Telah berlaku kecurian di majlis perkahwinan anak jiran kakcik. Beberapa tetamu yang merupakan kawan-kawan kepada pengantin perempuan, dilarikan beg tangan mereka yang ditinggalkan dalam bilik. Kunci kereta turut dibawa lari menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kereta di kawasan perumahan kakcik.
Ujian buat mangsa dan kasihan kepada pencuri yang tak beretika. Sanggup mereka mengisi perut dengan bara dan semoga mereka teringat untuk bertaubat segera,,,
... seingat saya, saya tak pernah sama sekali menjalin hubungan sama ada secara zahir jauh sekali secara batin dengan Encik. Jadi, cukup-cukuplah Encik menghubungi saya dengan emel yang tak sudah-sudah, siap beramaran bagai itu ...
Saat emosi saya tidak stabil, hendak memadam emel pun akan membuatkan 'darah saya naik ke kepala'!
Saya tak pasti sama ada emel ini benar-benar datangnya dari pihak Encik Hong Leong!
Walaupun matahari itu kelihatan terang, tapi bumi di bawahnya nampak gelap. Mungkin mak pun macam itu juga. Nampak wajahnya gembira tapi hatinya tak siapa dapat membaca.
Meskipun mak berada dalam keadaan tidak seronok, tidaklah pula sampai dia bagi kami makan pisang sahaja!
Bila makan di luar, selalunya bukan mak yang keluar belanja. Biasanya Along yang belanja dan kadangkala ibu saudara kami yang keluarkan perbelanjaan.
Ini kedai makan kawan ayah saya. Tapi tidaklah bermakna kami dapat makan percuma atau bayar lebih murah dari apa yang orang lain bayar. Harganya agak berpatutanlah.
Harapnya mak tidak akan menjadi terlalu cepat marah. Bagaimanapun, saya tetap sayang mak saya.
... banyak benda yang tidak sepatutnya, mungkin terjadi kepada kita. Contohnya, bila kita hanya percaya pada pandangan mata sahaja dan tidak berminat untuk bertanya dan menyelidik kebenarannya, maka kita telan apa yang tersedia ...
Mudah-mudahan apa yang kakcik makan semalam adalah dari sumber yang halal, bersih lagi berkat. (RM4.00 harganya)
Sebenarnya, pagi ini ada rakan sepejabat tiba-tiba datang bercerita...
Sebuah gerai menjual makanan (nasi berlauk, mee, meehoon) di Jalan Ipoh, berhampiran bangunan pameran/jualan kereta sebenarnya bukanlah milik peniaga Islam. Peniaga yang berwajah seperti Melayu (Mamak?) itu mengaku beragama Islam bila ada yang bertanya. Hendak dijadikan cerita, semalam beliau (peniaga berkenaan) mendaftarkan anaknya ke sekolah. Petugas yang menyemak kad pengenalan peniaga itu terperanjat bila melihat data yang tertera. Jelas bahawa dia adalah seorang India dan beragama Hindu!
Sangat tak selesa rasanya beberapa hari ini. Kelopak mata kiri sebelah atas - adakah petanda akan menangis lagi??? Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui...
Gambar-gambar di atas kakcik rakam dari tingkat 11 sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Cantik tak? Kalau kata tak cantik, lain kali kakcik tak mahu ambil gambar lagi... (~_~)
Gambar bunga ini pula kakcik rakam di hadapan rumah Dato' LF.
Selain dari Allah Yang Maha Mengetahui, hanya KITA-KITA AJE yang tahu ... (mohon maaf kawan-kawan yang kakcik kasihi dan sayangi, waktu untuk berjalan-jalan dan menjawab komen adalah sangat terhad... sob...sob...sob) ...
Penat juga nak buka dan padamkan satu persatu ... lalala ...
kemaskini : sebenarnya jumlah yang tertera itu masuk ke emel kakcik sebagai pemberitahuan (notification) tentang komen-komen di facebook yang mana kakcik ada terlibat sebagai 'ahlinya'...
Eazy Izzuddin dari www.eazyizzuddin.com Sebenarnya ada dua jejaka dengan nama yang hampir sama dipertemuan ini. Seorang lagi (kakcik tak ada pula gambarnya), Izzy Izzuddin dari http://Izzyizzuddin-bercerita.blogspot.com (macam ada yang tak kena dengan link ini) yang bekerja di Hospital Putrajaya. Izzi datang dengan kenderaan awam, tapi balik ke Putrajaya dengan menumpang kereta Makchaq.
Ini pula Ahmad Fauzi Aryaan yang selalu membahasakan diri sebagai PATIK di blognya.
MARZUKI yang menjadi perhatian di pertemuan itu! ;-)
Adik Iffah yang rasa macam nak digigit-gigit pipinya.
Datin Aishah dan MARINA MONROE (Kak Nanie NMS). Suka tengok senyuman kakak berdua ini. Manis sangat. :)
Mak-mak orang (eh! ada seorang 'anak orang' kat situ) yang ceria.
Munnafendy - pengantin baru yang sedang 'hamil muda'.
Rupa-rupanya memang tak banyak gambar yang kakcik rakam kali ini. :(
Gambar-gambar berikut kakcik ambil dari sumber yang dinyatakan :
Terima kasih semua. Pagi ini kepala kakcik agak 'berat'. Untuk gambar-gambar lain dan 'pautan-pautan' akan kakcik usahakan nanti, ya. Apa-apapun kakcik sangat gembira dengan pertemuan ini. Mungkin kakcik tidak sempat untuk bertegur sapa atau bersembang lama dengan semua. Tapi... itulah kakcik, seorang wanita yang tidak begitu pandai untuk 'bercerita'.
Bagaimanapun terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri. Ada 35 nama berdaftar - tidak termasuk pasangan dan anak-anak. InsyaAllah, kakcik akan kemaskini kemudian nanti.
Azieazah sedang memasang 'kertas rentang'
Gambar-gambar ini kakcik letak secara 'rambang' sahaja dulu...
Atok Phd (Pahala hindari dosa) yang mengimamkan solat Zuhur kami
Terima kasih En Khairul kerana sudi singgah...
Akhirnya dapat bersua muka dengan Kanda AL (dan Makngah juga).
Walaupun tersesat lebihkurang sejam, akhirnya Maiyah tiba juga.
Kerana takut 'ketinggalan' lagi, Makchaq datang tanpa sempat mandi! hehehe
Wani (DJ Shaz HotFM Kelate), terus singgah di sini sebaik tiba dari Kota Bharu.