Aug 28, 2011

Bersetubuh di malam qadar?

(Walaupun arwah mak sudah tiada, meja makan di rumah arwah mak tetap meriah)

Pada 21 ramadhan baru baru ni, kami adik beradik lelaki telah berkumpul sekejap sempena lepas terawikh dan sempena balik kampung, berkumpul di meja makan di rumah arwah ibu.

Dalam ke se-eh an dan kesedapan melantak saki baki menu berbuka magrib tadi, abangku membuka cerita tentang lailatul qadar, dan mengikut ilmu beliau, malam ini adalah malam lailatul qadar.

Dan mana dia belajar ntah? Katanya, bersetubuh malam ini dengan isteri pahalanya sama dengan bersetubuh selama 1000 bulan.

Abang aku yang nombor dua terus berkata: “err, mintak maaflah, aku nak balik jap rumah mertua.”

Semua orang di meja makan ketawa.

Adik lelaki aku pula berkata: “Saya pun!”

Sekali lagi, Semua orang di meja makan ketawa.

Abang aku yang sorang lagi pulak berkata:

“Alhamdulilah, isteri saya baru habis Haid.”

Ketawa pulak sekali lagi kami adik beradik.

Akhirnya aku pula berkata.

Ada nampak kain tuala tak? Nak pergi mandi wajib jap!”

Woha!

(makanan tersembur di sana sini- habis)

Ps: Sunnah nabi di akhir ramadhan, adalah 'ikat kain', tidak bersetubuh dengan isteri dan sibuk beriktikaf di masjid, itu sunnah yang sebenar, tak payah nak gelojoh bersetubuh di malam lailatul qadar, faham?! Ok, aku pergi mandi dulu-woha sekali lagi!

Aug 25, 2011

Halaqah-Sentuhan kalbu?

(Menangis di akhir Ramadhan-untuk lebih emosi, bacalah monolog ini dengan berlatarkan audio alunan Al quran dari mp3 masing masing...)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!

Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang...

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?

Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,

Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:

Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.

Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:

“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.

"Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”...

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab...

“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Maaf Zahir dan batin.

Sekian.

******

Hamka KeretaMayat.

(28 Ramadhan 1428H)

Aug 22, 2011

Makin Tahu Makin Tak Tahu?

(Berdakwah tapi takde Ilmu?-kisah benar yang telah aku tokok tambah untuk memudahkan jalan cerita)

Pada suatu hari, dihalaman sebuah masjid yang masih dibenarkan bilal mengaji menggunakan speaker sebelum subuh, aku terjumpa seorang kawan, (asal jumpa kawan jer masjid, asal masjid jer jumpa kawan, macam alim sangat aku ni) lalu kamipun duduk lepak kejap di tangga masjid sambil berborak isu isu semasa laksana mamat dan minah berborak di wall facebook,

“Hamka, jika nak berdakwah, kita kena ada ilmu, cuba tengok mamat tu..”

(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)

“Mamat tu sibuk nak berdakwah ke sana ke mari, tapi ilmu takde, nak berdakwah kena ada ilmu!”

Begitulah luahan seorang kawan lama yang perasan pandai bab ugama kepada aku lalu aku menukilkan secara ringkas di sini.

Kau tahu apa maksud ilmu yang kau cakap mamat tu takde? Kau tahu apa maksud ilmu dari segi ugama?

“Maksud ilmu adalah pengetahuan yang di susun sebelum di gunakan dalam bidang bidang tertentu.”

Kepala otak kau! jika faham maksud ilmu adalah begitu, salah! cepat bagi jawapan yang betul tentang apa maksud ilmu?

“Err, Ilmu adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan”

Itu bukan ‘ilmu’, itu ‘belajar’, cepat cakap, apa maksud ilmu! (Dalam hati: Bodoh rupanya mamat ni)

“ilmu adalah belajar dan amal”

Tak jelas maskud ilmu yang kau cakap tu, semua ilmu adalah untuk di amalkan jika berfaedah, sekarang ni kita bincang bab ugama, apa maksud ilmu ugama? Cakap orang takde ilmu ugama, aku tanya apa maksud ilmu pun tak tahu!

“Err, ilmu adalah jalan orang yang bertaqwa”

Lagilah tak betul, jawapan tu umum, susahlah macam ni.

Ok, aku bagi soalan mudah sikit, apa maksud solat?

“Maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam”

Itu bukan maksud solat, itu cara cara nak bersolat, aku tanya MAKSUD! Bukan cara cara!

“Err, solat adalah tiang ugama”

Ni tahu ke tak tahu ni?, berapa tahun dah solat tapi tak tahu maksud solat?

Baik, aku bagi soalan mudah sikit, apa MAKSUD kalimat Tauhid?

“kalimah Tuhid tu apa?”

Alahai.., (Dalam hati: bodoh rupanya), Kalimah Tauhid tu Kalimah La ila Ha illALLAH.

“OOOO, itu aku tahu, maksud kalimah itu adalah Tiada Tuhan Melainkan Allah”

(Dalam hati: Itu bukan MAKSUD mangkuk!,) Itu MAKNA, budak darjah satu pun tahu makna kalimah Tauhid tu, tapi aku tanya sekarang MAKSUD! Bukan makna!

(garu garu kepala sambil tersengih)

Akupun telan air liur dan berbicara:

Kau faham tak apa itu MAKSUD?, setiap amalan kita pasti ada TUJUAN, ada ARAH, ada MAKSUD, bukan Allah buat sia sia, rujuk Al quran: Ali 'Imran ayat 190 – 191, Allah cerita: Dalam setiap kejadian ada tujuan, Allah cipta sesuatu tu tak sia sia, Air ada tujuan di Cipta, api ada tujuan di cipta, begitu jugak manusia ada TUJUAN di cipta, ada MAKSUD akan sebab penciptaannya, macam VISI, MISI yang selalu kita belajar kat sekolah tu, vision and mission, itulah MAKSUD.

Bab solat, maksud solat ada cerita dalam Al quran, iaitu maksud solat agar dapat orang bersolat itu MENCEGAH MAKSIAT, Firman Allah: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar. (Surah al-Ankabut 29: 45) yang mana sekiranya kau solat tapi buat jugak maksiat, itu bermakna solat kau belum mencapai MAKSUD, solat mungkin sah, tapi Maksud tak capai.

Ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD solat adalah MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, itu pun betul, yang mana jika dalam solat kita tak buat maksiat dan kekalkan di luar solat tanpa buat maksiat jugak, di sini bermakna solat kita telah mencapai MAKSUD, faham!

Dalam Al quran juga Surah Al-Ma'un ayat 4 hingga 6, Allah ada mengutuk orang yang lalai dalam solat, yang mana jika solat lalai, maka solat itu tidak mencapai MAKSUD! Faham tak!

(Hamba Allah tu tersngih sengih, aku menyambung lagi)

Sempena puasa ni aku tanya kau, apa MAKSUD puasa?

“Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam”

Wah confident gila, Aku cakap kau bodoh, nanti kau marah aku, tapi bila tak cakap bodoh senang senang jer kau tuduh orang yang berdakwah tak de ilmu, apa yang kau cakap menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam tu bukanlah MAKSUD puasa cik abang hoi, itu CARA nak berpuasa. Budak tadikapun tahu!

Sama macam Kalimah Tauhid tadi, kau cakap MAKSUD mengucap, tiada tuhan melainkan ALLAH, itu MAKNA!, sedangkan MAKSUD mengucap adalah untuk MENCEGAH SYRIK, dengan menafikan bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, sebab tu ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD Mengucap Kalimah Syahadat itu adalah MENAFIKAN KEBESARAN MAKHLUK DALAM HATI DAN MEMASUKKAN KEBESARAN ALLAH kerana jika ada kebesaran makhluk dalam hati, maka hati akan jadi syirik, sebab tu kalimah NAFI dan ISBAB itu BERMAKSUD untuk mencegah syirik dari sebesar besar syrik (sembah selain Allah-berhala) kepada sekecil kecil syirk(yakin kepada makhluk-duit, pangkat, kuasa)Faham?!

Jadi, apa maksud puasa?

“Err, untuk memahami penderitaan orang susah”

Ha, dah pandai dah guna common sense, betul, puasa ni ada beberapa MAKSUDnya dan salah satu adalah untuk memahami perasan orang miskin agar lebih bersedia membantu mereka kelak, dan perkara ini dapat di capai bukan setakat menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam, tapi akan dapat di capai bila kita bersederhana waktu berbuka dan bersahur, ada orang makan sampai penuh perut sehinga puasa langung tak lapar, yang mana bila puasa langung tak lapar sebab makan terlalu banyak waktu sahur dan berbuka, maka MAKSUD puasa sudah tidak dapat di capai.., pesan Nabi berserdahanalah, dan Allah benci dengan mereka yang memenuhkan perut dengan sepenuh punuhnya (rujuk Hadith Fadilat ramadhan ms 44)

Selain itu Maksud puasa adalah MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, yang mana kita ketahui Malaikat adalah makhluk yang paling taat sedangkan kita ada Nafsu yang menghalang sifat Taat Malaikat bertapak dalam diri, dengan berpuasa, tak makan, tak minum, tak bersetubuh, tak mengumpat macam Malaikat, maka insyALlah sifat Taat malaikat akan datang dalam diri, dan dengan berpuasa, nafsu akan jadi lemah, maka lebih mudah lagi sifat malaikat akan datang dalam diri, dan di malam hari setelah bersederha berbuka puasa, Nabi galakkan ummat pula agar BERIKTIKAF kerana MAKSUD berkitikaf adalah sama dengan MAKSUD puasa iaitu MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, sebab tu bulan Ramadahan, puasa dan iktikaf tak boleh di pisahkan, jadi jika korang tak tahu MAKSUD puasa macam mana korang nak rasai INDICATORnya sebelum MUHASABAH? Faham?

Sama jugak semua amalan lain, semuanya ada MAKSUD.

Dengan ada MAKSUD maka mudah untuk kita muhasabah diri, lepas solat cuba kita check kenapa diri ini masih buat maksiat sedangkan dan lama solat dah, tapi bila kita tahu MAKSUD solat, dan selepas muhasabah tahulah kita rupanya solat kita yang tak kyusuk buat solat kita tak mencapai MAKSUD mencagah fahsyar dan Mungkar.

Semua amal akan mudah untuk di muhasabah apabila kita tahu MAKSUD dalam setiap ibadat kita.

Sama jugak lepas bulan puasa, check, kenapa hati belum jadi lembut dan taat macam malaikat, bila muhasabah rupanya waktu puasa kita banyak mengumpat, berbuka puasa makan sampai penuh perut buat nafsu tak lemah dan melengahkan solat magrib serta malas beriktikaf, jadi kena sama sama improve diri..

Secara ringkas:

Sila belajar MAKSUD bagi setiap amal, Bagi siapa yang tak tahu. Maksud Zakat adalah untuk mensucikan hati kita, Maksud Sunnah pula adalah untuk menimbulkan keyakinan bahawa cara hidup Nabi sahaja memberi kejayaan..

Banyak lagi nak cerita, MAKSUD ikhlas tu apa ? tahu tak? Maksud IKRAM MUSLIMIM tu apa? Tahu tak apa Maksud haji? Panjang nak cerita, sila rujuk Buznama terdekat..

Last sekali, aku nak HIGHLIGT:

APA MAKSUD ILMU?

Tak tahu pun, cakap pong pang pong tuduh orang tu takde ilmu,orang ni takde ilmu, aku tanya APA MAKSUD ILMU pun tak tahu?

So, sekarang, kau pergi jumpa mamat tu.

(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)

Tanya dia APA MAKSUD ILMU, aku percaya mamat tu boleh jawab soalan tu semudah korek hidung.

Sekarang, pergi tanya dia. demi kebaikkan Hari akhirat.

(Dalam hati:sekarang berambus dari hidup aku, dan pergi mulakan hidup baru!-woha)

Lalu Hamba Allah tu pun dengan penuh keinsafan pergi mendekati lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor....

Sekian.

Ps: Selepas kembali si Hamba Allah tu, ternyata mamat yang di tuduh berdakwah takde ilmu tu tahu jawapan berkenaan MAKSUD ILMU dan menjawab dengan mudah, alhamdulillah, sebagai anti klimath, aku nak tanya korang apa maksud ilmu? dan sila bincang di ruangan komen, salah tak pe, aku ajar, pandai boleh kongsi, insyAllah.

Ps2: Cuba test kawan korang yang berlagak bab ugama, cuba tanya maksud puasa, maksud solat, tengok boleh jawab tak, lepas tu ambik peluang untuk bagitahu betapa penting sifat rendah diri kerana kita ni, jangan berlagak bab ugama ni, Tuhan marah, kerana hakikatnya kita: makin tahu makin tak tahu... pesan kepada diri sendiri.

Aug 16, 2011

Tahukah korang???

(Beberapa fakta yang di tulis dalam keadaan lapar yang mungkin korang tahu tapi buat buat tak tahu di Bulan Ramadhan.)

  1. Amalan SUNAT di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan amalan FARDU, dan amalan FARDU di ganda 70 kali ganda, tapi solat FARDU berjemaah tidak ramai orang buat manakala solat SUNNAT tarawikh ramai pula orang buat.
  2. Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, manakala kebanyakkan masjid surau pula terbahagia kepada tiga bahagian, 10 hari awalnya penuh, 10 hari pertengahannya ‘lega’ dan 10 hari akhirnya lengang(merujuk kepada saf masjid/surau)
  3. Berita dapat bonus setengah bulan lebih di rasai gembira dari berita mendapat bonus seribu bulan, kerana kesesakkan orang di pasar berbanding kelengangan orang di 10 akhir Ramadhan terserlah sudah.(rujuk point no.2)
  4. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, tapi kita hanya mampu beristigfar melihat orang berbuka puasa membazir ikan ikan bakar di meja meja.-isk.
  5. Sesungguhnya Allah membebaskan hamba hamba dari api neraka pada setiap malam pada bulan Ramadhan, manakala korang pula membebaskan letupan letupan dari bunga api dan mercun pada setiap malam bulan ramadhan.
  6. Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar, dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam. Aku tidak tambah apa apa hadith ini, begitulah bunyinya.
  7. Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja walaupun hanya sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, manakala sesiapa yang tidak sempat menempah baju raya dengan sengaja ,walaupun hanya sehelai tanpa keuzuran atau sakit,dia pasti akan dapat menempah seribu helai lagi walaupun tak habis pakai seumur hidup.Moral: jangan ponteng puasa.
  8. Tardapat banyak lawak yang menggunakan prosa, jika nak batal puasa koreklah hidung, namun dewasa ini, banyak sudah pendapat ulamak yang mengatakan korek hidung tidak batal puasa, namun mengorek hidung di hadapan khalayak perlulah di elak kerana bimbang orang lain pula batal puasa(akibat muntah)
  9. Aku masih was was bila ada Buzanama cakap, boleh bersetubuh dengan isteri di bulan puasa dengan syarat korek hidung sebelum bersetubuh yang mana hukum asal denda bagi mereka yang bersetubuh di bulan ramadhan adalah kena berpuasa dua bulan berturut turut. Tapi bila korek hidung kena ganti satu hari sahaja, Ustaz tu salah! tapi kejadian ini berlaku waktu aku sekolah menengah dan masih jahil, jika ustaz ni baca blog aku hari ini, di harap ustaz itu insaf serta merta di tempat kejadian.(rujuk point no.8)
  10. Hadith kelebihan solat sunnat tarawikh yang menceritakan kelebihan melampau lampau di yang di gantung gantung di masjid dan surau adalah hadith palsu walaupun ada yang tak tahu hadith itu palsu, tapi masjid tetap kosong di akhir ramadhan kerana mereka lebih gemar membeli gubahan hiasan bunga bunga dan pasu pasu.
  11. Tahukah korang, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, tak tahu? Itu yang aku nak bagitahu.
  12. Puasa politik atau mogok lapar direka oleh Mahatma Gandhi, orang islam tak payah nak tunjuk perasaan dengan mogok lapar-bodoh ke apa?
  13. Terdapat orang(sesetengah ustaz) yang mana pada bulan tidak puasa, cukup anti dengan hadith fadhail, katnya hadith itu untuk budak budak, tapi bila bulan puasa suka pula mendengar dan menyampaikan hadith fadhail, ini mungkin ada kaitan dengan syaitan yang di rantai pada bulan puasa kerana syaitan memang tidak suka dengan kelebihan amalan yang dijanjikan dalam hadith fadhail.
  14. Ada orang islam yang berpuasa dinegara 4 musin yang siang harinya pendek, sekejap sahaja mereka puasa sudah masuk waktu berbuka dan ada orang islam yang siang harinya panjang sampai 18 jam baru berbuka, selamat berpuasa. Allah know best!
  15. Bulan tak puasa solat magrib paling penuh dalam carta solat paling popular dii kuti solat isyak, manakala solat subuh paling lengang, tapi bila tiba bulan puasa, solat subuh penuh macam solat magrib, wah bagusnya, tapi solat maghrib pulak menjadi lengang kerana sibuk berbuka.pulak!
  16. Kita hendaklah memberitahu orang yang mengumpat di depan kita supaya berhenti mengumpat dengan menyatakan “aku sedang berpuasa” kerana mengumpat di depan orang yang berpuasa adalah satu kesalahan walaupun mengumpat orang lain.
  17. Ada orang yang puasa tapi tak solat sedangkan solat adalah amalan pertama yang akan di hisab yang mana jika solat diterima barulah amalan lain akan diterima, namun jangan suruh orang puasa tapi tak solat itu berbuka, itu bengong namanya, tapi suruhlah orang puasa tapi tak solat itu supaya bersolat.
  18. Diberitakan sahabat Nabi menangis di akhir Ramadhan kerana sedih bulan mulia dah nak berlalu, tapi kita (tak payahlah aku mengumpat dibulan puasa- rujuk point 16)
  19. Kebanyakkan lagu lagu raya yang seronok di dengar itu adalah dinyayikan oleh orang yang sudah lama meninggal dunia. Bukan sepatutnya rasa seram ke?-woha!
  20. Di 10 malam akhir ramadahan, ada orang buat solat tahajjud berjemaah dan mungkin ada yang buat dengan tidak berjemaah, yang berjemaah jangan perasan bagus sebab yang buat asing asing itu sedang ikut sunnah Nabi.
  21. Dahulu jika sabit kesalahan di dapati telah bersalahnya seorang islam itu tidak berpuasa dengan sengaja, hukuman untuk mereka adalah naik keretamayat, tak tahu hukuman ini masih berjalan atau tak. Tapi aku yang naik keretamayat ni puasa(muka serius)
  22. Setiap tahun penyanyi Mam Bai yang pernah popular dengan lagu “masih aku tarasa” mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna agar dapat Mam Bai lalui Dengan sempurna- aku juga mengharapkan begitu, sambil menyanyi lagu : Harapan ramadhan.., selangkah demi selanglah, ewah..
  23. Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur, insyAllah, korang akan makan macam makan tengah hari, kalau yang berhadas besar, syariat mengajar mandi wajib dahalu baru makan.
  24. Segerakan berbuka, kerana itu sunnah, tapi ada masjid segerakan tarawikh tapi tinggal solat sunnat ba'adiah lepas isyak, apa kes?
  25. Ada antara korang yang ketika membaca perenggang ini, masih belum membayar zakat fitrah.Mengaku jelah...
  26. Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah!
  27. Satu hari nanti korang kena naik keretamayat bukan kerana tidak puasa tapi kerana sudah jadi mayat. Mungkin puasa tahun ni adalah puasa last korang atau mak bapak korang, semua orang akan jadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya.

Sekian.

Ps: Maaf kerana agak merepek di pertengahan Ramadhan... namun, jika korang baca entry ini di waktu aku sudah mati, sudah naik keretamayat.., tutuplah aibku dan sedekahkan aku “al-baqarah”-Woha!

(aku gurau jer bab ‘Al baqarah’ tu, sedekahkan ‘Al fatihah’ cukup.. amin.)

Aug 11, 2011

Kenapa Hati gelisah??

(Versi 2.0: Edit balik entry lama sebab dah ramai orang melayu islam menjadi murtad khabarnya, semoga entry ini membantu...)


Lepas Isyak ada seorang sahabat lama datang jumpa aku dan mengadu akan permasalahan yang sedang melanda hidup beliau..

Dia: Hamka, aku ada masalah…, Aku rasa macam tak cukup kaki tangan..

Aku: Kenapa tak cukup kaki tangan? Kau nak jadi labah-labah kah?(jawab aku melawak bodoh)

Dia: Bukan!(suara serius gila-tak bagi peluang lawakku untuk di tertawakan)

Dia lagi: Aku tak tahulah kenapa lately ni aku rasa macam tak sedap hati jer, kemudian aku rasa seperti banyak benda aku nak buat, tapi rasa macam tak sempat, hati aku rasa tak sedap, aku rasa sungguh gelisah, kat tempat kerja, focus aku hilang, aku rasa masa sangat cepat dan sempit..

Aku:….(diam)

Dia: Sejak dua menjak ni, aku selalu bermimpi…

Aku:Ok,…(bersuara untuk menggalakkan dia bercerita)

Dia: Aku mimpi langit telah turun sampai ke kepala aku, dan air telah keluar dari bumi sampai ke paras leher aku, dada aku sesak, aku rasa sukar bernafas, aku rasa macam nak mati.. Sekarang inipun, aku masih rasa sesak, rasa serba tak kena.., kau tahu tafsir mimpi?

Aku: Hmmmm… (Aku tak tahu tafsir langsung bab mimpi sebenarnya.... oh!)

Dia: Kau pernah alami mimpi-mimpi yang pelik tak?

Aku: Hmmm, Aku selalu gak alami mimpi pelik-pelik, biasa aku mimpi jumpa mayat ler, kadang-kadang mayat orang yang aku tak kenal, ada jugak mayat member baik, mayat awek lama, kadang kadang aku mimpi aku dah jadi mayat, terbaru aku mimpi jumpa mayat Nabi.., tapi tak nampak wajah, sebab terlindung dalam kain kapan, masa tu makam Nabi runtuh, aku dan beberapa orang lain yang aku tak kenal di tugaskan keluarkan mayat Nabi…

Dia : Kau rasa.., apa maksud mimpi aku? Aku rasa jiwa aku sangat sesak, aku rasa macam nak mati..

(cheh! Dia tak pedulipun mimpi aku dan cerita dari aku, memang mamat ni ada problem jiwa.., hampeh)

Aku: Aku sebenarnya tak pandai tafsir mimpi, betul! Aku tak pandai tafsir langsung, tak belajar ilmu kemimpian…, dalam bab masalah hidup, apa yang aku belajar, kita kena selesaikan sebarang masalah dengan ugama, insyALLAH..

Dia: Aku setuju…, aku memang rasa nak buat amal sangat, tapi macam dah tak sempat.., sebenarnya aku ada gak jumpa bomoh, habis banyak duit aku, tapi kegelisahan hati aku tak hilang, bomoh kata aku kena buatan orang..

(dah habis duit, baru datang jumpa aku, hampeh!)

Aku: Aku rasa kau bukan kena buatan orang.., orang yang kena ‘buatan orang’ adalah wanita yang mengandung hehehhe, (cuba berlawak bodoh-tak lawakpun)

Dia:(masih serius) Aku rasa gelisah tak tentu, takut pada banyak benda, dan rasa serba tak kena, orang tua kata ada benda buruk nak berlaku.. atau mungkin aku ni dah dekat nak mati (muram)

Aku: Tak payahlah nak fikir sangat‘benda buruk nak berlaku’..

Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…, kau nak aku selimut engkau sekarang? (Senyum)

Dia:(juga senyum)

Aku lagi :Sebenarnya, memang kau akan mati tak lama lagi, bakal jadi mayat, Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka!

Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan… Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat..

Apa kata kau lapangkan masa ikut aku belajar ugama di masjid esok dan lusa atau beberapa hari yang sempat.., belajar cinta Allah dan belajar buang cinta dunia? Sebelum malaikat maut datang., sebelum terlambat..

Dia:Aku kerja esok..

Aku:Kau cakap, kau hilang focus bila kerja, Kau ambiklah cuti rehat..

Dia:……(Diam..)

Aku lagi: Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin, atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi. Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama, …, inilah cinta dunia namanya.. (aku pulak beremosi-perasan bagus..oh)

Kadang kadang bila atap rumah kita bocor atau dinding rumah kita retak, atau kereta kita rosak, maka kita akan sanggup ambik cuti untuk betulkan harta kita tu, sape lagi nak tolong hantar kereta kita ke bengkel? Kalau bukan tuan punya kereta?

Tapi bila iman kita lemah, ilmu ugama kita kurang, maka kita tak sanggup ambik cuti untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati kita, sape lagi nak tolong rawat iman kita? Ustaz-ulamak? Mereka pun kena bagi masa buat usaha atas iman, apatah lagi kita? Iman tak boleh di warisi., kita kena tolong diri sendiri.., aku belum lagi cerita pasal korban harta dan nyawa.., Tak sanggupkah kita korbankan cuti untuk belajar ugama? (aku yang tak hikmah dan cakap sedap mulut ajer..oh)

Dia:Cuti rehat aku dah habis..(sedikit bingung)

Aku:Kalau ambik MC?..(chech! Aku ni dah jadi macam ajen MLM pulak.., hehe he)

Dia:Aku tak sakit.. mana boleh tipu majikan? Berdosa!(betul apa dia cakap.)

Aku: Iyelah tu.. kau tak sakit.., kat opis hilang focus, tak boleh buat kerja, sakitlah namanya tu.., Kalau kau cerita betul-betul masalah kau kat doctor, insyAllah doctor bagi cuti rehat, doctor sendiri cakap sakit zahir datang dari sakit batin, kau sekarang sakit batin, jiwa kau sakit, iman kau sakit, kau perlukan rehat.., kau perlukan rehat untuh pulihkan iman engkau.. insyallah (aku pulak yang bersemangat)

Dia: Aku boleh ambik cuti untuk belajar ugama, tapi aku kena ambik MC betul-betul,syarikat aku tak terima MC air liur..

(bagus mamat ni)

Aku: Ok, pagi esok lepas solat israq aku teman kau pergi jumpa doctor ambik MC..

*****

Esok pagi, lepas solat israq, seawal jam 8 pagi, dia dan aku pergi klinik.., ada ramai jugak orang walaupun masih pagi.., akibatnya, dia pulak tertidur di bangku menunggu..

Sementara dia tertidur., biarlah aku teruskan bercerita tentang hati yang gelisah..

Bila hati gelisah.. kita rasa macam tak best sangat, gundah gulana bertalu-talu, susah hati tanpa sebab, jiwa jadi rawan kebingungan dan sering bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku..

Baiklah!

Di sini ada satu berita baik untuk orang yang sedang resah gelisah tanpa sebab...

Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka, pada waktu itu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

Masa tu korang akan keliru, hati terus resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk..

Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah, ingat pada nikmatNYa, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan bertakhta di hati.. best bukan?

Allah berfirman: Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Dan macam yang aku cerita kat mamat tadi, akan cerita atau kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, bila mereka tumpukan perhatian kepada Islam dan mendalaminya, akhirnya hati mereka menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajarlah mendalami kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!

Dalam ugama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)

Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sahaja tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..

Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah* seperti dulu.., mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?

*(hati mereka masih gelisah, tapi tidak gelisah seperti dulu)

Maka terpulanglah kepada korang akan bagaimana caranya nak hilangkan kegelisahan yang melanda hatimu duhai sahabat…

Nabi Muhammad SAW pada mulanya bertawajuh mencari kedamaian dalam gua selepas susah hati melihat keadaan Ummat Jahilian di zamannya, pendek cerita, apabila malaikat jibril a.s datang nak bagi wahyu pertama, apa jadi? badan berpeluh, hati jadi takut, resah dan gelisah, lari terus balik rumah dan ‘bersembunyi’, lalu isterinya datang dan mententeramkannya…, kemudian bila pakcik Khatijah r.a menasihatinya., maka barulah hati Nabi SAW faham dan mulai bertawajjuh, hati kembali tenang dan faham kehendak Allah, sampai tahap Nabi pergi ke tengah-tengah padang pasir semata-mata untuk menunggu wahyu seterusnya.., dan Nabi menjadi rindu nak jumpa malaikat jibril a.s

: )

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..

Apabila Hidayat ni nak datang,., maka hati akan rasa gelisah kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati, lagi kuat kegelisahan..

Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja, (dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati..

Jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?

Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat, maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran dilakukan.., Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..

Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana.., kerana waktu itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa hidayah keluar.., maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada kehidupan berugama..

Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)

Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen jalur lebar.., ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam mana mana bentuk medium lain..

Ketenangan yang di perolehi dengan mengingati Allah, buat korang boleh berfalsafah tentang kematian.., boleh bergurindam dan bersyair tentang mayat, tidak takut untuk tidur berselimutkan kain kapan atau berbantalkan batu nisan, malahan tidur di dalam keranda juga menjadi mimpi indah.., kain batik mayat juga boleh buat sebagai kain basahan! Woha!

Korang juga akan suka dengan kereta mayat : )

Akhirnya kereta mayat yang sedang parking dalam halaman masjid bermadah:

Ahli dunia habiskan tenaga dan harta serta masa , demi mencari sebuah kebahagiaan.., telah banyak keringat, wang ringgit dan masa berlalu, tapi kesedihan dan kesempitan jiwa melanda, kalaulah mereka tahu, bahawa kebahagiaan itu ada di sini.., kalaulah mereka tahu, kalaulah..!

Selamat mencari ketenangan!!!

Ok, kita tamatkan cerita ini begitu sahaja.., member aku dah keluar dari bilik doctor dan dah dapat MC 3 hari!! Biar betul?

Aku:Apa kau ‘kelentong’ doctor tu sampai dapat MC 3 hari?

Dia:Aku tak cakap apa-apapun..

Dia lagi: Apa yang pastinya, aku tertidur ketika menunggu giliran, mungkin nurse dah panggil aku dua tiga kali tapi aku tak jawab, sekali di sergahnya aku terus bangkit dan tergesa gesa masuk bilik jumpa doctor, kau bayangkanlah muka orang baru bangun tidur, mata merah dan sedikit kebengingunan.., belum Synchronize lagi., bila doctor tu tengok rupa dan mata aku, terus cakap aku ada sakit mata dan bagi MC 3 hari.

Aku: woha!

Bila mata merah, orang akan ingat kita hisap dadah atau bela jin..., eloklah tu dapat MC! Woha sekali lagi!

Sekian…

Ps: Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...

Aug 9, 2011

Berpuasa lebih 18 jam?

(Waktu pagi biasanya aku akan berak, dan bila berak tahik ku banyak sekali)

Soalan pembaca:

Salam sheikh...sebenarnye saya ada benda nak tanya nie...tapi sebelum tu saya bagi situasi:

Ermm, saya sekarang kat oversea...Bulan Ramadhan...tapi yang menjadi masalahnya, tahun ni saya kena berpuasa selama 18jam (musim summer)...tahun lepas yang puasa 17jam pon macam tak larat jer, inikan pula tahun ni 18jam.tak tahu lah camne?

So soalannye: ada tak uzur-uzur syarie untuk situasi saya ni?.I mean macam ada tak fatwa boleh pendekkan tempoh berpuasa..sebagai contoh, saya pernah terdengar, orang scotland dibolehkan berpuasa selama 12jam sahaja, sebab kalau ikut matahari, diorang akan puasa 20jam...tak tahu lah fatwa ni betul ke tak...any idea?.

Or kalau sheikh ada pandangan-pandangan lain tentang permasalahan ni, boleh lah share kat saya...kalau nak share kat blog pon lagi bagus, saya boleh tolog sebar-sebarkan kat member-member saya...

Thanx in advance!.

Jawapan dari Hamka keretamayat yang bukan ustaz.

Salam, aku tak tahu sebenarnya fatwa bab ni sebab takde pengalaman berpuasa di luar negara, dan aku jika ke luar negarapun hanyalah setakat ikut garisan khatulistiwa sahaja,hu hu... lagipun aku takut nak ke luar negara di bulan puasa sebab takut tak jumpa orang kampung selama sebulan di bulan puasa nanti mereka sangka aku hilang kena rantai sama sama dengan syaitan-Woha! Tak lawak pun!

So, aku kena rujuk ustaz...

Alhamdulillah, kat tempat aku ada seorang ustaz yang mengajar bab fekah, tapi bulan puasa ni kuliah dah takde, so susah sikit nak tanya, tapi jap, pagi semalam aku ada nampak dia solat subuh kat surau aku, lepas subuh dia duduk mengaji, tapi aku ni dah jadi macam habitat pulak iaitu mesti mahu berak di waktu pagi terutamanya 30 minit selepas solat subuh, dan bila berak, tahi aku banyak sekali. Banyak sungguh (serius)

Jadi pagi semalam, lepas dah berak dalam beberapa kilogram menu sahur, aku dapati ustaz tu dah hilang, dah balik dah... so tak dapatlah aku nak tanya.

Pagi tadi, ustaz tu datang lagi solat subuh, aku ingat nak tanya terus soalan ni tapi ramai pulak orang lain mengelilingi beliau dan aku yang sakit perut, pergi berak dulu lah! Dan seperti biasa, tahi aku banyak sekali. Lebih banyak dari semalam.

Dan seperti biasa jugak, ustaz tu dah balik lepas aku dah penat berak. Hampeh!

Oleh sebab ustaz dah balik dan bulan puasa pun dah nak masuk fasa keampunan selepas fasa Rahmat sebelum fasa pembebasan api neraka, aku jawab jugaklah soalan ini ikut kefahaman aku yang banyak tahi di waktu pagi ini.

Jawapan aku:

Puasa kena ikut Matahari, sama macam solat, kena ikut matahari, selagi tidak memudaratkan, dan jika memudaratkan boleh berbuka puasa tapi tidak berdosa dan kena ganti balik bila musim kembali normal dan bagi tampat yang ekstrim seperti kutub utara/selatan yang terlalu melampau panjang siangnya bolehlah merujuk kepada negara terdekat yang normal musimnya-wallahulam (kena rujuk ustaz balik)

Apapun, the best way adalah ikut mufti/fatwa ulamak daerah terbabit, mereka lebih arif dan faham akan faktor geografi dan kesejajaran pengkelanaan waktu mengukur hukum (wow! Klasiknya bahasa) benda ni ada lebih kurang dengan masalah solat, nak kena ikut matahari ke atau nak kena jamak apabila cuaca terlalu ekstrim.

Bila kau tanya ada idea tak untuk masalah ni? teringat aku satu hadith bab Dajjal turun ke bumi, yang mana hari pertama, sama dengan setahun. Hari kedua sama dengan sebulan dan hari ketiga sama dengan seminggu, manakala hari lain akan sama seperti biasa, lalu sahabat yang selalu fikir ugama terus tanya pada Nabi, macam mana nak solat jika sehari macam setahun?, maka Nabi cakap, lebih kurang maksud: solat macam biasa, maknanya, dalam sehari tu solat macam 360 hari. Tak payah ikut matahari, ikut waktu macam biasa, tapi aku tak tahu status hadith tu, tapi kat situ ada idea. Boleh rujuk ustaz balik, insyallah.

Aku rasa cukup sampai sini, maaf tak boleh bantu banyak sangat, tak de pengalamaan bro..

Jadi, kepada siapa siapa yang tahu akan fatwa bab ni terutama student oversea, bolehlah kongsi ilmu korang dekat ruangan komen.

Aku pulak, insyallah jika besok besok aku ternampak ustaz tu datang lagi solat subuh kat surau aku, aku akan cuba tahan berak setakat boleh tahan. InsyAllah. Sama sama kita doakan kejayaan aku.

Ok, cukup sampai sini, aku rasa macam tak puas lagi berak pagi tadi,

Pergi berak dulu, bye!

Ps: Hari ini adalah hari jadi aku, boleh minta alamat aku melalui email kepada sesiapa yang nak bagi kad raya atau hadiah-woha! (dasar muka tak malu, he he)

Aug 5, 2011

Apa itu Jalan Allah?

(Nabi menyeru supaya sahabat berihtisab, lalu tanya sahabat, apa itu ihtisab? Jawab Nabi, melakukan amal denga berniat mendapatkan ganjaran.)

Soalan terpilih di awal syaaban.

Salam encik Hamka, pada malam jummaat lepas, (email ini sudah dua minggu) saya telah mendengar Radio Ikim.FM pada jam lebih kurang 8 malam dan terdengar ceramah ugama dari seorang ustaz yang saya terlupa namanya bercerita tentang pahala yang berbeza dalam islam berdasarkan lokasi lokasi tertentu..

Kata Ustaz itu, jika solat di Mekah selama 3 hari, pahalanya sama dengan 900 tahun solat di Malaysia kerana ganjaran solat di depan kaabah adalah 100 ribu kali ganda dari bersolat di Malaysia, jika bersolat di Madinah pula pahalanya 10 ribu kali ganda, sedangkan di Malaysia, jika kita berjemaah di masjid baru mendapat 27 kali ganda, tapi bersolat jemaah di depan kaabah bersamaan, 27 darab 100 ribu kali ganda, bersamaan 300 tahun solat di Malaysia untuk sehari di Mekah.

Di hujung ceramah ustaz itu menggalakkan kita pergi bersolat di Mekah terutama di bulan puasa kerana pahala akan di darab lagi dengan 70. Bunyinya seperti menyuruh kita kerja kuat kumpul duit dan ‘melabur’ di Mekah dalam ibadat:-mungkin saya salah faham sebab dengar ceramah sambil memandu.

Apa yang menjadi kemushkilan saya, seolah tidak adil dalam ugama islam yang mana orang arab yang duduk sekitar Mekah dan Madinah sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang akan lebih banyak dari mana mana penduduk lain hanya di sebabkan faktor geografi, dan bagi penduduk Malaysia macam saya pula, untuk kumpul wang dan tinggal di Mekkah selama beberapa hari bukanlah satu perkara yang mudah.

Harap encik Hamka dapat menjelaskan kemushkilan saya ini.

Jawapan dari Hamka keretamayat yang bukan Ustaz.

Salam. Aku rasa mungkin kau salah dengar bab Ustaz tu suruh kita kumpul duit dan pergi ibadat di Mekah semata mata untuk mendapat ganjaran pahala yang banyak dan mudah, tapi oleh kerana aku pun tak dengar ceramah itu, sama samalah kita sangka buruk pada ustaz tu supaya senang aku nak jawab. Ha ha.

Sangka buruk kita berbentuk: mungkin ustaz tu ajen syarikat umrah pakej bulan ramadhan yang menggalakkan orang ramai pergi umrah dengan agensi beliau lalu guna hujah ugama supaya orang ramai bersemangat dan mendaftar dengannya, jika ustaz tu tidak ikhlas, berniat untuk dapat duit semata mata, maka hujah ustaz itu sudah jatuh dalam katogeri fatwa kaum kera.

Atau aku sangka baik pada ustaz tu dan sangka buruk pada kamu yang tersilap dengar sebab kurang tumpuan kerana sedang memandu lalu tafsir ustaz tu guna fatwa kaum kera sedangkan mungkin ceramah itu ada sambungannya yang mana minggu depan mungkin ustaz tu akan cerita tentang pahala dalam islam yang tidak terikat dengan geografi.

Walau bagaimanapun, untuk senang aku jawab soalan kamu, aku kena sangka baik pada kamu dan sama sama kita sangka buruk pada ustaz tu supaya kemuskilan kamu itu terjawab, dah habis jawapan aku, barulah kita sangka baik pada ustaz tu dan kamu mengaku bersalah supaya aku tidak perlu sangka buruk pada kamu kerana kamu memang buruk-woha!

Ok, tukar mood dengan lebih serius.

Memang betul terdapat hadith Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.

Wah wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz, nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan geografi.

Tapi, ketahuilah korang, bahawa ada terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.

Bukanlah aku nak galakkan kamu supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah sape yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi aku nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi.

Iaitu pahala berada di jalan Allah.

Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) ugama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.

Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadith Fadail yang biasa.

Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!

Aku petik beberapa hadith:

  1. Hadith riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)
  2. Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)
  3. Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)
  4. Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)
  5. Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)
  6. Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)
  7. Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.
  8. Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.
  9. Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.

Bermakna disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) ugama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali.

Pernah ketika Abu hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.

Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?”

Jawab Abu hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.

So, masalah ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.

Sebagai penutup: aku kongsi satu kisah yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.

Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 300 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.

Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:

Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban, bermesyuaratlah anatara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.

Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.

Abdullah bin rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, bayangkan betapa besarnya pahala bersolat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu bersolat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi.

Nabi bagitahu, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah.

Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke shurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.

Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.

Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.

Ada riwayat mengatakan, Malaikat jibril memberitau bahawa beliau boleh menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.

Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di mekah dan madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika korang menghintung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz, tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan ugama lalu syahid di jalan Allah.

Tapi sebelum aku mengakhiri entry ini, ada satu kemuskilan besar iaitu:

Apakah yang di maksudkan dengan jalan Allah khusus seperti di atas itu yang mana pahalanya besar sekali?

Ada peserta perhimpunan tunjuk perasaan mengaku yang mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau ada ustaz cakap, berjaga malam menjaga poster parti daripada dikoyakkan oleh parti musuh adalah sama dengan mata orang yang berjuang dijalan Allah, ada pulak ustaz lain cakap, menggantung bendera di puncak pokok kelapa adalah berjuang di jalan Allah yang mana jika jatuh dikira mati syahid, atau orang nasyid ketika buat konsert bagitahu mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau pengarah filem yang buat filem bertemakan ugama walaupun ada babak dalam disko supaya penonton insaf mengaku berjuang dijalan Allah, atau blogger yang kerjanya copy/paste artikel ugama dengan penuh mujahadah seperti duduk bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse mengaku sedang berjuang di jalan Allah.

Pendek kata semua gerakan, usrah, kumpulan yang mana so call islamic mengaku mereka sedang berada di jalan Allah.

Tapi betulkah mereka sedang berada di jalan Allah yang khusus, atau hanya dijalan Allah yang umum?

Jalan Allah yang umum pahalanya biasa sahaja, tapi jalan Allah yang khusus ganjarannya dahsyat sekali sehingga lapan malaikat yang pikul arasy akan berhenti berzikir dan mendoakan keampunan kepada mereka yang berjuang di jalan Allah yang khusus.

Straght to the point, Jalan Allah yang khusus adalah jalan yang dilalui oleh Nabi Muhamad SAW dan sahabat RA atas maksud ugama secara khusus.

Keluar dengan mesyuarat dari Nabi dan atas maksud ugama semata mata.

Ulamak Buznama ada tafsir, jalan Allah yang khusus ada empat perkara di dalamnya.

  1. Jumpa manusia dan menyeru mereka kepada Allah.
  2. Menjaga ibadat terutama solat berjemmah.
  3. Mengadu kepada Allah dalam solat tahajjud di malam hari
  4. Mencegah diri dari berbuat dosa sepanjang berada di jalan Allah.

Pendek cerita, Empat perkara ini berlaku dalam jemmaah dakwah dan jemaah jihad yang di bentuk oleh Nabi Muhammad SAW, contoh dalam jemaah jihad perang,:

  1. Nabi perintahkan sahabat berdakwah dahulu selama 3 hari sebelum berperang.
  2. Dalam perperanganpun, Nabi masih menjaga solat berjamaah bersama sahabat.
  3. Nabi dan sahabat menangis di sepanjang malam memohon bantuan Allah agar hidayat tersebar
  4. Sahabat di sibukkan oleh Nabi dengan perbagai perkara ugama sehingga mereka letih dalam ibadat lalu tidak terdaya lagi untuk buat maksiat

Menguatkan lagi hujah ini, ada hadith yang mengatakan jika satu tempat ada amalan jumpa munusia kerana Alah, ada orang solat tahajjud dan ada orang menjaga solat jemaah, maka Allah akan mempercepatkan Rahmat dan akan tangguhkan bala.(Fadail amal)

Maka pesan aku kepada korang yang mengaku sedang berada di jalan Allah, Tanya diri masing masing: adakah korang jaga solat jemaah di jalan Allah itu? Adakah korang jaga solat tahajjud di jalan Allah itu? Adakah korang keluar bertemu manusia untuk menyeru mereka kepada Allah sepanjang berada di jalan Allah itu? Dan ada tak korang buat maksiat, bergaul lelaki perempuan, mengumpat, dan macam macam lagi dosa yang dibenarkan dengan fatwa kaum kera di sepanjang jalan Allah itu?

Jika ada perkara negatif seperti lengah solat, malas tahajud dan buat maksiat di jalan yang korang claim ‘jalan Allah’ itu, lebih baik korang renung balik dan tanya:

Aku ni sedang duduk di jalan Allah atau duduk di jalan syaitan?

Menangislah dan berguling gulinglah kamu!

Umur semakin pendek, buku catatatan semakin menebal!

Ayoh,. Kita berjuang! Ayoh!!

Ps: Sambil bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse?-pergi mampos!.