skip to main |
skip to sidebar
Yang ni deco yang hb aku buat.....hehehe teringin plak dia nak mencuba skil. Amacam???? Kek ni untuk anak kawan aku.... Dhia fatini namanya. Anak perempuan tunggal... Hari khamis lepas tetiba je hb aku teringatkan birthday dhia... katanya dhia cakap uncle nak bagi kek dhia kan? Soklan yg mungkin hb aku tak boleh nak geleng atau angguk. Jadi dia pun meminta aku membuat sebiji kek untuk dhia. Aku mulanya nak cuba gamba barbie lagi... iye nak improve kan, tapi hb aku plak kata dia nak bagi gambar sponge bob. Aku masih lagi tak cekap membuat buttercream transfer ni, aku dah lukis atas plastic tapi bila nak transfer butercream tu tak melekat dekat kek tu.... cuma dapat bayang2 lakaran je.... dengan berpandukan bayang garisan tu le aku melukis kembali imej sponge bob tu. Dan tugas seterusnya hb aku yg menyempurnakan... siap ngan border tu lagi.....Jadi inilah hasilnya... not bad for first timer kan. Better than mine kot.....
Hari Jumaat lepas aku buat ni.Nawaitu aku nak buat steamed chinesse mantou. Aku dapat resepi dr Do what i like blog. Tapi tak tau kat mana silapnya, tak menjadi mantou ku, maka aku pun menukar bentuknya menjadi kuih pau... berinti chocolate. Masa panas gebu sangat... tapi bila dah sejuk....dia kematu.... jadi keras.... tapi nasib baik pau ni habis sebelum sempat sejuk.... ada sebiji yg memang aku reserve untuk tunggu sejuk.... itupun siapada yang bertanya... mama dah tak guna pau ni lagi... kalau tak guna ada yang nak qiqah. Aku kata dah tak guna dah.... habis je ayat tu...pau pun habis....
Yang ni pun nasib yang sama seperti pau di atas. Niat nak buat donut, tapi ini bukan tak menjadi tapi tetiba je jadi malas nak goreng.... so bakar je la. Tengah uli2 donut tu tetiba je aku jadi malas nak buat donut jadi aku tukarkan ia menjadi dinner roll. Aku tak isi filling apa2 pun. Masa nak makan cicah ngan sardin je. Ini pun licin. Donut ni aku ikut resepi skyblue Myr. Lembut jugak bila dibakar. Ingat nak buat frozen jadi aku buat 2 adunan, tapi bila dah bertukar tak boleh nak frozen aku bake sumenya.... ada yg aku bake dlm loaf pan. Terlupa nak snap gambar...... Yang ni sempat simpan sampai the next day. Kebetulan adik aku datang petang sabtu tu, aku hidangkan roti tu dengan sardin. Rasa roti tawar sebab it suppose to taruh topping or gula kan.... itu sebab dia kena cicah ngan apa2 buat tambah rasa. Donut yang aku buat tempohari tak sempat nak bergambar. Memang lembut donut sky ni. Nanti aku nak buat jugak lagi donut ni...betol2 jadi donut. Nanti yeee..... thanks skybue...
Yang ni aku wat untuk anak sedara aku main deco apa yg terlintas je. Mama dia sms aku dr mekah kata hari tu birthday asila... masa tu dah kol 1.00. Kesian plak sebab asila tggl ngan adiknya bersama maid di umah tu, yg lain pergi umrah. Kakak ipar aku pesan tengok kan dia orang ni jadi kesian lak. Jadi aku pun buat le sebiji choc cake pastu deco le ikut kemampuan aku je... Aku ganache kan seluruh cake pastu kat atas tu aku lapiskan dengan wild berries topping. Then aku pipekan buttercream keliling.... siap... jadilah ya asila... maksu ni kan terkenal dengan KERASTANGANYA.... sayangnya masa bawa kek ni kat asila terlupa nakbawa kamera. Yang bagusnya hp dia pun dia tak sedar bateri dah bercas untuk berapa lama dah....jadi tak sempat nak amik gambar birthday girl hari tu... sori asila.....
Cinnamon rol ni dah buat 2 minggu lepas. Sedap...lembut walaupun dah sejuk. Resepi dr MyR: yani. Thanks yani. Anak aku suka tapi mereka tak suka topping kat atas tu....anak2 aku ni mmg bukan peminat cheese. Makan pizza pun tak nak taruk cheese jadi tak heran klu cream cheese toppin tu dia orang tak suka. So in future kena le wat cinnamon roll ni tak payah pakai bedak dia.... Namun begitu cinnamon roll habis tanpa berbaki walaupun anak2 makan dilapnya dulu topping kat atas atau makan part yg tak kena topping tu je...cebisan2 yg kena tu masuk perut mama dia (yg tu je dapat rasa pun).
Breakfast last weekend. Masa tu letih malas nak masak.... Wat breakfast sampai lunch siap sipi-sipi masuk tea dah tu.... malam makan roti lagi... 2 minggu ni dok semangat baking tu menjadi-jadi... especially wat roti.
Masa nak dekat buka sekolah ada sorang kawan aku call. Mintak aku wat kek untuk anak dia. Mula2 tu ingat dia nak plain kek je...kira ok le kan.... but then dia kata for birthday and the little girl tu nak gambar barbie..... aduh terkezut makcik... camne ni. Maka makcik pun terus le cari gambo barbie .... ini le hasilnya. Sori le tasha aunty baru je praktice wat gambo barbie ni.... (gambo lain pun sama ). Nasib baik le kek ni untuk depa makan anak-beranak je. Kalau dia kata nak wat parti mau tak buat... sia kat birthday girl tu.
Seronok plak bila dah mula mendeco kek ni. Nanti aku nak wat lagi......