Apr 25, 2017

Ada pahala di dinding rumah?

(Al kisah Senapang Chekhov, Garfu Ramli, dan Rotan Lokman)



Sebelum itu nak kabor, maaf sangat sebab silap fakta dalam gambar ini, bukan senapang German, tapi senapang Russia, atau lebih dikenali “Chekhov's gun”.

Kata Anton Chekhov dalam seni penulisan cerita: Jika di awal penceritaan ada babak selaras senapang yang terhias pada dinding, pastikan senapang itu digunakan sebelum tamat cerita.
Sebab tu dalam filem ibu mertuaku. P Ramlee hias dinding bilik guna sudu garfu, sebab nak guna hujung cerita.

Jadi rumah aku dulu, memang hias dinding dengan “Rotan Lokman”, selain mencantikkan dinding, rotan tu akan diguna bila masuk waktunya, lagipun memang ada hadis yang suruh gantung cambuk atau rotan ni di rumah untuk didik anak anak, terutama bab solat. Jadi kira dapat pahala jugaklah gantung rotan di rumah walau sebagai hiasan.

So nasihat kami laki bini, jika nak hias rumah, tolong jangan gantung dengan objek sampah yang tak berfaedah, yang korang tak gunapun sampai mati, adohai..

Cuma itulah, anak anak dah pandai, mereka sorok rotan tu, jadi untuk atasi masalah ni, Puan bini letak rotan buluh penuh satu pasu, ambik kau!

Sekian kisah Garfu Ramli, Senapang Chekhov, Rotan Lokman dan Pasu Hamka Kereta mayat.


Woha!

Apr 12, 2017

Apa Nabi buat di umur pencen?

(Tanya sama pakcik Kereta Mayat)

Ada orang tanya apa pendapat abang keratamayat bila Presiden Cuepecs, cadangkan umur persaraan ke 62 tahun, katanya bersara ni kena awal, kalau boleh nak bersara umur 40 tahun.

Adohai, bab pencen pun korang tanya keretamayat, Nampak sangat aku dah tua, ha ha
Okey, Bab bersara umur 62 tahun ni, pada pendapat aku, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 62 tahun, sebab orang macam korang: (Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim pencen umur 70 tahunpun, korang ambiklah.

Ketahuilah, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia telah ber’sara’ pada hari pertama dia bekerja.

Jika korang rasa nak menulis, nak beribadat, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum cantum, dan andai korang ada projek besar, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.

Korang tahu tak? Nabi berdakwah umur 40 tahun, umur 53 tahun Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang, bermakna perang badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di zaman nabi umur pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.

Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua, menangis bila anak anak tak balik ziarah, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.

Maka sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.

Jom mengeteh! Banyak lagi boleh kita sembang mambang!

Woha!


Apr 3, 2017

Ciri Ciri orang bodoh?

(Ada orang belajar ilmu hitam untuk lawan ilmu hitam, cuba baca info ciri orang bodoh untuk tahu korang ada tak ciri orang bodoh?)

Ok, April fool baru jer lepas, maka sajer nak kongsi info tentang ciri ciri orang bodoh, agar kita dapat tahu sejauh mana tahap bodoh yang ada dalam diri, adakah bodoh korang dah capai paras bahaya, atau dah melimpah keluar dan membodohkan orang di sekeliling, mari kita baca untuk semak, kita ni bodoh ke tak?

1.Suka rosakkan harta benda awam.

Korang tahu tak, merosakkan harta benda awam adalah satu jenayah, macam korang rosakkan kerusi bas, pecahkan mesin air, conteng dinding tandas, sapu tahi hidung dekat karpet masjid, lekatkan sisa gula gula getah di kerusi panggung wayang, buang sampah dari tingkap kereta, buang sampah dalam lubang tandas, dan lain lain, semua tu memang kerja bodoh yang  suka dibuat oleh orang bodoh!

Menyusahkan orang ni satu benda yang di larang Nabi, sebab orang islam di zaman Nabi akhlaknya bagus-bagus hingga orang masuk islam berbondong-bondong (rujuk surah An-Nasr), tapi hari ni jika akhlak orang islam teruk, orang murtad pulak yang berbondong bondong, maka tolong jangan jadi bodoh berbondong bondong!

2.  Suka rosakkan harta sendiri.

Korang pernah ada kawan yang bila marah dihempasnya telefon, dipecahnya skrin laptop, di tumbuknya meja hinga pecah, diterajang pintu hinga terkopak, dibaling apa sahaja yang ada ditangan, dihempas gelas dan cawan hingga pecah berderai seperti pasir ditepi pantai? Ada? Jika ada tahulah bahawa orang bodoh ni bila marah mereka gagal kawal emosi, sampai sanggup pecahkan harta benda sendiri, sanggup jadi saudara syaitan sebab dah sampai tahap membazir kerana lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda sendiri, tapi jika lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda awam, dah jadi bodoh berbondong bondong ganda dua puluh tiga (masukkan bunyi guruh di sini)

3.  Suka menyalahkan orang lain.

Orang bodoh memang tak lepas dari perangai suka menyalahkan orang lain, Bila miskin salahkan cina. Bila sakit salahkan doctor, Bila bodoh salahkan yahudi, Bila jahat salahkan saka. Bila buat dosa salahkan syaitan, Bila merogol salahkan orang tak tutup aurat, Bila harga barang naik salahkan kerajaan, dan begitulah siang malam kerja salahkan semua orang, perasan dia jer botol, ini lah perangai semua orang bodoh, Ketahuilah, Oleh sebab kita ni selalu sangat salahkan orang lain macam celaka, Maka di akhirat kelak.., Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata, Akhirnya anggota badan dengan selamba MENGAKU BERSALAH!

Setelah MENGAKU BERSALAH, baru Ahli neraka mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala kesalahan. Tapi permohonan ahli neraka tidak dilayan. Jadi sementata hidup ini, janganlah kita perasan betul, sebab syarat taubat di terima adalah mengaku bersalah, maka bertaubatlah wahai semua orang bodoh, jangan membondong bondongkan kebodohan korang. Adohai..

4)  Suka mengkritik

Semua benda nak dikritik, semua benda tak betul di mata dia, semua benda berbondong bondong nak dikeji dan dimaki, Jika duduk sebelah dia, semua keburukan orang dia tahu, sampai tahap siapa ahli neraka pun dia tahu, sebab apa? Sebab Orang bodoh ni perasan dia lebih baik dan lebih pandai dari semua orang, tak nak jadi bodoh? Jagalah lidah, Nabi pesan sebab lidah ni ramai masuk neraka, dosa mengumpat (cakap benda betul tentang buruk orang) dan dosa menfitnah (cakap benda salah tentang buruk orang) adalah termasuk dosa yang besar.

5)  Suka mengeluh

Sikit sikit mengeluh, sikit sikit tak puas hati, sikit sikit merungut, langsung tak reti nak bersyukur, pesan Nabi mudah, siapa bersyukur Allah tambah nikmat, siapa tak bersyukur, azab Allah sangat pedih. Maka jangan jadi orang bodoh yang suka mengeluh, merungut dan tak bersyukur. Sebab Azab Allah itu berbondong bondong pedihnya.

6)  Suka berdebat

Jika korang suka berdebat dan suka nak menang, cuba korang tengok akibat selepas berdebat, orang ramai makin jauhkan diri dari korang, sebab tu bila Nabi dituduh gila ke ahli sihir ke, Nabi diam jer, Nabi tunjuk akhlak yang baik, ini yang buat orang cair, sebab suka berdebat dan nak menang ni memang kerja orang bodoh, ibaratnya orang tuduh korang perempuan, lalu sebab nak menang korang bukak seluar tunjuk zakar, begitulah lebih kurang yang terjadi dalam debat, masing masing akan serang peribadi dan tunjuk aib sendiri, pesan imam Syafie, aku tak akan berdebat dengan orang bodoh, sebab tak akan menang, pesan Ibnu Baththah: Jauhilah perdebatan, karena ia adalah saat bodohnya seorang alim, dan pesan Nabi Muhammad s.a.w: Aku akan menjamin sebuah rumah di syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar.

7)   Sombong dan berlagak.

Orang sombong dan berlagak ni, atau istilah lebih tepat: bodoh sombong! Memang kerja dia langsung tak peduli orang lain sebab orang bodoh sombong ni memang suka fikir tentang diri dia sahaja, orang sakit ke , orang penat ke, dia tak peduli sebab dia Selfish, penting diri sendiri. Sangat susah nak tolong orang. Selalu buruk sangka dengan semua orang, jika dapat teman hidup macam ni memang meranalah korang di neraka dunia, panjang nak cerita, tapi nak bagitahu, orang sombong masuk neraka. Firman Allah: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam". - surah al-Zumar ayat 72”

8)  Lupa persiapan mati

Nabi bagitahu orang cerdik adalah orang yang ingat mati, maka orang yang lupa mati, dan sengaja lupakan persiapan untuk mati, maka itulah orang paling bodoh sebab tahu diri akan masuk neraka tapi tak buat apa apa usaha untuk selamatkan diri dari api neraka. Kebodohan berbondong bondong apakah lagi selain melupakan mati yang menjadikan kebodohan insan itu sempurna?

Okey cukup sampai sini,  banyak lagi pecahan kecil perangai orang bodoh, tapi cukup sampai lapan kita bincang, sebab syurga ada lapan pintu, dan hari ini telah berlalu separuh hari akan masa dan usaha untuk buat usaha menyelamatkan diri kita dari api nereka, esok belum tentu kita hidup, maka gunakanlah baki hari ini untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka, jangan termasuk orang yang bodoh berbondong bondong masuk neraka, Nauzubillah!

Sekian. Pesan pada diri sendiri.

Ps: Selalu orang tanya, kenapa guna nama pena kereta mayat? Jawabnya, Sebab aku takut aku lupa pada persiapan mati, perghhhh berlagak gila alasan aku! Woha!