29 May 2014

Tahniah Utk Anakanda..

Tahniah utk anakanda  Badri ..
Persembahan projek akhir tahun yg dapat top10

Katanya dihadiri oleh org2 dlm industri 
Naza automotive,IBM,Jaring,Hietech Padu..

Kami tunggu kepulangan abg utk
bercuti pd 2 hb 6 ni

Saya masih berblog mengunakan tab
Sukar nk BW..
Tunggu anakanda blk dulu utk dia services pc kt rumah..

23 May 2014

Bila Rama2 Masuk Rumah..

Rama2 masuk rumah..
Sapa yg nak kena 
pinang ni hehe..
Lagi satu org dulu2 kata
kalau mimpi dikejar ular ..
Lagi
 besar ular lagi besar org nya hehe



(senda di 
pagi jumaat)

21 May 2014

Buah Asam Serenda


Siapa pernah makan buah ni
dan tau nama sebenarnya
kerana di kedah ia dipanggil buah asam serenda ..
Cantik,kan namanya.
Buah ni rasanya tersangat masam serta  bergetah
Setakat ni saya tak tau cara lain memakannya selain dibuat  jeruk..

Mula2 belah dan buang biji didalamnya..
Lps tu rendam dalam air bercampur garam..

Tempoh rendaman ikut suka..sejam,2 jam..

Lepas tu basuh bersih dan toskan.

Masak air dan bubuh gula.
Bila air gula tersebut dah sejuk masukkan buah asam serenda tadi bersama sedikit garam.

Makin lama diperam makin sedap..
Bertambah sedap jika disimpan dlm petiais..

18 May 2014

janji manis TM..

Rasa rindu sangat nak berblog...
Menjenguk blog kawan2 dan mengomen..
Apakan daya masalah internet tak selesai lagi..

Saya dh letih dan jemu menunggu TM..
Setelah 2 minggu menanti...
Usahkan ada technician TM yg bertanya
 Call pun tidak..
Saya dh menyampah utk terus call 100..

Anak lelaki saya suruh tunggu dia blk cuti sem
Pada 2/6 nnt..dia nak godek2 sendiri pc tu..

Kt tab ni,semuanya terhad..lambat..

09 May 2014

Modem meletup...


Petang ahad lepas,hujan yg amat lebat beserta ribut dan petir..
Saya sempat shutdown pc saja..dan selepas kilat yg amat dasyat,,saya terbau benda hangit yg terbakar..setelah diperiksa,ianya dari modem komputer..
Pagi isnin saya call TM buat report..
Kami akan dtg dlm masa 24 jam..itu janji manis TM,.
Selasa..Saya tunggu..
Rabu..saya tertunggu2..
Khamis..bayang TM pun tak nampak..

Hari ni dh jumaat..

2 entri sblm ni saya setkan autopublish..
Saya  boleh publish komen tp utk blogwalking teramat lah azabnya mengunakan tab en suami ni..terkial2..so minta maaf byk2 pd kekawan kerana tak boleh mengomen spt biasa..bila dah setel saya akan bermarathon mengomen..

07 May 2014

Ayam RM1 Seekor...??

Jiran sebelah rumah,betul2 sebelah kiri rumah saya
dah beberapa tahun buat bisness kecil2an
jual ayam goreng depan sekolah

So beliau dapat membeli ayam dgn harga yg murah sedikit
-beliau dah lama kenal tokey ayam
-beliau membeli dlm kuantiti yg banyak

dan saya mengambil kesempatan   peluang membeli ayam darinya
namun yg biasa dibeli darinya adalah kerangka ayam berharga RM1  satu
(anak2 dan suami tak mengemari isi ayam)
jika membelinya di pasar
harganya RM5 utk 3 kerangka ayam ni
apa yg sedap dibuat dgn kerangka ayam ni..??

buat sup
 lepas tu makan dgn bubur nasi atau bihun

gulai bersama rebung

atau dicampur bersama dalca

sedap jugak digulia bersama nangka muda

Tapi kalau goreng celup tepung mcm ni
mmg terrrr lajakkkk lariss...
krup krap krup krup gigit tulang

(di pasar malam,satu kerangka ayam goreng antara RM3-6 satu)

06 May 2014

Resepi Nasi Minyak Dan Gulai Kawah


untuk acar
campurkan lobak merah,timun,nenas
bawang besar ,cili merah
garam dan gula
 Gulai kawah
1/2 kg daging lembu hiris nipis /seekor ayam
1paket kerisik (40g)
 1 paket kecil kari daging
1 labu bawang merah (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
 3 ulas bawang putih (kisar)
2inci halia (kisar)
 2 batang serai (ketuk)
 3-4 sb cili giling
3 helai daun limau purut
 1 cawan santan pekat
Rempah 4 beradik
3sb gula merah
 2-3 keping asam keping minyak garam
 Air

 Cara-Cara:
 Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik,
(kulit kayu manis,cengkih,buah pelaga dan bunga lawang)
bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi.

 Masukkan cili giling
masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
Bila daging agak empuk,
masukkan santan, kerisek, garam, gula merah,
 daun limau purut dan asam keping
Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.
Kacau sekali sekala Biarkan sampai pekat.
Tutup api.


Bahan-bahan: 
 3 cawan beras 
4 1/2 cawan air - 
jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras 
 1/2 cawan susu cair 
1 sudu kecil garam pewarna kuning
 2 helai daun pandan -disimpul 

 Bahan utk menumis: 

 1 sudu besar minyak sapi 
2 sudu besar majerin 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang 
1 inci kulit kayu manis 1/2 in halia ]
 3 ulas bawang merah] dimayang 
1 ulas bawang putih

 Cara membuat: 

 Beras dicuci kemudian ditoskan 

Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. 
Masukkan bahan tumis 
Goreng hingga naik bau/kekuningan 
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata 
Masukkan air dan susu 
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning.
 Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
 Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

05 May 2014

Siapa Yang Makan Cili.....

Jom menjeruk rasa menjeruk cili
 tak pasti apa nama cili padi
yg kaler hijau keputihan mcm ni
tp rasanya lebih sedap berbanding yg kaler hijau pekat tu

buang tangkainya
basuh dan toskan

sebaiknya gunakan bekas plastik
bekas yg berpenutup besi/aluminium
akan berkarat  bila terkena garam,gula dan cuka

masukkan cuka hingga tenggelam cili tersebut
masukkan  garam dan gula
tutup rapat2 dan biarkan sekurang2nya 24 jam
 tadaaa...dah bertukar warna..dah boleh dimakan
kalau buat dalam kuantiti yg banyak
simpan dalam peti ais

sedap dimakan dgn kueteow grg
 atau bihun grg

Siapa yg makan cili
dia yg terasa pedasnya..

Orang-orang Melayu dulu-dulu dah reka siap-siap peribahasa yang baik
 punya untuk digunakann sebagai cara untuk menegur 
Ia sebenarnya simbolik kepada kata-kata yang bertujuan 
untuk memerli atau menyindir seseorang.
 Sebab orang zaman sekarang ni memang susah nak ditegur secara direct. 
Sikit-sikit nak touching.
 Sikit-sikit nak dendam.

03 May 2014

Terung :Khasiat serta resepinya

Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam.
Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi
2% protein,
 0.1% lemak,
7.9% karbohidrat
 dan mengandungi banyak fosforus,
sedikit zat besi,
banyak vitamin A
dan C serta sedikit vitamin BI.

Terung pipit juga digunakan untuk
mengubati retak kulit pada kaki,
 mencuci darah dengan meminum air rebusannya,
 melegakan kesakitan,
 penawar racun ular dan serangga
serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
selain sedap dibuat sambal tumis bersama ikan bilis
terung pipit jugak digunakan sbg peluru senapang mainan
dizaman kanak2...
(dan lepas tu mesti kena marah  oleh tuan punya pokok terung tu)

Terung panjang ungu
teringat menu kelantan yg super duper sedap
kerabu terung

-terung dibakar,amik isinya
-gaul bersama santan pekat,isi ikan yg ditumbuk bersama bawang merah
-sedikit halia,cili padi serta jus limau nipis (cuka pun boleh)
sambal mcm ni pun sedappp..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.