31 December 2014

Selamat Tinggal 2014...Selamat Datang 2015

Selamat tinggal 2014
tahun yg penuh dgn suka duka..tangis dan tawa..

Yang pasti..tahun bertambah
usia jugak bertambah..
kematian semakin hari semakin menghampiri..

hari berganti 
bulan berganti 
tahun pun berganti
 tahun baru 
harapan baru 
tetap semangat 
masa lalu adalah kenangan 
hari ini adalah kenyataan
 hari esok adalah harapan 

selamat tahun baru 2015 
selamat tinggal kenangan 
selamat datang harapan

Gemercik air basahi bumi pertiwi 
Indahkan dunia layak sang mentari 
Dinginnya embun segarkan suasana
 Ku sambut tahun baru dengan sejuta warna

 Selamat tahun baru 2015

26 December 2014

Di Hari Lahirku..

Tiba Sudah Detik Yang Sempurna
Diharap Tercapai Yang Terbaik Hendaknya
Kenangan, Perancangan Dan Impian Segala
Moga Setiap Satu Membawa Bahagia
Sesungguhnya Detik Ini Pengikat Semua
Memori Semalam dan Hari Esoknya Jua
Mengingatkan Agar Dihargai Sepenuhnya
Detik-Detik Indah Yang Diabadikan Selamanya


 Syukurlah padaMU YA ALAH
KAU masih meminjamkan udaraMU utk kusedut...

25 December 2014

Bah

Imej yang diterima dari group Whatssap
tentang keadaan banjir di Kelantan












Setiap tahun..pada setiap hujung tahun
mereka akan menghadapi keadaan ni...

20 December 2014

Fakta Menarik Mengenai Ayam

Ayam jantan berkokok tandai kekuasaan 

Apa yang membuat ayam berkokok, terutama di pagi hari?

 Para ilmuwan menemukan jawapannya, 
bahawa hal itu ada hubungannya dengan jam alarm alamiah yang dimiliki ayam jantan. 

 Ayam jantan berkokok kerana dia memiliki jam internal 
yang membantunya mendahului terbitnya matahari.

 Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam siklus harian. 

Hampir semua haiwan memiliki siklus harian dari 
kegiatan yang dikenal sebagai ritme sirkadian
Ini adalah ritme biologis darrpada haiwan, yang mengikuti siklus siang dan malam. 

Ayam jantan mendahului matahari terbit untuk mengawali
 berburu makanan sehari-hari dan juga untuk pertahanan wilayah.
 Namun, jika satu ayam jantan tetangga memiliki jam internal 
yang telah diatur sedikit lebih awal, ini dapat merangsang ayam jantan lain 
untuk berkokok lebih awal juga. 

Nyanyian ayam jantan saat matahari terbit sebenarnya adalah suatu cara
 untuk "membangun kekuasaan" wilayahnya. 




1. Sebanyak 9 biji telur kuning pernah ditemui di dalam sebiji telur.

 2. Ibu ayam memusing2 kan telurnya lebih kurang 50 kali sehari supaya telur kuningnya tidak melekat pada kulit telur

3. Bulu ayam akan gugur sekiranya ayam itu stress.


 4. Sedara mara terdekat bagi ayam adalah Tyrannosaurus-rex.
 Atau nama manja nya T-rex.

 5. Tahi ayam yang dihasilkan oleh seekor ayam sepanjang hidupnya boleh menjana elektrik dan menyalakan sebiji mentol lampu 100 wat selama 5 jam.

6. Di atas muka bumi ini terdapat lebih banyak ayam berbanding manusia.

 7. Terdapat 4 buah bandar di US yang mempunyai perkataan 'chicken' dalam namanya, iaitu : Chicken, Alaska..
Chicken Bristle, Illinois.
Chicken Bristle, Kentucky..
dan Chicken Town, Pennsylvania.

Di Malaysia tak pasti pulak..ade ke Kampung Ayam?

 8. Alektorophobia adalah sejenis penyakit fobia atau ketakutan terhadap ayam.

 9. Semakin tua ibu ayam, semakin besar telur yang dia hasilkan.



anak2 yg paling suka makan ayam....

19 December 2014

Cara Mengatasi Rasa Bosan..

Hidup itu kurniaan Tuhan, jadi sudah sepatutnya kita hargai
 dan gunakan untuk sesuatu yang positif. 
Dengan demikian, kita tidak perlu lagi merasa bosan dalam hidup ini.


.1) PERLU CARI PUNCA KEBOSANAN YANG KITA HADAPI 

 2. CARI APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN
 BILA KEBOSANAN MELANDA HIDUP KITA. 

3. PERLU TUKAR RUTIN HIDUP KITA SEHARI-HARI 
DAN SUSUN SEMULA CARA HIDUP KITA. 

4. MEREKA YANG HIDUP DALAM "WELL ORGANISE
BOLEH MENGHINDARI RASA BOSAN.

 5. BILA RASA BOSAN TIMBUL, KITA MUDAH MELUAT DENGAN ORANG LAIN,
 KITA RASA BOSAN, KITA SEBENARNYA BOSAN DENGAN DIRI KITA SENDIRI. 

6. GAYA HIDUP KENA UBAH, GAYA HIDUP YANG TERLALU MUDAH
 DAN LEMBAB BOLEH MENYEBABKAN KEBOSANAN.
 TIDAK ADA CABARAN DALAM HIDUP JUGA 
MENYEBABKAN KITA RASA TIDAK SERONOK.
 TIDAK SERONOK INI MENYEBABKAN KITA BOSAN.
 OLEH ITU, CUBA CIPTA SENDIRI KESERONOKAN DALAM HIDUP.

 7. KENA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG CERIA. 
KALAU KITA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG MURUNG,
 KITA AKAN JADI MURUNG. KEMURUNGAN INI MENJURUSKAN
 KEBOSANAN DALAM HIDUP. 


Ada beberapa tips apabila anda merasa bosan ni. 

1) Jika anda bosan dengan seseorang cuba bersabar dengan seseorang itu. 
Kalau tak boleh juga jauhilah dia jika itu lebih baik untuk anda. 
Cuba cari kebaikan pada dirinya. Mana tahu ada banyak kebaikan pada dirinya.
 Nasihatilah dia secara perlahan-lahan.

2) Cari kawan yang boleh membantu. 
Kita akan merasa bosan bila hidup ini ada banyak masalah. 
Jika masalah itu boleh dikongsi dengan kawan-kawan
 maka carilah kawan yang boleh membantu anda.


3) Buatlah perkara yang anda suka. 
Anda sudah tentu bosan melakukan perkara yang anda tidak suka kan? 
Saya pun bosan kalau buat benda yang saya tidak minat. 

4) Cuba cari benda yang anda minat untuk dilakukan
sudah tentu rasa bosan anda akan hilang. 
Kita akan merasa bosan belajar jika tiada motivasi dalam diri.
 Mungkin susah nak memotivasikan diri untuk belajar ni. 
Tapi anggaplah belajar dan menuntut ilmu itu satu kewajipan. 
Dan rasa bosan atau malas ni datang dari syaitan

5)  Menunggu membuatkan akan anda merasa bosan. 
Contohnya menunggu bas ke, tunggu kawan ke, tunggu cikgu masuk kelas ke.
 Banyak cara biasanya boleh buat untuk hilangkan bosan semasa menunggu ni 
contohnya mesej kawan, kalau ada kredit lebih telefon, dengar lagu mp3,



Kita tidak dapat lari dari merasa bosan ni tapi kita 
boleh cuba elak atau kurangkan rasa bosan yang ada dalam diri kita ni. 
Kalau anda bosan dengan apa yang anda buat maka anda 
perlu lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa bosan anda 
dengan melakukan apa saja yang anda suka. 


Hidup ni mesti ceria selalu.


Diingatkan bahawa diri kita adalah titipan Tuhan.
 Untuk itu, kita wajib mencintaiNya.
 Bukan, malah mensiakannya dengan penuh rasa bosan..

17 December 2014

WW : Tag Roti

Oooo baru saya tahu
rupanya warna pada tag harga roti
melambangkan hari apa ianya dibuat hehe


15 December 2014

Lychnobite

Lychnobite
adalah sebutan utk orang yang bekerja pada malam hari
dan tidur pada siang hari

Umpama burung hantu..:)

Beberapa langkah utk anda yg 'payah' utk bangun pagi

1) Buat rutin malam hari utk persediaan utk keeseokannya

2) Matikan tv dan komputer pada waktu yg sepatutnya

3)Jauhi kafien terutama menjelang petang

4) Makan malam yg ringan

5)Buka langsir dibilik.......biarkan cahaya masuk

6) Mengetahui motivasi anda

7) Buat perjanjian di pagi hari

8) Berikan diri sendiri sebuah penghargaan

14 December 2014

Info Tentang Chrysanthemum a.k.a Kekwa

Mengikut rujukan, terdapat lebih 20 jenis bunga kekwa ditanam di Malaysia 
dengan lokasi utamanya di Cameron Highlands,
 Pahang dan Kundasang di Sabah.
Di Jepun,
 kekwa kuning atau putih lebih mendapat tempat terutama untuk perayaan hari Natal
 manakala untuk tahun baru, warga Jepun
lebih menggemari bunga kekwa berwarna merah jambu, merah, kuning dan putih.

Walaupun Malaysia mengeksport pelbagai jenis bunga seperti kekwa,
orkid, mawar dan bunga carnation,
 namun kekwa adalah bunga yang paling tinggi pulangannya untuk pasaran luar.
Selain Jepun, Malaysia juga mengeksport bunga untuk pasaran Hong Kong,
Taiwan, Australia selain pasaran di Timur Tengah.

Bunga kekwa memerlukan masa 100 hari
daripada hari ditanam sebelum dipetik. 
Apa yang menarik, kekwa Malaysia memiliki
 struktur tangkai bunga yang lebih cantik 
dan menarik berbanding kekwa yang di tanam di negara lain seperti
 Korea Selatan dan Vietnam.
Tahukah anda bunga kekwa di Malaysia mungkin hanya berharga 50 sen..atau rm1..
tetapi di Jepun ia mencecah antara RM5 hingga RM6 
kerana keperluan bunga di negara itu begitu tinggi.

11 December 2014

Terimakasih Jarimanis

Kiriman fm oleh blogger Jarimanis
terimakasih banyak2 ya


  love u too..:)
fm korea..

10 December 2014

WW :Melukis Menggunakan Cahaya

Melukis menggunakan cahaya





09 December 2014

Khasiat Buah Cermai

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus 
merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.

 Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk 
(masin/masam ataupun manis).

 Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama
 dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. 

Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan,
 budu, cencaluk atau pencecah yang lain.


Pokok cermai adalah kecil setinggi 3-9 m.
Batang tidak banyak bercabang.
Daun tunggal, berbentuk bujur telur,
susunan berselang-seli di ranting kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk,
pucuk muda berwarna hijau kekuningan campur kemerahan.

Bunga majmuk, mempunyai jenis jantan, betina atau dwijantina (hermafodit),
 berwarna merah jambu, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari batang dan dahan.
Buah berbentuk bulat berlekuk enam, kulit berwarna kuning,
warna isi kekuningan, dan rasa masam.



Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin,
 flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat.

Pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa,
 lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi,
Buahnya pula dapat merawat sembelit. 
Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter.
 Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir.

saya suka cermai yg dijeruk



08 December 2014

Semerah Biji Saga

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; 
Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa..

Saga (Indonesia),
 Saga telik/manis (Jawa),
 Thaga (Aceh),
Saga areuy, saga leutik (Sunda), 
Walipopo (Gorontalo),
 Piling-piling (Bali),
 Seugeu (Gayo),
 Ailalu pacar (Ambon), 
Saga buncik, Saga ketek (Minangkabau),
 Kaca (Bugis)


Kata kawan kepada suami saya (org Indonesia)
dinegara depa biji saga boleh dimakan
caranya..goreng tanpa minyak
rasaya..mcm makan kacang..

06 December 2014

Hot Kitchen,MSU

Sekadar berkongsi gambar2
yg dikirim anak
di Hot Kitchen MSU
comel2 ja,kan..
 
ambik..ambik gambar..
eerr..yg ni apa..??


semuanya nasi..

05 December 2014

Terimakasih Cikgu Etuza Dan Mrs Secretary

Dengan setulus hati
saya nak ucapkan ribuan terimakasih
sebagai pemenang saguhati utk GA kat blog beliau
saya menerima Sijil Penyertaan,sekotak minuman Elken serta keychain





Untuk pemilik blg Mrs Secretary
iaitu Farah
diucapkan juga ribuan terimakasih
kerana telah mengirimkan hadiah
kerana saya berjaya menjawab soalan dalam GA nya

03 December 2014

Spek Hitam

Kegunaan cermin mata hitam

 Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut;

 1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang.
 2. Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru.
 3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata.
 4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata.
 5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).

 Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah
 mempunyai cermin gelap yang menghalang silau,
dibuat dari bahan yang tahan lasak dan
mempunyai kualiti menyerap cahaya UV









Alia dan Tasha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.