Mar 31, 2015

Kisah laki bini dan Hadis?

(3 cerita, 3 hadis, 3 Pedoman)

Kisah satu-Sepagi bersama Driver Keretamayat

Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:

Pada satu pagi, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke rumah menemui saya dan bertanya:

“Adakah kita mempunyai apa-apa untuk dimakan ?”

Saya menjawab:

“Tiada.”

Maka berkata baginda: “Maka kerana itu sesungguhnya aku berpuasa."
1400 tahun kemudian.

Berkata pula bini Hamka:

Pada pagi ini, Hamka keretamayat masuk ke rumah menemui saya dan bertanya:

“Adakah kita mempunyai apa-apa untuk dimakan ?”

Saya menjawab:

“Tiada.”

Maka dengan lajunya Hamka berkata: “Jom sarapan di luar"

Ternyata, iman suami saya dan saya sendiri, sangat lemah, bila baca hadis Nabi, tepat kena atas batang hidung sendiri. Banyak lagi ilmu yang kita tahu tapi tidak amal kerana kelemahan iman, Doakan kami dalam tahajjud anda, jika teringat. Hu..hu.

Nasil Lemak restoran Zaman Kuantan
Kisah 2- Kucing yang dahaga di tengah hari.

Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Hadis riwayat al-Bukhari)

"Adik K buat apa tu?"

"Bagi minum kucing"

"wah, bagusnya, ni dah macam kisah pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum air dari kasut"

"Ayah, ambiklah gambar"

"ok, tapi tu kasut siapa punya?"

"Jumpa tepi paip rumah sebelah"

"Air ambik mana?"

"Air paip rumah pakcik sebelah!"

Ps:Adohai si anak, bagi minum air pada kucing sudah bagus, tapi kasut dan air jiran yang punya anak oii..

Kucing, jumpa lagi dipadang Mahsyar!


Kisah tiga, Sepetang di Pantai Timur

Pada suatu petangdi tepi pantai, ketika kami laki bini sedang duduk duduk di bawah sepohon kayu. Aku tiba tiba ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur.

Kemudian aku berkata kepada bini:

“Hai sayang! Mengapa awak tidak tanya kenapa abang berbuat demikian ini?"

Sahut bini ku: "Sila khabarkanlah padaku."
Pantai Nenasi-Pahang

Kata Aku, pernah Abu Usman r.a bercerita, ketika beliau dan Salman r.a sedang duduk di bawah sepohon kayu. Salman telah ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudian kata Salman kepada Usman:

"Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku berbuat demikian ini?"

Sahut Abu Usman: "Sila khabarkanlah padaku."

Kata Salman: "Beginilah Rasulullah s.a.w melakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu.Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda:

"Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?"

Sahut Salman:

"Sila khabarkan padaku kenapa Baginda buat begini."

Sabda Nabi Muhammad saw:

"Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna,kemudian dia laksanakan solat lima kali pada setiap hari maka dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Now you know.


PS: Nak riwayatkan hadis bersama anak bini, jika mampu secara practical, lagi bagus. Take note!

Mar 24, 2015

Hadiah kahwin yang Woha?

(Siri bercakap antara Gen Y dan Gen X)

Anak yang sedang selongkar laci dalam bilik kami bertanya:

“Ayah, ini kad apa? Cantiknya”

“Itu kad cinta Bonda kamu masa jatuh cinta kat ayah dulu”

“Ini pulak kad apa, ayah buat sendiri ke?”

“Ha ah, itu kad wish birthday Bonda kamu masa tahun pertama kami bercinta”

“Wow, cantiknya ayah lukis gambar Bonda, Ini kad apa pulak yang besar sangat ni?”

“Itu kad Raya, zaman dulu mana ada telefon nak hantar berita, kitaorang guna kad sahaja”

 “Eh? Ayah, laci bawah ni ada banyak lagi kad ada gambar TV, telephone, peti ais, air cond,  ini hadiah kahwin ke?”

“Itu kad warranty nak oiii, jangan main kad tu selagi tarikh belum luput!”

“Wow, Banyaknya kad wa-ren-tie”

“Lepas kahwin, kad warranty akan setiasa ada anak oiii, Bondalah yang selalu suruh beli itu beli ini”

“Ini kad apa pulak yang ada peta ke rumah nenek?”

“Hah, ini kad paling istimewa, kad kahwin Ayah dan Bonda kamu, pastikan bila bercinta, akhirnya dapat kad kahwin yang ada peta ke rumah mertua, ok?”

“Ok”

Ps: Macam faham sahaja si anak akan pesanan si Ayah, moral of the story, bagi mereka yang sedang bercinta, pastikan dapat kad kahwin yang ada peta ke rumah mertua paling lambat pun cuti sekolah pertengahan atau hujung tahun ini, dan jangan lupa, jadikan buku kisah laki bini sebagai hantaran- woha!


(kredit kepada semua pengirim gambar, tahniah kerana sudah selamat berumahtangga, dan terima kasih kerana sudi jadikan buku karangan aku sebagai penambah seri hiasan dulang hantaran. Kagum dari jauh!)
FB @Khair Khairani 

Fb @Mohd Firdaus Sultan

FB @Nur Jafar 



Fb Intan Shazwani


Fb Merpati Puteh

Kredit gambar FB @Khairunnisa Mohd Isha
FB @Aqila Nasir
FB Nor Zakiah
FB Norsabridah

FB Nasliana Hani




Mar 17, 2015

Anti vax- keretamayat minta maaf?

(Minta maaf kerana memanggil anti vax dengan panggilan "bodoh" hanya kerana berbeza pendapat, maafkan saya)

Salam, saya manusia biasa yang menulis blog sebagai nota agama kepada diri sendiri, tapi saya buka ruangan komen dan email untuk korang tegur jika ada mana mana yang salah.

Alhamdulillah, entry lepas, beberapa ustaz dan orang awam menegur  secara pm tepi dan juga email, bahawa saya tak patut letak nama Iman syafee dalam perdebatan isu 'dunia'. jika bab agama yang jelas salah, ok!

Terima kasih bro. Satu teguran yang baik, saya akan edit balik entry lepas dengan membuang nama alim ulamak tersebut dalam entry saya.  Maafkan saya.

Di sini juga saya mintak maaf sebab menulis dengan kasar (perkataan bodoh) dalam entry yang lepas berkenaan vaksin meyebabkan maklumat yang tepat tidak sampai.

Tidak patut saya mengeluarkan kata kata sedemikian hanya kerana berbeza pendapat, maafkan saya wahai pembaca keretamayat sekalian.

Tapi memang dah lama saya menulis dengan kasar begini sebab pesan pada diri sendiri, terutama bab politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Tak sangka pula bila bab vaksin, ianya menjadi sangat sensitive melebihi isu politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Adohai.



Namun, dari komen anti vax dan doktor perubatan dalam ruangan komen, banyak yang saya belajar, terutama komen dari saudara @latif Saad. Suka saya di sini copy paste pesanan beliau yang penuh sopan sehingga anti vaxseperti @Nurul ain, @ammar rawi, @Habibullah habib bersetuju dengan beliau.

Saya mengaku, jika nak menegur, kena guna kaedah yang sopan dan lembut seperti saudara Latif Saad. Barulah anti vax akan terima. Maafkan saya.

Terima kasih













Copy paste:@Latif Saad

Saya just nak berkongsi tentang vaccine. Sebab menjadi tanggung jawab pihak KKM memberitahu terhadap orang awam. Sudah menjadi tanggungjawab KKM untuk memastikan komuniti Malaysia ini jauh daripada penyakit merbahaya. Salah satu program yang dijalankan adalah vaccine. Ianya bertujuan untuk melindungi bukan setakat anak anda tapi komuniti keseluruhan(mengelakkan daripaada outbreak berlaku). Kita tidak mahu penyakit berbahaya seperti polio, TB, Hepetatis dan sebagainya menular. Program ini mampu melindungi orang yang tidak boleh divaccine ataupun kanak-kanak yang ibubapanya memilih untuk tidak divaccine.

Tetapi jikalau ada berlaku adverse effect of vaccine. Kanak2/ibubapa yang mengikuti prgram ini boleh membuat claimed untuk mendptkan ganti rugi terhadap perkara yang terjadi.

Anda boleh merujuk kpd link yg sy berikan.

http://www.moh.gov.my/.../Garispanduan_Farmakovigilans....

Pada bahagian akhir article tersebut ada menceritakan tentang bagaimana hendak membuat laporan tersebut dan apakah adverse effect yang boleh berlaku. Jesteru menyenangkan untuk membuat claimed

Adanya pun penyakit Autism tidak termasuk di dalam perkara yg boleh di 'claimed' kerana tidak lagi mampu dibuktikan keterkaitan antara vaccine dan autism.

Dan seharusnye perlu diketahui adverse event hanya berlaku dalam jumlah yang terlampau kecil. (Mengikut sumber NVIC hanya 0.00007% sahaja yang mempunyai adverse event)(sumber ini boleh menjadi tanda aras)

Oleh itu saya ingin mempromosikan agar anda semua memvaccinekan anak-anak kalian. Jikalau ada adverse effect yang berlaku. Sila buat laporan pada pihak yg berkenaan.

Sekian terima kasih.

Ps: Kata Buznama, orang yang teguh beriman adalah apabila orang tegur kesalahan dia, dan terbukti beliau salah, maka dia akui dan membaiki kesalahan, semoga saya dan kita semua termasuk di kalangan orang yang teguh beriman amin.

Ps: gambar tu hanya selective print screen, untuk bacaan detal, boleh rujuk komen di pos yang asal. Klik sini dan sini.

Mar 14, 2015

Anti vax- harga sebuah kejahilan?

(Antara kesan sampingan vs cacat kekal dan kematian, kami rasa kesan sampingan lebih teruk- logik anti vax)

Di facebook, ramai anti vax tag nama aku ajak berdebat, tapi aku malas nak layan kerana perasan sibuk, namun hari ni aku nak share satu contoh kes oleh geng anti vax yang mana menjadi jahil dalam sains adalah mahal kosnya, semoga semua pembaca dapat mengambil sedikit iktibar.

Stefan Lanka, seorang anti vax yang jahil kurang cerdik (kebiasaannya, hampir semua geng anti vax yang berhujah dengan aku adalah sangat kurang cerdik bab sains) mencabar doktor moden di web anti vaxnya sebanyak 100 ribu bahawa penyakit campak tidak wujud, hanya konspirasi doktor moden untuk jual vaksin, lalu seorang doktor Jerman, David Barden menyahut cabaran dengan bukti mudah tapi orang anti vax ni cukup pandai spin, menipu, dan putar belit, membuatkan bukti doctor tu jadi macam tak sah.
Last, mereka masuk mahkamah, macam saiful dan anuar, lalu hakim dan peguam membuat kaji selidik berdasarkan data yang di dokumentasikan dengan cara penuh rasional, akhirnya, terbukti anti vax berbohong, dan Lanka diperintah oleh undang-undang untuk membayar $ 106,000 yang dijanjikan.

(Note: Antara sumber dari systemic review vs expert opinion, kami rasa expert opinion lebih betul-logik anti vax)

Harga sebuah kejahilan adalah mahal bro, take note. Bila anak dah dijangkiti baru nak cucuk vaksin tak guna dah, adohai..

Pakar agama (JAKIM) cakap hukumnya harus, geng anti vax yang jahil agama cakap, haram!

Pakar perubatan (KKM) cakap, vaksin ni baik untuk mencegah penyakit, geng anti vax yang jahil perubatan cakap, vaksin buat anak perempuan saya tak tutup aurat dan anak lelaki saya jadi mat rempit! nak jugak salahkan vaksin bila gagal didik anak, adohai..

Lepas tu dengan tak malunya menunjukkan ketidak cerdikan apabila suruh aku baca buku the deadly mist oleh bekas makenik pesawat sebagai rujukan? Kegilaan apakah ini? Kenapa aku kena percaya tulisan dari bukan doktor? Aku tak sobodoh itu untuk buang masa baca buku berkenaan perubatan yang ditulis oleh bukan doktor, buang duit dan masa sahaja.

(note: antara buku yang di tulis oleh mekanik pesawat vs Doktor perubatan, kami pilih makenik-logik anti vax)


Baik korang baca buku ‘Vaksin, mitos vs Realiti’ karangan Dr Suhazeli Abdullah. Wakil Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Dalam buku tu siap dengan bukti yang didokumentasikan juga dengan hujah bab agama sekiranya anti vax ni orang islam yang jahil dua perkara (jahil sains dan agama).

(antara 2 billion vaccine yang terbukti berkesan vs 0.00007% tidak berkesan, kami pilih 0.00007%- logik anti vax)

Oh ye, buku itu ditulis dalam bahasa melayu jika korang anti vax yang jahil english.

Akhir kata, Ingatlah pesanan keretamayat:

Janganlah apabila keranda diusung, baru bercucuran air mata. Woha!

Ps: Korang tak tahu ke doktor yang buat kajian tu ada mikroskop boleh tengok kuman, korang anti vax ni kanta pembesar pun takde, setakat buat kajian dengan baca di wab anti vax yang menipu ape kejadah? basuh tangan pun guna air klorin lagi mahu sembang, kekekke.

Ps2: Harga sebuah kejahilan itu ditujukan kepada Stenfa lanka yang sanggup cabar 100 ribu kepada doktor vaksin kononnya semua ini adalah konspirasi, akhirnya kena saman balik, klik link di bawah untuk sumber.


Mar 7, 2015

Kenapa UMNO pakai Songkok?

(Bersatulah wahai geng Songkok dan Kopiah, kerana anda sedang berdiri menghadap kiblat yang sama)

Cuaca mulai menjadi kelam kabut, langit mulai mendung, dan kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

Dari tangga surau, kelihatan dua pemuda sedang bersiap untuk ambil wudhu. Maklumlah dalam cuaca buruk sebegini, Sunnah Nabi adalah pergi ke masjid.

Tiba tiba salah seorang dari mereka membuka topik perbualan yang bakal menyumbang kepada keadaan yang lebih buruk.

"Bro Hamka, kenapa orang umno suka pakai songkok? tak macam orang pas yang suka pakai kopiah?"

Tanya brother PAS pada aku yang sedang pakai kopiah.

"kenapa tanya aku, aku pakai kopiah, pergilah tanya mereka?"

Jawab aku sambil membetulkan kopiah atas kepala akibat tiupan angin kencang.

"Ustaz cakap, pakai kopiah sunnah Nabi dapat pahala, pakai songkok tak dapat pahala, perbuatan yang sia sia, orang jahil agama sahaja yang pilih pakai songkok dan menolak kopiah, apa pendapat kau?" tanya beliau lagi.

Malas nak berdebat bab politik, aku terus jawab:

"Aku rasa orang umno ni ikut ulamak Hassan al Banna kot, tak percaya? cuba korang search gambar Hassan Al Banna kat internet, banyak gambar beliau pakai songkok, tak kan lah ulamak macam Hassan al Banna ni jahil agama jugak macam dakwaan korang pada orang yang pakai songkok, tak payah bergaduh bab ni,  biarlah mereka nak ikut ulamak pilihan masing masing."

Hamba Allah itu diam tak menjawab lagi, lalu aku teruskan ambil wudhu.

Cuaca mulai tenang, langit kembali cerah, tiada lagi kilat yang menyabung, angin juga  bertiup lembut sesepoi bahasa. Laut kembali aman kepada bot-bot kecil.


Ps: Ini agak deep, sila take note- woha!

Gambar rujukan:



Note: Songkok berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan kemudiannya beransur menjadi budaya di Alam Melayu menggantikan Tanjak. Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu. Songkok popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Perang Cina pada tahun 1840- (sumber: Wikipedia)