Followers

Wednesday, October 31, 2012

My New BE...Printer





Buka akaun nuffnang, tengok-tengok dapat BE baru

Printer jenama hp

Pernah guna printer jenis ni

Ok juga...

Monday, October 29, 2012

Terumbu Karang : Faktor-faktor yang menggalakkan pertumbuhannya

 

Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya. Terumbu karang telah wujud sejak beribu tahun, malah berjuta tahun dahulu dan terbina daripada organisma-organisma yang sangat kecil saiznya. Kebanyakan terumbu karang yang tua telah wujud sejak 25 juta tahun dahulu. Hanya di kawasan terumbu karang kita boleh menjumpai organisma yang telah melalui evolusi selama berjuta tahun.

Faktor-faktor yang menggalakkan pertumbuhan terumbu karang ialah :


1. Suhu air laut, 20°C - 30°C
     Terumbu karang hidup subur pada suhu 20 °C hingga 28 °C. Hal ini kerana, karang tidak dapat hidup pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia akan merosakkan pembentukan karang tersebut. Maka, secara tidak langsung, kedalaman aras laut turut berperanan sama untuk pertumbuhan bagi karang tersebut.

2.  Kedalaman lautan kurang daripada 55 meter
     Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis.

3.     Air laut yang bersih dan jernih
       Terumbu karang tidak boleh hidup dalam keadaan air laut yang tercemar.Terumbu karang membesar dengan cepat di dalam air yang jernih, bebas pencemaran (bersih) dan ditembusi oleh cahaya matahari.

4.     Kemasinan air laut antara 30% hingga 40%
        Terumbu karang boleh membesar dengan baik di kawasan perairan laut yang luas seperti perairan Laut China Selatan kerana kemasinan air lautnya sekitar 35%. 

5.     Terdapat tindakan ombak, arus dan pasang surut
         Terumbu karang juga didapati membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat. Ombak membawa makanan, nutrien, menyebarkan larva karang laut, dan menghalang pemendapan sedimen pada terumbu karang.

link : wikipedia bahasa melayu

Sunday, October 28, 2012

SPECIAL GIVEAWAY by therosputih


sesiapa nak join silalah klik banner di atas tu ya
jangan segan-segan nak join...
amat-amatlah dialu-alukan
malah si penganjur menyediakan 3 kategori hadiah :

1. Pengomen Terbanyak (1 hadiah)--> yang ini aku akan pilih sendiri berdasarkan jumlah komen terkumpul bermula 12.00am (21.10.12) sehinggalah 11.59pm (21.11.12) sahaja, komen2 yang sebelum atau selepas maklumat yang dinyatakan ni tak dikira...aku akan catat setiap satu komen yang anda buat di blog therosputih atau jualbelicrocheted tak kisahla entry yang dari zaman pak kaduk sekalipun...setiap salinan komen yang anda submit akan masuk kat email aku, so, aku akan trace dan record satu persatu..

2. Entry Paling Kreatip (1 hadiah) --> yang ini ada aku mention kat kriteria penyertaan (no 4 tu ha) di mana anda kena buat entry dalam bentuk yang paling kreatip yang anda mampu, asalkan mampu menarik minat minat juri yang buat masa ini masih belum ditentukan lagi siapa jurinya, tapi jangan risau...kita akan adilinya dengan bijaksana...

3. Cabutan Bertuah (3 hadiah)--> dah nama pun cabut-cabutan, maka, yang ini sama ada aku akan buat cabutan secara manual atau pakai komputer, tengok kepada penyertaan dulu seramai mana.

Menarik tu...jom join ramai-ramai, barulah meriah!

SPECIAL GIVEAWAY bemula sekarang sehingga 11.59pm 21.11.12
 

Friday, October 26, 2012

Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah

 


Segmen ini bermula 20/10/2012~23/11/2012

Jika nak join sila klik banner diatas:)

Wednesday, October 24, 2012

Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika atau hutan khatulistiwa merupakan hutan tertua dan meliputi 70% keluasan hutan di Malaysia. Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000 meter. Hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

Lokasi Hutan hujan tropika boleh dilihat dalam peta dunia di bawah :

Peta : Lokasi Hutan Hujan Tropika di dunia.
 
 
 Antara ciri-ciri utama hutan hujan tropika ialah 

~4 lapisan yang nyata iaitu lapisan paling atas dipanggil renjong, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan lantai hutan.
 

Lapisan renjong atau emergen terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi,iaitu melebihi 40 meter.Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari yang mencukupi.Pokok-pokok ini mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang.

Lapisan kanopi ~ ketinggian pokok antara 20 hingga 40 meter.Pokok-pokok di lapisan ini tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari dari sampai ke lanyai hutan.

 Lapisan tengah ~ pokok-pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter tinggi.Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit.Apakah perbezaan antara epifit dengan parasit? Tumbuh-tumbuhan epitif tumbuh di batang ,ranting,atau di daun pokok yang masih hidup.Contoh epitif ialah paku tanduk lapisan tengah .Tumbuh -tumbuhan ini bergantung pada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.

Lapisan bawah atau lantai hutan ~ pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya.Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok herba kecil didapati di lapisan ini.Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.
 
~Berakar banir : Menyokong pokok daripada tumbang!

Akar Banir

  ~Malar hijau : Mempunyai daunnya hampir seluruh masa!

Batang lurus dan Tinggi
~ Pokok Tinggi dan berbatang lurus : Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok!

~ Pelbagai spesies pokok kayu keras : Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti,cengal,merbau,balau,dan seraya. Spesies ini tumbuh bercampur-aduk dalam kawasan hutan hujan tropika.

Eca Year End Giveaway #1



Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh jijieasriella.com , zafikstory.blogspot.com, mialiana.com, sop.name.my , duniashida.com ,syaisya.com,ihaveasweetsmile.blogspot.com, aziazidah.blogspot.com , www.kisahemasputih.com , hazwanhairy.com , nugrulsakura.blogspot.com, greennnpandacraft.blogspot.com , mymatatajam.blogspot.com,akuayut.blogspot.com ,hotchouz.blogspot.com Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh jijieasriella.com , zafikstory.blogspot.com, mialiana.com, sop.name.my , duniashida.com ,ihaveasweetsmile.blogspot.com, syaisya.com, aziazidah.blogspot.com , www.kisahemasputih.com , hazwanhairy.com ,nugrulsakura.blogspot.com, greennnpandacraft.blogspot.com , mymatatajam.blogspot.com,akuayut.blogspot.com , hotchouz.blogspot.com 

Tarikh tutup : 31 Oktober, 2012 (11.59 malam)
 

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY


Sesiapa nak join sila klik banner di atas...

Tarikh tutup : 30 Oktober, 2012.

Masih sempat lagi tu....jom join ramai-ramai,
baru meriah:)

Ada hadiah misteri menanti...

Tuesday, October 23, 2012

Kek Lapis Cheese Persona


Sungguh tak sangka rupa-rupanya ramai yang meminati kek lapis cheese ini. Hari tu, masa bawa ke jamuan potluck untuk meraikan guru-guru pelatih yang tamat latihannya di sekolah saya....cepat sungguh kek ini habis, ibarat goreng pisang panas! Jadi jika ada yang nak resipinya, silalah klik 
di sini. Sebenarnya, kek lapis cheese ini menggunakan biskut marie yang dilapiskan dengan cheese. Senang je pun nak membuatnya. Cuma memerlukan kesabaran yang agak tinggi untuk melapisnya...supaya lapisannya cantik! Selamat memcuba:)

Saturday, October 20, 2012

Ekosistem Tumbuh-tumbuhan Semulajadi


Gambar dari En Google

Ekosistem hutan dibahagikan kepada 2 komponen utama iaitu

1. Biotik ~ Komponen benda hidup seperti tumbuhan (pengeluar), bakteria (pengurai), dan haiwan

2. Abiotik ~ Komponen bukan hidup seperti cahaya matahari, tanah, air dan udara.


Kumpulan haiwan pula dapat dibahagikan kepada 3 iaitu

1. Herbivor ~ Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja seperti gajah, rusa, arnab dan kelawar.

2. Karnivor ~ Haiwan yang memakan daging seperti singa, ular, harimau dan serigala.

3. Omnivor ~ Haiwan yang memakan tumbuhan dan daging seperti burung, kucing hutan dan beruang.

Wednesday, October 17, 2012

Langkah-langkah Pemuliharaan Hutan

Pemuliharaan hutan dan hidupan liar ialah usaha yang diambil bagi memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan hidupan liar yang diancam kepupusan.

1.   Penghutanan semula
      ~Pokok jati dan pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok-pokok ini matang dan boleh ditebang dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.
      ~Lokasi : Grik (Perak), Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Sandakan dan Ranau (Sabah), Miri dan Bintulu (Sarawak).

2.   Ladang hutan
      ~Dijalankan oleh kerajaan dan pihak  swasta. Pokok ditanam adalah jenis yang cepat matang, tahan serangan penyakit dan bermutu tinggi seperti pain, jati dan sentang.
      ~Lokasi : Jeli & Gua Musang (Kelantan), Kuala Lipis , Bentong & Jerantut (Pahang), Sandakan & Tambunan (Sabah), Miri (Sarawak).

3. Pengurusan Hutan Secara Lestari
    ~Ciri-ciri yang dititikberatkan dalam pengurusan hutan secara lestari ialah
i)   mengurangkan kadar pembalakan tahunan dengan menghadkan kuota lesen membalak
ii)  Penebangan secara terpilih bagi memastikan pokok matang sahaja ditebang
iii) Rawatan Silvikultur dilakukan bagi memastikan pokok tumbuh tanpa penyakit.Dengan ini mutu balak bertambah baik
 iv) Penanaman pokok balak dijalankan setelah kegiatan pembalakan selesai

4. Penyelidikan Hutan
    ~dijalankan oleh FRIM dan UPM
    ~Penyelidikan dijalan untuk mencari kaedah pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik
    ~FRIM bersama-sama pakar dari Jerman, Britain & Jepun menghasilkan Pelan Tindakan Hutan Tropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika dan hidupan liar.
    ~Lokasi : Kepong (Selangor), Lembah Danum (Sabah)        

Tuesday, October 16, 2012

Langkah-langkah Pemeliharaan Untuk Mengekalkan Sumber Hutan

Memandangkan kemusnahan hutan yang serius, hutan yang ada kini perlulah dipelihara atau dipulihara jika telah ditebang. Antara langkah pemeliharaan hutan yang boleh dijalankan ialah



1.   Mewartakan hutan simpan 
      ~Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.
2.   Mewujudkan taman negara 
      ~Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi.
Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak).

3.  Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang.
     ~Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.  
     ~Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan  kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.

4.  Pendidikan Alam Sekitar
     ~Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 

5.  Kempen Alam Sekitar 
     ~ Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun.
   
       

Monday, October 15, 2012

Segmen Miz Ruha/Lesen

 Segmen seterusnya yang aku nak join ialah segmen Miz Ruha/Lesen. Tarikh tutupnya : 19 Oktober,2012, jam 5 petang. Masih sempat nak join, klik aje banner di bawah...



 Ceritanya bermula 25 tahun dulu....

Ketika itu aku masih lagi menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia di tahun akhir. Aku ada seorang kawan yang sudah bersuami mempunyai seorang anak perempuan. Kawan aku ini, aku panggil R. Suatu petang tu, si R ni ajak aku naik motorsikal ronda-ronda seluruh kampus dan tujuan sebenarnya melihat anaknya yang dijagai oleh isteri pengawal  di kuarters jaga (kalau tak salah akulah, ingat-ingat lupa sebabnya, almaklum sudah 20 tahun lebih peristiwa ini berlaku!). 

Tapi yang aku tak boleh lupa cara si R ni bawa motor...kecut perut aku dibuatnya! Laju berdecun, kata orang ganu! Aku peluk pinggang si R ni kuat-kuat ketika tiba bab corner/selekoh...si R ni pun perasan. Aku kata, "tobat, lepas ni aku tak kan naik motor lagi!" Dalam hati, aku terdetik "Ada lesen ke dok si R ni bawa motor...macam tak dok lesen je gayanya!"

Kisah si R ni tak habis di situ je...

Kini si R sudah tiada bersamaku....dia telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau telah kembali ke rahmatullah dalam usia mudanya 25 tahun. Beliau meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di London, England. Aku difahamkan si R memandu kereta ketika kemalangan itu. Apa yang aku terkilan, 6 bulan sebelum pemergian R, aku menerima sepucuk surat daripada R menyatakan banyak perkara nak dikongsi bersamaku bila R pulang dari England.

Itulah ketentuan Ilahi...kita merancang Allah menentukan. Apa yang ingin R kongsikan menjadi tanda tanya buatku sampai bila-bila....

Semoga roh R ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.....amin.

Setiap kali melihat lesen memanduku, akan terbayang kisah si R ini yang menyebabkan aku melarang anak-anakku mengambil lesen motor! Ambil lesen kereta lebih selamat! 

Sunday, October 14, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Meriah sungguh dunia blogging
Penuh dengan segmen itu dan ini
 Aku pun nak join seiring
Segmen Berpantun Mialiana,com ini


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEju2ki1Sn7cwgFFXXIVWZVVfzl1CMHVLSRIV9RLVeoEP7Ie0OUYGh9bUwZLMzdslWLcMN8L-eAy6K2hD5IgtkkYeEldxhv-tUzB_E1stzU94fnBefC4fbVsO-nEI10Y_aFZC8C-ufcB74A/s1600/segmenmialiana_pantun.gif 

Tarikh tutupnya tak lama lagi,
 Iaitu esok tarikh akhirnya,
Jadi apa ditunggu lagi,
Kliklah banner di atas sertai bersama!

 Si Mia Liana menjual pantunnya,
Sebagai syarat penyertaannya,
Jadi kenalah aku menjawab pantunnya,
Sebagai tanda persetujuan terima syaratnya!

Inilah dia pantun jualan si Mia Liana,
Berwarna biru cantik sekali,
Pantun balasan dari ku penuh makna,
Merah menyala menyerlah sekali!

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
   

Bunga dipuja bunga seroja
Diselit berseri di baju kebaya
Panggilan manja teratai saja
Hanya dikenal di alam maya

Si anak memanggil ibunya mama
Si ibu yang tidur terus terjaga
Sudah ada anak lima
Itu bermakna sudah berkeluarga!

Cantik sungguh berkebaya nyonya
Diigayakan pula si anak dara
Sudah berkerjaya berpuluh tahunnya
Menunggu masa untuk bersara!

Waktu malam sejuknya sayang
Waktu siang panas berbahang
Asalnya dari negeri ulit mayang
Kini merantau ke negeri Pahang.

Lemah lembut bersopan santun
Berjalan bagai semut tak mati
Selesai sudah segmen berbalas pantun
Moga si Mia Liana berkenan di hati!

Latihan : Gerakan Jisim




 Berdasarkan rajah di atas:

(a) Namakan jenis gerakan jisim X :…………………………………………….(1 markah)


(b) Nyatakan tiga kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya gerakan jisim X.

      (i).....................................................................................................................

      (ii).....................................................................................................................

      (iii)....................................................................................................................
                                                                                                            (3 markah)


(c) Terangkan empat langkah yang dilakukan untuk mengatasi kejadian gerakan
      jisim   X

      (i).....................................................................................................................

      (ii).....................................................................................................................

      (iii)....................................................................................................................

      (iv)...................................................................................................................
                                                                                                            (4 markah)


(d) Nyatakan dua kesan kepada kawasan sekitar akibat kejadian gerakan jisim X

      (i).....................................................................................................................

      (ii).....................................................................................................................
                                                                                                            (2 markah)
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...