Wednesday, 14 December 2011

LAWATAN AKADEMIK

Satu lawatan akademik telah dilakukan oleh murid-murid SRPT. Lawatan ini melibatkan semua murid (Prasekolah hingga Tahun 6). Destinasi lawatan ialah ke Tamu Serambangun Tutong. Antara lain tujuan lawatan ini ialah bagi mengenal secara dekat nama dan rupa buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, lauk-pauk, kuih-muih, binatang ternakan dan sebagainya.



Guru Prasekolah bersama muridnya menjunjungi semua lokasi jualan. Binatang ternakan menjadi tumpuan utama murid-murid ini... "Biasalah anak-anak memang suka kepada binatang peliharaan"





Murid-murid Tahun 6 menemubual penjaja sayur


Hari itu mereka sangat bertuah kerana penjaja berkenaan bermurah hati memberi nama-nama sayur yang terdapat di meja jualannya. Beliau juga berkesudian menerangkan beberapa khasiat yang terdapat pada sayuran yang dijualnya.


Kelihatan murid-murid ini asyik dengan binatang ternakan yang dijual. Antara binatang yang menarik perhatian ialah kucing bulu tebal, burung Kaka Tua, arnab dan yang lainnya.





Murid lelaki ini cuba mendapatkan pelbagai nama kuih yang terjual di sini. Biasalah sambil bertanya sambil membeli minuman.








Guru menunjukan tempat berjual ikan air tawar




Biarpun lawatan hari itu kelihatannya simple sahaja namun ia memang cukup bermakna. Murid-muird boleh melihat dan mengenali secara dekat rupa, bentuk, dan nama sesuatu yang mungkin selama ini belum pernah mereka dengar atau ketahui......Tak kenal tak cintakan?




Wassalam.











Tuesday, 31 May 2011

TAHNIAH UNTUKMU

Tahniah atas kejayaanmu
Semoga terus berjaya
Semoga terus ceria
Semoga menjadi contoh yang baik
Semoga mendapat kebaikan dunia dan akhirat

Amin!









"To be the best, do the best"








"Rahsiakan Sedekah"







Wassalam

Friday, 21 January 2011

BANJIR PART 1

Pagi 18 Januari 2011 guru-guru dan kakitangan SR.Penapar Tutong terpaksa berkumpul di perkarangan Kedai PERTAMA Tutong kerana kami dikhabarkan bahawa paras air banjir di Jalan Kampong Penapar tidak dapat dilalui oleh kenderaan salon/rendah. So kerana tempat duduk tidak dapat menampung semua guru maka ada pula yang terpaksa duduk di bahagian luar kereta. Lucu bercampur kesihan juga melihat situasi ini namun apakan daya demi tugas segalanya harus dilalui dengan tabah dan ikhlas.

Ini dia keadaan Jalan Kampong Penapar yang ditenggelami air bah. Ia merupakan rintangan sukar untuk dilalui, namun apakan daya demi tugas kami rela berkorban.


Bermacam perkara yang bermain di benak fikiran.... enjin kereta mati.... kereta rosak



Dalam perjalanan kelihatan beberapa buah rumah telah dikelilingi air bah... kesihan!



Setelah sampai ke destinasi barulah wajah bertukar ceria namun kami dapati paras air sudah melimpahi jalan masuk ke sekolah




Memandangkan paras air banjir semakin tinggi kami terpaksa meninggalkan sekolah sebelum Jam 12.00 tengah hari





Kereta kami hampir-hampir terperangkap di air dalam. Nasib baik kami pulang awal



Kudongak ke langit mega hitam berarak lagi
Suara guruh kedengaran lagi
Hujan lebat pasti turun lagi
Esok sudah pasti banjir besar berlaku lagi











Saturday, 15 January 2011

HANYA UNTUKMU

Kami sayang kamu...ok


Simple yet meaningful...ok


Kasihmu sepanjang jalan


Terimalah amal ibadat dan berikan kami kebaikan dunia dan akhirat




Kami doakan semoga kamu akan terus sihat sejahtera, ceria dan sukses




Sunday, 19 December 2010

HALA TUJU

Hidup perlu ada wawasan, perlu ada perancangan, perlu ada tujuan dan perlu ada kesepakatan. Tanpa itu semua; hidup kita tidak ubahnya seperti kapal yang terumbang-ambing dipukul ombak. Atau mungkin ibarat lukut yang ditampi dalam sebiji niru. Hala tuju kehidupan bukan sekedar dilihat dengan pandangan mata tetapi perlu disertai dengan pandangan mata hati yang didampingi dengan niat yang tulus dan suci.
Hari ini mungkin kita mampu tersenyum lebar dengan kehidupan kita, kerana rintangan hidup yang melanda hanya sebesar kuku. Atau kita masih mampu mengharungi kehidupan sendirian tanpa bantuan orang lain. Namun sedarlah kehidupan akan sentiasa berubah, ibaratnya pantai yang sering berubah apabila dipukul ombak....sekali air bah sekali pantai berubah.
Jadikan pertemuan hari ini sebagai sukat-sukat untuk masa mendatang, apabila kita harus hidup sendirian.

Masa depan penuh cabaran, hadapilah ia dengan kesabaran dan kebenaran


Hari ini kita berkumpul ria, esok atau lusa kita akan berpisah maka hargailah perhimpunan ini dengan sebaik-baiknya agar tiada penyelesan dari perhimpunan ini


Cantik tetapi sepi dan kaku
Jangan biarkan kehidupan kita sepi dan sunyi



Diam bukan bererti kalah
Jadi seperti resmi padi 'semakin tunduk semakin berisi'




Mesra tapi rindu ... hehehe itulah kehidupan




Bersatu teguh bercerai roboh
Tiga serangkai yang sentiasa bersatu bukan disatukan



Nasihat adalah sebaik-baik pengajaran
Lama hidup banyak dirasa, jauh perjalanan banyak pengalaman
Kongsi-kongsikan dong kepada yang muda-muda



Lucu tetapi tegas



Wasalam

Sunday, 5 December 2010

BANJIR

Biarpun kejadian banjir kali ini tidak seteruk yang berlaku pada awal tahun 2009 dahulu; namun ia masih meninggalkan impak yang mendalam kepada penduduk kampung ini. Setiap kali hujan lebat berlaku, setiap kali itu juga mereka berasa cemas, resah dan tidak lena tidur.


Bangunan sekolah juga tidak terkecuali daripada malapetaka banjir ini. Malah pada Tahun 2009 yang lalu air banjir memasuki ke bilik-bilik tingkat bawah bangunan sekolah.

Jalan masuk ke sekolah


Jalan masuk dari belakang


Lawatan kerja melihat keadaan banjir dari pegawai-pegawai bahagian pendidikan rendah



Bilik Perpustakaan Sekolah yang pernah dimasuki air banjir pada Tahun 2009
Sebagai langkah berjaga-jaga segala buku-buku bacaan disimpan ke tempat yang lebih selamat



Berbincang mengenai perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera jika berlaku sebarang kemungkinan



Peralatan elektrik dan buku-buku disimpan ke tempat yang tinggi




Fail/dokumen perlu diselamatkan





Peralatan Pejabat disimpan ke tempat selamat





Keadaan rumah yang dikelilingi air banjir



Perahu menjadi alat perhubungan sementara penduduk kampung



Wassalam.

Thursday, 2 December 2010

MAJLIS PENUTUP PERSEKOLAHAN

Khamis 18 Zulhijjah 1431/ 25 November 2010 - Atur cara majlis bermula jam 8.30pgi. majlis sambutan pada tahun ini agak sedikit berbeza dari tahun yang sudah-sudah. Kali ini tiada alunan lagu yang didindangkan, tiada jari-jemari lembut yang menari, tiada watak hitam-putih yang didramakan, dan tiada sajak yang hendak dipuisikan. Satu perubahan, satu pembaharuan dan satu keputusan telah disepakati.

Format persembahan pada tahun ini berbentuk pameran hasil kerja murid di bilik-bilik darjah dan aksi murid dalam beberapa kaedah pembelajaran yang pernah dipelajari sepanjang Tahun 2010 ini. Majlis Penutup Persekolahan Tahun 2010 membawa tema 'Mengenali Pendekatan SPN21'. Ini adalah kesempatan atau peluang istimewa kepada ibu bapa menyaksikan secara langsung kelibat anak-anak mereka mengikuti pembelajaran.
Tetamu kehormat majlis bersama pengerusi, ketua kampung dan jemputan khas

Tiada guna ada perahu jika tiada pengayuhnya
Tiada guna ada majlis jika tiada tutur bicara
Harapan dan cita-cita diimbau dalam kata-kata


SPN21 berorentasi 'Fun, Play and Learn More', 'Student Centered', and 'Thinking Skill' bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.


Pembelajaran ICT sudah mula dikenalkan kepada murid-murid Tahun 1
Dalam era dunia komputer generasi sekarang harus celik ICT


Murid yang cemerlang diberi ucapan dan hadiah penghargaan


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memotivasi kemajuan pelajaran anak-anak




Hasil kraftangan ibu bapa turut dipamerkan sebagai model semangat kepada murid-murid


Kalah dan menang bukan ukuran
Yang penting semangat juang, kerjasama dan kesatuan



Wassalam.