Thursday, January 24, 2013
Jangan Tertipu.Sim Pack VIP
Pandai sunguh Peniaga
. dok cari untung pekena rakyat dan pelajar..,harga sim pack hanya RM5 ke RM10 sahaja..tapi semuanya dari RM30.00 ke RM170.00....kononnya VIP Price! Sial penipu!
Maulidil Rasul DiPulau Pinang
24 Jan 2013 Permatang Pauh ,Dianggarkan 15 Ribu Umat Islam Dari Pelbagai Pertubuhan Di Seluruh Pulau Pinang Datang Berhimpun (Gerak Himpun Maulidul Rasul 1434H)( Bersama2 Pada Hari Ini diPoliteknik Seberang Perai Ke Masjid Bandar Perda
.Sungguh Meriah Sekali..Perpaduan ..Tapi Saya Terfikir Kenapa Orang Lain Perlu Politikan Hari Maulidur Rasul Ni..Kenapa Kita Semua Tak Bergabung Sekali Beramai2??Bukankah Itu Lagi Meriah Apabila Kita Bersatu..Puak Puak Pas N PKR Tak terlibat serta . Mungkin Takut Pada Kalifah LGE ......
Sunday, January 20, 2013
Apa dah jadi Bible di edarkan di hadapan sekolah.l
gambar pengedar bible di hadapan sek men jelutong pulau pinang.adakah kita masih mahu menunggu lagi..jangan tunggu lagi ACT NOW! Jangan kita perjudikan masa depan anak cucu kita dan Agama Islam.
Jangan sokong mereka ,Mereka memecah belahkan Rakyat ....
Apa Pas Buat Bible dalam Bahasa melayu diedar dihadapan Selolah jelutung ....... Pulau Pinang kerajaan DAP,PAs dan Pkr .....Apa Salleh man buat ........Adakah mereka merestui Kalifah Lim Guan eng..............
Friday, January 18, 2013
PARTI ALIRAN KOMUNIS DI MALAYSIA ABAD KE 21 ...
Sentiment, Gimik, Provokasi, Popaganda ~ Modus Operandi Komunis Sosialis
HIDUPNYA PERJUANG REJIMEN KE 10 (CYBERTROOPER) ... Bernama Abu Nawas dan Familinya ... Hidup dan Mati selama lamanya Komunis Sosialis
PARTI ALIRAN KOMUNIS DI MALAYSIA ABAD KE 21 ...
SEJAUH MANA 'TENTERA MERAH 2008' (KOMUNIS) INI MAMPU MENERUSKAN PERJUANGAN REJIMEN KE 10 (PENGEMPUR PKM) ... DIPIMPIN OLEH GENERALNYA "MAT SABU"
Friday, January 11, 2013
KL 112 Apa Dah Jadi ?
justice for chin peng??? bukan chin peng ke yang huru harakan tanah melayu dulu??...nak pilihanraya yang bersih ke...nak bawak ideologi komunih??
Camour tangan asing pun jelas kelihatan
#KL112 kenapa PIlih 112
Setelah kalimah Allah digadaikan, kini tiba masanya puak-puak yang melacurkan agama ini sekali lagi membuat perkara yang tidak masuk akal untuk peserta #KL112. Tiada tempat lain yang dapat dipilih selain gereja untuk tempat tidur, makan dan rawatan.
Pusat Rehat dan Rawat untuk peserta himpunan 1 Juta Kebangkitan Rakyat #KL112.
Rawatan, Makanan percuma & tempat tidur untuk satu malam bermula Jumaat 9pm.Terbuka kepada semua p eserta perhimpunan tanpa mengira warna kulit, Bangsa dan tidak mengira Agama. Datanglah beramai-ramai, segarkan diri anda untuk menjayakan semangat perhimpunan #KL112!!!
Gospel Hall Kuala Lumpur 3 Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kl Chinese Methodist Church Lorong Hang Jebat, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hubungi : 03-2078 5309 / 03-2072 0339 H/P : 012 - 275 1660 (Jason)
#KL112 = perhimpunan tuhan agama kristien. Kenapa pilih nombor 112.. kenapa tak pilih 121 sedangkan hariini 12 hb 1... Sebabnya adalah ini... Nama YHWH atau Elohim iaitu nama Tuhan Kristian bersamaan dgn 112. Adakah ianya satu kebetulan?
Pembentangan Bajet 2013 Malaysia : Butiran Lengkap
Tema Bajet 2013 : “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”
Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 bilion
Perbelanjaan Operasi Bajet 2013: RM201.9 bilion
Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2013 : RM49.7 bilion
Maklumat Umum Pembentangan Bajet 2012 Malaysia
Pendapatan per kapita negara : RM31,000
Rizab antarabangsa : RM432.2 bilion.
Hasil kerajaan 2013 dijangka : RM208.6 bilion
Hasil kerajaan 2012 : RM207 bilion
Defisit kerajaan 2013 dijangka : 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012
Defisit kerajaan 2012 : 4.5%
KANDUNGAN PENTING PEMBENTANGAN BAJET 2013 MALAYSIA?
Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal
SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
Petani, nelayan & penjaja kecil
Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten
Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam
TUKARKAN BENDERA MALAYSIA #KL112
M
Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat atau juga dikenali sebagai Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112, beberapa tuntutan-tuntutan tidak masuk akal dari pihak penganjur mula jelas kelihatan.
tidak faham kenapalah pihak penganjur begitu sakit hati dengan bendera negara Malaysia, sehingga menuntut agar Jalur Gemilang agar diganti. Gerakan untuk menukar Jalur Gemilang oleh juak-juak Pakatan Pembangkang telah dimulai sejak awal tahun baru 2012. Kini genap setahun tuntutan mereka yang masih belum terlaksana.
Nampak gayanya kali ini tuntutan-tuntutan menghentam SPR supaya mengendalikan pilihanraya dengan adil seperti yang mereka lakukan semasa Himpunan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 telah senyap sepi. Ini berikutan lawak antrabangsa yang dilakukan oleh DAP dengan menukarkan keputusan undian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini. Bagaimana hendak salahkan SPR lagi sedangkan pilihanraya partipun penuh dengan penipuan dan kesilapan.
Sunday, January 6, 2013
Pegawai khas Anuwar ditangkap rasuah tutup kes , Benarkah mereka
Anwar janji jika Pakatan memerintah tiada lagi unsur rasuah . Sekarang belum memerintah , pegawainya sendiri ditahan terlibat rasuah .hahaha... rasuah pulak pasal gangguan seks .... Benarkah mereka ditahan SPDRM..
Rezal Huzairi Md Zaki (Anak Saudara Anwar ),Pegawai Khas TKM 1 dan juga mantan Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang.
Ketua Penerangan AMK Cabang Permatang Pauh, Mohd Shukri PJK.
Zainol Abidin saad Pemkbantu Khas
Pertandingan Bolasepak Piala Huan Cheng Guan,
1Jan 2013. Pertandingan Bolasepak Piala Huan Cheng Guan, DUN Macang Bubok. Anjuran Bolasepak oleh penduduk Kg manggis, Tok kun Atas di Dun Macang Bubok.
Ramai yang terlibat termasuk Penyelaras Pepaduan dan Ketua cawangan
Tim Presiden PCM ,Mahu menawan KADUN Macang Bubuk
Cantik punya mainan dan prestasi yang tinggi. Johan Alma Rangers. Naib Johan Pasukan Kg Janggus, Tok Kun Atas.
Thursday, January 3, 2013
Pasar Awam Kg. Baru, Bukit Mertajam
TAIK BURUNG
Banyak masalah timbul dipasar tersebut seolah olah MPSP tiadak mengambil Perhatian langsung, Air dari unit penghawa dingin membasahi lantai dan laluan orang kurang upaya. Air menitik dari bumbung di beberapa tempat semasa hujan. Bocor. Tahi burung merpati telah mencemarkan bangunan. Paling teruk di salah satu tangga yang menuju ke dewan. Tandas lelaki di tingkat atas (dewan) tiada bekalan air, sekarang air disambung dari tandas lelaki bawah dengan paip air. Sampah disana-sini, pembersihan tidak menyeluruh. Scuper drain tersumbat dan tidak diservis, air takung di laluan kenderaan / parkir. Penutup sump yang telah hilang tidak diganti.Tandas lelaki di tingkat atas sudah tersumbat, lantai dipenuhi air. Kepala paip di tandas lelaki tingkat bawah banyak yang sudah rosak dan longgar.macam macam lagi ...dah tu anjing wow ada 12 ekor mengawal pasar ini sunguh memalukan ...apalah MPSP wat ........
ANJING ADA 12 Ekor.
Subscribe to:
Posts (Atom)