tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 21 Disember 2009

ANWAR SENDIRI AKUI KELANTAN TIDAK LAYAK TERIMA ROYALTI MINYAK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung mengakui Kelantan memang tidak berhak menerima royalti minyak apabila beliau membawa usul meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sekiranya kerajaan Kelantan berhak untuk menerimanya, ia perlu dibawa ke mahkamah, bukannya dengan meminda undang-undang bagi memberi takrifan perkataan ‘di luar pantai’.

Beliau berkata, pindaan tersebut jelas menunjukkan pakatan pembangkang mahu royalti diberi walaupun mereka tidak berhak kerana kesemua pelantar minyak dan gas itu berada di luar 5.56 kilometer (3 batu nautika) dari pesisir pantai.

“Di Dewan Rakyat baru-baru ini Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang edar rang undang-undang persendirian (private bill) tetapi tidak sempat untuk dibincangkan kerana kesuntukan masa.

“Dalam rang undang-undang itu, beliau jelas mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

“Jadi ini bermakna Anwar terima hakikat bahawa sebenarnya berdasarkan undang-undang ini, Kelantan tak layak. Ini pengakuan secara tidak langsung oleh Ketua Pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Perkhidmatan Awam Persekutuan negeri ini di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengedarkan salinan rang undang-undang tersebut.

Berikutan petikannya:

“Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan memotong tanda noktah dan memasukkan perkataan-perkataan berikut: “dan perkataan ‘di luar pantai’ bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada dalam had ZEE bagi Persekutuan dan diukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan”.

“Pindaan ini juga bertujuan mengelak kekaburan di masa hadapan agar suatu regim fiskal yang jelas dapat ditentukan dalam industri minyak dan gas – pertikaian masa kini di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri khususnya Kelantan dan Terengganu memberi isyarat negatif kepada pelabur dalam sektor minyak dan gas di masa depan.”

Isu minyak menjadi polemik yang berpanjangan apabila kerajaan Pas Kelantan mendakwa mereka dizalimi kerana tidak diberi hak yang termaktub dalam undang-undang disebabkan kawasan penggalian minyak dan gas itu berada dalam kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pada 4 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Parlimen bahawa kerajaan Pusat bersetuju memberi wang ihsan kepada negeri itu tetapi tidak dapat diterima kepimpinan Pas Kelantan.

Mustapa berkata, wang ihsan itu akan disalurkan kepada negeri ini pada awal tahun depan selepas Petronas mengumumkan jumlah pengeluaran dari telaga PM301.

“Yang penting Petronas kena maklumkan berapa pengeluaran sebenar setelah ditentukan jumlah pengeluaran, baru diketahui jumlah pendapatan dan wang ihsan.

“Setelah itu kerajaan Pusat akan tentukan wang ihsan dan proses seterusnya membincangkan kaedah penyampaian wang ihsan dan projek bersama dengan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Awang Adek turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kelantan tidak membawa perkara tersebut ke mahkamah.

“Bagi saya ini cukup jelas buktinya, mengapa hendak bentangkan pindaan rang undang-undang kalau sudah layak.

“Bawa pergi ke mahkamah cukuplah, kalau itu (usul pindaan rang undang-undang) dibuat dia tahu undang-undang tidak benarkan,” katanya.

PEMIMPIN DAP HARUS DIDAKWA

Pemuda Barisan Nasional (BN) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta polis menyelesaikan cepat siasatan terhadap pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan menghasut dan mendakwa mereka di mahkamah dengan segera.

Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi, berkata pihak berkuasa patut mendakwa Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengikut Akta Hasutan 1948.

“Mereka mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang menimbulkan rasa tidak senang kaum lain.

“Bukan saja orang Melayu, kaum Cina dan India juga melahirkan rasa terkejut mereka dengan kenyataan pemimpin DAP.

“Kulasegaran dan Nga patut memohon maaf secara terbuka atau polis mendakwa mereka,” katanya selepas bantahan aman berhampiran Wisma DAP Perak di sini, semalam.

Sebelum itu, jam 3.40 petang semalam, hampir 200 ahli Pemuda BN Perak berhimpun secara aman untuk menghantar surat kepada Kulasegaran dan Nga supaya memohon maaf.

Mereka melaungkan slogan 1Malaysia dan membawa pemidang meminta orang Melayu dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat menyuarakan pendirian terhadap kenyataan Kulasegaran dan Nga. Namun, pejabat DAP ditutup semalam kerana cuti hujung minggu.

Ahad, 20 Disember 2009

PKR MAKIN PARAH:LAGI AHLI PKR KELUAR PARTI



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu keluar parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN), semalam.

Perisytiharan keluar PKR itu diketuai bekas Pengerusi Penyelaras PKR DUN Ijok, Azmi Muhamad di hadapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro dalam satu majlis ringkas di Ijok.

Sebagai simbolik, Azmi dan beberapa bekas pemimpin PKR di DUN itu mencampakkan bendera dan baju tertera huruf `PKR’ ke dalam bakul sampah, sekali gus menyaksikan PKR DUN Ijok dibubarkan.

Azmi berkata, mereka membuat keputusan itu sempena semangat Maal Hijrah atas rasa penuh insaf untuk kembali ke pangkal jalan dan menentukan kemenangan mutlak BN pada PRU akan datang dan selepas menyedari tertipu dengan janji manis pemimpin PKR yang mengutamakan kepentingan peribadi.

"Saya masih ingat ucapan pertama Abdul Khalid selepas menang PRU dulu ialah untuk menjadikan Ijok maju seperti Klang tetapi selepas dua tahun memerintah, tiada apa pun perubahan. Kita sudah bagi masa yang cukup untuk kerajaan negeri mengubah Ijok tetapi ia tidak berlaku.

“Pengundi DUN Ijok perlu sedar perkara ini. Kita perlu tentukan pada pilihan raya akan datang BN kembali berkuasa di Ijok," katanya sambil turut mempersoalkan tindakan Abdul Khalid melantik pemimpin dari luar daerah itu menjadi wakilnya di Ijok.

Katanya, selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, Menteri Besar juga berjanji akan turun melawat DUN berkenaan seminggu sekali, tetapi ia juga tidak ditunaikan.

Sambil menyuarakan rasa kagum dengan sikap Noh yang melayan ahli PKR dengan baik walaupun tidak mengenali mereka, Azmi mengajak lebih ramai ahli PKR keluar parti itu untuk menyertai BN.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau masih mengingati Azmi kerana bekas pemimpin akar umbi PKR itu menahan kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melawat kawasan mengundi pada pilihan raya kecil Ijok.

Katanya, beliau gembira kerana Azmi dan ramai yang mengundi PKR pada pilihan raya umum lalu kini sudah kembali menyertai BN.

"Saya bagi pihak BN Selangor berterima kasih kepada Azmi dan rakannya. DUN Ijok kubu BN tetapi pada PRU lalu, nampaknya pengundi terpengaruh dengan janji manis PKR," katanya.

Sabtu, 19 Disember 2009

DAP SEBENARNYA LEBIH PERKAUMAN


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya mencermin diri dan parti itu terlebih dahulu sebelum dengan mudah menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.

Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kenyataan Guan Eng itu kerana kalau dikaji, orang ramai boleh menilai siapa sebenarnya seperti penjahat.

Jika Guan Eng menuduh Utusan Malaysia bersikap perkauman, bagaimana dengan parti DAP itu sendiri, apakah selama ini mereka tidak bersikap perkauman? Bagaimana dengan tindakan mereka ketika pilihan raya umum lalu yang berkempen bahawa kalau mengundi Gerakan dan MCA di Pulau Pinang ia sama seperti memberi kuasa kepada UMNO.

Apakah bukan satu tindakan seperti penjahat, apabila berkuasa sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng melarang akhbar Utusan Malaysia dan sebuah lagi akhbar arus perdana daripada menghadiri acara-acara kerajaan negeri?

Tidakkah tindakan tersebut boleh dianggap seperti penjahat kerana menghalang kebebasan media sedangkan Guan Eng dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkanglah yang begitu beria-ia bercakap soal kebebasan tersebut.

Kalau Guan Eng berfikiran terbuka sudah tentulah, beliau tidak akan menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Malah tindakan yang sama juga berlaku apabila pembangkang menguasai Perak selama 11 bulan. Sepanjang tempoh itu, DAP bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menghalang akhbar ini menghadiri majlis Kerajaan Negeri Perak.

Apakah boleh diterima apabila Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang dari parti itu, Koid Teng Guan yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas memperlekeh dan menghina Barisan Nasional (BN) ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sedang rancak berjalan, baru-baru ini.

Tidakkah perbuatan Teng Guan boleh menyinggung perasaan orang apabila dalam SMS yang ditulis dalam bahasa Cina, dia menyeru rakyat Pulau Pinang untuk 'kebumikan' BN dan bersembahyang untuk roh mereka pada perayaan 'Qing Ming'.

Walaupun Teng Guan sudah memohon maaf tetapi adakah Guan Eng yang ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd. Aziz membiarkan sahaja wakil rakyat seumpama itu?

Apakah seseorang itu tidak boleh disamakan seperti penjahat apabila sebagai seorang yang berkuasa dalam sesebuah parti membiarkan sahaja ahli-ahlinya melakukan perbuatan biadap memijak gambar-gambar wakil rakyat yang mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat Bebas di Perak.

Penulis hanya mengambil beberapa contoh bagi menunjukkan bagaimana Guan Eng tidak layak untuk sewenang-wenangnya menyamakan mana-mana pihak termasuk akhbar ini seperti penjahat.

Hakikatnya, Guan Eng harus mengaku sahaja bahawa beliau sebenarnya bimbang dengan laporan-laporan akhbar seperti Utusan Malaysia yang boleh membuatkan rakyat mengetahui fakta sebenarnya.

Kalau hendak bercakap soal perkauman, Guan Eng sepatutnya mengkaji dahulu laporan-laporan akhbar Cina, apakah mereka itu tidak perkauman? Adakah kerana memperjuangkan nasib sesuatu kaum itu apatah lagi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara dianggap perkauman? Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar Tamil yang turut memaparkan masalah masyarakat India, adakah itu tidak perkauman?

Menuduh sesuatu media mengamalkan perkauman adalah taktik yang acap kali digunakan oleh parti pembangkang bagi mengelakkan rakyat terus membaca akhbar-akhbar arus perdana yang hanya menyiarkan kebenaran dan fakta sebenar berhubung sesuatu perkara serta mendedahkan dakyah pembangkang.

Oleh itu, istilah perkauman dan fitnah yang digunakan oleh Guan Eng boleh dipertikaikan kerana sasaran serangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya kepada Utusan Malaysia bukannya akhbar-akhbar berbahasa Cina atau Tamil.

Kalau Guan Eng berniat baik hendak menasihatkan orang supaya 'menjauhi penjahat', maka beliau juga harus bersedia bersikap baik bagi memperbetulkan semula kenyataannya berhubung perkara itu.

Ia memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah menafikan bahawa beliau hanya menegur Utusan Malaysia berkenaan isu perkauman, sebaliknya peringatan supaya menjaga sensitiviti kaum itu ditujukan kepada semua pengamal media di negara itu.

Bukankah kenyataan bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi dibuat bagi mengulas kenyataan Nazri yang terdahulu?

Seperkara lagi, tidak perlulah Guan Eng berfikiran dangkal apabila mendakwa tindakan akhbar ini telah mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah.

Inilah sikap yang bak kata orang, 'gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tidak nampak'. Guan Eng harus lebih banyak menghabiskan masa untuk mengkaji blog- blog. Melalui tindakan itu beliau akan mendapati berapa banyak blog pro pembangkang yang menyebarkan fitnah kepada kerajaan dan media arus perdana.

Tetapi malangnya Guan Eng mungkin tidak akan berbuat demikian kerana beliau tahu terdapat banyak blog dan media baru yang bukan sahaja menyokong DAP serta parti pembangkang tetapi lebih banyak menyiarkan artikel-artikel bersikap perkauman.

Berdasarkan hujah itu, seruan Guan Eng supaya akhbar ini lebih bertanggungjawab kerana laporan yang dibuat boleh merosakkan perpaduan negara tidak perlu dilayan.

Biarlah Guan Eng fikirkan sendiri wajar atau tidak kenyataan sedemikian, sedangkan pada masa yang sama lebih banyak media lain yang dilihat bersikap perkauman.

Apa pun hujahnya, demikianlah sikap pemimpin-pemimpin DAP dan parti pembangkang. Mereka lebih suka mencari salah orang lain daripada mengkaji kelemahan diri sendiri.

Bagi pemimpin seperti Guan Eng dalam apa juga hal hanya mereka sahaja yang betul, mereka sahaja tidak perkauman dan mereka sahaja bercakap benar.

Tetapi Guan Eng tidak harus lupa banyak tindak-tanduk DAP sama ada di peringkat pusat mahupun di Pulau Pinang boleh membuka laluan untuk mana-mana pihak (termasuk dalam blog-blog dan ahli politik) untuk menyamakan parti itu ''seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.''

Sama ada persepsi itu benar atau tidak, ia soal kedua memandangkan persepsilah yang memungkinkan parti pembangkang memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu termasuk di Pulau Pinang.

Jumaat, 18 Disember 2009

TRAGEDI MALAM 14 DECEMBER:PERLU TINDAKAN TEGAS PADA AHLI PARLIMEN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Apa akan terjadi seandainya BN tewas bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu dan ini merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil pada ahli parlimen BN yang mengabaikan tanggungjawab untuk hadir pada sesi undian berkenaan.Seharusnya ahli ahli parlimen BN perlu bertanggungjawab pada rakyat yang telah memberikan amanah pada mereka untuk membela nasib mereka.

Sekiranya BN tewas pada malam itu sudah tentu BN akan kehilangan kuasa hanya kerana sikap tidak bertanggungjawab ahli ahli parlimen BN.Jadi amat wajar sekali PM mengambil tindakan pada ahli parlimen BN yang tidak bertanggungjawab ini.

Memang sudah sedia maklum yang pembangkang akan menggunakan apa cara sekalipun untuk menghancurkan BN walau pun kegagalan meluluskan Bajet 2010 berkenaan akan membawa implikasi yang sangat besar pada pentadbiran negara.Yang menghairankan ada pemimpin pembangkang yang bergelar seorang ulama sanggup bersama dengan ejen ejen yahudi untuk melingkupkan negara ini dengan mengikut telunjuk mereka yang mahu melingkupkan negara ini.Mana perpaduan yang dilaungkan oleh mereka selama ini.

ulasan:

Dalam hARAKah hari ni di sebut pasal peristiwa mlm 14 Dec ni..habis di bantainya Bn sebab ponteng..di tunjukkan bahawa BN tak buat kerja & mengabaikan tugas sebagai ahli parlimen..

tapi hARAKah lupa, ahli parlimen drp PAS-PKR-DAP juga ramai yg tidak hadir tetapi hARAKah pandai menggelapkan berita ni.

Dalam SINAR hari ni menyebut Azmin Ali kata ahli-ahli Parlimen BN mcm budak-budak..tapi diri sendiri pun tak datang..

itulah hakikat pembangkang kuman seberang laut nampak..diri sendiri penuh dgn taik tak dapek nak bau..

walaubagaimanapun, PM Najib kena bertegas dlm soal ini..dah 2 kali dah kena mcm ni..

Nak ke PM baru Anwar Aljuburi??..pikir-pikirkan lah..

taugehbengkok berkata...

Inilah NKRA dan KPI yg diwarwarkan tu..PM kena berani ambil tindakan terhadap mereka2 yg gagal menghadirkan diri tanpa sebab yg jelas dan kuat, agar keadaan spt ini tidak berulang lagi. Syukur pd Allah swt kerana dgn pertolongannya, mampu juga menang dgn hanya 3 (tiga) undi!! Apa nk jadi dgn MP BN ni. Langsung tak mahu fikirkan betapa pentingnya setiap kehadiran mereka. Jika inilah sikap mereka,jgn hairanlah jika PR13 nnt, landscap politik tanah air ini akan berubah terus. Jika kuasa dh hilang, jgn haraplah akan dapat balik dgn begitu mudah sebagaimana mudahnya mereka memberikan sumbangan agar negara ini diterajui mereka.

Khamis, 17 Disember 2009

DEBARAN 14 DECEMBER,KERAJAAN BN HAMPIR TERSUNGKUR

Cerita debaran Isnin malam di Dewan Rakyat yang menyaksikan BN berjaya mendapat kelulusan bajet 2010 dengan hanya kelebihan tiga undi masih belum reda.

Di pihak pembangkang, banyak juga ceritanya.Penyokong mereka kecewa kerana Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir dalam jumlah yang penuh kerana jika itu berlaku keputusan pengundian mungkin akan menyaksikan keadaan yang amat menyulitkan pihak kerajaan.

Apabila berita tersebut disiarkan, pelbagai komen diberikan.
Ada yang kecewa dengan perkara berlaku dan tidak kurang juga mahu mengetahui siapakah kalangan Ahli Parlimen BN yang hadir pada malam pengundian dijalankan.

Berdasarkan rekod Parlimen, daripada 66 Ahli Parlimen BN yang hadir, tujuh orang adalah Menteri, 20 Timbalan, dua Timbalan Speaker dan 37 ahli penyokong kerajaan (BNBBC).

Tujuh menteri tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat, Menteri di JPM, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manakala Timbalan Menteri yang hadir pula ialah Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Datuk Wira Johari Baharom, Datuk Wira Abu Seman Haji Yusop, Datuk Yong Khoon Seng, Datuk Rohani Karim, Datuk Wira Chor Chee Heung, Wee Jeck Seng, Datuk Robert Lau, Datuk Joseph Salang Gandum, Joseph Entulu Belaun, Datuk Dr Wee Ka Siong, Jelaing Mersat, Fadillah Yusof, Datuk Tan Lian Hoe, Saifuddin Abdullah, Datuk Hassan Malek, Datuk Abdul Rahim Bakri, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk M. Saravanan dan Datuk Liew Vui Keong.

Menariknya bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abd Taib (Kota Samarahan) yang kini berstatus penyokong kerajaan turut hadir menyokong kelulusan bajet berkenaan.

Selain beliau, Ahli BNBBC yang berjumlah 80 orang semuanya, yang hadir cuma seramai 37 sahaja yang hadir manakala tidak hadir seramai 41 orang.

Mereka ialah Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fakri Kuala Nerus), Datuk Abdul Manan Ismail (Paya Besar), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Abd Rahman Dahlan (Kota Belud), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Yussof Mahal (Labuan), Datuk Abd Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Lillah Yasin (Jempol), Datuk Raime Unggi (Tenom), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Hasbi Habibollah (Limbang), Sairingan Gubat (Ranau).

Mohd Nizar Zakaria (Parit), Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Chua Tee Yong (Labis), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Matulidi Jusoh (Dungun), Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading), Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru).

Datuk Ismail Abd Mutalib (Maran), Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Baharum Mohamed (Sekijang), Datuk Dr Abdullah Md Zin (Besut), Datuk Ismail Kasim (Arau), William@Nyallau Badak (Lubok Antu), Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Halimah Sadidque (Tenggara), Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Dua lagi Timbalan Speaker iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) dan Datuk Ronald Kiandee (Beluran) turut mengundi atas kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen BN dan penyokong kerajaan.

Di pihak pembangkang pula, seramai tujuh Ahli Parlimen PKR tidak hadir iaitu Azmin Ali (Gombak) , Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) , Datuk Zainal Abidin Ahmad (Hulu Selangor) , Dr Lee Boon Chye (Gopeng) , Manickavasagam (Kapar) , Datuk Zaharin Hashim (Bayan Baru) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) .

Tujuh Ahli Parlimen DAP yang turut tidak hadir ialah Lim Guan Eng (Bagan) , Jeff Ooi (Jelutong) , Dr. Ramasamy (Batu Kawan) , Teresa Kok (Seputeh) dan Choe Ken Yow, Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan Gobind Sing Deo (Puchong) yang kini menjalani hukuman penggantungan satu tahun.

PAS pula Ahli Parlimennya tidak hadir iaitu Mahfuz Omar (Pokok Sena) , Dr Che Rosli (Hulu Langat), Mujahid Yusof Rawa( Parit Buntar) , Datuk Taib Azamuddin (Baling)

APA SUDAH JADI DENGAN AHLI PARLIMEN BN....KENAPA PERKARA YANG TERLALU PENTING HANYA DIAMBIL RINGAN SEDANGKAN KELULUSAN BAJET ADALAH SESUATU YANG SANGAT PENTING.....APAKAH MEREKA SUDAH MERASA SELESA SELAMA INI?APA AKAN TERJADI SEKIRANYA PEMBANGKANG MENGUASAI MAJORITI PADA MALAM ITU????

PAS KORBANKAN SEGALANYA

"Marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema muktamar kali ini iaitu, Islam memimpin perubahan. Pas ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat."

Kata-kata ini dilafazkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jun lalu.

Berdasarkan kepada ucapan ini, Pas mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin menjadi parti utama di pentas politik nasional.

Tetapi semua impian Pas itu hanya akan menjadi sekadar impian jika Konvensyen Pakatan Pembangkang pada Sabtu ini merealisasikan matlamat pakatan itu mewujudkan satu landasan gabungan parti yang mutlak bagi menentang Barisan Nasional (BN). Ia bermakna PKR, DAP dan Pas akan bertanding dalam pilihan raya dengan satu lambang dan satu manifesto.

Kalaulah kewujudan gabungan satu parti itu menjadi kenyataan maka impian Pas untuk mencapai matlamat 'Islam memimpin perubahan' seperti mana dilaungkan oleh Abdul Hadi hanya akan tinggal impian semata-mata.

Ia kerana PKR dan DAP sudah pasti tidak akan membenarkan matlamat Pas itu berlaku. Mana mungkin PKR yang memperjuangkan ideologi keadilan untuk semua manakala DAP dengan konsep Malaysian-Malaysia akan membuka laluan kepada Pas menjadi parti utama yang memimpin.

Mungkin Pas boleh berbuat demikian jika secara tersendiri memiliki kerusi Parlimen lebih banyak daripada kedua-dua parti itu. Tetapi persoalannya jika sudah bergabung dalam satu parti, apakah Pas masih mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan? Apakah benar PKR akan mengizinkan Pas memilih kerusi yang ia mahukan? Atau DAP akan merelakan Pas bertanding lebih banyak kerusi berbanding mereka?

Atas sebab itulah, konvensyen tersebut tidak boleh dipandang ringan oleh kepimpinan dan penyokong Pas. Mungkin mereka berasa bangga kerana mampu menyertai konvensyen yang pertama kali menunjukkan perpaduan antara semua parti pembangkang tetapi Pas harus ingat bahawa di dalamnya juga mengandungi pelbagai taktik dan manuver politik yang sudah disediakan oleh PKR dan DAP.

Oleh itu sebarang keputusan atau persetujuan yang hendak diberikan dalam konvensyen berkenaan terutamanya melibatkan penubuhan satu parti haruslah berteraskan kepada prinsip ia tidak akan menguburkan dasar perjuangan asal Pas.

Untuk rekod Fasal 3 Perlembagaan Pas menegaskan, dasar Pas adalah Islam, Fasal 4 menyatakan seruan Pas adalah Allahuakbar. Fasal 5 pula menegakkan bahawa tujuan (matlamat) perjuangan Pas ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah dan mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Persoalannya apakah akan berlaku kepada fasal-fasal ini jika Pas bersetuju bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk mengibarkan panji-panji satu parti hanya semata-mata untuk menumbangkan BN? Inilah antara implikasi yang harus difikirkan oleh Pas dengan semasak-masaknya.

Mereka tidak harus terlalu ghairah mahukan kuasa politik bersama-sama dengan PKR dan DAP sehingga akhirnya terpaksa mengorbankan dasar perjuangan parti itu. Entah untuk ke berapa kalinya, Pas harus diperingatkan bahawa mereka bukanlah sebuah parti yang 'melukut di tepi gantang'.

Pas mempunyai kekuatan dan kemampuan sendiri dan ia sudah dibuktikan dalam pilihan raya-pilihan raya yang disertainya sejak penubuhannya pada tahun 1951.

Selama ini Pas sudah membuktikan bahawa mereka boleh hidup tanpa PKR dan DAP tetapi kedua-dua parti itu terutamanya PKR belum tentu mampu hidup tanpa Pas. Berbanding Pas, kedua-dua parti tersebut lebih memerlukan Pas.

Ia kerana Pas adalah sebuah parti politik yang mempunyai kredibiliti dan karisma yang tersendiri. Atas sebab itulah suatu ketika Abdul Hadi mampu menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan dari semasa ke semasa terus melebarkan pengaruhnya di negeri-negeri.

Lebih daripada itu dengan berjuang sendiri dalam pilihan raya, Pas dilihat mempunyai 'advantage' dan menjadi alternatif di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu bila mana BN meletakkan calon bukan Melayu. Tetapi soalnya, kalaulah mereka bergabung, adakah PKR dan DAP akan membenarkan penguasaan Pas terus diperluaskan?

Seperkara lagi yang harus difikirkan ialah berbanding dengan pemimpin PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin Pas lebih jauh dihormati dan mempunyai karisma tersendiri sehingga ia diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.

Pemimpin Pas tidak lagi dilihat sebagai kelompok yang berjubah dan berserban, sebaliknya pemimpin Islam sederhana.

Tetapi malangnya di dalam Pas sendiri, terdapat sesetengah pemimpin dan ahlinya lebih suka 'mendewa-dewakan' pemimpin parti pembangkang lain terutamanya daripada PKR. Malah ada antara mereka menganggap kalau pemimpin tertentu dalam PKR tidak ada, sudah pasti ia akan menjejaskan kekuatan Pas dan pembangkang.

Soalnya, apakah selama berpuluh tahun Pas berjuang di pentas politik tanah air, Pas bergantung kepada pemimpin parti lain?

Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, Pas adalah sebuah parti yang sebenarnya mempunyai potensi strategik yang jauh lebih baik berbanding dengan PKR dan DAP kerana fundamental Pas berupaya mewakili kehendaki majoriti rakyat negara ini iaitu Melayu-Islam.

''Semenjak Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR tidak dilihat sebagai mampu mendokong gagasan Islam lantaran kerana orientasi matlamat dalam parti ini adalah berbeza antara kaum manakala DAP pula sudah pastilah jauh sekali,'' katanya ketika dihubungi.

Pendek kata, Pas adalah parti yang mempunyai kekuatan tersendiri sama ada dari segi kepimpinan mahupun organisasi. Pas boleh bertarung habis-habisan dalam pilihan raya biarpun hanya bersendirian, oleh itu kenapa perlu Pas tergopoh-gapah hendak bersama-sama PKR dan DAP bergabung dalam satu parti?

Pas harus ingat ketika ini mereka agak bebas membuat teguran jika ada mana-mana pemimpin PKR atau DAP melakukan tindakan di luar tata susila, termasuklah mempertikaikan hak Melayu dan kepentingan Islam atau bertindak biadap memijak gambar mana-mana pemimpin politik.

Tetapi apakah selepas ini setelah secara rasmi berada dalam satu parti, Pas akan mampu membuat teguran terhadap sebarang tindakan biadap kedua-dua parti itu? Sudah tentu tidak!

Ia kerana apabila Pas sudah menerima piagam kerjasama melalui penggabungan dalam satu parti, maka lenyaplah suara mutlak Pas.

Mereka tidak boleh lagi menggariskan sebarang matlamat perjuangan, agenda atau impian secara bersendiria,nsebaliknya perlu mendapat 'restu' daripada PKR dan DAP. Adakah ini yang dimahukan oleh pemimpin dan penyokong Pas? Terserahlah kepada mereka untuk memikirkannya.

Ahad, 13 Disember 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA:APAKAH PAS AKAN TERPEDAYA

LANGKAH menubuhkan sebuah pakatan dan berjuang dengan satu nama serta lambang mungkin sudah lama diimpikan oleh gabungan parti pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Matlamatnya ialah supaya kononnya rakyat akan mempunyai pilihan selain Barisan Nasional (BN). Tetapi persoalannya apakah mungkin tiga buat parti yang mempunyai tiga matlamat yang berbeza mampu mewujudkan satu piagam perjuangan?

Inilah cita-cita dan matlamat PKR, DAP dan Pas apabila mereka dijadualkan mengadakan konvensyen pakatan pembangkang pada 19 Disember ini.

Kalaulah konvensyen itu yang dijangka diadakan di Shah Alam tersebut, mencapai persetujuan menubuhkan satu parti siapa yang akan untung dan siapakah yang akan rugi? Atau lebih lagi siapakah yang hanya akan menjadi pak turut dan siapa pula yang akan menjadi 'taiko' (ketua) sepenuhnya?

Menyentuh perkara ini, penulis diberitahu sudah ada kebimbangan ketara di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli Pas mengenai arah tuju perjuangan parti itu apabila penubuhan satu parti di kalangan pembangkang menjadi kenyataan.

Kebimbangan itu seperti mana kata seorang pemimpin muda Pas adalah berkisar kepada persoalan apakah ia menguntungkan parti itu atau Pas hanya akan menjadi mangsa agenda politik PKR dan DAP.

Hujah ini berasaskan kepada ada kelompok di dalam Pas terutamanya di kalangan pemimpinnya sendiri yang khuatir bahawa agenda mewujudkan satu parti itu hanyalah usaha yang akhirnya akan merugikan Pas.

''Perkara paling kita bimbang ialah perjuangan Islam Pas dan adakah suara Pas akan didengari lagi? Ia kerana apabila Pas bergabung dalam satu parti maka sudah tentulah ia harus mengikut apa sahaja yang diputuskan berdasarkan kepada semangat satu parti.

"Ertinya Pas tidak boleh mempertegaskan mengenai perjuangan Islamnya dan membela nasib orang Melayu. Lebih daripada itu sehebat manapun pengaruh Pas, kami tidak boleh tawar menawar bagi pembahagian kerusi,'' katanya ketika dihubungi.

Inilah antara perkara penting yang harus difikirkan oleh pemimpin dan perwakilan Pas yang akan mengikuti konvensyen berkenaan.

Mereka tidak harus tenggelam dalam keghairahan 'semangat 1 parti' yang akhirnya menyebabkan Pas mengalami kerugian politik di belakang hari.

Mungkin bagi merealisasikan matlamat itu pemimpin PKR dan DAP boleh menjanjikan apa sahaja yang baik-baik untuk Pas tetapi persoalannya adakah ia ditunaikan?

Membantah

Bagaimana pula jika PKR menuntut kerusi di kawasan yang menjadi kubu Pas kerana ia dianggap selamat, adakah ketika itu Pas mampu membantah sedangkan mereka terikat dengan 'semangat 1 parti'.

Politik tetap politik, ia mempunyai seribu satu seni bagi memungkinkan segala terjadi. Begitulah juga nasib Pas, apabila sudah termeterai perjanjian dalam satu parti maka semangat 1 parti itu harus dituruti, tiadalah cadangan, tiada lagi bantahan.

PKR dan DAP akan mendominasi sepenuhnya pakatan pembangkang manakala Pas seperti biasa akan terus menjadi 'pak turut'. Apa yang diperkatakan ini bukanlah andaian kosong tetapi lihat apa yang berlaku di Perak ketika Pas yang menjadi Menteri Besar dan di Selangor, Pas berada dalam barisan exco.

Suara Pas seolah-olah tidak dihargai oleh PKR dan DAP. Apa sahaja cadangan Pas bagi sekurang-kurangnya menyelitkan semangat perjuangan parti itu dipinggirkan begitu sahaja.

Mungkin ada di kalangan pemimpin Pas terutamanya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan PKR akan mendakwa semua ini adalah usaha bagi memecah belahkan parti pembangkang.

Itulah adalah hak mereka untuk membuat penilaian tetapi dalam masa yang sama pemimpin Pas yang lain dan penyokongnya berhak diberi ruang untuk berfikir dengan semasak-masaknya soal bergabung dalam satu parti ini.

Mereka harus mengkaji, apakah kerana semata-mata mahu menumbangkan BN, maka matlamat perjuangan parti harus dikorbankan. Bekerjasama dalam satu pakatan seperti mana sekarang bukanlah satu kesalahan tetapi jangan sampai ia mempunyai perjanjian rasmi yang tidak boleh mendatangkan faedah kepada Pas.

Hakikatnya Pas bukanlah parti yang lemah, malah ia mempunyai kekuatan dan penyokong sendiri. Berdasarkan kekuatan itulah Pas menjadi parti yang unggul sehingga mampu memerintah Kedah dan Kelantan sekarang dan suatu ketika di Terengganu. Justeru kenapa perlu pemimpin-pemimpin Pas mahu mengambil langkah yang kemudian harinya boleh menyebabkan parti itu ibarat melukut di tepi gantang sahaja.

Walaupun Pas selama ini bekerjasama dengan DAP dan PKR tetapi Pas tidak bergantung kepada kekuatan kedua-dua parti itu, malah Pas mampu berdikari. Pengaruh Pas adalah jauh lebih baik berbanding kedua-dua parti itu terutamanya kalau hendak dibandingkan dengan PKR.

Mungkin DAP mempunyai penyokong sendiri di kalangan orang Cina tetapi bagaimana dengan PKR. Selama ini sebahagian besar kerusi yang mereka menangi bukan sahaja di kawasan yang suatu ketika ditandingi oleh Pas, malah ada juga kawasan yang diserahkan oleh Pas atas dasar persahabatan.

Kalau hendak bergantung kepada kekuatan PKR semata-mata parti itu sama sekali tidak mempunyai pengaruh apatah lagi kekuatan. Kemenangan mereka di kawasan-kawasan bukan Melayu bukan kerana penerimaan rakyat tetapi pada tahun 2008 mereka bernasib baik kerana protes rakyat terhadap kerajaan BN ketika itu.

Pemimpin-pemimpin PKR amat menyedari keadaan ini, atas sebab itulah demi survival politik parti itu, mereka harus memastikan ikatan dengan Pas terutamanya 'dikunci' melalui pelaksanaan satu parti.

Melalui cara ini, PKR dan DAP boleh menggunakan segala kelebihan yang ada pada Pas bagi mencapai cita-cita politik mereka terutamanya ketika musim pilihan raya.

PKR amat memahami mereka juga tidak mempunyai jentera pilihan raya yang kuat begitu juga DAP, selama ini hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah jentera-jentera Pas yang bertungkus lumus dalam pilihan raya.

'Ini bukan dakwaan tetapi ia sudah dibuktikan dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini. PKR dan DAP tidak mempunyai jentera pilihan raya yang agresif seperti Pas. Malah kalau pun yang bertanding itu calon PKR, jentera parti itu tidak berupaya melancarkan kempen-kempen seperti mana dilakukan oleh Pas.

Berdasarkan keadaan itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin Pas memikirkan semula sokongan mereka kepada sebarang hasrat mewujudkan satu parti di kalangan pembangkang. Mereka tidak boleh terburu-buru menerima cadangan itu hanya semata-mata dibuai oleh mimpi bahawa ia cara terbaik bagi menamatkan penguasaan politik BN.

Cubalah berfikir dengan jernih adakah PKR dan DAP akan membiarkan Pas mendapat lebih banyak kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya?

Jangan bercakap ia soal kesepakatan, apa gunanya kesepakatan kalau ia hanya merugikan Pas dan lebih buruk daripada itu menghancurkan matlamat perjuangan parti.

Jika Pas terlalu teruja dan mahu juga bergabung dalam satu parti bersama PKR dan DAP maka mereka juga harus bersedia tidak lagi menyebut soal gerakan Islam dan perjuangan Islam. Ia kerana apabila sudah berada dalam satu parti, maka semua langkah atau tindakan harus mendapat persetujuan secara sebulat suara, bukannya keputusan sebuah parti sahaja.

Oleh itu Pas harus berhati-hati dalam melahirkan sebarang komitmen ketika konvensyen itu nanti. Mereka boleh menghadiri konvensyen berkenaan tetapi jangan terperangkap dengan aksi-aksi politik PKR dan DAP yang amat memahami sejauh mana bergunanya Pas kepada mereka.

Ingatlah Pas boleh hidup tanpa PKR tetapi PKR belum tentu boleh hidup tanpa Pas, DAP mungkin boleh berjaya tanpa Pas tetapi kejayaan itu tidak akan sehebat apabila Pas bekerjasama dengan mereka. Inilah faktanya.

Sabtu, 12 Disember 2009

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA:PAS BERDIAM BILA DAP PERSOAL PERUNTUKAN MASJID

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri PAS berhubung kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempertikai peruntukan kerajaan untuk membina masjid.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak PAS tentang isu tersebut.

"Saya begitu sedih mengapa tidak ada apa-apa komen daripada kepimpinan tertinggi PAS terhadap isu peruntukan masjid ini.

"Ini menunjukkan perjuangan dan prinsip PAS terpaksa dikorbankan sekali lagi untuk jangka masa pendek," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena lawatan deligasi Parti Golkar Indonesia ke Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda Umno hari ini.

"Saya ingin lihat pendirian PAS, sama ada mereka ingin bersuara atau sekali lagi akan mempertahankan tindakan DAP," ujar Khairy.

Tambahnya, PAS seharusnya bangkit menyuarakan pendapat dan pendirian mereka dalam hal ini dan tidak hanya berdiam diri untuk mempertahankan DAP.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda turut mengecam dan tidak menerima penjelasan yang telah diberikan Nga yang mempersoalkan isu masjid itu.

Kelmarin, Nga mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Nga tidak menghormati perlembagaan persekutuan dan menyinggung sensitiviti agama di Malaysia.

"Pergerakan Pemuda Umno rasa penjelasan yang dibuat tidak boleh diterima. Nga tidak boleh mempersoal perbandingan peruntukan yang diberikan kepada masjid dengan rumah ibadat yang lain.

"Kami memahami perjuangan untuk menambah peruntukan rumah ibadat yang lain, itu tidak ada masalah kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan.

"Namun jika buat perbandingan dengan masjid, itu telah menjadi isu sensitif. Ini bukan kali pertama, DAP sudah berkali-kali tidak hormat sensitiviti agama di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera kepada Nga.

"Budaya seperti ini tidak melambangkan ketimuran dan memperlihatkan budaya politik yang tidak sihat," katanya.

Sementara itu, Khairy turut menepis laporan sebuah portal berita mengenai kemungkinan beliau akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan mengantikan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib.

"Itu adalah khabar angin semata-mata, saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan dengan khabar angin.

"Pada saya itu hanyalah spekulasi sahaja," katanya ketika diminta mengulas tentang isu tersebut.

Selasa lepas, sebuah portal berita melaporkan bahawa Khairy berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta agar MCA menyelesaikan masalah dalaman parti tersebut secepat mungkin bagi mengelakan kesan jangka masa panjang kepada Barisan Nasional.

"MCA perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka, Umno tidak boleh campur tangan dalam masalah yang dihadapi oleh MCA.

"Semakin lama masalah ini berlanjutan semakin hilang keyakinan masyarakat umum terutamanaya masyarakat cina," kata Khairy.

Khairy berkata, Umno tidak akan campur tangan namun MCA perlu menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Rabu, 18 November 2009

ANWAR NIZAR BARU=A:PENASIHAT EKONOMI ARAH MB BELI SYARIKAT YANG NAK LINGKUP

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan kontroversi untuk mengambil alih tanggungan hutan Talam Corporation berjumlah RM391.7 juta.Katanya, keputusan itu adalah urusan kerajaan negeri. Ia adalah satu keputusan yang sukar difahami kerana urusan ini memerlukan pemahaman yang tinggi dalam soal teknikal.Urusan ini menuntut seseorang yang memiliki tahap perakaunan yang tertentu untuk memahami keseluruhan proses pengambilalihan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Khalid juga menjelaskan, semua perkara yang berkaitan dengan pengambilalihan itu telah pun melalui proses konsultansi yang mendalam dengan para akauntan dalaman serta pengurus besar semua anak syarikat yang terlibat dalam urusan ini.Dah tentu dalam urusan ini, matlamat kita ialah untuk melindungi kepentingan awam," tegas beliau.Ketika ditanya, siapakah konsultan dalaman yang beliau maksudkan, Khalid secara bersahaja menjawab; “Konsultan itu adalah Khalid Ibrahim kerana saya orangnya yang membuat cadangan tersebut dan saya akan memastikan proses pelaksanaannya nanti."

Dan kos untuk konsultansi dalaman itu adalah percuma melainkan saudara-saudari semua nak saya caj kerajaan negeri,” katanya.Dalam pada itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri, Teresa Kok turut mempertahankan keputusan itu sebagai satu langkah yang betul untuk menebus semula kerugian yang dialami.Beliau sebaliknya menyalahkan Barisan Nasional (BN) di atas kegagalan untuk mengutip semula kerugian tersebut sejak 10 tahun yang lalu.Teresa juga mempertahankan Kerajaan Negeri yang sebelum ini diserang oleh beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat yang mempertikaikan keputusan untuk mengambilalih kerugian Talam Corp.

Katanya, setiap minggu kerajaan negeri perlu membuat keputusan melibatkan pelbagai isu dan adalah mustahil untuk Exco melaporkan kepada parti masing-masing apa yang telah diputuskan.Beliau mengharapkan para pemimpin PKR, DAP and PAS perlu meletakkan kepercayaan masing-masing kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh PR.Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim telah mengirim e-mail kepada semua ahli parlimen parti itu dan juga ahli dewan undangan negeri mempertikaikan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 9 November lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM391.7 juta untuk sayap pelaburan Kerajaan Negeri, iaitu Perbadanan Menteri Besar membeli hutang yang ditanggung Talam Corp kepada beberapa agensi kerajaan negeri.Jumlah hutang itu termasuklah hutang Talam dengan PKNS, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) and Universiti Selangor (Unisel).

ANWAR NIZAR KAKI XXXXXX:PENGEMIS POLITIK LEBIH BAIK DARI PELACUR POLITIK




Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dulu,Anuar Shaari tidak kisah dengan reaksi bekas bosnya dan juga Azmin Ali terhadap langkahnya serah dokumen salinan asal saham dan penyata akaun bank pada polis semalam.

Anwar dakwa beliau ' cari makan' manakala Azmin yang juga Naib Presiden PKR copnya ' pengemis politik'.

Katanya pengemis politik' lebih mulia dari ' pelacur politik' yang sanggup menggadai segala-galanya. Mengenai dakwaan Anwar seolah beliau diupah untuk itu,Anuar menjelaskan tindakannya semata-mata untuk membolehkan orangramai menilai siapa sebenarnya ' bakal Perdana Menteri' dan bakal ' Menteri Besar Selangor'.

Beliau merujuk pada cita-cita Anwar Ahli Parlimen Permatang Pauh nak jadi Perdana Menteri dan Azmin yang kini ADUN kawasan Bukit Antarabangsa,Selangor nak jadi Menteri Besar.

ANWAR NIZAR KAKI JUXXX:ANWAR CARI MAKAN DISELANGOR

Kenapan Anwar terima pelawaan kerajaan selangor sudah dapat dijangkan kan kerana Anwar ingin mencari makan di Selangor.Anwar ingat pada 16 september lepas dapat tawan Putrajaya tapi hancur kerana Anwar penipu sebenarnya dan ramai ahli parlimen yang dipujuknya sudah tahu niat Anwar.Kenapa kerajaan Selangor mahukan Anwar sedangkan kerajaan Selangor tahu yang Anwar lah yang hampir memufliskan negara ini pada 1998 dulu.

Mustahil Anwar akan menolak pelawaan kerajaan Selangor kerana Selangor adalah negeri yang paling kaya dinegara kita ini.Jadi faham faham aje lah kenapa Anwar terima pelawaan kerajaan Selangor.Sebagaimana kita tahu Anwar bukan pakar dibidang ekonomi tapi sebaliknya Anwar pakar dibidang xxxxx.

Apakah Anwar akan jadikan kelebihan diSelangor nanti untuk memberikan segala kekayaan pada rakan rakan rapatnya sebagaimana Azmin mendapat segala kemewahan semasa Anwar berada di Kementerian kewangan dulu dan tak mustahil lah Azmin mengaut kekayaan masa Anwar berada di Putrajaya dulu.

Tapi bila bekas setiausaha sulitnya dedahkan dokumen mengenai pemilikan saham dan penyata akaun bank milik Azmin Anwar pertahankan Azmin dan sebaliknya menggelarkan Anuar Shaari sebagai orang yang cari makan.Anwar menyatakan demikian untuk menjawab langkah Anuar menyerahkan dokumen salinan asal kepada polis untuk membuktikan dakwaan tentang pemilikan saham dan wang yang banyak semasa Azmin berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan beliau ketika dalam kerajaan dulu.

ANWAR NIZAR KAKI XXXX:PERKEMBANGAN TERKINI KES DR ASRI



Perkembangan terkini kes bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.

DR ASRI MENGAKU TIDAK BERSALAH:

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah dan dan minta dibicarakan.Beliau dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pagi ini.

8.20 pagi - Mohd Asri tiba di perkarangan mahkamah bersama bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan diiringi seramai kira-kira 100 orang penyokong termasuklah yang datang dari Perlis. Difahamkan lebih ramai penyokong bekas Mufti Perlis itu akan akan hadir.

Pengacara popular, Azwan Ali adalah antara selebriti yang turut turun padang memberikan sokongan kepada Mohd Asri. Turut kelihatan adalah peguam-peguam Mohd Asri.

9.55 pagi - Mohd Asri masuk ke mahkamah diiringi beberapa peguam yang diketuai oleh Kamar Ainiah. Keadaan di dalam dan luar mahkamah sesak dengan pihak media dan para penyokong Mohd Asri.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini menangguhkan kes Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ke 5 Januari depan dan jaminan terhadap bekas Mufti Perlis itu ditetapkan sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin. Antara penjamin beliau ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

ANWAR NIZAR SUKA MAIN XXXXX:SELANGOR SEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK ANWAR

Inilah yang sebenarnya Anwar inginkan bila kerajaan Selangor akan memberi kemudahan pada Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor.Kerajaan Selangor bersedia untuk memberikan kemudahan termasuk elaun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat Anwar layak menerima kemudahan seperti pejabat dan kenderaan termasuk elaun mesyuarat selaku pemegang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kemudahan berkenaan hanya akan diberikan jika Penasihat PKR itu bersetuju untuk menerimanya.

''Saya pernah jadi penasihat kepada sebuah bank Islam antarabangsa dan kemudahan seperti pejabat, kenderaan adalah biasa termasuk elaun mesyuarat yang dikenali sebagai 'di luar poket' (kemudahan yang diterima selain gaji).

''Dalam soal Anwar ini, jika beliau setuju, kita akan beri dan jika beliau tak setuju, kita tak berilah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta pada 13 November lalu dengan bayaran gaji RM1.

Pelantikan tersebut dibuat kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan ekonomi termasuk pernah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi berkaitan bidang itu.

Bagaimanapun, pelantikan itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Dr. Mahathir, pelantikan Anwar akan mengundang implikasi negatif terhadap ekonomi Selangor termasuk kemungkinan negeri itu berhadapan risiko muflis.

Selasa, 17 November 2009

ANWAR NIZAR KAKI XXXXX:NIK AZIZ MENAGIH YANG BUKAN HAK KELANTAN

Kerajaan Persekutuan bersedia sekiranya kerajaan Kelantan ingin membawa isu pertikaian wang ihsan petroleum ke mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Sekiranya kerajaan negeri Kelantan bawa pertikaian ini ke mahkamah, kita terbuka, saya tidak akan berganjak," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tetap mempertahankan bahawa dari segi perundangan, Kelantan tiada hak untuk menuntut royalti minyak kerana tiada pengeluaran petroleum dari perairan negeri itu dalam tiga batu nautika dari tikas air surut atau pesisir.

"Berdasarkan takrif perairan negara, tiada petroleum yang diusahakan dari perairan negeri Kelantan, oleh itu tiada asas perundangan untuk bayaran royalti kepada Kelantan.

"Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) memberi keistimewaan eksklusif kepada Petronas untuk mencari gali dan mengusaha hasil petroleum sama ada di 'offshore' atau 'onshore' negeri.

"Sebagai balasan, Petronas hendaklah membayar kepada kerajaan negeri yang berkaitan bayaran tunai yang dipersetujui di antara pihak berkaitan," katanya.

Beliau berkata, perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri yang dibuat pada 1975 menyebut mengenai bayaran tunai lima peratus daripada nilai petroleum yang dicari gali dan diusahakan dalam negeri Kelantan.

"Itu sebabnya kita tidak sebut royalti kerana tiada hak, kalau janji lima peratus maka lima peratus juga kita akan beri. Kalau minyak diperolehi luar dari kawasan tiga batu nautika itu hak Malaysia dan hak kita untuk beri atau tidak.

"Tetapi kita sudah pegang pada perjanjian Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein iaitu kita beri, maka kita beri," katanya.

Sesi penggulungan itu kemudian kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangun mengatakan ketidakpuasan hati mereka mengenai pemberian wang ihsan itu yang sepatutnya menjadi royalti kepada Kelantan.

Mohamed Nazri juga turut diserang bertubi-tubi apabila ramai ahli pembangkang bangun serentak mempersoalkan bagaimana wang itu diagihkan sehingga menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka semua duduk dan bertenang.

Mohamed Nazri berkata, beliau bersedia untuk berdebat dengan mana-mana ahli pembangkang termasuk Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) mengenai pertikaian isu itu.

Sementara itu di lobi Parlimen, Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas berkata beliau akan berbincang di peringkat parti dan kerajaan negeri Kelantan sama ada debat terbuka bersama Mohamed Nazri itu akan diadakan di Kelantan atau di ibu negara.

"Saya telah memberikan cabaran kepada Mohamed Nazri untuk mengadakan satu debat terbuka mengenai isu royalti petroleum ini. Jadi saya mengharapkan beliau akan berpegang kepada janjinya untuk hadir dan mengadakan perdebatan terbuka ini tentang isu pembayaran royalti ini,

ANWAR NIZAR KAKI XXXXX:AZMIN MAKIN PANAS PUNGGUNG

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung isu pembelian saham oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang bernilai RM8.5 juta.

Anuar Saari hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Bukit Perdana di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

Ketika ditemui pemberita sebelum membuat laporan itu, beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen-dokumen penting termasuk baucer pembelian saham yang mencecah RM2 juta.

Beliau juga akan menamakan beberapa orang berkaitan pembelian saham itu termasuk Anwar kerana perkara itu berlaku pada 1992 hingga 1994 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

“Ingin ditegaskan, saya membuat laporan ini secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak,” katanya.

ANUAR NI PERNAH BERSAMA DENGAN ANWAR DAN TAHU SEGALA YANG SULIT SULIT TENTANG ANWAR....JADI SUDAH TENTU ANWAR JUGA AKAN BERASA PANAS PUNGGUNGNYA...SELAMA INI BUAT PUNGGUNG ORANG PANAS....AAAAHHH SEKARANG RASAKAN BILA PUNGGUNG SENDIRI DI JULUK......

ANWAR NIZAR BARU=A:UMNO AKAN KEMUKA RAYUAN DUN KOTA SIPUTEH

Umno akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.

Rayuan akan dikemukakan pada petang ini di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Umno, Datuk Hafarizam Ismail berkata pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan Setiuasaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung rayuan berkenaan.

"Kami akan failkan rayuan petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online sebentar tadi.

Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Abu Hassan gagal hadir pada sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Permohonan mengisytiharkan kekosongan kerusi Kota Siputeh dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat di situ.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menegaskan SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 September lalu memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.

Dalam pada itu Hafarizam yang mewakili Abu Hassan berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Shafie Afdal sebelum mengemukakan rayuan.

"Saya akan berjumpa dengan Datuk Shafie petang ini (sebelum ke mahkamah)," katanya.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata Umno akan mengemukakan rayuan supaya kes itu didengar semula.

"Kita hormati keputusan mahkamah dan kita telahpun maklumkan anggota DUN tersebut supaya hormati keputusan itu tapi dalam pada itu kita tegaskan bahawa kita akan merayu kepada pihak mahkamah supaya kes itu didengar semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di Institut Kemajuan Desa (Infra), di sini hari ini.

Katanya lagi Umno sentiasa bersedia sekiranya terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil ekoran keputusan mahkamah itu.

"Dari peringkat awal lagi kita dahpun susun atur setiap gerak jentera yang ada di semua bahagian di negeri Kedah dan kita dah membuat kerangka dan struktur persediaan termasuk bagi menghadapi sebarang pilihan raya kecil, katanya.

ANWAR NIZAR KAKI XXXXX:LAGI PANAS....HAJI HADI INGIN DIKORBANKAN....

Kalau betul bagai dikata... kisah Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) makin mengegarkan.

Cerita tajaan Haji yang Menteri Besar Kelantan itu sudah batalkan pemergiannya dan dipersoalkan oleh ramai pihak satu hal.Namun timbul pendedahan terbaru yang pasti bikin kecoh dalam PAS iaitu rancangan Ariffahmi untuk gulingkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang selepas pilihanraya umum ke 12 yang didakwa ikut kemahuan Nik Aziz.

Pendedahan ini dibuat oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz,bekas Pegawai perhubungan korporat PMBK yang dipecat Selasa lalu oleh Ariffahmi dalam posting di laman blognya http://kickdefella.wordpress.com hari Ahad.

Syed Azidi @ Kickdefella sebelum ini telah mengakui secara terbuka sekalipun secara rasmi bertugas di PMBK tetapi bosnya yang sebenar adalah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa dan hanya patuh pada arahannya.

Dia mendakwa menantu Nik Aziz itu ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057.

Bagaimanapun Ariffahmi segera menafikannya.Katanya namanya telah didaftarkan sebagai ahli UMNO lama dulu tanpa pengetahuannya.

Beliau juga menegaskan tidak pernah lihat atau menandatangani sebarang borang ahli UMNO .”Saya adalah ahli seumur hidup PAS,” katanya seperti dipetik oleh laman web Malaysia Insider.Beliau menyertai PAS pada tahun 1997 dan memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa PAS Bahagian Machang.

Dalam tulisnya Syed Azidi mendakwa beliau tahu mengenai rancangan Ariffahmi hendak gulingkan Haji Hadi kerana ada dalam pertemuan bersama menantu Nik Aziz itu di Hotel Perdana Kota Bharu tidak lama dulu.

Katanya dia duduk di sebelah Ketua Pemuda PAS yang kini Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub semasa pertemuan itu.

“Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.

“Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam.” tulisnya.

Syed Azidi sendiri tidak pasti samaada rancangan hendak gulingkan Haji Hadi itu datang dari Nik Aziz atau usaha Ariffahmi sendiri.Dalam tulisnya dis semacam bertanya “Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi”.

Kata Syed Azizi lagi “setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.”

Bukan saja Syed Azidi – kalau betul apa yang didakwa dalam tulisannya itu – tentu ramai yang turut tertanya apakah rancangan hendak gulingkan Presiden PAS itu usaha peribadi Ariffahmi atau mengikut arahan yang terbit dari bapa mertuanya?

Ini mengenangkan rentetan insiden dimana Nik Aziz sendiri ‘ meletup’ terhadap orang-orang kanan Haji Hadi khususnya Timbalan Presiden PAS ,Nasharudin Mat Isa selepas anak emasnya Husam tewas dalam pemilihan jawatan nombor dua parti itu.

Ia hanya reda seketika setelah pertemuan yang diadakan di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.

Dan lebih mengejutkan ialah yang terbaru bilamana Nik Aziz mencadangkan diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk buat perhitungan terhadap dua tiga kerat pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali dan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali kerana tidak hayati perjuangan sebenar parti.

Kedua mereka juga diketahui orang kanan Haji Hadi.

EGM itu tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya PAS hanya mengadakan seminar di Markas Tarbiyah di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur.

Tidak ada suara yang menghentam Haji Hadi di seminar itu malah ada yang menilai kedudukannya sebagai Presiden PAS telah diperkukuhkan di majlis berkenaan.

Nik Aziz pula menyuarakan rasa puashati kerana salah satu kertas kerja yang dibentangkan di seminar itu memberitahu kajian menunjukkan sokongan golongan muda terhadap PAS semakin kurang selepas pilihanraya umum ke 12.

Kata Menteri Besar Kelantan itu hasratnya untuk menyampaikan mesej pada seminar itu sudah tercapai.

Kenyataan itu sendiri dilihat membawa berbagai makna.Apakah maksud beliau kerana wujudnya ‘ dua tiga kerat’ pemimpin yang menjadi sasaran cadangan EGMnya itu mengakibatkan PAS makin hilang sokongan golongan muda?

Apakah pendedahan Syed Azidi ini cuma ‘tips of the iceberg’ kemelut besar dalaman PAS yang mungkin selama ini terkunci rapat?

Beranikah Ariffahmi membuat satu rancangan besar hendak mengulingkan Presiden PAS secara sendiri-sendiri?

Banyak yang perlu dijawab tentang tajaan untuk ibadah Haji di Mekah oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan dapat ‘ macam-macam’ dari kerajaan negeri.

Namun kalangan ahli PAS pasti tidak senang duduk dan mahukan jawapan sebenar tentang episod rancangan Arriffahmi hendak mengulingkan Haji Hadi.

BERIKUT IALAH TULISAN PENUH SYED AZIDI:

Bagi yang belum baca apa Rocky Bru tulis pagi ini, sila terlebih dahulu ke sana.

Bagi yang sudah baca apa yang Rocky Bru tulis, apa kata kita naik beca dan perlahan-lahan memahami istilah kronisme bersama Bakaq Haq.

Di dalam dunia junjungan kita Muhammad s.a.w tidak ada balak. Tetapi tidak pula saya dengar orang-orang alim bercerita bahawa junjungan kita menganugerahkan ladang kurma klon atau projek kambing dan unta Kerajaan Islam Madinah yang bernilai berjuta-juta dinar dan dirham kepada saudara maranya. Mungkin sebab tidak wujud projek-projek sedemikian.

Yang ada ialah pembahagian harta rampasan perang, hamba dan tawanan perang dan balu-balu korban perang.

Yang ada ialah pembahagian tugas untuk mengetuai bala tentera ke medan perang atau menyebarkan syiar Islam ke ‘hostile territories’. Tugas-tugas yang kalau diserah pada kita hari ini, tak ramai yang bersedia menerimanya.

Tiada siapa akan pertikaikan jika Ariffahmi di beri pangkat dan anugerah jika Nik Aziz sudah tiada. Seperti terangkatnya para Khalifah dari kalangan sahabat terdekat yang juga bapa mertua dan menantu Rasullullah s.a.w.

Tok Guru kita kata orang yang hendak menaja pemergiannya ke Mekah bersama Datin, Ariffahmi dan Nik Amalina dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar tidak pernah dapat projek daripada Kerajaan Negeri. Maklumat yang didedahkan oleh Rocky pagi ini menafikan hujah Tok Guru.

Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu.

Ramai juga tahu, tiba-tiba Nudin kelam kabut dan cuba untuk meminta agensi pelancongan itu menukar nama pembayar bil itu.

Ramai juga tahu selepas bersetuju dengan pujukan Ariffahmi untuk ke Mekah, Tok Guru sendiri telah menalipon Nudin.

Ramai juga lihat Nudin datang ke satu majlis selepas panggilan itu dan berdiri dibelakang Tok Guru dengan bangganya sewaktu Tok Guru mempertahankan perlunya satu EGM dalam PAS.

Akhirnya ramai yang tidak mahu beritahu bahawa Teng Hu Ling adalah orang yang perlu dihubungi jika kita mahu bercakap dengan wakil Great Eastern Mills Berhad.

Ramai juga tidak mahu beritahu bahawa Great Eastern Mills Berhad di mana Nudin Bin Awang adalah Pengarah Syarikat telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini balak-balak itu.

Namun ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.

UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS. kakitangan ibu pejabat UMNO Cawangan Chakung yang terletak di Taman Siti Aishah berdekatan Wakaf Bata di jalan lama Tanah Merah – Machang boleh memberikan tarikh Ariffahmi mendaftar menjadi ahli UMNO.

Saya tahu Ariffahmi akan menafikan hal ini dan mengatakan bahawa dia telah menjadi ahli UMNO secara tidak sukarela. Hal ini kita serahkan kepada UMNO Malaysia untuk menyelesaikannya dan kerana di celah-celah timbunan fail di mana-mana bangunan UMNO masih terselit sekeping borang lusuh yang diisi nama Abdul Ariffahmi. Cuma, janganlah salahkan UMNO semata-mata kerana nafsu kita cukup buas.

Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi di buat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini.

Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.

Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.

Melihat perancangannya itu gagal sama seperti semua projek-projek yang diamanahkan kepadanya iaitu projek loji air Kampung Puteh dan Bandar Baru Tunjung, Ariffahmi berpaling kepada seorang rakan karib saya yang saya panggil di zaman persekolahan sebagai George Michael.

Kemudiannya George Michael mengerjakan umrah dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ariffahmi yang menghadiri tugas rasmi di Kuwait mengarahkan PMBK membayarnya untuk menyertai George Michael dan Tok Guru di Jeddah.

Pulang ke Kota Bharu, Tok Guru tak kering gusi memuji George Michael dan nyaris-nyaris meluluskan satu projek strategik kepada George Michael. Akhirnya, atas usaha orang-orang yang kenal George Michael, berjaya menyekat pemberian projek kepada George Michael tanpa perlu mendedahkan latar belakang siapa sebenarnya George Michael. Cuma malangnya Ariffahmi sudah menyerahkan kepada George Michael salinan asal fail tebal berhubung kajian projek strategik dan terperinci oleh konsultan yang dilantik dengan yuran hampir sejuta ringgit itu untuk tugas berat dan penting itu. Pihak PKINK, pemilik fail tersebut telah enggan menyerahkan fail itu walau diminta oleh Arrifahmi menyebabkan Ariffahmi mengarahkan Pejabat Menteri Besar memohon fail tersebut. Apabila fail tersebut tiba di Pejabat Menteri Besar, Ariffahmi telah mengambilnya.

Semenjak insiden melibatkan George Michael itu, kegusaran mula wujud di atas kewarasan Ariffahmi. Mengapa dia sanggup menyeberang begitu jauh sekali?

ANWAR NIZAR XXXXX:ANWAR MESTI DAPAT IMBUHAN LAIN

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta membuat penjelasan sama ada terdapat imbuhan lain yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selain elaun bulanan tetap RM1.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima pelantikan sebagai penasihat ekonomi negeri dengan elaun hanya RM1.

Katanya, ini kerana Anwar perlu bekerja keras untuk memajukan ekonomi sekali gus memerlukan keperluan lain yang melibatkan kewangan.

"Contohnya, Anwar pasti memerlukan pejabat khas sendiri, kenderaan sendiri dan elaun perjalanan ke mana-mana.

"Sekiranya imbuhan itu diterima oleh Anwar, ia melibatkan kos yang banyak sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

"Justeru, saya gesa Menteri Besar untuk jelaskan lebih terperinci, adakah Anwar layak menerima kemudahan seperti itu atau benarkah Anwar hanya menerima RM1,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor baru-baru ini dengan dibayar elaun RM1 sebulan.

Ibrahim berkata, beliau turut berasa musykil dengan jawatan yang baru diterima oleh Anwar itu kerana ia memperlihatkan kerajaan negeri sedang memberi kemudahan kepada penasihat PKR itu.

Kata beliau, terdapat kemungkinan Anwar akan menggunakan jawatan barunya itu untuk pergi ke luar negara bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan kepentingan peribadi beliau.

"Kita tidak mahu rakyat terpedaya dengan pelantikan tersebut kerana sekiranya benar beliau menerima imbuhan lain selain elaun tetap, pasti wang yang digunakan untuk kemudahan beliau itu adalah wang rakyat.

"Oleh itu, kita berkeras mahu Abdul Khalid membuat satu kenyataan yang jelas berhubung kemudahan-kemudahan lain yang diterima oleh Anwar selain elaun RM1,'' ujarnya.

Mengenai dakwaan pelantikan Anwar sebagai senjata halus bagi mengukuhkan kedudukan Naib Presiden PKR, Azmin Ali di Selangor, beliau berkata, ia bukan alasan.

Isnin, 16 November 2009

ANWAR NIZAR XXXXXXX:ANWAR AKAN HANCURKAN SELANGOR

Anwar akan hancurkan Selangor kerana Anwar bukan seorang pakar dalam bidang ekonomi tapi sebaliknya Anwar pakar dalam bidang XXXXXX(Paham tak apa maksudnya tu).Kenapa Anwar pilih Selangor sedangkan Pulau Pinang ,Kedah dan Kelantan tidak menggunakan Anwar sebagai penasihat Ekonomi mereka.Kerana Guan Eng tidak percayakan Anwar ,kerana Guan Eng sedar yang Anwar tidak akan membawa keuntungan sebaliknya akan menghancurkan ekonomi Pulau Pinang dimasa akan datang.

Kenapa Selangor beriya iya mahu menggunakan Anwar sebenarnya adalah Anwar akan gunakan kekayaan Selangor untuk membiayai segala perbelanjaan aktiviti politiknya dimana Anwar akan gunakan segala kekayaan Selangor untuk mengaburi rakyat yang Anwar adalah seorang pakar ekonomi sedangkan Anwar akan gunakan kekayaan Selangor untuk kepentingan politiknya yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Jika kita rakyat Selangor mahu melihat negeri ini muflis maka Anwarlah jawapannya kerana siapa tidak tahu bagaimana peranan Anwar semasa krisis ekonomi dahulu.Pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang 'menakjubkan' kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.

Apakah rakyat Selangor keseluruhannya menerima Anwar sebagai penasihat ekonomi.Rakyat Selangor sebenarnya tidak menerima Anwar kerana yang melantik Anwar adalah orang kanan Anwar sendiri yang mana ini menunjukan kelemahan kerajaan negeri yang dipimpin oleh MB Khalid.

Perlantikan Anwar juga hanyalah untuk mengalihkan perhatian rakyat pada kes liwatnya yang masih belum ada penyudahnya bila asyik sahaja ditangguh.Apa yang membimbangkan kita sebagai rakyat negeri Selangor adalah kemungkinan Anwar menggunakan segala kekayaan Selangor untuk kepentingan politiknya.Jadi sebagai rakyat Selangor wajar sekali kita bangkit dengan membantah perlantikan ini.Rakyat Selangor tidak mahu seorang xxxxx menjadi penasihat ekonomi...takut nanti Anwar bagi nasihat kat MB tentang xxxx pulak....hancurlah negeri Selangor nanti......renung kan la....

ANWAR HANYA LAYAK DIGELAR PAKAR BONTOT BUKAN PAKAR EKONOMI......

ANWARV NIZAR KUTU BERAHAK:PRK DI DUN KOTA SIPUTEH KEDAH

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Okt lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 Sept lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:PASAL EKONOMI ANWAR MANA TAHU,PASAL XXXX DIA TAHU LA

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu.Lihat saja semasa Anwar menjadi menteri kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.Nasib la negara kita ni tak lingkup dikerjakan oleh si Anwar ni.

Kalau kerajaan Selangor mahukan Anwar menjadi penasihat ekonominya ,itu tak lain tak bukan kerana Anwar mahu membolot harta kekayaan Selangor untuk dibawa ke Pulau Pinang dan untuk menerima segala imbuhan dari kerajaan Selangor.Percayalah walau pun Anwar menerima bayaran elaun simbolik RM1 sebulan tapi percayalah yang Anwar akan mengaut segala kekayaan negeri Selangor untuk kepentingan politiknya nanti.

Yang pandai Anwar lakukan adalah perkara yang kita ketahui sekarang.Sebenarnya itulah kelebihan diri Anwar.Selain itu menipu rakyat adalah satu lagi kelebihan Anwar.

KALAU ANWAR ISYTIHARKAN AKAN SERANG SELANGOR ,KAMI SEBAGAI ANAK SELANGOR DAN BLOGGER BPN JUGA AKAN MENYERANG SIJUBURI ANWAR SEHINGGA ANWAR TERDUDUK NANTI.KITA SEBAGAI ANAK SELANGOR SEHARUSNYA PERTAHANKAN NEGERI INI DARI DIROSAKAN OLEH MANUSIA YANG HANYA TAHU MENJAGA KEPENTINGAN DIRI DAN SEKUTUNYA....PERCAYALAH YANG SIJUBUR INI AKAN MENGAUT SEGALA KEKAYAAN SELANGOR UNTUK KEPENTINGAN POLITIKNYA ....KITA FIKIR FIKIRKAN LA.....

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR TERIMA TAWARAN SELANGOR HANYA UNTUK TUTUP KES LIWATNYA

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman menyifatkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu merupakan satu percaturan politik untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

“Ini Anwar akan buat untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwatnya. Saya berpendapat bahawa pelantikan ini (Anwar) amatlah pelik kerana Menteri Besar Selangor (MB) Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi sedangkan Anwar pula hanya mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Melayu.

“Persoalannya adalah mengapa Khalid perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonmi Selangor sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan pun tidak pula melantiknya (Anwar). Adakah wujud desakan ke atas Khalid untuk membuat pelantikan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, beliau dan pemimpin Umno negeri percaya bahawa perkara tersebut berlaku kerana Anwar terkenal dengan sifat licik dalam merangka percaturan politiknya.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta

Menurut Khalid pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat PKR itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Satim yang Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang berkata, terdapat beberapa kemungkinan Anwar mahu dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu, pertama kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu ingin membina platform politik yang lebih kukuh untuk Azmin Ali yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

“Modus operandi yang berlaku di Sabah adalah contoh terbaik. Apabila percaturan untuk Azmin gagal di Sabah, jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah diambil dari Khalid dan diberi kepada Azmin.

“Jawatan MB Selangor adalah satu platform yang amat baik untuk karier politik Azmin,” katanya.

Jelasnya, pelantikan tersebut adalah langkah catur pertama yang dilakukan Anwar di Selangor sama seperti apa yang telah dibuat di terhadap bekas Pengerusi PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan.

“Jika dilihat kepada starategi baru Anwar, beliau dijangka akan melancar serangan terhadap Perdana Menteri sehingga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan pelantikan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri adalah satu strategi yang baik baginya.

“Jika ekonomi Selangor hancur sudah pasti ekonomi negara pun hancur. Apabila ini berlaku maka rakyat yang menderita dan mereka pasti akan memberontak,” katanya.

Satim berkata, keadaan tersebut merupakan suasana yang amat bagus untuk Anwar mengambil alih kuasa dan terus menutup kes liwatnya.

“Anwar juga sangat bimbang dengan ketidakstabilan kuasa politik di Selangor iaitu hubungan dua pemimpin PKR-PAS, iaitu Khalid dan Azmin serta isu ADUN yang keluar PR,” katanya.

Justeru itu, Anwar terpaksa mengambil alih beberapa peranan politik dari Khalid dan pelantikan Penasihat Ekonomi negeri itu hanya merupakan satu alasan di mata rakyat.

“Anwar akan guna jawatan ini untuk kepentingan politik beliau sebab kita pun tahu cara dan taktik Anwar semasa beliau dalam Umno. Saya pasti bahawa selepas dilantik beliau akan membuat pengumuman untuk memberi ‘ole-ole’ kepada rakyat Selangor,” katanya.

Ahad, 15 November 2009

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:SIASAT SEGERA NIK AZIZ DAN MENANTU

SPRM wajar menyiasat segera TGNA yang pemergiannya ke Mekah telah ditaja oleh sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan kerajaan negeri.Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meminta supaya siasatan ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Mat dan menantunya Ir. Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK), disegerakan.Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah pada kira-kira pukul 11.30 pagi di pejabat SPRM negeri di Wisma Persektuan, di sini.

Memorandum lapan muka surat itu antara lain meminta SPRM menyiasat dengan segera pengakuan Mursyidul Am PAS itu yang beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej VVIP bernilai RM65,000 bagi menunaikan haji tahun ini.Dua hari lepas Nik Abdul Aziz mengumumkan yang beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu diperbesar-besarkan oleh media. SPRM juga disarankan juga agar menyiasat pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana dirasakan telah wujud keraguan yang munasabah dalam pelantikan itu

JANGAN KATA TG TIDAK MELAKUKAN RASUAH.JADI AMAT WAJAR SEKALI SPRM SEGERA MENYIASAT TG SAMA ADA BERLAKU PEMBERIAN RASUAH KERANA DIMAKLUMKAN YANG SYARIKAT YANG MENAJA TG ADALAH SYARIKAT YANG MENERIMA PEMBERIAN KONTRAK DARI KERAJAAN NEGERI UNTUK PEMASANGAN IKLAN DINEGERI KELANTAN.

KADANG KADANG KITA MERASA PELIK DENGAN PAS DAN TG DIMANA PEMBERIAN SESUATU YANG KITA RASAKAN RASUAH ADALAH SEDEKAH BAGI TG.KALAU BETUL SYARIKAT BERKENAAN INGIN BERBAKTI DENGAN KERAJAAN NEGERI ,WAJAR SYARIKAT TERBABIT MELALUI TG DERMAKAN DUIT SEBANYAK ITU UNTUK MENAJA RAKYAT KELANTAN YANG TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI.

SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH TG SENDIRI YANG MANA BELIAU SEBENARNYA MAMPU UNTUK KEMEKAH DENGAN PERBENLAJAAN SENDIRI ,TAPI KENAPA TG MASIH MENERIMA TAJAAN SEDANGKAN TG SENDIRI MENYATAKAN YANG TG MAMPU PERGI DENGAN DUIT SENDIRI.

MUNGKIN BANYAK LAGI YANG SYARIKAT BERKENAAN SUMBANGKAN PADA TG UNTUK KEPENTINGAN TG.MUNGKIN INI SATU PERINGATAN PADA TG AGAR BERHATI HATI DIMASA DEPAN AGAR TIDAK LAGI MENERIMA SUMBANGAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.KALAU BENAR TG SEORANG YANG BERKEMAMPUAN LEBIH BAIK TG PERGI KEMEKAH DENGAN DUT HASIL SENDIRI.SEBAB SEKIRANYA TG TERIMA SUMBANGAN DARI PIHAK LAIN MAKA INILAH YANG AKAN TERJADI....RAKYAT AKAN PERTIKAIKAN KENAPA SEBAGAI SEORANG YANG BERKEMAMPUAN TG TIDAK PERGI DENGAN DUIT DARI HASIL TG SEBAGAI SEORANG MB.

ANWAR NIZAR HAPRAK HAMPEH:HAYAT PKR DAN ANWAR AKAN BERAKHIR DALAM SENYAP

SEHINGGA ke hari ini, ramai masih tertanya-tanya apakah hasil Seminar Memperkasakan Pas yang diadakan baru-baru ini. Ia kerana mereka melihat tidak ada apa-apa signifikannya seminar itu, selain kritikan kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, timbullah persoalan apakah seminar itu diadakan kerana Pas sememangnya bermasalah atau ada 'tangan-tangan' ghaib yang memainkan peranan untuk memburukkan Pas.

Lebih daripada itu, adakah seminar tersebut satu manuver politik oleh pihak tertentu bagi mengalih perhatian daripada pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam soal ini, kita perlu mengimbas apa yang berlaku sepanjang pertengahan Oktober lalu, sebelum tercetusnya soal untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa kepimpinan Pas dan kemudian disusuli dengan keputusan mengadakan seminar memperkasakan parti itu.

Ketika isu tersebut timbul, PKR sedang menghadapi krisis dalaman yang cukup serius. Ia mula tercetus di Sabah apabila 18 daripada 23 ketua bahagian PKR menolak pelantikan Azmin Ali sebagai pengerusi perhubungan.

Tumpuan media terarah kepada pergolakan dalam PKR sehingga akhirnya pada 27 Oktober menyaksikan peletakan jawatan Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan, namun krisis itu seolah-olah reda apabila timbul isu dalam Pas.

Perhatian tidak lagi diberikan kepada apa yang berlaku dalam PKR sebaliknya lebih kepada Pas. Tetapi apabila seminar yang diadakan tidak menyaksikan apa-apa yang menarik maka timbullah persoalan siapa sebenarnya bermasalah, Pas atau PKR.

Mungkin buat seketika pemimpin-pemimpin PKR mampu meredam gejolak masalah yang berlaku dalam parti itu tetapi ramai pemerhati politik yakin bahawa parti tersebut sedang berada di ambang perpecahan yang serius.

Sebab itulah di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pas melihat PKR sering membawa masalah kepada mereka.

''Cuba lihat apa yang berlaku di Kedah, Perak dan Selangor, semuanya adalah gara-gara kemelut yang berlaku dalam PKR.

''Tetapi malangnya orang lupa semua itu, mereka lebih suka hendak melihat kononnya Pas bermasalah sedangkan kami tidak ada apa-apa masalah,'' kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis dalam satu pertemuan.

Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Anuar Shaari yang merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada PKR.

Bagi beliau, PKR adalah sebuah parti yang rapuh dan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi seorang pemimpin. Atas alasan inilah satu demi satu prinsip dan asas parti diubah sesuka hati mengikut kehendak seorang pemimpin sahaja.

''Dalam pembangunan sesebuah organisasi apabila ada seorang yang terlalu dominan dan berkuasa menentukan hala tuju parti maka organisasi itu tidak akan berjaya dan tidak ke mana-mana,'' tegas Anuar.

Itulah yang berlaku kepada PKR, apabila suara ahli dan parti tidak dipedulikan melainkan untuk menjaga kedudukan seorang dua pemimpin sahaja. Faktor inilah yang menyumbangkan kepada kelemahan PKR sehingga sejak dari awal penubuhan sehingga ke hari ini, seorang demi seorang pemimpin parti itu meninggalkannya.

bersandiwara

Mungkin bagi pemimpin PKR mereka boleh menuduh apa sahaja kepada pemimpin yang berbuat demikian tetapi realitinya pemimpin yang bertindak keluar daripada PKR itu, melakukannya atas dasar prinsip. Mereka tidak mahu terus bersandiwara dan mempermainkan prinsip perjuangan yang ditanam di sanubari mereka ketika awal menyertai PKR.

Oleh itu, apabila mereka melihat PKR tidak lagi selari dengan kehendak perjuangan mereka, maka langkah terbaik adalah mengundurkan diri dan itu lebih mulia daripada bersekongkol dengan pemimpin yang hanya ingin mencapai agenda peribadinya. Pepatah ada mengatakan bagaimana acuannya begitulah juga kuihnya, mungkin itulah yang berlaku kepada PKR sekarang apabila wajah sebenar kenapa parti itu ditubuhkan sudah terlihat.

Laungan kononnya mereka berjuang untuk rakyat hanyalah omong kosong sebaliknya segala-galanya hanya semata-mata bagi membela seorang pemimpin dan lebih penting lagi meletakkan dia di tempat yang diidam-idamkan olehnya selama ini.

Apa yang anehnya, biarpun diserang bertubi-tubi oleh bekas-bekas pemimpinnya namun pemimpin di dalam PKR termasuklah Anwar sendiri hanya mendiamkan diri. Antara isu itu termasuklah dakwaan oleh Anuar, Nallakaruppan dan Ezam Mohd.Noor bahawa ada pemimpin yang diberi layanan istimewa oleh Anwar.

Ini belum lagi termasuk dakwaan bahawa PKR hanya dikuasai oleh '3A' iaitu Anwar, Azizah dan Azmin. Walaupun dakwaan itu boleh menjejaskan kewibawaan PKR tetapi tiada tindak balas.

Pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah mengiakan apa yang didakwa dan ini sekali gus menimbulkan kesangsian kepada rakyat bahawa semua dakwaan itu ada kebenarannya.

Walaupun PKR sebenarnya sebuah parti yang bermasalah tetapi mereka cuba menutupi konflik yang berlaku dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Tetapi berdasarkan kepada perbualan penulis dengan beberapa rakan di negeri-negeri tertentu mereka mengakui, jika masalah PKR boleh diibaratkan seperti lava gunung berapi, ia hanya menanti masa untuk 'dimuntahkan'.

Apa yang mengecewakan, biarpun terdapat seribu satu masalah dan termasuklah juga kewibawaan pemimpin-pemimpin PKR dipertikaikan oleh banyak pihak tetapi masih ada pihak yang cuba mengetengahkan kononnya golongan itulah bakal pemimpin masa depan negara.

Akibatnya, kepimpinan dalam parti pembangkang lain terutamanya Abdul Hadi sengaja digembar-gemburkan sebagai bermasalah dan lemah. Mungkin secara dasar kita boleh katakan agenda atau manuver mereka berjaya tetapi mereka terlupa bahawa ahli-ahli dan penyokong Pas di peringkat akar umbi tidaklah sebodoh itu.

Penulis difahamkan, di kalangan sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas mereka semakin menyedari 'permainan politik' yang dicetuskan oleh sesetengah pemimpin pakatan pembangkang sendiri bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Mengulas perkara ini, Penganalisis politik Ahmad Masrizal Muhammad berkata, PKR dilihat memang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan imej parti di dalam peta minda setiap rakyat negara ini bahawa mereka sebuah parti yang amat relevan dengan kehendak semasa iaitu semua bersatu dalam satu parti.

''Namun begitu hakikat dan realiti sebenar adalah jauh berbeza dengan apa yang diuar-uarkan melalui slogan-slogan. Pertentangan kepentingan antara kaum wujud sama ada secara senyap ataupun terbuka. Masing-masing memasang strategi.

''Ini sekali gus menunjukkan bahawa untuk mencapai tahap wahdatul fikr (penyatuan fikiran) sesama saf dalam pimpinan dalam PKR bukanlah suatu yang mudah sebagaimana lakaran di atas kertas,'' katanya.

Menurut beliau, kekaburan terhadap teras utama dalam parti ini juga memberi impak yang besar kepada pencapaian hala tujunya pada masa akan datang.

Seperkara lagi yang tidak harus dilupakan bahawa PKR diwujudkan atas dasar populariti semata-mata. Mengikut penganalisis politik, sejak pilihan raya umum 1999 hinggalah 2008, faktor Anwar masih lagi menjadi 'barang yang didagangkan' untuk meraihkan sokongan rakyat.

Lebih daripada itu seperti mana kata Ahmad Masrizal, parti tersebut memberi fokus berlebihan kepada strategi memanipulasi isu demi meraih persepsi dan populariti. Tetapi PKR terlupa bahawa strategi seumpama itu sudah semakin tidak berkesan.

''Natijahnya, pelbagai polemik kepimpinan berlaku di negeri-negeri dan yang terbaru di Sabah dan lain-lain negeri, ia pastilah akan menjejaskan PKR pada masa akan datang,'' katanya.

Oleh itu kita tidak perlu terkejut apabila PKR merancang untuk terus mengatur strategi bagi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana itu sahaja cara mereka bagi menutup kelemahan sendiri.

Ia juga sekali gus memaparkan perangai PKR yang semakin 'bankrap' isu dan terus berusaha menjadikan persepsi sebagai 'senjata' untuk meraih sokongan di dalam pilihan raya. Kalau hendak bersandarkan kepada prestasi, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh parti itu.

Bagaimanapun rakyat tidak akan selamanya boleh diperbodohkan oleh mainan politik seumpama itu, justeru tersilap langkah boleh berlaku 'senjata makan tuan'. Berdasarkan keadaan itu, bukanlah sesuatu yang mustahil jika PKR akan mengalami nasib seperti mana sesetengah parti politik serpihan yang sebelum ini berkubur selepas menikmati kemenangan sementara.

Matlamat

Menyentuh perkara ini, Ahmad Masrizal berkata, peristiwa demi peristiwa dan drama demi drama yang dipersembahkan kepada rakyat telah menyebabkan rakyat semakin membuka mata dan sedar bahawa PKR semakin jauh untuk mencapai matlamat strategik yang dicipta oleh mereka sendiri.

''Matlamat dan hala tuju perjuangan PKR yang dikatakan lebih menekankan kepada aspek idealisme perjuangan dan meningkatkan khidmat kepada rakyat nampak semakin kabur. Inilah yang dimaksudkan dengan PKR sedang berhadapan dengan suatu fenomena baru dalam fasa kewujudan mereka iaitu kematian yang senyap dan halus atau lebih popular dikenali sebagai gangren politik,'' katanya.

Kita tidak pasti sejauh manakah fakta ini akan menjadi kenyataan tetapi dari semasa ke semasa PKR terus dilanda konflik dan tahap kepercayaan serta keyakinan di kalangan pemimpin dan ahlinya bahawa parti itu boleh menjadi parti utama semakin luntur. PKR mungkin boleh mengatur strategi dengan mengadakan apa juga konvensyen termasuklah pada hari ini di Shah Alam dengan slogan 'Menggilap Harapan Rakyat', tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa segala kekalutan dalamannya semakin terdedah.

Tidak mustahil PKR akan menamatkan riwayatnya dalam senyap kerana itulah akibatnya kalau pemimpin-pemimpin terlalu teruja untuk menampakkan mereka kelompok paling sempurna di muka bumi Allah ini, sedangkan 'di tubuh' parti itu 'penuh dengan penyakit'.

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH