Aug 30, 2013

Mesir? Satu pandangan...

(Kenapa orang islam sanggup bunuh membunuh sesama islam-pendapat peribadi)

Di Malaysia, apabila kita memandu kereta, terlihat kadang kadang di bahu jalan, bangkai lembu, kambing, kucing, anjing, biawak dan mungkin terjumpa bangkai tenuk atau tapir bergelimpangan mati terbujur kaku lalu kita mengelak bangkai tersebut dan meneruskan perjalanan sebab kita semua perasan sibuk.

Tapi jika korang memandu di mesir, dan Negara islam yang lain seperti di Iraq, Iran, Libya, Palestin, Syria, dan lain-lain Negara islam yang berada dalam konflik perperangan, akan ada mayat mayat manusia bergelimpangan dibahu bahu jalan..., yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam, termasuk wanita dan kanak kanak, juga termasuk orang tua yang tak terdaya, sehingga mayat mereka bukan setakat bergelimpangan di bahu bahu jalan, malahan mayat mereka ada di sekolah, di pejabat, di rumah dan dimana sahaja tempat rusuhan melanda.

Melihat mayat mereka yang ramai ini, apa korang akan buat? Teruskan perjalanan sebab perasan sibuk?, atau sebelum sempat korang teruskan memandu tiba tiba muncul sekumpulan orang islam yang memakai baju kalis peluru, siap dengan senjata M16 ditangan, mengepong korang dan bertanya:

“Syiah atau Sunni?”

“Penyokong Mursi atau penyokong Tentera?”

“Hamas atau fatah?”

“Wahabi atau salafi?”

“PAS atau UMNO?”

Walaupun soalan itu senang di jawab, tapi jika yang bertanya tidak setuju dengan jawapan korang, maka akan turut sertalah mayat korang bergelimpangan di bahu bahu jalan..., innalillahhiwainnalilahirajioon..

Persoalannya:

Kenapa orang islam mesti bunuh orang islam?

Kenapa ada orang islam tergamak bunuh saudara seislamnya?

Bukankah ada hadis Sahih Bukhari (31) yang diriwayatkan oleh Abu bakar bahawa pernah beliau melarang seorang sahabat yang bernama Qais yang berniat mahu menolong sebelah pihak sahaja dalam perlawanan pedang sesama islam dengan berkata, "Apabila dua orang islam berperang, maka si pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka." Lalu Qais bertanya, "kenapa yang terbunuh juga masuk neraka?" Abu Bakar menjawab, "Karena orang yang terbunuh itu juga berniat untuk membunuh saudara islamnya."

Dari hadis ini, jelas menyatakan bahawa kita orang islam mestilah berdamai, jangan bergaduh.., jika berbeza pendapatpun tak perlulah sampai bunuh membunuh kerana Allah benci dengan orang yang melampau dalam sesuatu urusan (rujuk al quran)

Jadi dalam kes di mesir dan Negara islam yang lain, Apakah puncanya sehingga ada orang islam yang sanggup bunuh membunuh sesama islam?

Aku tidak tahu peristiwa sebenar yang berlaku di Negara islam yang bergolak sehingga mereka sanggup membunuh sesama islam, yang aku tahu (sumber buznama) puak pelampau dalam Syiah cakap puak sunni kafir kerana bunuh keturunan Ali dan darah puak sunni menjadi halal, begitu jugak puak pelampau dalam Sunni membuat dakwaan demikian, katanya puak Syiah akan bunuh siapa sahaja termasuk kanak-kanak yang bernama umar, atau abu bakar, lalu berperang! sama juga penyokong taksub Mursi ada yang mengatakan Kerajaan merampas adalah kerajaan kafir sebab mendapat dana dari Yahudi, jihad syahid menentang kerajaan zalim, dan begitulah juga sebaliknya dari penyokong kerajaan yang taksub.., saling kafir mengkafir, guna bom kemia, dan serangan berani mati.. huhuhu..

Tapi itu semua aku dengar dari ceramah buznama sahaja, fakta sebenar punca mereka saling kafir mengakfir dan saling bunuh membunuh di Arab sana adalah diluar pengetahuanku yang terhad..

Namun, kafir mengakfir ini bukan hanya di timur tengah, Tapi juga berlaku di Malaysia, Cuma di Malaysia, bila dah kafirkan saudara islam, mereka tidaklah angkat senjata pergi berperang macam orang arab, orang Malaysia masih rasional al maklumlah Negara kita merdeka juga dengan cara rasional penuh diplomasi, jadi di Malaysia, kesan dari kafirkan saudara islam di zahirkan dengan solat berangsingan, tidak pergi solat jenazah, cerai bini, tak makan sembelihan pihak sana, tak bertegur sapa, mencaci dan mengutuk, mengumpat dan menfitnah, atau bina masjid lain sebab tak sah solat di masjid yang di bina oleh kerajaan ‘kafir’. Dan macam macam lagi kelakuan ganjil dan bangang oleh puak puak yang suka kafirkan orang ini, Adohai..

Jadi, di Malaysia, Pada pendapat aku sebagai seorang ‘driver’ keretamayat yang hina ini, punca masalah orang islam sanggup kafirkan orang islam adalah apabila kita terlalu taksub dengan kefahaman agama kita masing masing, taksub dengan sentiment masing masing, kagum dengan pendapat sendiri, atau kita rasa ustaz kitalah yang paling betul, parti kitalah yang paling islamik, fahaman sayalah yang paling cool, lalu akhirnya, kesan dari sangkaan dan ego, maka akhirnya korang akan selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak sependapat dengan korang, adohai..

Contoh dalam politik di Malaysia, adalah kerja bangang bila penyokong politik sanggup pertahankan habis habisan pendapat ustaz mereka yang jelas salah, (guna fatwa kera misalnya) sehingga sanggup tolak dalil Al quran dan hadis kerana sentimen dan emosi.., lat-last, sekali lagi: selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak menyokong pendapat korang, Hampeh!

Dan perkara ini berlaku di seluruh dunia, yang mana sesama islam saling kafir mengakfirkan antara satu sama lain, lalu hadis di atas, islam bunuh sesama islam masuk neraka adalah tidak terpakai bagi korang kerana korang anggap: Syiah/Sunni/ Penyokong Mursi/ penyokong Tentera/ Hamas /fatah /PAS/UMNO/ Wahabi/salafi /Taliban/tabligh /JIM/JAKIM/ Arqam/____________/(gariskan puak yang korang tuduh kafir)  adalah kafir dan darah mereka menjadi halal!

Asrtarfirullah hal azim..

Benci sungguh korang pada orang ‘kafir ‘ye? Apa korang ingat Allah cipta orang ‘kafir’ tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Lepas tu Allah jadikan korang orang islam pulak ‘bertugas’ untuk bunuh mereka dan cepatkan mereka ke neraka? Begitu? (tepok dahi) Adohai..

Bagaimana nak atasi masalah suka kafirkan orang (di Malaysia) atau suka bunuh orang (di Timur tengah)
Ini hanyalah pendapat peribadi, yang mana aku pacar yang hina ini berpendapat bahawa, sifat kafirkan orang sewenang wenangnya ini adalah kerana dalam diri kita tidak ada perasaan cinta ummat dan dalam kepala kita tiada fikir risau atas ummat sebagaimana yang dimiliki oleh rasul rasul yang diutuskan..

Bagaimana nak dapat perasaan cinta kepada ummat dan fikir risau atas ummat?

Caranya adalah dengan berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut seperti Rasul Rasul yang di utuskan kerana Nabi sangat cintakan ummat, sehingga pernah apabila ada orang kafir meniggal tanpa sempat di dakwah Nabi mengalirkan air mata..

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat.

Jadi, Inilah masalah ummat islam di Malaysia yang sebenarnya, iaitu korang rajin beribadat tapi lupa nak berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Buktinya, waktu aku bujang duduk menyewa dengan kawan-kawan yang jahil agama, takde sorang pun dari korang yang datang ketuk pintu rumah sewa kami lalu berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Kalau ada yang datangpun, setakat orang ‘tabligh’ yang takde 'ilmu', adohai..

Kemana pergi bijak pandai dalam kumpulan islam yang mengaku ilmu penuh di dada, yang selalu berdebat di TV dan internet? Yang selalu berdakwah guna FB dan sajak?, yang selalu perasan bagus dalam ceramah mintak derma? Yang selalu kafirkan sesama islam?

Bila masa ustaz-ustaz korang nak datang ketuk pintu rumah kami berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan?

Inilah masalah yang melanda ummat islam, tafsir bab dakwah dengan silap, (tafsir bab solat jemaahpun silap jugak) lalu anggap diri sendiri sudah berdakwah walau hanya setakat gantung bendera atau kutip derma.., lalu tinggak sunnah berdakwah cara  Rasul Rasul yang di utuskan.., isk!

Ketahuilah, apabila korang tinggal dakwah cara Nabi, maka korang sudah mulai benci pada orang yang buat maksiat dan mulai menuduh mereka yang engkar perintah tuhan walaupun masih islam sebagi kafir, (sepatutnya benci maksiat mereka sahaja, bukan benci orang yang buat maksiat)

Waktu ni korang dah mulai berdoa agar mereka pecah perut, biar bala bencana menimpa orang ‘kafir’ sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami, gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect storm, Armageddon, solar attack, war of z, key oo dan lain lain…

Tapi, siang malam korang berdoa, dari depan Kaabah sehinggalah ke pentas mendiklimasikan sajak, dari tabung derma ke tabung derma, dari padang sekolah ke padang stadium, tapi doa membinasakan mereka tidak makbul-makbul, dan korang makin sakit hati..

Dalam sakit hati. Korang teruskan ‘beribadat’ sahaja tanpa berdakwah macam Nabi, maka lama-kelamaan, akibat tinggalkan dakwah cara Nabi, maka korang bulan setakat kehilangan fikir risau ummat atau hilanglnya perasaan kecintaan sesama manusia, tapi korang waktu itu, korang dah jadikan MEMBUNUH orang ‘kafir’ itu satu ibadat.., di sinilah segala bencana bermula.., Lalu tumpahlah darah orang islam membunuh sesama islam kerana masing masing saling kafir mengkafir sesama mereka yang membuka pintu neraka seluas luasnya.., Arghh, dah dua dua di tuduh kafir, maka benarlah hadis riwayat Abu bakar diatas, yang mengatakan bahawa: membunuh masuk neraka, yang terbunuh pun masuk neraka.. Adohai..

Patut kita semua tahu akan Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul bukan untuk bunuh orang kapir, setakat nak bunuh orang kapir, Allah boleh hantar nyamuk dan angin jer.., tapi Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul adalah untuk dakwah orang yang jauh daripada islam di bawa kepada islam dengan lemah lembut..,

Setakat buat dakwah guna cara bidaah tak selesai masalah, berdakwah cara berdemotrasi, lagilah teruk sebab ramai yang mati apabila ada yang merusuh, Adohai...

Maka aku jemput semua ustaz ustaz politik dan fahaman pelik-pelik diluar sana, rajin rajinkan diri ketuk pintu rumah jiran jiran masing masing menyeru mereka kepada Allah dengan cara yang lemah lembut, bukannya mengumpat mereka di masjid sebab tak duduk majlis korang dengan menuduh mereka kafir, adohai..,

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat, insyaAllah..
Wahai sahabatku..ingatlah, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka (Baca: orang yang korang tuduh kafir) tidaklah sejahat firaun (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut (hikmah)pada firaun…

Akhir kata, jangan pulak tuduh aku kafir apabila menegur korang disini, sebab dalam hadis ada menyebut, jika orang yang dituduh kafir itu tidak kafir, maka orang yang menuduh kafir itu yang akan menjadi kafir,

Hah! Kan dah jadi kafir!

Eh? Aku pulak kafirkan orang? (tepuk dahi)


Naduzubillah, tutup entry dengan tasbih kafarah. 

Ps: Aku ajak korang berdakwah cara Nabi, tak payahlah nak melenting sangat, adohai...

Aug 17, 2013

Jangan kahwin dengan orang jauh?

(Tip bagaimana membuatkan memandu jauh ke rumah mertua rasa sekejap, caya jangan tak cayer!)

Lepas Raya, ramai kenalan yang mengadu jalam sesak ketika balik kampung, perjalanan dari perlis ke terengganu yang biasanya 7 jam katanya, dah cecah 10 jam. Selain masalah penat memandu dan kemalangan nyawa yang berlaku kerana rumah mertua sangat jauh. Bagaimana nak atasi masalah ini? Turunkan harga kereta? Naik taraf pengangkutan awam? Tukar kerajaan? Atau yang lebih realistik:

“Jangan kahwin dengan orang jauh”

Ya, Nasihat ini aku tujukan kepada orang yang belum berkahwin, tidak payahlah cari pasangan jauh-jauh, selain masalah balik beraya, masalah nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan anda kena balik kampung dua minggu sekali, jarak pula dari perlis sampailah ke sabah, atau dari Perlis ke Mersing, tidak kah letih?, tidak kah mujahadah?, tak kah merbahaya?

Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh  aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.

Aku tahu masa bercinta semuanya indah..

"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu. " 

Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..

Bila bersama yang tersayang, lamapun rasa sekejap. Jauhpun rasa dekat. Busuk kentut pun tiba tiba menjadi wangi. Jenis yang tidur ketika matahari terbit sudah pandai merenung fajar sidik. Malas menjadi rajin, rajin menjadi selera, selera menjadi gemuk, dan gemuk menjadi diri sendiri.

Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya. Wah wah wah, meriahnya bercinta..

Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rehal.Tiba tiba Shahrukh khan menjadi mentor, Irama bolywood menjadi soundtrack. sudah minat colour pink, dan Teddy Bear. Sudah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga kononnya. Sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak.

Waktu bercinta korang minum dalam mangkuk yang sama, jumpa tidak bercakap apa-apapun tak ape, tak boring., enjoy the silence! Kalau tak jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun jadi.Secara tiba-tiba perbelanjaan demi cinta menjadi murni dan mulia. Novel cinta tebal menjadi bantal. Masa depan seolah olah cerah membara lantas sama sama berazam mahu sehidup semati, sebantal sekapan, mahu sama-sama minum air hujan, Sama-sama baham tanah. Itu prinsip korang bersama..

Segala jenis pakaiannya menjadi perhatian korang, Pandangan sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan lalu Mengukir nama dikayu kayu dan memahat dibatu batu,.

Tapi bila sudah kahwin, waktu memandu, mata pula semakin mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, mahu balik baraya di rumah sendiri petang itu juga kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi. Salah pasangan makin menjadi menjadi-jadi (masukkan segala yang negatif selepas kahwin di sini)

Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang dekat, tak adalah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2 ke 3 jam sudah sampai, tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He he

Aku nasihat sahaja tapi jodoh tetap Allah yang tentukan, juga berpesan kepada anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh, kalau anda cari besan dengan orang pendalaman borneo misalnya, tidak kah kasihan kepada ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah, selepas menapak jauh ke pedalaman borneo, kemudian naik bot menyusuri sungai dalam hutan, merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam jauh perjalanan, sempat pula berkenalan dengan orang utan dan sempat juga memetik bunga reflesia yang dipagari periuk kera, baru sampai ke rumah besan.., lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat tempatan!, lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman disakat orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat disana..oh!

Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2 marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.Tapi jika sudah jodoh kamu dengan orang jauh, orang afrika, ayah redhakan sahajalah.

“Tapi kan bang, bukakah Nabi ada pesan suruh kahwin dengan orang jauh?”
Tanya bini dalam kereta, lalu jawab aku yang sedang memandu:

“Untuk bini pertama, elok kahwin orang dekat, bini kedua dan seterusnya baru kahwin dengan orang jauh, woha!”

Terus aku hilang mengantuk sebab dibebel bini sejauh dua marhalah, eh, ni dah jadi tip tak nak mengantuk waktu memandu, huhuhu...

Akhir kata:

Sebenarnya tak salah langsung korang nak berkahwin dengan orang jauh, tak berdosapun, dah jodoh korang dengan orang jauh, apa salahnya?, semua takdir Allah..

Bila korang penat memandu dan rasa letih bila perjalanan sangat jauh, aku ada rahsia untuk kongsi dengan korang akan bagaimana nak membuatkan perjalanan yang jauh ke rumah mertua rasa singkat.

Untuk pengetahuan korang, Aku sendiri pun kahwin dengan orang jauh, bila balik kampung bini (pahang), bertolak dari terengganu, tapi aku rasa sekejap sangat.

Sebab?

Kerana aku bercinta selepas kahwin, Betul sungguh bahawa cinta itu membuat jarak dan waktu menjadi singkat...

Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:

“Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan”

So, kepada sesiapa yang balik kampung bini yang jauh tapi korang terasa dekat, tahniah aku ucapkan.

Kagum dari jauh!

Woha!

Ps: Sambung nyanyi: "Teserlah kebenaran, kepadamu kasih, Sebenarnya jalan keindahan.."


PS2: Ada ada sahaja kisah laki bini, abaikan tip yang melampau dan tidak masuk akal. Selamat Berbulan madu dirumah mertua masing masing. Hati hati memandu, ingatkan mertua yang tersayang. Dan cintailah bini korang sampai hujung nyawa,  Adohai..

Aug 5, 2013

Iktikaf di Masjid PAS?

(Satu hari di Masjid Rusila-Pandang dari sudut positif)

Aku search “Ustaz Azhar Idrus tidur masjid”,  dengan niat mencari ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur di masjid. Apa yang aku jumpa?, “hokum tidur telanjang..” dan “hokum tidur berbogel”.. serta ceramah lawak tentang kesalahan dalam tidur laki bini, Adohai..

Jadi di kesempatan ini aku nak Tanya orang PAS yang suka baca blog aku, Ada tak korang jumpa ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur dalam masjid?

Sebab semalam aku di ajak oleh kawan beriktikaf di masjid Rusila Terengganu dekat rumah Haji Hadi (Macam baik sangat aku ni iktikaf pun nak cerita kat blog- pergi mampos- adohai). Bila sampai sana, ramai orang PAS yang tidur tanpa alas apa apa, ada yang meniarap, ada yang kaki terjulur pada Al quran.., ada yang muka tersembam pada karpet dengan mulut terbukak.. Adohai..

Nampaknya Haji Hadi atau Ustaz Azhar idrus kena bagi tarbiah sikit kat pemuda PAS agar lebih menjaga kebersihan masjid.

Aku ikhlas menegur, sebab masjid ni rumah Allah, makanpun Nabi ajar kena ada saprah(alas), apatah lagi tidur di masjid, jika korang nak tidur sekejap aku tak kesah, tapi aku sampai jam 12 malam, korang dah tidur tanpa alas apa apa dengan cara meniarap muka ke karpet, aku bangun jam 3 pagi, korang masih tersembam kat situ, macam mana tu? Adohai..,  korang tak tahu ke bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air mani, air kencing dan air tulang belakang, tak ke mengotorkan masjid?

Bila aku mengadu kat sorang brader yang belum tidur, boleh pulak dia cakap, orang UMNO lagi teruk, langung tak datang iktikaf, Woha!

Nasihat aku, Hentikanlah sikap membandingkan diri dengan orang yang lebih rendah dari kita terutama bab agama, contoh penyanyi yang pakai seksi bila di tegur, tak elok kakak menyanyi dengan pakai baju seksi, boleh pulak penyanyi tu jawab macam orang PAS di atas, Pelacur lagi seksi dik.., akak seksi tapi tak berzina, Hampeh!

Tepuk dahi! Zaman dah terbalik, nak maju dalam agama, orang PAS kena bandingkan diri dengan sahabat Nabi, bukan dengan orang UMNO atau sape sape zaman ni, baru agama boleh maju, adohai..

Lagi satu Masjid Rusila tak di design untuk ibadat iktikaf yang mana jika nak mengaji, bila bukak lampu akan mengganggu orang yang sedang menangis dalam bertahajjud, atau berzikir dalam gelap, patut ada lampu yang mana sumbernya terlindung dan cahaya hanya menuju pada pembaca Al quran, boleh rujuk design di Masjid Seri Petaling jika nak tiru.

Alhamdulillah, jam 3 pagi ramai orang kampong datang solat qiayamulai kat situ, maka wujudlah suasana ummat islam mencari lailatul qadar dengan niat ihtisab, Alhamdulillah..

Semoga dalam tahajjud pemuda PAS di Rusila, ada terselit jua akan doa dengan air mata mendoakan hidayat kepada UMNO dan semua ummat islam di seluruh dunia agar semua ummat islam bersatu dan dimuliakan.

Akhir kata, jika korang ada terjumpa ceramah dalam FB atau blog dari Ustaz PAS tentang adab tidur di masjid, bolehlah print dan tampal di Masjid Rusila. Insya-Allah.

Sekian coretan di hujung Ramadhan, Selamat menuju Lailatul Jaizah.


Takbir!

Aug 1, 2013

Bagaimana Beriktikaf?


( Cik Aminah jatuh dalam parit, Cik Baba Ketewa jerit jerit, tapi mereka mungkin tidak tahu ganjaran yang dikurniakan untuk orang orang yang beriktikaf adalah dijauhkan dari api neraka sejauh tiga parit)

Duduk di rumah berdua-dua-an bagi Laki Bini agak merbahaya kepada bot bot kecil walaupun mungkin bini korang sudah akur dengan memakai tudung penuh dalam rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, tetapi godaan untuk menyelak kain bini tetap dating, maka nasihat aku, eloklah beriktikaf di masjid berhampiran rumah korang, 

Lagipun beriktkaf di 10 akhir ramadhan adalah Sunnah Nabi, dan Alhamdulillah, jika ada ustaz kat tempat korang mahu buat program beriktikaf di masjid selama beberapa hari maka dapatlah kita tumpang beriktikaf di sisi orang alim, bertambah beruntung  lagi kepada mereka yang beritikaf di akhir ramadhan adalah kepastian mendapat ganjaran seribu bulan kerana beribadat di malam qadar. Bonus seribu bulan tu!,

Menurut hadith yang lain pula, satu hari beriktikaf  di masjid akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu parit adalah seperti langit dan bumi, manakala mereka yang tidak beriktikaf di masjid dan lebih suka tidur di rumah bersama bini, hanya mendapat satu ‘parit’ sahaja…, adohai.

Namun, perlu di ingat, duduk beriktikaf di rumah Allah ada banyak pantang larang dan Adab susila, kerana.., alahai jika mahu pergi ke rumah PM pun ada adab tertentu, mahu pergi jumpa Raja pun ada adab tertentu, apatah lagi mahu pergi duduk di Rumah Allah, Raja segala Raja, lagi lagilah kena beradab!

Maka di sini, aku ringkaskan 30 ADAB MASJID yang perlu orang islam tahu sebagai panduan bersama.

30 ADAB MASJID

1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan kaki kanan, di padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin yang adil di bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota badan ditubuh badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid kaki kiri.

2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam masjid, manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!

3. Jangan lupa baca doa ketika Masuk Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)

4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu boleh rujuk sign board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada pergi tanya AJK masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat beriktkaf di dalam mesyuarat selepas terawih malam ini juga. Ingat! Tidak boleh makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.

5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak pandai, terus bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu, boleh gugurkan nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Hampeh!

6.Seandainya ada majlis ugama sedang berlangsung dalam masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi, sebaiknya, terus duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang yang sedang berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi sertailah majlis zikrullah.

7. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu, perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas - pakai otak sikit!

8. Jika anda  mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu orang yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat.Sesungguhnya,  Allah Maha Mendengar.

9 . Jika anda  mahu membaca Al-Quran, jangan sampai mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya. Bacalah untuk Allah kerana (Aku ulang) Allah Maha Mendengar.

10. Jika anda mahu bersolat  sunnat jangan sampai  mengganggu orang yang sedang tidur dengan niat beriktikaf.

11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu antara satu sama lain, boleh insyaAllah?

12. Jika mahu makan waktu sahur atau berbuka, pastikan ada alas makananan(saprah). Sangat berdosa mereka yang sengaja mengotorkan masjid.

13. Masuk bab jangan mengotorkan masjid, maka jangan sikat rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu ketiak dan lain lain aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.

14. Tidak boleh membuat bunyi yang ada unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul, bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod bisu.)

15. Jangan alih barang atau buat hiasan dalam masjid sesuka hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu ktubah, ianya akan meyusahkan AJK.., walaupun korang pakar hiasan dalaman sekalipun, pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat hiasan dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin atau terus sedekah wang dalam tabung masjid.

16. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat, atau masa berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan.  Lagipun depan masjid banyak ayat Al quran.

17. Terima kasih kerana tidak meniarap dalam masjid.

18. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk dalam masjid dalam keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru boleh masuk sambung tidur jika subuh belum masuk.

19. Dari jendela masjid, tidak elok meludah ke arah kiblat.

20, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika mahu jual barang, sila keluar dari masjid. Ustaz pun sama, jangan sibuk nak jual buku dalam masjid.

21. Tidak boleh membuat pengumuman mencari barang hilang dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di waktu yang sesuai.

22. Jika mahu keluar dari masjid maka ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)

23. jika mahu tegakkan ugama islam, bermesyuaratlah di masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.

24. Jangan main video call dengan bini waktu iktikaf, tak payah gelojoh sangat. Adohai.

25. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan ada alas tidur, al- Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju melihat papan tanda yang menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini bertentangan dengan Sunnah Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa alas”. Mana mana AJK yang tulis “di larang tidur”, maka AJK itu jahil bab agama, bolehlah di pecat malam ini jugak!

26:Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat ketika beriktikaf.

27:Tidak di galakkan membawa kanak-kanak bawah umur beriktikaf di masjid..

28:Jangan ketawa kuat kuat dalam masjid, dan jangan menangis kuat kuat, menangis macam biasa, dan ketawa eloklah tak payah. Pesan Nabi: Jika korang tahu apa yang aku tahu, pasti korang akan banyak menangis.

29.. 30..

Arghhh, cukup sampai sini, jika ada nak tambah atau betulkan, boleh isi kat ruang komen, Selamat beriktikaf!

Sekian.

Ps: Di hari akhirat nanti, Allah akan bertanya pada malaikat: di manakah jiran-jiranku? Maka Malaikat bertanya: siapakah jiran-jiranMU? Lalu Allah Berfirman: Jiran-jiranku adalah mereka yang memakmurkan masjid.

(Semoga kita dapat amal apa yang kita dengar dan sampaikan)