Minggu lepas kebetulan papa dan mama datang ke rumah aku.. sampai2 jer rumah Tuk Pa exited bagi cucu nya baju askar sepasang siap dengan topi sekali.. fuh! bukan main bergaya lagi Arieff pakai baju askar dengan senapangnya.. siap berkawad depan Tuk Pa dengan Nek Ma.. haha..lawak betul.. lupa plak nak amik video..
Esoknya aku dan suami aku pergi ke Teluk Kabung untuk membeli ketam yang masih fresh lagi.. tapi sayangnya oleh sebab bulan terang, so saiz ketam2 tu tak sebesar ketam yang aku beli sebelum ini.. tapi..kira oklah.. dah lama tak makan ketam.. balik rumah dengan bantuan Fazz, aku terus masak lemak cili padi.. hem.. terangkat beb.. Mama bagi gred A cakap lu.. suami aku siap macam tak percaya aku yang masak.. mati2 dia kata mama yang masak..cess!! aku saja jer tunjuk skill sekali sekala.. hehe..
Esoknya Mak cik aku telah mengadakan acara makan2..saja nak kumpul2 sedara..hehe.. Ikan tebal pipi dan seekor pari yang anggaran beratnya dalam 4kg kutt.. yang telah dipancing oleh suaminya telah selamat dimasak kari dan asam pedas..kali ni aku Cuma buat sambal belacan+buah kuini..fuh!! meleleh siutt..hehe Kebetulan mama dan papa aku pun ada sekali..so pelagi.. Mak De..Mak Ngah.. Mak Lang..Mak Dak..Mak Ja bersama keluarga masing2 selamat menjamu selera..hehe..
Petangnya,setelah bermesyuarah dengan ahli2 keluarga yang lain, Mak cik aku telah membuat keputusan untuk membuat satu perjumpaan dengan salah seorang jirannya yang selama ini dianggap sebagai jiran yang agak baik hubungannya tetapi rupanya dalam diam jirannya itu telah memfitnah dan membawa cerita yang dirasakan cukup mencabar kesabaran..
Isunya begini.. Mak cik aku ni ada seorang anak perempuan- anak arwah Ayahcu aku yang telah dipelihara sejak bayi lagi.. kiranya anak saudaralah kan..merangkap anak kandung laa... tapi jiran2 di taman perumahan Mak cik aku ni menganggap anak itu adalah anak kandungnya.. sementelah rupanya yang agak mirip.. maklum..darah daging lah katakan.. tapi ada seorang jiran yang selang beberapa buah rumah sahaja yang telah menjadi agen 007 yang tak bertauliah telah perasan nama bapa pada buku sekolah anak perempuan Mak Cik aku ni tak sama dengan nama suami Mak Cik aku.. tanpa bertanya dengan lebih lanjut kepada Mak Cik aku ni, dia telah pandai2 bawak cerita yang anak itu adalah “anak ntah apa2”…
Habis satu taman dijajanya perkara tu.. ada ke patut..!! Sehinggakan ramai jiran2 telah sedikit demi sedikit memulaukan Mak Cik aku ni.. Cerita ini diketahui apabila salah seorang jiran tersebut telah bertanyakan hal itu kepada suami Mak Cik aku ni..pelagi…. Mak Cik aku pun hanginlah satu badan… iksh!! Kalau aku pun pun hangin..agaknya bukan angin lagi..terus rebut taufan!!
Untuk membersihkan nama serta memberikan pengajaran kepada jiran yang sungguh tak bertamadun ini maka satu perjumpaan disertai dengan semua ahli keluarga.. jiran2 yang dikenalpasti sebagai radio buruk..ketua blok..ketua Yassin..dan macam2 ketua lagilah.. telah diadakan selepas maghrib..maka terungkailah cerita sebenar dan jiran tersebut, (errr..layakkah dipanggil jiran?? ) dituntut agar memohon maaf secara terbuka dan diberi amaran agar tidak mengulangi perangai buruk nya ini di masa akan datang oleh abangnya sendiri selaku wakil kepada adiknya yang memalukan itu.. sekiranya jiran itu masih melakukan perkara yang sama,maka Mak Cik aku akan failkan saman malu terhadapnya.. huh!!
Hem.. apa lah nak jadi dengan jiran zaman sekarang ni kan.. dalam baik2 dikenakan kita balik.. apa salahnya kalau tak pasti dengan sesuatu perkara terus bertanya pada tuan empunya badan.. lagipun, salahkah kita memelihara anak yatim yang telah kehilangan ayah?? Sedangkan Rasullah sangat mengasehi anak2 yatim.. apa perasaan dia agaknya kalau dia berada di tempat mak cik aku ni…
Nak buat macamana.. rambut sama hitam..hati sapa yang tahu..kecuali empunya badan dan Penciptanya sahaja.. Tidak terfikirkah dia.. dalam keluarga..saudara mara yang jauh dari di tempat tinggal, hanya jiran2 sahaja yang sepatutnya menjadi orang terdekat jika mengalami masalah atau bencana.. Rasullah menyuruh kita menghormati jiran dan mengganggap mereka sebagai saudara..
Moral of the story: buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali..
**Alamak… teringat pinggan yang berisi cucur udang(selamat diproses dalam perut aku..) yang jiran aku bagi hari tu masih elok tersusun di rak pinggan aku.. hemmm.. apa ekk masakan yang aku patut bagi sebagai balasan… errr..inilah hidup berjiran….saling rasa merasai..hehee…
Thursday, May 21, 2009
Tuesday, May 12, 2009
sELaMAt hARi iBu..
Masih tidak terlewat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu.. Sebagai seorang anak, aku telah mengucapkan nya kepada Mama-ibuku yang tersayang..
Aku juga telah merasai perasaan..pengorbanan.. sebagai seorang ibu.. hem.. benarlah kata orang..pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan.. Begitu juga pengalaman sebagai seorang ibu-yang kuharap akan menjadi pengalaman selamanya berharga dalam hidup aku.
Benar, kasihnya ibu membawa ke Syurga.. Walaupun aku hanya baru dua tahun lebih menjadi seorang ibu,namun sudah terasa begitu banyak pahit manis semenjak dari mengandung..melahir..dan sekarang membesarkan seorang anak..
Hem..agaknya bagaimana seorang ibu yang mempunyai ramai anak.. Mamaku yang mempunyai lima orang anak.. 12orang anak bagi Nenek sebelah Mama dan 9 orang anak bagi Nenek sebelah Papa.. iksh! tak terjangkau dek fikiran aku pengorbanan dan kaseh sayang yang dilimpahi terhadap kesemua anak2 mereka..
yang mampu aku harapkan dan berdoa agar Tuhan memberikan aku kekuatan dan bimbingan dalam menjadi seorang ibu Mithali kepada anak-anakku nanti..Amin
Poem yang ku tujukan khas buat semua yang bergelar- IBU..
Mom,
You're a wonderful mother
So gentle, yet so strong
The many ways you show you care
Always make me feel I belong
You're patient when I'm foolish
You're patient when I'm foolish
You give guidance when I ask
It seems you can do most anything
You're the master of every task
You're a dependable source of comfort
You're a dependable source of comfort
You're my cushion when I fall
You help in times of trouble
You support me whenever I call
I love you more than you know
I love you more than you know
You have my total respect
If I had my choice of mothers
You'd be the one I'd select!
By Joanna Fuchs
Friday, May 08, 2009
ZoO II
Hem.. seperti yang telah dijanjikan kepada my BB Boy untuk pergi ke ZOO KL.. (kalau tak pergi mau mengamuk si kecik ni..) pagi selepas bersiap2 dari rumah Yana, kami telah pergi ke ZOO Negara.. Selepas membayar tiket RM15 seorang yang lebih berganda2 dari zoo Johor hari tu.. aku harapkan ia nya berbaloi..
Ingatkan kami antara orang2 yang terawal(pukul 9.15 dh masuk..), ada yang lagi awal..sebab ada pertandingan memancing rupanya... Baru nak berjalan2 ada seekor burung yang aku rasa dah tua umurnya yang sedang mencuri anak ikan salah seorang pemancing disitu.. burung pun pandai mencuri..hehe.. terasa macam di safari park plak.. :)
Arieff macam biasa dengan Tuk Pa nya yang rajin melayan.. suami aku pula jadik cameraman tak bergaji.. aku dengan mama agak terkebelakang sedikit,maklumlah..kami kan orang pompuan yang segalanya lemah gemalai..hehe...

Bergambar kenangan di depan pintu masuk
Tuk Pa,Nek Ma possing ngan cucunya..
Tuk Pa,Arieff bergambar dengan zirafah..
Tuk Pa,Arieff bergambar dengan zirafah..
Arieff bergambar dengan burung flamingo yang macam jinak jer...
Inilah burung yang mencuri ikan..
Berlatar belakang dua ekor tapir yang tengah sarapan pagi..hehe
Tuk Pa mendukung Arieff di tempat orang utan..
Arieff possing depan tugu singa dan harimau..
Arieff possing lagi..jadik model lah apa lagi..
Inilah orang utan yang pandai buat aksi kelakar..berguling2.. gelungsur..main buaiannya..menyebabkan Arieff tak nak berganjak dari situ.. terpaksalah Daddy nya menggunakan skill memujuk untuk kata Bye2 pada orang utan tu..(pergi dari situ daaa..)
Arieff possing berlatarbelakangkan flamingo yang berwarna oren.. hem..burung pun pandai color bulu ker..he
Tuk Pa,Arieff dan badak sumbu Putih(namanya)
Sempat possing depan lebah batu.. hehe
Arieff yang tengah exited main permainan yang Tuk Pa belikan..
Setelah hampir lima jam berada didalam kawasan zoo tersebut,sementelah Arieff pun dah surrender kepenatan sampai tertido, so kami pun mengambil keputusan untuk pulang..lagipun masih jauh lagi perjalanan untuk pulang ke rumah...
Hem..kira2 berbaloi jugaklah berada di zoo KL ni.. Arieff exited giler dengan binatang2 yang 'live' ke mata nya.. hehehe... sampai sekarang dia akan becok bercerita tentang zoo dan binatang2 yang dilihatnya.. semua gambar2 binatang yang sempat suami ku ambil, akan aku cuci setiap keping dan boleh ajar Arieff di rumah.. heh! :)
Thursday, May 07, 2009
Pengantin KL
Sempena Hari Buruh yang lalu, aku telah pergi ke KL bagi memenuhi undangan perkahwinan dua pupu aku di sebelah saudara Papa. Aku dan suami serta my Prince menumpang kereta Papa untuk kesana..save cost..hehe.. Lagipula jika didalam satu kereta banyak perkara dapat dibualkan..masa perjalanan yang agak jauh tidaklah terasa jauhnya..
Kami sempat berhenti rehat di Tmn Rekreasi Ulu Bendul untuk melepaskan lelah..Hem..cantik juga di situ,tempat anak2 bermandi manda.. anak aku sampai teruja melihat budak2 bermain air.. sehingga menyuruh aku membuka bajunya untuk mandi.. Tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan, Tuk Pa terpaksalah memujuk cucu nya.. lain kali jelah ye sayang...
Kami sampai di rumah pengantin dalam pukul 5.. bersalam2an dengan sanak saudara yang telah sampai awal.. Oleh kerana bilangan saudara mara yang ramai, maka kami telah ditempatkan di tadika berhadapan rumah pengantin.. itulah 'hotel' sementara kami..hahaha
Berehat2 seketika sebelum bersiap2 untuk meraikan malam berinai..
Esoknya adalah majlis langsung pengantin.. tidak banyak yang dapat kami bantu kerana semuanya telah diuruskan oleh caterer yang diupah..biasalah orang bandar..mana sama dengan orang kampung.. hem..teringat majlis perkahwinan aku dolu2.. semua orang,sanak saudara, jiran tetangga bergotong royong bagi menjayakan majlis.. penat tapi meriah!
Dalam pukul 2 pengantin diarak dengan kompang..anak aku yang sememangnya suka dengan orang berkompang pun sebuk meminta Hafiz-sepupunya untuk dokong..maklum,orang ramai berkerumun..
Setelah majlis berakhir pada pukul 5 petang, semua balai turut dirobohkan.. selepas itu acara barbeQ ikan dan makanan laut yang telah disponsor oleh salah seorang saudara kami.. dengarnya dapat Bonus banyak..hehehe.. semoga murah rezeki..
Setelah perut masing2 kenyang, maka sebahagian keluarga telah bertolak pulang ke kampung..
Aku pula telah dilawa oleh sepupuku Yana untuk bermalam dirumahnya.. ok jugak, tak pernah pergi pun rumah dia..

Melepak di balai sementara menunggu pengantin..Bibik aku(bertudung hitam) yang paling control cun bila aku cakap nk masukkan gambar ni dalam blog..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)