KEK SPAN PANDAN CHEESE
Bahan
150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
150 gm gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
Perisa pandan dan pewarna hijau


Cara
Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan.
pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung
yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga
sebati.
Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa pandan dan
pewarna hijau, satu bahagian lagi biarkan warna asal. (kak ruby buat 1 warna sahaja, warna hijau dan perisa pandan)
Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci,
griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan
loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180c. Bila masak keluarkan dari oven dan
telangkupkan kat atas redai kek, lebih kurang 5 minit, bagi mengelakkan kek
kempis.
Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.

UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar
sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian
letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh
kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi
keseluruh kek sebagai toppingnya.
Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam. Lepas tu baru potong