Thursday, December 3, 2009

BBQ Kelana Gunung Jerai



Pada 30hb November 2009 di Kawasan Rekreasi Gunung Jerai, seramai 20 orang ahli kelana telah menjalankan aktiviti BBQ Kelana. Bermalam di kawasan tersebut yang amat sejuk memang menyeronokkan. Antara makanan yang di'BBQ'kan adalah Udang sebesar 3 jari, kerang, daging lembu , Hot dog, Ketam dan Roti Butterscoatch. Kepada yang tidak dapat hadir, cuba lagi tahun depan. Untuk gambar2 yang lebih menarik, 9W2KLK akan meng'upload'kan kemudian.


Program Ibadah Korban JBSNK bersama KLNK


Aidiladha baru-baru ini, JBSNK dengan kerjasama JBSNK telah menjalankan program ibadah korban di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah. Seramai 30 orang ahli Kelana bertungkus lumus menjayakan program ini bersama-sama dengan pegawai JBSNK. Terima kasih dan tahniah kepada mereka yang menjayakan program korban pada kali ini. Semoga Allah membalas budi baik anda.