Wednesday, June 23, 2010

pUSaRa..




Ku lewati pusaramu
Bersama haruman kemboja
Menggamit rindu
Bersama taburan kelopak mawar
Menggoda kenangan
Dan bersama
Segugus doa buatmu
Seikhlas hatiku
Tiba saat terpisah
Tekad aku pasrah
Pada tentu takdir
Tenangkan aku
Biar bukan dalam dakapanmu
Damaikan nur kasih ini
Biar bukan dalam genggamanmu
Sejahteralah kau disana
Ku kan mengingatimu
Selamanya dihatiku...


Monday, June 21, 2010

18 June 2010 - 5 Rejab


Ntah bagaimana harus ku khabarkan.. ntah bagaimana harus ku sebarkan.. Sedang hati ini masih dalam pencarian kepasrahan pada ketentuan Illahi yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Jumaat yang mulia, aku ditelah diberitakan bahawa seorang insan istimewa yang sentiasa dekat dihati ini.. seorang penyayang.. seorang yang memberi semangat..penyelesai masalah..seorang dimana tempat ku mengadu dan bercerita suka duka kehidupan ini selama hampir 9 tahun telah pergi menyahut seruan Illahi buat selamanya..
Sungguh tidak kusangka petang Khamis adalah petang terakhir ku bersamanya.. saling bercerita dan bergurau senda.. Tiada keganjilan yang kulihat pada dirinya atau sememangnya itu rahsia Tuhan Semesta Alam..
Terakhir, sambil membisikkan kata-kata terakhirnya padaku yang akan ku simpan dilubuk hati yang paling dalam dalam hidup ini, dengan perlahan dia berlalu pergi..Pergi yang tak kan kembali lagi..
Masih sukar untuk ku menerima Ketentuan ini..betapa gementarnya kaki ini..betapa luluhnya hati ini.. bila mana wajahnya yang telah dikapankan kutatapi buat kali terakhir.. bila mana jasadnya diletakkan di liang lahad dan disemadikan buat selamanya..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Hanya pada Mu Aku Sembah.. dan Hanya pada Mu Aku Memohon.. Kau tempatkanlah rohnya dalam golongan yang Engkau Redhai..
BUAT ABH, DAMAILAH AWAK DI SANA... HANYA IRINGAN DOA YANG MAMPU SAYA BERIKAN UNTUK AWAK...
"Maha Suci Allah yang ditangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan" - Yaasin
Al-Fatihah...

Wednesday, June 16, 2010

deRIta sEBuaH rINdU..

Bagaimana harusku tanggung derita rindu ini lagi..
Merindu diasmara berapi namun yang terbakar cuma aku..
Tali kasihmu tidak sekuat dulu..
Mungkin dirimu tak mampu lagi dilambung ombak kaseh
Lalu teratak kaseh cintamu tidak lagi ditepian pantai sayang ini..
Kau pergi membawa semangat kasih dihati yang semakin pudar dimamah rasa sepi yang
mencengkam jiwa..

Friday, June 11, 2010

sESekAli..

Sesekali..
Izinkan aku
Membilang butiran pasir
Di pantai memutih
Kerna disitu
Ada kasih yang kusimpan
Untuknya
Sesekali..
Relakan aku
Menghimpun buih-buih dipantai
Agar cerita indah
Tiada pernah berakhir
Dimaya ini
Sesekali..
Biarkan aku
Titipkan salam rindu
Pada terbang burung
Diangkasa biru
Jua..
Sisipkan sayang ini
Diarus yang mengalir
Moga ada hati yang terasa
Moga ada jiwa yang mengerti
Kasih sayang yang terlarik
Dari titian rasa ke hati
Ikhlas menanti..
(0303)


Friday, June 04, 2010

bERpiSAh JuA..

Di saat ini
Dalam keheningan malam
Ku melihat
Si pungguk terdampar kesunyian
Menanti
Bilakah hadirnya sang rembulan
Bagi menyinari malam yang sungguh
Sepi
Tanpa sebutir bintang diangkasa
Buat menemani hati yang
Sunyi
Sunyi kerna hilangnya sang teruna
Yang dahulu begitu ghairah
Memujuk..merayu si daranya
Dahulu
Teruna dan dara
Begitu mesra bak merpati dua sejoli
Begitu setianya pantai menanti sang ombak
Begitu asyik umpama lagu dan irama
Mereka tidak dapat dipisahkan
Walau ribut melanda
Walau badai menggila
Namun kini
Masa merubah segala
Teruna dan dara
Terpisah jua
Walau cuba ditahan
Walau cuba diseka
Kerna takdir penentu segala
Apa lagi nak dikata
Tiada jodoh antara mereka..
(271198)