Nuffnang

Showing posts with label Isu PTPTN. Show all posts
Showing posts with label Isu PTPTN. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Masih Terhot !!! isu Beku PTPTN: Khaled bakal senasib Khir Toyo...Sah !! Rakyat Selangor Tolak BN ?



Umno telah memukul gendang menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan. Menteri Pengajian Tinggi mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri pula menyokong tindakan pembekun ini. Datuk Seri Noh Omar pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menangung sengsara.

Terbaharu, PTPTN membenarkan pelajar Unisel memohon pinjaman pendidikan hanya selepas beberapa hari isu ini mendapat liputan meluas media massa. Keputusan flip flop ini mungkin tidak tahan dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak termasuk parti komponen BN termasuk ahli Umno peringkat akar umbi yang menentangnya kerana menganiaya pelajar Melayu. Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN dan disokong pula Timbalan Perdana Menteri adalah berniat jahat yang akhirnya memakan diri sendiri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembekuan ini adil tetapi selepas keputusan ini ditarik balik, apakah beliau berani mengatakan tindakan menarik balik pembekuan ini sebagai tidak adil?



Nampaknya kedua-dua Menteri dari Johor ini tidak tetap pendirian. Mereka mula kelam kabut kerana Johor yang menjadi kubu kuat Umno selama ini sedang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat akan pastikan Johor bukan lagi deposit tetap bagi Umno BN. Kita percaya pembekuan ini ditarik balik kerana tidak tahan dengan desakan dalaman dan luaran atau juga Datuk Seri Khaled Nordin baru sedar bahawa pembekuan ini seumpama menggali kubur untuk dirinya dan Umno. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang saksama, tidak kira negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau pemerintah yang menepati konsep Federalisme. Rakyat Selangor atau penduduk di Selangor membayar cukai lebih RM90 billion kepada Persekutuan atau 23% daripada pendapatan negara. Bagaimanapun, hanya RM370 juta sahaja diagihkan kepada Selangor dalam bentuk pelaburan pembangunan. Nilai ini sama sekali tidak sepadan dengan sumbangan yang diberikan Selangor kepada pembangunan negara. Jelas sekali, Persekutuan mengamalkan diskriminasi melampau terhadap Negeri Selangor.

Kita sedar Umno BN sangat terdesak untuk merampas semula Selangor. Namun, tindakan zalim membekukan pinjaman PTPTN adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Tindakan ini menampakkan Umno BN telah mula beralih fokus kepada mempertahankan Kerajaan Pusat kerana keyakinan untuk dapatkan semula Selangor semakin tiada harapan. Umno BN telah berpatah arang untuk merampas semula Selangor. Kita berterima kasih kepada Khaled Nordin yang juga disebut-sebut bakal menggantikan Dato’ Abdul Ghani Othman, Muhyiddin dan Noh yang telah menggagalkan transformasi yang dicanang Perdana Menteri. Selepas ini, Khaled Nordin akan dijadikan kambing hitam sebagai punca kekalahan Umno BN, nasib yang sama dialami Dr Khir Toyo. * Faekah Hussin, Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Syabas Rakyat Selamgor..

Wednesday, June 6, 2012

Berita Panas !!! Mangsa Politik : PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel ?



Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut. Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel. Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu." Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu. Pinjaman 'ditangguhkan' Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu." Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.

Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan. Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu. Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi. "Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya. 'Mangsa politik' Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel. "Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut. "Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya. Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu." Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan. "Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.Malaysiakini

Posting Terbaik Minggu Ini

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung