Monday, June 29, 2009

ciTe lASt wEEk..

Oleh sebab lately aku ke 'bz' an, ntah kenapa sejak 2-3 menjak ni aku rasa masa berlalu sangat pantas.. bila di tempat kerja, sedar2 dah tiba masa utntuk pulang..bila di rumah, sedar2 dah tiba masa untuk tidur.. hem.. adakah kerana sekarang aku mempunyai terlalu banyak aktiviti/kerja yang perlu dibereskan..atau pun orang kata zaman sekarang zaman akhir zaman dimana masa akan berlalu sangat pantas tanpa disedari.. Demi Masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh..dan orang2 yang berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran.. semoga aku termasuk dalam golongan yang beriman dan tidak lalai serta kerugian dunia dan akhirat hendaknya.. Amin.

Last week adik aku Izz akhirnya datang jugak ke Jb setelah 3 thn membawa diri ke Kuantan..(cewahh..) bersama suami dan anaknya merangkap anak buah aku yang cute...Zikry.


nilah Debab Jr...
Arieff yang hampir kalah berat badan dengan sepupunya ni..

Oleh sebab Zikry debab..so aku beri gelaran debab Jr (pasal dulu umi dia pun debab jugak masa kecik2..) hehehe.. tapi sayang,seperti yang aku katakan, masa berlalu dengan pantasnya sehingga dapat berdampingan dengan si debab Jr tu pun sekejap sangat rasanya..

Sebelah petang hingga ke malam pada hari ketibaan Debab Jr.. kami pergi ke rumah Mak Ngah aku yang akan berangkat ke Mekah bagi mengerjakan Umrah bersama suaminya serta Nenek aku.. malam nya seperti biasa bila dah bertemu dengan sanak saudara, apalagi..aktiviti makan2 dan sessi borak2 kosong di selangi dengan sessi membelek katalog handbag.. kasut..cadar..hehehe..



sempat bg pose baekk.. tengah potong sayur..

khusyuk nampak....eleh..eksen jer kutt..

suasana di dapur yang haru biru..hehehe


sessi makan durian..duit donate2..makan durian sampai kepanasan..hahaha

aii..sorang jer ke bang.. tengah tunggu puteri unggun api ker.. hehehe

Arieff bersama moyang nya...

Ni lah atuk dan nenek aku.. katanya atuk aku kesedihan sewaktu mengiringi pemergian nenek ke Mekah.. mau tak sedih.. berapa puluh tahun hidup bersama beb...

Semoga Mak Ngah,Pak Ngah dan Nenek aku selamat pulang ke tanah air dan dapat mengerjakan ibadat mereka dengan penuh keberkatan.. Amin

Wednesday, June 24, 2009

rInDu..


Titis-titis hujan
Menyirami bumi
Yang sekian lama
Mengering..mengontang
Dedaunan lesu
Mulai tersenyum
Menghijau kembali
Cuma aku
Masih disini
Berlegar diminda
Terkenang dirimu
Ntahkan rindu
Ntahkan lupa
Pada diri ini
Sesungguhnya ..
Aku rindukan mu..

g U J i

Hem..sekarang arieff dah ada kawan..namanya Guji.. seekor anak kucing yang diambil dari rumah Mak Dak.. Guji ni nakal…suka main2 sambil gigit2 kaki orang.. biasalah anak kucing yang aktif.. tapi.. bila arieff datang dekat jer..zoommm..terus Guji cabut dan menyorok bawak cabinet TV… hahahaa.. agaknya Guji takut dengan Arieff pasal Arieff main dengan dia lagi kasar.. abis dicekiknya anak kucing tu.. kesiann..

So dengan pengambilan guji sebagai ahli dalam rumah aku ni, maka bertambahlah satu lagi rutin harian.. pagi2 bangun jer aku kena rebuskan seekor ikan untuk Guji (kalau bagi ikan mentah nanti kecacingan…) bagi makan Freskies.. aku tak bagi dia makan nasi sebab pertama rumah aku jarang masak nasi terutama sebelah malam (diet beb..) kedua orang kata kalau bagi nasi nanti bulu kucing tu tak cantik.. walaupun bulu Guji ni biasa2 jer,bukan spesis kucing parsi tapi apa salahnya kan..kasik can bulu dia cantik.. hehehe..

Kemudian aku akan bersihkan segala bahan buangan..nasib baik sekarang ni Guji dah pandai berak kat bilik air.. terus siram jer.. balik dari kerja, rebus ikan untk Guji lagi dan bersihkan bahan buangan dia lagi.. eeeiii… tak pe..aku anggap ni sebagai exercise utk aku.. heh! Sebelah malam barulah dapat anak kucing tu gurau2 dengan ahli rumah aku ni..





Ni lah Guji Arieff.. cute tak... hehe

Tuesday, June 16, 2009

wALaNg..

Rindu yang membara

Umpama api dalam sekam

Menyala dalam diam

Hati walang terkenang

Cinta terlarang

Ntah bila berkesudahan

Mengapa terjebak

Usah ditanya

Kerna diri

Tiada jawapannya

Wednesday, June 10, 2009

mELayU..

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
(Al-Fatihah)

*Hasil karya yang tercetus oleh orang Melayu yang melihat bangsa Melayu yang semakin layu dimamah masa.. Benarkah begitu? Kadangkala terfikir di minda bagaimana agaknya nasib anak bangsaku Melayu hatta anak-anak aku sendiri akan melayari bahtera kehidupan di bumi yang bertuah ni jika waktu ini bangsa Melayu sentiasa bercakaran sesama sendiri..ntah apa yang direbutnya aku pun tak pasti.. Walaubagaimanapun hati ini masih setia berdoa agar setiap perjuangan Melayu yang masih dilandas kebenaran akan tetap teguh menongkah arus waktu..

Tuesday, June 02, 2009

kERjA..

Sabtu lalu adik aku Qhaidar ngan Iqbal datang ke rumah aku..maklum..cuti semesta dan cuti persekolahan telah bermula.. asyik berkepit dengan mama jer..sesekali nak jugak diorang rasa hidup berdikari..hehe.. Aku lebih senang memberi diaorang kebebasan untuk mereka berbuat apa sahaja di sini..asalkan tidak melampau batas laa..

Qhaidar dengan semangat berkobar2 katanya nak cari kerja di sini..sementara menunggu semesta baru.. Aku kata ok lah..biar dia dapat menimba pengalaman mencari duit sendiri!

Dengan ditemani oleh Fazz, dari satu kedai ke satu kedai,akhirnya dapat juga di sebuah kedai kasut katanya di sebuah pasaraya di sini.. Pandai gak adik aku ni kelentong tokei kedai tu.. maklum,kalau berterus terang dia hanya nak bekerja selama lebih kurang dua bulan,manalah ada tokei kedai yang nak amik kerja kan..hehe.. kata orang bohong sunat..ahaks!!

Lalu dengan semangat yang berkobar2,semalam pagi2 dia dah bersiap2..Fuh! kalau hari biasa..kalau tak matahari dah tegak..belum tentu nak bangun..hei…anak dara sekarang..
Oleh sebab tempat kerja berdekatan dengan opis Fazz, so Fazz lah yang jadi tukang hantar dan tukang jemput..hehe..

Iqbal plak menghabiskan masa dirumah dengan menyiapkan kerja rumah..maklum..tahun ni SPM.. katanya nak beat result aku.. yang setakat ini belum dapat di kalahkan oleh mana2 adik2 aku..hehe.. 9agg siuttt..(5A1,tiba2 BM boleh dapat B4 plak!) kategori best student gak la kt sekolah dolu2.. riak sekejap.. heh!

Sebelah malam,kebetulan aku pun ingin membeli barang,lagi pula aku nak tengok bagaimanalah adik aku ni memulakan kerja pada hari pertama.. Hem..pukul 10 lebih baru lah Qhaidar dibenarkan pulang.. lalu dengan muncung panjang..dia terus cakap “kaki akak sakit.. penat! akak tak nak kerja situ lagi..”. Hah! Baru hari pertama kerja dah give up.. hem..itulah budak zaman sekarang.. terlalu manja barangkali.. penyudahnya pagi ni dia demam!

Teringat waktu zaman aku dolu2.. sewaktu seusia dengan Qhaidar dan sewaktu menghabiskan cuti semesta pada tahun 2 (seingat aku laa..) aku bersama adik aku Izzan..dan sepupu aku Wati, kami bersama2 merentas jalan yang panas dengan hanya berjalan kaki,kilang demi kilang aku pergi untuk mencari kerja.. akhirnya berkat kesabaran kami berjaya menjawat jawatan operator di salah sebuah kilang di sini.. kerjanya agak mudah..tapi yang membuatkan aku tidak sanggup ialah… terpaksa bersengkang mata bila tiba night shift!!

Aduhai..rasa nak terjojol biji mata aku ni hah.. menahan ngantuk.. dahlah aku ni dulu memang kuat tido.. lepas balik dari kerja,bayangkan aku siap boleh tertido waktu tengah bersarapan!! Hemi… masa tu baru aku tahu betapa sengsaranya mencari duit.. dan waktu itu juga aku berikrar pada diri aku, aku tidak akan sama sekali bekerja sebagai operator yang ada night shift!! Atau dengan kata lain, aku akan belajar dan menjawat jawatan yang tanpa perlu mengorbankan masa tidur aku.. Syukur, harapan aku di perkenankan Tuhan… Walaupun sempat bekerja selama dua bulan lebih di kilang tersebut,namun pengalaman itulah yang akan aku kenang selagi hayat dikandung badan…

Kepada adik-adikku, semoga setiap pengalaman pahit manis kehidupan dapat memberikan sebuah pengajaran dalam meniti kehidupan di dunia ini..

Buat Papa dan Mama, pengorbanan mu membesarkan aku dengan setiap sen dan ringgit serta keringat yang mengalir akan kusanjungi..semoga Allah merahmati..