Tuesday, November 30, 2010

Yakin tidak semestinya beriman



Keyakinan kepada kebenaran sahaja tidak mencukupi untuk membuat seseorang itu beriman. Sejarah membuktikan, walaupun kebenaran di hadapan mata, namun belum tentu seseorang itu akan menerima kebenaran tersebut. Misalnya bapa saudara Nabi sendiri, Abu Thalib bin Abu Mutallib atau nama sebenarnya Imran, tidak memeluk agama Islam sehinggalah beliau mati.

Abu Thalib pernah menulis sebuah syair menceritakan tentang Nabi :saw yang membayangkan bahawa beliau tahu akan kebenaran agama yang dibawa oleh anak buahnya itu.

وإني لأعلم أن دين محمـد
من خير أديان البريّة دينا
لولا الملامة أو حذار مسبّة

لوجدتني سمحا بذاك مبينا

Sesungguhnya ku tahu bahawa Agama Muhammad
Lebih baik dari Agama-Agama manusia lain
Jika tidak kerana takut di salahkan atau dikeji
Akan mendapatiku menerima keseluruhannya


Namun demikian, umum mengetahui bahawa beliau menghabiskan nafas terakhir tanpa mengucapkan kalimah tauhid. Didalam hadith riwayat Imam al-Bukhari (3884) ada meriwayatkan bahawa Nabi :saw telah mengajak bapa saudaranya Abu Thalib kepada Islam ketika dia sedang uzur, dan Nabi pernah berkata :”Aku akan berdo’a untuk keampunanmu jika tidak dilarang melakukannya. Kemudian, Allah swt telah menurunkan wahyu berikut :

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. [al-Tawbah 9:113]

Begitu juga dengan peristiwa yang dipaparkan pada awal Kitab Sahih Hadith Bukhari dimana Nabi :saw telah mengutuskan Dihyah untuk menghantar surat mengajak Maharaja Rom pada masa itu, Hercules, memeluk Agama Islam. Kepintaran mengenali ciri-ciri Nabi akhir zaman membuktikan bahawa Raja Rom ini merupakan dikalangan manusia yang tinggi nilai inteleknya, dan masyarakat Eropah seolah-olah sudah tahu akan Kriteria Nabi yang diutuskan.

Hercules menggunakan kaedah mengenali Nabi melalui seseorang yang mempunyai darah pertalian dengannya, dan pernah memerangi beliau, iaitu Abu Sufyan. Beliau mula melontarkan soalan dengan menyentuh pribadi baginda sendiri; seperti :

- Bagaimana kedudukan Nabi dikalangan penduduk Mekah?
- Pernahkan orang lain membawa agama seperti ini?
- Adakah beliau berketurunan Raja?
- Adakah pengikut baginda orang elite atau orang lemah?
- Apakah Pengikutnya bertambah atau berkurang?
- Apakah pengikutnya makin bertambah atau berkurang?
- Pernahkah dikalangan pengikut keluar dari agamanya kerana bencikan agama?
- Pernahkan kamu menuduh dia pembohong?
- Apakah dia pernah khianat?
- Apakah kamu memeranginya?
- Siapa yang selalunya menang?

Akhirnya, Hercules bertanyakan mengenai apakah yang Muhammad suruh mereka lakukan? Disana Abu Sufyan menjelaskan konsep tauhid yang dibawa oleh Islam, tidak mensyirikkan Allah swt, menunaikan solat, menjaga maruah diri dan menjalankan hubungan persahabatan.

Dalam mengulas jawapan Abu Sufyan kepada soalan yang awal tersebut, Hercules memang sudah menduga akan kenabian Muhammad :saw. Beliau tahu bahawa kepribadian Nabi itu didatangkan dari kalangan keluarga yang mulia, beliau bukan dari kalangan Raja, pengikutnya adalah dikalangan mereka yang miskin dan pengikutnya semakin bertambah. Kekuatan keperibadian Muhammad :saw juga menyakinkan Hercules, iaitu Muhammad tidak pernah berbohong dan beliau merupakan sesorang yang sangat amanah. Ini merupakan ciri-ciri seorang Nabi.

Setelah bertalu-talu soalan yang ditanyakan kepada Abu Sufyan, Hercules meminta Dihyah menyerahkan surat dari Nabi :saw dan mengarahkan pembesarnya membaca surat berikut :-


[sila klik untuk imej]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ . مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ . سَلَامٌ عَلَى مَنْ اتَّبَعَ الْهُدَى . أَمَّا بَعْدُ ؛ فَإِنِّي أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الإِسْلامِ ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ ، فَإِنْ تَوَلَّيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ الأَرِيسِيِّينَ. وَ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَنْ لا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dari Muhammad bin Abdullah dan RasulNya kepada Hercules Pembesar Rom. Salam sejahtera keatas mereka yang mengikuti petunjuk. Amma ba’du. Sesungguhnya aku mengajak kamu dengan seruan Islam. Masuklah Islam, maka kamu akan selamat, dan Allah akan memberi kamu dua ganjaran. Akan tetapi, jika engkau berpaling dari seruan ini maka sesungguhnya keatas kamu adalah dosa orang Arisiyin. -

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” [Hadith Riwayat al-Bukhari no: 7].

Hercules berkata “Jika apa yang kamu katakan itu benar, maka dia adalah Nabi, dia akan menguasai tempat dibawah kedua kakiku. Aku tahu bahawa dia akan muncul, tetapi aku tidak sangka dia adalah dari kalangan kamu. Kalau aku tahu bahawa aku akan berjumpanya, aku akan melakukan sedaya upaya berjumpa dengannya, dan jika aku bersamanya, aku akan membasuh kakinya”.

Hercules juga telah memberi gambaran bahawa jika tidak kerana takut kehilangan kuasa, beliau akan menerima agama yang dibawa oleh Muhammad :saw. Kata beliau : “Aku tahu sesungguhnya perkara itu benar, akan tetapi aku tidak mampu melakukan apa-apa. Jika aku lakukan, tahtaku akan pergi, dan orang Rom akan membunuhku”. Didalam riwayat yang lain, kata Hercules : “Demi Allah, sesunggunya aku tahu akan Nabi yang diutuskan, akan tetapi aku takut dengan orang Rom lakukan keatas diriku, dan Jika tidak begitu, Aku akan mengikutinya”

Jelas kata-kata Hercules ini membayangkan bahawa beliau tahu akan kebenaran utusan dan surat Muhammad. Beliau yakin bahawa Nabi akhir zaman akan muncul, dan benarlah apa yang beliau yakini selama ini. Teruja dengan jawapan-jawapan yang dibawa oleh Abu Sufyan, akan tetapi takut akan hilang kuasa dan pangkat. Jika beliau benar-benar faham akan mesej Nabi :saw – “Islamlah kamu, maka kamu akan selamat”, sudah tentu Hercules, Mahaja Rom akan memeluk agama Islam.

Surat Nabi :saw itu umpama seruan dan do’a, akan tetapi yang benar-benar membuka hati seseorang itu adalah Allah swt. Firman Allah swt :-

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas 28:56]

Scenario “yakin tetapi tidak beriman” ini masih berlaku pada masa kini dan selama-lamanya. Dugaan harta, pangkat, wanita dan segala kemewahan dunia menjadi penghalang utama untuk seseorang itu beriman dengan kebenaran. Kita hanya mampu menyampaikan risalah, namun Allah swt yang akan menentukan samada seseorang itu berhak menerima hidayah ataupun tidak. Sirah ini benar-benar menggambarkan situasi penerimaan kebenaran..... yakin dan mengetahui (berilmu) tidak semestinya beriman dengan kebenaran.

Sekian, wassalam
30 November 2010

Thursday, November 18, 2010

Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – Bahagian Akhir


[Prof. Tejasen]

Semasa lawatan ke Arab Saudi, Prof. Tejatat Tejasen, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang Mai, telah ditujukkan ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi berkenaan dengan proses embriologi. Respon Prof Tajasen adalah bahawa didalam catatan-catatan Budha juga mengandungi penerangan berkenaan dengan proses embrio ini. Walau bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau tidak menjumpa perkara tersebut.

Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada kaitan dengan kaji-selidik Professor Keith Moore, seorang sainstis Kanada. Jawapan beliau. Memang dia mengenali Professor Keith Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali didalam bidang Embriologi.

Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Moore dimana Prof. Moore telah memberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat didalam al-Quran yang sangat sinonim dengan kajian Sains Moden. Prof. Tajasen sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui lebih mendalam. Ayat yang berikut telah diperlihatkan oleh beliau :-

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [Surah Al-Nisa : 56)

Prof. Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi (kajian kulit) dimana Sains Moden baru sahaja menemui perkara ini, dimana kulit mengandungi semua penghujung saraf, dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya dan kulit tersebut hangus sepenuhnya, seseorang itu akan hilang deria sakitnya dan seseorang yang terlibat tidak akan merasa sakit lagi. Allah swt tahu akan kajadiannya itu, dan akan menjadikan kulit baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka apabila kulit tersebut hangus.

Prof. Tajasen juga bersetuju bahawa adalah tidak mungkin sumber ini datang dari manusia, dan dilihat dari al-Quran yang berusia 1400 teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. Dari mana pula timbul ilmu tersebut, Tanya Prof. Tajasen. Tidak lain dari Allah swt yang menjadi pencipta, maka dari dialah datang ilmu pengetahuan tersebut.

Prof. Tejasen kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah mengenai apa yang telah beliau pelajari di Arab Saudi. Hasil dari ceramah beliau, lima pelajar beliau telah memeluk Agama Islam.

Prof. Tejasen kemudiannya telah kembali ke Arab Saudi untuk menghadiri sebut Persidangan di Riyad. Disana, beliau telah menyampai ucapannya. Didalam ucapannya, kajian tersebut telah membawanya mempercayai bahawa semua yang ada didalam al-Quran itu adalah BENAR. Beberapa tanda-tanda dari wahyu yang telah diturunkan pada 1400 tahun yang lalu, baru kini Sains Moden dapat membuktikannya. Semua tahu bahawa Nabi Muhammad :saw tidak boleh menulis dan membaca, maka ini membuktikan bahawa kebenaran itu telah disampaikan dari penciptanya, iaitu ALLAH. Professor meneruskan upcapannya sambil berkata, telah tiba masanya saya mengumumkan : LA ILLA HA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH!

Deklarasi yang dramatik itu telah disambut dengan laungan Takbir, Allahu Akbar dari para peserta Persidangan tersebut. Professor menyimpulkan ucapannya dengan berkata bahawa beliau banyak mempelajari penemuan sains di Persidangan tersebut dan banyak berjumpa dengan kawan-kawan baru, akan tetapi perkara yang tidak ternilai yang dilakukan adalah beliau menjadi seorang Islam.

(Terjemahan dari artikel asal yang ditulis oleh Nasir Aziz, dari video “The Truth”).

Prof Tejasen di Youtube
Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – Bahagian 2



Pakar Kajian Laut Dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya mengkaji penghidupan dibawah Laut, dan beliau merupakan seorang yang berotoriti didalam bidang eksplorasi Laut Dalam telah memeluk agama Islam setelah menemui satu penemuan yang menakjubkan dan disahkan oleh al-Quran, Kitab yang telah diturunkan kepada Manusia dan Jin.

Suatu hari didalam melakukan kajian Laut Dalam, Mr Jacues Yves Cousteau telah mendapati bahawa bahawa terdapat kesan-kesan Air tawar dari mata air berada didalam Air Laut masin. Apa yang menakjubkan beliau adalah air tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin itu. Agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku, dan beliau tidak menemui sebarang jawapan.

Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang Professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalah merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firmannya :

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya “ [Surah Al-Furqan : 53].


أَمْ مَنْ جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
“Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui” [Surah An-Naml : 61].)

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ . بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ .
“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”[Surah al-Rahman : 9:20]

Mendengar keterangan ini, Mr Jacques Yves Cousteau menjadi yakin akan kebenaran al-Quran, lantas memeluk agama Islam.

(Terjemahan dari artikel asal yang ditulis oleh Nasir Aziz, dari video “The Truth”).

Friday, November 12, 2010

Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – Bahagian 1




Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison menyedari hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan didalam akhbar harian Jeddah, Okaz. Dr Alison yang memeluk agama Islam ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menunjukkan hakikat saintifik yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam.

Beliau yang kini bernama Abdullah Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elecktrikal di sebuah Universiti di Britain (University of London), menyeru saintis barat mengenali Islam yang beliau sifatkan sebagai “agama yang menjawab kedua-dua bidang intelek dan sentimen sekali gus”.

Berapa sainstis barat yang kebetulan mengkaji al-Quran dimana penyelidikan akademiknya memerlukan mereka melakukan hal sedemikian, telah memeluk agama Islam apabila melihat Islam sebagai agama saintifik yang tidak menafikan penyelidikan saintifik moden , tidak seperti agama-agama lain.

Dr Alison mengatakan bahawa beliau telah bertugas selama enam (6) tahun sebagai pengerusi Pertubuhan Parapsikologi dan Spritual British. Kedudukan ini telah mendorong beliau mempelajari pelbagai agama dan falsafah, termasuk agama Islam.

Dr Alison telah menghantar kertas penyelidikannya ke sebuah Persidangan di Kaherah yang membicarakan mengenai perhubungan diantara TIDOR dan MATI, dimana menurut beliau ia merupakan kajian substansi menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik, yang merupakan bidang kepakaran beliau.

Menurut beliau, semasa menulis kertas kerja untuk Persidangan di Kaherah, matlamat utama beliau adalah untuk mengkaji perubatan parapsikologi dan spiritual didalam kacamata al-Quran.

Keputusannya adalah sangat memeranjatkan dan sangat menyakinkan terutamanya keadaan semulajadi, kondisi tidor dan kematian dan lain-lain phenomena yang berkaitan. Tambah beliau “Kegembiraanku tidak terhingga dimana kajian ini sangat menyakinkan, seterusnya saya menemui Islam”. Beliau meluahkan rasa kekesalan bahawa Barat sebenarnya jahil tentang pendekatan saintifik terhadap Islam. “Didalam diskusi kami di Persidangan tersebut, kita telah mencapai konklusi bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains, dan merancang untuk melakukan penyelidikan yang lebih lanjut didalam penyelidikan parapsikologi dibawah naungan al-Quran” kata penyelidik Ingerris ini.

Semasa menyediakan kertas kerja untuk Persidangan Kaherah, Dr Alison telah berhenti pada ayat al-Quran :

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]

Bagi mendalami bab saintifik al-Quran ini, Dr. Alison telah bekerjasama dengan Dr al-Musherif dan berjaya membuktikan bahawa tidor dan kematian hanyalah satu proses (one single process) sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat al-Quran diatas dan berkata bahawa orang Islam telah lalai menyerlahkan fakta-fakta saintifik al-Quran kepada bukan Islam.

Menurut beliau, eksperimen beliau telah menunjukkan bahawa ada sesuatu benda telah keluar dari badan manusia apabila seseorang lelaki atau wanita tidor, dan akan kembali masuk menyebabkan mereka bangun tidor. Akan tetapi kematian pula menujukkan sesuatu benda itu tidak kembali. “Dan al-Quran telah menyebut sejelas-jelasnya”, Tambah Dr Alison “saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh al-Quran”.

Dr Al-Mushrefi, seorang saintis arab dari Utara Yaman dan merupakan rakan penyelidik Dr Alison berkata bahawa Dr Alison memang tidak pernah makan babi atau minum arak seumur hidupnya dan kini setelah beliau memeluk agama Islam dia telah membantu menyebarkan mesej Islam.

(Terjemahan dari artikel asal yang ditulis oleh Nasir Aziz, dari video “The Truth”).

Sunday, September 12, 2010

Membaca Yasin keatas orang mati atau ketika nazak?



Kita pernah membicarakan mengenai sebuah hadith berkenaan dengan fadhilat surah Yasin yang di sahihkan oleh Ibn Hibban dimana mereka yang membaca surah tersebut pada malam hari dengan penuh pengharapan kepada Allah swt, Allah swt akan mengampunkan dosanya yang lalu. Selain dari mengharapkan pengampunan dari Allah, surah Yasin ini sangat popular dibaca dikala menziarahi jenazah.

Dirumah yang berlakunya kematian, kelihatan disediakan pelbagai bentuk buku yang terkandung surah Yasin untuk tetamu yang berkeinginan membacanya, Dalil yang mereka ambil adalah hari hadith berikut, Sabda Nabi :saw :-

اقرأوا على موتاكم يس
“Bacalah kepada mereka yang mati surah Yasin”

Hadith ini dikeluarkan oleh al-Nasaaie, didalam “bab apa yang [perlu] dibacakan keatas orang mati”, kata beliau : telah dikhabarkan kepadaku Mahmud, bin Khalid, telah berkata : telah dikhabarkan kepada kami al-Walid, telah berkata : telah dikhabarkan kepada ku Abdullah bin Mubarak, dari Sulaiman al Tamimii, dari Abu Uthman, dari Ma’qil bin Yasaar, telah beliau nyatakan didalam al-Sunan al-Kubra didalam Kitab amalan siang dan malam.

Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban didalam Sahihnya al-Ihsan, didalam kitab al-Janaaiz dari periwayatan Yahya al-Qathaan, dari Sulaiman al-Tamimii. Hadith ini juga telah dikeluarkan oleh Ibn Majah dan Abu Daud.

Menurut Ibn Hibban, hadith ini sahih disisi beliau oleh kerana semua periwayatnya adalah thiqaat (dipercayai), melainkan Abu Uthman. Ibn Hajar didalam al-Talkhis al-Habir (2/110) menyebut, Ibn al-Qathaan menyatakan bahawa hadith ini bermasalah dan mawquf, disebabkan status Abu Uthman dan bapanya tidak diketahui. Abu Bakar Ibn al-‘Arabi sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Daaraqutni menyatakan hadith ini isnaadnya dhaef. Matannya tidak diketahui dan tidak terdapat hadith sahih didalam bab ini.

Menurut pandangan Ibnu Utsaimin, bagi mereka yang mengatakan status hadith ini sahih, maka membaca surah Yasin adalah sunnah, dan bagi mereka yang mengatakan status hadith ini lemah (dhaef), maka perbuatan tersebut bukan sunnah [Fatawa Ibn Utsaimin, 17/72].

Persoalan disini adalah, apakah amalan membaca Yasin ini dilakukan keatas orang yang sudah mati atau ketika nazak? Jumhur ulama’ mengatakan adalah mustahab(digalakkan) membaca surah Yasin ketika berdepan dengan orang yang sedang nazak. Kenyataan ini diperkuatkan oleh riwayat Safwaan yang diambil dari Musnad Imam Ahmad Ahmad (4/105) :

عن صَفْوَان قال : حَدَّثَنِي الْمَشْيَخَةُ أَنَّهُمْ حَضَرُوا غُضَيْفَ بْنَ الْحَارِثِ الثُّمَالِيَّ (صحابي) حِينَ اشْتَدَّ سَوْقُهُ ، فَقَالَ : هَلْ مِنْكُمْ أَحَدٌ يَقْرَأُ يس ؟ قَالَ : فَقَرَأَهَا صَالِحُ بْنُ شُرَيْحٍ السَّكُونِيُّ ، فَلَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِينَ مِنْهَا قُبِضَ . قَالَ : فَكَانَ الْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ : إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَ عَنْهُ بِهَا . قَالَ صَفْوَانُ : وَقَرَأَهَا عِيسَى بْنُ الْمُعْتَمِرِ عِنْدَ ابْنِ مَعْبَدٍ .
“Safwaan berkata : Syeikh memberitahuku bahawa sesungguhnya mereka telah hadir bersama Ghudaif ibn al-Haarith al-Thumaali (seorang sahabat) ketika kematiannya memuncak. Dia berkata : Adakah salah seorang dikalangan kamu boleh membaca Yasin? Saalih ibn Shuraih al-Sakuuni membacanya dan tatkala sampai pada ayat 40, dia telah meninggal dunia. Syeikh pernah berkata : jika dibaca disisi orang yang sedang nazak, maka [nazaknya[ diringankan. Berkata Safwaan : Isa ibn al-Mu’tamari membacanya diisisi Ibn Ma’bad.”

Ibn Hajar didalam al-Isaabah [5/190] berkata Isnaadnya Hasan. Kesahihan sanadnya dilihat dari Ghudaif Ibn Haarith, dan kesemua rijal itu thiqaat. Berkata al-Hafiz Ibn Kathir, beberapa ulama’ pernah mengatakan, diantara perkara khusus surah ini adalah tidak dibaca melainkan perkara-perkara berat dipermudahkan oleh Allah swt, dan apabila dibaca disisi orang yang sedang nazak maka diturunkan rahmat dan barakah, dan dipermudahkan keluarnya roh [Tafsir Ibn Kathir, 3/563].

Dikalangan ulama’ yang berpendapat mustahab membaca surah Yasin kepada mereka yang sedang Nazak termasuklah Ibn Taimiyah (al-Ikhtiyaaraat, ms. 91). Surah Yasin membicarakan tentang Tauhid dan kebangkitan, janji-janji syurga kepada mereka yang beriman sebagaimana firman Allah :

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ . بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ .
“(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".[Surah Yasin :26-27]. Maka roh tersebut tenteram selepas mendengarnya dan menjadikan ia mudah keluar.

Dua riwayat diatas memberikan dua kesimpulan :

a. Bacaan Yasin digalakkan di baca keatas orang yang sedang menghadapi kematian menurut jumhur Imam Mazhab Fiqh. Amalan tersebut bukanlah bid’ah, akan tetapi ia merupakan perkara yang dikhilafkan.

b. Amalan membaca Yasin kepada orang yang hampir mati dikalangan masyarakat Nusantara bukanlah perkara agama yang diada-adakan, akan tetapi merupakan warisan dari ulama’ terdahulu.

Sekian, wassalam
kamin, 1 Syawwal 1431 / 10 September 2010.

Friday, September 10, 2010

Jumaat : Eid al-Fitr di kebanyakkan negara Arab


[Negara berbeza diantara dalil anak bulan Shawal antara ru'yah dan pengiraan falak]

Arab Saudi, Qatar, UAE, Kuwait, Yaman, Mesir, Syria, Lubnan, Sudan, Algeria, Palestine dan Dewan Wakaf Sunni di Iraq, bahawa hari Khamis merupakan genap bulan Ramadhan dan hari Jumaat adalah hari Eid al-Fitr. Pusat Sains Angkasa dan Sensor Jarak Jauh Libya dan Majlis Fatwa Eropah mengumumkan bahawa hari Khamis ialah Hari Raya.
Sumber resmi dari Saudi berkata bahawa beberapa orang saksi yang dipercayai dan dikenali oleh Majlis Tertinggi Qadhi Arab Saudi bahawa mereka tidak dapat melihat anak bulan Syawal 1431H selepas Maghrib hari Rabu, bersamaan 8hb September, maka hari Khamis merupakan pengenap Ramadhan dan hari Jumaat merupakan permulaan Syawal dan Hari Eid al-Fitr Mubarak.

Berkata Dr Hasan Basrah, Ketua Jabatan Astronomi Universiti King Abdul Aziz Jeddah, bahawa bulan berada di barat pada hari Rabu, 29 Ramadhan, sebelum matahari terbenam disemua bahagian Arab Saudi, dan berada dibawah ufuk 3 darjah pada terbenam matahari di Mekah, dan tidak perlu melihat anak bulan Syawal pada Rabu ini.

Di Doha, Jawatankuasa melihat bulan Qatar berkata bahawa Eid al-Fitr jatuh pada hari Jumaat. Di Abu Dhabi, Agensi Berita Emirates telah mengiklankan hari ini bahawa hari Khamis merupakan pengenap bulan Ramadhan.
Telah diumumkan bahawa seluruh Mesir, Syria, Algeria bahawa Jumaat merupakan hari pertama Eid al-Fitr, begitu juga diumumkan dari Sanaa (Yaman), Rumah Fatwa Beirut, Jordan, Palestine, Wakaf Sunni Iraq, pejabat Syiah Ali al-Sistani bahawa melihat anak bulan Syawal pada hari Khamis.

Manakala ulama' Syiah, Mohamed Hussein Fadallah berkata beberapa hari lepas bahawa Khamis merupakan hari Eid al-Fitr. Pejabat Fadallah memilih pengiraan falak (astronomi) didalam menentukan bermula bulan Ramadhan dan hari pertama Syawal.
Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah telah mengumumkan bahawa hari Khamis ialah Eid al-Fitr, keputusan dibina atas "Pengiraan Falak dan Minit", dan dalam kenyataan kepada laman al-Jazeera.Net, mengesahkan bahawa Khamis merupakan hari pertama Eid al-Fitr.

http://www.aljazeera.net/NR/exeres/6D3A0165-C124-48E4-B830-9B54DFA701D9.htm

Tuesday, August 17, 2010

Surah Yasin : mengharapkan pengampunan Allah swt

Surah Yasin memainkan peranan yang signifikan didalam kehidupan masyarakat Melayu Nusantara. Mahu atau tidak, kita kena terima hakikat kedudukan surah Yasin didalam kehidupan kita. Surah ini dibaca pada hari-hari kenduri, malam Jumaat, malam Nisfu Sya’ban, melawat jenazah, malahan ia juga digunakan didalam Ruqyah atau jampi keatas orang sakit. Surah ini juga dikatakan boleh diguna untuk menghalau makhluk-makhluk halus.

Secara umumnya, bagi majlis yang memerlukan bacaan ayat al-Quran yang ringkas, mereka akan menggunakan gabungan surah al-Fatihah dan surah-surah tiga Qul. Disebaliknya, surah Yasin akan dibaca pada majlis-majlis yang memerlukan bacaan-bacaan ayat yang agak panjang.

Banyak juga kritikan-kritikan terhadap pengamalan surah Yasin berdasarkan kepada kelemahan yang terdapat didalam hadith yang menjelaskan mengenai kelebihan membaca surah tersebut. Bagi mereka, tidak ada hadith sahih yang menjelaskan fadilat membaca surah Yasin, dan yang ada status hadithnya samada lemah (Dhaef) atau palsu (Mawdhu’).

Fadhilat ayat-ayat al-Quran memang tidak dinafikan tidak dapat lari dari menggunakan hadith-hadith yang lemah dan palsu. Namum begitu, kita juga tidak boleh menafikan wujudnya beberapa hadith-hadith yang dianggap sahih disisi ulama’-ulama’ terdahulu yang boleh diketengahkan sebagai hujah kepada pengamal-pengamal surah Yasin. Sekurang-kurangnya, jiwa kita menjadi sejuk mengamalkannya oleh kerana hadith ini sahih disini Imam-Imam Hadith, misalnya Ibnu Hibban , Al-Daarimi, dan lain-lain, walaupun ada dikalangan ulama’-ulama’ yang selepas mereka mendhaifkan hadith tersebut.

Diantara fadhilat yang masyhur adalah apabila seseorang itu membaca surah Yasin, semata-mata kerana Allah swt, dia akan mendapat keampunan darinya, tanpa mengkhususkan malam-malam tertentu.

أخبرنا محمد بن إسحاق بن إبراهيم مولى ثقيف حدثنا الوليد بن شجاع بن الوليد السكوني حدثنا أبي حدثنا زياد بن خيثمة حدثنا محمد بن جحادة عن الحسن عن جندب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قرأ يس في ليلة ابتغاء وجه الله غفر له
Telah dikhabarkan kepada kami Muhammad bin Ishaaq bin Ibraahiim maula Tsaqif, telah diceritakan kepada kami Al-Walid bin Syujaa’ bin Al-Walid As-Sakunii, telah diceritakan kepada kami bapaku, telah diceritakan kepada kami Ziyaad bin Khaitsamah, telah diceritakan kepada kami Muhammad bin Juhaadah, dari Al-Hasan, dari Jundab telah berkata, telah bersabda Rasulullah saw.: “Barangsiapa yang membaca surat Yasin pada waktu malam dengan mengharapkan wajah Allah, maka akan diampuni dosanya”. [Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Hibban #2574 didalam Sahihnya dan al-Mawaarid].

Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ibnu Hibban didalam Sahihnya, Kitab Solat, bab Qiamulail. Ibnu Hibban mengatakan adalah mustahab (digalakkan) membaca surah Yasin setiap malam dengan bersungguh-sungguh, dengan maksud pengharapan kepada Allah swt, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lepas.

Al-Hafiz Ibnu Kathir juga menyebut hadith ini dalam Tafsir kepada Surah Yasin (3/563), dengan menyandarkan hadith ini kepada Ibnu Hibban. Imam al-Syuyuti didalam kitabnya Durr al-Manthur fi Tafsir bil-Ma’thur, diawal tafsir Surah Yasin (5/278) menyebut bahawa hadith ini di keluarkan oleh Ibn Hibban.

Kritikan ulama’ terhadap hadith ini adalah terhadap al-Hasan atau al-Hasan al-Basri , yang dikatakan mudallis, selain itu kesemua perawi hadith itu adalah tsiqah (dipercayai). Namun demikian, al-Hasan al-Basri terbukti mendengar sendiri dari Jundab sebagaimana dinyatakan oleh al-Bukhari didalam Sahihnya, kitab Hadith-hadith Anbiya’, nombor 3463.

Walaupun dikenali sebagai mudallis, namun tadlisnya boleh diterima, lebih-lebih lagi ‘an’anahnya mematuhi syarat al-Bukhari dan Muslim. Oleh yang demikian, ulama’ yang terdahulu (mutaqaddimin) masih menganggap beliau dikalangan perawi Tabien yang Tsiqah.

Hakikatnya, hadith ini dianggap sahih oleh Ibn Hibban dan kita boleh sandarkan kepada penilaian beliau. Jika pun ada yang menganggap hadith ini dhaef kerana tadlis isnad, kita masih boleh lagi mengamalkan hadith ini sebagai Fadhail ‘Amal, sebagaimana al-Hakim didalam Mustadrak (1/490) memetik pendapat Abdul Rahman bin Mahdi .

Menurut Abdul Rahman bin Mahdi bahawa jika riwayat Nabi :saw itu berkenaan persoalan hukum, Halal dan Haram, maka hendaklah sanad dan perawinya kukuh, manakala jika ia menyentuh berkenaan dengan Fadhilat Amalan, ganjaran dan pembalasan, perkara yang diharuskan dan do’a, maka sanad-sanad tidak perlu ketat.

Wujudnya beberapa hadih-hadith yang disahihkan oleh ulama mutaqaddimin berkenaan dengan fadhilat beberapa surah-surah al-Quran memberi jalan keluar kepada pertentangan dua golongan; iaitu golongan pertama yang menafikan sama sekali kesahihan fadhilat Yasin sebagai misalnya, dan golongan kedua yang tidak berhati-hati didalam memilih hadith-hadith fadhilat surah ini. Kita haruslah bersikap terbuka didalam kes ini, sekurang-kurangnya kita berpuas hati bahawa hadith diatas ini sebagai contoh, telah disahihkan oleh bukan sebarangan muhadith yang terdahulu.

kamin, 17 Ogos 2010

Thursday, May 27, 2010

Pesanan al-Qaradhawi : Kita memiliki kekuatan


[Belia yang menghadiri syarahan al-Qaradawi]

Pada hari Jumaat 22 Mei yang lalu, Syiekh al-Qaradhawi didalam rangka lawatannya ke Mauritius telah menyampaikan kuliyahnya di hadapan para belia di Stadium bertaraf Olympic di Nouakchott, menekankan bahawa umat Islam memilki kekuatan dan mampu bangun, keluar dari keadaan yang kita hadapi sekarang.

Beliau menyeru agar diasaskan projek menyatukan ummah dan berdepan dengan mereka yang memecah belahkan ummat, dan meminta agar orang-orang muda hendaklah prihatin dengan peringkat-peringkat keutamaan, agar mereka tahu yang mana penting, atau yang mana yang perlu ditinggalkan, menjauhkan diri dari perselisihan dan kontroversi yang tidak sihat.

Beliau menegaskan bahawa umat Islam mempunyai kekuatan lebih dari satu bidang, diantaranya adalah :-

1. Kekuatan dari segi Angka : dikatakan bahawa jumlah Umat Islam adalah sebanyak 1.58 billion orang, malah al-Qaradhawi meragui jumlah tersebut. Bagi beliau, jumlah umat Islam adalah lebih dari itu. Satu contoh situasi dimana kenyataan yang menyebut Umat Islam di China dianggarkan 20juta, namun menurut Shakib Arslan, Umat Islam di China sahaja mencecah 50juta orang. Seorang orientalis Peranchis, Kanato pernah menulis didalam suratkhabar “Le Mode, the French” mengambarkan isyarat amaran serious mengenai ramainya kependudukan Islam, lebih-lebih lagi di China.

Tegas beliau bahawa ini menunjukkan bahawa Allah swt merahmati orang-orang Islam, dimana firmannya : (وَاذْكُرُوا إِذْ كُنْتُمْ قَلِيلًا فَكَثَّرَكُمْ) “ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai” [surah al-‘Araf : 86].

2. Kekuatan Ekonomi : Negara Umat Islam memiliki barangan yang berguna yang tidak dimiliki oleh negara lain. Negara-negara Islam ini kebanyakkannya negara pertanian, memilki pantai yang kaya dengan pelbagai jenis Ikan. Malah mereka memilki minyak, pelbagai galian seperti emas, besi, platinium, uranium dan sebagainya.

Beliau memetik soalan yang pernah diajukan oleh Perdana Menteri Thailand kepada Perdana Menteri Malaysia, “Anda adalah negara Islam yang memiliki minyak? Kenapa hanya negara Islam sahaja yang memiliki minyak? Kenapa Malaysia dan bukan Thailand?”

Namun demikian menurut beliau, kita memerlukan semua jenis perindustrian. Menurut beliau, “selama ini kita hanyalah pengimpot dan bukan pengeluar (perindustrian), malahan kita mengimpot teknologi dan kita tidak mengeluarkannya”…. “Adalah satu perbezaan yang besar diantara Pengeluar dan Pengguna, berbeza dengan mereka yang mencipta dan mengimpot dan membelinya”.

3. Kekuatan ketamaddunan : Tamaddun dibina di bumi dan negara Islam. Ia berkembang didalam negara-negara Islam, termasuklah kenabian, kesemua berpusat dinegara Islam. Kristian bermula dari bumi kita dan beredar ke Eropah, Judaism juga bermula di bumi kita, begitu juga Assyria yang bermula di Iraq. Ketamaddunan Firaun di Mesir, Hindi dan kebanyakkan tamaddun lain berasal dari negara-negara Islam.

Al-Qaradhawi menjelaskan semasa beliau berada di Amerika, dia telah dibawa melawat Muzium, dan beliau bertanyakan berapakah usianya, jawapannya adalah 200 tahun. Menurut al-Qaradhawi, Muzium kita mencecah 7000 tahun.

4. Kekuatan Spiritual : Kita adalah satu-satunya agama yang telah melalui pelbagai pengalaman, perubahan zaman dan masa, risalah yang tidak kenal sempadan waktu, itulah risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad :saw. Beliau telah berjumpa dengan berjuta Hafiz al-Quran di Libya , dimana kerajaan Libya memberi penghargaan kepada mereka yang menghabiskan dirinya dengan al-Quran.

Menurut beliau, melalui pertandingan al-Quran yang dianjurkan oleh Qatar, pada mulanya di penuhi oleh peserta luar negara Qatar, terutamanya orang Asia. Namun demikian, beberapa tahun yang terdekat, kadar perserta meningkat dari kalangan penduduk Qatar

Kata al-Qaradhawi mengenai mukjizat al-Quran :

أي إعجاز أكثر من أن تجد شابا يحفظ القرآن حفظا جيدا، ولا يفهم كلمة واحدة من اللغة العربية، حتى إنك إذا سألته ما اسمك؟ لا يفهم السؤال، ومع ذلك يحفظ القرآن حفظا جيدا
“Adalah lebih dari satu keajaiban mendapati seorang lelaki yang menghafal al-Quran dengan baik, akan tetapi tidak faham satu kalimah pun didalam bahasa Arab, sehinggakan kamu bertanya kepadanya :Apa nama kamu? Mereka tidak memahami soalan kamu, namun demikian, mereka adalah golongan yang menghafal al-Quran dengan baik”

Al-Qaradhawi juga telah menyentuh isu mewujudkan projek kesatuan Ummah, bagi menghadapi konfrantasi musuh Islam dan membantu sebahagian yang merana, dan berkata : “malahan isu utama umat Islam, iaitu persoalan Palestin, tidak lagi kedudukannya sebagai isu yang SATU, begitu juga dengan isu Zionis yang global”.

Sedutan dari tautan : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7637&version=1&template_id=116&parent_id=114

Wednesday, April 07, 2010

Syeikh al-Azhar baru menentang penyebaran Mazhab Syiah didalam masyarakat Sunni


[Syeikh al-Azhar Dr Ahmad al-Tayyib]

Syeikh al-Azhar yang baru, Dr Ahmad al-Tayyib mengumumkan bahawa beliau menentang penyebaran doktrin Syiah dikalangan masyarakat Sunni semasa temubualnya bersama station BBC. Beliau mengatakan bahawa terdapatnya perbezaan diantara mazhab ini. Syeikh al-Tayyib didalam dialog menegaskan bahawa Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi khuatir akan penyertaan Syiah didalam masyarakat Sunni dan beliau merasakan seolah-olah wujud perancangan lain dan bukan mendekatkan kedua-dua mazhab, akan tetapi ia merupakan proses menSyiahkan pemuda-pemuda Sunni.

Beliau menjelaskan rasa tidak puashati dan tidak dapat menerima penyebaran ajaran Syiah dikalangan masyarakat Sunni di Najaf . Beliau menentang penyebaran ajaran tersebut yang menggunakan wang, sokongan dan gerakan, kerana penamatnya adalah konflik politik yang memakai mazhab Syiah.

Syiekh al-Azhar menegaskan terdapatnya brosur dakwah Syiah yang telah sampai di al-Azhar, dan beliau menganggap ini merupakan satu kejayaan Syiah meluaskan ajarannya dengan mengenepikan mazhab yang lain. Mengenai peranan al-Azhar dan hubungannya dengan sebuah Negara, Syiekh al-Azhar mengatakan bahawa al-Azhar bukanlah parti atau badan politik yang menyokong atau menentang kerajaan, akan tetapi kedudukannya itu istimewa.

Beliau mengatakan bahawa Parti yang memerintah tidak menyuruh beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Biro Parti Demokratik Kebangsaan. Beliau menegaskan bahawa keputusan melantik beliau ke jawatan tersebut adalah keputusan terus dari Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dan tambah beliau “Saya akan bersetuju dengan Tuan Presiden kerana keputusan pemerintah hendaklah dihormati”.

Didalam respon beliau kepada soalan mengenai jawatan Syiekh al-Azhar samada ia perlu di lantik atau diundi, Dr al-Tayyib mengatakan bahawa ini merupakan salah satu diprioriti beliau untuk menyelidiki persoalan ini, samada jawatan Syiekh al-Azhar perlu diundi dari kalangan Ulama’ Senior.

Beliau juga memaklumkan bahawa tidak terdapat sebarang tentangan terhadap perlantikan Syiekh al-Azhar dari kalangan orang Islam diluar Mesir. Syeikh al-Azhar menegaskan bahawa politik dan agama jangan dicampurkan. Kata beliau "politik mempunyai salurannya, tetapi politik tidak boleh dimainkan diatas nama Agama. Jangan bermain politik sedangkan anda memakai serban agama".

Didalam menjawab soalah mengenai hak kaum Qibti di Mesir, beliau menafikan bahawa kaum Qitbi dinafikan haknya, dan menjelaskan bahawa mereka bebas menikmati hak mereka didalam kedudukan awam di negara ini. Tambah beliau, malahan semua belanjawan al-Azhar dikawal oleh Dr Yusuf Boutrus, dan kita mempunyai Governor dan Menteri dikalangan kaum Qibti.

Beliau menegaskan bahawa dia berpegang kepada Artikel II didalam Perlembagaan yang menyatakan bahawa prinsip Shariah Islamiyah merupakan sumber utama perundangan, dan hukum shariah menjaga hak kaum Qibti sepanjang catatan sejarah.

Beliau menekankan bahawa seorang Kristian tidak boleh menjadi Presiden Republik, dan beliau tertanya-tanya samada Britain membenarkan seorang Islam menjadi Perdana Menteri atau Raja negara tersebut.

(rancangan ini dipancarkan jam 7:20 waktu GMT hari Isnin)

sumber : http://www.bbc.co.uk/arabic/lg/middleeast/2010/04/100403_azhar_sheik_tc2.shtml

Sunday, February 21, 2010

Penggunaan nama Allah di Bible



Banyak sudah diperbincangkan mengenai isu larangan penggunaan nama Allah kepada pihak Gereja di Malaysia. Apa yang diperlihatkan adalah larangan tersebut lebih kepada usaha-usaha menghalang pendakwah Kristian dari berdakwah kepada orang Melayu Islam. Pada hakikatnya, Allah swt sendiri didalam al-Quran tidak melarang ahli Kitab dari menggunakan namanya. Namun demikian, disebabkan demi mempertahankan masyarakat Melayu dari di murtadkan, maka pelbagai golongan Islam telah mengeluarkan pandangan melarang menggunakan nama Allah. Strategi ini diambil dalam suasana umat Islam yang berkeadaan lemah di Malaysia, dan bukan melihat kepada perspektif hukum menggunaan nama Allah.

Namun demikian, tidak kurang juga cerdik pandai Kristian yang menafikan sekeras-kerasnya bahawa perkataan Allah memang tidak wujud didalam Bible yang berbahasa Hebrew atau Greek. Paling hampir perkataan"alah" yang membawa maksud laknat, berkabung atau naik, dan tidak dimaksudkan dengan Tuhan (Strongs 425).

Bible didalam Old Testament dan New Testament tidak wujud Nama Allah menurut mereka. Cuma Bible yang diterjemahkan didalam bahasa Arab wujud pada abad ke 9 dan penggunaan kalimah Allah. Namun bagi mereka, bahasa Arab wujud lebih awal dari kedatangan Islam. Kerajaan seperti Gassanids dan Muntherites merupakan kerajaan Kristian, dimana bahasa perantaraan adalah bahasa Arab.

Warisan Arab Kristian diketahui bermula pada 750AD hingga 1350AD, dimana pada masa itu paderi-paderi berbahasa Arab mula menulis buku-buku didalam bahasa Arab bagi mempertahankan pendirian mereka terhadap kedatangan Islam. Mereka menulis buku-buku Teologi, falsafah, sejarah gereja dan sebagainya didalam bahasa Arab. Abad ke 8 sehingga ke 14 merupakan kegemilangan bahasa Arab di Gereja, sehinggalah bahasa Eropah, seperti Itali, Perancis, German, Inggeris, dsb, bermula pada abad ke 14, iaitu 600 tahun selepas warisan Arab Kristian bermula.

Dikalangan puak-puak Kristian yang berbahasa Arab, yang hidup dinegara-negara Arab, mereka tetap mempertahankan bahawa perkataan Allah wujud didalam Bible dan merekalah yang mula-mula menggunakannya sebelum kedatangan Islam. Baru-baru ini, Paderi Pecerillo menjumpai lebih dari 20 Gereja di Madaba di Selatan Jordan, beberapa rumah di abad ke 4 di Syria, Lubnan, Iraq dan Palestin mempunyai tulisan khat Arab : Bism El-Lah al-Rahman al-Rahim. Ia dikatakan wujud, 200 tahun sebelum Islam.

Menurut Gereja St Takla, terdapat 2244 kali perkataan "Allah" didalam Bible berbahasa Arab. Dengan menggunakan pencarian dilaman webnya, didapati terdapat 1235 nama Allah didalam Old Testament dan 1011 didalam the New Testament, sepertimana dipaparkan pada imej dibawah.


[Old Testament]


[New Testament]

Fakta ini jelas menunjukkan bahawa faktor budaya bahasa Arab yang menjadikan puak-puak Kristian menggunakan nama Allah didalam biblenya. Bagi penganutnya yang tidak berbahasa Arab, mereka menyangkal sama sekali penggunaan nama Allah didalam bible dengan memaparkan istilah-istilah seperti alah, elah, dsb.

Berbalik kepada suasana di Malaysia, disebabkan pengguna-pengguna Bible tidak menggunakan versi Arab, sudah sepatutnya perkataan Allah itu ekslusif hanya bagi penganut Islam di Malaysia sahaja. Oleh yang demikian, bible berbahasa Melayu hendaklah dilarang menggunakan kalimah Allah. Banyak lagi implikasi lain yang boleh merosakkan pemikiran anak muda kita jika pengetahuan Agama Islam tidak mantap apabila membaca Bible ini.

Didalam versi bible Arab, banyak sekali menceritakan fakta batil yang ditujukan kepada Nabi-Nabi Allah. Misalnya Nabi Nuh as, dikatakan seorang petani yang mempunyai kebun anggur, pernah minum arak, lalu mabuk dan bertelanjang. Dikatakan didalam kitab tersebut beliau telah melihat aurat anaknya dan melaknati cucunya yang tidak bersalah. [Sanitasi 9: Isu 20,28].

Nabi Lut as. dikatakan peminum Arak, mabuk, lalu berzina dengan anak perempuannya, lalu menjadi ayah kepada dua anak lelaki Moab dan Amon! [Genesis 19: 30]. Nabi Syuib as. dikatakan berjalan sambil bertelanjang dan berkaki ayam selama 3 tahun - Isaiah [20: 2 5] . Sukar untuk diterima oleh akal jika manusia yang digelar Nabi berkelakuan demikian.

Banyak lagi cerekarama yang terdapat didalam bible, mengisahkan fakta palsu mengenai Nabi-Nabi Allah swt. Kalaulah cerita-cerita ini dibaca oleh golongan Melayu Islam masakini, apakah yang akan terjadi kepada mereka ini. Bayangkan apa yang akan mereka komen terhadap hukum Hudud dan Qisas, perkahwinan Nabi :saw dan A'isyah, Isra' dan Mi'raj, Azab kubur, dsb?

Sekian, wassalam
kamin, 21 Feb 2010. 9:08pm.

Saturday, January 30, 2010

Suara yang diulangi setiap minit didunia ini



Maha Suci Allah yang Maha Mencipta, ketahuilah bahawa Azan tidak terputus berkumandang di ‘globe’ bumi selama 24 jam. Didalam penyelidikan yang dilakukan di sebuah Universiti di UAE, didalam bidang Matematik, menjelaskan bahawa ini merupakan keajaiban yang dijadikan oleh Maha Pencipta didalam memberi hak kepada ‘Suara Azan” sepanjang 24 jam setiap hari.

Penyelidiknya didalam kajian tersebut berkata : “ Sesungguhnya Azan yang memanggil orang Islam melakukan ibadat solat tidak pernah putus dari globe bumi setiap hari pada setiap putaran masa, dimana setelah Azan selesai berkumandang disesuatu kawasan, ia akan diteruskan berkumandang dikawasan yang lain !!”

Abdul Hamid al-Fadhil, penyelidikan tersebut menjelaskan bahawa globe bumi ini boleh dibahagikan kepada 360 garisan, dimana ditentukan waktu setiap kawasan tersebut darinya. Setiap garis dipisahkan dengan garisan dengan jangka waktu 4 minit, diandaikan Azan dilakukan tepat pada waktunya bagi setiap kawasan. Diandaikan juga muezzin yang baik akan melaungkan azan selama 4 minit.

Dia juga mengandaikan Azan akan dikumandangankan pada setiap daerah digarisan tersebut selama 4 minit, maka setiap 4 minit kawasan-kawasan yang berada pada garisan tersebut akan melaungkan Azan. Maka, dalam tempoh 24 jam, genap 360 garisan globe bumi melaksanakan Azan, dan menunjukkan bahawa Azan berkemundang secara berterusan selama 24jam didalam penghidupan bumi. Formulanya boleh gambarkan seperti berikut :-

4 (minit) x 360 (longitude) = 1440 minit
1400 (minit) / 60 (minit) = 24 jam

Maha Suci Allah yang memperlihatkan kekuasaannya kepada makhluk yang sentiasa alpa memahami hakikat perjalanan bumi ini. Bayangkan pada saat dimana Azan sudah tiada lagi kedengaran, apakah yang akan terjadi kepada makhluk yang berada dibumi ini? Firman Allah swt :-

وَكَأَيِّنْ مِنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ
“Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.” [Surah Yusuf : 105].

Berkata Ibn Kathir rh : “Allah mengkhabarkan bahawa kebanyakkan orang tidak memikirkan mengenai tanda-tanda (Ayaat) dan bukti Allah yang satu terhadap ciptaan Allah pada langit dan bumi. Allah mencipta bintang-bintang dan planet-planet yang mengelilingi orbit, dan semuanya cipta dengan tujuan tertentu. Terdapat banyak tanah-tanah yang subur terletak sebelah menyebelah, dan taman-taman, gunung-gunung, lautan, dimana ombaknya memukul diantara satu sama lain, dan padang pasir yang luas. Terdapat banyak makhluk yang hidup dan yang mati, dikalangan binatang, tumbuh-tumbuhan, dan buah-buahan yang sama bentuknya, akan tetapi berbeza rasa, bau, warna dan sifat. Kesemuanya disebabkan Allah yang satu, yang menjadikan semua jenis ciptaan, dimana hanya dia yang tetap dan kekal selama-lamanya. Hanyalah dia yang tersendiri Nama dan Sifatnya.”

Adaptasi dari email (Afi Yoono al-Hafiz) & laman web - http://www.paldf.net/forum/showthread.php?t=276468

kamin
10:30am, Sabtu 30-01-2010.

Wednesday, January 13, 2010

Kenangan menziarahi Syeikh Abdul Karim al-Banjari rh : ulama Melayu di Masjid al-Haram



[Bergambar bersama Syiekh di rumah beliau]

Syeikh Abdul Karim al-Banjari rh merupakan ulama' kelahiran Banjarmasin yang pernah mengajar di Masjidil Haram lebih dari 50 tahun. Jika mereka yang pernah mengerjakan ibadat Umrah sebelum tahun 2000, pasti pernah ketemu apabila melalui Babul Umrah. Disana akan kelihatan seorang Kiai tua mengajar didalam bahasa Indonesia dan terkadang-kadang terkeluarlah loghat Banjarnya. Pada waktu itu beliau adalah diantara dua Ustaz dunia Melayu yang mengajar di Masjidil Haram yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi.

Syeikh Abdul Karim al-Banjari rh mempunyai sulur galur dari ulama' Martapura terkenal iaitu Kiyai Haji Badruddin. Murid-murid beliau terdiri dari mereka yang datang dari Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura. Beliau mengajar kitab-kitab Fiqh, Aqidah dan Tasauf. Sebelum menemui beliau, macam-macam cerita yang kedengaran apabila jemaah bercakap mengenai beliau. Ada seorang yang dikenali dengan nama Ustaz Ismail, ada menceritakan pengalamannya melakukan solat Hajat di Madinah moga-moga Allah menemukan beliau dengan al-Syeikh apabila sampai di Mekah nanti. Menurut beliau, setiap kali ingin berjumpa Syiekh, beliau akan rasa seolah-olah ingin membuang air kecil.

Syiekh Abdul Karim sangat menitik beratkan soalan disiplin semasa mengajar. Menurut seorang Ustaz yang pernah menjadi muridnya, pada satu hari semasa kuliah al-syeikh, ada pelajar (duduk dibelakang sekali) sedang membisikkan sesuatu kepada kawannya, lalu kedengaran suara al-Syeikh berkata : Ada dikalangan kalian yang telah dirasuk syaitan! Lalu suasana suasana tersebut terus menjadi senyap sunyi. Pada ketika itu, al-Syeikh sedang menegur pelajar-pelajarnya yang terlupa beberapa fakta yang beliau telah ajar pada hari sebelumnya. Beliau juga dikenali dengan seorang yang amat dermawan kepada anak muridnya. Setiap tahun, beliau akan menghadiahkan beberapa ribu Riyal kepada semua anak muridnya.

Pada tahun 1994, ketika bersama rombongan kecil dari Melaka menunaikan Umrah, kami telah menawarkan lawatan ke rumah al-Syeikh kepada jemaah tersebut. Kami berkata : Malam ini ada sesiapa yang berminat untuk berjumpa Tuan Guru yang mengajar di Masjidil Haram? Ada seorang bertanya : Tuan Guru Nik Aziz ke? Kami jawab : bukan. Tuan Guru Abdul Karim al-Banjari yang mengajar di Masjidil Haram, dan pada tahun itu berumur sekitar 90 tahun.

Dengan bantuan Ustaz Tarmizi, Presiden Pelajar Indonesia di Mekah pada ketika itu, kami telah menyewa Van untuk membawa 12 orang jemaah melawat Syeikh al-Banjari di rumah beliau di pinggiran Bandar Mekah. Setiba disana, kaum lelaki telah disambut oleh anak beliau dan kaum wanita disambung oleh isteri beliau. Kami telah dibawa pada ruang tamu dan dihidangkan dengan minuman air Zamzam. Tidak berapa lama kemudian, al-Syiekh pun datang menemui kami, bergerak menggunakan dua batang tongkat.

Kebiasaannya beliau akan menggunakan kerusi roda yang disorong oleh anak muridnya. Kerana kesukaran bergerak didalam kesesakkan manusia di Masjidil Haram, beliau tidak mengajar pada bulan Ramadhan. Beliau akan bersolat diluar Masjidil Haram bertemankan beberapa pelajarnya yang senior supaya senang pulang kerumah sebaik sahaja selesai solat fardu.


[keratan akhbar Harakah - pertemuan beliau dengan
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, 1994]

Syiekh pada ketika itu baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya.

Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama’? Dengar kata beliau “mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham.

Beliau ada bercerita mengenai seorang kenamaan yang telah meminta tolong dari beliau melalui isterinya agar beliau mendoa’kan orang kenamaan ini lepas dari tuduhan zina. Lalu beliau berkata, aku tidak akan berdo’a agar suami kamu lepas dari hukuman, akan tetapi hendaklah ia bertaubat kepada Allah swt. Al-Syeikh sentiasa menekankan perihal pentingnya bertaubat kepada Allah swt.

Beliau menceritakan bahawa anaknya (seorang doctor perubatan) akan melanjutkan pelajaran di Belanda didalam bidang mata. Lalu sebelum berangkat ke Belanda, anaknya bertanya kepadanya : Apakah nasihat yang Bapak sampaikan? Kebiasaannya, si-anak akan mendapat nasihat agar belajar rajin-rajin supaya sukses didalam pembelajaran. Syeikh al-Banjari berkata : Pertama, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah swt dan bertaubat, dan kedua barulah belajar bersungguh-sungguh didalam pelajaranmu. Tidak guna belajar tinggi-tinggi jika tidak bertaqwa kepada Allah swt.

Ada seorang jemaah bertanyakan kepada beliau : Di masjid kami, ada seorang Ustaz akan membaca surah “Alam Nasyrah” keatas air dan diberi minum kepada pelajar-pelajar yang ingin mengambil peperiksaan, apa pandangan Bapak? Kata beliau : kenapa tidak lakukan sahaja pada kolam air di masjid tersebut? Mungkin orang bertanya tidak memahami maksud beliau, lalu dia bertanya lagi : Ayat manakah didalam al-Quran yang digunakan untuk penerang hati, kerana anaknya akan menghadapi SPM? Jawab al-Syeikh : Baca sahaja seluruh al-Quran, nescaya hati akan menjadi terang. Al-Quran itukan kitab Hidayah. Kalau boleh di hafal keseluruhan al-Quran lagi bagus ujar beliau.

Diakhir lawatan tersebut, beliau telah mengijazahkan kepada kami hadith berkenaan dengan “Penghulu Istighfar”. Berikut adalah istighfarnya :-

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau." [Hadith Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323]

Beliau menasihatkan kami agar sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Menurut beliau, kalau boleh, istighfar ini dilakukan selepas solat sunat Fajar sementara menunggu Imam untuk melakukan Solat Fajar.

kamin, 13 Januari 2010
11:45pm

Sunday, January 10, 2010

Bersama al-'Alaamah al-Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi di PICC


[Muhadharah Perdana al-Qaradhawi di PICC, 2 Muharram 1431]

Empat hari sebelum mengakhiri bulan Zulhijjah, saya telah menerima satu email dari seorang sahabat mengenai Muhadharah Perdana yang akan disampaikan oleh Al-'Alaamah Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. di PICC, PutraJaya pada 2 Muharram nanti. Membaca berita tersebut benar-benar membuat saya tersenyum lebar dan berasa sangat gembira. Lantas saya pun membuka Laman qaradawi.net dan mendapat berita bahawa beliau akan dikurniakan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431.

Tiga tahun yang lalu, seorang sahabat (Ustaz Maszlee) pernah bertanya kepada anak beliau samada Syeikh boleh datang ke Malaysia atau tidak. Jawapannya : beliau sudah tua, kakinya sakit dan sukar untuk bermusafir didalam perjalanan yang agak panjang. Kenyataan ini jelas apabila melihat Syeikh duduk dikerusi semasa menyampaikan ucapannya sempena menerima tokoh Ma'al Hijrah di PICC.

Dengan penuh semangat, saya dan seorang sahabat telah bertolak ke PICC jam 8 pagi untuk mendengar ceramah Perdana beliau pada pagi tersebut. Kerinduan untuk mendengar suara garau beliau sudah terubat tatkala mendengar ucapan beliau di kaca TV semasa menerima gelaran Tokoh Ma'al Hijrah sehari sebelumnya. Sungguh terharu apabila melihat beliau dibawa dengan kerusi roda masuk kedalam dewan.

Beliau telah diminta bersyarah mengenai buku terbarunya, Fiqh Jihad. Syiekh telah memulakan ceramahnya menekankan bertapa pentingnya kita memahami konsep Jihad yang sebenarnya. Terdapat dua pemikiran mengenai Jihad, dimana golongan pertama yang sangat longgar pegangannya mengenai Jihad, ada yang ekstrim pula menyelesaikan segala permasalahan dengan menggunakan senjata.


[Syeikh al-Qaradhawi setelah menyampaikan syarahan]

Diantara contoh kumpulan yang pertama adalah ajaran Qadiani yang mengatakan Allah swt telah memansuhkan ayat-ayat Jihad didalam al-Quran. Ajaran ini ternyata telah tersasar dari ajaran Islam sebenarnya. Malahan, Abu Bakar al-Sidek telah memerangi kaum yang enggan membayar zakat setelah kewafatan Nabi :saw.

Kumpulan kedua pula merupakan kumpulan pelampau yang menggunakan Jihad, dalam erti Qitaal atau peperangan (harb). Bagi puak ini, segala penyelesaian boleh dicapai dengan menggunakan senjata. Ternyatalah bahawa agama Islam sangat cintakan keamanan. Didalam sebuah hadith, Nabi :saw menyatakan bahawa Allah swt sangat sukakan nama Abdullah (Hamba Allah) dan sangat benci kepada nama Harbun atau peperangan. Ini jelas menunjukkan bahawa Islam sangat bencikan peperangan.

Bagi beliau, hendaklah kita menjadi umat Islam yang berpegang kepada fahaman kesederhanaan. Jihad yang bermaksud Qitaal harus diapikasikan apabila umat Islam telah diserang oleh musuh. Umat Islam diseru menyediakan kekuatan tentera agar musuh-musuh Islam gentar memasuki sempadan wilayah Islam. Skop Jihad adalah lebih luas dari Qitaal (peperangan). Jihad dalam ertikata yang luas hendaklah dipraktikan didalam amalan hidup umat Islam. Bagi Syeikh, Jihad Nafsu dan Jihad Dakwah adalah dituntut sehingga ke hari Kiamat. Kata beliau "seorang Islam hendaklah mati didalam Fi Sabilillah dan bukannya hidup didalam Fi Sabilillah."

Syiekh menjelaskan bahawa agama Islam bukan disebar dengan menggunakan pedang. Beliau telah mengkritik orang Islam kerana tidak benar-benar berusaha menyebarkan dakwah Islam dengan katanya "Kita lalai menyebarkan agama kita dengan nisbah 1:1000 jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh pendakwah agama-agama lain". Disinilah terletaknya Jihad yang terpenting iaitu menyebarkan agama Islam menggunakan kepakaran masing-masing. Beliau juga menyeru umat Islam menggunakan teknologi internet didalam menyampai dakwah Islamiyah. Beliau telah mengemukakan 13 pembahagian Jihad yang telah dipopularkan oleh Ibn al-Qayyim rh.

Diantaranya yang sebut adalah Jihad al-Nafs, Jihad Islah didalam masyarakat menentang kefasadan (korupsi) dan Jihad terhadap orang kafir dengan berdakwah kepada mereka. Kesemua ini akan berterusan sehinggalah kehari Kiamat. al-Qaradhawi mengatakan bahawa al-Quran telah mengelar Jihad Dakwah dengan nama Jihad alKabir, dimana buktinya bahawa Nabi berdakwah dikalangan bukan Islam selama 13 tahun di Makkah dengan sabar didalam menghadapi ancaman kaum Kufar dan Musyrikin, tanpa menentang mereka dengan senjata atau pedang.

Allah swt telah mensyariatkan Jihad setelah Nabi :saw berhijrah ke Madinah bagi mempertahankan diri, memelihara agama dan mewujudkan kebebasan berakidah. Jihad ini bukanlah bermaksud menyerang keatas orang lain. Beliau menyelar tuduhan orientalis yang mengatakan Islam disebarkan melalui pedang. Kedatangan Islam di Nusantara (Tanah Melayu, Brunei, Indonesia, dsb) adalah dibawa oleh pedagang, dengan menunjukkan contoh akhlak dan ikutan yang baik kepada penduduknya. Agama Islam sendiri membawa slogan Tiada paksaan didalam Agama.

Ada seperkara yang menarik untuk dipaparkan disini adalah, beliau memetik firman Allah swt didalam surah al-Baqarah yang menyebut "Fitnah itu lebih dasyat dosanya dari membunuh" (والفتنة أشد من القت) , merujuk kepada makna "SYIRIK itu lebih dasyat dosanya dari membunuh". Ayat tersebut dipaparkan bersama-sama dengan syariat Jihad (berperang). Ayat ini selalu disalah gunakan oleh orang-orang Islam dengan makna "fitnah" yang difaham didalam masyarakat Melayu; mengadu domba, mengumpat, tikam belakang, dsb.

Diakhir ceramah beliau berkata :

لو طلبنا عشرة مسلمين يقاتلون في سبيل الله بأنفسهم لجاءنا ألف مسلم، ولو طلبنا عشرة يجاهدون في سبيل الله بالدعوة والمال لجاءنا واحد وربما لا يأتينا أحد
"Jika kita meminta 10 orang Islam berperang Fi Sabilillah dengan nyawa mereka, maka 1,000 orang Islam yang akan datang kepada kita, jika kita meminta 10 orang berJihad fi Sabilillah dengan berdakwah dan mengeluarkan harta mereka, maka akan datang kepada kami satu orang dan kemungkinan satu pun tidak datang".

kamin, Ahad, 10 Januari 2010