Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Setiap degup jantung bergetar pabila mendengar namaMu..
Moga rasa cinta ini tidak Engkau padam
kerana ia adalah sebuah kepercayaan rasa cinta yang Engkau anugerahkan pada ku
akan aku tautkan, pautkan, ikatkan..berjanji setia..percaya dan menyerahkan semuanya pada tangan Mu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berjanji Setia
Menjadi pendengar setia bukanlah suatu perkara yang mudah
cuba menyelamai, memahami, meneliti dan merasa sakit bersama itu lah yang paling sukar sebenarnya.
`dia janji setia kak..` ucap seorang wanita muda kepada saya.
Senyuman terukir manis di bibir ini. Air mata juga turut mengalir memahami rasa dengannya.
`adik..pernah berjanji setia dengan Allah tak?? ketika mulakan perhubungan dulu..pernah berjanji dengan Allah untuk serahkan segala takdir pada Dia tak?? Setia manusia apalah ada dik..masakan suami isteri boleh berpisah, inikan pula sebuah ikatan janji..`
Air matanya bertambah laju. Sayu hati memandang..
`akak..letih tak terkira kak..` tersedu-sedu wanita manis itu mengadu di depan saya tempohari..masih segar, masih basah usapan tangan ini di pipinya..lantaran air mata sendiri jatuh bersama memahami dan merasai kesakitan yang dirasa..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jam menunjukkan pukul 2 pagi..mengedit blog terbaru Dewan Muslimat di bawah Lajnah Tarbiyah PAS Pusat ..saya merasakan duduk di depan laptop ini berjam-jam lamanya..sedari malam semalam. Dari pra halaqah di Pejabat Agong..memanjang sehingga 3 pagi kami menyiapkan kerja-kerja tertunda untuk unit Tamrin, unit seketariat dan APSA..menyambung dari pukul 12 tengahari sehingga sekarang..
Masya-Allah..kekuatan itu bukan kepunyaan ku sebenanya..tetapi Allah yang beri..
Lantara merasa ingin mencoret sesuatu sebagai peringatan lelaki dan wanita..sebagai peringatan teruna dan dara, sebagai peringatan diri ini dan buat teman yang akan `dipilih` oleh Allah nanti..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebuah janji sebuah kepercayaan
Sepanjang saya pulang sedari Ramadhan yang lepas, seakan Allah sering mendatangkan kapada saya perihal cinta dua hamba, lelaki dan perempuan, teruna dan dara..hal gembira tentu sekali..hal sedih pasti ada..
Benarlah..wanita itu umpama kaca..mudah retak dan pecah berderai..
air mata dan kesabaran nikmat Allah ini memang wanita berada pada kelas tersendiri..
lalu...
Dan demi peringatan saya sebagai seorang wanita kepada kamu seorang lelaki :
Wahai lelaki,
Kita sama hamba,
kita sama dianugerahkan satu rasa
rasa ingin berteman dan berpasangan
lalu kamu mencari wanita sebaik khadijah
sedangkan engkau tidak sehebat Muhammad
lalu engkau dambakan wanita sehebat Fatimah
sedangkan malumu tidak sehebat Ali
Oleh itu,
hormati kami sebagai wanita
yang ingin mempertahankan mahkota kesucian agama
bantu kami..
dan...
tunggulah kami diakhir pintu mujahadah
pintu nurcahaya akad nikah denganmu
Wahai lelaki
sebuah kepercayaan telah kami beri
sebuah anugerah kami korbankan
untuk engkau mengerti
janji itu bukan murahan
nilainya tidak dapat dibayar ganti rugi
walau satu dunia engkau beri
Oleh itu..
Amanah dan setialah pada sebuah janji
kerana itu sahaja hadiah teristimewa
seorang wanita buat suaminya
didunia dan disyurga untuk kita kekal bersama
Wahai lelaki
kesetiaan kami bukan mainan
kesabaran kami bukan pertaruhan
kerana iman dan ketaqwaan telah kami letakkan
dari Allah engkau didatangkan
lalu mujahadah ujian Allah di hadapan kami selama ini
Oleh itu
Hargai kepercayaan kami
selamilah kesabaran kami
rasai selalu penantian kami
kerana kami percaya Allah yang mendatangkan
Seorang lelaki yang akan menjaga agama dan masa depan kami
Wahai lelaki
Andai kami dipilih kerana agama kami
untuk membantu masa depan kamu
berjalan seiring di medan perjuangan kamu
lalu hormati pendirian kami
lalu fahami peraturan kami
lalu selami batasan kami dan kamu
Oleh itu,
kami akan hadiahkan kepada kamu
sebuah janji setia,
sebuah penantian yang tidak sia-sia
untuk kami menjadi teman sejati yang akan setia hanya milik kamu
cuma..
percayalah,
yakin dengan nama Tuhan kita..
dan setialah..
Maka hargai anugerah kami
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
betullah kata orang : penantian satu penyiksaan
tapi rupanya sabar itu ada ganjaran..
lalu sebagai manusia :
sabarlah wanita dan lelaki..
ikatan itu ada batasan
pelayaran pernikahan kadang-kadang penuh onak dan duri..
andai kamu berjaya mengatasi
sebenarnya hadiah kebahagiaan Allah akan beri
dan setiap kamu ujian berbagai-bagi
tapi sebenarnya dari Tuhan yang satu
Untuk Allah beri peringatan
`Takutlah pada Aku...`
sabarlah wahai wanita,
yang dikhianati dan tidak di hargai
kerana pilihan Allah di atas setiap sesuatu
penantian mu, kesabaran mu, pengorbanan mu dan mjahadah mu
itu juga Allah yang beri...
Monolog : pilu dihiris itu hanya~Allah yang tahu~
~Mukim Tarbiah~
~Taman Melewar~