Sewaktu saya kecik2 dulu
ramai org2 kampung datang ke rumah saya
siang atau malam
mintak pelepah pokok pisang emas
mereka kata utk ubatkan 'telinga bunting'
dalam hati saya...
ehhh takkan telinga mereka mengandung kut
(pemikiran budak sebelum sekolah)
pelepah pisang tu
dibakar bersama kemenyan
kemudian dititikkan kedalam telinga
'telinga bunting' bermaksud
telinga yg sakit berdenyut2 tu
macam ada biji/jerawat kat dalam telinga
sakitnya hanya mereka yg mengalami saja yg tau
berdenyut2 mcm nak pecah kepala
org bercakap pun tak dengar
tidur tak boleh mengiring
makan/minum pun sakit dek pergerakan tulang rahang
menguap apatah lagi
dah 3 hari saya mengalaminya
dah titiskan ear drop
tp takde kesannya
malah...2 belah telinga sakit
hari ni terpaksa ke farmasi beli
ubat utk telan/makan pulak
dan seperti biasa
pesanan yg diterima
-jgn makan udang,ayam,daging,sotong
belacan..bla..bla..bla...
dalam kedaan sakit mcm ni
hanya sakit telinga
barulah sedar betapa berharganya sebuah kesihatan..
Lalu..nikmat ALLAH yg bagaimana lagi
yg mahu engkau dustakan...!!