Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Jun 2011

Kerana aku tidak mampu...

tertarik dengan catatan Azieazah yang ini.  Sewaktu aku 'berjalan-jalan' mengikut suami baru-baru ini, dari rumah hingga menaiki pesawat dan seterusnya berjalan-jalan di Perlis, Langkawi dan Kedah - inilah 'kasut' (di kampungku, selipar memang disebut kasut) yang kupakai sehingga akhirnya ia 'memakan' tapak kakiku.  Akhirnya riwayat selipar ini kutamatkan di tong sampah City Plaza, Alor Setar setelah aku membeli sepasang sandal baru...  (Benarlah ....  berbuat baik, tidak semestinya balasan baik yang akan diterima...)

Abaikan kaki yang berdebu itu!
nota hati :  sekiranya kita rasa kita telah berbuat sesuatu kebaikan terhadap seseorang atau terhadap apa/siapa sahaja, janganlah terkenang-kenang atau mengharap dikenang-kenang akan kebaikan itu.  Hanya Allah yang berhak meletakkan nilai terhadap apa juga yang kita lakukan.


40 ulasan:

  1. Stuju dengan kakcik... Tapi insyaAllah, jika kita ikhlas berbuat baik terhadap seseorang, Suatu hari orang akan layan kita dengan baik.

    BalasPadam
  2. kasut?
    kita suka beli barang yang mengikut kesesuaian dan keperluan kita.. klu ianya sedap dipakai..alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. oghang utara memang: kasut dah memang kasut, selipar & sandal pun kasut jugak. roti dah memang roti, biskut pun roti jugak, kihkihkih :D

    BalasPadam
  4. betul tu kakcik...
    malang sungguh - yg namanya selipar tu jarang diberi penghormatan pada hujung khidmatnya...dahlah masa hayatnya ada yg sejak lahir duduk dlm toilet jer....kesiankan?

    BalasPadam
  5. psst kakcik - saya takder makna tersirat disebalik alasan tttg teka teki kakcik yg unik tu...tp kalau tekaan saya betul, dan saya nak hadiah lain boleh tak?

    Saya nak hadiah budak yg kat bawah selimut tu, amacam? hah3

    BalasPadam
  6. banyak gunanya selipar ni kakcik kan..

    saya pun suka berselipar kalau ke mana2..

    BalasPadam
  7. setuju, sebab bila asyik dikenang takut jadi tak ikhlas pulak benda tu =)

    BalasPadam
  8. bila berbuat baik, buatlah dgn ikhlas.jgn harapkan balasan.hanya Allah yg mengetahui. selipar memang selesa dipakai dmana sahaja

    BalasPadam
  9. Azmask...

    cukuplah sekiranya Allah 'memandang' kita dengan kasihNya. :)

    BalasPadam
  10. ya..biar tangan kiri pun tak tahu..

    BalasPadam
  11. kakcik...
    ayu pun nak cari sandal baru..
    tunggu berbuka...
    singgah sini dulu

    BalasPadam
  12. Sal...

    asalnya selipar tu sedap dipakai tapi mungkin sebab lama sangat kakcik 'lanyak' ia jadi keras dan menyakitkan tapak kaki kakcik.

    BalasPadam
  13. Dinas...

    samalah - dulu kakcik pun sebut roti untuk biskut. :)

    BalasPadam
  14. Q...

    kita lupa jasanya yang mengalas kaki kita dari kotor dan bahaya, kan?

    BalasPadam
  15. Q...

    yang di bawah selimut tu bukan si Sepet tau... :)

    BalasPadam
  16. ~yus~...

    ianya ringkas dan mudah digunakan. :)

    BalasPadam
  17. Tina...

    anggap sahaja apa yang kita buat itu seperti sesuatu yang tak pernah terjadi pun, kan?

    BalasPadam
  18. Lea...

    Allah mengetahui sejauh mana ikhlasnya kita...

    BalasPadam
  19. Ayu...

    selamat berbuka. Kakcik pun nak ke Farmasi sebentar lagi. :)

    BalasPadam
  20. suka nota hati tetapi tertanya di manakah suara si adik???

    BalasPadam
  21. Saya sentiasa sedih kalu terpaksa buang seliper. Wpun buruk saya sayang semua selipar saya!


    LinkWithin: Lama-lama jadi habit pula...

    BalasPadam
  22. Berkuburlah 'kasut' kakcik kat Alor Setar kan...~huhu..:)

    BalasPadam
  23. Singgah surau letak je, wakaf mana tau ada orang sudi, pakai bila selipar sendiri hilang.

    BalasPadam
  24. har3 kakcik...
    yg pasti jawapannya ialah bukan BS kan? hmm....(ketuk2 jari kat kibod mikir lg) pasal kalau along..takkan jadi comei camtu...Bangcik pun nampak mcm semangat orgnya...angah kot?

    BalasPadam
  25. setuju. jangan ada simpan dalam hati nak dapat balasan atau habuan lepas kita menyumbang sesuatu.

    BalasPadam
  26. eelobor...

    Adik nak berehat sebelum 'mengeluarkan kata2' seterusnya... :)

    BalasPadam
  27. asal tak gigit kaki,tak kira lah cantik ke tidak selipar/kasut tu,tetap menjadi pojaan hati ku..

    BalasPadam
  28. Azie...

    kakcik terpaksa buang selipar tu (tapi letak dalam beg plastik sambil hati berkata - mungkin ada yang sudi mengambilnya nanti) sebab malas nak bawa ke sana-sini. Jahat kakcik, kan? ;-)

    BalasPadam
  29. Dr DZ...

    begitulah akhirnya - atau mungkin ada yang sudi mengambilnya sebab belum ketara cacat celanya - cuma kesan 'tekanan' di kaki kakcik masih ada!

    BalasPadam
  30. Zeq....

    waktu itu tak terjumpa surau. :(

    BalasPadam
  31. Yan...

    selipar baru yang murah saja. :)

    BalasPadam
  32. Q...

    hehehe... sekejap2 lagi kakcik bagi jawapannya. :)

    BalasPadam
  33. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...


    selipar cap buaya tak ada gigi... :)

    BalasPadam
  34. hani...

    betul - janji selesa dipakai walaupun harganya tidak seberapa. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com