Friday, November 11, 2011

11.11.11

Moga Allah merahmati kalian. ^_^

Wednesday, September 21, 2011

Mencari Ketenangan Jiwa :P

Bismillahhirahmannirahim...

Lama sungguh tak mengemaskini blog ini. Sampai "Dashboard" da bertukar wajah baru.Bukan tak mahu meng'update', semangat untuk menulis itu tiada walaupun banyak idea. Maklum sajalah da jadi insan berkerja sekarang.
Yup, Insan berkerja belum berkerjaya. Bukan tak mensyukuri apanya dilakuakan sekarang. Alhamdulillah masih lagi mendapat rezeki yang halal cumenye, hati saya bukan di situ. Masih lagi mencari kebahagiaan hati.
Alhamdulillah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bercuti hampir sebulan menyajikan berbagai hikmah ujian. Akhir ramadhan dapat di hadapi dengan tenang walaupun, sejujurnya agak susah hati.Dalam masa itu juga, Allah menberi ruang dan kesempatan untuk berbakti kepada Tok Mak tersayang. Alhamdulillah, nampaknya sudah bertambah sihat. Semoga Tok Mak akan terus sihat dan ceria selepas ini:)




Sunday, July 31, 2011

Ke Kanan Atau Ke Kiri?

Peraturan alam yang Allah cipta memang sangat adil. Siapa yang kata hidup mereka tiada pilihan?? Hidup adalah suatu pilihan. Malahan andainya tinggal satu pilihan pun kita masih lagi boleh memilih untuk menerima atau menolaknya. Dan yang pasti, setiap pilihan ada kesannya sama ada baik atau buruk. Itu juga berdasarkan pilihan individu itu sendiri.

Salam Ramadhan buat pembaca. Bijak dalam membuat pilihan sama ada ingin hidup bahagia dan gembira dengan nikmat dan keseronokan dunia atau berbahagia dan menikamati Syurga yang telah Allah janjikan.

Selamat menempuh madrasah ramadhan.

Monday, July 18, 2011

Kesilapan yang bernilai ratusan...

Harini kesilapan ku bernilai hampir seribu ringgit... Walaupun pening kepala memikirkannya... Namun selepas kekalutan itu aku rasa sedikit lega... Walaupun gajiku bulan ini bakal melayang seluruhnya... Aku pasrah dan redha... Kerana kesilapan yang berharga mahal itu menjadikan aku manusia yang lebih peka dan berwaspada... Allah pasti menurunkan ujian ini bersebab... Supaya aku menjadi orang yang lebih pantas berfikir dan bijak bertindak... Be positive! Allah kan ada! ^_^

Saturday, June 25, 2011

I Believe...



I Believe (LYRICS)

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan

Thursday, June 23, 2011

Fenin...

Kerja oh Kerja... feninnye... rase macam nk g uk balik je... kat sana da tentu ade keje... tp bile pikir-pikir betul gak kate ibu dan mmg da taw pun kalo sambung kt sane xde mase depan la... still lepas balik kene susun hidup balik gak... jadi kene berhenti mengeluh dan mula berpeluh... Moga Allah berikan yg terbaik utk ku dan kalian... Amin... ^_^

Thursday, June 2, 2011

Home!!

Alhamdulillah finally home... selepas 6bulan 9hari... macam-macam perasaan bercampur baur... teruja, malas sbb kene kemas baju... heh... perjalanan selama 12jam 30minit... letih... tp bace tips dalam majalah airasia tu kate kalo perjalanan dr barat ke timur kene banyak tidur dan perjalanan dari timur ke barat kene banyakkan berjaga... tapi dalam penerbangan sangat kering kene minum 5minit sekali sebab kering sangat...

Monday, May 23, 2011

Homesick

Macam tak fahamkan. Da nk balik pn homesick. Tp ni mmg fakta. Makin dekat waktu nak balik ni rase macam tiap- tiap ari homesick. Tak paham tak paham. Waktu sekarang ni pertengahan musim bungga tp cuaca kalo panas tu sgt panas. Orang kt cni kate panas mcm musim panas. Suhu masih lg di bawah 20°c tp keterikan matahari yg buat rase x selesa. Org2 cni da mula pakai baju pendek n kadang2 ade yg x pakai baju. Xtaw la mcmne dierg bley brjn xberbaju. Lg2 kalo masa angin kuat. Cuma mmg penat ckit skg ni sbb waktu malam sekejap. Pukul 9 baru magrib dan pukul 5 da cerah.

Friday, May 20, 2011

Title: undefind...

Talking to myself...

Sunday, May 8, 2011

Letakkan bebanan anda seketika...


Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

credit for:http://www.blogger.com/img/blank.gif
image: google

Sunday, May 1, 2011

Abundances

Alhamdulillah... setiap adalah rahmat Allah kerana masih memberikan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi. Kalau difikir-fikirkan kembali akan perjalan hidup ni. nikmat yang Allah berikan sangat banyak. Cuma hakikat manusia itu sering lupa memang tak dapat dinafikan. Manusia sering lupa untuk mengucapakan syukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan. Jum mari sama2 kite bersyukur setiap hari selagi nyawa dikandung badan...

Nak kongsi sikit gambar-gambar memburu kenduri kawin diraja...(xde la excited sgt tp ikut org je... hehehe... but not bad... pengalaman hehe sambil melihat ke"gila"an manusia)

belakang ni adelah sebahagian daripada bangunan gereja Abbey tempat kawen dierg. Tp sbnrnye nk tunjuk orang ramai yg teruja dgn kenduri ni.heh... kenduri bayar sendiri.hihi

menurut kate kwn yg bwk ni. Ini merupakan gereja tempat lady diana kawen dulu. Rasenye parti dierg buat kt cni sbbb da cantik dihias dgn bunga dn khemah besar.

ini pula gambar dari dpn gereja Abbey


Bersama kawan-kawan baru di Hyde Park. Tgk "big screen" je...

Masa kami baru sampai mencari tempat paling strategik... tp akhirnye terpaksa berdiri gak sbb org yg dtg lambat, tanpa rase bersalah menghalang pandangan kami... huhuhu...

Mata London pada waktu senja...

Berlatar belakang kedai cenderahati Gereja Abbey...

Sunday, April 3, 2011

3rd April 2011



lagu khas untuk ibu dan Ayah... kebelakangan ni selalu termimpi-mimpi da balik Mesia. Mungkin sbb da lama sangat huhuhu...(padehal mmg kuat nages hahaha...) perpisahan paling lama stakat ni. tak penah tak balik rumah lbey dari 3bln. kalo tak balik pon, musti ayah atau ibu datang melawat... hihihi...

besempena dgn tarikh bersejarah buat ibuku Hajah Norizah Bt Haron. selamat hari lahir. ibu adelah ibu yang terbaik buat kimah. Maafkan segala silap laku dari anakmu yg nakal dan degil ni... hehehe... Salam teramat sayang buat ibu dan ayah di Jakarta. semoga selamat menimba ilmu dan selamat pergi dan pulang... kisses and hugs... n__n

Wednesday, March 23, 2011

musim berganti

Hampir dua minggu seisi rumah bergilir-gilir demam dan batuk. Alhamdulillah saya hanya batuk. Moga kami dan seluruh umat Islam diberi kesihatan yang baik.

Sekarang waktu siang da semakin awal. Kul 5.58 pagi matahari da naik. So mmg berusha bangun lebih awal dan lebih awl. Suhu pun dalam 11-14c je, da tak sejuk sgt. Pokok-pokok pn da mula tumbuh tunas baru.

Note: tetibe rajin nk menaip pepagi ni ^_^

Saturday, March 19, 2011

Masak-masak

Asam Pedas ikan salmon...


Ayam Ungkep


Sos Lada hitam ala-ala prosperty burger...

Sunday, March 13, 2011

huhu lamenye xmenaip. mood lari xtau g melancong kt mane tah... heeee~ Alhamdulillah hari mr.mood da jumpe jln balik. Alhamdulillah lps siap tugas rutin tetiba ade semangat nk menaip.

menyukai sesuatu yg kte xsuke mmg sesuatu yang payah kn. same jugak bile kene tinggalkan sesuatu yg kte sgt suke. tp misi sy skg adelah belajar menyukai sesuatu yg sy sgt xsuke dari dulu. bak kate cerita Tingga tingga tales " there always a first time". sentiasa ade percubaan pertama. kte xkn penah tau yg sbrnye kte boleh buat. cth utk diri sy ialah sy sgt xsuke menulis atau mengarang. mmg xpandai dr dulu. cikgu bahasa siap suruh salin buku karangan sbb karangan sy teruk sgt.hihi terima kasih cikgu.
tp skg sy siap da ade blog haha... maaf kpd para pembaca kalau pening kepala bace blog sy ni.
dan sy tgh blaja mengatasi ketidak sukaan sy pergi rumah org lain terutama kalo kene bermlm. sbb sy ni berat mulut, tak pandai bergaul dgn tuan rumah. pemalu, kdg2 lebih-lebih sgt pemalunye. Mungkin ini adelah salah satu kerisauan ayh. sblum mengizinkn sy pergi dulu. kekurangan common senses. hihih...

Sunday, February 27, 2011

A Trip

Salam, cuti sekolah kembali. Awal minggu aritu kami dapat tetamu dr birmingham. Kedatangan mereka sebab kebetulan melawat org sakit jd dtg singgah rumah. Ahad tu pulak tina punye birthday party. Jadi ramai la sikit org memeriahkn suasana. Malamnye mereka da berangkat pulang sbb isnin keje. Di sebabkn akak keNe pegi uni sbb ade metting dgn supvisor. Dierg cadang utk ke b'ham trs dr nottingham. Kira mcm kunjungan balas. B'ham atau birmingham adalah salah satu kawasan yg majoritinya adalah muslim. Masjid dan surau senang kelihatan. Restoran halal pn x sukar didapati. Salah satu kemegahan b'ham adalah pasukan bola sepaknye iaitu Aston villa.

Alhamdulillah allah izinkn dapat sampai dsini.walaupun xde kemane-mane. Dipahamkn kt b'ham ni terletaknye kilang cadbury dan taman coklet tp sayangnye x berkesempatan utk kesana. Mungkin satu hari nanti. Insyallah.

Baru pulang dr bermain di taman... weee~

Monday, February 21, 2011

~wind blowing~

Lamanye tak berkesempatan nk update blog. Maaf kpd yg menanti. Buat keluarga di Malaysia alhamdulillah kimah baik-baik je kt sini. Ujian dan cabaran sentiasa datang setiap hari.kadang-kadang rase mcm kesabaran dihujung tanduk. Tapi kite tak sedar sebenarnya bahawa kesabaran dlm diri telah bertambah. Semakin jauh kite pergi kesabaran meningkat seiring. Kemarahan wujud cume tak dilayan sebagai kemarahan takut syaitan bergembira bersorakan. Sentiasa betulkan niat dan matlamat agar segala yang baik mampu dijadikan pedoman dan yang buruk dijadikan teladan. Moga Allah mengampunkan dosa seluruh umat. Moga kita sentiasa dalam rahmatnye.

Saturday, February 5, 2011

kesibukan melanda

Allahdulillah moga pelajar-pelajar malaysia selamat tiba di jeddah. Buat yg masih berada di mesir, jaga diri kalian. Kalian adelah permata Islam yg bakal meneruskan perjuangan menyalakan kembali cahaya kegemilangan Islam.

Kehidupan kt sini seperti biasa. Cume setiap hari turut berdebar menanti berita dari mesir. Moga pergolakan ini berakhir dgn tertegaknye keadilan. Semalam menurut suami k.sya, ramai rakyat mesir sampai di luton. Mungkin sebagai penempatan sementara.

Maaf kpd yg menanti berita.minggu ini agak sibuk dgn rutin harian. Musim sejuk da beransur pergi. Skg ni angin kuat. Dah beberapa hari. Takziah kepada rakyat malaysia yg dilanda banjir. Pasti ade hikmah disebalik musibah ini.

Saturday, January 29, 2011

la tahzan

As salam... alhamdulillah satu hari lagi allah beri kesempatan meng hirup udaraNya. Moga allah pelihara keselamatan adikku dan seluruh umat Islam di mesir dari sebarang mudharat.

Letih selepas seharian membanting tulang...hehe...sendiri cari kerja...misi harini ialah membuat roti canai. Sbb lama da teringgin sgt nk makan. Alhamdulillah kali ni tak lupe telur dgn majerin. Semangat dikuatkan oleh kari daging lauk semalam dan sambal tumis dari nasi lemak sarapan. Huhu mmg terasa balik mesia seketika. Macam xde kerja lainkn kt sini, asik makan je.hihi.


Semalam dpt masak ungkep sbb akak tak de idea nk masak ape. Alhamdulillah tawkal je.resepi ingat-ingat lupe. Alhamdulillah jd la jugak utk cubaan pertama. Bab masak kat sini payah ckit la

Sunday, January 23, 2011

Menghitung bulan

Ya Allah kau permudahkan urusan kami dsini, di M'sia, di Mesir dan di serata dunia. Hanya padaMu kami berserah dan hanya padaMu kami memohon pertolongan dan hanya padaMu kami berserah diri.

Tetibe pagi ni rase sgt-sgt tak sabar nak balik Malaysia. Ade satu semangt baru yg mahu dibawa pulang. Satu cita-cita dan hobi sy mahu di serap kedalam diri. Moga keazaman ini akan menjadi nyata insyallah.amin

Kira- kira 5 bln lg sy disini... rumah seperti memanggil- manggil kepulanganku. Moga hari itu menjelang x lama lg...

Kisses n big hug from uk ^_^

Saturday, January 22, 2011

Akhirnye...

Alhamdulillah satu lagi hari dibumi Allah yang maha indah. Buat ibu ayah dann kawan yg menanti cerita dr bumi england ni. Alhamdulillah hari lebih sihat dari semalam. Lepas dua bulan dsini badan dah mula bagi isyarat. Mula-mula selsema dan diikuti oleh batuk dan sakit kepala. Teringat pesan ibu dgn ayah utk mkn imt. Tp kat cni mane nak cari. Baru teringat pasal madu. Alhamdulillah tergerak nak beli madu dgn lemon masa pegi Bury Park ari tu. Sy pun cube cari khasiat madu dan lemon kt google utk pastikn cara yg terafdal(ayah penah ckp dulu tp da lupe...huhu..) Allahdulillah dgn izin Allah berkat minum madu dan lemon campur dgn air suam ckit,selawat 3 kali dan minum 3 ke 4 kali insyallah demam dan batuk akan kebah.

Menurut kajian mmg bagus minum madu sbb ia mengandungi antibodi melawan virus yg terbaik. Masih mencuba istiqamah untuk minum madu dan air suam setiap hari. Habatussauuda madu yg bwk aritu pun blm habes.hihihi. mcm bese makan bile rajin. Hehe

Ragam mereka sy geram.bese la kan kanak-kanak byk ragamnye. Kadang-kadang buat kite geram, kadang-kadang buat kite ketawa. Farah adilea skg ni mmg blaja dr ape yg die tgk. Abang die jongket kerusi die pn da taw cara nak buat da skg ni. Dala kerusi tu berat, mmg bina otot kaki sekali la tu. Harini kegatalan kaki menjadi-jadi lak. Mase tengah duk main dgn die tetibe kaki gatal. Mase garu sambil buat bunyi sakit tak perasan die perhati. Tak lame lepas tu, die buat bunyi sakit gak sambil pegang stokin dan garu-garu stokin dari luar. Kelakar betul budak comel sorg nih.

Danial lak lain cerita, sy kene aja ngaji setiap hari lps balik sekolah kul 3.20. Die kene tukar baju dan makan. Di sebabkan nak ngaji selalu pesan suh amik wuduk sekali bile masuk tandas. Ade satu hari tu die bley buat ayat " i think i can fell the wet from wuduk yesterday" ya allah sabar je la. Agaknye mmg peringkat umur 6-7tahun ni kanak-kanak mmg mcm tu kot. Ape pendapat ibu ngan ayah?.


Salam rindu dri uk T_T

Sunday, January 16, 2011

kerja oh kerja

Salam,
Dalam banyak banyak kerja adee ke kerja yg xpenat. Xbuat ape-ape pun penat. Sbb mmg tu la kehidpankn. Mane de kerja yg xpenat. Kalo kera yg senang lk.sume kerja sushkn. Bile fikir, baru sedar bertapa agungnye ciptaan Allah. Manusia dciptakan dengan berbagai ragam dan cara pemikiran. Itu lah ke agungan Allah yg menciptakan kepelbagaian. Semua itu merpakan warna warni kehiupan.

Heee~ saje nk bebel. Alhamdulillah masih lg diberi kesempatan utk hidup dmuka bumi yg maha indah. Hari ni cuaca kt cni agak mendung dan angin kuat. Suhu sekarang alhamdulillah x cecah negetif. Besenye pling rendah 5@6c. Perubahan cuaca kt cni agk ketara dn kesn pemanasan global mmg ketara. Kalo ikut tahun lepas selalunye skg ni ade snow tp snow da turun hujjung bulan disember ari tu. Skg ni mmg tetiap hari angin kuat.k.sha kate angin kuat dan hujan selalu mase spring tp skg br nak masuk bulan februari.

Saya da mula menyesuaika diri kt cni. Alhamdulillah, tina, danial dn farah pn da ok. Cume mmg letih ckit la tiga anak ni byk kerenah. Mungkin sbb tgh membesar kot.

Saturday, January 15, 2011

Resepi mudah

Cheese tart; untuk resepi bley tgk kt sini cume utk cheese filling bley ikut citarasa same ade nk letak perahan lemon atau tak.


Kek kukus gune resepi k.lily.mudah dan sedap.

Friday, January 14, 2011

14 jam/14 hours

Perjalanan kuala lumpur-london mmg sgt mencabar buat org yg hanya sekali penah naik kapal terbang. Alhamdulillah penah merasa tak taw la mcm mane org yg first time naik kapal terbang dah kene rasai 14 jam tersebut.

Pesawat AirAsia yg kami tempah berlepas dari lcct jam 3 ptg. Pesawat tu mcm bese la, bkn pesawat mewah sbb tiket tambang murah. Bersyukur sbb selamat sampai. Saat bersalaman dgn ibu dan angah kt lcct rase mcm mimpi. Fikiran sgt kosong, dalam hati asik tertanya-tanya. "Betul ke ape yg ak buat skg ni? Betul ke nk g uk sorg2 dn duduk dgn org yg hanya 2 kali jumpe? Da la xpenah kenal dan bersua muka dgn anak2 kakak ni. Tp sebab ade k.arika kot, sume tu mcm angin je.

Penah gak terbayang mase duk dlm pesawat tu nt mesti nagis teresak- esak sbb tinggalkn family. Ternyata tak berlaku. 14 jam tu penuh dgn andaian dan teka-teki apa yg bakal berlaku nanti. Bila da penat pikir last-last tgk luar tingkap je la. Sy duk tempat duduk tepi sbb senang akak nk kuar masuk uruskan baby. Mula-mula tiga kerusi tu penuh dgn penghuni. Selain sy dan kakak ialah seorg pak cik kulit putih. Disebabkn keperihatinan beliau terhadap keselesaan kanak-kanak. Beliau beralih tempat utk bagi lebih ruang. Indahnye akhlaq beliau, syg beliau bkn beragama Islam sy agk.

Dari tingkap kecil tu byk kebesaran Allah yg boleh dilihat. Mula-mula nampak laut, hijau kebirubiruan. Lepas tu nampak kawasan pergunungan yg diliputi salji. Sayangnye dgn kamera hannfone yg berresolusi rendah tak mampu di abdikan utk tatapan bersama. Hanya akal anugerah Allah ini yg mampu merakam.lps tu melihat bandar-bandar yg bergemerlapan di malam hari. Kurang pasti bandar ape sbb merentas benua. Dari sekecil bandar sehingga bandar besar. Sempat snap 1 kawasan je sbb kawasan tersebut agak besar dan terang.

Hampir dua tiga jam selepas makanan dihidang perut lapar kembali. Alhamdulillah bekalan nasi berlauk asam pedas ikan pari yg ibu bekalkan lepas dari kene buang masa pemeriksaan keselamatan di lcct td. Tp air masak terpaksa dibuang sbb da tertampal arahan. Sy paham bahasa, cume lauk je tak sampai hati nak buang. Maka, dapat la bersantap makanan yg sedap. Makanan yg dierg jual, mmg masakan alakadar je. Sabar je la.

Kemudian sisa jam hanya dihabiskan dgn main dgn farah atau tido.

Pesawat mendarat di lapangan terbang stansted jam 9 malam waktu england atau 4 pagi waktu malaysia. Sewaktu pesawat tengah pusing waktu mendarat, terasa simbahan cahaya dari bumi england menyapa mata. Suubhanallah sungguh indah. Mungkin kali terakhir melihatnye. Bkn ape lps ni mungkin sampai waktu siang. Hihihi ^_^

Thursday, January 13, 2011

Homesick la pulak

Pejam x pejam, celik x celik da nk genap 2 bln da merantau ke bumi penjajah ni. Alhamdulillah, masih kuat utk brdiri.huhu. penah gak terfikir bestnye kalo mesia dgn england ni duk berjiran. Hujung minggu je bley balik rumah.hoho.
Yeah!! xlame lg bley balik ade brape ratus hari je...( siko diri sendiri).. lupe nk cerita lepas wat cheese tart ari2, mcm2 la buat lepas 2. Marbel kek la, kek coklet kukus dan kek rase syg kot..xsure name die. Dn last week buat cheese tart lg dan kali ni lebih elok.hehehe puji diri... alhamdulillah... sbb saje je buat dan nk bagi u.halim sbb tlg bwk brg. Heee~…
Alhamdulillah ade kopi radix terubat ckit huhuhu... mase minum hati sayu je...huhuhu... minum satu hari satu je takut xcukup lak sbb laame lg kt cni.

K la arini post ni je.

Buat ibu & ayh: ari 2 xde rezki nk skype. Insyallah weekend mungkin.

Sunday, January 9, 2011

From Malaysia to England

Alhamdulillah kiriman dr mesia telah selamat sampai. Penat brg2 2. Selepas jet leg, akhirnye sampai ke Luton dengan jayanye.heee~ syukran ibu,ayah, ude, angah, uncle halim sbb menjayakn misi ini.ehehe. u.halim kate lps ni kalo nk kirim lagi bgtaw la jgn segan2. Heheh. Harini sy n tina menjelajah dr luton ke london dgn first connect dn underground. First connect 2 mcm ktm la kt malaysia. Underground tu mcm ktm gak(x canggih mane pon... sesuk je kutuk.haha). Cume cabaran die ialah underground aka the tube mempunyai sgt byk cabang tambahan lak arini ahad. Cara org cni, ahad dierg cuti. Jd byk perkhidmatan krang gune pekerja,jd kami terpakse gune jln jauh (Dn satu lg, dierg buat pembaikpulihan waktu ni). Sepatutnye, xperlu tukar tube byk kali.
perjalanan dari luton first connent aka nation rail ke st pancras ambil masa lebih kurang setengah jam. St pancras ni mcm kl sentral, dr cni kene tukar ke stn underground iaitu kings cross st pancras utk naik circle line ke high street kensington dimana terletaknye hotel copthrone tara. Hotel dimane uncle halim duduk. Sepatutnye circle line ni ade terus dr king cross ke high street tp sbb hujung minggu circle line 2 cume g paddington je. Jd kami kene tukar tube dr paddington ke high street. Alhamdulillah, k.sha da pesan suh beli day travel pass yg bley d gunekn utk sume train dn tube. Jd kes2 sebergini dpt menjimatkn wang anda.hehe...
Sesampainye kami d high street, kami belok ke kiri dan terus berjalan dengan yakin heee~(berpandukan pandu arah dr website hotel). Oleh sbb kegagalan arahan pd website tersebut( xnk ngaku salah haha) kami berpatah balik ke stn tube selepas berjln hampir 10minit, dn xnampak kelibat sebarang hotel. Dn baru teringat sms yg ayh foward dr u.halim kate hotel tu blakang stn. Jd dgn muke yakin patah balik ke stn utk pastikn firasat ni btl ke x. Alhamdulillah, lps pth balik sy amik keputusan belok ke kiri lps blok stn habis dn terjumpe papan tande hotel brkenaan. Syukur sgt sbb waktu tu da hampir jam 3ptg, sbb janji d lobi hotel jam3. Alhamdulillah kami berjaya sampai dgn selamt d lobi hotel jam3.05ptg. Dn x lame tu u.halim pun turun. Msg pn xsampai2 sbb lupe letak extantion kt no tu huhu... sengal tol. Tp u.halim tu mcm penah jumpe je, muke familiar.
Macam tu la ceritannye perjln ari ini. Alhamdulillah waktu balik hanye tukar train sekali je sbb dpt naik tube yg betul. Perjlnan balik hanya mengambil masa sejam stengah je. Dr perjlnan pergi hampir dua jam.
Fyi: sblm berjln kt cni kene study dulu sbb tube trutamanye sgt berselirat. Syarikat train tu pun mmg pesan awl2 suh study.
Jln2 kt cni x best sgt sbb waktu lapar n solat akn huru hara, terutamanye kalo gune penggangkutan awam. Kalo x mesia ade gak gerai2, jual kuih muih xpn buah potong.kt cni g kedai pn dpt beli biskut je. Youget pn xde.huhu.
Ape nk kate ujan emas negeri org, ujan keselesaan d negeri sendiri.
Salam syg dr luton ^_^