Aug 30, 2007

Apa hukum Mengundi? Part II.

(Menjelang Malam Kemeredekaan ke 50)

Ada orang nak berdebat, nak ber'gaduh'..

Seorang ahli pembakang yang telah hidup dengan aman di Negara Malaysia selama 50 tahun telah menjelaskan kepadaku,

"hukum mengundi adalah wajib, berdosa jika tidak mengundi kerana seandainya orang munafik jadi pemimpin akibat undi kosong kamu, maka kamu akan masuk neraka!!"

Aku kata:
baru baru ini ada satu pilihan raya kecil telah di adakan, tapi satu puak telah memboikot pilihan raya itu, pendek kata mereka semua tak pergi mengundi, adakah mereka semua sudah menjadi ahli neraka? dan bagaimanakah caranya mereka kena bertaubat?

Entry ini berakhir dengan soalan (penuh persoalan)

Lalu aku beredar, aku malas nak berdebat dan bergaduh, aku ingin menikmati kedamaian, keamanan dan kemerdekaan..

Aku ingin aman, aku ingin damai..
Aku ingin menuju damai abadi..

ps; Selamat menyambut Malam kemerdekaan..., selamat menjadi mayat yang 'merdeka"...

Aug 29, 2007

Apa hukum Mengundi?

(Menjelang Hari Kemeredekaan ke 50)

Ada orang nak berdebat, nak ber'gaduh'..

Seorang ahli pembakang yang telah hidup dengan aman di Negara Malaysia selama 50 tahun telah bertanya kepadaku, "apakah hukumnya mengundi?"

Aku kata: hukum mengundi adalah dari sempadan Perlis sampailah ke sempadan Johor, luar pada itu tidak ada hukum lagi…

Lalu beredar, aku malas nak berdebat dan bergaduh, aku ingin menikmati kedamaian, keamanan dan kemerdekaan..

Aku ingin aman, aku ingin damai..
Aku ingin menuju damai abadi..

ps; Selamat menyambut Hari kemerdekaan..., selamat menjadi mayat yang 'merdeka"...

Aug 24, 2007

Apa itu bahagia?

(Khutbah pengantin..)

Pada satu hari, kelihatan dua pendekar sedang bertarung menggunakan tangan kosong, segala jurus silat telah mereka gunakan, silat cekak, silat cekik, silat pengantin, silat mata dan macam macam seni jurusan silat seantero nusantara telah diguna pakai oleh mereka, nampaknya pertarungan semakin rancak dan nampaknya mereka telah masuk round ke 2 iaitu bertarung menggunakan senjata..

Pendekar Megat panji alam semesta bercekerawala yang bermisai lebat laksana A galak, telah memilih senjata tongkat sakti pemecah simen berkuku kambing, sementara lawannya pendekar dari bukit belah gunung bertangkup yang berside-burn tebal dan berbulu mata lebat pula memilih keris hikmat iblis hitam bersepuh tembaga dan zink yang telah di warisi daripada mertuanya yang merupakan seorang ‘orang tengah’ dalam urusan jual beli barang tembaga..

Pertarungan semakin rancak dan dahsyat, sudah 3 minit mereka bertarung tapi tiada keputusan yang berpihak kepada mana mana penyokong, sesekali kelihatan mereka beraksi kemas dan lincah seperti jet li, eh?! Bukan!! macam jackie chan ler, oh!? Tidak!!, macam tony jaa!, argghh!! macam eman manan pun ada daa..!!!

Oleh kerana hebatnya kuasa bertarung yang di miliki mereka, sebaik sahaja kedua-dua pendekar itu meningkatkan kuasa berlawan ke tahap 100% maka senjata mereka berdua telah pecah dan hancur berkecai, nampaknya mereka sekarang bersedia menggunakan seni silat yang paling bahaya dan terlarang, iaitu ilmu hitam iblis setan dari neraka tujuh lapisan..

Aura hitam dan aura biru nila mulai muncul di medan pertarungan, langit mulai mendung, dan kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam (Kmsj) menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

Mereka berdua nekad menggunakan ilmu hitam dalam kemuncak pertarungan, Pendekar Megat panji alam semesta bercekerawala yang bermisai lebat laksana A galak, telah membaca jampi serapah dan ludahan mentera lalu menjemput iblis kyubi berekor sembilan sebagai penjelmaan terakhir dalam menentukan keputusan pertarungan, manakala pendekar dari bukit belah gunung bertangkup yang berside-burn tebal dan berbulu mata lebat pula telah mengaktifkan tenaga dalaman lalu menggunakan hikmat jalan neraka tidak terbatas, yang mengakibatkan kesan sampingan kepada rambutnya bertukar menjadi warna kuning emas, malahan side burnnya dan bulu mata yang tebal juga telah menjadi warna kuning emas, inilah penjelmaan super saiya peringkat ketiga!!!

Kemudian baju mereka mulai pecah dan otot otot di badan mereka mulai membesar seperti di pam pam.., keadaan semakin tegang, tiba-tiba..

Tiba tiba datang mak cik limah memukul kepala mereka berdua dengan senduk lalu memarahi mereka:

"Woi berok dua ekor, Apalah korang berdua ni?!!, aku suruh korang silat pengantin jer depan pengantin ni, yang korang bertarung betul-betul tu kenapa, nah! Sorang satu bunga telur, pergi makan nasik minyak kat sana, aku lempang jugak budak budak ni karang,"

Pendekar Megat panji alam dan pendekar dari bukit belah gunung bertangkup terus berlalu dengan malu dan pergi makan nasik minyak.. hehehe lantak korang ler, akupun tak paham sebenarnya akan kenapakah dalam majilis persandingan orang melayu, di adakah silat pengantin…, mungkin nak ajar sedikit sebanyak kepada bakal isteri akan bunga-bunga silat supaya si isteri dapat mempertahankan diri jika suami naik minyak kelak.. hmmm, entahlah?

Namun hari ini, aku bukan nak mempertikaikan budaya melayu, aku cuma dijemput oleh makcik limah yang merangkap bini guru silat kampong pinang sebatang, agar aku dapat memberi ceramah ataupun khutbah barang sedas dua kepada bakal pengatin yang merangkap anak perempuan bongsu cik limah sendiri dan menantu sulung beliau..

Apa aku nak buat?, cik limah dah rasuah aku dengan dua biji bunga telur he he he,

****
Selamat pengantin baru kepada korang semua yang baru mendirikan rumahtangga, dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50, aku ingat letupan dan aura berapi-rapi tadi adalah kesan pertarungan antara Pendekar Megat panji alam dan pendekar dari bukit belah gunung bertangkup, tapi rupa-rupanya ada pertandingan bunga api kat putra jaya.. hampeh!

Dalam kita menjalani kehidupan rumah tangga, masing-masing kena main peranan menjadi pasangan yang baik dan saling lengkap-menlengkapi, orang lelaki kana faham dengan wanita, isteripun kena faham dengan suami..

Kepada suami, orang perempuan ni lain sikit dia punya sifat dan tindakan..
Mereka agak leceh dan cerewet serta naik kepala jika tak di didik betul-betul..

Korang tengoklah baju mereka, macam-macam Nama, macam macam bentuk, macam-macam warna, kalau boleh setiap hari cuti umum mereka nak ada baju khas..

Itu belum masuk bab nak bukak baju, kita orang lelaki, semua butang dan zip kat depan, senang untuk di selenggarakan, tapi mereka kadang-kadang ada zip kat tepi, ada butang kat belakang, ada yang kena ikat macam tali kasut, ada yang kena stapler bla bla bla ..

Tapi takpe, kita layan sahaja sebagai kekasih, yang wajib kita bagi, kita bagilah.., yang tak wajib kita bagi itu yang kena take care, ramai suami yang gagal bab ni, sebab perempuan sekali dah dapat ‘lessen’, itu bemakna ‘lessen’ besar bagi mereka!.

Sebab tu Nabi ada pesan, tanda dunia nak kiamat, adalah bila suami taat pada isteri lebih dari taat pada mak bapak..

Isteri kenalah paham bahawa syurga suami sampai bila-bilapun bawah tapak kaki mak dia, kena lah setuju jika suami lebihkan mak dia dalam apa-apahalpun kerana itulah ke’adil’an.

Adil dalam rumahtangga adalah suami kena lebihkan mak dia dari isteri.

Tapi isteri jangan jealous, sayang mak dan sayang isteri berbeza..
Sayang mak kena jaga hati mereka jangan sampai terluka..
Sayang mak boleh membawa ke syurga..

Tapi sayang isteri pula, boleh membawa ke bilik, bawa masuk bilik bukak baju dan bermesra antara pusat dan lutut.. Ingat tu?

In ada satu fakta, puaskan nafsu SEKS pasangan anda, inzalkan mereka, dan anda akan lebih mudah menjalani kehidupan berumah tangga.

Woha!

Ok, bab lain pulak, biasa para isteri mengadu pada aku akan suami mereka yang masa baru kahwin semuanya ok, tapi bila dah lama, makin kurang tolong menolong, kurang mesra, kurang bekerjasama dalam memuaskan nafsu, kurang itu, kurang ini.., suami orang lain best, suami sendiri tak best.! bla bla bla..Hampeh!

Hmmmm..

Ni salah orang lelaki jugak, masa mula-mula kahwin buat semua kerja, adinda duduk relaks-relaks, biar kanda basuh baju, biar kanda lipat kain, biar kanda pakaikan adinda seluar dalam.., romantik konon..

Tapi bila dah lama kahwin, pandai ‘bukak baju’ isteri sahaja.., lepas dah puas biarkan ‘isteri tertidur dalam keadaaan berbogel’, ok, aku bukan maksudkan hubungan seks, itu yang tersurat, mana ada pasangan yang pakaikan baju pasangan masing-masing lepas hubungan seks, dah inzal, pakai sendiri lah!!

Maksud aku, bila korang (suami) start hari pertama kahwin dah buat semua kerja rumah dengan alasan romantik, alamak naik tocanglah bini engkau.., manusia ni bila dah biasa hidup senang, biasa dah tidur dalam air cond, sekali bila suasana berubah, mulalah komplen sini sana..

Korang kena buat camni, hari pertama kahwin lagi kena tegas dengan isteri, biar dia masak, dia lipat baju dan buat semua kerja rumah, jika silap, boleh herdik sikit, bagi dia takut dan respect sikit..

Biar dia kenal korang sebagai seorang yang tegas dan sensitive.

Kemudian dari hari ke hari, sedikit demi sedikit, korang mulalah berubah, buat lawak sikit, mula berlembut, mula tunjuk romantic, sekali sakala tolong masak, bawak gi jalan-jalan makan luar, pergi dating kat eye of malayasia, beli hadiah, pergi nonton filem transformer, barulah isteri respect dan rasa nak nangis terharu.. dan akan cerita dengan linangan air mata gembira kat kawan-kawan dia, kerana suami dah berubah, dan betapa bersyukurnya dia dan terasa bestnya bersuamikan suami mishali..
Woha!

kemudian, Orang perempuan pulak selalu komplen suami mereka pemalas, duduk rumah hari minggu mandi pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat kahabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?

Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..

Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik, maklumlah tak siap masak lagi, hihihi.

Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut?

Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, buat teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang sesekali gunakan cakar harimau, apa salahaya?, Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, berbanding lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. tau takpe!

Yang suami pulak, isteri bukan robot, bukan hamba, mereka adalah taman mesra, tugas mereka antaranya adalah mudahkan korang taat perintah Allah, bila mereka dah masak, basuh pinggang, kemas dapur..., bila mereka dah basuh baju, jemur baju, sidai baju, sorting baju, lipat baju, gosok baju, bila mereka dah kemas rumah, sapu sampah, buang sampah, maka korang kenalah 5 waktu pergi solat di masjid.

Solat kat rumah ni untuk perempuan, mereka dah penat buat kerja rumah, biarlah mereka berehat dan beribadat di rumah, korang pergilah ke masjid, dan bukan setakat pergi masjid sahaja, pergilah belajar ugama, berjihad dan sebagainya, kelak isteri kat rumah dapat jugak pahala, balik nanti bolehlah ajar anak bini tentang hal ehwal ugama., ini tidak, lepak sahaja kat rumah macam perempuan, masjid tak pergi, masyarakat tak bergaul, lama-lama, dapat sifat macam perempuan, suka merajuk, penakut, sensitive, cerewet, dan segala-galanya yang hampeh.. tak ke hampeh?

Dua golongan yang terselamat dari fitnah Dajjal.
a) Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid.
b)Wanita yang banyak habiskan masa di rumah.


Ok, dah panjang melalut, tu baru intro tu, apa yang aku nak cerita hari ini adalah bagaimana kita dapat menjadi pasangan hidup yang bahagia.., insyAllah.

Bahagia 1

Rezeki di kampong sendiri…
Dah berumah tangga, kenalah ada sumber pendapatan, Nabi suruh kita kerja cari rezeki yang halal, dan banyak rumah tangga yang rosak dan runtuh bila ada masalah rezeki…
Jadi para suami, kerja betul-betul, tunaikan hak makan pakai isteri dan jangan sampai kerja dunia kita menghalang ibadat kita..

ORANG YANG MENOLAK ASBAB ADALAH ORANG YANG BODOH.
ORANG YANG YAKIN DENGAN ASBAB ADALAH ORANG YANG SHIRIK…


Rezeki yang paling best adalah kat kampong sendiri, korang nak jadi macam mat indon atau mat banggla kerja kat luar Negara cari rezeki?, tinggalkan anak isteri? maka Bantulah Negara dengan membeli barangan buatan Malaysia(yang murah dan berkualiti), kasut gombak tak salah, dah 50 tahun merdeka, kenapa masih di jajah minda?

Eh, patriotic pulak, maksud aku kerja yang kita kerja tu tak lah jauh dari rumah, tak lah jadi weekend husband, janganlah kerana gaji mahal kita berpisah dengan anak isteri, kasihan mereka..

Duduk jauh, bila air naik kepala, banyak benda buruk boleh jadi, yang bersuami dengan askar bertugas di sempadan, bersabarlah, mereka adalah asbab Negara kita merdeka selama 50 tahun.., yang bersuami dengan pendakwah, bersabarlah, mereka adalah asbab kita masuk shurga tanpa azab..

Benda ni nak kena planning awal, sekarang baru kahwin takpe duduk jauh, tapi usahakan cari kerja-kerja yang boleh buat korang duduk sekali, kelak bila ada anak ramai, masa tu dah kena stabil tapak rumah, dah tak payah nak travel-travel, jika susah sangat, yang wanita berhenti sahaja kerja ikut suami bertugas kat mana-mana, kang senang?
Betul tak?

Bahagia 2

Jiran tetangga yang baik..

Ini nak kena planning awal jugak, baru kahwin biasanya pindah rumah baru, dah tentu dapat jiran baru, sebagai orang baru kena rendah diri pergi ziarah jiran 40 kiri-kanan, perkenalkan diri, silap-silap, dapat makan free lunch dan dinner, ok apa?

Jangan jadi kera sumbang, mentang-mentang baru kahwin, kejap-kejap bersetubuh, kejap-kejap bersetubuh, rumah berkunci, jiranpun menyampah,

Lepas tu bila isteri bawak lelaki balik jiran mula mengumpat, apa tak nya? Mereka tak kenal korang punya adik beradik. Lalu mereka panggil pejabat ugama, bila siasat rupanya bapak korang, korang pun benci dengan jiran korang yang suka fitnah, jiran korang pun benci tengok muka bapak korang dan korang, apa nak jadi?, last-last bila pencuri masuk rumah korang, mereka bukannya nak tolong, sebaliknya kena kutuk: padan muka!! Apa lagi nak di kata?

Jiwa akan menderita jika kita hidup dalam kejiranan yang tidak baik..

DAN Memang best sangat dapat berjiran dengan jiran tetangga yang baik, nabi bila bagitahu hak jiran, seolah olah mereka itu macam waris kita, dan banyak orang masuk neraka kerana jiran.., hinggakan kaki masjid yang solat 5 waktu di masjid pun boleh masuk neraka bila buat bodoh kat jiran(pentingkan diri, tak dakwah jiran) apatah lagi bukan kaki masjid..

Jiran kena saling tolong menolong.., buat macam ‘spiderman’ misalnya...(Your Friendly Neighbour,)

Tanda dunia nak kiamat, jiran saling tak kenal-mengenali..

(semoga aku dapat amal..)

Bahagia 3

Dapat anak yang soleh..


Ramai orang kaya, ramai wanita jelita, ramai orang politik, ramai orang yang hidupnya senang dan mewah tapi menderita apabila anak mereka derhaka dan tidak hormat pada mereka,

Sungguh menyedihkan..

Pengkhianatan yang paling tragis adalah apabila anak menderhai kita.

Menconteng arang ke muka..

Merosakkan gen generasi..

Yang buat jiran juga menyampah pada kita..

Maka ketika anak masih kecik, didiklah mereka, cikgu kat sekolah pukul baik kita tepuk tangan gembira sebab ada orang lain sayang pada mereka, jangan bela anak bila mereka buat salah, pukul dan belasah sahajalah, Nabi cakap, anak tak solat boleh pukul.., jangan kelak, ada yang jadi anakku sazali part 2 pulak.. aku dah banyak tulis isu ini, akupun tak boleh menulis bila anak aku kacau dan buat huru hara dalam rumah pukul adik-adik dia, aku lempang sebijik, baru boleh sambung tulis entry ni..

(dah jangan menangis lagi, ayah lempang sikt sajer, esok ayah bawak kamu tengok transformer the movie, ok?)

Bahagia 4.

Dapat pasangan yang best…(isteri solehah)

Ramai orang kaya, ramai orang politik, ramai orang yang hidupnya senang dan mewah tapi menderita apabila pasangan hidupnya curang pada mereka..

Korang semua yang baru kahwin tapi bila terpaksa berdepan dengan penceraian, tahulah betapa sedihnya hakikat sebuah pencerian itu, sangat penat!!!.

Aku pun tak boleh nak menulis lagi, kerana terharu mengenangkan mereka..

Aku hanya boleh menyanyi sahaja, sambil di temani gitar current yang di goreng oleh ‘slash Guns &Roses”.. (menyanyi di tapak perkhawinan..)

Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran

Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati

Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian

Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis di kemudian hari

Hilang kekasih mungkin berganti
Yang kuharapkan teman sejati

Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini

Sebelum kasih
Menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini..


(semoga aku tidak akan menyanyikan lagi ini sampai bila-bilapun terhadap orang yang aku sayangi..)

Eh, pengantin dah masuk bilik pengantik, tak kan tidur kot?, (petang lagi apa?) ceramah pangantin belum habis lagi? Mentang-mentang suara aku tak sedap, korang blah.., mana bunga telor aku? Mana? Mana?

Tiba tiba datang mak cik limah menhulurkan bunga telor dan bagi sampul surat berisi duit RM 50 setengah kilo, dan ajak aku makan nasik pengantin, apa-apalah,

Selamat pengantin baru kepada sahabat-sahabatku...

(hujung minggu ni aku datang makan pengantin bersama korang, ok?)

Ingat tu!!

Ada 4 nikmat yang besar dalam hidup di dunia, iaitu:
1. Isteri yang solehah
2. Anak-anak yang Taat
3. Jiran yang baik
4. Rezeki di kampung sendiri.

Bye!!

Ps: Bila korang dah kahwin dengan pasangan yang beriman dan soleh, maka insyaAllah mereka akan didik anak jadi soleh dan solehah, seterusnya anak anak tak buat ragam maka jiran tentangga pun suka…, insyaAllah. Bila dah bahagia di kampung, dah tak perlu lagi pada harta yang banyak, maka cukup cari rezeki di kampung sendiri, isteri tak mintak yang bukan-bukan, anak anak jadi baik, jiran pula cukup selesa, semuanya ahli surau..oh, alangkah indahnya hidup!!!! Selamat menjadi mayat yang bahagia.

Aug 17, 2007

Pusara Lebuh Raya ?

( Bagaimana tidak mengantuk ketika memandu? )
Setiap dari kita ada tempoh hidup masing-masing, sampai masa jadi mayatlah kita,
Cuma bila berada di Negara yang sudah merdeka selama setengah abad ini, yang tiada pernah berlaku perperangan dan perebutan kuasa, maka jumlah kematian tetap ada tapi beralih kepada stastitik kemalangan jalan raya.

Mungkin suatu hari nanti, mayat korang dan aku akan berada tersepit di antara lori dan bas, antara bulldozer dan steamroll, antara ambulance dan kereta peronda. Siapa tahu?

Otak berkecai, tangan putus, serebrum bersepah, buah pinggang berterabur, gigi terkoyak, bulu kening tercabut, lidah terbelit, dan lubang pusat patah dua, nama korang masuk TV, nama aku keluar akhbar bla bla bla, siapa tahu? Jika itu takdir kita, apa lagi nak di kata?

Namun, Tak kisahpun bagaimana kita jadi mayat atau di manapun kita jadi mayat, segala dalam takdir Allah, yang penting hubungan dengan Allah betul dan mati dalam tanggapan dan sangkaan yang baik terhadap Allah, biarlah malaikat maut buat kerja dia, menjemput kita pulang even in the wrong place but in the right time.

Anda tidak mampu mengubahnya…!!!

Namun jangan pulak tak berusaha langsung menjaga keselamatan hanya kerana semua dalam takdir Allah…

Nabi Muhammad SAW suruh sangat kita semua menjaga keselamatan, sehingga ada hadith menyatakan, wang yang di belanjakan untuk keselamatan di kira sedekah…

Maka pakailah tali pinggan keledar, duduk di lorong yang betul, beri signal untuk memotong dan membelok, jangan hon di kawasan hospital, sila hon member kerana kita kenal dia, dan hon lembu walaupun kita tak kenal dia. Jangan memandu terlalu dekat, jangan buat oral seks dalam kereta ketika memandu, dah masuk waktu solat, singgahlah di masjid, 500 meter di hadapan.

Ingat! Safety first, adalah sunnah nabi!

****
Menurut laporan pihak berkuasa, kebanyakkan kemalangan terjadi akibat kecuain, dan kesilapan teknikal, maka sebelum memandu silalah check level air, check level minyak hitam, check signal depan belakang, lampu break, tayar angin, kelengkapan tool box dan sebagainya.
Time drive, awasi temperature engine, hayati gegeran stereng, dan peka terhadap bunyi-bunyi aneh, (slowkan sikit speaker) dan jangan lupa, minyak diisi secukupnya.

Satu lagi bila memandu, menempuh perjalanan jauh, biasa sangat kita dengar kemalangan berlaku akibat sipemandu drive dalam keadaan mengantuk.

Di sini aku nak kongsi tip-tip bagaimana tidak mengantuk ketika memandu:-

1. Bukak telinga dengar something interesting.
Jika hati korang bersih dan jernih, mendengar ayat suci al-quran di bacakan atau mendengar alunan zikir dari kaset, akan membangkikan semangat dan boleh buat air mata mengalir, tapi jika hati korang gelap (macam aku kadang-kadang), alamak panas kerusi tempat duduk dan makin mengantuk pulak jadinya.. oh!

Siapa yang duduk sebelah aku akan boring kerana aku jenis dengar semua siaran, kejap-kejap aku tukar, sinar Fm, lepas tu hot Fm, kemudian IKIM, Era, suria, Terenganu Fm, Pahang Fm, radio muzik, Manis Fm dan terasuk jugak radio tamil dan cina!!

Sebab aku jenis suka dengar topik perbualan diradio, bila lagu yang tak best berputar, aku jump sana, aku jump sini, dah mengantuk sangat, layan radio tamil ok jugak he he he..

Satu lagi time drive, biasa kalau ada orang di sebelah tak lah mengantuk sangat, dalam islam pun tak galakkan travel seorang diri, ada kawan berborak memang best, kejap jer dah sampai distinasi, semua isu boleh masuk tapi yang kapel jangan pulak buat oral seks, karang eksident jumpa mayat perempuan sedang mengonggong kemaluan lelaki tak ke haru? Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka!

Tapi jika sorang diri drive susah jugak, lebih baik berhentikan kereta dan tidur kejap, aku pernah parking tepi jalan jam 2 pagi tidur, tapi yang lecehnya asyik kena hon dan kena suluh kerana orang ingat aku sedang buat seks dalam kereta, nak tidurpun tak senang, maka jika nak tidur, cari parking yang meriah sikit takut orang buruk sangka, parking kat stesen minyak atau balai polis tumpang tidur, ok gak.

2. Jangan kahwin dengan orang jauh.

Nasihat ini aku tujukan kepada orang yang belum kahwin, tak payahlah cari pasangan jauh-jauh, nanti nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan korang kena balik kampung 2 minggu sekali, nak pulak travel dari perlis sampailah ke sabah, atau dari kedah ke hulu terengganu, tak ke letih?, tak ke susah?, tak ke merbahaya?

Jangan pulak bilang aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.

Aku tahu masa bercinta semuanya indah..

"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu. "

Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..

Bila bersama yang tersayang, berapa lamapun rasa sekejap..
Berapa jauhpun rasa dekat..
Yang busuk tiba tiba menjadi wangi
Yang tidur ketika matahari terbit dan pandai merenung fajar sidik..
Yang malas menjadi rajin
Yang rajin menjadi malas
Yang kurus menjadi gemuk
Yang gemuk menjadi diri sendiri..

Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya…
Patutlah dalam neraka yang tak best, sehari bagai seribu tahun..
Patutlah dalam shurga yang best, seribu tahun bagai sehari..

Wah wah wah, meriahnya bercinta..
Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rayhal..
Tiba tiba Shahrukh khan menjadi mentor
Irama bolywood menjadi soundtrack
Dah minat colour pink, dan teddy bear
Dah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga kononnya..
Yang tak bersabun dan berbedak, sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak..

Kini korang minum dalam mangkuk yang sama,
Jumpa tak cakap apa-apapun tak pe, tak boring..
Kalau tak jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun ok..

Secaratiba-tiba perbelanjaan demi cinta menjadi murni dan mulia..
Novel cinta tebal menjadi bantal
Masa depan seolah olah cerah membara
Sama sama minum air hujan
Sama baham tanah..
Itu prinsip korang bersama..

Segala jenis pakainnya menjadi perhatian korang,
Pandangan sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan.
Mengukir nama di batu batu, di kayu kayu..


Tapi bila dah kahwin, time drive, mata mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, nak balik baraya di rumah sendiri petang tu nak pulak kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi.

Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang dekat, takdelah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2, 3 jam dah sampai, tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He he

Aku nasihat sahaja dan juga berpesan kat anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh, kalau korang cari besan dengan orang sabah misalnya, tak kasihan ke kat ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah, lepas tu drive lagi ke pedalaman sabah, kemudian, naik bot menyusuri sungai Sabah, lepas tu merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam jauh perjalanan, sempat pulak berkenalan dengan orang utan dan sempat juga memetik bunga reflesia dan periuk kera, baru sampai ke rumah besan.., lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat sabah bah!, lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman di sakat orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat kat sana..oh!

Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2 marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.

3. Naik pengangkutan awam

Boleh tidur dan releks dalam bas, tak payah letih-letih drive, tapi tengok juga driver bas tu, karang sedar-sedar dalam gaung..oh! atau dalam rumah mayat, susah jugak kan?..ish..ish..ish..

4. Berperang dengan suasana!!

Dalam tubuh manusia ada aktiviti yang boleh mencegah mengantuk, korang boleh bawa dua tiga biji cili api, time mengantuk makan, alamak berasap dan berdesuplah korang he he he.., aku jam 4 pagi drive singgah di Mc D Drive tru order ayam spicy super hot, bila makan dengan izin Allah, segarlah mata aku, tak segar kenapanya, pedas nak mampus!!..

Oi, cik hamka, Mc D tu yahudi, kenapa kau makan? , tahukah engkau, bla bla.. haram.. bla bla..

Woi, aku mengantuk, karang eksiden siapa nak cover insurance aku? Ini daruratlah mangkuk!!

5. Ingat api Neraka

Dekat kereta ada pemanas rokok, on kan, dan cucuk kat mana mana anggota badan!
Woha!

6.Mandi itu menyegarkan badan,

Letak baldi dan cebok di sebelah kiri, agak-agak dah mengantuk, jirus air di badan, segar insyAllah, alahai? kereta korang, siapa nak marah? bankpun tak marah asalkan korang jangan miss bayar installment. hihihi

7. Awas, lembu, tenuk dan tapir melintas.

Ni agak melencong, tapi nak nasihat sikit kat tuan punya lembu, jangan biarkan lembu korang menyusahkan pengguna jalan raya, korang bukannya bayar cukai jalan, suka hati jer biar lembu korang melintas, berdosa tau buat orang susah! Masuk neraka, dah berapa kali jabatan perbandaran tangkap korang punya lembu, tapi masih tak serik..

Aku cadangkan baik korang bagi lembu korang pakai baju yang boleh memantulan cahaya di waktu malam, yang warna hijau tu, lepas tu tulis perkataan, “ AWAS! SAYA LEMBU”, so, dari jauh lagi orang dah boleh nampak makhluk lembu, dan satu lagi, bagilah lembu korang pakai pampers!!

Hampeh!!

8. Menjadi Orang gila

Kadang kadang boleh juga kita bercakap seorang diri, atau anggap sedang berceramah, membebel sorang-sorang tentang isu semasa dan bagaimana nak selamatkan dunia, atau nak menyanyi, atau nak berzikir lantak korang ler, biarlah orang nak cakap korang gila ke apa?, yang penting korang selamat dalam perjalanan.
:)

9. Jangan terlalu advance.
Aku tahu korang ada otak yang boleh kawal 5 pergerakan badan serantak, tapi jika aku tumpang kereta kamu, jangan balas sms sambil drive!!

Hampeh!!

10. Cadangan kepada kerajaan Malaysia.

Oleh kerana setiap yang bergerak itu merbahaya, aku kena jugak beri cadangan kepada pihak berkuasa akan bagaimanakah cara terbaik menangani masalah kemalangan menjelang 2020, atau 2051.

Merujuk kepada berita semasa hari ini seperti kisah guru pukul pelajar, guru lempang pelajar, yang mana semuanya di laksanakan demi menjadikan pelajar itu berguna dan lebih berkualiti, dan jika di lihat generasi tua hari ini yang lebih berkualiti daripada generasi sekarang dari segi moral dan akhlak, dan bila di titih, semuanya datang dari berkat nenek moyang yang sedia merotan dengan alasan mendidik, maka sudah sampai masanya sekolah memandu juga mengguna-pakai kaedah menghukum kesalahan yang di lakukan oleh pelajarnya.

Sebelum ini tak pernah aku dengar pelajar sekolah memandu yang buat silap di rotan oleh guru besar sekolah memandu.

Dan kekerapan kecuaian pengguna jalan raya adalah mungkin akibat terlalu di manjakan oleh sekolah memandu, guru yang ajar korang memandu dulu hanya tegur dengan lembut, al maklumlah korang yang bayar gaji mereka.

Sebab tulah mereka ni keras kepala dan tidak gemar mengamalkan ilmu yang dipelajari, kena tambah pulak elaun polis buat kerja masa untuk speed trap, road block dan sebagainya. Tu belum masuk kos papan tanda di sekitar masjid gambar tengkorak jatuh motor tak ikat tali helmet, belum lagi kos bayar iklan waktu perdana just nak suruh korang amal balik apa yang dah belajar, nak suruh korang berhenti di lampu merah. kan dah rugi perbelanjaan Negara?.

Oleh kerana kemalangan jalan raya termasuk dalam musuh Negara, maka benda yang penting ini kena masuk dalam silibus pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, kena buat exam untuk semua ini dan menjadi syarat lulus SPM bermula tahun depan.

Jadi dari kecik lagi generasi di Malaysia telah di ajar tentang adab dan kesopanan di jalan raya, cikgu boleh lempang pelajar yang langgar lampu merah, boleh ketuk dengan penyapu pelajar yang memotong di garisan bekembar, boleh suruh pelajar pakai kain batik jika memandu perlahan di laluan memotong, walaupun dalam track simulation, masukkan semua silibus, hapuskan semua sekolah memandu swasta, biar government control benda penting ni, sangat penting, berapa ramai lagi yang akan terkorban. Berapa banyak lagi pusara di lebuh raya?

Guru yang memukul murid dan bapak yang pukul anak ni sebenarnya ok, kata lukman nur hakim, anak tidak dapat tidak perlu dirotani seperti mana kebun perlu diairi, dan ada jugak hadith yang bagitahu Allah merahmati rumah yang mengantung tali cambuk atau rotan demi mengajar anak menjadi manusia.

Tapi itu untuk anak sahajalah, dan juga “ANAK” murid di sekolah memandu, ajar mereka sikit tentang etika masa masih kecik, dan jika perlu pukul, silalah pukul mereka, jangan bila dah remaja dan dewasa baru nak pukul, kan dah melawan balik, “kalaulah 10 tahun dulu bapak pukul sazali, sazali tak akan jadi begini bapak tau?! Sekarang sazali sudah menjadi ketua samseng di singapura bla bla bla, (rujuk filem anakku sazali)
Sayang anak, tangan-tangankan,

IsyAllah bila kita laksanakan kaedah ini, semoga semuanya berjalan lancar, generasi kelak dah tak payah pimpin tangan untuk melintas dan tiada lagi budak-budak menjadi mayat di jalanan..,
Biarlah ekamatra dan lagunya ‘pusara lebuh raya’ menjadi sajarah, asal tiada lagi mayat yang bergelimpangan di sini sana, nanti bila berlaku tragedy, dah tak payah kita buang masa bergaduh tuduh sana tuduh sini,...

Tapi ini cadangan untuk yang belum dapat lesen lagilah, kita semua yang dah ada lesen tak perlulah kensel pulak, he he he..

Penutup:-

Sebelum mengakhiri karangan, aku ada cerita nak kongsi..,

Dekat jalan Berserah, kuantan, tempat yang banyak traffic light, bila dah hijau aku budget kereta depan aku dah start jalan,aku turun hand break, tekan minyak perlahan, sekali nampak ‘seorang awek’ yang aku kenal sedang drive di sebelah, dia sudah lama control ayu dan menahan senyum mengharap aku juga melihatnya. Dan sekali bila aku melihat dia, dia bukan setakat senyum tapi siap lambai lagi, aku pula siap kenyit mata dan buat ‘V’ peace, (dalam hati aku bertanya: apa kau buat kat sini, kau nak pergi mana?)..

Gedegang!

Keretaku bertemu bontot dengan kereta depan, bumper dia calar sikit, tapi aku punya lampu pecah dan bonnet depan terjungkit. Jalan mulai sesak dan kenderaan di laporkan merangkak-rangkak, banyak dosa aku..oh! kifarah ni isk..!

Tuan kereta yang aku langgar itu keluar, seorang lelaki sebaya aku, tak hensem dan dalam kereta beliau penuh dengan ahli kelurga, ada orang tua dan budak budak.

Oleh kerana tidak mahu jalan raya yang dikongsi bersama menjadi sesak, aku ajak dia ketepikan kereta ke bahu jalan bersama dan kita bincang kat sana. Beliau angguk tanda setuju. tapi oleh kerana kereta beliau betul-betul di depan traffic-light maka mamat tu kena ‘U’ turn dulu dan aku yang di belakang terus ke tepi tunggu mamat tu..
Tapi dah lama tunggu, mamat yang aku langgar bontot itu belum jugak datang-datang,

"Berapa lamakah lagi? terpaksa aku menanti, sehingga teguhnya penderian di hati.. "

Oh, terseksanya aku menunggu kamu datang wahai jejaka misteri..

Di dalam jaga aku tercari-cari, di dalam tidur aku termimpi-mimpi,
Siapakah lelaki misteri yang aku langgar bontotnya itu..

Aku sudi membayar RM 100 atas kesilapan ku itu..

Dah dekat asar, akhirnya aku blahh, dan sekiranya sesiapa yang pernah kena langgar bontot pada hari ‘sekian-sekian’(sila nyatakan) di waktu sekian-sekian,(sila nyatakan) Masih ingatkah kamu terhadap seorang jejaka kacak yang tersenyum manis mintak maaf dan betapa kasihannya aku menungu kamu di bahu jalan macam orang gila, kejap kejap tengok jam, kejap kejap tengok jalan, tapi kamu tak kunjung tiba juga..

Aku takut akhirat kelak, aku kena jumpa kamu pulak untuk mintak maaf..

Aku harap kau tak U turn kembali ke pangkuanku kerana kamu maafkan aku, small matter, bukan kerana sesat atau kamu sibuk buat kamu tak dapat datang jumpa aku, aku berdosa padamu maka maafkanlah aku.., atau ketika kamu U turn tiba tiba kamu eksident pulak sebab break mengejut kat lampu hijau lalu jadi mayat tanpa sempat aku mintak maaf! Oh!

Maafkan aku, melanggar bontot keretamu, aku takut akhirat kelak kamu akan dakwa aku, hokum aku, buat aku masuk neraka, oh!! Oh!!

Maka aku mintak supaya Allah bagi ilham kat engkau untuk ampunkan dosa aku, aku mengaku bersalah, aku sendiri habis RM 300 repair kereta aku, aku memang banyak dosa, dan untuk itu, maka aku juga MAAFKAN siapa-siapa yang pernah buat salah kat aku, aku tak nak berjumpa korang di padang masyar kelak sebagai orang yang berdosa..

(Itulah! Cuai sangat..oh!)

Maafkan aku, melanggar bontot car mu,
Berat rasa hatiku, bayar gantirugi..

Dan demi waktu,
Yang bergilir di sampingmu
Maafkanlah diriku
Sepenuh hatimu…
(ungu)
Sekian dengan air mata..

P/s: NAFSU akan kalah pada AKAL, AKAL akan kalah pada MABUK, MABUK akan kalah pada TIDUR, TIDUR akan kalah pada FIKIR RISAU UMMAT.

Belajarlah Fikir risau atas ummat ini, nescaya kamu tidak akan mengantuk lagi!!(akupun!!)insyAllah…!!, dan bolehlah drive dengan baik di sepanjang perjalanan dunia dan akhirat.

SELAMAT MEMANDU!

Aug 14, 2007

Mana Bunga Telor?

( Di tulis menjelang cuti sekolah, selamat pengantin baru...)

Aku sengaja edit entry ni supaya korang tak bosan bila refresh entry aku.. he he he

Tapi aku takde idea nak menulis, lalu ‘cuba’ menghabiskan masa baca komen korang yang dulu-dulu dan email-emal yang lepas lepas..

Ada banyak soalan yang belum aku jawab.., mintak maaf!!(akan datang, insyAllah)

Dalam asyik membaca komen dan email korang, Sekali aku terperasan, seorang sahabat yang menggelarkan dirinya sebagai HAMBA ALLAH dah nak kahwin, err, dah kahwin kot?, atau tak jadi kahwin?, atau, eh, apa, hah?

Aku tak tahu dan nak sangat tahu, jika dah kahwin, anak dah berapa bulan?
: )

Walaubagaimanapun, aku akan copy/paste balik beberapa soalan dari korang dan di sertakan sekali jawapan dari aku..

Sekali lagi di ulangi,
Ini semua adalah sempena musim cuti sekolah yang dah nak tiba, sajer menyibuk sambil aku mencelah sini sana ganggu korang yang sedang buat persediaan menjelang hari perkahwinan hujung minggu ni, (Dan tolong simpan bunga telor untuk aku)

Kat atas meja opis akupun dah berlambak kad jemputan kahwin, dan aku akan pergi, insyAllah, paling jauh aku akan ke johor.. (Dan tolong simpan bunga telor untuk aku)

Ok, kepada pembaca keretamayat yang baru baca blog ini setelah bertapa satu jubli perak dalam gua batu kapor, aku nak suruh korang check komen keretamayat yang lepas-lepas, baik tak payah, korang ada banyak lagi komitment dengan tuhan nak kena buat, nak potong bulu, nak qadho solat dan lain-lain.., maka aku dengan rajinnya copy/paste balik beberapa 'cerita CINTA' yang telah berjalan secara senyap di antara ruang komen keretamayat…

Dan sempena hari kemerdekaan yang ke 40, aku sedikit beremosi lalu dengan rajinnya edit setiap short word demi nama baik bahasa kebangsaan.. woha!

(dan aku percaya, ada yang terlepas edit..oh)

Terimalah:!

SOAL JAWAB TENTANG CINTA, KAHWIN, SEKS DAN BUNGA TELOR!!
(suka hati aku jer taruk tajuk cam gini..hampeh)

Copy/paste dari commet box.

--------------------
Soalan 1

Anonymous said...
assalamualaikum...bro hamka..

macam mana dengan saya yang dah terlanjur dengan ex pakwe saya dulu..saya putuskan hubungan dengan dia pun sebeb tak nak teruskan hubungan terlarang tu...belumla sampai ke tahap bersetubuh..tapi banyak perkara terkutuk yang saya dah buat,,,bersentuhan tu perkara biasa dan berbicara pasal seks di telepon sampai tahap teransang lalu tak dapat tidur..dan berlarutan kepada perbualan yang amatlah jijik bila difikir kembali...saya banyak kali menyesal..banyak kali memohon ampun dariNYA..tapi kerana desakan nafsu..kami lakukan kembali perbuatan terkutuk tu..sampai satu tahap..saya rasa saya tak patut hidup lagi..tak layak hidup kerana dosa yang menggunung..saya tak nak teruskan perkara tu lagi..lalu saya ambil kata putus berpisah dengan teman lelaki....

dan saya takut untuk berumah tangga..sebab takut untuk menerima sesiapa..sebab saya sedar saya bukannya perempuan yang suci lagi...dan sampai hari ni saya dah takde perasaan dengan lelaki..nafsu saya dah hilang..kerana takut benda tu berulang lagi..alhamdulillah..saya dah kembali ke pangkal jalan..

Hamka said:

Walaikumusallam..

Aku ingat nak bagi nasihat, tapi di hujung soalan kau dah cakap:

“alhamdulillah..saya dah kembali ke pangkal jalan..”

Maka tak payahlah aku bagi nasihat apa-apa lagi, he he he

Tahniah kerana sudah insaf, itu adalah satu kejayaan!

Tapi kejayaan sebenar adalah berjaya kekal insaf sampai jadi mayat..Atau dengan nama arabnya “istiqamah”…

Ps; ramai orang sedar, tapi tak ramai yang buat usaha atas kesedaran..(akupun..)isk!

--------------------
Soalan 2:

Anonymous said...

minta pendapat...macam mane kesnya untuk budak-budak remaja berkahwin awal sekadar nampak perkahwinan hanya untuk menghalalkan persetubuhan(nak seronok2 je)without realised their responsibility after marridge?

ana takut kes-kes macam ni akan naikkan angka penceraian kat malaysia ni yang jelasnya banyak dikalangan pasangan muda.actually...untuk budak-budak yang kapel ni,which u guys think better for them? either nak kawinkan mereka atau ajak mereka tinggalkan kapel dan bertaubat? sebab kalau kawin,ana yakin mereka hanya nampak keseronokan sahaja..

Hamka said...
kahwin tu, satu dari cara mengzahirkan taubat...kalau niat ikhlas dan takut dosa berzina lalu berkahwin, insyAllah, Allah rahmat dan berkat akan perkahwinan..dan dah sampai tahap wajib seorang tu kawin jika “air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”cuma, masyarat kena tolong, mudahkah 'walimatulurus' mereka..

bercerai itu halal, berzina dan menghampiri zina itu haram...
berita anak kita bercerai lebih 'indah' daripAda berita anak kita berzina!!!

sekian berita hari ini di laporkan dari bilik mayat!

-------------------
Soalan 3

pokmat said...
aku dok berape setuju nge mung bro hamka
"bercerai itu halal, berzina dan mengahmpiri zina itu haram"

bro suka stresskan kena kawin awal.tapi kahwin bukan setakat nak setubuh je.dah tu bila cerai wat naya ke anak-anak/janda nak hidup camne.dah le masyarakat kita ni suka pandang serong ke janda-janda dan anak yatimaku rase bro termiss pasal budaya couple.ni la antara punca zina.watpe sebenarnye kapel-kapel ni?pesal ape benda ni dah normal sekarang.dah kapel tu start la gayut,dating etc.pastu mula la tak tahan.kalo rase dah cukup syarat nk kawin kawin je la.ni duit pon mintak ngan makbapak lagi apahal?
byk lagi mende lain nk buat selain pikir pasal awek-awek ni.

sori bro emosional sket

Hamka said...
pokmat... bercerai takde kena mengena dengan kahwin awal…orang zaman dulu kahwin awal relax jer, orang zaman sekarang kahwin lambat bercerai berai..pasal cerai, aku kena bukak tajuk lain…, lain kali –insyaAllah(lambat lagi ler.., tak kot)

Ps: testis belah, testis bertangkup. Tangkuplah aku,Aku ketagih air naik kepala, meleleh di telinga..

----------------
Soalan 4

Akak S said...
Hamka, in regard to your suggestion:Akak berpendapat berkahwin bukanlah semata-mata untuk memuaskan keinginan seks, tetapi mencakupi penyatuan dua jiwa. Dan jiwa hanya dapat bersatu jika dua insan mempunyai persefahaman dan daya intelektual yang sepadan. "Dalam pada itu, kesabaran & kegigihan untuk mempertahankan kemurnian kehidupan berkelamin terus akan diuji oleh Allah. Keteguhan iman dua insan (suami isteri)tersebut akan menjadi kayu pengukur kepada darjah kehambaan manusia kepada Allah."

Tidak wajar seorang wanita untuk menerima pelawaan seorang lelaki untuk bernikah semata-mata kerana dia (lelaki tersebut) dah tak tahan lagi (terlalu ingin bersetubuh). Ramai lelaki, mungkin juga wanita, yang mempunyai masalah seperti ini (terlalu ingin bersetubuh). Mereka perlu bersabar & belajar utk menjaga diri, dalam masa yg sama belajar tentang ruh perkahwinan & hak serta tanggungjawab yg terlibat dalam perkongsian tersebut sebelum memberanikan diri utk melamar seseorang.

Hamka said...
Akak S.Adik hamka pulak berpendapat:Antara kelebihan berkahwin adalah dapat memuaskan keinginan seks, sambil meyatukan dua jiwa dengan bersetubuh dan lebih menikmati jika di lakukan dengan insan yang mempunyai persefahaman dan daya intelektual yang sepadan. Dalam pada itu, kesabaran & kegigihan untuk mempertahankan kemurnian kehidupan berkelamin dan keseronokkan seks terus di perteguhkan dengan gigihnya.., Keteguhan iman dua insan (suami isteri)dan saling puas memuasi tersebut akan menjadi kayu pengukur kepada darjah kehambaan manusia kepada Allah."

Adalah wajar seorang wanita untuk menerima pelawaan seorang lelaki untuk bernikah semata-mata kerana dia (lelaki tersebut) dah tak tahan lagi (terlalu ingin bersetubuh). Ramai lelaki, mungkin juga wanita, yang mempunyai masalah seperti ini (terlalu ingin bersetubuh) lalu berkahwin dah selesailah masalah ini. Selepas bersetubuh dapatlah mereka belajar tentang ruh perkahwinan & hak serta tanggungjawab yang terlibat dalam perkongsian kerana satu ‘beban’ sudah lepas

Woha!

---------------
Soalan 5

Anonymous said...

help!kurikulum pendidikan seks akan bermula..apa pendapat kau?

Hamka said...

Aku teringin belajar mencari titik inzal dangan cepatnya..
Hmmm, apa tujuan belajar seks?
Untuk mengelakkan zina?
Jika ya! secara umumnye, mane ada remaje zaman sekarang yang terlanjur sebab tak tau seks tu aper.. rate-rata semua tau ape itu seks, persetubuhan, oral seks, masturbate, dan sebagainye.. betul tak? yang kurang adalah, bukan pengetahuan tentang seks.. tapi? Malas nak tulis, jadi panjang pulak, Pandai-pandailah pikir..

Nasihat aku..“sekiranya air laut tiba tiba menjadi kering, cepat cepatlah lari ke masjid di atas bukit”
--------------
Soalan 6

hamba ALLAH said...

Assalamualaikum...
Aku pembaca setia blog bro hamka ni..tapi hari ni baru nak bagi komen..dalam erti kata lain nak minta korang komen..sori bro hamka

Camni..aku jatuh hati kat sorang wanita..sama tempat belajar ngan aku..junior aku..muda setahun..dia ni memang baik sangat..tengok sekali pun dah tau dia memang sangat baik..lembut..pakai semua pun tutup aurat..pandai masak..nak kata semua cukupla...

Aku tak pernah pun terfikir akan jatuh hati ngan dia ni..sebab dulu before dia datang sini(utk pengetahuan semua.aku pelajar tahun akhir kat sebuah universiti kat oversea..bukan nak bangga) dia dah ade pakwe..memang dia ngaku la dia dah ade pakwe..so stud laki sume takde ar yang usha-usha dia..tapi lepas duduk 2 tahun..dapat berita dia dah clashed ngan pakwe dia..pas tu dia tak layan mana-mana laki dah...

Tapi disebabkan aku ikhlas kat dia,, aku try gak luahkan perasaan aku kat dia..dan dia minta masa untuk dia fikirkan..dan satu malam tu dia terus terang kat aku..dia bagitahu semua..aku amat terkejut bila dia kata......dia kata.....dia dah takde apa ape..pakwe lama dia dah `rase` semua apa yang ade pada dia...oh Tuhan...aku taktau nak cakap ape..Speechless...aku tak pecaya...tapi dia tak hilang dara lagi ar...tu aku taktau ar..dia berterus terang kat aku..dia bagitahu sebab dia kata dia tak nak berselindung...dan dia cakap..dia tau tak kan ade laki yang sanggup terima dia jadi isteri...

Aku terdiam gak...dah beberape hari ni aku wat solat isthikarah..minta ape yang baik...aku tau dia dah berubah..tapi aku takut aku tak leh terima hakikat yang isteri aku tu bekas orang..laki lain dah sentuh..oh..

Camne ni?..aku tau dia baik..baik sangat..dia pernah kata.. kalo tak de orang sanggup terima dia lagi..tak pe..cukup ALLAH sebagai pemelihara dia..
Camne sahabat-sahabat semua..aku tengah bengong..bro hamka..bagi la pendapat...takut kalo lepaskan..tak kan jumpa pompuan sebaik dia lagi...tapi kalo terima..takut tak leh terima hakikat dia tu bekas laki lain..ohh..hinanya aku!!!!!

Sekian.

Hamka said...

Wa’alaikumusalam..

Ada cerita dari kitab (mana ntah, aku lupa) seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing dan Allah suka dengan amal ini, maka Allah bagi jalan hidayat yang mana akhirnya si pelacur ini berkahwin dengan orang soleh dan beliau telah menjadi ibu kepada Nabi-Nabi bani Israel..Ada jugak cerita orang alim di goda pelacur, kerana takutkan nereka, orang alim ni pengsan, dan akhirnya pelacur ini dapat hidayat dan berkahwin dengan orang alim (itu)..

Nasihat aku:Kalau kau dah suka dia…Jangan peduli lagi apa orang nak kata..

Lagu latar: (bengang)
Mana datang cahaya?
Bukalah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting…hatiku dapat kau tawan…!

Yang penting… hatiku dapat kau tawan…!

Aku cakap ni, jika/kalau kau dah suka dia betul-betul,
Tapi, kalau kau ragu-ragu, atau kesian, baik tak payah..

Aku cakap betul ni, jika ada wanita yang nak kahwin dengan aku, dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya dan dia berjaya pujuk isteriku, dan dia juga bersih dari sebarang penyakit HIV dan lain-lain, aku terima walau siapapun dia… he he

Dalam islam, sejarah tidak boleh di hukum..
Macam saidina Umar yang bunuh anaknya hidup-hidup, beliau tetap boleh jadi khalifah islam yang ke dua..Sejarah dah lepas, yang penting, sebelum korang jadi mayat, korang sempat bertaubat..Yang pasti bila dah jadi mayat, baru ‘sejarah’ di ambil kira…oh!..

ps: kalau kau tak nak, aku nak, eh, apsal aku ‘pijak semutpun tak mati’ pulak? Oh!


*********

KOMEN DARI PEMBACA YANG LAIN (SAJER NYIBUK HE HE HE)

syawwal said...
salam...kesian ngan gadis dalam citer 'hamba Allah' tu..sedihlah..tapi tu ler..setiap orang yang mengaku beriman pasti akan diuji..semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan kita didunia mahupun diakhirat..tak de idea nak nasihat..

elcoyote said...
kepada hamba Allah : kesian kat gadis tu..tapi kan..aku rase..sedara kena la terima seadanya si dia tu..sebab..tak semua orang perfect..terima lah seadanya..insyaAllah..Allah akan bantu sedara mengatasinye..kalau setakat kesian aje kat si dia..aku rase baek tak yah..nanti mase depan..pape hal boleh berlaku..wallahua'lam..p/s: maaf la..aku pon tak pandai nak nasihat org..menjahanamkan org ade la..oh..

maniss_mu said...
kepada hamba Allah dan gadis_nya...Tersentuh jiwa maniss membaca cerita saudara..Ramai gadis yang sebegini teraniaya dengan percayai cinta..setelah habiss semua ..
-Ada Apa Dengan Cinta???

Insya Allah..jangan dianiayakan diri gadis itu jika saudara tidak boleh terima hakikat bahwa isteri sudara - bekas org lain. mungkin hari ini sudara boleh kata..tak mengapa..saya terima seadanya..tetapi lelaki ego mudah terasa bila sahabat lain mula mengata..jika cinta saudara tulus dan berkiblatkan Allah swt..kami disini mendoakan kalian bahagia sehingga akhirnya.. layarilah bahtera dengan resepi-resipi keretamayat...

Saya percaya CINTA saudara sedang diuji olehNYa..

yuuki kagaku said...
assalamualaikum...banyak lak luahan perasaan kali ni..untuk hamba ALLAH...kalo betol dah suke kat pompuan tu..no turning back..takyah bangkitkan sejarah silam gadis tu..en hamka pon dah komen kan...so...fikir-fikirkan la..en hamka..kerim salam kat isteri en hamka..huhusayounara..^_^

akula said...
Assalamualaikum...

Kepada hamba_Allah, satu soalan je yang aku nak tanya:

Ko kata dia budak baik dan ko memang yakin dia memang baik tapi macamana "budak baik" boleh berikan segalanya kepada bukan yang berhak (yang berhak hanya suaminya)?

Tapi manusia memang melakukan kesalahan dan jika dia memang telah bersungguh-sungguh menyesal den bertaubat, maka seharusnya ko mempertimbangkan untuk cepat-cepat menjadikan dia sebagai isteri.

Aku setuju ngan hamka yang sejarah tak boleh digunapakai didalam menentukan kelayakan seseorang dalam Islam kerana dalam Islam ada konsep taubat dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun...

Tapi ustaz aku dulu ada bagitau, tidak wajib bagi seorang isteri menceritakan segala kisah silamnya kepada suaminya kerana dibimbangi ia akan memudharatkan perkahwinan.Ko kena ingat satu perkara je, "Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik" dan begitu juga sebaliknya....

P/S: Amacam? best tak motivasi dari aku?

iman said...
assalamualaikum...kepada semua,terime kasih atas segala yang telah ditakdirkan untuk semua orang membacanya di sini..dah lama sebenarnya view blog ni tapi saja nak drop comment..

anyway..kepada hamba Allah..anda tahu siapa diri anda. serahkan segala-galanya kepada Allah! berusaha untuk mencipta kebaikan untuk kamu berdua jika kamu yakin dia adalah yang terbaik..Allah sahaja yang mengetahui segalanya..insya Allah..terima kasih juga kepada saudara keretamayat yang memberi pengajaran walaupun agak banyak juga diselitkan 'hiburan ringan'..semoga Allah memberkati kehidupan kamu sekeluarga..
~salam dari bumi anbiyaa..~

Anonymous said...
salam...nak komen siket..pada anonymous tuh, kau nak mati kenapa??

Tuhan maha mengampuni dan maha pengasih...dia sentiasa melindungi hamba Nya..ko mohon la pada Nya...thats why agama larang kita untuk berkapel-kapel nih...dia nak pegang-pegang,...bila dah pegang..dia nak peluk..bila dah peluk..huh, paham-paham ja la..ko pon, yang terlalu ikutkan hati tu gapo?? kalu ko perasan sebuk kan ka bagus??

Tak yah pikir pasal tuh..apa la... ko tak yah la kapel-kapel nih...ko kawen terus...ko suruh mak ayah ko aturkan..kekeke..dan, sebab yang ko kata takut nak kawen sebab takut org tak terima kau tu, kalau orang tu serius dan benor-benar cintakan ko, dia tak kan menilai semua tuh!!!

p/s: rasanya tetap sama bila ko "buat" ngan suami ko nanti wlupon ko tak suci!!!maaplah kalu aku tulis merepek kat sini..aku pon tak sempurna..nyemak ja kat sini...sorry bro..buat kacau sini..saja nak ngetest sama ada boleh jadi pemblogger macam bro huhu..k, salam...

Anonymous said...
“dan sampai hari ni saya dah tak de perasaan dengan lelaki..nafsu saya dah hilang..kerana takut benda tu berulang lagi..alhamdulillah..saya dah kembali ke pangkal jalan..”

alhamdullilah syukur ko dah insap..bab ko tak da perasan ngn laki tuh, hurmm.... lama lama kelamaam kalu ko jumpa orang yg benor-benor ikhlas ngan ko, insyaAllah, Allah akan bukakan pintu hati mu...huhu,,,

zackyah fimiyun said...
Tapi aku simpati pada teman-teman aku yang sudah bercinta time belajar tapi tak dapat nak kawen...aku sangat kesian...jiwa mereka tersiksa. tersempit.kenapa culture melayu menyusahkan perkahwinan?belanja sana situ sini..macam nak wat kenduri grand-grand..kalau dah terlanjur,siapa nak salahkah?siapa yg malu?mereka dan keluarga mereka...tipah tertipu,bang!

jadik nasihat aku: kalau dah bercinta,kawen aa..kata sanggup redah lautan api membara..(tak kan api neraka maksud kekasih hati kau?)kalau ada yang sedang bercinta tu kawen atas dasar Allah (termasuk nak elak maksiat),percayalah rezeki Allah datang tanpa di sangka-sangka..dulu,geng-geng best medical student pun banyak yang kawen dulu time belajar..tenang belajar tanpa maksiat!..dah jadik ibadah..=)

kalau rasa tak bersedia nak kawen,jangan berani nak bercinta!hargai cinta disekeliling kita yang makin lupus..Percayalah janji Allah yang paling tepat...!

p/s:aku emosi.terlalu emosi. aku kesian kat kawan2-kawan aku yang bercinta tapi tak nak kawen..

Anonymous said...
Dari berzina baik berkahwin..memanglah kahwin bukan untuk setubuh sahaja..tapi bila air dah naik ke kepala..berapa ramai yang sanggup puasa, baca quran..banyak yang "guna tangan pun boleh."turut nafsu lesu. pandu lah nafsu jangan dipandu.janganlah kamu mendekati zina, seks haram. walaupun seks selamat pakai kondom. Bercouple pun termasuk mendekati jugak. aku tau la, aku pun couple gak dulu..memang stim la kalau dah start pegang-pegang tu.

Anonymous said...
aku ni kan..memang teringin sangat nak kawen.tengok hamka tu...umur atas aku setahun je tapi anak dah 3.aku bila nak kawen mak aku cakap suruh kumpul duit dulu la..keje elok-elok dulu la.macam-macam lagi la.mak aku anggap aku ni budak lagi kot.air aku pun ada tahap gak.rasa-rasa dah sampai tahap kemuncak dah ni.ahh balik ni aku nak cakap dengan mak aku la yang aku nak kawen cepat-cepat..thanks bro hamka sebab bagi idea..kenang dirimu dlm tidoku..chewahh..---------------

jijo alfonso farrera bin abdullah(bUkAn nama sebenar)

Najwa Aiman said...
err... nak beransur dululah sementara bulan masih mengambang... takut nanti senak pulak karang masuk paper nanti....

Anonymous said...
orang lelaki: buta bila nafsunya tegak. selepas reda nafsunya baru nampak dunia dan insaf.turut nafsu lesu.

-------------------
Maryam [59] Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka)tahan nafsu - syurga

-------------------
An- Naziat [40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; [41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

greng said...
Dari kisah Hamka yang panjang ini greng terfikir..

Hubungkait untuk ketenangan hati ialah berzikir mengingati Allah Taala,
Hubungkait untuk rezeki ialah bertakwa kepada Allah maka akan disampaikan rezeki dari sumber yang tak dijangka,
Hubungkait ke arah menyempurnakan Iman ialah KAHWIN!!

Ingat ni :Nantilah bila Allah terbitkan hidayah dalam hati maka penyesalanlah yang akan timbul mengenangkan dosa-dosa lalu dan andai masa boleh dikembalikan semula pasti kita akan mengelak dari melakukan dosa-dosa tersebut...
Entahlah...

Anonymous said...
blasah jer dier..haha..no lah, just kidding.. haven't come up wif any idea yet..sorry.. (sebenarnye..diriku pun tak reti nak mengeluarkan kata2 hikmah..oh..)

Inqilaab said...
waahhh... dah banyak komen kat sini.seks dah masuk bab munakahat, tak gitu bro hamka? sebab takde jalan lain nak halalkan perkara yang Allah haramkan [baca: seks].

zaman sekarang ni... memang payah nak cari yang sesuci Maryam, sesetia Rabi'atul Adawiah. Itu perempuan. Lelaki lak.. yang macam imam shafie, imam nawawi... oh? apakah mereka bukan manusia?mereka manusia, zaman aje lain. biologically tak pnah lain, kan? sama je.. dah baligh tu semua ada keinginan. [mana ada ada orang yang Allah tarik kewarasan akal fikiran nak kan seks? Yang gila seks aje...]buat yang belum jumpa pasangan (soul-mate kata orang kat tempat aku lahir), teruslah bersabar. Allah sedang mengganjari tanpa jemu setiap usaha anda menahan diri dari buat perkara yang Allah tak suka. Huhu. Fasbir sabran jamila (kalau rajin baca Quran, korang akan jumpa ayat ni. Kalau surah Yusuf, ayat fasabrun jamil banyak.)huhu panjang la pulak...

Anonymous said...
Org melayu kalau cakap pasal seks seronok tak terhingga... termasuklah ustaz2 dan yg tua kutuk nak mampus...umur 90 taun pun nakkan pompuan 18 taun. Otak tu tak der ke lain, tu sbb susah nak maju! Byk perkara lain lagi yg perlulan lebih perhatian! Terlalu memikir ttg seks lah sbb air dok naik ke kepala... cuba fokuskan kepada yg lebih menafaat. Bagi yg belum kawin, InsyaAllah bila sampai jodoh, Tuhan akan htr pasangan anda... buat masa ni fokuskan otak anda kepada pembangunan diri.Nasihat saya kepada tokey blok: Kadang2 cara deskripsi anda boleh menyebabkan (kepd org2 belum kawin khususnya) air naik ke kepala. Kesianlah depa ni!

Drp: Bakal maut

Anonymous said...
Sorila bro Hamka,pengirim nak cari bini ni kot2 ada jodoh.Sape2 wanita yang ingin kahwin awal untuk mengelakkan maksiat dan lipatkaligandakan pahala sebanyak 70 kali amatlah dicari oleh pengirim mesej ni.Syaratnya mudah; taknak keje dan duk umah jaga anak@anaks DAN sejuk mata memandang@mempunyai paras rupa yang cantik.Diploma@pun degree amat2 tidak diperlukan.Yang enting duk umah dan besarkan anak2 dalam suasana iman.Sy 20 tahun je skg ni(!).haha,boleh pulak cari jodoh macamani.Ya Allah,jodohkanlah aku secapat mungkin.taktahan dah ni.reply me on this blog also,A.S.A.P.Amiin..

-akmah-

Anonymous said...
Salam,lupa pulak nak bagitau tadi.saya 20 tahun,belajar lagi..kat Penang

Anonymous said...
aku ni just nasi tambah je bab kata orang..anyway nak kawin awal aku tak kesah tapi tanggungjawab tu orang laki kena ingat jangan amik mudah!!!takut tersenget je kat akhirat nanti..Ni semua syurga dunia.. jangan mudah terleka dan terlena..Aku hanya insan yang lemah mudah terluka dan dilukai...

Anonymous said...
salam kereta mayat,tapikan, kau tak rasa cam paradox ker. kalau semua kaum lelaki above 35 kahwin dengan pompuan under 25, mestilah dah takder andartu sebab derang seme dah kahwin masa umur 25 tahun ke bawah? aa.. aku rasa flaw of the argument is that just because kau nampak trendnya macam tu, tak semestinya benar. kita ni hidup tak lama, tak cukup lama untuk kita meng'observe' real life trends. tak cukup lama untuk kenal ramai orang untuk observe trend masakini. aaa..tu jerlah.kita tahu banyak perkara pun sebab adanya communidication [media and tele]. zaman dulu takder semua ni, tapi does not mean it does not happen, betul? aku pun baru masuk 25, perempuan dan tak kahwin lagi... :-) does this mean aku akan kahwin dengan lelaki over 35 yg baru sedar nak kahwin OR aku akan masuk dalam kategori andartu dah?hahahahha....

Anonymous said...
kpd hamba ALLAH...ko trime jer dak pompuan tu....mngkin dlu dier ex aku....sbb ex aku skang nie sgt baik n aku sendri kagum n malu ngan dier...aku xsanggup nak tgk mke dier lg..aku pnah rosakkan dier tp aku x pnahhilangkan dara dier...aku rase berdoase kerna wat perkare t'kutuk 2 ngan dier...aku sedih n malu pada diri sendri....

abu_harraz said...

-utk hamba allah : kawin je kalau istikharah kata betul-
rondoletti said...
untuk hamba Allah::aku setuju ngan 'akula'.verse of the quran '..sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yg baik & lelaki yg baik untuk perempuan yg baik.mereka itu bersih daripada apa yg dituduhkn orang..'24:26.balik bleh la check :)


buTTerFLowEr said...
bro hamka: aku suke bace blog ko. hehe... terase betapa ceteknye ilmu ak nehh... name je hidup 21 thn, tapi empty je...kepada hamba allah: kalo betul-betul sayang, tu tolak tepi. kire baik laa die berterus terang. kot kalo dah kawen baru tau, pastu nak sumpah seranah, nak cerai ke? think back. kalo sume orang cam die kene buang, sape yang nak tolong diorang? ramai yang rase cam kene buang, kene sisih, then continue to be in the circle. senang je, kalo tak leh terima then cakap je i'm sorry i changed my mind. jangan cakap tak kisah, belakang-belakang nak pikir boleh terima ke tak?. sebab sooner or later jawapannye jadi TAK, pastu baru nak cerai berai laa ape laa... yang lagi tak patut bile kene ungkit-ungkit pulak kalo gaduh-gaduh... so mencegah lagi baik dari mengubati. stay away kalo rase banyak berpihak pada takleh terima... baik ke tak baik ke tu lain cite. kalo jumpe pompuan lain yang tak bape baik tapi diri rase boleh bimbing, dia akan jadi baik jugak, kan? kalo baik tapi pastu later nak ungkit-ungkit, nampak laa sume yang tak baik tu, pastu jadi ntahpape...

elcoyote said...
emm..kenapa ramai yang emo pasal kawen nih..insyaAllah..jangan disalahkan lelaki atau perempuan..bagi aku dua-dua same aje..sebab semua orang nak pasangan yang terbaik..aku pon..oh..tapi..sebelum nak yang terbaik..jadikan diri kita ni yang terbaik dulu..sedarlah diri dulu..adakah aku yang tak sedar diri..oh..bak kate ramai pembaca setia blog bro hamka ni..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya..pepaham sendiri..tak yah nak condemn sesape..ok..case closed..hihi..

Anonymous said...
"wanita yg baik utk lelaki yg baik..." adakah kita faham maksud AQuran secara literal atau lateral? Kalau kita ambil maksud secara direct (literal), bagaimana dengan nabi nuh? nabi syuib? isteri baginda curang kepada baginda! Bolehkah mesej AQuran diterima? Jangan ambil guna ayat AQuran untuk kepentingan diri. Kalau anda dapat isteri solehah, jangan dok perasan hang tu lelaki soleh! Cek diri dulu! Dan jangan hina kalau orang lain dapat isteri curang atau tak baik, tak semestinya dia (lelaki tu) tak soleh. Untuk ambil guna ayat AQuran, kena kaji sejarah turunnya ayat khusus tersebut dan dapatkan prinsip sebenar kenapa ayat itu diturunkan kepada manusia. Harap maklum.

hamba ALLAH said...
assalamualaikum semua....terima kasih atas segala pandangan dan nasihat..a ton of sorry to bro hamka..jadikan blog bro ni sebagai tempat meminta pandangan...ALLAH dah takdirkan lepas baca blog bro ni..terdetik nak minta pendapat..sebab tengah buntu..mungkin ni petunjuk dari NYA..dari istikharah aku yg lepas-lepas..ditemukan dengan pendapat sahabat-sahabat semua...kepada `akula`..dia memang gadis yang baik..mungkin itu sejarah silamnya..dan dia juga telah memaafkan dirinya sendri..thanks a lot...Ya ALLAH..forgive me when i whine....doakan kebahagiaan aku....

hamba ALLAH said...
salam~~ pembaca blog bro hamka semua..ingat saya lagi..jeng..jeng..kepada sesiapa yang masih ingat akan kisah saya...insyaALLAH bulan mac ni saya akan mendirikan rumahtangga dengan gadis yang pernah saya maksudkan dalam komen saya dulu..insyaALLAH saya akan bertunang untuk sebulan sebelum berkahwin..alhamdulillah asbab nasihat dan pandangan sahabat semua dapat juga meleraikan sedikit kekalutan dahulu..aisey..ayatku berbunga-bunga pulak..doakan kebahagiaan saya..kerana saya ikhlas untuk menjadi suaminya yang soleh lagi romantik..amin..**

Sumaiyah said...
tahniah hamba allah!! alhamdulillah, terbina lagi satu baitul muslim, harap harap dapat terus berkembang ke masyarakat, negara islam seterusnya ustaziyatul alam. kpd semua [aku la tu], teruskan berjuang, tajdid iman dlm diri.. wallahua'lam.

Hamka said...
hamba ALLAH ..salam~~ Wah.., dalam senyap senyap dah nak kahwin rupanya..He he he, boleh dapat bunga telur..!!!

SEKIAN...

ps: Aku gurau jer mintak bunga telur, kalau nak sedekah, boleh sedekah al fatihah, terutama bila aku jadi mayat!

Aug 8, 2007

Siapa MUFTI ?

(Jangan Berlagak “MUFTI”.)

Aku suka baca akhbar semalam, atau yang bertarikh lewat satu hari, alasannya?
Supaya aku lebih muda satu hari.. woha! (tak lawak)

Nota: Entry ini bukan di tuju kepada mana-mana MUFTI, tapi di tuju kepada mereka yang berlagak 'mufti'- harap tidak keliru

*****

Satu nasihat terpinggir dari seorang aku kepada mereka-mereka yang sedang atau telah belajar ugama terutamanya bab hukum hakam agar jangan lah korang perasan bagus dan sombong lalu berlagak seperti mufti.. berlagak too good for others. Dan keluarkan fatwa sesuka hati…

Bila jumpa kesalahan masyarakat terus letak hokum, orang ni masuk neraka, orang tu masuk neraka, semua orang masuk neraka, korang jer ler yang masuk shurga kononnya..

Hampeh!!!

Aku tahu korang baru khatam kitab masail, baru habis berguru fardhu ain, baru lepas dari majlis ilmu yang hebat-hebat, baru balik dari debat perdana, baru habis baca buku tebal, baru faham selok belok ugama, baru balik dari kem motivasi, baru balik dari group bina semangat, baru mumayiz dan bla bla bla.. tapi janganlah korang sesuka hati berlagak mufti, kejap kejap letak hokum, kejap kejap buat fatwa.. itu haram ini haram, hang masuk neraka depa masuk neraka, yang tu busuk yang tu buruk, yang tu tenuk yang tu berok, yang tu kawan abu jahal yang tu member firaun..

wah wah wah, bagusnya korang, anak sapo ni ha ?

Ya, aku tahu dulu korang bodoh, jahil ugama, naïf dan hina, berkawan pulak ngan orang jahil ugama, sekali korang dapat geng baru ukhwah fillah lestari joint usrah terus pakai kopiah dan yang perempuan terus pakai tudung, terus jadi super born muslimin dan super borm muslimah.. ok, BAGUS apa!?,

Yang tak bagusnya bila korang mula berlagak seperti ‘mufti’, keluarkan fatwa sekuka hati, mula pulaukan group member lama yang tak ikut nasihat masail korang, haram-bidaah-neraka meniti di gigi, yang joint group boikot pulak sanggup letak hokum sape tak boikot masuk neraka, bila ada majlis maksiat terus pergi piket dan angkat sepanduk tunjuk perasaan kepada manusia dan letak hokum orang islam yang tak joint korang sebagai munafik, dayus, agen yahudi, member firaun, dan ahli neraka!!,

Tu belum aku cerita bab politik lagi, si berlagak mufti ni terus kutuk dan hukum ustaz ulamak dengan penuh emosi kerana berbeza fahaman, letak hokum ustaz tu masuk neraka, kemudian buat lagi fatwa sape yang tak ikut korang solatnya tak terima, amalannya tak naik ke arasy, kahwin tak sah dapat anak zina, wal tonfok tonfok wal tahik unta.. pendek kata semua yang tak bersama dalam perjuangan korang adalah ahli neraka!!!

Bila aku tegur, dan bagi sedikit alasan kenapa korang tak boleh berlagak mufti, terus menlenting dan cakap tunggu saje akhirat esok, siapa yang masuk shurga siapa yang masuk neraka!!

Arghhh, aku malas nak berdebat, aku nak nasihat sajer, dan bukan nak letak hokum suka hati..

Baik, aku ada tiga nasihat untuk korang yang suka berlagak ‘mufti’..

SATU: JANGAN JADI PIRING.
(berhati hati kerana 'ia' mudah pecah)

Dalam sesetengah keadaan, memang betul hokum hakam yang korang nyatakan bila kita bincang dari segi ‘masail dan fatwa’ yang sedang berlangsung dalam satu-satu majlis ugama,

Tapi bila satu masalah muncul yang terkeliru antara darurat dan mangsa keadaan, maka sebelum letak hokum dan keluarkan fatwa, kita kena kaji jugak cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah untuk satu jangka waktu yang panjang,

Sebagai contoh, ada satu hari tu seorang member perempuan cerita, dia kerja hotel sebagai penghias dalaman, satu hari seorang member yang lain (yang dah jadi super born muslimah seterusnya berlagak ‘mufti’ )letak hokum bahawa haram dia kerja kat hotel tu kerana hotel tu jual arak, dia di kira bersubahat kerana mengikut hukum gajinya dah bercampur dengan keuntungan arak, ada 10 golongan yang masuk neraka kerana terlibat dengan arak bla bla bla .. (rujuk buku syariah islamiah form 5..) lepas tu budak pempuan yang naif ni berhenti ler kerja kat situ dan sudah menganggur berbulan-bulan, hidup jadi sempit dan hutang pulak dah banyak tertunggak.., akhirnya..

Hidup melarat dan mati kebuluran (yang ni aku tambah..),

Apa-apapun, lepas dah berlaku kejadian tu, baru dia ngadu by email kat aku,

Aku cakap kat bukan awek aku tu, kalaulah dengan izin Allah kau jumpa aku dan tanya aku yang bukan mufti ni, maka aku akan suruh kau kerja jer kat situ, apa kena mengena upah kau hias bilik hotel dengan gaji yang bercampur baur?

Orang yang jual karipap dan goreng pisang tepi jalan tak boleh jual ke jika tauke arak singgah nak beli karipap?
kalau aku bukak kedai jual nasi lemak daun pisang, lepas tu datang perompak datang makan kat kedai aku, lepas makan dia bayar,aku nak ambil duit tu tak? sedangkan duit tu duit rompakan agaknya, aku ambik jer.. apa kena mengena nasi lemak aku dengan duit rompakan dia, takkan lah aku nak bagi perompak tu makan free!
Kau dah hias bilik hotel cantik cantik patutlah dapat upah, boss kau dah upah, tak payah tanya duit tu dia ambik kat mana..

Kes ni samalah kes yang di keluarkan seorang penganggur yang berlagak mufti tentang orang yang kerja kerajaan gajinya haram kerana bercampur gaur dengan cukai arak, cukai judi, artis pun bayar income tax bla bla bla.., bagus soalan ni korang pergi tanya mufti perlis yang kerja kerajaan tu..he he he

Oh!..kasian betul kat bukan awek aku tu, dah kerja apa sekarang? Tak tau ler.. (dah jadi mayat kot? hidup kebulur..)

Dan bagi aku jika awek tu kerja dia angkat arak sekalipun, dalam keadaan tak tahu pada mulanya di maafkan, tapi bila dia tahu maka memang kira jugak dosa pada dia, cuma nasihat dari aku yang bukan mufti, bila dia dah tahu, pergilah cari kerja tempat lain dulu, sambil teruskan kerja kat tempat lama, dah confirm DAPAT KERJA TEMPAT BARU YANG HALAL, barulah berhenti.., faham tak? Lagi tak dapat lagi tu lah kerja kat situ.. faham tak ni?

Ada jugak mamat yang nak berhenti kerja dari satu syarikat buat telepon kerana boss dia masukkan mp3 al quran dalam handphone dengan alasan haram bersubahat kerana nanti dalam telephone bercampur gaur dengan maksiat, game, mp3 lagu dan sebagainya bla bla bla..

Ampun pak!!

Kerja sajerlah kat situ, dah korang orang islam, dan ada kawan kawan islam kerja kat sana, dah boleh solat jemaah kat sana dan teruskanlah bekerja dengan niat dakwah, tak mustahil satu hari nati boss korangpun masuk islam tengok korang punya akhlak bagus, tak curi tulang, buat kerja on time, tak mengular… tak gitu?

Kalu semua blah, sape nak sedarkan mereka yang kapir jika bukan korang orang islam,?

Sebab tu berbeza cara menyelesaikan masalah ugama oleh seorang da’e berbanding seorang ‘mufti’..

Seorang da’e punya fikir macam mana semua ummat ni dapat beriman, dapat kekal dalam iman dan menjadi mayat dalam keadaan beriman.. inilah sebabnya turun perintah dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW agar duduk bermusyuarat dengan sahabat walaupun wahyu belum terhenti..

Bila orang Taif baling batu pada Nabi sampai berdarah darah, malaikat datang untuk buat HUKUMAN, tapi nabi fikir jauh.., kalau mereka tak nak, biarlah anak cucu mereka yang nak..

Mufti dengan fatwanya adalah betul, tapi aplikasinya adalah bergantung kepada keadaan individu atau persekitaran, dan pada waktu inilah islam memerlukan seorang da’e yang berfikiran long distance..,

Kerana itu Nabi bersabda, jika tidak ingin memberatkan ummat, nescaya akan ku wajibkan bersugi dan bertahujjud dan lain lain lagi (hadith- rujuk ustaz)

Nampak? Nabi berkeinginan keluarkan fatwa untuk wajibkan solat tahajjud kerana kebaikkannya amat besar, tapi takut ummat tak mampu buat dan dah jadi dosa pulak, maka nabi sunnatkan sahaja…

Jika Nabi keluarkan fatwa-wajib bertahajjud, akulah yang paling banyak berdosa!! Oh!!

Maka nasihat aku yang pertama, berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!

Terutama dengan mak bapak, betul mak bapak kau ada yang malas sembahyang, dan ahli maksiat, tapi bila korang letak hukum mereka ahli neraka, korang dah sakiti hati mereka sampai tahap tak nak jamah masakan mereka dah melampau ler tu, Dakwahlah mereka dengan ilmu fadhail(kelebihan), jangan berdakwah dengan ilmu masail (hukum hakam)..jika korang mualaf dan mak bapak masih kapir tak salah duduk serumah berkasih sayang, dengan niat dakwah.., bertindaklah macam da’e bukan berlagak macam mufti..

Bila member ada masalah ugama, jangan terus bagi fatwa, selesaikan masalah dengan takwa, saidina Umar pernah mansuhkan hudud, juga sanggup bagi jawatan perdana menteri kepada seorang yang murtad asal sanggup dia kembali memeluk islam, boleh rujuk ustaz untuk cerita detail..

Saidina Ali dalam perperangan Jamal menentang pihak Aisyah r.aha, bila menang dari segi hokum pihak yang kalah hartanya jadi rampasan dan tawanan menjadi hamba, tapi saidina Ali rampas harta mereka tapi tak pulak jadikan mereka sebagai hamba, sahabat yang lain argue kenapa buat macam tu, Nabi tak pernah buat macam tu?

Saidina Ali bagitau, korang sanggup jadikan isteri Nabi hamba korang? (lebih kurang cerita)

Maka nasihat aku.., berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!
Berhati hatilah, tersilap bagi fatwa boleh masuk neraka, (aku pulak kelurakan fatwa..huh)…

Nasihat kedua:
JANGAN JADI PINGGAN..
(tiada pinggan, daun pisang berguna juga)

Ada 2 keping piring dan pinggan yang cantik, yang mana bila di lambung tidak pecah, tapi bila jatuh terus pecah berderai menjadi serpihan kaca yang bisa melukakan tuannya.., arggghh malas aku nak ulas dan bermadah..

Aku nak cerita sikit..

Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah telah datang pada Nabi dan mintak izin untuk pergi berzina,

Dari segi hokum, orang ni adalah melampau dan macam menghina Nabi sehingga sahabat punya faham, hokum bunuh sajer pada hamba Allah ni,

Tapi Nabi cool.., Nabi sebagai Da’e yang agung faham masalah hamba Allah ni, lalu nasihat dengan baik baik, Nabi tanya: kau suka tak jika orang berzina dengan ibumu? Berzina dengan adikmu, kakakmu, isterimu (lebih kurang maksud hadith)

Hamba Allah ni cakap tak suka lalu Nabi berdoa untuknya, semenjak dari itu tiadalah yang paling di benci oleh hamba Allah ini iaitu zina!!

So, dalam sesetengah keadaan, bila member korang buat maksiat tak perlu korang keluarkan fatwa, itu haram ini haram, masuk neraka dan sebagainya, orang sedang ‘mabuk’, boleh ke kau bersyarah ugama?

Orang macam ni korang kena pandai ambik hati dia, pujuk dan kasihan pada dia, bagi hadiah kat dia, ni panjang nak cerita, dakwah melalui akhlak, dakwah dengan hikmah,

Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula kencing di satu sudut Masjid. Dari segi hokum perbuatan itu di kira menghina masjid dan maruah islam, Para Sahaabat RA segera bergegas untuk menghukum ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai kencing dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, orang nak kencing tak baik di tahan, boleh kena batu karang, dan Nabi sendiri basuh masjid siap ajar pulak sahabat bagaimana nak basuh najis dalam masjid, aku rasa zaman ni jika yang kencing tu pekerja kilang kicap, tentu korang letak hokum haram makan kicap masin kilang tersebut kerana pekerjanya kencing dalam masjid, terus boikot dan berpiket lalu bakar bendera, apa kejadah ntah?

Tahukah korang? berapa ramai orang yang hina Nabi, yang mana korang letak hokum kita wajib bunuh dia dan boikot production mereka serta bakar bendera mereka, tapi Nabi bila di hina, siap suap makanan, bagi hadiah, doa hidayat dan menangis untuk mereka!!
Sebab ada orang yang hina Nabi kerana tidak faham dan terperangkap dalam suasana salah sangka, mereka tidak di beri peluang untuk duduk di posisi yang positif…

Maka, janganlah terus keluarkan fatwa, kena study ahli maksiat kenapa mereka jadi macam tu? Jika korang duduk dalam kasut mereka, korang juga mungkin akan jadi macam tu, kena simpati dengan mereka dan kena bantu mereka.., selesaikan masalah dengan hikmah,

Korang tanya pulak: apa itu HIKMAH?
Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yang mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak.., kalau tongkat patah datang pulak ular lain? tak ke mampos?

Lalu bila orang tak solat kita marah-marah, letak hokum letak fatwa, mungkin mereka akan pergi masjid sebab kau dah marah dia.. tapi mungkin itu jugak adalah kali terakhir mereka ke masjid…oh…

Macam aku cerita dulu, seorang alim bercerita kisah beliau menegur seorang remaja yg berseluar pendek dalam keretapi.. bagi fatwa tutup aurat.Pemuda itu berkata, oh.! islam begitu payah dan cerewet sekali..dan pemuda itu terus murtad di situ juga!Sahabat ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yang remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah..banyak nak cerita, lain kali!

Maka nasihat aku yang kedua, janganlah keluarkan FATWA kepada orang yang sedang ‘mabuk’, kasihanilah mereka yang jahil, jangan kerana fatwa kita, buat orang jauh dari kita,, buat orang murtad ..(naduzubillah), pujuk mereka dari mabuk dahulu dan berdampinglah dengan kasih sayang..

(peringatan: semoga aku dapat amal)

Isk..!

Nasihat ke tiga:
JANGAN JADI MANGKUK!!!
(bawalah bekal dalam mangkuk bertingkat)

Ini kes lain pulak, korang suruh orang berdosa tinggalkan amal ugama mereka kerana ikut fatwa yang korang belajar, dah tak guna lagi mereka buat amalan tu kerana mereka adalah sudah jatuh kapir, ahli neraka, kawan abu jahal dan geng firaun..

Korang cakap dari segi hokum, orang yang tak solat boleh jadi kapir, orang yang tak bersolat, amalan lain Allah tolak.. (rujuk ustaz)

Lalu korang dengan rakusnya memperlekehkan orang yang tak solat tapi buat amalan lain, letak hukum puasa mereka jadi sia sia, pergi tarwikh sia sia bla bla bla

Atau bila ada artis yang berdoa sebelum konsert, bagi salam dan sebut insyAllah album baru dah nak keluar, lalu korang nasihat tak payahlah nak berdoa, sebut insyAllah kerana semua yang korang(artis tu) buat tu haram, bla bla bla.. tak ke hampeh?

Atau bila ada perempuan yang tak bertudung tapi bersolat, korang hina dan kutuk, perlekehkan solat mereka,.. hina suami mereka yang tak pandai cari bini misalnya..

Atau bila ada perempuan yang bertudung labuh tapi buat maksiat, korang nasihat tak payahlah pakai tudung, buat malu tudung bla bla bla..

Wah wah wah! Sedapnya letak hokum dan keluarkan fatwa sini sana, yang ni tak sah, yang tu tak sah.., tak kan lah seorang pelacur tak boleh bagi minum pada anjing yang haus?, apa salahnya mereka buat amal.. kalau mereka ikhlas, Allah jua yang menunjuk jalan..

Dan apa jadi pada pelacur tu? Elok elok masuk shurga.., panjang cerita, nak detail kena rujuk ustaz ulamak..

Orang yang buat dosa dan buat jugak ibadat, tak payah suruh mereka tinggalkan ibadat mereka, seperti mana nasihat nabi kepada pencuri yang bersolat.., satu hari nanti, solatnya akan mencegah perbuatan mungkarnya (lebih kurang maksud)

Wallahu’lam..

Akhir kata, jika korang nak jugak berlagak mufti.. boleh, apa salahnya, tapi beri keutamaan pada DIRI SENDIRI!!!

Seperti:-
Wajibkan diri SOLAT JEMMAH!!!
Wajibkan diri SOLAT TAHAJJUD!!!
Wajibkan diri BACA AL QURAN!!!
Wajibkan diri baca blog keretamayat..(contoh)
Wajibkan diri cium suami 15 kali sehari (contoh)

He he he.. fatwa untuk diri sendiri, lantak korang ler..

Ok, aku ada banyak lagi nak tulis bab ni tapi cukuplah cerita dari piring sampai ke mangkuk.. , lain kali aku tulis lagi, insyAllah..

*****

Ps (versi baik):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mufti, beri fatwa pada diri sendiri..

Ps (versi jahat):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mangkuk, jadilah mangkuk purba yang di buru muzium dunia lalu di nilai dengan emas dan berlian, janganlah sesekali korang menjadi mangkuk hayun…

Aug 2, 2007

Bila nak buat Tahlil?

(Cerita di antara Nasi Bukhari + Sirap DAN Nasi Goreng ikan bilis + Teh tarik)

Burp!
Aku mempunyai satu perangai buruk, iaitu:-

Tak suka pergi tahlil di rumah orang yang aku tak kenal..

Walaupun aku di jemput, errr, maksud aku jemputan secara umum di masjid-surau yang di iklankan sebaik imam mengaminkan doa selepas solat isyak.

Biasanya member aku si A pantas dalam bab-bab camni, sebelum solat isyak lagi dia dah bisik-bisik aku, “Malam – Ini – Ada - Tahlil.”

Empat patah perkataan itu akan membuakan aku terus blah sebaik sahaja encik imam bagi salam, aku dan si A ke belakang, buat solat sunat sikit, dan ketika iman berdoa dan salam pusing, aku dan si A telah lesap dari pandangan mata mereka.. woha!

Dan yang paling penting, ketika IKLAN di buat, aku telah berada jauh dari tapak pengiklanan tersebut.. itu yang penting! Satu kaedah yang sah di guna pakai oleh aku dengan alasan tak wajib pergi kerana aku tak di jemput (atau aku tak dengar jemputan),

Dulu masa aku budak kecik dan miskin, aku pernah bagi ‘wasiat’ kat mak aku supaya kematianku kelak, tak perlu buat tahlil, mak aku marah aku:

‘kau dah mati, lantak mak lah nak buat ke tak!”

Hampeh...,
errr, ada tak orang hidang mee magee 3 malam sepanjang tahlil..

Baiklah, Untuk korang yang baru masuk islam dan tak tahu apa itu tahlil, dalam masyarakat melayu, lepas orang tu jadi mayat, maka akan di adakan majlis zikir dan berdoa untuk si mayat, lepas tu ada makan-makan, biasa malam pertama mee goreng, malam last baru best makan nasi berlauk special, woha!

Namun amalan ni nabi tak buat, dan aku bukan nak tulis pasal hokum, pasal bidaah dan fatwa, aku just nak cerita sebuah pengalaman di sebalik tahlil, sebelum tu aku nak jawab:

Kenapa aku tak suka pergi tahlil?

Korang sebenarnya kena sangka baik dengan aku.., aku mungkin ada kerja sekolah yang belum siap, (jika aku seorang pelajar) yang mana aku kena hantar esok, deadline besok sebelum subuh.., karang aku kena tampar oleh guru dan masuk dalam paper muka depan kerana balas balik serangan tu.. tak ke haru?

Atau mungkin perut aku sakit, kena balik cepat, sebelum bontot aku pecah dalam surau dan menyusahkan tok siak kerana mengotorkan karpet.. (ramai orang tak suka melengahkan berak, tapi suka melengahkan solat..hampeh!)

Atau mungkin bini aku nak bersalin, atau kami baru nak cari perfect timing untuk dapat anak pada tarikh lahir pada 8 hb 8, 2008 misalnya?

Apa-apalah!

Tapi yang pastinya, alasan utama adalah sebab aku tak kenal akan si mayat tu, termasuk keluarganya, kalau aku kenal, insyAllah, aku datang demi hubungan sesama islam (iqram)

Lagi pulak, aku la ni diet malam, kononnya tak nak makan malam, al maklumlah, badan aku gemok semacam, badan bertambah luas dengan kehodohan, betis macam tiang bank, perut buncit labuh ke lutut, bulu kaki semakin jarang, maka demi masa depan, bini aku sedaya upaya cuba sediakan makan malam sebelum mahgrib.. bukan apa, nak jimatkan kain kapan, nak bagi senang orang usung mayat aku ke kubur kelak.. dan nak bagi senang orang gali kubur aku, luas standard, tak makan banyak space.. (biar betul?)

Tapi ada gak hari-hari yang bini aku tak sempat masak atau aku sibuk terus ke surau yang mana tak sempat pulak nak makan malam dan terpaksa makan lepas isyak..

Dan cerita hari ni adalah tentang aku yang ada program kat kampong sebelah, si A pulak solat surau lain, petang tadi lewat dari opis terus singgah masjid, lepas isyak iman buat iklan..

“Assalamualaikum..”

“Di jemput semua ahli jemaah ke rumah arwah XXXX, kerana ada jemputan tahlil!”

Arghhh, aku sudah terperangkap dalam jemputan tahlil, imam dah lihat muka aku, bilal dan cam muka aku, satu saf jemaah kenal siapa aku, aku tak boleh escape lagi, dan si B pulak yang merangkap member baik aku dari kampong sebelah tekankan perlunya aku ke rumah arwah XXXX demi hubungan sesama muslim.. iqram muslimin katanya.

Aku percaya dengan takdir tuhan, bahawa malam ni rezeki aku di takdirkan kat rumah arwah si XXXX yang aku tak kenal.., aku tak perlu berdalih lagi.

Hakikatnya, aku rasa aku ni banyak dosa dan punya hati yang gelap seterusnya membuatkan aku tak ghairah untuk pergi tahlil, tak rasa teruja untuk duduk berzikir beramai ramai walaupun di hujung program ada acara makan-makan yang lazat dan.. FREE…

“Tapi takpe, bolehlah aku qohdo zikir harian aku yang terlepas..” bisik hati kecilku ketika melangkah masuk ke kereta si B, sebab aku tak tahu jalan ke rumah si mayat.

Bila sampai rumah si arwah, hatiku yang banyak cinta dunia teruja tengok pintu pagar si mayat, besar dan tinggi.., berkilau macam emas, berseni bina back to the futere, bukak pakai remote.., ada lampu neon menghias kelam malam, orang kaya rupanya, patutlah rumah lebih besar dari masjid., arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh anganku ketika melangkah masuk ke halaman rumah si mayat.

Aku terus masuk dalam rumah, cari posisi terlindung, takut kena jadi pemandu zikir, aku tak hafal doa tahlil..oh!
Si B ikut aku duduk sebelah, takut kena baca doa gamaknya, kami berada di posisi sempadan antara dapur dan ruang tamu, dari dapur aku dengar bunyi piring dan cawan berlaga, sesekali terdengar suara makcik dan perempuan cantik ketawa.(cantik? barangkali-perempuan kaya biasanya cantik, jika tak cantikpun mereka kelihatan sungguh ‘bersih’)

Pendek cerita imam solat isyak tadi yang menjadi pemandu zikir dan aku menumpang zikir secara berjemaah…

Pendek cerita lagi, habis tahlil dan doa, makanan di hidangkan, hmmm, Nasi Bukhari, aku pulak jenis pantang tengok.., terus menambahkan jisim dan jirim di bahagian perutku..

Time makan, aku berborak dengan si B, serba sedikit tentang si mayat yang di tahlilkan, sambil mata aku melilau lihat hiasan rumah yang sungguh advance bombastic..

Aku lihat batu koral (pebbles) yang di hias sebagai dekorasi indoor yang mesra alam dan sfesifik, eksotik dengan tekstur dan warna-warna cantik, gabungan klasik dan future beserta konsep feature wall yang berwarna warni. Lepas tu ada border kayu jati yang di ukir indah, ada Wall Paper bercorak penuh floral yang buat si pemandang akan rasa lupa nak mati, langsir yang bercirikan night curtain cukup untuk memancarkan cahaya romantik dan sedap mata memandang. Ada valance (kepala langsir) Scallop dan Blinds.. arghh, aku agak melampau dalam memuji rumah si mayat ni..oh! macamlah aku mampu, aku sedar diri ini lelaki miskin… arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh nafsuku lalu terus tambah Nasi bukhari.. nyam nyam..

Sambil menguyah aku pasang telinga dengar cerita si B..
Menurut si B, semasa arwah masih hidup, si B ni selalu gak cuba datang ziarah rumah si arwah dengan niat menghubungkan silaturahim, tapi si arwah seorang yang sibuk, jarang dapat jumpa, itupun hanya sempat berkirim salam, jumpa di jalanan hanya dapat angkat tangan, cermin kereta gelap dan kereta bergerak laju…, dan bila si B ke rumah, lepas tekan loceng yang keluar adalah orang gaji:

“bapaknya nggak ada”

Si B bercerita lagi, sambil tambah Nasi bukhari,

Aku pergi pagi..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi petang..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi malam..
“bapaknya nggak ada”

Last sekali, imam masjid panggil aku mandi mayat dia, baru aku dapat ‘jumpa’ dia, dan baru aku dapat masuk rumah dia malam ni.., dapat makan rumah dia, tapi sedihnya, aku di sini sebab dia takde…, (sebab bapaknya sudah nggak ada), jika dia ada, aku pulak yang takde di sini..

Si B sedikit beremosi, sedih kerana gagal berjumpa dengan si mayat untuk bercerita cerita tentang ugama.., (dalam beremosi makan banyak gak.)

Untuk makluman, si B ni pendakwah di kampong dia, seorang pendakwah yang berkeinginan untuk jumpa semua orang kampong demi mewujudkan suasana ugama, belajar mewujudkan suasana lelaki yang bertemu dan berpisah semata mata kerana Allah.. nak duduk bawah arasy katanya.. (amin)

Aku pendekkan cerita..,

Ok, dah habis makan dan boleh balik.., di luar rumah melewati halaman si arwah, aku lihat ada tersusun alat senaman yang biasa di lihat di gym, (ada 2 jer kot) ada kolam ikan, air pangcut, patung bangau, air terun mini.. bla bla bla.., tapi di manakah tuan punya semua harta benda ni?

DI MANAKAH TUAN SEMUA HARTA INI DULU?

Ya! Tuan semua harta ini sudah menjadi mayat..
Sudah di simpan di dalam tanah..
Sudah di tanam di dalam kubur..

Dan kubur seperti biasa akan buat kerja dia,
Kubur akan koyakkan kain kafan,
Kubur akan hancurkan tubuh hingga menjadi keping-kepingan…
Kubur akan hisap darah sampai kering..
Kubur akan meratah daging di setiap tubuh penghuninya…!!

Tahukah engkau wahai mayat?, apa yang kubur akan buat atas persendian-persendian di tubuh engkau?

Kubur akan pisahkan tangan engkau dari bahu,
Tangan dari lengan,
Punggung dari tubuh,
Paha dari punggung,
Lutut dari paha,
Betis dari lutut, dan kaki dari betis…

Wahai mayat, tahukah engkau?, kehidupan di dunia dulu terlalu singkat,
Dan dunia telah banyak menipu engkau…

Yang hebat di dunia, hina di akhirat…
Yang kaya di dunia, fakir di akhirat…
Muda di dunia, cepat menjadi tua…
Yang kau tinggalkan tak lama lagi akan jadi mayat macam engkau jugak…

Kau telah biarkan dunia menipu engkau, dengan menarik perhatian engkau
Padahal, engkau selalu melihat betapa cepat dunia berpaling dari pemuja dan pecintanya..
Yang bodoh bangang sahaja mudah terpedaya dan terperangkap oleh dunia…

Di manakah engkau pencinta pecinta dunia yang telah mendirikan rumah yang besar…?
Yang telah berjaya menhabiskan bayar loan kereta yang mewah itu?
Yang telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang besar dalam bank?
Engkau telah hidup di dunia selama masa yang terlalu sedikit lalu pergi dari sini dengan meninggalkan segala-galanya yang telah engkau penat kumpulkan dan bersusah payah memiliki…

Semasa hidup di dunia, engkau telah menikmati kehidupan yang sihat sempurna serta kekuatan jasmani yang memperdayakan engkau sehingga engkau mulai hidup dengan mengikut hawa nafsu serta melakukan dosa dosa!!!

Demi Allah!
Engkau telah di cemburui di dunia kerana memiliki harta yang banyak…
Engkau menghadapi bermacam-macam halangan untuk mencari harta, namun demikan, akhirnya engkau berjaya mengumpulkan harta yang banyak…
Orang lain di dunia merasai hasad dengki terhadap engkau…
Tetapi engkau tidak hairan dan tanpa peduli engkau terus mengumpulkan harta sambil menahan segala jenis kesusahan dan kepayahan dengan rela hati…

Tetapi, lihatlah hari ini..bagaimana tubuh engkau di seksa oleh bumi dan bagaimana keadaan persendian-persendian di tubuh engkau, dan tulang tulang engkau di makan ulat…

Semasa di dunia engkau berehat di atas sofa yang lembut lagi mewah dan di kelilingi oleh kekasih-kekasih dan sahabat sahabat.
Kawan kawan, anak isteri, saudara mara, jiran jiran sentiasa mengikut kehendak engkau..
Tetapi sekarang, apakah yang sedang berlaku..?
Kami bertanya engkau wahai mayat dengan suara yang kuat!

“Bagaimana keadaan engkau sekarang ini?”

Orang kaya jadi mayat orang kaya, orang miskin jadi mayat orang miskin,
Dan semuanya terbaring dalam padang yang sama.

Wahai mayat orang kaya…
Apakah harta engkau sedang memberi manfaat kepada engkau?
Wahai mayat orang miskin…
Apakah kemiskinan engkau sedang memberi mudarat kepada engkau?

Wahai mayat..
Bagaimana keadaan lidah engkau yang selalu hebat berhujah itu?
Bagaimana keadaan mata engkau yang selalu memandang ke segala arah itu?
Bagaimana keadaan wajah engkau yang cantik itu?
Adakah ulat-ulat di kubur tidak berbuat apa apa?

Ya! Wajah engkau sudah menjadi hitam!
Daging engkau sudah habis di makan!
Wajah engkau menjadi hodoh ditekan tanah!
Anggota tubuh engkau sudah terputus putus dan sendi sendi engkaupun sudah terpisah satu dari yang lain…!!!Oh!

Di manakah isteri engkau yang sentiasa menyahut.. “ya, bang..”
Di manakah teman sepertiduran engkau dan isteri tersayang?
Di manakah buku simpanan yang engkau begitu ambil berat dengan jumlah angkanya dulu?
Di manakah wang insuran yang telah engkau korbankan setiap bulan?

Adakah harta engkau sedang membantu engkau sekarang?
Dalam liang kubur ini, tidak di hamparkan alas tidur,
Tidak di sediakan bantal,
Di baringkan atas tanah begitu sahaja…

Alangkah sedihnya!
Engkau di tinggalkan seorang, dalam gelap gelita…
Dalam himpitan tekanan tanah…
Kini, siang dan malam menjadi serupa bagi engkau…
Engkau tidak dapat berjumpa dengan kawan kawan lagi…
Dan kawan kawan juga tidak dapat menziarahi engkau lagi…

Alangkah begitu ramainya mayat dalam kubur…
Semasa hidup di dunia mempunyai tubuh yang lembut lagi cantik,
Mempunya rambut yang kuat, pipi yang gebu, gigi yang putih bersinar..

Wahai mayat lelaki kacak dan mayat wanita jelita..
Kini tubuh engkau hancur, anggota anggota badan sudah terpisah satu dari yang lain,
Mata yang cantik dulu, kini terkeluar dari tempatnya dan mungkin di atas pipi..
Bahu sudah menjadi asing dari tubuh,
Mulut penuh air busuk dan nanah,
Binatang binatang melata sedang bergerak di seluruh tubuh engkau

Engkau di tinggalkan dalam keadaan sedih begini sedangkan pasangan engkau bakal berkahwin dengan orang lain, anak anak sudah mengambil alih harta yang engkau kumpulkan itu..
Waris waris sudah membahagikan hartanya…

Namun wahai si mayat…

Sekiranya di dunia dulu engkau tidak lupa dengan rumah yang asli ini, dan engkau selalu mengutamakan akhirat daripada dunia, dan engkau selalu mengumpulkan bekalan di sini sebelum engkau sendiri yang datang, maka dengan wajah mayat yang segar dan cantik, berehatlah engkau di dalam ini kubur dengan penuh keseronokkan dan kesejahteraan..

Nanti satu pintu shurga akan di buka untukmu.., lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman shurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!

Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi…"

Happy ending!

*****
Aku sampai rumah agak lewat, isteriku menunggu aku makan malam bersamanya, isteri solehah selalu begitu! (mudah-mudahan-amin) dan arghh, aku lupa makan malam di rumah lagi! Tapi aku dah kenyang melantak nasi bukhari.., apa nak buat?

Nak tak nak, demi kasih sayang dan tak nak menjadi saudara setan, aku makan lagi sekali bersama anak bini.., (iqram muslimin) best pulak makan lagi sekali.., nasi goreng ikan bilis.. bersulamkan teh tarik..
Ambik kau ulat dalam kubur, lepas ni bestler engkau menketedarah, badan aku yang banyak isi ini satu hari nanti akan lepak bersama-sama korang, tungguuuuu!!!

Jemput-jemput cik ulat mayat sekalian , makan-makan! jangan segan…makan lidah, telinga, hidung… sedap tu..ha! mata ada lagi sebelah, sila makan..otak sarebrum pun sedap! Tu, modula oblogata tu ada sikit lagi, hisap sedap tu..sila-sila he he he, buat macam rumah sendiri..

Sekian.

Ps: Errr, bila nak jemput aku tahlil wahai bakal mayat sekalian?lauk apa malam ke tiga?