RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 23 Disember 2011

MENDIDIK HATI


Mendidik hati adalah satu tugas yang berterusan buat diri Insan. Bisikan baik atau sebaliknya sentiasa bermundar mandir di situ. Hati, yang menjadi raja tubuh adalah pusat kepada tindak laku pribadi manusia.

Kejarilah ilmu hati itu, kerana tabir ghaib itu mampu disingkap dengan Kalam Allah Yang Maha Mengetahui. Bisikan dan tipu helah jahat syaitan dan iblis sentiasa menunggu ruang itu. Kenali tipu helahnya, nescaya kita akan merasai kehadirannya.

Ilmu membuka ruang kenal akan baik buruk dan keutamaan dalam tindak laku.

Berdoalah agar kita teliti menilai baik dan buruk untuk kita sama-sama amalkan dengan ikhlas.

Amin, Salam Ingatan Semua.

Ahad, 11 Disember 2011

PERUBAHAN


Perubahan, mahu tidak mahu ia tetap akan berlaku. Perubahan dari kanak-kanak kepada remaja, remaja kepada dewasa, dewasa kepada tua, itu semua tetap akan berlaku. Sebagai manusia normal, kita bergerak ke sana ke mari, melakukan pelbagai aktiviti untuk menyempurnakan kehidupan.

Perubahan dalaman menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebih baik yang mampu melahirkan keindahan luaran. Jihad yang paling besar adalah melakukan perubahan ke arah yang lebih baik kepada nafsu dan kawalan emosi dalam diri.

Dalam proses kematangan dalam diri, ia harus berlaku dan terus diusaha dan diiktiarkan sehingga mengecapi akan ketenangan yang hakiki sebelum kembali menghadap Rabbul Izzati.

Amin.

Jumaat, 9 Disember 2011

HIJRAH


Hijrah 1433 merupakan detik baru yang kita lalui saat kita hidup di alam yang fana' ini. Perjalanan hidup perlu diteruskan dengan pelbagai detik dan suasana. Suka, duka, tenang dan resah bersilih ganti. Perjalanan ini perlu dipandu dengan penuh kesabaran dan kesyukuran. Setiap kesabaran dan kesyukuran itu mempuanyai penyembuh keresahan dan kerisauan itu.

Langkah menuju yang lebih baik proses mengawal dan mengembang emosi dalam diri akan lebih mematangkan dengan ujian dan cabaran yang ditempuh bersilih ganti itu. Nikmat dan kepuasan akan hijrah itu akan dapat dirasai apabila sudah didestinasi hidup iaitu sebuah kematian.

Amin.

Rabu, 2 November 2011

Merintis Ketenangan


Maknanya: Wahai Jiwa-jiwa yang Tenang, kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah ke dalam hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu. (Al Fajr 27-30)

Semua orang dalam dunia ini mahukan ketenangan. Pelbagai usaha untuk mendapatkannya. Ini adalah kerana adalah dipercayai bahawa ketenangan akan membawa seseorang itu bahagia.

Ketenangan, merupakan cabang ilmu yang perlu didalami, dihayati dan penuh dengan praktis.

Apa yang pasti, ketenangan tidak bermaksud seseorang itu hanya duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Ini kerana dikhuatiri akan menjerumuskan diri kepada malas dan tidak produktif.

Dalam Islam sendiri, dalam hal-hal ibadat ritual, umatnya dituntut melakukan sesuatu yang memerlukan pergerakan. Ini termasuk solat, puasa, zakat dan juga hati. Pergerakan-pergerakan itu membawa makna, perlunya perbuatan yang menjadikan seseorang itu tenang.

Boleh dikatakan, tenang terhasil dari gerak yang tersusun, berfokus dan bersistematik dalam tindak-tanduk yang membawa kepada ketekunan (itqaan), lalu membuahkan khusyuk. Khusyuk pula, sebahagian ketenangan.

Wallahu A'alaam. والله أعلم

Isnin, 3 Oktober 2011

JUJUR


Jujur bukan bererti lurus bendul. Jujur penuh syarat dengan ilmu dan keihlasan. Lurus bendul melambangkan kebodohan dan kejahilan. Sifat Wajib bagi Rasul s.a.w itu ada 4, iaitu 1. Sidiq - Benar, 2. Amanah - Jujur dan Berintegriti, Amanah. 3. Tabligh - Menyampaikan, baik dalam berkomunikasi. 4. Fathanah - Bijaksana dan tidak sesekali menipu.

Dalam hal ini, perlu difahami benar akan setiap makna perkataan itu, agar kita tidak tersilap memahaminya dengan ilmu yang benar.

Banyak perkataan yang baik sudah difahamkan secara yang tidak baik di dalam penggunaan sehari-hari sehingga mencamarkan kehendak perkataan itu. Jujur, difahami dengan lurus bendul. Sabar, difahami dengan kemalasan dan dayus. Syukur, difahami dengan kemalasan. Tipu, difahami dengan kebijaksanaan. Tegas, difahami dengan kemarahan.

Adalah amat malang, jika setiap perkataan itu dimaknakan dalam erti yang salah. Ini akan menjadikan perbuatan hasil dari kefahaman yang salah itu.

Sekian, salam semua.

Sabtu, 1 Oktober 2011

KEBAIKAN


Kebaikan atau kebajikan merupakan satu perkataan yang disebut di dalam Al-Quran yang difirmankan dengan galakan dan dorongan sebagaimana disebut, "Berulumba-lumbalah melakukan kebaikan...".

Indahnya Islam, kebaikan itu terbuka luas untuk kita, walausiapa pun kita dan di mana jua. Bagi yang kaya adanya zakat dan sedekah harta atau duit. Bagi yang miskin pula boleh bersedekah tenaga. Bagi anak muda dengan fizikal yang masih segar. Bagi yang tua, walau sebudah iktikaf di masjid.

Sekian, salam semua.

Jumaat, 30 September 2011

PERUBAHAN

(gambar hiasan)

Perubahan dalam dunia ini tetap akan berlaku. Merujuk kepada tumbesaran manusia juga begitu. Jasad manusia sentiasa berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan. Tinggi, rendah, gemuk, kurus dan sebagainya.

Perubahan dalam diri manusia juga begitu. Dari keadaan kanak-kanak, remaja, dewasa. Muda kepada tua, cantik kepada huduh, huduh kepada cantik dan begitulah selanjutnya.

Merujuk kepada kehidupan kita beragama dan berilmu. Kekuatan diri untuk membina perubahan dari jahil kepada berilmu, dari engkar kepada beriman dan beramal soleh, memerlukan kekuatan rohani yang kukuh.

Perubahan rohani atau roh, akal, hati ini memerlukan perhatian yang serius berbanding yang lain. Ini kerana diri itu yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t setelah nyawa berpisah dengan badan, yakni kematian.

Salam buat semua.

Isnin, 5 September 2011

KUASA NIAT MENGUBAH DUNIA


KUASA NIAT MENGUBAH DUNIA


Niat, separuh dari kehidupan. Ilmu dalam berniat adalah penting. Begitu juga ilmu dalam perlaksanaan niat itu juga penting. Pesan sabda Rasulullah s.a.w, barangsiapa yang mahukan dunia hendaklah menguasai ilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat hendaklah menguasai ilmu. Maka, barangsiapa yang mahukan kedua-duanya hendaklah menguasai ilmu.

KUASA NIAT MENGUBAH DUNIA


Isnin, 1 Ogos 2011

SIRI 9 : Pengurusan Ramadan

SIRI 8: Pengurusan Ramadan


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."-Surah Al-Baqarah, Ayat 183.

SIRI 7: Pengurusan Ramadan


Tiga hubungan ini semakin menyerlah dan sentiasa mengisi kehidupan seorang insan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Amin.

SIRI 6: Pengurusan Ramadan


Pengisian ibadat yang menyeluruh dalam Ramadan menjadi galakan dan menanti di sana ganjaran bagi mereka yang ikhlas. Amin.

SIRI 5: Pengurusan RamadanM


Menjaga kedua fardhu ini perlu dilalui sepanjang hidup dan latihannya memberi kesan kepada kehidupan kita dengan menjadikan Ramadan bulan mendidik diri. Amin.

SIRI 4k: Pengurusan Ramadan


Kita sudah memasuki fasa pertama Ramadan. Semoga kita beroleh Rahmat-Nya. Amin.

Ahad, 31 Julai 2011

SIRI 3: Pengurusan Ramadan


Pada malam ini, bermulalah kita berniat untuk puasa Ramadan. Niat sangat penting di dalam satu-satu ibadat. Maka, ia perlu jelas dan telus tembus hanya kerana Allah. Amin.

SIRI 2: Pengurusan Ramadan


Niat, tempatnya di hati. Ia bermula dengan proses tumpu akal atau fokus fikiran sehingga membina pemikiran separa sedar dan timbul di lubuk hati yang menggerakkan sekelian anggota untuk perlaksanaan melalui perbuatan dan menjamin keberkesanan dalam keikhlasan.

Jumaat, 29 Julai 2011

SIRI 1: Pengurusan Ramadan


Assalamualaikum w.b.t, Semua.

Ramadan 1432h akan menjelma tidak berapa lama lagi. Sebagai khalifah Allah di muka bumi, mari kita sama-sama merancang agar ibadat Ramadan kali ini kita dapat melipatgandakan amalan dan keberkesanannya dalam hidup kita semua. Semoga kita sama-sama panjang umur memasuki gerbang Ramadan 1432. Amin.

Isnin, 25 Julai 2011

SIRI 20: TIPS KHUSYUK SOLAT


Dalam mendapatkan khusyuk dalam solat, sebagai insan biasa kita melalui kehidupan yang realiti iaitu satu keadaan yang normal seperti manusia yang lain. Sebagai Islam kita wajib melaksanakan solat fardhu. Adakah kita berniat dan berazam untuk menadapatkan kehusyukan?

...bersambung.

Khamis, 14 Julai 2011

SIRI 19: TIPS KHUSYUK SOLAT


Melihat kepada rajah di atas, kita dapati Solat bukanlah berasingan dengan kehidupan yang dilalui. Berdasar sirah Rsulullah s.a.w dan kehidupan serta perjalanannya. Kita memulakan semua kehidupan ini dengan Iqra' atau bacalah, kajilah, hayatilah.

Sumbernya iqra' itu memungkinkan kita berilmu dan beriman. Dalam solat kita terangkum seluruh kehidupan dan disiplinnya.

...bersambung...

Khamis, 7 Julai 2011

SIRI 18 : TIPS KHUSYUK SOLATI


Islam yang dimiliki kebanyakkan kita adalah secara warisan. Ketetapan solat fardhu sudah pun menjadi rutin untuk diamalkan sehari-hari. Namun, mari kita menyorot semula akan persediaan yang bermula dengan sejarah kewajibannya.

Solat Fardhu tidak dituntut sebagai kewajiban pada permulaan keRasulan, tetapi ia mula diwajibkan pada malam Israk dan Mikraj iaitu kira-kira dalam tempoh 12 hingga ke 13 tahun selepas keRasulan Baginda.

Ini memperlihatkan kepada kita keutamaan untuk mendapatkan khusyuk itu adalah pada asas pengkajian dan pegangan akidah seseorang.

'Perintah' Iqra' atau membaca dan mengkaji menjadi keutamaan kepada Kerasulan baginda. Kesan kepada pengerahuan itu, insyaAllah akan dibincang selanjutnya yang sangat terkandung di dalam unkapan di dalam solat nanti.


...bersambung.

Selasa, 21 Jun 2011

PUNCA KERETAKAN SILATURAHIM

MANFAAT SILATURAHIM


MANFAAT SILATURAHIM

1. Dirahmati Allah s.w.t

2. Dikasihi Rasulullah s.a.w

3. Kebahagiaan berhasil

4. Membina politik yang kukuh

5. Membina sosial yang harmoni

6. Membina jaringan ekonomi yang luas

7. Membina pendidikan yang berkesan

8. Membina kekuatan seluruh umat manusia

9. Membina keluarga yang sejahtera

10. Berjaya dunia dan akhirat

"Sepakat membawa berkat"

Amin.

Jumaat, 17 Jun 2011

SIRI 16: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan

Sebagai amalan warisan, manfaat solat sudah sering bermain dari mulut ke mulut di kalangan orang Islam yang mewarisi agama ini dari generasi terdahulu. Mungkin bagi mereka yang baru mengetahui atau baru sahaj merasai akan manfaatnya solat itu lebih menghargai pemberian amalan yang sangat indah itu.

Manfaat amalan yang diperintah bukanlah untuk yang memerintah, kerana yang mengeluarkan perintah itu tidak memerlukan apa-apa manfaat dari yang diperintah.

Apa sahaja yang diperintah Allah kepada hamba-Nya, semuanya untuk manfaat kepada hamba-Nya jua.

Mengambil manfaat ilmu kejadian alam. Perintah waktu solat fardhu adalah berasaskan fenomena alam. Bermula Maghrib, dengan terbenamnya matahari, Isyak setelah hilangnya mega-mega merah, Subuh dengan terbitnya fajar sidik, Zohor setelah tergelincir matahari dan Asar setelah bayang lebih panjang dari objek asal.

Fenomena ini, memberi kesan kepada penguasaan alam cakrawala yang luas kepada umat Islam.

...bersambung.

Rabu, 15 Jun 2011

SIRI 15: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan

IMAN, merupakan asas kepada kehidupan seorang muslim. Maksud IMAN dalam kepelbagaian prinsip kepercayaan manusia terzahir dengan pelbagai perkataan, ada yang mengistilahkannya sebagai PRINSIP yang perlu dipatuhi, ada juga diistilahkan sebagai KEPERCAYAAN umum yang memberikan kesan kepada perlakuan dan tingkah laku.

Sebagai contoh kepercayaan yang ada di dalam masyarakat kita adalah MEMPERCAYAI HANTU yang mengganggu manusia, menyakat dan memudharatkan manusia. Sama ada ia benar atau salah, bukanlah persoalan yang ingin dibahaskan di sini, namun kepercayaan kepada hantu berkenaan membuat kita bertingkahlaku dan melakukan perbuatan untuk mengelak atau mencegah dari hantu berkenaan.

Dalam hal solat ini, kepercayaan atau IMAN yang mempunyai maksud yang sangat mendalam lebih dari sebuah kepercayaan biasa membuahkan perlakuan untuk menunaikan solat dengan penuh minat.

Oleh yang demikian, sudah tentu asas kepada khusyuknya solat adalah IMAN YANG KUKUH.


...bersambung

Khamis, 9 Jun 2011

SIRI 14: TIPS KHUSYUK SOLAT


...SAMBUNGAN...

Ramai yang akan menilai semula tahap puasa Ramadhan setiap tahun. Setiap tahun diharapkan agar puasa yang dilakukan semakin baik dan berkualiti. Pada hemat saya, tidak ramai pula yang menilai tahap khusyuk atau kualiti solat dari satu waktu ke satu waktu selanjutnya.

Sebelah adalah rajah rantaian tahap penilaian khusyuk setiap waktu solat setiap waktu ke waktu. Seharusnya kita menilai akan tahap kualiti solat kita. Penilaian kualiti solat pula boleh dibanding dengan perkara sia-sia, maksiat dan mungkar yang boleh dielakkan sebagaimana janji Allah kepada orang yang bersolat.

Semoga kita dapat menilai kualiti solat kita agar ianya berterusan kesempurnaannya.

...bersambung...

Rabu, 8 Jun 2011

SIRI 13: TIPS KHUSYUK SOLAT



...SAMBUNGAN...

Ramai yang menyangka, khusyuk dalam solat itu menjadikan seseorang itu terputus segala urusan dalam kehidupannya sehingga berjerit-perih menutup mata dan seolah tidak sedarkan diri. Fana' itu bukanlah hilang akalnya, hilang pertimbangannya, hilang hidupnya. Namun, dalam bicara sufi kedudukannya sangat halus. Saya merasakan ianya perlukan satu coteran yang panjang untuk menjelaskan tentang hal fana' dalam kesufian.

Dalam suasana selesa dan biasa untuk dirasakan solat itu, kita mestilah faham akan kandungan lafaz satu demi satu yang dilafazkan. Kemudiannya, ia akan memberi impak kepada setiap patah perkataan yang dilafazkan di dalam solat.

Teringat saya ketika menghadiri kursus konsultan antarabangsa, Dale Carnergie. Saya diminta memperkenalkan diri dengan menggunakan prinsip 3P, iaitu 'pause', 'part' dan 'punch'. Ianya membawa makna dan maksud perlakuan melafazkan perkenalan itu dengan 'berhenti seketika', 'pisahkan ungkap kata', kemudiannya 'menjaga intonasi ungkapan dengan lonjakan suara yang sekata dari mula lafaz hingga hujung ayat'.

Aktiviti itu mengingatkan saya kepada 'Tajwid, Makhraj dan Qiraat' dalam membaca Al-Quran. Begitu jua solat, adakah kita telah mendapatkan makna dan maksud setiap lafaznya.

Bayangkan ketika kita berbual dengan seseorang dengan suara dan kehendak yang tidak jelas, sudah tentu komunikasi itu tidak sempurna.

Begitu jua halnya dalam solat, namun tiadalah kenyataan ini membawa maksud Allah tidak memahami apa yang tersirat di hati kita.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam siri-siri yang lalu, secara umumnya, dalam rukun solat itu terkandung 'Pujian dan Doa'. Inilah hal yang perlu disedari.

Doa itu adalah permintaan, permohonan dan rayuan. Dalam melafazkan Al-Fatihah pula, telah dijelaskan di dalam Hadis Qudsi bahawa saat diri yang melafazkan kata-kata pujian terhadap Allah, Allah membalas jua pujian itu dengan pujian terhadap hamba-Nya itu.

Kita akan bincangkan dengan lebih ditil dalam coretan yang akan datang tentang kandungan keseluruhan solat itu nanti.

Kita beralih kepada rajah 1:2 di atas. Dalam kehidupan kita di dunia ini,kita tidak dapat lari dari berurusan dalam hal-hal kerja yang wajib kita lakukan untuk mencari nafkah dan melaksana amanah ilmu, kemahiran dan membantu orang lain. Begitu juga halnya dalam urusan keluarga, sebagai manusia kita mempunyai naluri tentang itu. Hal pribadi sudah tentu menjadi bualan diri setiap saat dan ketika.

Urusan-urusan itu amat sukar untuk dilupakan, dalam sudut yang lain ianya sentiasa berlegar dalam diri, sama ada dalam benak akal mahupun lintasan hati. Dalam solat, kita meninggalkannya seketika dan ianya memberi ruang kepada kekuatan kita berkomunikasi dengan Pencipta dan Pentadbir Sekelian alam yang hakiki pada tempoh masa yang tertentu itu dalam membersih dan menyucikan segala prasangka dan telus tembus kepada Allah dalam masa yang dikhususkan.

Berbicara dalam solat, kita menggunakan bahasa-bahasa yakni kata-kata indah untuk memantapkan lagi segala urusan di luar solat. Saya mengambil contoh, doa diantar dua sujud yang membawa makna,

"Wahai Tuhan (Yang Mentadbir Sekelian Alam - dengan lafaz 'RABB') ampunilah aku, Rahmatilah daku, perbaikilah diriku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah hidayah kepadaku, sihat (afiatkanlah) daku dan ampunilah daku."
Ini memperlihatkan, lafaz itu ada perkaitan untuk kelansungan hidup kita selanjutnya.


...bersambung...

SIRI 12: TIPS KHUSYUK SOLAT


...SAMBUNGAN...

Rajah di sebelah menggambarkan tentang langkah-langkah untuk mendapatkan khusyuk. Bermula dengan tapaknya 'sedar', kemudian 'fokus', selanjunya 'khusyuk'. Hal ini sebenarnya boleh berlaku dalam apa jua ibadat yang kita lakukan untuk mendapatkan 'ikhlas'.

Dalam perbincangan kita, kita membincangkan hal solat. Apabila kita ingin mendirikan solat, kita memerlukan suatu keadaan yang sedar akan kita ingin melakukan solat. Segala hal berkaitan perkara lain perlulah kita tinggalkan, melainkan hal yang ingin kita ajukan kepada Pemilik kita, yakni Allah s.w.t.

Barang sudah tentu, hal-hal itu adalah hal yang harus untuk dikemukakan. Misalnya, kita berhajat untuk mengemukakan sesuatu kepada Allah tentang hajat kita, maka solat itu kita niatkan sebagai Solat Hajat. Sebagaimana juga halnya, yang kita mohon itu adalah untuk mendapat sesuatu keputusan yang kita terpaksa memilih mana satu keputusan yang terbaik di sisi Allah s.w.t, sudah tentu kita membawanya dalam Solat Istikharah. Dan hal ini, banyak dibincangkan dalam Himpunan Solat-Solat Sunat.

Dalam hal yang melibatkan Solat-Solat Fardhu, sudah tentu ianya dalam bentuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah itu sendiri. Namun, dalam hal ini perlulah kita sedar, bukanlah Allah itu berkurang akan perbendaharaan Sifat-Nya Yang Maha Sempurna andai hamba-Nya meninggalkan solat, seolah Allah meminta, yang dengan tidak tertunainya solat itu, Allah menjadi lemah, sebagaimana andaian permintaan sesuatu makhluk kepada makhluk yang lain.

Dalam Solat Fardhu itu, jangan kita lupa bahawa kebaikan yang dilakukan itu terkandung sekelian doa untuk hamba Allah jua. Lafaz-lafaz dan gerak lakunya, semuanya menguntungkan kehidupan hamba-Nya.

Kandungan dalam Solat Fardhu (perkara yang melibatkan rukun sahaja) terhimpun dalamnya hanyalah pujian dan doa atau permohonan hamba-Nya sahaja. Sebagai contoh, Takbiratul Ihram adalah ucap syukur dan membesarkan Allah. Ini membawa pujian kepada Maha Pencipta. Lafaz Al-Fatihah pula terkandung puji dan doa. Begitulah selanjutnya yang akan dibincangkan pada masa akan datang.

...bersambung...

Selasa, 7 Jun 2011

SIRI 11: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan...

Latihan fokus yang dibuat dalam program-program motivasi menjadikan elemen 'setting' atau tumpuan kepada aktiviti selanjutnya dibuat untuk kelancaran kebersamaan dalam aktiviti berkenaan.

Dalam amalan fekah yang terzahir sebelum solat ada pelbagai kaedah yang dilakukan. Pada sisi yang lain, pendekatan elemen motivasi ini boleh kita ketengahkan.

Sedar akan kita akan melaksanakan suatu gerak kerja yang akan didirikan adalah solat. Maka, mengembalikan diri dari terawan-awangan berfikir ke arah perkara lain perlu dihindarkan terlebih dahulu.

Memanggil diri kembali yang berselerakan berfikir itu penting. Ini mungkin antara hikmah di sebalik azan itu.

Mungkin juga boleh saya cadangkan di sini,

SEDAR>>>FOKUS>>>KHUSYUK


....bersambung...

REJAB




Hari ini sudah memasuki 05 Rejab 1432. Ini bermakna 2 bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bulan ini bulan Allah, semoga bulan ini kita terus diberkati.

Begitulah sistem alam yang Allah telah sediakan untuk mereka yang bersyahadah. Setiap saat dan ketika mempunyai susunan kehidupan yang teratur.

Sejarah Isra' dan Mikraj menjadi catatan membina dan menjentik akal mengukuh akidah. Alam yang terbentang luas untuk diamati keanehannya disentap oleh peristiwa yang Allah sengaja adakan.


Terdapat manusia menolak keanehan Isra' dan Mikraj, dalam masa yang sama memapar keanehan ciptaan yang setiap saatnya aneh dalam benak fikir.

Kepebagaian ciptaan cukup aneh, ikan tidak terbang di langit biru, burung tidak menggelunsur dalam tanah sebagaimana cacing, alam angkasa yang luas tetap pada perjalanannya.

Aneh dalam diri itu sudah cukup untuk ditelaah keajaibannya menghampiri Maha Pencipta.

Amin.

Isnin, 6 Jun 2011

SIRI 10: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan.

Keterbalikan dari rajah berkenaan kita dapati bahawa, untuk khusyuk dalam solat, kita tidak akan mencapainya sekiranya ianya tidak dilakukan dan jika kita tidak ada ilmu yang mantap tentangnya.

Benar kata pepatah, 'tak kenal, maka tak cinta'. Begitulah jua perkaitannya dalam hal solat ini. Keindahan dan kemanisan solat itu ada pada keikhlasan, yangmana terangkum di dalamnya kekhusyukan.

...sehingga setakat ini...bersambung.

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com