Be My Followers

Friday, July 8, 2011

SOLAT..


SOLAT BUKAN SEKADAR PERGERAKAN ZAHIR
Selepas Allah SWT mengatakan bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Allah SWT mengikat kenyataan tersebut dengan ‘dan mengingati Allah itu adalah lebih besar’. Secara tidak langsung memberi gambaran kepada kita bahawa Allah SWT meletakkan proses hati dalam berhubung dengan Allah itu satu yang amat penting dalam maksud pensyariatan solat.
Menurut Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya, mengatakan bahawa tujuan solat yang lebih besar adalah untuk mengingati Allah. Kemudian barulah tujuan solat itu diisbatkan kepada usaha untuk meninggalkan perkara kemungkaran. Sebab itu al- Imam Ibn Kathir telah mensyaratkan kepada kita tiga pokok asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga pokok asas iaitu, ikhlas, khasy-yah (takut), dan mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada perbuatang makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatang mungkar.
Sebab itu perbuatan solat secara zahirnya sahaja bukan penentu atau jaminan seseorang itu meninggalkan mungkar secara pasti. Walaupun ayat ini menyatakan demikian, namun ayat al-Quran perlu diteliti secara keseluruhan. Boleh jadi solat dilakukan tanpa khusyu’, sambil lewa dalam solat, malas bila mengerjakannya, solat dalam keadaan tergesa-gesa malah mungkin ianya dilakukan semata-mata untuk berpura-pura dengan maksud riya’. Sudah pasti solat itu tidak seutuh benteng untuk mencegah kemungkaran.

SOLAT YANG DILENGAH-LENGAHKAN
Di dalam al-Quran diceritakan bagaimana mungkin perbuatan mungkar mampu ditinggalkan secara pasti dengan melakukan solat semata-mata, sedangkan dalam ayat yang lain Allah menyatakan kemurkaan kepada orang yang solat. Ini dapat dilihat pada ayat ke 4 surah al-Maa’un yang bermaksud :
“ Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”
Ibnu Abbas memberi gambaran bahawa yang dimaksudkan orang yang celaka disini ialah orang-orang yang munafiq. Dimana mereka mengerjakan solat ketika di hadapan banyak orang dan tidak mengerjakannya ketika ia dalam keadaan bersendirian. Samada lalai ketika dalam solat mahupun lalai untuk mengerjakannya pada waktu yang ditetapkan. Pendapat mengenai ayat ini ditegaskan kepada orang yang lengahkan solat juga dipersetujui oleh Masruq dan Abu ad-Dhuha.
Menurut ‘Atha’ bin Dinar pula. Allah telah menggunakan kalimah (‘an) ‘yang lalai dari solatnya’.Allah tidak menggunakan kalimah ( fi ) ‘yang lalai di dalam solatnya’. Ini bermaksud jelas bahawa lalai disini adalah lalai dengan melengah-lengahkan solat.
Di dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karangan al-Imam As- Suyuthi mengatakan bahawa, daripada Sa’ad B. Abi Waqash telah berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang FirmanNYA: “(yaitu) orang-orang yang lalai dari (tentang) solat mereka” Nabi SAW telah bersabda: Mereka ialah orang-orang yang melewatkan solat dari waktunya.
Dapat dipastikan disini bahawa salah satu ciri-ciri orang yang munafiq ialah suka melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.

SOLAT ORANG MUNAFIQ
Sebab itu bukan semua solat yang dikerjakan oleh orang kebanyakkan itu sudah pasti menghindarkan dirinya dari perbuatan mungkar. Kerana dikalangan orang yang solat juga terdapat orang munafiq. Iaitu orang yang berpura-pura dengan solatnya. Justeru itu tidak menghairankan bapa kepada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang baginda Rasulullah SAW.
Gambaran yang lebih jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran. Bagaimana kita mampu mengenali ciri-ciri solat orang yang munafik. Di dalam surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah menyatakan bahawa :
“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ ( dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”

TANDA SOLAT MUNAFIQ IALAH SOLAT DENGAN MALAS
Sebab itu diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih dari Ibn Abbas bahawa dimakruhkan kita melaksanakan solat dalam keadaan malas. Namun hendaklah dikerjakan dalam keadaan wajah ceria, kemahuan yang tinggi dan begitu gembira. Ini kerana ia sedang bermunajat kepada Allah. Sesunggguhnya Allah di hadapannya, mengampuninya dan memperkenankannya jika ia memohon.

Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan tanda-tanda orang munafiq dalam melakukan ibadah solat. Antaranya ialah jika mereka melakukan solat, mereka akan melakukan dengan malas. Ini kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai niat yang betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut dan tidak memahami maknanya.
Sebab itulah pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq kerap kali kelihatan hanya pada waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun keupayaan mereka tidak memungkinkan mereka untuk bangun dan berjemaah solat Subuh dan Isyak. Ini kerana apabila solat dilakukan bukan dengan kemahuan hati yang ikhlas, maka bila datangnya waktu yang malas, mereka meninggalkannya.

SOLAT DALAM KEADAAN RIYA’
Itu gambaran ciri-ciri zahir seorang munafiq dalam melakukan solat. Kemudian Allah menyambung semula ayat an-Nisa :142 berkenaan dengan ciri-ciri batin yang terdapat di hati seorang munafiq dalam melakukan solat. Allah menyebut, “mereka  riya’ di hadapan manusia”. Iaitu mereka melakukan solat tanpa ada hubungan dengan Allah akan tetapi untuk tatapan manusia.
Dari Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa memperdengarkan amalan amal perbuatannya kepada orang lain, maka Allah akan memperdengarkan amal orang itu kepada makhlukNYA serta menghina dan merendahkannya.”

Thursday, July 7, 2011

ImpianKu..

Berhati-hati memilih sahabat..

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: 

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


Sunday, July 3, 2011

~~i wish~~

when your lonely....
i wish u love..
when u down..
i wish u joy..
when thing get complicated..
  i wish u faith...
when thing look empty...
i wish u hope...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...