Pandangan berkenaan dengan Puasa Qadha’ & Puasa Enam
Apabila selesai puasa Ramadhan, kerap kali dilontarkan persoalan dari kaum wanita mengenai puasa yang mana satu yang harus dibuat? Puasa enam didalam bulan Syawal, atau menqadha’ puasa Ramadhan dahulu? Maka disana timbul pula isu, bagaimana pula kalau kita SATUkan niat tersebut?? Yang jelas, Puasa enam adalah ibadat sunat dan puasa Qadha’ adalah ibadat wajib.
Ulama’ khilaf (berselisih) berkenaan dengan kebenaran mengerjakan puasa enam hari sebelum menqadha’ puasa Ramadhan yang berbaki.
Pendapat 1: Boleh melakukan puasa enam sebelum melakukan qadha’ Ramadhan, berkisar dari kebenaran mutlak atau kemakruhannya (tidak digalakkan). Mazhab Hanafi membolehkan berpuasa enam sebelum menqadha’ Ramadhan.
Ada juga dikalangan ulama’ ini menjelaskan bahawa puasa 6 ini berlakukan secara khusus, hanya bulan Syawal sahaja. Maka disebabkan peluang itu datang sekali setahun, maka diperbolehkan mendahului puasa enam dari puasa qadha’ jika didapati Syawal hampir tamat.
Bagi beberapa pendapat dari kalangan Mazhab Mailki dan Syafie, mereka berpendapat ia dibolehkan tetapi tidak digalakkan (makruh), apabila dipertimbangan antara perkara yang sunat dan melewatkan perkara yang wajib.
Pendapat 2: Tidak boleh melakukan puasa sunat selagi mana puasa qadha’ belum selesai. Ini merupakan pandangan ulama Hanbali berdasarkan umum maksud hadith :-
من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال كان كصيام الدهر
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari didalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun” [Hadith Riwayat Muslim]
Hadith ini menurut ulama’ Hanbali menjelaskan bahawa barangsiapa yang sempurna berpuasa sepenuhnya didalam bulan Ramadhan, maka bolehlah diikuti dengan puasa enam hari didalam bulan Syawal. Maka barangsiapa yang mendahului puasa enam dari puasa Qadha’, maka dia tidak menepati kesempurnaan yang dimaksudkan oleh hadith di atas. Puasa Qadha’ adalah wajib, manakali puasa enam adalah sunat, maka prioriti perlu diberi kepada puasa yang wajib.
Namun demikan, ada dikalangan ulama’ Hanbali seperti Sheikh Muhamad Soleh al-Utsaimin rh berpendapat , jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6, berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Shiekh Ibn Utsaimin rh. mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].
Bagi kita yang bermazhab Syafie, pandangan yang pertama merupakan pilihan. Ulama’ Syafie berpendapat bahawa waktu qadha’ adalah luas, berbanding dengan tempoh yang diberi pada puasa enam didalam Syawal, maka bolehlah melakukan puasa enam dahulu. Namun demikian, bagi mereka yang berpuasa Qadha’ didalam boleh Syawal boleh juga meletakkan pengharapan agar Allah swt memberi ganjaran puasa enam kepqada mereka. Bagi yang tidak mampu berpuasa langsung dibulan Syawal, mereka juga boleh merebut pahala orang berpuasa dengan memberi makanan berbuka kepada mereka yang puasa. Ingat, pahala orang yang memberi makan kepada orang yang puasa sama seperti mereka yang berpuasa.
Bagaimana pula dengan mengabungkan Puasa 6 dan Puasa Qadha’?
Asal niat didalam ibadat hanyalah : satu ibadat satu niat. Cuma ulama' membincangkan beberapa permasalahan didalam keafdalan melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, dijangka 9 Zulhijah akan jatuh pada hari Khamis. Puasa Isnin-Khamis mempunyai fadhilat yang umum, akan tetapi Puasa Arafah mempunyai fadhilat khas, maka ulama' berpendapat bahawa berniatkan puasa Arafah, dengan izin moga2 mendapat fadhilat berpuasa hari Khamis. Disana ada dikalangan ulama' yang membenarkan dikombinasikan niat tersebut. Kaedah umumnya yang diberikan oleh Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa' al-Baab al-Maftooh, 51/19) adalah seperti berikut :-
a. Ibadat yang tidak sama jenis. Contohnya solat sunat Fajar dan solat sunat Duha tidak boleh disatukan niat, ini adalah kerana kedua2 bergantung kepada masa yang berlainan.
b. Ibadat yang tidak khusus. Contohnya; solat tahiyatul masjid bersifat Umum. Maka jika seseorang yang masuk masjid tatkala Imam dan Makmum sedang bersolat sunat al-Fajar (solat sunat sebelum Subuh), maka hendaklah dia juga bersolat sunat al-Fajar dan disatukan niat Solat Tahiyatul masjid (yang disunatkan secara umum bagi sesiapa yang memasuki masjid digalakkan solat tahiyat al-masjid).
Kita berbalik kepada scenario diatas : Qadha' Puasa dan Puasa 6 hari didalam bulan Syawal; apakah boleh disatukan niat? Secara umumnya, jenis ibadat ini juga berlainan; puasa Qadha' vs puasa Sunat. Disini dipaparkan sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha' puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-
“Soalan : Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha' puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?
Jawapan :"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya." -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].
Menurut Sheikh Ihsan bin Muhammad al-'Ataibi :
Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10”
wassalam.
oleh kamin
==========
Rujukan :
1. فتاوى العلماء حول صيام ست من شوال
URL : http://www.saaid.net/mktarat/12/10-2.htm
2. مسألة جمع النيات ، يكثر السؤال عنها خاصة في شوال
URL : http://ar.islamway.com/article/1003
3. فتاوى اللجنة الدائمة – Fatwa Jawatan kuasa tetap Arab Saudi – Jilid 10.

والأصح : أنه لا يجوز للمسلم أن يجمع بين عبادتين لكل واحدة منهما فضل خاص ، أو أمر مستقل خاص .
فمثلاً : لا يجمع بين قضاء رمضان والنذر .
ولا كذلك بين قضاء رمضان والست من شوال ، وذلك لأن المقصود من الحديث أن يصوم الإنسان ( 36 ) يوماً - أو شهراً وستة أيام - فإذا جمع بين النيتين صام شهراً واحداً فقط !
وهذا مخالف لمقصود الحديث وهو أن يصوم شهراً وستة أيام ، وقد جاء في السنة ما يوضح أن هذا هو مقصود الحديث ، فقد روى ابن ماجه بسندٍ صحيح أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها » .
"Pandang yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent). Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha' Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari - satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) - Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja! Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10”