Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 April 2013

Kalau nak buat tuntutan, biarlah ianya 'betul dan benar'...

Jangan pula pergi ke sesuatu tempat atas urusan 'rasmi' dengan menaiki kereta beramai-ramai (car pool), kemudian memandai-mandai fotostat resit teksi kosong dan tulis sendiri jumlah bayaran. Tak takut dosa ke kawan?

notasukasuki :  baru dapat panggilan kononnya dari Maybank yang mengatakan bahawa 'mengikut undang2 Bank Negara....bla ...bla...bla...' . Tak habis dia cakap, aku dah jawab 'oh... saya dah tahu tentang itu. ok. bai.'  Terus aku tamatkan perbualan....

Alamak! Pakngah dah tak mahu berkawan dengan kakcik ke? ...

huhuhu... sedihnya...
kenapa jadi begini Pakngah?

Isnin, 29 April 2013

Kalau Che Ta suka Zain...

...takkanlah kita pun kena ikut suka juga, kan?  Tapi bila kita tak suka, bukanlah bermakna kita boleh mengutuk semahu-mahunya. Dia ada selera, kita pun ada selera.  Bila selera berbeza, jangan pula dijadikan modal yang tiada kena mengena.  Contohnya, sebab kita tak suka mee goreng, kita katakan mee itu mengandungi rencah lipas dan tikus.  Mana tahu, entah-entah nasi goreng yang kita telan itu mengandungi airliur dan peluh tukang masak yang berkuman!

Jadi, sebelum menyatakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti, adalah lebih baik kita berdiam diri walaupun kita mungkin betul.  Seperkara lagi, jangan paksa orang suka apa yang kita suka - boleh tak?

Gambar hiasan dari arkib google. Pisssss yoooo

Terima kasih kepada peminat Kenchana Dewi...

...kerana menyumbang kehadiran ke blog yang kian dingin ini.



Sabtu, 27 April 2013

Jumaat, 26 April 2013

Salam pagi Jumaat kawan-kawan...

...semoga hari ini akan sentiasa lebih baik dari hari- hari yang telah berlalu...

Yang bersepah bukan tidak boleh dikemaskan...


...yang kotor bukan tidak boleh dibersihkan.

Khamis, 25 April 2013

Kenapa berbeza sangat?...

Keretaku meragam. Perutnya sakit. Bawa ke pusat servis di mana kereta dibeli. Periksa punya periksa, kos ubat dan rawatannya diberitahu akan mencecah RM5K. Tak jadilah kereta itu dirawat di situ. Bawa ke pusat servis yang biasa En Suami pergi. Untuk rawatan dan ubat yang sama, kosnya RM1.5K sahaja!

RM3.5K adalah satu jumlah yang sangat besar bagi marhaen seperti aku...

Taukeh beras pun boleh muflis kalau boros tak kena gaya...

Rabu, 24 April 2013

Cuti dan cuti lagi...

Belum setengah tahun lagi ni, cuti dah tinggal separuh dari kelayakan!

Esok (Khamis) cuti sebab nak ke Klang - InsyaAllah

Lusa (Jumaat) sebab nak ke Seberang Jaya - InsyaAllah balik ke Kuala Lumpur hari Ahad.

Bulan depan, InsyaAllah akan bercuti panjang - semoga segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Tak tanya??

Tak apa - saja nak bercerita.  Sekarang ini memang sangat sedikit masa yang ada untuk bercerita atau 'melawat kawasan'.  Kitaran waktu membawa perubahan yang kadangkala memang tidak kita sangka atau minta. 

Kalau ada angin yang membisikkan bahawa tiupannya mungkin berubah arah, janganlah kita buat tak endah.  Bimbang nanti, bisikan yang sepoi-sepoi itu menjadi taufan yang membingungkan sedangkan kita langsung tidak bersedia...



Selasa, 23 April 2013

Ramai yang nak jadi waibi...

walaupun menjadi calon jauh panggang dari api
mengundi pun belum tentu layak lagi
tapi bercakap berapi-api
seronok sangat memaki-maki

lupa sekejap anak bini
lupa pula badan berbau sebab belum mandi
tapi semua itu apa dipeduli
asal sahaja puas hati sendiri

tolonglah jangan seenaknya menuding jari
mencebik mana yang tak sehaluan diri
kita ini pun banyak yang perlu diperbaiki
jangan sampai jauh dari redho Ilahi



Ahad, 21 April 2013

Khamis, 18 April 2013

Hanyut...

...sekiranya masih ingin bertemu, doakanlah agar masih ada nyawa dan upaya untuk berbicara semula...

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Rabu, 17 April 2013

Makin dekat pilihanraya...

...ramai yang jadi separuh gila
bertebaran berita di alam maya
sana salah sini buruk belaka
tiada yang betul melainkan dia
walaupun JUMAAT sekali sekala
tiba-tiba petah bercakap hal agama
bertegang leher jelas dan nyata
fitnah atau tidak disamarata

Ingat-ingatlah saudari dan saudara

yang disokong mungkin akan jadi kaya
yang menyokong silap-silap masuk penjara
jangan kerana upah sekupang dua
kita sanggup putus saudara


Gambar hiasan untuk mewarnai catatan ini.

Selasa, 16 April 2013

Lantak engkau oranglah...

...kalau itu yang kau percaya, berpeganglah dengan kepercayaanmu. Hanya jangan sampai nanti, kepercayaan itu yang menjerumuskan dirimu ke sesal yang tidak berkesudahan...

BS : Akak, mana boleh teropong guna kamera
Kakak : bolehlah adik... Kamera ni boleh zoom tau!

Sekeras mana pun kerikil...

...tiba saatnya, berderai jua.

BS kata 'mak ni gambar tangan pun nak ambil'
Gambar lain : kek yang dihasilkan oleh Iyra dengan bantuan Bangcik dan Budak Sepet (yang banyak mengacau sebenarnya)

Kek Cokelat

Kek Lobak Merah Berkeju

Sepatutnya aku gembira...

...yang nyatanya Allah sahaja yang tahu isi hati ini...

Gambar hiasan semata

Ahad, 14 April 2013

Terima kasih Nor Azian Iskandar dan keluarga...

...kerana sudi singgah di rumah mak walaupun tidak dihidangkan apa-apa. Seronok bercerita, sampai air kosong pun tidak disuakan...

'Paksu' Sepet bersama sibongsu Mujib.

Aunty Iyra nak bagi Mujib makan muffin

Dua 'spiderboy' - Muaz dan Muiz

Jumaat, 12 April 2013

Hari ini hari Jumaat...

hari yang dikatakan Penghulu Segala Hari
hari yang penuh keberkatan

hari ini ada solat yang diwajibkan
kepada lelaki Islam yang cukup syaratnya
jika ditinggalkan dengan sengaja
hukumnya adalah berdosa

hari ini Khatib akan membacakan khutbah
mengingatkan segala suruhan dan larangan Tuhan
apa yang boleh apa yang tidak
semuanya telah ada garis panduan

mudah-mudahan Khatib orang yang tertib
tidak terikat dengan undang-undang manusia semata
yang berkhutbah kerana kedudukan
bukan kerana mencari keredhaan Tuhan

Khamis, 11 April 2013

Dimanakah Siti Syafiqah?...

...andai sesiapa yang ada maklumat tentang gadis ini, silalah sampaikan maklumat tersebut ke balai polis berhampiran anda...




Gambar-gambar di atas kakcik ambil dari blog Anyss.

Maafkan kakcik andai ianya tidak menjadi...

Sampai hari ini, masih ramai yang klik ke tajuk 'Rahsia membuat
tepung goreng rangup' itu. Setiap kali melihat ada yang mencari
'rahsia itu' di blog ini, kakcik rasa susah hati dan agak takut.
Takut ianya bukanlah apa yang 'mereka' harapkan!

Rabu, 10 April 2013

Dia tidak malu untuk belajar memasak...

...walaupun dia satu-satunya pelajar lelaki. Syabas Bangcik.










Pagi ini Bangcik bawa lasagna yang diadun dan dimasaknya sendiri untuk kawan-kawan sekolahnya (untuk kali yang entah ke berapa).  Malangnya, mak dan ayahnya yang kena keluarkan modal tanpa pulangan!  Bangcik juga menjalankan perniagaan tudung secara kecil-kecilan melalui akaun facebook.  Kunjungilah Min's Hijabista untuk mendapatkan tudung-tudung dengan harga murah.

Jangan telefon semula...

Pesanan 'khidmat masyarakat' ini diberikan oleh Maxis.

Selasa, 9 April 2013

Selepas ketiadaan Gee...

...Abil berhasrat untuk menjadi penceramah motivasi.
Kunjungilah Abil di BLOGNYA INI
atau boleh juga menghubungi Abil
di talian : 016-2634258
atau FACEBOOK

Syabas (eh...silap! Puspel namanya) ...





Kalau ditadah, boleh buat mandi ni. :)

Tunggu ya, suami saya akan buat aduan.
Jangan tak layan pula nanti. :)

Isnin, 8 April 2013

Maafkan saya Cik/Puan Norlee. Saya tak ada duit...

... kalau ada duit pun, saya tak akan laburkan dengan sewenang-wenangnya!

Mencari Makanan Barat Yang Enak? Singgahlah di Moon's Kitchen...

...anda pasti tidak akan menyesal. Dengan hidangan di bawah RM30.00 setiap pinggan, gaya hidangan yang mengalahkan restoran 5 bintang dan keenakan yang tiada tandingan, duit yang dikeluarkan adalah berbaloi. Telah berkali-kali kakcik dan keluarga makan di sini dan ia tetap tidak dapat ditandingi oleh mana-mana restoran makanan barat yang kami kunjungi sebelum ini.

Ia hanya sebuah kedai makan kecil yang terletak di Pandan Indah, Ampang. Bagi yang tak pernah sampai ke sini, petunjuknya ialah Sekolah Menengah Pandan Indah. Bertentangan dengan SMPI, anda akan melihat kedai 7 Eleven. Moon's Kitchen terletak di deretan kedai makan tidak jauh dari 7 Eleven itu (7 Eleven disebelah kiri, surau di sebelah kanan - terus beberapa meter ke hadapan. Bersetentangan dengan rumah pangsa terletaknya deretan kedai makan itu)

Anak-anak kakcik tak pernah jemu makan
kupang yang enak ini.



Chicken Chop yang juga tiada tandingan
rasanya di tekak kami



Spaghetti Bolognaise


Lai Chee Kang


Old English Serloin Steak


Lamb Rib


Apaentahnamanya!


'Iya, sepinggan ini hanya untuk saya tau!'


'Saya akui kesedapannya hingga menjilat tulang!'

Mereka masih ingat untuk menyebut nama Allah...

... semoga mereka juga akan ingat untuk menurut perintah Allah sama ada dari segi berpakaian mahu pun pergaulan juga lain-lain perintah yang mencakupi 'boleh dan tidak boleh' ...


notanasitambahyangtakdiminta : semoga kita juga tidak menutup mata terhadap kejelekan yang terbentang di hadapan mata tetapi membuka mata seluas-luasnya pula terhadap sesuatu yang nyata direka-reka...

Ahad, 7 April 2013

Dulu dia dalam kandunganku...



...tahu-tahu sekarang anak ini jauh lebih besar dari diriku.
Namun sebagai ibu, dia tetap 'kecil' di hatiku.

Jumaat, 5 April 2013

Di rumahku ada dua pengundi baru...

yang pasti mereka bukan pengundi hantu
kedua mereka anak lelakiku
tapi pilihan mereka tidakku tahu
apatah lagi ada peristiwa yangmenghantu

apa saja yang dilakukan
pasti ada yang memberi perhatian
apatah lagi bila kita diberi jawatan
ianya adalah satu pertanggungjawaban

kita dipilih untuk mewakili
atas dasar percaya mempercayai
tapi setelah berjaya mengapa lupa diri
seolah-olah kita naik dengan sendiri

anak sulungku difitnah sesuka hati
setelah sidia mendapat apa yang dihajati
sikap berpuak sidia ketara sekali
siapa yang mengipas dialah yang digauli

di rumahku ada empat undi
hendak memilih kurasa tak sudi
tunggulah kupohon petunjuk dari Ilahi
lambang mana yang harus kupangkah nanti









Sibuk berkempen semula...

(Edisi jangan terpedaya dengan tajuk)

Sebenarnya hujung minggu kakcik kembali sibuk sebagai pengiring suami berkempen  ke sana sini.  Sabtu ini ke Teluk Intan.  Sabtu depan ke Melaka.  Sabtu sekali lagi ke Seberang Jaya.

15 hingga 19/4 - tak masuk ke pejabat.  Bertugas sebagai urusetia kursus lagi.

Tak sabar nak pencen.  Boleh jadi pengiring suami tanpa perlu fikirkan nak ambil cuti!

Khamis, 4 April 2013

Memanglah akaun facebook itu kita yang punya...

...tapi kalau setiap kali kita hanya tahu meletakkan kisah tentang ketidakpuasan hati kita, agak-agaknya apa pula tanggapan orang lain terhadap kita, ya?

Jujurnya bagi kakcik sendiri, kakcik rasa agak
'terganggu'.  Nak 'unfriend' rasa tak sampai hati!