Terlewat benar rasanya nak mengucapkan selamat tahun baru 2011 ye? Selepas posting yang yang last tu, sebenarnya ada bahan nak cerita pasal aktiviti masa cuti tahun baru tu, kitorang pi Pesta Penang. Amik gambaq punya sakan. Tup-tup memory kad rosak weh.. tak dapat lah nak berbangga-bangga cerita itu ini, tunjuk barang-barang yang dibeli, mainan yang dicuba dan booth yang dituju. Padan muka la kan sebab niat tu nak menunjuk. Sekarang, apah pun tak mandang! Kene keluor duit pulak nak membeli memori kad. Hai, benda-benda ni cam tau-tau je ye kita berduit (tak banyak beno le tapi ada la lebihan dari bonus tu) ? Time tu jugak dia nak rosak!
Bistu bila dah kena beli kad yang baru, udah rasa nyampah pulak nak bergambo. haha. Kaedah apakah itu? Kebetulan awal bulan kita pun sibuk dengan anak nak sekolah, kerja opis pun melambak, maka itulah alasannya kelewatan membuat entry ni. Bukan main lewat nya kau...dari 2010 sampai ke 2011 baru nak update! Setahun tu...! hihihi
Hari ni lah baru rasa lega sikit, sambil catchup blog kengkawan yang lain. Kebanyakan cerita pasal persekolahan anak-anak lah. Itu normal. Kemudian ada cerita orang baru kawin, baru dapat baby dan baru tambah baby. Antaranya kak
PB...best nya dia dah dapat baby boy, di petang tahun baru pula tu.
Tentang persekolahan anak-anak, Luqman sekarang dah darjah 3. Alhamdulillah, masih kekal dalam kelas Bestari. Tahun lepas dah janji, kalau darjah 3, mesti solat subuh! Alhamdulillah setakat ni, dia memang mudah bangun dan menunaikan janji itu. Selain tu, Luqman dah naik Al-Qur'an jugak dalam bulan 12 hari tu. Seronok sangat perasaan sebagai ibu tengok dia baca Qur'an dengan tok ayah. Walaupun kalau dibandingkan aku, aku 'menang' lagi sebab naik Qur'an darjah 1 dan khatam darjah 3. Hehe tapi aku kena bandingkan didikan aku dengan didikan Ayah aku juga, dari segi ketegasan dan penyediaan ilmu agama, ayah ku lebih tegas dan mantap didikannya! Luqman belajar mengaji pun di tangannya, dan sekarang dah naik Qur'an pun dah cukup bagus berbanding kawan-kawannya yang lain yang masih membaca Iqra'. Aku syukur...
Perbelanjaan untuk persediaan ke sekolah, ha ini yang berkaitan dengan tajuk entry aku ni. Aku melawat-lawat blog kawan ada yang ceritakan berapa banyak duit yang lebur (eh bukan lebur, tapi labur..) demi memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Persediaan pakaian, alat tulis, kasut sahaja dah beratus, pendaftaran sekolah pula ada yang melebihi RM500, pendaftaran nursery atau tadika lebih mahal. Ada yang mencecah RM1000! Itu belum masuk yuran bulanan. Ya Allah, kalau aku di tempat dorang ni memang aku pengsan tak dapat hantar anak aku ke sekolah.
Perbelanjaan aku untuk Luqman, sederhana seadanya! Sesuailah dengan kami ni yang berpendapatan sederhana juga. Mujur pun anak baru seorang (kalau dapat lebih seorang, syukur juga). Tapi Allah lebih mengetahui hikmah nya anak seorang. Baju sekolah Luqman aku beli sehelai saja. Baju darjah 2 masih muat lagi. Tengok harga mula-mula RM 9.90 selai, bila scan rupa-rupanya RM 7.90 sahaja (sebab dah last minute, dorang bagi harga runtuh, kot). Kasut sekolah sepasang harga RM 20.00. Alat tulis termasuk pensil box lebih kurang RM 10 je. Seluar tak beli, sebab Yong aku bagi seluar anak-anaknya yang dah tak pakai. Beg sekolah pun pemberian adik-adik aku sebagai hadiah harijadi Luqman hari tu. Alhamdulillah jimat di situ. Jadi, untuk persediaan ke sekolah Luqman, aku belanja kira-kira RM 30 sahaja.
Untuk pendaftaran dan yuran. Buku latihan cuma RM 12.00, buku teks dapat percuma disebabkan status sekolah tu sekolah luar bandar jadi semua pelajar dapat SPBT. Yuran RM81. Tahun ni juga aku daftarkan Luqman kelas KAFA walaupun dah terlambat, tapi Ustaz tu kata, tak mengapa, sebab silibus pelajaran nya lebih kurang sama dengan di sekolah rendah, jadi Luqman tidaklah ketinggalan banyak sangat. Apatah lagi mengetahui yang Luqman dah naik Qur'an, Ustaz tu kata itu satu bonus sebab ada pelajar yang KAFA dari darjah 1 sampai darjah 5 masih bertatih-tatih membaca Al-Qur'an. Aku syukur... Yuran KAFA adalah RM 120.00, bulanan ada kah? haha tak pasti la pulak. Kelas KAFA bermula 10hb ni. Dan cadangnya nak beli baju melayu putih aku budget bawah RM30. Kesimpulannya, perbelanjaan untuk persekolahan Luqman, tidak melebihi RM 300. Cukup sederhana,kan?
Syukur sangat sebab Allah mudahkan aku dalam hal ini. Walaupun sebenarnya aku tidaklah berniat nak tinggal dengan mak aku untuk selama-lamanya. Perancangan tu memang nak duduk di Penang terus, rumah pun dah ada kan. Tapi itulah, aturan Allah adalah yang terbaik. Buat masa sekarang aku masih lum mampu untuk menghadapi kehidupan di bandar yang besar, yang sudah tentu menuntut perbelanjaan yang tinggi, untuk sekolah, yuran bas, kelas petang dan sebagainya. Selagi aku belum mendapat pekerjaan yang lebih baik dan di Pulau Pinang, selagi itulah rutin kehidupan aku begini. Paling lama aku rancang ialah sehingga Luqman tamat darjah enam. Namun, keputusan terakhir aku serahkan pada Allah, jika ada jalan yang lebih baik, aku pasti syukur dan terima!
Sebagai penutup entry ini, aku buh gambar pertambahan 3 hiasan kat umah aku yang kononnya kreatif la sangat! hahaha.
ikut jam ; sepasang tirai buluh (yang harganya RM16.00 satu), cat hijau di dinding sinki dan hiasan daun plastik yang berharga 80 sen ke singgit satu ntah?, dan gambar hiasan dinding sebelah lemari yang berharga RM 20 sekeping tapi cantik,kan. Ala-ala Italian gitu. (sapa lagi nak puji umah aku kalo bukan akuuuuu jugakkk, kan.....)