CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 8, 2010

Waraskah kita..?



Kerana penggunaan perkataan "ALLAH" oleh salah sebuah akhbar Kristian, gereja menjadi mangsa. Wow..nang hebat penDUKUNG PENJAGAAN AKIDAH UMAT ISLAM !!! Bagi aku yg tak berapa suka dgn perbuatan extrimis mcm ni, hanya menggelengkan kepala krn perbuatan ini menjadikan "ISLAM" sbg agama pengganas. Penganut agama lain memandang Islam sbg agama pengganas dan penganutnya juga pengganas.

Kalau betul nak menjaga akidah umat Islam, pakatlah ramai-ramai membakar bangunan RTM, NTV7, ASTRO dan mana-mana stesen penyiaran yg menghalalkan rancangan yg menyesatkan dan memesongkan akidah Islam spt rancangan hiburan yg menampilkan artis yg berpakaian spt SUNDAL, budaya minum arak, budaya GAY dan byk lagi perbuatan yg dilarang dlm ISLAM disiarkan.

Kalau betul nak menjaga akidah umat ISLAM, pakatlah ramai-ramai membakar stesen-stesen radio yg menyiarkan lagu-lagu yang menghayalkan pendengarnya.

Kalau betul nak menjaga akidah umat ISLAM, pakatlah ramai-ramai membakar rumah-rumah PERSUNDALAN, PUB-PUB, KEDAI-KEDAI VIDEO DAN MUZIK yang jelas menjadi perosak akhlak dan akidah umat ISLAM.

Kalau betul nak menmjaga akidah umat ISLAM, pakatlah ramai-ramai membakar mana-mana tempat yg mengadakan konsert muzik yang jelas memesongkan akidah dan merosakkan belia ISLAM yg BERBONDONG-BONDONG memenuhi tpt-tpt spt itu.

Aku bukan anti-Islam tp aku anti ekstrimis ISLAM yg nampaknya sengaja merosakkan ISLAM disebabkan kesempitan ilmu ttg Islam.

Aku kesian dgn umat Islam yg nampaknya menjadi bahan bualan dan hinaan masyarakat antarabangsa disebabkan kebodohan segelintir pemimpin Islam dlm menangani beberapa isu.

Kalau nak menjaga akidah umat Islam, kembalilah mengikuti ajaran dan perintah Allah. Jgn kerana nyamuk..kelambu dibakar.., jgn kerana nila setitik, rosak susu seLAUT...

Monday, January 4, 2010

I'll be back soon....


Well guys...I'm kinda tight up at da moment but will be back soon...sorry 4 x visiting u guys..really miz u all...