spend time untuk aiman pula. dengar cerita dari member kidzania ni best. macam- macam ada. tu yang rasa nak pergi sangat tengok apa yang boleh aiman explore kat sana. ok nanti update selanjutnya......
Saturday, March 31
Friday, March 30
HONDA HYBRID MALAYSIA..the power of dreams
Siaran Tergendala!!
Beberapa hari siaran di KANTANMERAH tergendala sementara. Dek kerana BZ pasal kerja Simposium Tekstil Sedunia 2012. Bersengkang mata sampai pagi di Royale Chulan dan trip to UNESCO World Heritage site of Malacca. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali.
So, rasa nak apply cuti pulak. I need some rest!
Friday, March 23
Gemuk Terlampau!!
kenapalah semakin hari semakin kembang
macam di pam pam
segala diet hancur musnah
di tengah jalan
susahnya nak disiplinkan diri ni
nafsu makan itu sangat kuat
segala keinginan tekak dituruti
jarang sekali tak dituruti
sampai bila nak jadi macam ni
Lama-lama bimbang penyakit yang mendatang
melihat keturunan salasilah
rasa gerun di hati
tapi masih sama
tak merubah diri sendiri!!
bila timbang berat badan
rasa ngeri bila pandang jari kaki
rasakan bila makan tak jaga kalori
pipi kembang dah macam roti
sikit lagi nak mencecah 100kg!!!!!!
Thursday, March 22
Pelangi kasih bertukar siaran.......episod akhir
terkejut pulak hari ni cerita pelangi kasih
start pukul 9.30 malam
jom kita layan
tak berapa nak feel la pelakon yang jadi IHSAN ni huhuhuhu
jom layannnnnn
Projek Seterusnya....KAKTUS
masih dalam mood mencari-cari bahan
bila nak selesai......?
kena tunggu sampai jumpa bahan selengkapnya
senang nak jaga tak perlu sentiasa siram
bentuk yang unik sekali
sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di rumah mahu pun di opis
tadaaaaa inilah koleksi aku
kaktus the cutes!!
Wednesday, March 21
menanti pelangi kasih
siapa tengah layan cerita
pelangi kasih....
best kan cerita ni
aku suka
watak nabila dalam cerita ni
pandai dia berlakon
tapi paling aku suka tengok
......BETO..........
hensem lagi macho jer aku rasa
muka serius abissssss
ok dah start babaiiiiii
Tuesday, March 20
CRAFT D.I.Y ~ Fabric Panel Wall Art
projek aku semasa weekend
craft D. I.Y
aku dah boring dengan panel yang lama
so aku nak tukarkan ajer
kepada fabric yang baru
kali ni fabricnya simple design
aku pilih MERAH HITAM dan PUTIH
aku tak tanggalkan fabric yang lama
aku cuma lapiskan ajer fabric yang baru
mana tahu kalau tetiba rasa nak panel design yang lamakan
senang just take out!
untuk tepi kain
aku hanya bakar pakai lilin
gara-gara malas nak hantar jahit tepi
Monday, March 19
MI LIDI
balik nanti aku ingat nak masak mi lidi
cuba cari di sini
tapi xjumpa mi lidi ni...
sedap dan enak
dulu harganya sen sahaja
now day dah rm 1.20 se packet
TANTRUM LAGI!!
sampai umur berapa lah nak hilang
this habit
hmmmmmmmm
layannnnnnnn ajer!
mak aku selalu kata
budak kecik yang berperangai
orangnya cerdik
tak tahu sejauh mana kebenaran itu
mak nak sejukkan hati aku.....aku tahu itu....
kalau keterlaluan aku biarkan sajer dia menangis
puas-puas sampai dia rasa serik
TAPI SERIK KER??????
buat lagi adalah
IBU PERLU SABAR....IBU PERLU KUAT!
sampai masa tantrum ni akan hilang jugak
aku percaya itu!
Sunday, March 18
HOT AIR BALLOONS 2012 PUTRAJAYA
cuaca agak panas di putrajaya
sila bawa payung bersama
tapi sekarang dah mula rintik-rintik
macam nak hujan panas
sajer bawak aiman tengok belon panas
nak naik rm 10 seorang
anak xdisarankan naik sebab
the basket tingginya hanya 4 kaki
diaorang tak nampak nanti
tak kan nak dukung kan
oh no!
so kami naik ni ajerlah
pusing se round putrajaya
Saturday, March 17
MATTA FAIR 2012
kalau tak tahu nak kemana
this weekend
moh kita ke
MATTA FAIR
survey jangan tak survey
destinasi anda
jadilah pengguna yang bijak
memilih tawaran yang ditawarkan
aku masih mencari-cari
package yg sesuai
ngan isi pocket!
Friday, March 16
GELANGGANG RAJA LAWAK 6
layannn lawak d kala malam
ingat diaorang sumer yang masuk ni
tak berapa nak lawak
malam ni
tp ada jugaklah lawaknya
Laparnya!!!
Baru-baru ni dia jatuh tersungkur atas jalan
kesian dahi kena tar jalan
melecet pedih
sekarang alhamdulillah dah hilang
sapu dengan bio oil
Thursday, March 15
Kerana Buah Anggur.....
mengumpul buah-buah
bukan original
tapi yang plastik punya
syaratnya buah tu mesti real look
baru ada beberapa jer
yang aku susah nak cari
colornya sama warna sahaja
tak menarik di mata aku
so projek aku
terbengkalai dek kerana buah anggur!!
tetapi semalam
TERIMA KASIH SANGAT BUAT EN. SOMIKU
sebab.......
dia dah jumpa dan
dia belikan
ANGGUR ITU
I LOVE U SO MUCH LALING!!!!!!
nampaknya minggu ni aku hepi jer
ALHAMDULILLAH.....
Sambal Hitam Belimbing~~~Orang Pahang
Wednesday, March 14
Rindu Cameron Highland!
Tuesday, March 13
Kain Pelekat
macam abahnya
suka sangat bila dapat pakai kain
dulu masa dia sunat
tak nak pulak mintak pakai kain pelekat huhuhuhuhu
pkai kain pelekat abah sajerlah nampaknya
dilipat dua
nanti kalau jumpa yang saiz kecil
ibu beli okeh untuk kamoooo
Dayung Sampan Kecik!
Monday, March 12
Hobi Saya Berjalan Sana Sini
Ibu!! Belikan Saya Tikus Itu...
persamaan yang ada pada kami
Aiman mintak aku belikan dia
Hamster @ tikus comel
untuk dia main-main
ni semua gara-gara
hamster cousin aku
dia nampak cute so dia request kat ibu nak jugak!
Persoalannya....hamster ni tak bahaya ker????
sekarang kan tengah heboh pasal
PENYAKIT KENCING TIKUS @ LEPT0SPIROSIS
penyakit yang kalau tidak dikawal boleh membawa maut!!
Kaji kaitan hamster dengan penyakit kencing tikus
2012/02/14
KUALA BERANG: Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan penyakit berjangkit
seperti kencing tikus ada kaitan dengan kegilaan masyarakat terutama
kanak-kanak dan belia menjadikan hamster, sejenis tikus sebagai haiwan
peliharaan.
Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat, meminta Jabatan Kesihatan dan Veterinar melakukan kajian bagi menentukan sejauh mana haiwan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dengan penularan penyakit kencing tikus.
"Kita tidak pasti sejauh mana kaitannya, sebab itu kita minta dua agensi kerajaan terbabit membuat kajian, termasuk menguji air kencing hamster sama ada mengandungi virus yang boleh memudaratkan kesihatan manusia," katanya ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini, semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Marzuki Zakaria, berkata walaupun hamster ialah spesies tikus, tetapi pemeriksaan setakat ini mendapati haiwan itu tidak berbahaya.
Berita Harian.
Friday, March 9
IKEA SALE!!!!!!!
KAKI NOVEL
jarang sekali aku dapat menghabiskan membaca untuk satu-satu novel
tapi aku ada sorang member
yang boleh dikatakan
KAKI NOVEL
lihat saja ini
sebahagian daripada koleksinya
macam-macam novel ada