Sunday, December 12, 2010

Alhamdulillah


hmpir sebulan x ter'update. sibuk belakos jugop las semenjak 2 menjak nis. abih je exam hr ni, esok g melb lusa balik msia. now im in MALAYSIA. kunun xse kelik laaa...

Allamdulillah syukur sgt2 leni. sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memahami. terima kasih Tuhan.

plan utk thn ni nmpknye dah penuh. ade yg nk merisik, bertunang, berkahwin, beranak. tahniah untuk2 sume2 yg berkenanaan. utk yg tersayang di kedah, selamat menjadi isteri orang. xsabar nk tgk hang pakai bj pengantin yg kecik tu charm. sile alter body jgn alter baju yer. hehhehe....

plan bulan 1 blom ade neh. what shud i do...?any idea...?

ps: next week pls do come early....

Sunday, November 14, 2010

dugaan

8 dzulhijjah

lg 2 hari nk raye. seyes xrase ape pon. yg terase bahang2 nk exam. makin bace, makin byk yg xtahu. nk nanges pon ade. makin nk exam, makin byk pk bende2 ngarot. dgn internal yg x best, cmne nk dpt HD? hahaha berangan je la adlina...tmbh ng problem yg x setel2 lg. makin serabut jadinye. susahkan nk puaskan hati sume org.

exam 0o0o exam. nape la makin lame makin susa. kang bagus klo mcm upsr pmr spm dlo. study depan rosalinda ayarmo, miss tres hemanas pon result alhamdulillah. ni nmpk nye kne study dpn ward, wiese br nk score ni. klo la depa available dlm kaca tv setiap hari, mmg aku study ng depa.

Ya Allah, ku tahu masih ada peluang. jgn biarkanku sia2kannye. Kuatkanlah semangat ini, tenangkanlah hati ini, tenteramkanlah minda ini, jauhi diri ini dari maksiat. amenn...

i want my mother......
but i dont wanna go back. kinda weird i make this statement. yes, im serious! TAK MAHU BALIK MALAYSIA LAH!!!!!

ok ini adelah sindrom2 bile nk exam. biasenye homesick, tp kali ni terbalik.


......maafkanku jika ada yg terluka.........

Monday, November 1, 2010

rindu

24 dzulqaedah

owh cikgu, tolong bg saya kerja matematik. otak sy dah tepu nk hapal name2 ubat.
owh cikgu, sy mahu otak sy bergerak. ibarat angka2 menular merangkak berkejaran di celah2 saraf2 otak.
owh cikgu, saya xmahu otak saya kaku. menampalkan clopidogel, levodopa, diazepam, carbamezapine melekat d kotak memori. melekat dan x bergerak2.
owh cikgu, saya rindukan matematik....

Wednesday, October 20, 2010

target dan kaget...

12 dzulqaedah

mase skolah rendah dlo, cikgu pesan suh buat UPSR elok2 sbb nt bole masuk skolah menengah yg best2. so target time tu just nk score UPSR. nk dpt 5A! alhambulillah, dpt skolah best walopon xdpt spt yg di target.

masuk skolah menengah, target pulak utk PMR. nk 9A kali ni!bertungkus lumus bljr, kls ponteng sket2je, tdo dlm kelas pon sb terpaksa. terpakse sbb satu kls tdo, pantang cg xde. cg xde je, kls sunyi sepi. cg ade bising pulak. sbb ape nk 9A?sbb nk masuk kls sains. org ckp kelas sains ni cerah ms depan. nk jd doktor jurutera saintis kne masuk kls sains. hebat kan bunyinya itu. lps dpt result, berangan la plk nk masuk mrsm, asrama penuh. org ckp, kemudahan kt ctu bagus, cg pon best. peluang makin cerah. xsedar kt skolah lm pon ramai gak bdk2 berjaya dgn cemerlang. tp rezeki ku mungkin d mrsm

dah masuk mrsm, target la plk utk SPM. nk 10A1!kali ni mmg cg push betol2 nk sume student dpt straight A1. tu la, masuk skolah hebat2, cg pon expect student hebat jugak la. hadooiii, lotih den cikgu weiiii. pg ptg prep. mn nk main bola jaring, bola tmpar, bola baling, tenis, pingpong, olahraga, jaga koop, buat report cna cni. hambek, gile kuase. sume nk sapu. pesan cg, main2 jugak, SPM kne score. dlm byk2 exam ni, SPM la plg susah. bl dah masuk U, da senang la hidup kamu. subjek amk 4,5 je. SPM 10 kottt. SPM la plg susa sb subj sume bercabang2. sejarah, math, bio, bm bi. sume tu xleh nk relate. susahkan....baiklah cikgu, sy percaya cikgu. SPM la exam yg plg susah!

lps abih SPM, alhamdulillah, dgn rezeki Allah, dpt tawaran ke oversea. b4 that, kne la buat preparation dlo kt msia. ms preparation, target hny nk lps cut off point je. sy mahu terbang ke seberang sana!skang dah x target hebat2. dlm kepala, nk terbang je, xkire la result bagus ke x. janji bole terbang. berkat doa dan restu makbapak, dgn izin Tuhan, terbang la sy ke bumi kanggaroo ini...

dlo cg ckp, bl dah msuk U, hidup makin senang sbb subjek dah xbyk. BETOL! amk 3,4 subjek je satu sem. dlo cg ckp, SPM exam plg susah sume subj xde kaitan antara satu sm lain. BETOL!dkt U sume subj berkisar bnde yg same je. cume lg mendalam. tapi................

sungguh, sangkaan saya meleset!sape kate duduk U ni sng. payah2. sape ckp SPM tu exam plg susah?exam here a wayyyyyyyyyyyy more difficult laaa!siap ade negative marking. salah je kne tolak markah. siut~

sahkan nk score, nk pass pon semput adik weiiii....target skang, cg tlg la bg sy lulus. sy nk lulus jerrrrr~~~

ps: mmg adat belajar, makin lm makin susah.susah2.....

Tuesday, October 19, 2010

the technology

11 dzulqaedah




some kind of hallucination and delusion....
as a future-pharmacist, i think they need antipsychotic...

ps: we talk about tech~


Saturday, October 16, 2010

lafaz sakinah

8 dzulqaedah




Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

ps: zhuubbbb, sampai ke hati~

Saturday, October 9, 2010

10 petanda jodoh

1 dzulqaedah




10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan ki

ta. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan

dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Monday, September 27, 2010

first step is done....

18 syawal

alhamdulilah syukur saya ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnia-Nya dapat saya beraya sekali lg bersama ayahanda dan bonda tersayang. walaupon kepulangan anakanda kali ini agak terlewat dr tarikh hari raya, tapi sekurang2nya anakanda berpeluang untuk menjenguk ayahanda dan bonda setelah pemergian anakanda selama hampir 7 purnama. hohohohohoh...*ayat p.ramlee*

well, ni ayat aku lak..
first step is done. there are another 2 steps to take. wish i can jump to the last step but, hurmm...be patient la adlina.
sonoknye kelik kali ni...!!!!
alhamdulillah.....


ps: kompang dipalu pengantin malu....oppsss, salah lagu....

Monday, September 20, 2010

spring break 2010

11 syawal

tomorrow i'll be leaving adelaide for malaysia to continue my eid celebration with my love ones...
bye2 adelaide and hello malaysia, especially kota bharu!!!cya again in 2 weeks time adelaide ppl...

tiap2 kali musim bungo, mst kelik msia. ore duk cni nk tgk bungo, aku g bungo msia. huahahah...tiap2 thn lak tu. nati tgk la thn dpn lagu mn. kelik bungo msia ko, bungo cni jas. wallahu'alam...





Wednesday, September 8, 2010

my girl

29 ramadhan

8 september, i never miss this date every year since i was 11 to wish u happy birthday. punish me baby if i forget to say that i love you. you know i love u sooo much. much much much!

selamat ulang tahun kelahiran yg ke-24 sayang!sayang kamu, rindu kamu sangat2!!

we r straight ok~


ps: kpd sayang yg sorang lagi tu, jgn sedih2 yer. InsyaAllah ade rezeki lain. looking forward to see you.

Saturday, September 4, 2010

counting days

25 ramadhan

beberape hr je lg. subuh makin hari makin cepat. makin2 la kne bgn awl. target mcm xkesampaian je. don give up!

tiap2 male doh dgr lagu raye. haihhh~~~~~
alia buat doh kueh raye~~~~
raye cni sungguh doh la kali ni....

Monday, August 23, 2010

the boundary

when we are too close, we tend to forget the boundary. we think it is just a joke, but we dont know we are actually crossing the limit. no matter how close we are, how naive they are, pls appreciate ppl's feeling. watch our mouth behave ourself....

ps: aku emo~

Friday, August 20, 2010

morning calls

10 ramadhan

0824:
'naa'
'hmmm.....'
'x bgn lg ko?'
'huurrmmm...'
'ni, cek nk oyap, kakna mitop ic na nga ami'
'hmmmm...'
'dgr dop ni'
'dgr'
'dio nk cpt tuh'
'huuurrrmmmmmm...nt na ata'

0927:
'yg...'
'hurrmmm..'
'abg nk naik heli ni'
'hurrmmm...jaga diri'
'awk pon, jaga diri molep tuh'
'hurrrmmmmmmm.....'

1045:
'helo..?'
'hmmm.......'
'helo....?'
'hurrmmm...'
'eh u tdo lg?'
'hurrmmmmm...aaaarrrrrrrrggghhh' *menggeliat*
'da kol brape ni?u x de kls ke?'
*aik, lain mcm je suare. salah namber ke?*
'sape ni?'
'ni jpa. en imran.'
'eh?..eerrkkk.....????'
gluuupppp.......
aku ngigau ke jpa kol pagi2 ni?

Friday, August 6, 2010

oopppsss i did it again

25 syaban

think I did it again.
I made you believe
That im gonna stay here.
Oh, baby;It might seem like a rush,
But i really mean it
That I'm serious.
'Cause im losing all my senses...
When the spring shows its face.
Oh, baby; baby.

Oops!... I did it again.
I cant stop my heart.
Got lost in the cheapness.
Oh, baby; baby.

Oops!
... You think I'm gonna stay.
But i've already got mine...
I am so innocent.

ps: selamat berpuase semua!!!


Thursday, July 29, 2010

new sem


17 shaban

2nd sem for the 2nd time of the 3rd year. whateva! semoga rezeki melimpah ruah kali ni. praying the best from Him all the time. just taking 2 subjects this sem n i have lots of free time. thinking bout part time job?yea im not ready yet. rajenkah aku nk keja?dkt2 zohor br nk bukak mate~dr cr duit lebih, baik duk umh diam2, simpan duit yg mn ade. bukannye x ckop duit tu kan~

what else i can say....
i love my brothers n sisters!mereka sengal~
thinking, planning n arranging. susa2...

haaaaa!
found this
what else i can say....
thank you sooooo much!

ps: ns tomato kasih abadi

Friday, July 23, 2010

auckland - city of sails

11 shaban




title: winter break vacation.
members: adlina, rahimah and ain
venue: north island New Zealand
date: 11 - 19 july 2010

day 1 - visit auckland people: maryam, uja, husna, harith comel :)

day 2- auckland city, harbour, elbert park, auckland uni, mission bay, movenpick ice cream, sky tower

day 3 - a cruise to rangitoto volcanic island, kelly tarlton underwater world, dinner at husna+harith+abg halim - nasi kerabu klate,kek coklet besssttt

day 4- bird feeding at elbert park, uni auckland, rainbow's end theme park, shakespear bay, meet dianne *my twin* and house warming (nasi kerabu)

day 5 - auckland domain (winter garden , museum), fish n chip, choc boutique, britomart, warehouse

day 6 - road trip to south area~ hamilton garden;Hamilton, Huka Fall; Taupo,taupo lake, Whakarewarewa ; Rotorua - geysier, swoop, zorb, dinner with tunessian n berber rice at AliBaba restaurant..

day 7 - auckland city again, snow ice, angie's kitchen. meet aida!!!!

day 8 - back to OZ .AUC-MEL-ADL.

really having such a great time with my high school friends. they bring me to my oldies. free of charge of accomodation, car, food and making friends with auckland ppl are one of the wonderful moment i ever had. i feel blessed with this ukhwah. thank you Allah...

terima kasih byk2 kepada yg byk berjasa.
salbani, diyana, tehah, tik, dan husna n family...

ps: mgu dpn da start skolah :( nk blk msia!

Wednesday, July 7, 2010

wavin' flag

25 rejab




ps : you and i will be singing it~

Tuesday, July 6, 2010

it's my DAY!!!

24 rejab

tup tap dup dap...
happy birthday young lady!!!
soooo many different things happen this year compared with previous year. an early wish, early gifts, different environment, different feeling. everything is fresh n new.
thank you sooo much my shayangsssss....ahlami, ibtisam, n fahimah for the great day. n also to you who r permanently attached and closed to this lil heart....


victor harbour and bracegirldles


gifts. thanks!!!!*xjd bapak ahmad albab dah thn ni :) the novel that i finished it b4 da date line


ade jugak kek. timo kasih alia!!!muuaahhssss

ps: o december, pls do come early~

Friday, June 18, 2010

8 pantang larang lelaki


6 rejab

* Betul @ salah aku xtau, copy paste dr blog org...*

1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.

Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jdi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.

4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.

5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal".

8. Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.

ps: aku copy dr notes org....

Thursday, June 17, 2010

homesick


5 rejab

penyakit ni menyerang lagi. bacteria ni mmg hidup time2 nk exam. rindu cek ayh?rindu umh?rindu kampung?rindu sume2 lah. tp yg plg rindu, rindu hidup yg xpayah buat pape. xmo study!!!!!puah!!!!!study bagai nk rak, result tang tu jugak. sedih la jugak. mayb x ckop usaha kot. keep up ADLINA!!!!pls dont give up now babeh~

klo ikotkan jiwa, nk je blk msia winter ni. tp da beli tiket g nz. bile lg nk g nz kan, msia bila2 pon bole blk * the same old kuno classic excuse* ok honestly, xready lg nk blk msia sbnrnye. takkootttttttttttt.......hati x redi tp jiwa rindu. so cmne nih????

layan ni dlo lasss





dan ini




we would never ever b apart...

ps: da rejab. bayar2 la hutang puasa tuh~

Tuesday, June 8, 2010

man vs woman


25 jamadil akhir

man falls in love with his eyes, woman falls in love with her ears (kakngah ami, 2010)

true!!!!

ps: i love you~

Saturday, June 5, 2010

the pencil


22 jamadil akhir

taken from kembara ilmu 8

The pencil Maker took the pencil aside, just before putting him into a box.

'there are 5 things you need to know', he told the pencil. 'before i send you into the world. always remember them and never forget,and you will become the best pencil you can be.'

1- you will able to do many great things, but only if you allow yourselfto be held in Someone's hand.
2- you will experience a painful sharpening from time to time, but you need it to become a better pencil.
3- you will be able to correct any mistakes you might make.
4- the most important part of you will always be what's inside.
5- on every surface you are used on, you must leave a mark. no matter what's the condition, you must continue to write.

the pencil understood and promised to remember, and went into the box with purpose in its heart.

here goes to human....remember them and never forget. you will become the best person you can be.

1- you will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in Allah's hand. and allow other human beings to access you for many gifts you possess.
2- you will experience a painful sharpening from time to time, by going through various problems in life, but you need it to become a stronger person.
3- you will be able to correct any mistakes you might make.
4- the most important part of you is what's inside *heart*
5- on every surface you walk through, you must leave your mark. no matter what he situations, you must continue your duties.






exam exam exam...adduussss~~~
desire-decision-determination-discipline-direction-focus-DOA

Sunday, May 16, 2010

7 cara menawan wanita





2 jamadil akhir

somebody posts it on fb. im just copycat what is written. somehow, it's quite true i think~

Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.

Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.

Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah dari GUA untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.


Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.

Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.

Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.
Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok” (mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)


ps: to those who may concern, take note ya.

Tuesday, April 6, 2010

easter break

21 rabiul akhir

really enjoyed lepaking at shipster's house last weekend. thanks alot to ami n tsam for treating this 'sometime'-annoyed-guest with full of love n patient. hahahahah...terasa bagai ditatang minyak yg penuh. huhuhuhuh...

went to harbour town 2 days in a row n like ami said 'crash n burn'. hit the shops and burn the card not the cash. in a way, its just the same thing. grabbed few shirts n levis jeans. got special offer from levis store. buy 1 free 1. rs nk borong je satu kedai levis tu. sabar2, jgn tamak. ask tsam how many jeans she grabbed. six or more?nk buat hantaran tu...bestnye org tu da nk kawen. nk jugak bole cam?weeeee~

ps: get well soon ya incik injinia. take enuf rest, keep well hydrated and don forget ur medicines ya. hope u feel better :)


Sunday, April 4, 2010

alkesah....

19 rabiul akhir 1431

dulu....



tiba2 dtg si dia ni. dah la gelap...




sekarang!!!!!!


Ngeh2,itula alkisah yer..

ps: finally after a month....

pss: ni entry ore lain. sy tulum upload je ni...:p

Thursday, March 4, 2010

cerita pakistan

aku dgn bangganye telah merejek lelaki bername *ape ntah*. mmg patot di rejek pon. sian aku, menjadi perhatian kpd mamat pakistan. bengom~

him: i came here like thousand times but i didnt see u. luckily i see u today.
me: owh, i went back to malaysia last summer and i just arrived here last week.
him: remember my question last time?
me: u said u want to be my friend?
him: yes. that one.
me: it's ok if just a friend. but i wanna say something.
him: what?
me: im engaged and we're planning to get married this coming summer. (tipo2!!!)*mcm la die nk melamar aku kan*
him: *muke down gile*
me: sorry.
him: but i asked u first.
me: errkk. i've told u that i already had bf that day. i knew him before i met u. do u remember?
him: no u didn't.
me: yes i did. so sorry, mayb there's someone else for u.
him: ermmm.....*muke mcm sipot kne tuang air panas*
me: ermmm. i got something to do. i have to go..

moral of the story:
pls wear a ring. it can b a protection.

ps: bnde aku ckp kt die adelah rekaan semata2 utk melarikan diri...
aduhai pakistanese. kalaulah kamo mat salleh~

Monday, January 18, 2010

wedding update

3 safar

renjis renjis dipilis
ditepungila tawar
hai beras kunyit ditabur
disirami air mawar

kenduri sana sini makan free~

SATU


DUA


TIGA


EMPAT


LIMA


ENAM


TUJUH



LAPAN

wooppsss~silap2...pls fill in the blank. ahaks~
-gambar hiasan-

selamat pengantin baru buat sume mempelai. semoga berbahagia sampi akhir hayat.


ps: missing adelaide :(

Wednesday, January 13, 2010

cerita kedai emas

gambar hiasan

27 muharam

sape xnk kaye?makin kaye, makin seronok. tp makin bahagia kah? xde duit xbahagia weiii. ape2 je laa. janji hidup ko tenang. tp tenangkah?
jgn smpi makin kaye, makin ramai ko tindas. makin ramai family ko menyampah.
makin ko kaye, sume org ko pandang rendah. mak bapak sendiri pon ko nk sumpah.
sudah lah~

Friday, January 1, 2010

selamat datang 2010

15 muharram

step by step...
here we go!!!
let's welcoming 2010....

plan for 2010?
aaaaaaaaa!!!xtahu!!!!byk bnde tertanggguh nk kene setel. tiket blk adel xbeli lg. nk beli cmne, start skolah pom blom tahu bile. cpt la makcik libby weiii. sy nk study plan.
i think im gonna stay there longer than i supposed to. hayyooo~xpe2, parents aku x paksa aku kawen awl2...hahahhaha...
travel somewhere?need company laaa. bdk2 ni sume buat hons. comfirm2 la gile gaban busy. duk layan tikus memanjang. da xde mase nk layan aku...walo pape pon, party jgn xjoin weiii....to those yg back for good. gonna miss u lots n lots. kawen habaq mai na~
abedeen nk g. xtaw nk bw g mn..ade kls la bang wesss...

2009 story...
penutup yg menyedihkan. forget it.

g2g. nk tgk cinta balqis. same cam nur kasih. berkerut je 24jam...

down to kl tomorrow. ade sape2 nk date ng saye?lalalala~