikir, yang mana ada orang kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendegaran, manakala dalam katogori autsime, mereka ada kurang upaya bergaul, mereka cenderung kepada introvert (suka menyendiri)

Hey, saya juga Interovert, yang mana Orang introvert yang normal, mereka mampu suaikan diri walaupun tak suka bergaul, saya boleh jer berlakon selesa di mana mana, namun untuk Autisme, mereka memang sukar nak suaikan diri dalam majlis besar walaupun untuk olok olok. Otak mereka tak mampu nak bersosial secara normal (bukan semua Autisme sama masalahnya, kena check)

Jadi.., Bila kawan saya cerita perangai isterinya, dan saya bandingkan dengan anak autisme saya, saya rasa isterinya ada ciri ciri Autsime, maka jangan marah dia, jangan hukum dia, tapi belajarlah ilmu terapi untuk bantu dia sebab Autisme ni tak boleh disembuhkan tapi boleh di rawat, macam orang buta, tak boleh melihat tapi ada kaedah mereka boleh berjalan bila di pimpin, boleh membaca guna braille, dan lain lain. Mereka boleh menikmati hidup jika kita bantu mereka!

Sama jugak, kes isteri Autsime yang tak di diagnose sejak kecil sebab zaman dulu kesedaran autism ni kurang, muka cantik, (sebab autism bukan macam sindrom down), wajah manja dan mudah buat lelaki jatuh cinta, pakai purdah pulak, tapi bila dah kahwin, suami baru tahu perangai pelik isteri, eh? Kenapa dia bercakap dengan mertua macam kurang ajar? Eh? Kenapa dia menilai kejadian sudt berbeza? namun dengan ilmu, insyAllah isteri boleh di rawat dan suamipun tak stress bila tahu punca.

Boleh bawa jumpa doctor pakar terapi Autisme, mereka ada kaedah nak rawat semua ni, dan Insya Allah jika jumpa pakar ternyata bukan Autsime, boleh check kot ada ADHD, Disleksia, Hyper, lembam, anxiety, kemurungan, disorder, dan lain lain, sebab semua kepelikkan ada rawatannya, yang mana bila kita tahu punca, dan dengan ilmu tang betul, insya Allah, tak lah stress bila isteri pelik dari orang lain.

Pengalaman saya sendiri ada anak autsime, nak bagitahu, tanpa ilmu autism maka saya akan marah jika anak tak pandai membaca, tak pandai bermain, tak bergaul, tapi bila doctor sahkan Autisme, dan bila saya kaji serta dalami, maka Bahagia sahaja saya hadapi kerenah anak, alhamdulilah..

Jika ada orang pelik tengok anak saya, tiba tiba mengamuk kat pasar raya contohnya, terus saya cakap, “anak saya OKU Autisme, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami” bila kita cerita, ramai faham dan datang hulur bantuan.

Pernah datang dua tiga orang makcik yang ada pengalaman jaga anak OKU datang pujuk si anak, dan terdedahkan makcik di situ juga ada anak saudara autism lalu keadaan terkawal.

Terkadang Puan bini tegur, abang ni, semua orang nak bagitahu anak kita OKU, kan dia tak meragam tu?

Memanglah dia tak meragam sekarang, tapi abang nak sedarkan masyarakat tentang Autism, bila abang bagitahu ramai yang masih tak tahu, terus abang cerita sikit sebab masalah ibu bapa OKU rasa down bila masyarakat tak faham, jadi kita sebagai ibu bapa OKU ambik peluang untuk bagitahu semua orang bahawa anak kita OKU dan kita Okey.

Sungguh mendapat anak OKU bukan masalah besar, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing. Abang bersyukur dengan ujian ini sebab pandang dari sudut positif, iaitu orang lain lagi teruk ujiannya, tapi masih kukuh keimanan, lagipun. Inilah hidup, pentas ujian, ingat pesan keretamayat: Ujian jangan di cari, jika datang terus disyukuri, InsyaAllah akan bertambah rezeki. Woha!

(Eh? Saya memetik kata kata sendiri? Kebenaran apakah ini?)

Bila fikir balik teguran Puan Bini yang rasa tak selesa bila saya bagitahu semua orang saya ni ada anak OKU, saya senyum sebab teringat filem Jackie Chan ada adik Autsim lakonan Sammo Hung, jadi oleh kerana Summo Hung susah dikawal perangainya walaupun berbadan besar dan dewasa, maka Jackie chan terpaksa berjalan berpimpin tangan dengan adiknya, di jalanan ramai orang gelak sebab sangka mereka gay.

Terus Jackie Chan bagitahu pada semua orang: “Ni adik saya, dia sakit”. Orang yang tak Tanya pun dia bagitahu. Ha ha.

Nampak kelakar, tapi itulah cara nak selesaikan masalah masyarakat membawang, so kepada semua ibu bapa OKU, dapat peluang berborak dengan orang awam, terus bagitahu masalah anak OKU kita dan kita Okey.

Dan Bro, jika bini pelik, jangan malu nak terima hakikat bini awak mungkin OKU autism, MUNGKIN! Bawa jumpa dokror, dan bincang elok elok, setiap kekurangan upaya, akan ada cara rawatannya,InsyaAllah bila tahu punca, maka mudahlah untuk selsaikan semua masalah.

Terkini saya jumpa kawan saya, Alhamdulillah masih kekal setia Bersama isterinya yang pelik, dan sebagai terapi diri katanya, dia ada kahwin muda dengan isteri baru yang manja, maka masalah selesai, Islam ada penyelesaian untuk semua.

Woha sampai syurga!

Alhamdulillah!

Ps: Autsime lebih ramai di kalangan lelaki, maka jika ada yang dapat suami pelik, orang datang rumah pun dia tak keluar bilik, ajak solat berjemaah dia solat sorang sorang, cepat merajuk dan susah di pujuk, bercakap tentang diri sendiri jer, sembang dengan orang macam kurang ajar, boleh juga jumpa doktor, banyak penyakit jiwa sekarang ini, semoga dipermuydahkan segala urusan https://youtu.be/0BUKlTBzOTQ

Naruhodo dan Persembunyian Nabi?

Zaman awal Islam, Nabi berdakwah secara senyap senyap di rumah Arqam bin Abi Arqam. Kira Markas pertama umat islam lah..

Korang pernah terfikir tak? Kenapa nama lokasi rahsia berdakwah Nabi ni unik, Arqam bin Abi Arqam? Siapa Sahabat ni? Kenapa takde ceritanya dalam perang Badar, perang Uhud dan lain lain?

Alkisahnya, Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘Abi’ bermaksud ‘Bapa’. Jadi nama sahabat tersebut menjadi Arqam anak lelaki bapa Al-Arqam!

Maka jika kantoi lokasipun susah nak cari Arqam yang mana satu, lepas tu Abi Arqam yang mana satu?, perghhh, hebat sungguh catatan Islam hingga bab markas rahsia, nama Arqam hilang dalam kisah sahabat..

Rupanya nama beliau adalah Abu Abdillah al-Arqam bin Abdu Manaf, sertai semua perang zaman Nabi, orang ketujuh masuk islam, (ada yang kata orang ke Sembilan), dan elok Panjang umur meninggal usia 83 tahun pada tahun ke-53 Hijrah, jenazahnya disolatkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas dan dimakamkan di perkuburan Baqi'.

Kisah ini saya dapat dari sahabat Pensyarah saya, Dr Lukman..

Terus dia sebut.. ‘naruhodo!’ yang bermaksud, “oh begitu!”

Dr Luqman ni belajar Phd di jepun, dan di sana ada falsafah berbunyi begini:

“Kalau kamu belajar sesuatu tetapi tidak sampai ke tahap kamu menyebut ‘naruhodo!’, maka kamu tak belajar apa-apa…”

Di barat pula, ada falsafah berbunyi begini

“We all fear what we do not understand”

Selalu muncul ayat ni dalam filem bila nasihat diperlukan, seperti dalam filem , Drama bersiri,  Superman, dan lain-lain.

“Kita takut apa yang kita tak faham”

Dalam Star Trek lagi best bunyi falsafah ini:

“We often fear what we do not understand; our best defense is knowledge”

So moral dari tulisan ini adalah, apa yang kita takut, belajarlah faham sampai Naruhodo!

Al kisahnya Dr Luqman cerita kisah betapa dia “takut” waktu belajar di Jepun sebab Bahasa Jepun ni banyak yang dia tak faham, cara guna Bahasa lurusnya macam robot, hinggalah dia jumpa komik yang ajar silibus berat berat, buatkan dia dah tak “takut’ lalu menaruhodo kan diri ke kefahaman yang melampau.

Pulang ke Malaysia, terus dia buat Komik cerita ilmu Fizik yang berat berat. Saya tengok tajuknya takut saya baca:

“SURVIVAL STATICS”

Tapi oleh sebab ilmu ini di olah dalam bentuk komik, terus saya serta merta me-naruhodo kan diri ke kefahaman yang lebih baik..

Anak saya baca dan cakap best!

Cadangan saya, korang beli buku ni bagi anak anak baca, sekolah rendah pun takpe, agar ketakutkan anak pada Ilmu static yang Nampak complicated direda seawall usia remaja, lalu bila anak masuk Universiti, semua akan berkata..

Alahai.., naruhodo jer!

Woha!

(nak beli komik “SURVIVAL STATICS, link: https://shope.ee/7A1Q7RH6q8