22 Ogos, 2009
20 Ogos, 2009
Senario Ketuanan Rakyat di Selangor: Keputusan Berpilih Khalid Dalam Pelbagai Isu
Walau bagaimanapun, Khalid perlu juga mengambil kira sensitiviti majoriti penduduk setempat iaitu penduduk yang dikatakan membantah tindakan kerajaan PR Selangor meluluskan tapak pembinaan kuil tersebut yang dikatakan akan dibina di kawasan yang berpenduduk majoritinya orang Melayu.
Khalid sepatutnya lebih mendengar pandangan penduduk sebelum sesuatu tindakan diputuskan. Barulah selari dengan konsep Ketuanan Rakyat yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat Selangor. Tapi, nampaknya Khalid tidak pun mengendahkan kehendak rakyat terbanyak dengan bertindak membelakangkan segala rayuan yang dibuat.
Khalid perlu bijak menyelesaikan masalah dengan mengambil kira pandangan semua sudut agar tidak dilihat mengamalkan sikap pilih kasih dalam membuat sebarang keputuan penting. Keputusan yang diambil seharusnya mencerminkan konsep Ketuanan Rakyat yang dicanang yang mana rakyat perlu diletakkan sebagai penentu sebarang keputusan sesuatu perkara.
Masih ingatkah rakyat akan tindakan MPAJ menjalankan tanggung jawab merobohkan kuil yang dibina secara haram di hutan simpan Ampang? Betapa kalutnya para pemimpin Melayu Pakatan Rakyat menjawab segala lentingan dan desakan pemimpin bukan Melayu dari Pakatan Rakyat. Penyudahnya, seorang pegawai yang dedikasi menjalankan tanggung jawab seperti yang digaris oleh Pekeliling pula digantung kerja.
Dan tindakan (gantung kerja) yang diambil tersebut diputuskan oleh 3 orang pemimpin bukan Melayu iaitu YB Ronnie Liu, YB Teresa Kok dan YB Dr Xavier Jayaratnam (3 Stooges). Dimanakah Khalid ketika itu? Mengapa beliau membisu walhal dalam isu tapak kuil Shah Alam pandai pula Khalid berbicara tentang "timbang rasalah"?.
Suara kesal pemimpin Melayu seperti YB Iskandar Abdul Samad - Pas (ADUN Chempaka) berhubung isu ini tidak pun didengar dan diambil peduli. YB Iskandar tidak bersetuju dengan tindakan 3 Stooges ini. Tetapi sebagai MB, Khalid bagaikan bisu dalam isu ini. Tiada perkataan "timbang rasalah" terpacul dari mulut seorang MB.
Yang peliknya, ramai pula pemimpin bukan Melayu dari PR yang membantah tindakan ini dengan mengugut untuk keluar dari PKR Selangor. Masing-masing menunjukkan kejaguhan dalam menjuarai isu ini. Puaslah pemimpin PR Melayu seperti YB Zuraida dari PKR (MP Ampang) memberi alasan ubah suai (renovate) kuil. Dan langkah selamat, Khalid senyap, mulut dikunci dan digam kemas.
Khalid juga telah dibisukan oleh pemimpin bukan Melayu di Selangor apabila melibatkan isu aktiviti masjid di Puchong suatu ketika dahulu. Tindakan penduduk bukan Melayu membantah aktiviti masjid yang dikatakan agak nyaring dengan menghantar petisyen yang diserahkan salinan kepada pejabat Teresa Kok. Dimanakah Khalid ketika itu? Tidakkah Khalid mempunyai tanggung jawab menjaga keharmonian kaum dengan menasihati Teresa dan penduduk yang membantah agar bertimbang rasa? Mana perkataan "timbang rasalah" Khalid ketika itu?
Mungkin benarlah seperti yang dikata oleh rakyat Selangor. MB sebenar bukanlah Khalid, tetapi orang lain yang lebih berkuasa memberikan kata putus dalam pelbagai isu (isu penjualan arak, rumah urut, perjudian, cyber cafe, samseng/kongsi gelap dan lainnya).
+
19 Ogos, 2009
Blogger Pakatan Rakyat guna nama samaran berciri Islam/Melayu untuk jayakan propaganda
Tidak sedar lagikah kita semua bahawa telah wujud blogger Pakatan Rakyat yang menyamar menggunakan nama samaran mirip dan bercirikan Islam dan Melayu (sedangkan mereka bukanlah penganut Islam dan juga orang Melayu) semata-mata untuk memecah belahkan rakyat.
Jika dilihat daripada nama samaran yang digunakan, seolah-olah mereka ini dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Dan mereka bercakap mengenai kepentingan Melayu dan berlagak seolah-olah bersikap liberal dalam hal berkaitan hak Melayu (dan Bumiputra) yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Perkara ini didedahkan pertama kali dalam ruangan komen blog The "Thirteen million plus Ringgit" guy rambles... dan diulas serba sedikit oleh blog The Unspinners.
Jadi, berhati-hatilah dalam menilai sejauh mana ikhlasnya perjuangan blogger Pakatan Rakyat ini!
+
17 Ogos, 2009
1Malaysia: Syor sekolah satu aliran
Saya bukanlah yang pertama mencadangkan hal ini. Namun surat ini ditulis supaya mereka dapat mendengar suara pelajar itu sendiri memberikan pandangan terhadap isu ini kerana merekalah yang akan menerima kesannya.
14 Ogos, 2009
Siasat dan dakwa segera dalang di sebalik blog biadap The Might of the Pen
Penulis menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog biadap The Might of the Pen berdasarkan penulisan yang tidak bertanggung jawab menghina Islam dan raja Melayu. Pemilik blog mesti dipertanggung jawabkan dengan segala yang mereka tulis dan segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Pada masa yang sama, kita dapat melihat bagaimana orang Melayu lebih gemar berdemonstrasi anti ISA dan anti PPSMI berbanding berdemonstrasi membantah penghinaan terhadap agama dan raja Melayu. Mereka amat prihatin apabila seorang yang berkait dengan politik mati dengan sanggup berjuang bermatian mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian individu terbabit.
Tahniah penulis ucapkan walau pun penulis tidak bersetuju dengan tindakan berdemonstrasi! Lebih-lebih lagi demonstrasi jalanan. Mungkin disebabkan desakan mereka kerajaan menubuhkan inkues dan ambil cakna dengan kes tersebut.
Tetapi lain pula jadinya apabila agama dan raja Melayu dihina oleh laman blog tersebut. Rakyat memilih berdiam diri dan membisu. Orang Melayu membisu dan orang bukan Melayu buat tidak kisah. Tiada suara meminta pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa pemilik blog berserta pemberi komen yang tidak bertanggung jawab tersebut.
Jika ada sekali pun, hanya segelintir, tidak sehebat isu anti PPSMI, anti ISA & kematian orang politik. Tidak ada pun suara-suara yang lantang mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja. Tidak ada desakan agar kerajaan ambil cakna!
Sudah hilangkah dalam diri rakyat semua semangat kesetiaan kepada raja dan negara? Dimanakah letaknya kedaulatan undang-undang sekiranya rakyat yang tidak bertanggung jawab dipandang enteng tanpa sebarang tindakan? Apabila Rukunegara tidak dihayati, akan rukunkah negara? Akan aman makmurkah Tanah Air Tercinta? Akan bersatukah seluruh rakyat dalam memacu pembangunan negara demi anak cucu cicit kita di masa hadapan?
Jadi, ke mana perginya rakyat dalam memperjuangkan keadilan terhadap agama dan raja-raja Melayu? Apakah perjuangan menuntut keadilan hanya dikhaskan kepada anti ISA, anti PPSMI dan kematian orang politik sahaja?
+
13 Ogos, 2009
Penggunaan bahasa Kebangsaan oleh Dr Khairul Azman dipersoal Gobind Singh Deo
Penggunaan Bahasa Dalam Keterangan Saksi Dipersoal
SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) -- Peguam pemerhati bagi keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo pada Selasa mempersoal tindakan saksi pakar forensik yang memberi keterangan dalam bahasa Malaysia pada prosiding Inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di sini.
Gobind berkata saksi itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, yang merupakan pakar perunding kanan perubatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, sepatutnya memberi keterangan dalam bahasa Inggeris berikutan laporan bedah siasat yang beliau sediakan dibuat dalam bahasa itu (Inggeris).
Selain Gobind, perkara tersebut turut dibangkitkan oleh peguam pemerhati bagi pihak Badan Peguam Selangor Rajpal Singh dan peguam pemerhati bagi pihak kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar pada hari keenam prosiding inkues itu.
Gobind berkata terdapat juga beberapa maklumat penting dalam laporan bedah siasat itu yang tidak dinyatakan Dr Khairul Azman semasa memberi keterangan dalam Bahasa Malaysia."
Seorang lagi pakar forensik, Dr Prashant Naresh Samberkar akan memberi keterangan dalam Bahasa Inggeris, jadi kami meminta saksi untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris atau kami minta mahkamah nasihatkan saksi (jika ingin bertutur dalam Bahasa Malaysia) supaya memberi keterangan yang tepat berdasarkan laporan bedah siasat," katanya.
Peguam Tan Hock Chuan yang dilantik bagi mewakili kerajaan pula berkata tidak timbul isu sekiranya saksi ingin memberi keterangan dalam Bahasa Malaysia kerana laporan bedah siasat itu telah ditandakan sebagai bahan bukti dan salinannya juga telah diserahkan kepada semua pihak."
Saya akui saksi ada tertinggal beberapa maklumat dalam laporan bedah siasat itu tetapi beliau tida ada apa-apa yang perlu disembunyikan. Terpulang kepada saksi sama ada ingin bertutur dalam Bahasa Malaysia atau sebaliknya," katanya.
Rajpal kemudian bangun dan berkata Dr Khairul Azman telah menyediakan laporan bedah siasat itu dalam Bahasa Inggeris dan sekiranya beliau ingin memberi keterangan dalam Bahasa Malaysia, ia akan membuang masa mahkamah kerana saksi perlu menterjemah laporan bedah siasat sebanyak tujuh muka surat.
Malik Imtiaz pula berkata mereka tidak memaksa saksi bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi jika perlu, saksi diminta untuk memberi keterangan dalam Bahasa Inggeris apabila membabitkan bahagian yang amat penting (dalam laporan bedah siasat).
Tan sekali lagi bangun dan berkata berdasarkan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan, saksi mempunyai hak untuk memutuskan bahasa yang beliau ingin tuturkan dan justeru itu, beliau meminta agar semua pihak tidak memaksa saksi bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Azmil Muntapha yang mendengar pertikaian tersebut kemudian meminta Dr Khairul Azman memutuskan bahasa yang beliau ingin gunakan semasa memberi keterangan dan mengingatkan sekiranya saksi itu ingin bertutur dalam Bahasa Malaysia, beliau perlu memberi penjelasan terperinci berdasarkan laporan bedah siasat itu.
Dr Khairul Azman kemudian berkata," Saya juga ingin percepatkan prosiding dan tidak mahu lengah-lengahkan masa. Saya tiada niat untuk mengelirukan sesiapa dan saya hanya ingin membantu mahkamah. Jika diizinkan saya ingin menggunakan bahasa Inggeris dan Malaysia dalam keterangan saya."
Mendengar jawapan saksi ke-10 itu, Azmil Muntapha berkata: " Boleh, itu keputusan yang terbaik."
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini, 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
(Sumber: BERNAMA, 11 Ogos 2009)
11 Ogos, 2009
Bukti Kebiadapan Blog The Might of the Pen (Blog Ketuanan DAP)
Penulis tertarik dengan cache artikel yang ditulis oleh blog yang penulis sifatkan sangat biadap. Blog tersebut ialah blog The Might of the Pen. Blog tersebut dahulunya boleh diakses di URL berikut:
Namun, pemilik blog sudah pun memadamkan segala isi kandungan blog tersebut.
Blog Jebat Must Die melalui artikel beliau yang terbaru telah memberikan link cache artikel tersebut sebagai bukti kebiadapan pemilik blog dan pemberi komen. Secara jelasnya, kita dapat membaca segala kelancangan mulut para pendokong Ketuanan DAP ini setelah mendapat sedikit kuasa.
Kuasa yang mereka perolehi ini turut disumbang oleh majoriti Bumiputra di bumi Malaysia melalui undi dalam pilihan raya. Undi yang diperolehi oleh mereka turut sama disumbang oleh pengundi beragama Islam dari Pas dan PKR. Tetapi mereka ini lupa. Mereka khianati undi rakyat!
Undi rakyat dijadikan tiket bagi mereka bebas bersuara tanpa ada rasa sekelumit rasa bersalah. Mereka dilihat terlalu obses untuk berkuasa lebih lagi. Inilah sikap para pendokong Ketuanan DAP yang diberi betis tamakkan peha!
Berikut penulis perturunkan cache link artikel biadap seperti mana yang dipaparkan oleh blog Jebat Must Die (terima kasih).
Jika tidak kerana cache artikel ini, rasanya penulis masih tercari-cari apakah sebenarnya yang ditulis oleh blog biadap (The Might of the Pen) ini. Dan seperti biasa, pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang telah mempertahankan para pendokong Ketuanan DAP ini. Sila rujuk artikel Jebat Must Die.
Lim Kit Siang seolah-olah tidak lansung rasa bersalah dengan keceluparan cybertroopers DAP tersebut. Inilah dia cara permainan politik DAP. Masih lagi cuba menyalahkan orang lain walau pun sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ini sudah berbuat salah.
Penulis berharap pihak berkuasa dapat membawa pemilik blog dan pemberi komen yang tidak bertanggung jawab tersebut ke muka pengadilan. Rakyat ingin tahu siapa di sebalik blog biadap ini.
P.S: Seluruh rakyat Malaysia teringin benar untuk berkenalan dengan pemilik blog dan pemberi komen biadap tersebut!
Siasat pihak hina Islam
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan di antara kaum.
“Apa-apa pun kita ada undang-undang dan salah satu undang-undang itu adalah (Akta) Hasutan, dan hasutan ini bukan saja menghala kepada Islam tapi untuk semua agama dan kaum dalam negara kita.
“Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan maka tindakan boleh diambil di sisi undang-undang hasutan.
“Ini saya minta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan hasutan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Najib diminta mengulas kenyataan menghina agama Islam oleh pihak tertentu sebagai reaksi terhadap pandangan penceramah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berhubung isu anak luar nikah.
Selain kritikan balas oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang lebih menjurus kepada serangan peribadi, isu tersebut menjadi semakin hangat apabila wujudnya reaksi melampau dalam laman blog sehingga ke tahap menghina agama Islam.
Berikutan itu pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO dan pembangkang Islam mendesak supaya pihak berkenaan dikenakan tindakan segera kerana ia boleh menimbulkan situasi tegang di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini.
Malah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin turut mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga pemimpin Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan umat Islam secara umum ekoran isu tersebut.
Mengulas perkara yang sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memastikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tindakan tegas perlu kerana perbuatan seumpama itu sudah mencapai tahap yang melampau.
“Ini bukan lagi amaran. Ia jelas salah, cuma kita perlu pastikan siasatan terperinci sebelum tindakan diambil.
“Kita ada cara untuk memastikan tindakan kepada pihak yang melakukannya. Apabila dapat bukti kita akan bertindak,” tegasnya yang ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
(Sumber: Utusan Malaysia, 11 Ogos 2009).
10 Ogos, 2009
Rakyat dibidas apabila cuba menjadi tuan? Jadi, siapa sebenarnya tuan dalam Ketuanan Rakyat?
Apakah suara rakyat yang dicanang oleh Pakatan Rakyat dengan gembar-gembur Ketuanan Rakyat hanyalah sebagai sesuatu yang hanya untuk mengaburi mata rakyat dengan meyelitkan idea Ketuanan Rakyat sebagai alat memancing undi? Semasa mahukan undi rakyat bukan main lagi dicanang bahawa rakyat menjadi penentu kepada sebarang keputusan kerajaan Pakatan Rakyat.
Khalid salahkan penduduk Seksyen 8, Shah Alam buat aduan
KUALA SELANGOR 8 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyalahkan penduduk Seksyen 8 yang membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung penjualan arak ke atas umat Islam oleh sebuah kedai serbaneka di kawasan itu, Julai lalu.
Beliau menyifatkan langkah penduduk membantah tindakan kedai berkenaan tidak wajar kerana ia dibuat tanpa mengikut saluran serta prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
''Mereka (penduduk) tidak tahu cara nak selesaikan. Selalunya, orang lebih suka pukul dahulu, kemudian baru nak selesaikan atau bincang.
"Maka, sebab itu kerajaan negeri mengambil langkah yang lebih bijak daripada mereka (membenarkan penjualan arak dengan konsep kawalan sendiri)," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam di sini hari ini.
Tambah Abdul Khalid, konsep kawalan sendiri yang diumumkannya semalam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mengawal penjualan minuman keras termasuklah bir kepada umat Islam di Selangor.
Melalui konsep itu, katanya, kerajaan negeri memberi kuasa sepenuhnya kepada penjual arak untuk menentukan sendiri kepada siapa mereka ingin menjual minuman berkenaan.
''Penjual akan mengawal selia penjualan arak ini dan dalam masa yang sama mereka juga perlu sensitif. Jika mereka jual juga kepada umat Islam, mereka akan berhadapan dengan risiko dipulaukan oleh pelanggan beragama Islam.
''Umat Islam pula, sekiranya ada kedai terus menjual arak kepada mereka, mereka boleh beri peringatan kepada penjual berkenaan," jelasnya.
Diminta mengulas gesaan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua semalam yang mahu supaya Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dikenakan tindakan disiplin kerana membantah tindakan kerajaan negeri, kata beliau, ia bukan isu yang perlu diperbesarkan dan hanya merupakan hal dalaman pakatan pembangkang.
''Mengenai perkara itu (gesaan Tony) ia bukan isu....bukan isu. Tumpuan sekarang ini ialah mengenai penjualan arak di Shah Alam," jelasnya.
09 Ogos, 2009
Kebebasan Bersuara ala Ketuanan Rakyat (dibaca Ketuanan DAP)
Berikut penulis perturunkan sebahagian artikel dari blog ahli Parlimen Kulim, YB Zulkifli Noordin yang bertajuk “BIADAPNYA PEMUDA DAP” untuk dinilai oleh semua:
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan.
Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves, if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......? Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk "Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian
wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
*************
Bukan sebab UMNO tak ambil peduli tetapi tak guna nak tegur, sebab semua yang keluar dari mulut UMNO mana pernah diambil peduli oleh pendokong PR yang terlalu taksub dan sebati dengan kebencian mereka terhadap UMNO.
Malah lebih teruk lagi, UMNO akan dikatakan cuba meretakkan hubungan akrab tiga beradik (DAP, PKR & PAS) jika bersuara menegur kelancangan rakan dalam pakatan mereka.
Pesanan penulis kepada semua rakyat. Terpulang kepada rakyat untuk menentukan sama ada mahu melihat pemimpin dan pendokong Ketuanan DAP ini masih lagi diangkat di masa akan datang atau meletakkan tanda noktah kepada kebiadapan mereka ini melalui peti undi.
Cukuplah dengan kesilapan semasa PRU12 dahulu. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka ini sepanjang tak sampai setahun jagung diberi kuasa oleh pengundi. Jadi, usah diberi kuasa kepada mereka ini lagi.
Semenjak kemenangan yang tidak disangka-sangka oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu, rakyat melihat seolah-olah para pemimpin dan pendokong Ketuanan DAP ini sewenang-wenangnya begitu biadap dari segala segi. Benarlah seperti dikata YB Zulkifli Noordin, DAP berlagak sebagai golongan hebat dan 'untouchables'.
Katakan tidak kepada Ketuanan Rakyat (dibaca Ketuanan DAP)!
07 Ogos, 2009
Ketuanan Rakyat? Ketuanan DAP? Ketuanan Samseng? Atau Ketuanan biaDAP?
Hasil yang paling ketara ialah kelancangan mulut dan tindakan ahli politik, aktivis dan para pendokong DAP yang menggunakan platform Ketuanan Rakyat. Dalam hal ini, penulis menyifatkan Ketuanan Rakyat sebenarnya ialah Ketuanan DAP.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh pegawai pegawai kerajaan negeri bahawa mereka tidak senang dengan campur tangan pihak tertentu termasuk Liu di dalam usaha untuk mengawal pengurusan dan penjualan arak di kalangan masyarakat Islam di Selangor.
Liu telah mempertikai keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tindakan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8 di sini pada 30 Julai lepas. Menurut satu laporan akhbar, minuman keras itu telah dipulangkan kemudian.
Liu dilaporkan berkata bahawa peraturan penjualan arak di Selangor yang sedia ada kekal sehingga satu garis panduan penjualan arak yang baru dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata keputusan untuk melarang penjualan arak di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan yang majoriti penduduknya Islam seperti di Seksyen 8 telah diluluskan dalam satu mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini.
MBSA mengambil keputusan itu dan mengambil tindakan atas desakan-desakan para penduduk setempat, katanya.
7 wasiat raja Melayu
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
(Sumber: Utusan Malaysia, 7 Ogos 2009).
Kembara Politik: Daulat Tuanku!
+
Arkib
-
▼
2009
(142)
-
▼
Ogos
(12)
- Selamat Menjalani Ibadah Puasa
- Senario Ketuanan Rakyat di Selangor: Keputusan Ber...
- Blogger Pakatan Rakyat guna nama samaran berciri I...
- 1Malaysia: Syor sekolah satu aliran
- Siasat dan dakwa segera dalang di sebalik blog bia...
- Penggunaan bahasa Kebangsaan oleh Dr Khairul Azman...
- Bukti Kebiadapan Blog The Might of the Pen (Blog K...
- Siasat pihak hina Islam
- Rakyat dibidas apabila cuba menjadi tuan? Jadi, si...
- Kebebasan Bersuara ala Ketuanan Rakyat (dibaca Ket...
- Ketuanan Rakyat? Ketuanan DAP? Ketuanan Samseng? A...
- 7 wasiat raja Melayu
-
▼
Ogos
(12)