Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan.
Saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,
Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi.
Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima.
Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu.
Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan.
Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang.
Sumber : http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/3017-lakaran-hati.html
Hati tidak boleh menyembunyikan perasaan yang dirasai samada sedih, kecewa, gembira, tenang dan 1001 perasaan lagi yang mungkin tidak boleh dirungkai oleh kata-kata. Semuanya tertakluk kepada Sang Pemilik hati ini. DIA lah yang mengurniakan segala perasaan yang terbuku di hati tanpa kita sedari maka syukurlah dengan nikmat ini kerana diantara kita masih ada yang hatinya kosong dek kerana jauhnya diri dari Tuhan Sang Pencipta Alam ini.
Semoga kita selalu mensyukuri nikmat yang tidak terhingga ini. ♥
Wassalam
~ Senyum Sokmo ~
(^_^)