Iskandar Arief.
My baby boy. My ultimate gift.
Jumaat - 24/8/2012:
entering 37weeks.
mlm tu da rasa saket sket2. saket ngade2. masih bearable. masih minor. pagi ada appointment dgn doctor.doctor seluk. masha ALLAH saket. sampai sesak nafas. menggeletek tahan saket. suami dkt dpn pandang sayu.
doc ckp dah bukak 1cm. kalau sampai isnin xbersalin jugak doc nak induce. aku xtau nak rasa ape.best ke. sedeh ke. mcm perlu ke baby ni kene paksa.xboleh ke tunggu dia sendiri keluar secara natural.tapi doc kate since baby aku besar. 3.65kg masa tu. so risiko tunggu lame2 dlm perot. xpasal kene czer..
call ibu. aku menanges. menanges yg xtau nk explain. happy sbb xsabar nk jumpe baby. takut, nerves. sume ade.
Sabtu - 25/8/2012:
masih xde rasa saket yg sakettt. boleh merayau dan jalan2. pow husband tudung express. sebab aku rasa senang nnt org nk dtg ziarah. aku sarung je. hehe.
mak n adek aku dtg rumah. stand by. dorang mmg xsbr. bile aku balik umah adek aku tanye kenapa aku xpegi hospital lagi. haha. sabo la kot ye pon.
Ahad - 26/8/2012:
Aku n husband buat solat hajat. moga dipermudahkan segala urusan. either induce or natural way. mohon Allah lancarkan semuanya. selamatkan semuanya.
malam tu aku peluk husband. itu mlm terakhir ktorang berdua. lepas ni dah bertiga. mcm xpercaya esok aku akn jumpe anak aku. Insha Allah.
Isnin - 27/8/2012:
suami kejutkan awal pagi. suami cium pipi. kalau sebelum ni aku curi2 tido balik. pura2 tak sedar dia kejutkan.tapi tak pagi tu. aku mmg da bangun dulu. sebab sepanjang malam aku xlena tido pon. dok fikir mcm2. baby pon gerak lain dari biasa. lain. sangat lain. aku assumed dia korek lubang buat jalan kot.dalam hati aku harap karang doc check bukaan dah 7cm. LOL.
sampai hospital. suasana sayu. hening je pagi tu rasa. 7.00 pagi aku da masuk hospital. nurse bawak naik bilik. ktorang laki bini explore bilik tu. tgk tgkp. tgk bilik air. duduk katil. amek gambar. perangai ktorang tiap kali masuk hotel mcm tu. eh tp ni hospital. still ktorang buat perangai mcm tu.
8.00 am- bidan masuk. cek bukaan. xsaket pon bidan tu seluk. xrasa ape. maybe sbb aku da biasa buat perineum massage since 7month. bidan ckp still 1cm. hah aku bajet td da 8. kakaka
8.30am- bidan masuk lagi. dia kate nak induce. tp b4 tu dia masuk ubat berak dl. 5minit bende tu masuk dlm punggung. mencecet aku masuk toilet.
9 am- bidan induced. aku xdibenarkan bangun dlm masa 1jam. dia kate dlm masa sejam ubat tu akan tindak balas. n lepastu aku akn rasa saket. tp 15 minit lps tu aku da rasa saket. saket yg kerap.
around 11am- nurse masuk tanye aku ok x. dia nk offer pethadine. aku tanye nurse dl bape price. nurse kuar balik tanye kaunter. hehe. aku tak ingat dah bape harga.tapi murah je. so aku proceed.
pethadine xilangkan rasa saket aku pon. cume buat aku mengantok. banyak kali jugak aku lelap. tapi still rasa saket. bekerut2 dahi tahan saket dalam tido.
bila xtahan aku roam dlm bilik. tiap kali contraction dtg aku begayut kat husband. husband peluk, usap2 bdn. tenang tapi tak dpt hilangkan rasa saket.
1pm: doc dtg. dia seluk. aku tak paham kenapa dia seluk aku rasa saket mcm nk mati. saket giler. lagi saket dr contraction. padahal bidan td buat aku xrasa ape pon. doc said dah bukak 4cm. dia kate dah active labor. dia suggest aku amek epidural kalau aku xtahan sgt. mslhnye td aku tahan. lepas dia seluk aku terus rasa xleh tahan. aku mintak doc proceed dgn epidural.
pegi labor room naik wheelchair. saket oih. kerap sgt. pasang ctg tiap 3 saat naik 100. wan usap2 dahi while aku mengerang. "saket b. tak tahan. doc mana". tu je aku ulang smpai doc smpai.
doc sampai dia pesan kalau conraction dtg btau. sbb dia xleh nk cucuk time tu. byk kali jugak delay. contraction kerap sgt. bile doc dpt cucuk aku xrasa saket pn. cume tekejut. alhmdllh lepas amek epi aku da xrasa ape. langsung xrasa saket. kaki kebas.
dalam labor room dok bersantai2. makan nasik goreng dgn husband. buat mcm xde mende. aku tgk ctg machine tu asek2 naik smpai 30-40 je. aikk. da aku pakai epidural dia leh pulak byk tu je naik. makin belagak la aku. haha
6.30pm: doc fatimah masuk lagi. cek bukaan dah 8cm. aku belagak lagi sbb xrasa pepe.
lepas maghrib, time wan g smbhyg nurse n midwife dtg kt aku. siap2kan sume. ikat kaki aku. husband dtg then ckp nk abeskan masa2 terakhir bedua. n dia sangat xsabar nk tgk muka baby.
dlm 8pm: doc smpai. aku mmg xdpt rasa hint utk teran. doc suh ikut arahan. aku push bila bidan soh push.
dalam 3 kali push keluar kepala. lepas kuar kepala baru la aku ade rasa nk meneran. aku ckp kt doc aku nk teran. pehtu aku rasa bdn aku begegar. begoyang time baby kuar. dengor suara dia nanges. kuat.terus kempis perot. haha.
8.18pm. berat 3.95kg.
doctor letak baby atas perot. aku bg salam. tahan sebak. wan da ready nk rasmikan baby dgn memotong tali pusat. lepastu baby di bawak pergi. wan ikut sbb nk check APGAR. pekebenda tah ni. dia da research sesiap ape newbe daddy kene buat.
aku sorang2 dgn doctor. doctor jahit bwh. aku smpt tanye bape cm. dia ckp dlm 3cm. aku ckp kt dia, naseb baik aku dgr ckp dia nk induce. kalau nk tunggu baby ni kuar natural, tah bape kilo lah.
Allah know best.
Alhamdulillah.
insha allah nanti aku sambung kejadian lepas siap di jahit.