Zubair (pemandu pelancong sewaktu aku dan kawan-kawan ke Kashmir dulu), datang ke Kuala Lumpur bersama kawannya Ishfaq. Pemuda ini punya keperibadian yang baik, jadi mereka yang pernah menggunakan khidmatnya sewaktu ke Kashmir tidak lokek untuk meraikan kedatangannya. Masing-masing bergilir untuk bertemu dan meraikannya.
Ketibaannya di KLIA disambut oleh Puan Azian Elias dan beberapa urusan Zubair juga dikendalikan oleh Pn. Azian. Zubair dan kawannya tiba pada pagi 16/3/2017.
Sabtu (18/3/2017), aku whatsapp Zubair bertanya apa rancangannya untuk hari itu. Katanya, ada kawan hendak menjemputnya di hotel. Kebetulan aku dalam perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur untuk membeli sesuatu. Setelah berbalas-balas whatsapp, Zubair kata kawannya akan datang sebelah petang. Jadi, adalah masa untuk aku bertemu dengannya.
Aku dan suami menjemput mereka di hotel dan bercadang membawa mereka bersarapan (walaupun aku dan suami telah bersarapan sebelumnya - sudah hampir jam 11.00 pagi pun. Waktu di Kashmir lewat 2 jam 30 minit dari waktu di Kuala Lumpur).
Setelah berbincang dengan suami, kami (aku dan suami) sepakat membawa mereka makan di Restoran Beriani Asif di Bukit Bintang. Mudah, sebab pastinya hidangan di restoran tersebut kena dengan selera mereka. Kami tiba sewaktu restoran baru hendak memulakan perniagaan untuk hari tersebut, jadi lamalah sikit menunggu. Tak mengapalah, Zubair dan Ishfaq boleh ambil peluang berbual dengan pemilik dan pekerja restoran kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa yang sama.
|
Kami biarkan mereka pilih apa yang mereka suka... |
...dan inilah pilihan mereka :
|
2 keping Garlic Naan (RM6.00 sekeping) |
|
Chicken Tikka (RM12.00) |
|
Ada Beef Masala dalam mangkuk itu (RM15.00) |
|
Lamb Beriani (RM20.00) |
|
Garlic Cheese Naan (RM7.00) |
|
Kami juga pesan satu jug Manggo Lassi (RM18.00) |
|
Alhamdulillah, syukur kami berpeluang juga meraikan kedatangan mereka. Aku juga bersyukur kerana En Suami sentiasa mahu bersama melayani permintaan isterinya. Cuma sedikit masalah, kedua-dua kami tidak fasih berbahasa Inggeris. Janji faham saja! |
Selepas makan, kami tanya mereka mahu ke mana sementara menanti kawan mereka tiba. Hendak bawa jauh-jauh , takut tak sempat. Cuaca pula sangat panas, merah padam muka mereka dan aku sendiri pun berpeluh-peluh...
|
Singgah sekejap di Tasik Titiwangsa... |
|
...kemudian bawa mereka ke Tugu Negara |
|
Hero Kashmir sedang berangan! |
Dari Tugu Negara cadangnya kami akan bawa mereka ke Masjid Negara untuk solat tapi kata Zubair kawannya dalam perjalanan untuk mengambil mereka di hotel. Kami hantar mereka terus balik ke hotel penginapan...
Semalam (Ahad = 19/3/2017), kami berkumpul seketika di rumah Pn. Azian Elias dan mereka dihidangkan dengan makanan dan buah-buahan tempatan.
Hari ini (Isnin = 20/3/2017), Zubair dan Ishfaq bercuti ke Langkawi pula.