Be My Followers

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Manisnya cinta di Cappadocia..


Holla..
Selamat hari khamis..
Selamat petang dan selamat menikmati hujan di petang hari..hehe

Arghhhhhhh.... Aku sunyi...! 
Wahh tetibe sangat kan :p 
Walau ketinggalan nak menonton manisnya cinta di cappadocia ni di panggung wayang tapi semangat nak tengok tu meronta-ronta akhirnya aku membuat keputusan untuk membelinya di astro first. Dan selepas menonton ternyata cerita ini memang best..huhu 
Tapi ada satu baris ayat yang masih terngiang-ngiang di teliga ni ada lah.."perkahwinan itu satu percaturan tidak semua mengecap bahagia.." Takut pulak dengarnya ni yang buat aku fikir beribu kali kalau nak kawin hehe 

Apa pun pada aku semua bakal mengecap bahagia jika kita semua tahu menghargai apa yang kita sedia ada jagan nanti dah hilang baru nak menyesal. tak guna dah weyyy..
Sekian..

Xoxo

Thursday, October 30, 2014

Selamat Pengantin Madu..


Holla..
Haha tengok gambar ni mesti kak fyda adim dah meluat-luat :p
Tapi die tak pernah ketinggalan nak tengok kadang-kadang siap message" mira jangan lupa tengok selamat pengantin madu ea" tak pon macam ni "mira jangan lupa malam ni MasMIRA"  jurkkk3 nak kata aku la yang masmira la tu huh.. Sememangnya kami peminat drama #giladrama  siap la kalau ada watak jahat guna nama fyda haha  
Malam ni episod akhir selamat pengantin madu..awal-awal siapkan kerja pastu dok depan tv..


Sinopsis:

Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.
 watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.
Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.
Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.
Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? 
Xoxo

Wednesday, December 11, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta..



“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!” 

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.


“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


Hannah Mastura gadis genit yang baru pulang dari UK , adik kepada Hannah Maryam. Pertemuan di rumah Tok ayah , pemuda yang bernama Ahmad Ziyad atau nama panggilan Jebat menambat hati Mastura. Jebat yang berdarah campuran cina dan melayu yang berkerja sebagai pembantu abang iparnya Uwais. Tujuan Jebat hanya satu , melupakan kisah silamnya dan berhijrah belajar ilmu agama dengan sokongan Uwais dan Ustaz hafiz. Sikap mastura yang berani berterus terang tentang perasaannya membuatkan Jebat rasa serba salah. Jebat tidak pernah mengimpikan dia akan jatuh cinta pada Mastura. Kehadiran Cif Inspector Aryan adik pada Fawwaz sepupu Mastura menagih janji yang pernah dilafazkan oleh Mastura sebelum pergi ke UK dulu. Bagi Mastura itu janji yang dibuat semasa dia masih muda dan tidak matang untuk menilai. Kini Hatinya hanya untuk Jebat lelaki yang mampu mengetar hatinya. 



Apa bila cerita Mastura dan Jebat diketahui oleh Hannah Maryam dan Tuk Ayah, Tuk Ayah memutuskan agar Mastura bertunang dengan Aryan tetapi dibantah oleh Mastura. Kerana keputusan itu Mastura mengumumkan mogok lapar. Diketika itu Jebat yang melawat bapa saudaranya Uncle Kwan . Kesihatan Uncle Kwan yang semakin uzur. Uncle Kwan juga memujuk agar Jebat mengahwini Eirin atau nama sebenar Damia. Tetapi bagi Jebat Eirin dianggap sebagai adik sepupunya tak lebih dari itu. Eric Foo A.K.A Tiger anak kepada uncle kwan yang sentiasa cemburu pada Jebat. Cemburu kerana Jebat sering diberi perhatian lebih dari dirinya. Jebat tidak mahu lagi dirinya ada kaitan dengan mereka. Hidupnya rosak kerana dendam. Selepas kematian ayah dan ibunya yang dibunuh depan mata, Jebat tinggal bersama bapa saudaranya bersama abangnya Wahab. Tetapi Jebat sering didera. Sejak itu uncle Kwan menjaga Jebat hingga mengusahakan perniagaan (pusat perjudian) di Hong kong. Diusia yang muda Jebat mampu hidup mewah. Kini Jebat meninggalkan semua kemewahan itu demi petunjuk Ilahi. 


Hannah Maryam memutuskan agar Mastura dan Jebat dikahwinkan dengan segera supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk. Dengan keputusan ini juga membuatkan Aryan nak berang. Jebat rasa rendah diri untuk menerima keputusan dari isteri majikannya. Jebat takut Mastura tidak dapat menerima dirinya yang bertatu dibadannya yang berbentuk kepala Naga. Atas pujukan Uwais, Jebat menerima Mastura sebagai isterinya. Dihari perkahwinan Jebat dan Mastura , Jebat didatangi Tiger dan Eirin yang tidak diundang. Jebat takut kehadiran Eirin dan Tiger akan membongkar rahsia silamnya. Eirin yang sakit hati kerana cintanya tidak pernah berbalas oleh Jebat. Eirin tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Jebat kembali walaupun dia tahu Jebat kini sudah berkahwin. Kerana Eirin juga cerita-cerita jebat terbongkar sedikit demi sedikit. Hingga Mastura mendesak Jebat agar tidak berahsia apa-apa. Jebat menceritakan segalanyanya pada Mastura. Saat Jebat membuka baju dan menunjukkan tatu dibadannya Mastura tidak dapat menerima Jebat. Perang dingin berlaku yang agak lama. Mastura cuba melarikan diri dari bercakap dan bertembung dengan Jebat. Demi permintaan Mastura untuk membuang tatu dibadan Jebat. Jebat nekad untuk membuangnya walaupun akibatnya terpaksa menanggung sakit yang amat sangat.


Rahsia kemalangan Hannah Maryam beberapa tahun dulu hingga mengakibatkan Hannah Maryam keguguran terbongkar. Walaupun Jebat telah membatalkan niat untuk melakukan dan mengembalikan wang yang diterima dari Tenggu Muiz tetapi tugas itu dilaksanakan juga oleh Tiger. Hannah Maryam kesal kerana suaminya merahsiakan dari pengetahuannya. Dalam kekeruhan itu Inspektor Aryan mengambil peluang memisahkan Mastura dan Jebat. Inspektor Aryan tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Mastura kembali. Dengan kuasa yang disalah gunakan Inspektor Aryan menangkap Jebat atas sabit cubaan membunuh Hannah Maryam. Jebat direman seminggu. Polis tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada bukti dan Jebat bebas dari tuduhan itu dengan pertolongan Tiger dan uncle Bujang papa Eirin. Inspektor Aryan tidak berpuas hati dengan berita itu. Dia juga menyuruh Tok Ayah mengambil pengawal peribadi untuk menjaga rumah bagi mengelakkan penjenayah masuk kerumah Tok ayah. Kerana tak mahu anak saudaranya terus di caci Uncle Bujang membongkar satu rahsia yang disimpan belasan tahun dulu. Sebenarnya Uncle Bujang dan Jebat telah menyelamatkan Hannah Maryam ketika papa dan mama mereka dalam satu kemalangan dulu. Uncle Bujang mengharapkan agar Jebat dilayan baik dalam keluarga Tok Ayah. Jangan memandang pada kesilapan yang lalu tetapi pandang apa yang ada sekarang. Eirin terus berdendam pelbagai cara untuk mendapatkan Jebat hanya sia-sia. Dalam satu pergelutan Eirin tertembak Jebat tanpa sengaja. Selepas kejadian itu Eirin menjadi gila kerana terlalu tertekan. Jebat lelaki yang sukar melafazkan kata cinta kini akur dengan cinta sejatinya. 

C/P dari: sini                                                                                                                                                        





Thursday, November 7, 2013

Love You Mr.Arrogant Episod Akhir..


Pengikut setia drama LOVE YOU MR.ARROGANT sape lagi kalau ukan aku dan kak fyda adim takkan tinggal walau 1 episod pon.. dan yang paling penting sanggup share duit beli novel dia(sadis tak cite kita orang tak mampu nk bli novel)hahaha :p

tak sabar nak tau..
sama ke tak akhir cite ni dengan novel??
jo kita tengok petang ni yek..

#selamat menonton
#loveyoumrarrogant



Wednesday, October 30, 2013

100 DAYs WITH Mr.ARROGANT...



Hari ni seharian aku layan cerita korea.. (versi ketinggalan) haha.. sebenarnya cerita ni dah ada pada tahun 2004 lagi cuma aku je yang baru tahu pasal kewujudan cerita ni.. orang lain dah bergelak tawa lama dh aku je yang baru nak tengok..
kepada yang ketinggalan macam aku boleh la layan cite kat atas ni..memang best..(ngange mulut tengok hero korea) :p
 #Sambil tengok cite korea boleh cari idea..


Monday, October 21, 2013

Love You Mr Arrogant..


Hai semua..
Hari ini aku dipenuhi dengan perasaan TAKSABAR..TAK SABAR..TAK SABAR...!!
untuk menunggu episod seterusnya LYMA sebabnya..

aku dah abis baca novel ni...yehhhhh!! 
dah tau apa jadi lepasni yang paling best membaca sambil membayang muka Mr.Arrogant tu..hikhik
tapi aku still nk tgok dekat tv punya sebabnya lagi real..
taksabar nak tunggu diaorang pindah, mak Irham paksa dia kawin dengan sherry, Sherry tolak zara dalam kolam , zara n irham lari ke penang (ala2 bulan madu gitu..) .. Can't wait..!!! :p





part ni zara demam lepas kena tolak dalam kolam n irham jaga masa dia demam(sweet gile..!) aku yang baca je pon dah ke terbang ke awan hikhik




Monday, September 23, 2013

Cinta Jannah...

Hari ni merupakan hari yang buat aku happy sebab aku dapat buktikan sesuatu pada keluarga aku huhu(jangan pandang ku sebelah mata..!)hahaha
tapi ada lagi yang buat aku taksabar
Macam kita tahu minggu ni episod akhir Cinta Jannah  tak sabar nak tunggu apa akhir cite ni.
tak sabar nak tau apa jadi kat Jannah n Izarly... taksabar3...!! 











Friday, July 5, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia..



Jumaat sedih sebab tak dapat makan wantan mee huaaaaaa ='(  (takpe-takpe mesti sempat makan lagi.  (ayat sedap kan hati )hahaha sebenarnya memang dah nak pegi tapi makin nak pukul 12 makin malas pulak rasa jadi last sekali kak fyda tanya aku "nak pegi ke?" kalau dia dah cakap macam tu aku pun dah malas la heee sebenarnya aku memang dah malas dari awal tapi teringat nak makan wantan mee tu yang bersemangat jugak.  Tak jadi pergi jusco kita orang pegi tempat paling dekat.  mane lagi?? MYDIN la kak fyda nak beli sesuatu dan aku pun nak makan tauhu bakar(gambar tak sempat ambik dah abis kene bedal)  :p kita orang pegi kejap je dah tu cepat-cepat balik ofis (boringnye cite jumaat aku ni ek?)

Ok lupakan cerita boring tu korang jangan lupa tengok "SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA" akhir  malam ni aku memang minat gila-gile cita ni kalau jumaat je mesti rebut remote tv dengan ayah aku tepat 8.40pm aku dah duduk depan tv kalau lambat ayah aku dah depan tv memang tak dapat la  nak tengok part-part yang SWEET dalam cite ni (gedik pulak) hukhukhuk 

Aku suka lakonan izzue islam & tiz zaqyah dalam cerita ni sangat sesuaiii








#sumber gambar : google

Tuesday, July 2, 2013

Selamat Malam Kekasih...

Selamat malam kekasih-kekasih ku semua...hahhahaha(perasan)
jap lagi pukul 10 moh le kita tengok Drama selamat malam kekasih..



Sinopsis :

 Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan 
sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagai kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.

Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?

Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupaka  soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban. Misyal pula lebih muda daripadanya Takkan si usaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu? Kemanakah arah yang ingin Maya tuju? Sangupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahi memberontak lalu mengikut kata hati pula? 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...