Halaman

Jumaat, 26 Ogos 2011

عيد الفطر

Ampun dan Maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERmaki dengan sengaja/tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERmengumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi 
yang tak kena

Sebagai manusia, aku tetap maafkan 
ampa semua walau apa pun dosa ampa.
kerana ampa-lah 
kawan dunia akhirat. :)

Semoga kesalahan ku juga dimaafkan 


Walau bila pun aidilfitri,
ucapan tetap SAMA.
mesej tetap SAMA.
niat juga tetap SAMA.

Sekian.

Jumaat, 19 Ogos 2011

PUASA II

Puasa dah masok hari ke-19. Tapi wall fesbuk aku masih suci lagi dari ucapan-ucapan raya yang keterlaluan. Ang tau pasepa aku kata keterlaluan. Mana taknya. Kalau dah sorang satu tag satu gambaq wish hari raya. Frend aku kat fesbuk pon dah 500++. Kalau separuh antaq wish dengan tag berpuluh-puluh orang. Then, komen pulak. mau semak aku punya notification. Kalau boleh tebus noti aku dapat dengan duet. Mau aku bagi 3 4 ringgit sorang kat bebudak mai umah aku. Tapi apakan daya. Aku bukan insan yang berkerjaya, tapi masih menuntut ilmu untuk masa depan.

Tapi aku tak kisah sangat pasal benda tag-meng'tag' nih. Nak tang bebanyak cenggini pon time raya laa. Apa hal sangat kan dengan setahun sekali tu ye dak?

Tapi kalau dah part jual kain songket+kuih almond london+kerongsang baju kurung+sutera la bagai-bagai suma tuh pon tag aku. Apa kes!

Entri kali nih aku nak story pasal puasa/posa Ok?. 

++++++++++++++++++++++++++++

Masa kecik-kecik dulu, masa tu umo lima nam taon, cikgu tadika + puan rumah ada bagitau masa bulan posa camnih syaitan-syaitan/setan-setan suma abis kena tambat/ikat. Masa tu luruih bendoi lagi. Aku ingat macam orng tua-tua dulu ikat anak-anak diorang kalo buas @ buat salah kat pokok.
Bila dah besaq sikit, baru aku tau setan tu kena "rantai" bukan kena tambat/ikat.

"Apabila datang ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith riwayat Al-Bukhaari dan Muslim]

Kalau masok bab anak bulan, mau sengih+gelak sorang-sorang aku kalau ingatkan balik. 

Maknanya selama ni ada bapak bulan, mak bulan, abang bulan, dan adik-beradik bulan yang lain termasok bulan 'bongsu'. Ngek!

Mana taknya, kalau ikotkan logik, perkataan 'anak bulan' mesti la anak bulan tu yang paling kecik.

Bila dah besaq-besaq ni, teringat pulak masa umoq lima nam taon dulu. Masa tu mak ngan abah aku ajaq posa sekerat hari+upah duet. Tu pon kalo posa sekerat hari. Sebab masa tu budak-budak lagi. Mana tahan tengok keropok Mamee +eskrem cawan. Ada la limit-limitnya kalau upah sekerat hari tu. 

Pastu, dah besaq sikit. Start la posa penuh. Masa tu pon malas-malas lagi nak posa. Tapi puan rumah dengan tuan rumah ni pandai psiko. Diorang bagi duet kalo posa penuh. Tapi tak la sampai melingkup-kan diorang kena bagi duet kat aku kalau tak posa.

Kalau tak posa sehari, walaupun dah posa 26 hari. Duet sebelum-sebelum tu kira burn. Perghhh! memang menjadi la taktik tu. Siap lawan ngan membe-membe lagi masa tuh. 

Tapi, bila dah cukop posa tu, bila pagi raya salam-salam tu nak tuntut upah posa penuh, ha masa tu jawapan diorang simple dan padat dari puan rumah mahupun tuan rumah.

"Abah dah masok-kan duet dalam account bank hang"

Kiranya duet tu diorang boleh rolling balik la. keh3x. terkena jugak!.

++++++++++++++++++++++++++++

Kalo part sahor atau bahasa saintifik bagi loghatt utara 'soq' pulak. Time awal-awal ja yang susah nak bagun sampai tiga pat kali puan and tuan rumah kejutkan baru nak bangon. Kalau dulu kena telo masak kicap+sayor kangkong pon, dah boleh jalan. Tapi lani aku tengok adik-adik aku kalo tadak ayam. Jangan harap nak bangun. Takpun makan pon sejemput. Mengada-ngada!

Kalau time awai-awai tu tengok ayam masak merah dengan teloq masin pon tak berapa nak selera lagi. Bak kata tuan rumah "selera tengah tumpoi".
Tapi yang boleh menaik-kan nafsu untuk bukak periuk sebelum azan maghrib, bila tengok ayam tadi dalam periuk ditengah hari.

"Perghhh! silap aku tak makan pagi tadi", bisik aku dalam hati.

Mesti ampa pon penah jadi camtu. Kan? Kan?

p/s: Lama jugak tak update. Semangat blogging pon makin 'tumpoi'.


Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...