Feb 27, 2013

Kisah Laki Bini secara random?

(ya, aku petik beberapa part secara random dari FB keretamayat, layan…)

Berjogging Laki bini ( part 102 )

Waktu jogging dengan bini di pagi hari, teringat kisah Nabi Muhammad SAW berlumba lari dengan Aisyah, tapi Nabi kalah, sebab Aiysah bini muda, dan Nabi waktu tu dah tua.

Aku ni pulak, beza umur dengan bini tak jauhpun, tiga empat tahun jer..

Jadi aku ajak bini aku lumba lari.

Sebelum tu info aku, pernah menang hamper bakul besar dalam acara larian merentas desa melalui cabutan bertuah 10 pemenang dari 50 peserta yang tiba awal, aku orang ke 45 tiba dari 200 pelajar.

Jadi kami pun berlumba.

Tapi bini aku menang mudah.

Aku siap jatuh tergolek macam buah kelapa sawit. Hampeh!

Rupa rupanya, bila aku semak rekod sokolah bini aku, beliau merupakan johan olahraga larian1500 meter.

Salah orang aku ni, adohai..

(Ps: Main Spider Solitaire pun kalah gak, hampeh!)


Sarapan laki bini (Part 77)

Lepas jogging, laparlah pulak, jadi apa kata kita, pekena roti canai.

Tiba di gerai, Pelayan berkata sambil pandang muka kami Laki Bini:

“Minum apa bang?”

Laki berkata sambil pandang muka bini:

“awak, nak air apa?”

Bini berkata sambil pandang muka Laki:

“Teh tarik.”

Laki berkata sambil pandang muka pelayan:

“Teh tarik dua!”

Pelayan berkata sambil pandang muka kami Laki Bini:

“Makan?”

Laki berkata sambil pandang muka pelayan:

“Roti telor bawang dua”

Bini cepat-cepat berkata sambil pandang muka Laki:

“Tapi bang, saya bukan nak makan roti telor bawang”

Kata Laki sambil pandang muka bini:

“memanglah, abang order untuk abang, untuk awak belum lagi?”

Woha!

(Ps: Bini order roti telor sardin dua bijik, ambik kau, adohai..)


Kalau Bini mati dulu  (part 84)

Sedang sedap makan, bini tiba tiba bertanya:

“kalau saya mati dahulu, abang kahwin lagi tak?”

Lalu jawab aku selepas menghembus nafas keluhan yang panjang.

“Agak susah...”

“Kanapa? Abangkan ramai peminat?”

Tanya bini dengan serius. Aku termenung sekejap dan berkata:

“nak kena tahan kentut waktu dating yang susah tu..”

Woha!

(Ps: Orang lelaki akan kentut kuat selepas kahwin, sensor kemut mereka hanya berfungsi depan awek, adohai..)


Filem tanpa bini  (part 96)

Sedang aku makan bersama bini di gerai makan, tiba tiba seorang remaja cina telah masuk ke kedai makan sambil menggalas sebuah beg.

“Hello, Abang, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”

Cheh! Rupa-rupanya lanun cetak rompak DVD haram.

Aku menghabiskan kunyahan roti canai, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.

“Kalau ada movie tanpa pelakon perempuan, saya sanggup beli”

Bini aku gelak kecil, pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:

“Kenapa abang tak nak tengok perempuan? Mereka semua cantik cantik maa..”

Aku ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.

“Sebab aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat saya masuk neraka! Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik lu blah!”

Urat? Halam? Apa ni?, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.

“Ha, ni cerita yang abang cari, tak de pelakon perempuan.., confirm!”

Aku belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.

“Saving Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat tu, haram!."

“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.

“Ni cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan kat kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.

“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”

"Kisah orang masuk penjara?, jangan nak tipu, waktu negro tu keluar penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"

“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap abang suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki. Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.RM 5 sekeping”

Aku pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.

“Top Gun 2?”, hmm, aku tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon perempuan, bagus, Aku beli.

Balik rumah,  aku pun dengan tak sabarnya ajak bini menonton filem “Top Gun 2”, sebuah filem tanpa pelakon perempuan kononnya., malahan menurut remaja cina tu, boleh claim RM5 jika ada kelibat pelakon perempuan.

Bila aku on player DVD, bini aku menjerit, dan aku hampir mati sakit jantung, terus aku patahkan DVD haram tu berkecai kecai.

Jahanam! Cilaka! Ini bukan Top Gun 2, tapi 2 top Gun!!

Rosak etika hidup sebab tertengok “Gay Pornos”

Hampeh!

(Ps: Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang yang berjalan mengharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti kamu akan kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari ini, adohai..)

Kalori oh kalori (part 103)

Lepas mood hilang tertengok gay pornos, aku bukak TV dan bini bukak internet, lalu aku suruh bini semak jadual kalori akan berapa kalori berjaya di pecahkan untuk jogging selama 20 minit.

Bila semak jadual kalori, 20 minit berjogging membakar lebih kurang 760 kalori.

Aku senyum, dan terus berbaring kepenatan serta kekenyangan di depan TV memikirkan masa depan yang cerah kerana hidup sihat serta umur panjang.

“Tapi bang, dengar ni”, sampuk bini:

Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori, 
Roti canai = 400 kalori

Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori,

Ikan tenggiri goreng (sepotong) = 142 kalori,

Teh tarik(Segelas)= (210 kalori),

Pisang (2 biji) = 76 kalori,

Sayur mentimun = 75 kalori,

Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

Semuanya adalah: 1268 kalori.

Itu belum campur makan tengah hari dan makan malam serta minum patang, lebih kurang lauk abang adalah nasi putih, ikan, sayur, daging, buah, roti canai dan teh tarik = 11,388 kalori.

Purata kalori abang makan sehari = 12, 656 kalori.

Abang berlari sampai jatuh tergolek macam buah kelapa sawit, yang mana nak lari seminggu sekalipun payah: = baru hilang 760 kalori
12656 kalori tolak 760 kalori, jadi setiap hari abang hutang 11,896 kalori..

Apa pendapat abang?

“Arghh, Dunia ini memang tidak adil!”

Hampeh!

(Ps: Makanlah sederhana macam Nabi Muhammad SAW makan, berhenti sebelum kenyang.., adohai, pesan pada diri sendiri.)

Lelaki paling seksi (part 125)

Aku dah cakap, lepas kahwin, akan ada penasihat fesyen amatur, yang mana bila aku hanya berkain pelikat atau hanya berkain tuala tanpa pakai baju sambil duduk duduk dalam rumah, bini dengan muka rimas menegur:

“apa ke hell berkain tuala siang malam? Ke hulu ke hilir?, tak sejuk ke? cuba pakai baju T shirt ke apa?, karang terselak, malu kat anak anak”

Laki yang tak mahu kalah menjawab.

“saya pakai macam ni sebab nak goda awak, jika dah terangsang, bagitahu yer..”

Woha!

(Ps: Bini terus muntah di tempat kejadian, ada ada jer kisah laki bini, adohai..)

SEKIAN KISAH LAKI BINI SECARA RANDOM.


Feb 20, 2013

Ceramah lawak, bagus ke?

("Salam, Fenomena ustaz ceramah lawak yang ramai dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat sambutan.Apa kata abang keretamayat, bagus atau sebaliknya?")

Di zaman permulaan islam dahulu, ugama berkembang melalui pengorbanan, bukan dengan gelak ketawa. Itulah zaman terbaik yang mana pengorbanan Nabi dan sehabat telahmengalirkan darah dan di selang pula dengan air mata, seterusnya hidayat tersebar. Telah banyak kali terakam dalam hadis akan Nabi Muhammad SAW yang selalu menangis kerana risaukan ummat, para sahabat pun sama selalu menangis bila mengenangkan penderitaan ummat.

Kita hari ini bila bercakap bab ugama, banyak gelak dengan lawak ustaz, sedang di zaman Nabi, mereka lebih banyak menangis bila bercakap bab ugama,  Abdullah bin Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis. Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita ugama telah sempurna, Abu Bakar menangis, dan banyak lagi,. kita hari ini, apa sahaja ustaz cerita, akan berkakhir dengan gelak ketawa, adohai.., apa yang kelakar sangat?

Tak pernah dengar orang terdahulu yang gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."

Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun, terus Abu Bakar, Umar, usman, Ali akan berlinang air mata..  lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa.

Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”

Okey, ada jugak sahabat sedang gelak ketawa, Nabi tak larang cakap haram ketawa, Nabi bagitahu, “kalau korang tahu apa yang aku tahu, maka korang tentu akan banyak menangis..”

Rujuk kitab kisah sahabat, mereka sangat mudah menangis di mana mana, cakap ugama sikit, lepas tu mereka mengangis, dapat harta rampasan, mereka menangis, tak mampu bersedekah, mereka menangis, terlepas peluang keluar jalan Allah, mereka mengangis, mendapat berita Ugama sempurna, mereka menangis, dengar ceramah ugama, mereka menangis, dengar azan pun menangis, tertinggal solat jemaah, pun mereka menangis...

Tapi korang yang sedang gelak ketawa, ada nak menangis bila tertinggal solat berjemaah? Belajar hokum hakam bab solat berjemaah dah bagus, tapi ada nak menangis jika tertinggal takbir pertama? Macam Sahabat Nabi, ada?

Okey, itu intro jer, nak kasi panas sikit, berbalik kepada soalan korang:

(((Fenomena ustaz ceramah lawak yang ramai dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat sambutan. Apa kata abang keretamayat, bagus atau sebaliknya?)))

Untuk menjawab “bagus atau sebaliknya” kita kena tengok perbandingan dengan ‘apa’,

Sebagai contoh: mana lebih bagus, hiburan lagu nasyid kumpulan Raihan atau hiburan lagu kompilasi rock kumpulan Wings?

Jawapannya dah tentulah hiburan lagu nasyid kumpulan Raihan lebih bagus sebab ada lirik yang islamik dan muzik tidak terlalu kuat..

Tapi jika dibandingkan antara lagu dakwah hiburan nasyid kumpulan Raihan dan majlis alunan Al quran, mana lebih bagus? (siapa jawab nasyid lebih bagus dari Al quran confirm bangang!) sudah tentulah alunan Al quran itu lebih seribu kali bagus walaupun tidak dihadiri ramai orang berbanding persembahan nasyid kumpulan Raihan. Faham?!

Berbalik kepada ceramah lawak, maka perbandingan kena adil, antara ceramah ustaz lawak dengan konsert maharaja lawak, mana lebih bagus?

Jawapannya dah tentulah ceramah ustaz lawak lebih bagus sebab ada nasihat yang islamik dan kupasan ilmu hokum hakam..

Tapi jika dibandingkan antara dakwah cara lawak dan dakwah cara sunnah, (siapa jawab ceramah lawak lebih bagus dari ceramah ikut sunnah confirm bangang!) sudah tentulah ceramah ikut sunnah itu seribu kali lebih bagus walaupun tidak dihadiri ramai orang berbanding ceramah ustaz lawak..

Persoalan pertama, jika matlamat ustaz buat lawak adalah kuantiti, (mungkin terpengaruh dengan demokrasi) ceramah lawak memang boleh mencapai kuantiti hadirin dan derma yang tinggi, tapi jika matlamat adalah kualiti, memang kena dakwah cara mujahadah yang mana akan kurang mendapat sambutan, adohai..

Sebenarnya, ceramah lawak tu hanya bagus dalam konteks “hiburan islamik”, sebab remaja dahagakan hiburan, dan melalui begitu banyak remaja disajikan dengan pilihan hiburan yang lalai dan haram, Alhamdulliah, ada jugak hiburan melalui ceramah lawak yang halal...

Lagipun dahalu, Nabi ceramah depan sahabat yang iman tinggi, orang iman tinggi tak perlu pada lawak untuk hilangkan mengantuk, dengar Nama Allahpun sudah gementar hari mereka, jadi terpaksalah kot, si ustaz ustaz buat lawak sepanjang ceramah sebab yang hadir semua iman lemah, yang mana hadirin bila dengar nama Allah lagi lah mengantuk, dengar lawak baru gelak dan tak mengantuk. Woha!

Maka bila dibandingkan dengan gelak dengar ceramah dan gelak tengok raja lawak, sangat baguslah ustaz buat lawak masa ceramah, kurang kurang remaja boleh tahu sikit sebanyak bab bab ugama.

Namun, jika dibandingkan dakwah hiburan islamik dengan dakwah mujahadah cara Nabi, maka jawapannya, Sunnah Nabi itu sejuta kali lebih bagus, jadi nasihat aku kepada mana mana ustaz yang berceramah atau berdakwah dengan penuh mujahadah mengikut sunnah Nabi yang asal, tak perlu nak ubah method kepada dakwah hiburan atau banyakkan lawak konon atas alasan nak tarik ramai orang, sebab tertib kejayaan dakwah seperti yang diceritakan dalam Al quran, bukan ramai orang ikut, tapi sejauh mana kita dapat taat perintah Allah.

Rujuk Al quran kisah Nabi Musa berdakwah pada Firaun. Hujung cerita, Firaun tetap tak ikut, dan Nabi Musa tak ubah cara berdakwah buat lawak pulak ke mana tahu firaun suka sebab firaun pun ada Pelawak YOYO yang diupah khas, tapi Nabi Musa dakwah cara yang Allah suruh, berkata benar walaupun pahit, dan lemah lembut walaupun orang naik kepala, akhirnya, Firaun mati masuk neraka, tapi ahli sihir dan pelawak firaun pulak masuk islam dan mati masuk shurga sebab terkesan dengan mujahadah Nabi Musa Alahisalam..

Sama jugak kisah Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara Allah suka, Nabi Nuh tak pulak buat lawak ke supaya kaum dia ikut untuk dapat kuantiti, akhirnya diringkaskan cerita, kaum dia yang engkar masuk neraka, dan nabi Nuh yang dakwahnya tidak ramai orang ikut dikitiraf sebagai Nabi ulul Azmi.

Kisah Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif sehingga kena baling batu, patut ke Nabi buat lawak di sana ikut kefahaman korang? Tak perlu aku cerita lebih lebih, sebab korang sepatutnya lebih faham bab ugama dari aku yang hina..

Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak suka dengan dakwah cara Nabi, (mungkin kaum dia tak ikut sebab Nabi tak buat lawak kot) bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi Nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat lawak ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?

Takde maknanya!!

Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, buat lawak ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..

Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari ramai orang datang dengar, atau orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan mengikut cara yang Allah suka.

Tuan tuan, Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde, halaman web Islamicpun takde jugak, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar macam UAI pun takde, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?

Kerana hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?

Patut dengan dakwah cara kelakar, Masjid lima waktu penuhlah macam waktu ceramah, tapi masih kosong terutama bila takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..

Berdakwahlah untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain.., berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.

Pesan imam Ghazali: “Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.”
Sebagai penutup, Kat sini apa yang boleh kita simpulkan?, kenapa ramai remaja lebih suka mendengar lagu nasyid berbanding mendengar Al quran?

Jawapannya: Sebab hati korang suka pada hiburan kerana iman korang sangat lemah. orang yang iman kuat sudah tak perlu dengar nasyid, mereka sendiri ‘terhibur’ membaca Al quran lebih dari mana mana syair karangan manusia..

Begitu jugak kes ceramah lawak, akan kenapa ramai orang lebih suka mendengar ceramah lawak berbanding mendengar ceramah yang ikut sunnah nabi? Sebab hati suka pada hiburan kerana iman lemah. Orang yang iman kuat sudah tak perlu dengar ceramah lawak, mata mereka tidak mengantuk bukan sebab lawak ustaz, tapi kerana hati bergetar mendengar nama Allah di sebut.

Sebenarnya, aku ulang sekali lagi, ceramah lawak tu hanya bagus dalam konteks “hiburan islamik”, sebab remaja dahagakan hiburan, dan melalui begitu banyak remaja disajikan dengan pilihan hiburan yang lalai serta haram, Alhamdulliah, ada jugak hiburan melalui ceramah lawak.

Ustaz Azhar idrus sendiri mengaku ceramah beliau adalah ‘hiburan islamik’ untuk anak muda kerana jika takde hiburan lawak islam, anak muda akan cari hiburan lain yang haram, rujuk interviu dari pihak TV3, klik video dibawah.

Jadi kesimpulannya, ceramah lawak adalah salah satu hiburan yang bagus berbanding hiburan lain yang ternyata lalai. Dan kita suka mendengar ceramah lawak berbanding mendengar ceramah yang ikut sunnah nabi kerana hati suka pada hiburan sebab iman kita lemah. Orang yang iman kuat sudah tak perlu dengar ceramah lawak, mata mereka tidak mengantuk bukan sebab lawak ustaz, tapi kerana hati bergetar mendengar nama Allah di sebut. Adohai..

Sama macam blog aku yang agak kelakar, jika di bandingkan dengan blog politik pembakang dari longkang yang perasan bagus atau pencacai Umno yang menfitnah siang malam, maka blog aku lebih ‘bagus’ kot.., tapi jika dibandingkan blog aku dengan kita kitab ugama atau Al quran, dah tentu kitab kitab ugama sejuta kali lebih baik, korang suka baca blog aku berbanding baca kitab ugama kerana hati suka pada hiburan sebab iman korang lemah. Orang yang iman kuat sudah tak perlu baca blog lawak, iman mereka akan bertambah sebaik sahaja mendengar ayat Al quran, bukan baca blog merepek, Adohai..

Okey, cukup sampai sini, nak pergi baca al quranlah pulak,  mudah mudahan..

“Tapi Hamka, aku nampak kau pun selalu gak layak ceramah ustaz Azhar idrus di youtube? Kaupun lemah iman jugaklah?”

Ya, aku mengaku, aku dengar ceramah beliau di youtube sebab hati aku gelap, masih suka pada hiburan sebab iman aku lemah. Aku masih perlu dengar lawak sebab nanti aku sama mengantuk macam korang kerana imanku sendiri belum sampai tahap bergetar mendengar nama Allah di sebut. Aku adalah orang yang hina dan berdoa, Pesan pada diri sendiri rupanya, isk..

Ps; Semoga lepas ni kita berniat pergi ceramah kerana Allah, bukan kerana ustaz lawak, buktikan dengan turut hadir dalam majlis ustaz yang ceramah cara Sunnah nabi Muhamad SAW, jom keluarkan air mata kerana banyak dosa, bukan menangis sehingga keluar air mata.., tak akan disentuh api neraka, mereka yang menangis kerana takutkan Allah..

Ps2: Aku sokong ceramah lawak dalam konteks : “hiburan islamik", harap maklum.

Feb 14, 2013

Bercinta itu Bodoh?


( “Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara bodoh, terutamanya orang  perempuan”)

Pepatah di atas apabila aku renung dan kaji, ternyata ada banyak kebenarannya, apatah lagi pepatah itu dipetik dari blogger terkenal iaitu Hamka keretamayat selaku pengarang buku Permata Yang Hilang versi sopan, eh?, adakah aku baru sahaja memetik pepatah aku sendiri?, kebenaran apakah ini? Sungguh perasan popular, adohai..

Sambung balik: Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara bodoh, terutamanya orang  perempuan. Aku setuju dengan statement ini, korang pulak bagaimana? Masih tak percaya bahawa cinta membuatkan manusia bodoh terutama orang perempuan?

Baik, Cuba korang semak senarai bodoh yang dibuat oleh orang bercinta sebelum kahwin dibawah:

1. Memegang Tangan Kekasih.

Orang perempuan bila bercinta, suka sangat Pakwe pimpin tangan, konon romantiklah tu, sikit sikit nak berpimpin, nak melitas jalan berpimpin, nak naik tangga berpimpin, nak lompat longkang berpimpin, eeee, geli aku sebab korang tu belum kahwin lagi, adalah lebih baik korang tolong pimpin babi melintas di jalan raya dari pimpin kekasih sebelum kahwin sebab walaupun babi haram, tak dosa pimpin si babi melintas jalan, mungkin boleh dapat pahala, tapi tolong awek melintas jalan, silap haribulan kena langgar lori, terus masuk neraka berpimpin tangan dengan firaun, Adohai..

Moral: Tengok Laki bini berjalan berpimpin tangan, nampak bijak dan romantik, tengok pakwe makwe berpimpin tangan, nampak bodoh macam babi!

2. Bagi Gambar Tak Tutup Aurat Kepada Kekasih

Jaga aurat dah bagus, tapi bila bercinta, boleh pulak awek bodoh kongsi gambar tak tutup aurat kat Pakwe, maka pakwe bodoh pun share gambar awek bodoh tak tutup aurat di Facebook, lepas tu pakat pakat ‘like’ dan ‘share’? Hampeh!

Ada pulak kongsi gambar telanjang, bila putus, terus jadi hamba kekasih sebab takut kena ugut gambar di sebarkan, bodoh sungguh!

Moral: Laki bini nak kongsi gambar telanjang mungkin nampak macam tak sopan, tapi pakwe makwe belum kahwin tapi kongsi gambar telanjang, elok jadi binatang. Bangang!

3. Membazir Duit Dan Masa Layan Kekasih.

Maksiat bagi orang paling lemah iman, mencegah dengan hati, tapi si pakwe makwe ni siap laburkan duit dan gembira dengan maksiat sebelum kahwin.  Rugi  sungguh hidup korang, mana pergi iman? Malas nak tulis panjang panjang, sendiri mau fikir!

Moral: Belanja bini, dapat pahala sedekah, belanja awek? Lebih baik belanja mak korang makan sedap sedap, adohai..

4. Merajuk Rajuk Dengan Kekasih

Aku paling angin orang belum berkahwin tapi dah merajuk rajuk macam dah kahwin, tak matang langung, orang perempuan ler ni!

Moral: Pujuk bini itu tanda matang, pujuk awek itu tanda bangang!

5. Panggil Kekasih Dengan PAPA-MAMA

Belum kahwin dah berpapa-mama, meriahnya hidup.., serius korang nampak bodoh dan tak matang.

Moral: Suara tu aurat, Laki bini berpapa-mama boleh pahala, pakwe makwe berpapa-mama mendapat bala!

6. Tengok Wayang Bersama Kekasih.

Kerana pakwe makwe tengok wayanglah yang membuatkan aku di tuduh berdosa oleh ketua usrah sebab menonton wayang filem yang aku minat  arahan Quentin Tarantino's di pawagam, celaka sungguh, apahal pulak korang buat maksiat dalam panggung wayang?, aku dapat dosa? Habis tu jika korang buat maksiat dalam LRT, aku berdosalah naik LRT, hampeh!

Moral: kepada ketua usrah, kami laki bini tengok wayang adalah dengan niat mencegah mungkar dengan membeli seat couple sekaligus mencegah pakwe makwe membuat maksiat di kerusi itu-Woha!

7. Membeli Hadiah Kepada Kekasih

Apa punya bangang, jika ada duit, tak payah beli hadiah untuk kekasih, membazir jer, simpanlah duit tu untuk kahwin.., adohai..

Moral: Kepada bini, jika Laki tiba tiba tak beli hadiah dalam tempoh yang lama, mungkin itu petanda Laki nak kahwin lagi satu. Woha!

8. Bergaduh Dengan Ibu Bapa Kekasih.

Belum kahwin dah bergaduh dengan bakal bapak mertua?, jahil sungguh! Malas nak ulas.

Moral: Laki bini bila bergaduh, boleh lari rumah mak mertua, pakwe makwe? Lari bunuh dirilah nampaknya, bangang!

9. Derhaka Pada Orang Tua

Ramai betul orang perempuan yang lebih mendengar kata kata Pakwe dari mak bapak, listen listen listen! Ikan jerung pun ada masalah, tapi mereka tak derhaka pada mak bapak mereka!

Moral: Bini wajib taat suami, mak bapaknya dah terlepas tanggung jawab selepas anak perempuan mereka berkahwin, simple.

10. Lari Dari Rumah

Apa kejadah belum kahwin dan lari ikut pakwe? Bila putus dengan pakwe nak balik beraya di mana? Cubalah pakai otak sikit, orang perempuan ler ni, otak singkat!

Moral: Lepas kahwin, jika bergaduh dengan laki, boleh guna ayat: “Hantarkan saya ke rumah orang tua saya”-Woha!

11. Cacah Muka Dengan Tatoo Nama Kekasih

Inilah perbuatan pakwe makwe paling bangang dalam sejarah peradaban manusia, Bodoh sungguh!

Moral: Tak payah nak bertatoo bagai, Jika dah kahwin, nama laki bini mungkin terukir dipintu suhrga, amin..

12. Meraba Alat Sulit Kekasih

Belum kahwin dah meraba raba? Apa kejadah? Orang perempuan pun meraba jugak? Bodoh! Neraka itu gelap, pergi meraba di sana!

Moral: Raba bini dapat pahala, Raba awek dapat dosa, simple.

13. Menghisap Kemaluan Kekasih

Inilah perlakuan pakwe makwe yang selalu berlaku, konon tak berzina, hanya menghampiri zina. Hisap hisap jer.., tapi jika dah bermula menghisap kemaluan, tunggu line clear, berzina lah karang.., Syaitan!!

Moral: Hisap kemaluan Laki dapat pahala, Hisap kemaluan Pakwe, bodoh berganda!

14. Berzina.

Mana rotan aku nak sebat 100 sebatan tiap sorang, anggaplah rotan aku ini sebagai teknik mendayung ke puncak inzal, ha ha!

Moral: Pakwe makwe berlaga lubang kencing, Syatan tepuk tangan. Laki bini berlaga lubang kencing, syaitan menangis.

15. Mengandung Anak Zina

Best ke belum kahwin dah memboyot? Berzina sekali dah mengandung, tak sempat inzal pulak tu, bodoh dan tak berbaloi langsung..

Moral: Mengandung lepas kahwin, adalah nikmat yang besar bagi perempuan. Jika kamu mahu mengerti.

16. Buang Anak Dalam Tong Sampah

Bodoh, bingai bangang!

Argghhh, malas aku nak ulas lagi akan betapa bodohnya tindakan orang yang bercinta sebelum kahwin, mereka memilih sedap sekejap, tapi seksa berpanjangan, itu belum cerita nasib dalam kubur dan dalam neraka, hampeh!

Mari sini semua adik adik sekalian, sebelum kahwin tak payah nak bercinta, buang masa jer.., kerja bodoh semua tu. Ketahuilah, cinta memerlukan tenaga dan pengorbanan, sedangkan tenaga dan pengorbanan sebelum berumah tangga adalah sia-sia, buang current jerr, dan akan menjejaskan prestasi otak. Mulalah exam tak lulus sebab angau bercinta. Hampeh!

Cuba tengok, abang keretamayat yang tak pernah ada awek waktu belajar. Bukan sebab beliau tak hensem (walaupun memang tak hensem) tapi waktu muda  beliau habiskan masa mengembara. Membaca  dan belajar sebanyak mungkin.

Bagaimana abang keretamayat boleh bertahan hidup waktu remaja tanpa cinta? Sebab abang keretamayat sudah ada gadis impian yang mempunyai seratus syarat, seperti muka cantik jelita macam artis yahudi, lokasi tahi lalat di tempat sekian sekian.., tinggi sekian sekian, lebar senyuman sekian sekian, yang mana selagi tak jumpa gadis macam ni, abang keretamayat tak akan bercinta, maka sibuklah abang keretamayat dengan belajar falsafah kehidupan, belajar ilmu dunia dan akhirat tanpa menoleh pada mana mana gadis sebab mereka tidak termasuk dalam 100 syarat wanita impian..

Tapi sebaik habis belajar, sebaik masuk alam pekerjaan, terus abang keretamayat buang 95 syarat wanita impian, lalu tinggal lah lima syarat sahaja, dan terus mengorat dengan niat berkahwin, lepas mengorat, tak lama lepas tu kahwin. (cerita detail kisah abang keretamayat mengorat dan berkahwin boleh rujuk buku Permata yang hilang kini dijumpai- pergh, sempat promote tu, hihihi)

Jadi waktu bujang, cuba habiskan masa membuat perkara yang tak boleh kongsi dengan bini, contohnya mengembara panjat gunung, pergi ke negara miskin macam india, duduk berjam jam membaca sejarah dunia di perpustakaan awam, memancing ikan sorang sorang dalam hutan, menonton 100 filem terbaik dunia yang bercorak berat, berdakwah masuk hutan jumpa orang asli, membaca kitab tafsir Al quran di masjid berjam jam, bergaul dengan ustaz ulamak dan sebagainya.., tempat peranginan seperti cameron higland, genting higland, unversal stadio, disneyland, pulau peranginan dan lain lain tempat romantik, tunggu lepas kahwin baru pergi dengan bini.

Ok, Lepas kahwin, barulah gunakan tenaga dan pengorbanan untuk bercinta dengan pasangan masing masing, nak bersetubuh puas puas, lepas kahwin, nak melancong puas puas, lepas kahwin,..

Tak payah abang keretamayat tulis panjang panjang bab lepas kahwin sebab tindakan laki bini lepas kahwin nampak bijak dan matang berbanding perbuatan pakwe makwe yang belum kahwin yang nampak bangang!

Akhir kata:

"Kepada semua pasangan yang bercinta dan belum berkahwin, sila beli buku Permata yang Hilang Kini Dijumpai, lepas tu lipat muka surat 22, dan hadiahkan kepada kekasih korang, jika pasangan korang tak paham lagi tak tahulah! adohai.."



Ps: Selamat menjadi Laki bini..