Makluk yang aku sempat ambik gambar depan rumah |
Aug 10, 2018
Histeria tu betul ke?
(Jika berjempa Hantu telekong, silalah kongsi gambarnya di
Instagram)
Semalam waktu Lunch, aku sempat berborak dengan Dr Nora seorang pakar
perubatan dan dari UIA, beliau cerita tentang pesakitnya yang kena gangguan jin
kafir sehingga Histeria.
Sewaktu Histeria, Jin itu memaki suami dan ibu mertua si pesakit
tadi..
Alkisahnya bila pesakit tu jumpa Dr Nora, ada rasa sedih di
hati DrNora bila tahu pesakit tu ada jumpa ‘ustaz’ tapi kena cas beribu ringgit
nak keluarkan jin. Masalahnya ‘jini itu hilang sekejap dan kena ganggu lagi. Padahal
ini hanyalah masalah Mental stress sahaja yang oleh diubat dengan kos yang
lebih murah.
InsyaAllah ada ubat moden boleh rawat tapi kena
berpantanglah, kena ikut terapi, yang mana jika makan ubat tapi masih percaya
gangguan hantu, ada orang dengki, sangka buruk yang tinggi tak jadi juga, sama kes
orang kencing manis makan ubat tapi semua makanan manis dia bedal tak berguna
juga.
So Kata Dr, kamu tu lemah, sebab tu ada ‘jin’ ganggu. Minggu
depan pesakit tu cakap, jin marah sebab cakap dia lemah.
Dr Nora bagitahu aku, bila siasat punca, sebenarnya histeria
tu terjadi sebab terlalu lama memendam stress, lagipun orang perempuan lebih
kerap kena mental stress ni, Dr cakap, dari 5 orang, satu mungkin akan kena
stress. Jadi bila siasat punca, rupanya si pesakit ni tak suka dengan suami dan
ibu mertuanya, dah lama pendam, sekali mengamok dengan cara histeria, maka
terluahlah maki hamun kepada suami dan mak mertuanya, bila dr cakap dia lemah,
dia pulak marah pada doctor,sebab sebagai pesakil mental stress, dia tak akan
salahkan diri, dia akan tuduh jin yang maki suami dan ibu mertuanya, konon jin
yang marah dr Nora.
Pendek cerita bila makan ubat dan ikut terapi doctor,
sembuhlah pesakit ni. Dah takde lagi gangguan Histeria, Cuma yang lucu, pesakit
ni bagitahu jin tu kirim salam dekat doctor,
Eh? Bukan ke jin tu kafir, ohhh, rupanya jin tu dah masuk
islam katanya-woha!
Jelas doktor Nora lagi, bila pesakit dah sembuh atau stabil,
barulah dia bagitahu bahawa memang betul jin tu wujud, tapi apa yang menimpa
kamu adalah sakit mental stress yang boleh dirawat, bukan gangguan jin, syaitan
atau buatan orang, memang betul kita sebagai orang islam percaya kewujdan jin,
malah akan tetap guna doa, solat hajat, dan lain lain ihktiar, namun dengan
makan ubat dan ikut sesi terapi, cari punca stress, hadapi stress dengan
bijaksana, maka InsyaAllah boleh sembuh.
Banyak kes histeria dikalangan pelajar perempuan waktu nak
exam sebab stress, dan berjangkit pulak dengan perempuan lain sebab dalam diri
percaya ada hantu sedang mengacau, dan memang betul pun, Bila mental stress akan
berlaku halusinasi, memang boleh ‘nampak’ hantu, nampak jin, Nampak syaitan,
atau nampak apa yang otak paling takut, sampai tahap boleh dengar suara dan ada
tahap boleh hidu bau busuk hantu!, tapi itu semua dari otak yang ada masalah mental.
Tanpa ilmu yang betul, kita anggap ni hantu, atau ada orang bomohkan lalu
datang rasa takut, trauma, yang melampau sehingga sanggup cederakan diri, dan
menyusahkan orang.
Untuk info, bukan orang mental sahaja boleh nampak
halusinasi, Orang tak minum air hingga sangat dahaga, juga boleh berhalusinasi,
dan itu bukan gila. Orang kekurangan oksigen juga boleh berhalusinasi, Orang
tua bila organ badan dah banyak tak berfungsi boleh berhalusinasi dan nyanyuk,
itu bukan gila. Tapi orang mental stress, terlalu stress, boleh berhalusinasi,
atau bila ada masalah mental siap dengar arahan suruh bunuh diri, suruh bunuh
anak, suruh buat benda yang bukan bukan. Maka jangan kita marah pesakit ni,
lekas lekas bawak jumpa doctor pakar.
Lagipun Ubatnya ada cerita dalam Al quran, yang mana ada
ayat bagitahu, Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada
ahlinya jika kamu tidak mengetahui”, jadi bila kita ada sakit mental, pergilah
jumpa pakar otak, InsyaAllah ada ubat dan kaedah rawatan sebab Allah dah
bagitahu semua penyakit ada ubat kecuali mati, jika belum ada ubat, itu
kelemahan ilmu kita yang belum jumpa.
Sudah pasti siapa sahaja bila pertama kali ternampak hantu atau jin,
maka akan rasa takut, Nabipun waktu mula mula jumpa Malaikat Jibril, menggigil
takut, lari dan suruh isterinya selimutkan dia, takut adakah normal, terlalu
takut itu yang masalah, lalu turun ayat, wahai orang berselimut, bangunlah!
Maka Allah dah ajar dalam Al quran, jika rasa takut, jangan
duduk dalam selimut, masalah tak selesai, bangun dan selesaikan masalah itu, so
jika nampak hantu jangan sembunyi dalam selimut sebab masalah tak selesai dari
dalam selimut, bangunlah dan pergi siasat, dalam kes nabi, bukan halusinasi,
itu Malaikat Jibril nak bagi wahyu, tapi dalam kes korang, itu hanyalah
halusinasi, atau kerana terlalu penakut, kadang kadang objek putih yang korang
nampak tu adalah kain telekong yang di tiup angin.
Dan andai betul lah, dah korang nak sangat kan, yang mana
jika betul terjumpa hantu rambut panjang dan bercakap ”Nak.., mak teringin nak
pakai telekung siti Khatijah” korang jangan lari, pergi tanya orang sebelah, nampak
tak hantu telekong tu?, jika mereka tak nampak, korang sajer yang Nampak, maka sah
korang ada masalah dalam mental illness, pergilah jumpa doctor pakar dan
masalah selesai. Insyaallah.
Akhir kata, Terima kasih Dr Nora atas perkongsian ilmu yang
sungguh bermanfaat, banyak nak sembang lagi tapi saya pergi dulu, bukan sebab
sibuk, tapi sengaja buat buat sibuk atau perasan sibuk. Lagipun dr yang cakap,
jika kita percaya kita sibuk, maka kita akan stress, tapi jika kita buat buat
sibuk, maka tak lah stress sangat, maka maaf kerana tak habiskan Lunch bersama
tadi sebab saya perasan sibuk.
Woha!
PS: Ok Hamka, jika saya sorang jer nampak hantu tu, saya ada
sakit mental, tapi jika ada dua orang nampak hantu telekong tu macam mana
Hamka? Alahai, korang bagi jerlah kain telekong siti khatijah tu, kah kah kah!
Aug 6, 2018
Pernah Jumpa Hantu?
(Korang pernah jumpa hantu? Ini adalah Kisah Benar)
Alkisahnya, dua malam lepas, aku ada ikut program jati diri,
jam 12 malam, kitaorang kena berjalan seorang diri di jalan kampung yang jauh
dari rumah orang, di tepi sungai dekat hutan yang gelap gelita.
Cara berjalan, peserta akan jalan sorang sorang hingga
hilang dari mata, baru peserta lain akan jalan, lebih kurang dua kilometer, tak
boleh bawak lampu, tak boleh bawak senjata.
Maka berjalanlah aku dalam kegelapan malam, hanya di temani
cahaya bulan, dan ada terlihat beberapa ekor kelip kelip terbang mencantikkan
lagi kegelapan malam.
Sedang asyik berjalan, aku nampak ada objek putih atas
pokok, macam hantu pocong. Aku dah agak, ni nak takutkan aku lah ni, siap
gantung pocong palsu atas pokok, sebab nampak berayun. Bila dah lalu dekat, tiba
tiba pocong ni menggelunsur turun!
Terkejut aku, terus aku dakwah pocong tu: La Ila HaillaLlah!
Pocong tu berhenti dan aku tunggu orang keluar gelak ke,
ambik gambar ke, tapi suasana senyap dan sepi, takde siapa siapa, hanya aku dan
pocong yang berdiri dalam gelap malam, aku teruskan perjalanan dan toleh
belakang, pocong tu masih kekal di situ.
Dalam hati aku, ni jin betul ke, atau prank, lantaklah, aku
teruskan perjalanan.
Dari jauh aku dengar ada suara orang menjerit, aku tahu
tentu peserta kat depan dah kena sakat dengan hantu, dan aku teruskan
melangkah, rasa teruja nak tengok hantu seterusnya seram setakat mana.
Lama berjalan, Nampak ada objek putih berdiri didepan, macam
puntinak, angin bertipu kainnya, aku semakin hamper dan dia tak beredar, jalan
sempit, aku nak sentuh dia? Atau lalu ikut jalan lain? Tapi takde pilihan, aku
kena berselisih bahu dengan dia.
Dalam hati, jika hantu betul, dia serang aku, takde senjata
ni, tengok juga kat bawah kaki kot ada kayu buat senjata, tapi gelap sangat,
arghh, redah jelah, orang pakai topeng puntianak jer ni, buat apa nak takut.
Baru nak dekat, tiba tiba dari arah kiri muncul sekor lagi
puntianak berlari serbu aku dengan jeritan seram, aku tenang dan bagi salam.
Puntianak tu berhenti dan jawab salam, suara lelaki: dah
agak, orang…
Tak seram langsung, ha ha ha.
Aku teruskan perjalanan dan takde hantu lagi kacau aku.
Habis program, baru aku tahu diorang memang sengaja tak bagitahu
ada kejutan hantu tu, sajer nak test peserta, ada peserta yang menangis,
menjerit, terkencing tak tahulah.
Paling best, bila ada peserta jumpa hantu betul, sebab hantu
berlakon tu hanya tiga, tapi ada yang jumpa empat hantu.
Untunglah dia.
Woha!
Ps: Siapa yang jumpa ‘hantu’ betul(jin), Beruntunglah sebab
dapat tengok perkara ghaib. Zaman dulu, Nabi dan orang terpilih sahaja yang
dapat tengok alam ghaib atau dapat tengok makhluk ghaib, jadi jika korang
ditakdirkan jumpa ‘hantu’, bersyukurlah dengan ‘nikmat’ yang deep itu.
Aug 2, 2018
Apa tahap Iman Korang?
(Kelas Tazkirah sambil memanah oleh Blogger keretamayat)
Ok, semalam cikgu dah ajar korang permainan catur dan rahsia
kekuatan Permaisuri, hari ni cikgu nak ajar memanah pula.
Jika ada orang cakap, cikgu adalah seorang pemanah yang tepat?,
korang percaya tak?
Mungkin ada yang percaya atau tak percaya.. terpulang.
Apa cikgu nak cakap, siapa yang percaya, jika ikut kaedah
belajar ilmu tauhid, bila korang percaya pada Allah, maka IMAN korang baru
tahap Percaya.
Bagi yang was was cikgu boleh memanah ke tidak? Dalam ilmu
tauhid, IMAN korang baru tahap TAHU.
TAHU dan PERCAYA adalah dua perkara yang berbeza. Orang
kafir ada yang Tahu Tuhan ada, tapi yang Percaya adalah orang Islam sahaja.
Ok, untuk pindahkan dari TAHU kepada PERCAYA, korang kena
tengok cikgu memanah dulu! Tengok sekali mungkin nasib, tengok dua kali pun
tepat, tiga kalipun tepat, maka barulah korang PERCAYA.
Jadi dalam Islam, Iman kita sekurang kurangnya pada tahap PERCAYA
iaitu setelah kita saksikan sendiri Kehebatan dan Kebesaran Allah yang berlegar
disekeliling kita, sungguh dalam alam ciptaanNYa ini, terdapat tanda tanda bagi
orang yang berakal.
Tengok burung keluar pagi perut kosong pulang petang perut
penuh! Kita percaya Allah yang bagi rezeki, labah labah tidur di sarang 24 jam,
sampai masa lalat datang terbang dan terlekat disarangnya, kita percaya: Allah
bagi rezeki.
Kucing takut air, tapi suka makan ikan, kucing tak pernah
keluat tangkap ikan, tapi hari hari makan ikan sampai muntah keluar tulang
ikan: kita percaya Allah yang bagi rezeki!
Ular tak ada tangan dan kaki, tapi boleh kejar makhluk yang
ada tangan dan kaki, dan kenyang makan- kita percaya Allah yang bagi rezeki!
OK, dah habis bab TAHU dan PERCAYA, sekarang cikgu nak
cerota bab YAKIN.
Ok, katakan korang tengok cikgu panah lima kali dan semuanya
tepat sasaran, katakanlah…
Baik! cikgu nak tanya: korang sekarang PERCAYA atau YAKIN
dengan panahan cikgu?
Mungkin korang akan memilih dari PERCAYA kepada YAKIN, cikgu
memang handal, lebih hebat dari Green Arrow atau Hawkeye.
Untuk itu, untuk buktikan keyakinankan korang, apa kata? sekarang
cikgu nak letak sebiji epal atas kepala korang, dan biar cikgu panah epal tu?
Apa? Tak nak? Takut tersasar! Hah! Sekarang terbukti korang
belum YAKIN! korang baru PERCAYA.
YAKIN dan PERCAYA adalah dua perkara berbeza.
Jadi balik dalam Islam, ramai yang Percaya pada Allah bagi
rezeki, tapi tak ramai yang YAKIN Allah bagi rezeki, buktinya, korang masih
solat lengah-lengah, atau tinggal solat, atau tinggalkan solat berjemaah sebab
takut rezeki hilang…
Jadi renung renungkan, IMAN Korang kepada Allah, adakah
tahap TAHU? PERCAYA? Atau YAKIN?
Jika Yakin, jom kita tinggalkan sekejap urusan kita, dan
sama sama pergi masjid tunaikan solat berjemaah. Ada janji Allah, siapa yang
menjaga solatnya, akan dimudahkan Rezekinya, andai korang YAKIN!
Sekian kelas “memanah hati” oleh Cikgu Hamka keretamayat.
Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)