Sunday, November 30, 2014

TRANSFORMASI...& MEREMAJAKAN UMNO!!!

Perubahan terhadap parti itu bukan lagi satu pilihan tetapi sudah menjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan. Sehubungan itu katanya, UMNO perlu berani membuat perubahan jika parti keramat orang Melayu itu mahu terus kekal relevan terutama di kalangan generasi muda hari ini. “UMNO tiada pilihan, kalau ingin menjadi parti relevan, parti yang teras pada pemerintahan, UMNO mesti merupakan parti berani buat perubahan, menerajui pembaharuan, berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru bagi negara kita secara keseluruhan.

Bila Yang Tidak Menyokong, Dibela & Dimanja Manjakan Pemimpin

Kerajaan kena tengok skrg sape yang menguasai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tu..kalau dipegang oleh orang yang taksub PR.,penuhla sektor awam /jabatan kerajaan dengan puak PR (ramai dari kelantan,maap yer).. Belum citer GLC lagi..kerajaan kena pantau siapa HR dlm GLC..sama dengan kes di atas..habis diangkut budak2 taksub PR ni dalam GLC..anak2 penyokong kerajaan melopong je la.. Penyokong2 taksub PR ni la perosak perpaduan dalam Jabatan kerajaan dan GLC..sibuk nak berpuak bergaduh pasal politik masa kerja..cantas mencantas tu dah perkara wajib sebab mereka ni memang tebal sifat kenegeriannya.

Sunday, May 25, 2014

Celaka DAP Berkempen DiTempat Pembuangan Undi

Pasukan Peronda Sukarela Alat DAP Meraih Undi disaad Akir kenapa ini terjadi ...bergerak atas nama pasukan keselamatan ....hai tu kempen tuuuuu YB Rayer telah datang melawat pusat mengundi dan tidak berbuas hati sebab pihak SPR telah mengarahkan semua pertugasnye keluar dr kawasan pusat pengundi.

Friday, May 16, 2014

Berapa ribu pula pengundi hantu di Bukit Gelugor kali ini?

Ram Karpal tidak layak jadi calon

Nep0tisma dan Kronisme yang melampau ------- Ram Karpal tidak layak jadi calon namun kronisme melampau dalam DAP membolehkan dan menghalalcarakan apa sahaja

DAP tetap tolak hudud

Dulu bapak sekarang anak pulak ....sampai bila PAS nak sokong mereka

Fikir dan Guna Akal Memilih Pemimpin

Antara 2 menefesto yang mana lebih baik

GUNA ROAD TAX TAMAT TEMPOH SEMASA KEMPEN

< Belum Jadi YB dah langar peraturan kempen guna kenderaan yang cukai jalan tamat tempoh Tudia !! Belum lagi jadi wakil rakyat , kerabat Karpal Sink sudah tunjuk angkuh , sesuka hati mereka langgar undang-undang jalanraya . Rupa-rupanya Jeep Merah (WRANGLER) yang digunakan oleh CALON DAP sepanjang tempoh berkempen PRK BUKIT GELUGOR sejak hari Penamaan Calon pd 12 MEI 2014; di sekitar pusat bandar GEORGETOWN, tidak mempunyai Cukai Jalan yg sah. Cukai Jalan Jeep berkenaan telah tamat tempuh sejak 24 MAC 2014. Jangan ingat mereka keluarga LAWYER bikin mereka besar kepala & kebal daripada tindakan undang-undang . Macam ini calon yang didakwa paling baik diletakkan olehDAP ???

Wednesday, May 14, 2014

Ceramah Pilihan Raya Bukit Gelugor

Ceramah Anti Hudud berjaya mempengaruhi keputusan PAS untuk tunduk dan patuh arahan DAP

Kempen Ram Karpal Sing Kecoh

Lawatan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo di sini menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri. Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima, Island Glades di sini terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ. Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo, 65, berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi, tidak menerima sebarang maklum balas positif. Beliau berkata alasan langkah penjimatan elektrik yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.

PRK Bukit Gelugor Pilihan Raya Paling Bosan

GEORGE TOWN – Kempen pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor mungkin merupakan yang paling membosankan selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 berikutan ketiadaan Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan empat penjuru itu. Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ini kurang mengujakan. “Ini (pilihan raya kecil Bukit Gelugor) mungkin merupakan pilihan raya paling membosankan selepas berlangsungnya pilihan raya umum memandangkan kita tidak nampak sebarang pertarungan antara dua parti politik utama. “Tanpa BN selaku parti yang dikenali umum, kita tidak melihat kempen yang sengit dari segi jentera dan sumber manusia berbanding calon bebas,” katanya pada Rabu. Dr Sivamurugan berkata senario pilihan raya kecil Bukit Gelugor hampir sama dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei, 2009 apabila BN tidak bertanding. Pilihan raya kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP berikutan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Perak, pada 17 April. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, mengalahkan calon B NTeh Beng Yeam, yang meraih 13,597 undi. Ditanya sama ada DAP akan memperoleh undi simpati, Dr Sivamurugan berkata undi simpati mungkin diberi kepada calon DAP, Ramkarpal Singh, yang juga anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh. “Sudah tentulah ada undi simpati sebagai tanda menghormati sumbangan mendiang Karpal Singh. Oleh itu, calon terbabit mesti membuktikan pencalonannya bukan berdasarkan nepotisme, sebaliknya bersandarkan kepada kewibawaan dan keupayaannya sendiri untuk mengekalkan majoriti,” katanya. Dr Sivamurugan berkata di atas kertas, DAP akan memenangi kerusi Parlimen itu dengan mudah kerana sebahagian besarnya disebabkan sentimen parti dan bukannya isu memandangkan Bukit Gelugor adalah kawasan bandar. “Pilihan raya kecil ini tidak akan terlalu banyak memberi tumpuan kepada isu pembangunan di Bukit Gelugor kerana kawasan ini sudah dimajukan dan dihuni penduduk dari kelas pertengahan hingga atasan. “Pengundi boleh memohon bagi kesinambungan pembangunan, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebelum ini,” katanya, dan menambah pembangunan di Pulau Pinang dilaksanakan oleh kerajaan BN manakala kerajaaan negeri pimpinan DAP sekarang mengekalkannya. – Mstar Online

TIga Laporan Polis PRK Bukit Gelugor

Polis Pulau Pinang mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 setelah tiga hari kempen pilihanraya kecil (PRK) Bukit Gelugor. Laporan terbabit dibuat dua wartawan dan seorang calon yang bertanding susulan kenyataan berbaur perkauman pada hari penamaan calon 12 Mei lalu. Jurucakap polis ACP Azmi Adam berkata, sehingga kini, polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu tersebut termasuk calon bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan. Katanya, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk meminta saksi-saksi yang berada di tempat kejadian supaya tampil membantu siasatan. Isnin lalu, calon bebas, Abu Backer Sidek dilaporkan mengeluarkan perkataan yang dianggap menyinggung sensitiviti kaum India ketika sidang akhbar selepas penamaan calon. Abu Backer bagaimanapun mendakwa perkataan tersebut merujuk kepada segelintir pihak yang melakukan demonstrasi jalanan dan bukan kepada kaum India.

Ram Karpal Sigh Owner TRS Resource Sdn Bhd

Calon DAP di Bukit Geluqor adalah Tuan Punya kepada syarikat peminjam WANG BERLESEN lintah darat atau lebih dikenali sebagai "Ah Long". Ram Karpal Sigh adalah Owner TRS Resource Sdn Bhd syarikat peminjam wang. Gurmit Kaur dan abangnya Majinder Singh telah lama menjalankan Operasi ini dan sekarang Ram Kapal anak Grumit dan bapa saudaranya meneruskan penyiagaan tersebut .... Mahfus Omar Kenal sangat dengan Majinder niiii abang ipar Karpal .Satu Bayan Lepas Kenal satu ketika dulu ...Tak Caya tanya orang bayan lepas

Monday, May 12, 2014

DAP VS PCM

MCA telah menggambil keputusan tidak bertanding di Bukit Gelugur,Diketika ini kelihatan DAP telah mengesahkan Ram Karpal Singh bertanding di Parlimen Bukit Gelugor dan sudah pasti calon Parti Cinta Malaysia iaitu Datuk Huan Cheng Guan juga bersungguh-sungguh untuk bertanding. Beliau adalah bekas naib Presiden Gerakan dan bekas MP Gerakan. Yang mana Datuk Huan adalah seorang yang disenangi rakyat Pulau Pinang . Walaupun bukan bergelar sebagai MP beliau masih aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Sunday, May 11, 2014

Hudud kenapa Pas Tolak ?

Mat SABU kata ini calon tajaan umno..so, kalau betul sekalipun, kita tanya mat SABU, mana lebih baik , pas atau umno.Pas cuma berani berkokok tapi ekor penuh tahi atau umno yg lebih baik.pas cuma berani nak buat hudud, tapi bila ada calon yg nak tegakkan hudud, maka mereka bangkang pulak.

Saturday, May 10, 2014

Datuk Huan Cheng Guan Calon Bukit Gelugor

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan jumaat lalu mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei. Huan, 53, berkata keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini. "Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas naib presiden Gerakan dan ahli Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor. "Malah ketika bukan lagi bergelar ahli Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini. Katanya manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan. "Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiatkan kempen selepas penamaan calon Isnin ini," katanya. PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama

Friday, May 9, 2014

Kesan kematian Karpal

Kematian ahli politik veteran pembangkang Karpal Singh Ram Singh hari ini mengosongkan ruang yang luas dalam landskap politik negara. Pengerusi nasional DAP merangkap ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, itu terbunuh dalam kemalangan di KM301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi. Turut merasakan kekosongan adalah masyarakat guaman yang nampaknya semakin hari semakin ketandusan pengamal yang gigih, berkaliber dan kontroversial seperti Karpal. Sejarah akan menilai dan memberi kata putus yang sama kontroversial dengan tindak-tanduk beliau yang secara mutakhir ini dan terang-terangan mencampuradukkan kerjaya guaman dengan politik. Walaupun beliau seorang peguam jenayah yang hebat – yang berjaya menyelamatkan ramai penjenayah berat daripada tali gantung – namun umum akan mengingati beliau sebagai peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama pada 1998. Karpal berubah daripada menjadi musuh ketat Anwar ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan kepada pembela dan pengikut sehinggalah ke penghujung hayatnya. Dalam perhubungan simbiotik dengan Anwar itu, mendiang Karpal memanifestasikan secara jelas dan mutakhir bahawa tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Yang kekal adalah kepentingan bersama. Walaupun jawatan pengerusi nasional adalah jawatan “figurehead” dalam DAP, tetapi kerana perwatakan beliau dan hakikat beliau bukan Cina memberikan beliau kuasa dan kedudukan yang istimewa. Dalam hierarki DAP, jawatan yang berkuasa adalah setiausaha agung yang disandang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Karpal juga akan dikenang sebagai pemimpin pembangkang yang paling kuat menentang hukum hudud yang diilhamkan oleh PAS. Sebelum DAP dan PAS bersekedudukan dalam Pakatan Rakyat, Karpal pernah berkata PAS perlu melangkah mayatnya dulu sebelum boleh melaksanakan hudud. Beliau meninggal di saat-saat PAS, melalui kerajaan PAS Kelantan, sedang menghidupkan semula aspirasi hudud

YAACOB BEBAS CALON PRK BUKIT GELUGOR

Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob Mohd Noor menyatakan kesediaan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei ini. Mohd Yacoob, 25, yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang berkata beliau memutuskan untuk bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya. "Walaupun kalah pada pilihan raya umum lepas tetapi semangat memang berkobar-kobar. Saya juga sudah beberapa kali buat program 'himpunan rakyat' sendiri dan berdasarkan pemerhatian, ramai orang mulai menyokong saya dan kami juga telah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi tujuan berkempen," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini. Mengakui tidak mempunyai dana yang cukup untuk menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Mohd Yacoob mendakwa beberapa syarikat sudi menaja bahan kempennya dan mendapatkan dana daripada hasil jualan cenderahati yang dilakukan kelab penyokongnya. "Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada penduduk di kawasan Bukit Gelugor, mereka memberi sokongan kepada saya. Saya menggunakan slogan 'Yacoob Bebas Demi Rakyat'," katanya sambil menegaskan beliau tidak ditaja mana-mana pihak atau parti politik untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu. Pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di DUN Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. -Bernama

Sunday, April 6, 2014

Denggi meningkat dipulau pinang

Kes Demam Denggi di Pulau Pinang meningkat 196% dengan 560 kes dilapor setakat 29 Mac lalu berbanding hanya 189 kes bagi tempoh yang sama tahun 2013 dengan 3 kematian dilaporkan akibat denggi bagi tempoh Januari-Mac 2014 berbanding tiada kematian bagi tahun lalu.8 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di Pulau Pinang iaitu,Teluk Awak dan Lorong Hassan Abbas di daerah Barat Daya,Taman Mutiara,Jalan Megat Harun,Taman Makok dan Taman Sri Janggus di daerah Seberang Perai tengah(SPT) dan Taman Bagan serta Taman Lip Kee di daerah Seberang Perai Utara(SPU).Lokaliti hotspot iaitu Taman Desa Damai di daerah SPT.

Wednesday, April 2, 2014

AIR Free

air yg tak sampai berapa ringgit sebulan tu patutnya boleh bagi free.. semua mulut manis time nak pilihanraya je

Kerajaan DAP P. Pinang setuju naik tarif air

2 APRIL. LGE menghentam kerajaan kononnya menaikkan tarik elektrik, harga barangan dan sebagainya hingga menyusahkan rakyat,
kerajaan DAP Pulau Pinang pada Rabu bersetuju cadangan menaikkan kadar tarif air di negeri itu. Persetujuan itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO kerajaan negeri hari ini selepas mendapat permintaan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan alasan ia adalah langkah terakhir bagi menangani masalah penggunaan air di negeri berkenaan yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia. Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP berkata, langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini gagal membendung sikap pembaziran air di negeri yang ditadbir beliau. Mengenai kemungkinan catuan air akan dilaksanakan di Pulau Pinang empat hari lalu, Guan Eng menyatakan mesyuarat EXCO pada hari ini memutuskan ia tidak akan dilaksanakan dalam bulan April ini. Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang akan terlebih dahulu melaksanakan pelan kontigensi, kata Guan Eng pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO pada Rabu. “Sekiranya April masih satu bulan yang kering kerajaan dan PBAPP akan melaksanakan pelan kontigensi untuk mengelak catuan air dengan menaiktaraf usaha yang sedia ada. “Pertama kerajaan negeri akan meminta Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembenihan awan. “Kedua kita akan maklumkan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk lepaskan air dari Empangan Beris di Kedah kerana KeTTHA telah memberi jaminan kos pembayarannya kepada kerajaan negeri Kedah akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat,” kata Guan Eng. Menurutnya, jaminan itu diberikan oleh KeTTHA secara bertulis kerana Empangan Mengkuang kini sedang menjalani projek pembesaran bagi menningkatkan kapasiti takungan serta kemampuan bekalannya. “Projek berkenaan adalah projek Kerajaan Persekutuan yang mengakibatkan kapasiti takungan air di Empangan Mengkuang sekarang hanya di tahap 40 peratus,” Guan Eng menjelaskan. Kedua-dua langkah kontigensi berkenaan jelas memperlihatkan untuk menjimatkan wang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan cara memindahkan bebanan kos kepada kerajaan Persekutuan yang akhirnya akan dilabelkan kononnya boros berbelanja.-bnbbc.my

BILA URA-URA TOL NAIK, PEMBANGKANG BISING TAPI BILA AIR DI PULAU PINANG NAIK, PEMBANGKANG DIAM

Guan Eng menaikkan tarif air 20% dengan memberi alasan yang meremehkan rakyat.
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar tarif air di Pulau Pinang. Persetujuan itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO kerajaan negeri selepas mendapat permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata ia adalah langkah terakhir bagi menangani masalah penggunaan air di negeri ini yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia. Beliau berkata, langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

PM Australia pertahan kenyataan Najib MH370 berakhir di Lautan Hindi

Abbott yang dipetik agensi berita AFP berkata, beliau bagaimanapun bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib. "Daripada bukti yang dikumpul ia menjurus kepada kesimpulan yang pesawat (MH370) hilang di Lautan Hindi,” katanya kepada wartawan di pangkalan tentera Australia di Perth. “Banyak bukti yang diterima dan saya berpendapat Najib berhak kepada pandangannya yang membuat kesimpulan itu, adalah haknya untuk memaklumkan perkara itu kepada orang ramai,” katanya. Australia ketika ini sedang mengkoordinasi operasi pencarian pelbagai negara Boeing 777 itu yang membabitkan 100 petugas dan lebih 1,000 anak kapal, di kawasan pencarian di barat Perth. “Ini adalah tugas sukar. Kita sedang mencari di kawasan laut yang luas. Ini dilakukan dengan maklumat yang terhad. "Namun, minda terbaik dunia sedang melaksanakan tugas ini, semua kecanggihan teknologi diguna dan dibawa ke sana (kawasan pencarian). Sekiranya misteri boleh dirungkai, kita akan lakukan. Saya bagaimanapun enggan memandang rendah betapa sukarnya tugas ini,” kata Abbott. Abbott berkata, beliau enggan memberikan had masa untuk pencarian itu. “Kita akan teruskan pencarian. Meningkatkan usaha dan bukan mengurangkannya. “Kita terhutang (penjelasan) kepada ahli keluarga, mereka yang menggunakan pesawat, kepada kerajaan di mana warga mereka berada di dalam pesawat (MH370), kita terhutang kepada dunia yang mahukan penjelasan kepada misteri yang menyelubungi selama tiga minggu. “Kita terhutang kepada semua untuk melakukan apa yang terdaya,” katanya. - 31 Mac, 2014.

Thursday, March 13, 2014

Biodata Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain

Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin Umur: 80 Tahun Warganegara: Malaysia Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Pengalaman Bomoh: 50 Tahun Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM) Kejayaan Kareer Bomoh: Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam Kronologi Kareer Bomoh: 2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan. 2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13) 2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

Thursday, March 6, 2014

TEMBAK POLIS PEKARA BIASA

Kebiadapan ADUN PKR yang menghina anggota PDRM dikecam hebat oleh pemimpin tempatan dan masyarakat
Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan polis Keratan Akabar

KITA TIDUR LENA

Dikala kita nyenyak tidur dikatil empuk, ada orang yang bersengkang mata bagi memastikan keselesaan kita itu berpanjangan.Mereka tidak minta dipuji mereka tidak minta dihormati kerana mereka tahu itu tak bermakna apa apa selain memastikan rakyat hidup aman selesa.Apa yang penting Jangan lupa doakan supaya mereka selamat dalam tugasan mulia ini.

Monday, February 24, 2014

NAJIB JANJI TANAH

KEADILAN TIPU LAGI
Juak2 PR ni memang istiqamah mengikut segala tunjuk ajar yahudi. kalau yahudi ajar berdemonstrasi, berdemo la diorang atas jalan buat kacau. kalau yahudi ajar menipu, siang malam 25 jam sehari , lapan hari seminggu la diorang menipu. taat betol diorang mengerjakan segala suruhan yahudi nih! Terbaru, dalam kita sibuk2 memberi sokongan & berdoa agar tentera2 kita selamat & negera aman tenteram, surat kabo diorang memfitnah lagi. kluarkan berita itu ini kononnya najib janji tanah kat penceroboh sulu. Adik si Kiram tu ke sabah kononnya nak tuntut janji Najib. siap bagi gambo najib sebelah Kiram lagi.

RUMAH PR1MA

Maklumat penting bagi mereka yang ingin memohon rumah PR1MA. 1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA? • Warganegara Malaysia. • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat. • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM7,500. • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. • Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA. 2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya? Ya, anda boleh mendaftar. 3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar? Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM7,500. PENDAFTARAN 1. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman PR1MA? Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my 2. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA? PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA. 3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA? Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran. 4. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan? Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda. 5. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya? Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan. 6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran? Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my 7. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan? Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my 8. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA? Rujuk maklumat di dalam laman web http://www.pr1ma.my/how-to-apply.php?required_documents=1 9. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan? Hubungi kami di 03-7962 4374 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang) maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my. 10. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan? Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my/ 11. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA? Anda perlu menghantar: i. Salinan kad pengenalan (KP) ii. Slip gaji atau penyata bank terkini PEMBANGUNAN PRIMA 1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan? Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA. 2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA? Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layarihttp://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php. 3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA? Sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php. 4. Berapakah harga kediaman PR1MA? Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000. 5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA? Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps. 6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi: Pusat Panggilan 03-7962 4374 Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang) E-mel: info@pr1ma.my