Followers

Maki

Harap maaf kerana kartun kali ni agak kasar sikit skripnya, untuk menyampaikan maksud dan pengajaran sahaja. Jangan tiru aksi ini.





klik gambar utk besarkan

"Hai orang-orang yang beriman,janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka yang mengolok-olok, dan jangan pula wanita-wanita ( mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita yang (diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri (1) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman (2)dan barang siapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Surah al-Hujurat:11

___________________________________
(1)"jangan mencela dirimu sendiri": maksudnya; mencela antara sesama mukmin kerana orang-orang mukmin seperti satu badan.

(2) Panggilan yang buruk ialah gelaran yang tidak disukai oleh orang yang digelar dengan gelaran itu, seperti panggilan; hai fasik!hai kafir dan sebagainya.


Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara






Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sembahyang 2




Renungan: Alangkah sukarnya mendapatkan khusyuk dalam solat..

Sembahyang ..

Bila Nak Sembahyang ?








"Pada hari ini (kiamat) Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."

- (Surah Yaasin:65)

Ragam Imtihan 2

Kartun ni masa baru-baru mula buat komik..Jadi tak banyak latar belakang.:)







Kawan @ Sahabat




Assalamualaikum...kartun kali ni bertajuk..Kawan@ Sahabat..

Teringat sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Hijjaz yang bertajuk, Kawan..
Sama-samalah kita renungi makna tersirat disebalik lirik lagu ini.

KAWAN

Kawan apalah yang kau kesalkan,
kerna Tuhan kau kehilangan kawan,
kerna kebenaran dihina,
jangan kau ragu dalam keimanan..

kadang-kadang,
kawan jadi lawan,
kadang-kadang lawan jadi lawan,
apalah disedihkan hati,
setiap insan didalam kekurangan.

jangan sedih selalu terlalu tersisih,
bukan kau saja ditimpa malang,
ingatlah para rasul mulia,
lebih tersiksa menderita..
mereka bahagia,
dalam derita,
mereka kaya didalam papa..

mereka memadai dengan Tuhannya,
itulah kebahagiaan,
diwaktu sempit seorang diri,
kawan janganlah disedihkan hatimu..

jangan sedih selalu tersisih,
bukan kau saja ditimpa malang,
ingatlah,
para rasul mulia,
lebih tersiksa menderita..
tetapi mereka merasai ramai,
walaupun keseorangan..

kawan,
apalah yang kau kesalkan,
kerna Tuhan kau kehilangan kawan,
kerna kebenaran dihina,
jangan kau ragu dalam keimanan,

kadang-kadang,
kawan jadi lawan,
kadang-kadang ,
lawan jadi kawan,
apalah disedihkan hati,
setiap insan didalam kekurangan..

Jangan Bersedih

Kartun ni bertajuk 'jangan bersedih'..maaf kerana tak disertakan dialog.:) Mungkin dapat dikongsikan bersama sedikit pengajaran yang ingin ana sampaikan,:
"Bersabarlah di atas setiap ujian Allah kepada kita. Biarpun ujian itu membuat kita sedih dan hati terasa gundah, kembalilah kita kepada Allah. Allah sebaik-baik tempat mengadu. Kadang-kadang kita merasa resah , marah semahunya apabila ditimpa musibah. Sehingga kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan kerana terlalu marah. Malah kerana terlalu sedih, kita merasakan bahawa kita sahaja yang menanggung kesusahan, sehingga Nauzubillah kerana ada yang mengambil jalan singkat seperti membunuh diri dan sebagainya. Sama-samalah kita kembali kepada-Nya, andai kita berasa sedih kerana orang menghina kita, mari renungi sejenak sirah perjuangan Nabi S.A.W yang bukan sahaja dihina dengan kata-kata, malah pernah dilempar dengan najis, namun Nabi S.A.W hanya membalas dengan kebaikan. Alangkah jauhnya akhlak kita, jika kita membalas penghinaan orang lain dengan kata-kata yang sama. Andainya pula, kita terasa terlalu perit dengan kesusahan,fikir-fikirkanlah, apalah susahnya kita jika dibanding dengan kesusahan yang diuji Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W, yang lahir dalam keadaan yatim, tidak pernah melihat ayahndanya sendiri, malah setelah itu diuji dengan kewafatan ibundanya, juga jerih deritanya dalam mengharungi kepayahan dan dugaan ketika menyampaikan agama yang suci, iaitu ISLAM, namun Rasulullah S.A.W tidak pernah mengeluh dengan ujian yang menimpa baginda.Indahnya akhlak baginda! Sollu 'ala nabi!!
Wallahua'lam.. "
Moga mendapat manfaat.amin..

Komen Terkini

Get Recent Comments Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...