25 February 2012

Kuih Ketayap


Menu utk minum petang
kuih dadar a.k.a kuih ketayap
senang...ringkas & sedap..

kadang2 yg dibeli
intinya terasa bagaikan hampas
ya..santannya diambil terlebih dulu
hampas digunakan sbg inti..

bila buat sendiri
gunakan kelapa muda
mmg berlemak rasanya

Bahan-bahan (kulit) – 20 biji
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
Bahan-bahan (inti)
250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka/gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
Untuk inti, panaskan air di dalam periuk.
  1. Masukkan gula Melaka /gula merah dan cairkan.
  2. (jika mengunakan gula merah
  3. ianya perlu ditapis terlebih dahulu)
  4. Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan.
  5. Kacau hingga sekata dan kering airnya
  1. Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata.
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  3. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana.
  4. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  5. Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat.
  6. Biar sehingga masak.
  7. Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung.
  8. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
  9. Siap untuk dihidangkan.

22 February 2012

Word Verification ----Perlu Ke???

Saya suka ber Blog Walking
boleh tgk macam2 ragam manusia
org kata,
bahasa melambangkan peribadi kita

saya juga suka mengomen
tp yg menjengkelkan
adalah word verification
yg dipasang sesetengah blogger

ya..word verification utk
mengesahkan
yg bg komen tu manusia atau spam
Selalunya spam ni from anynomous a.k.a tanpa nama.
So, kalau tak nak kena spam
unclick kat anynomous ,
tak payah letak word verification bagai.

ataupun...
delete ja komen yg tak diundang tu


kalau yg satu perkataan tu
masih ok lagi



kalau yg mcm ni
atau mcm ni


aduhhh...sekali cuba,error..
2 kali cuba...tak jadi lagi
saya terus bye-bye ja la
terus hilang minat nak mengomen


lagi satu
yg suka pasang lagu
lbh2 lagi yg tak boleh 'pause'
sekali buka ..10 tab
kalau 5 buah blog
yg ada lagu...
tak ke haru jadinya


mmg blog kita,
umpama rumah kita
ikut suka..ikut selera kita

tp pikirkan...
adakah org lain juga suka

21 February 2012

Laksam vs Laksa

Jika di hidangkan 2 jenis makanan ni
sukar utk buat pilihan
kerana saya amat amat amat
suka keduanya

laksam kelantan
saya tak pernah memasaknya
cuma ketika blk kg kat kelantan
merenggek2...memujuk2
kakak saya membuatnya

serius...
sangat2 sedap
sehingga saya asyik berkata
kalau makan laksam kat tempat lain

"tak sedap mcm yg Ma masak.."

campuran air dgn tepung mesti betul
terlebih air....lembik
terkurang air...keras

kuah...mesti rasa masamnya,
cukup rasa bawangnya,halia
sentiasa kena kacau
supaya tak berketul2...

ulam2 pulak mesti cukup
kacang panjang,timun,taugeh,limau nipis
sambalnya....khas utk laksam

Laksa penang
tak pernah puas ati
kalau makan kat rumah org
atau yg dijual
ada ja yg kurang
rasa kat tekak ni
mesti pedas,masam,pekat kuahnya

20 February 2012

Bihun Sup

Menu utk makan tghari ari ni
tp pukul 11 dah siap
skip sarapan...tp lunch awal...

bihun sup
(dulu ada seseorg tanya saya
mana beli bihun kaler kuning
saya nak gelakkan dia
takut dia kecik ati pulak)

rendam la bihun tu
bersama serbuk kunyit
atau pewarna kuning
pastu celur la kejap..


sup tak gunakan daging
tp isi ayam,fish ball & lobak masin

utk kicap pedas tu
2 ulas bwg putih,kicap manis,kicap masin
cili padi dan limau nipis/kasturi
saya tambah cili sos supaya lbh pekat

bawang goreng tak de
sbb semua penghuni rumah ni
tak sukakannya

15 February 2012

Oh Bulan...

Hari ni 15 Feb...
org kata tgh bulan
tp bulan hijrah
dah 22 rabbiul awal

bulan mengambang penuh
pada tgh bulan hijrah ya adik2..:)

setiap pagi..
ketika membuka pintu pagar
lbh kurang pukul 6.15
saya suka keadaan waktu tu

langit bersih...udara segar..
yg paling suka tgk
adalah bulan dan bintang yg bertaburan...
tiada kata yg dapat dituturkan






Ali Imran 190 -191

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda
(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
agi Ulil Al Bab (orang-orang yang berakal);
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami!
Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari azab neraka.

14 February 2012

Terlebih Gemuk....Berat....

Tetiba terasa nak timbang berat blog
ye..makin hari makin berat...
lambat nak loading
(streamyx kat rumah-2MB)

alamak...terlebih sudah...
sepatutnya berat ideal
kurang dari 150 KB
lagi rendah,lagi bagus...



check kat Pingdom
lagi haru

"Your website is slower than 82% of
all tested website"

kat sini semuanya detail
berapa kb header dan segala widget

nak kena berdiet...
buang mana2 widget yg tak perlu ni

13 February 2012

Kerabu Soo hoon/suhun

Salah satu resepi yg digemari-kerabu
tak kiralah kerabu sotong,mangga,taugeh dll
semuanya saya rembat
cuma satu ja
yg belum pernah dimasak
dan tak terasa nak makan
~~kerabu bronok~~a.k.a timun laut hehe



hari ni cuba kerabu suhun/soo hoon
atau apa2 ja la nama panggilannya

bahan:
suhun-rendam & celur sekejap,toskan
sotong-bersihkan,buang selaput kulitnya
dan celur sekejap
udang-buang kulitnya ,celur sekejap
limau nipis
cili merah/cili padi
bawang besar
tomato
garam/gula
daun ketumbar/daun bawang sbg hiasan



ni le hasilnya
sedap dimakan begitu saja


11 February 2012

Mari Membaca....

Semasa BW ke blog sapa entah
lupa la pulak
terpandang entri mengenai novel ni
"Suami Yang Ku Benci"

sebetulnya saya dah lama tak beli novel

bila baca sinopsisnya..mcm best je

kata anak perempuan saya
best fren dia ada novel ni
so apa lagi...
proses meminjam pun bermula
kisah CEO yg jelita
dibesarkan di luar negara
angkuh,sombong
dan amat2 cerewet
dipaksa kawen dgn penjual burger

persaan benci
yg akhirnya bertukar sayang
dek kesabaran dan terpikat
dgn ketakwaan si suami

entah kenapa...
saya seperti membaca
novel 'Mengamit Syurga Firdaus'

novel ni pulak
dah lama di pasaran
yg saya baca ni
dah cetakan ke tiga...


Ust Azhar...popular kat Youtube,kan....
saya mesti tergelak
tiap kali menonton kat youtube
walaupun ada loghat T,ganu
yg saya tak faham

ni bkn pinjam
tp dibeli oleh anak lelaki saya

09 February 2012

Tahniah utk anak bujangku

Semalam...dia mencetak
result examnya
ohhh...tak sabar2 nak tunjuk kat ayah

ya...ya... Kepujian Dekan...
3.57 pointer

kalau 2 kebawah
PTPTN ditarik balik,kannnn


cuti sem dah abis
saya dah takde supirrrrrr.....


hari ni...saja buat pulut kuning ni
selalunya dimakan bersama kari ayam
tp ari ni cuma buat telur dadar ja..

08 February 2012

Rabu Tanpa Kata2..?????

Rabu tanpa kata2?
wordless wednesday?

kenapa mesti Rabu?
kenapa tak Khamis tanpa kata2?
Jumaat Tanpa kata2?
sabtu,ahad...??
hehe..soalan sengal...
dulu2...suka donat...
sekarang...anak2 ja yg makan...
saya cuma pandang...
langsung tak berselera..

05 February 2012

Majlis Pertunangan

Alhamdulillah....
siang tadi telah selamat berlangsung
majlis pertunangan anak saudara
sebelah suami

tahun lepas,si kakak kembarnya
telah selamat mendirikan masjid
Insya Allah bln 4 ni
majlis kenduri akan berlangsung

majlis yg serba ringkas
hehe saya suka
sbb kureng sikit penatnya
comel aja kuih tart ni


membelek hantaran pihak lelaki


01 February 2012

Belacan Serbuk

Ni bukan serbuk kacang tanah goreng ya
(walaupun ketika mula2 tgk
saya igt ia serbuk kacang tanah)


dan ianya bukan utk dibuat sambal belacan
tp sesuaiiii sgt
utk kangkung goreng belacan
atau
nasi goreng belacan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.