Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Jun 2011

Kerana aku tidak mampu...

tertarik dengan catatan Azieazah yang ini.  Sewaktu aku 'berjalan-jalan' mengikut suami baru-baru ini, dari rumah hingga menaiki pesawat dan seterusnya berjalan-jalan di Perlis, Langkawi dan Kedah - inilah 'kasut' (di kampungku, selipar memang disebut kasut) yang kupakai sehingga akhirnya ia 'memakan' tapak kakiku.  Akhirnya riwayat selipar ini kutamatkan di tong sampah City Plaza, Alor Setar setelah aku membeli sepasang sandal baru...  (Benarlah ....  berbuat baik, tidak semestinya balasan baik yang akan diterima...)

Abaikan kaki yang berdebu itu!
nota hati :  sekiranya kita rasa kita telah berbuat sesuatu kebaikan terhadap seseorang atau terhadap apa/siapa sahaja, janganlah terkenang-kenang atau mengharap dikenang-kenang akan kebaikan itu.  Hanya Allah yang berhak meletakkan nilai terhadap apa juga yang kita lakukan.


Nak hadiah? Cuba teka ...


Anak kakcik yang manakah berada di bawah selimut ini?
a) Along
b) Angah
c) Bangcik
d) Adik @ Budak Sepet

(kena percaya jawapan kakcik sebab kakcik tiada gambar yang menunjukkan anak kakcik ini membuka selimutnya)



Apakah jenis ikan yang terdapat di bawah timbunan cili, bawang dan timun itu?
a) Ikan kembung
b) Ikan tenggiri
c) Ikan bawal
d) Ikan cencaru


Hadiahnya?

Fridge Magnet yang nilainya tidak seberapa

Tarikh tutup : Jam 3.00 petang hari ini (30/06/2011) dan keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat (1/07/2011).  Sekiranya lebih dari 7 orang memberi jawapan yang tepat, undian akan dijalankan.

Kalau Adik tahu, bolehlah Adik tolong bagi tahu!















Rabu, 29 Jun 2011

Jom makan ikan bakar di Ole-Nyiur Ikan Bakar...

di mana tu?
di tepi jalan antara Kangar dan Alor Setar
atau lebih tepatnya di Padang Lalang
berhampiran Alor Janggus...

Bukan hanya sesuai untuk lelaki dan wanita, untuk kanak-kanak juga boleh. :)

Ikan keli yang 'besar punyaaaa'.

Ulam-ulaman segar yang menggamit selera penggemarnya.

Ini aku punya - sampai tak tahu nak pilih lauk apa!

Ramai yang datang menjamu selera.

Melayu, India dan China tanpa mengira bangsa atau slogan apa-apa.

Ikan yang sedang menanti giliran untuk menjadi santapan.

Ayam pun ada.

Kalau di rumah, mungkin kepala itu pun habis diratah!



Laksa Teluk Kechai...

pasti akan ada pertanyaan 'sedap tak?'
sebenarnya sedap atau tidak hanya mengikut kata tekak
rasa hanya setakat lidah
kemudian meresap ikut aliran darah
bagiku lebih baik ambil jalan yang mudah
suka makan tak suka sudah ...



'Istimewa'nya laksa di sini adalah kerana disediakan bersama sambal kelapa.

Membazir itu amalan syaitan - jadi makanlah walaupun ianya tidak memenuhi seleramu.


Terima kasih kepada Tn Hj Zahir dan isteri (Pn. Azizah) yang membelanja kami makan di sini.

nota hati : Selamat mengingati dan menghayati peristiwa Israk dan Mikraj  Junjungan Besar Rasulullah SAW.  Kepada yang berpuasa, semoga ibadah kita diterimaNya dan dipermudahkanNya segala urusan kita dalam meniti kehidupan ini.  Amin.  (Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis bercuti pada hari ini)



Selasa, 28 Jun 2011

Buah Ceri...

Saja nak tunjuk juga kepada Pn Fa Atip, kakcik pun ada gambar buah ceri.  Tapi bukan dari pokok sendiri macam Fa punya.  Gambar ini kakcik rakam berhampiran dengan Jeti Kuala Perlis.




Teringat suatu masa dulu, kakcik sangat suka memakan buah ceri yang kecil tapi manis itu.


Muzium Padi, Alor Setar...

Waktu ini cuaca sangat panas tapi tetap hendak bergaya juga.

Mari kita masuk.

Suasana gelap macam masuk ke dalam gua.

Lukisan di sebelah dalam yang sangat cantik bagai  suasana perkampungan sebenar.

Terleka menatapnya.

Jangan tertipu dek pandangan mata.

Sungguh besar anugerah Ilahi kepada orang/mereka yang membuat lukisan ini.











Isnin, 27 Jun 2011

Beli apa di Langkawi?...

Hanya ini ...

Simpan dalam peti sejuk hotel

Yang ini tak muat nak dimasukkan sekali

Haaa.... ini bilnya.

Tiada barangan lain yang dibeli kerana memang tujuan utamaku ke Pulau Langkawi adalah untuk membeli cokelat semata-mata.
Selingan :

Apa yang anda nampak?  (Gambar dirakam di Langkawi Geopark.)

Puas hati Adik dapat makan cokelat banyak-banyak.